Pelita Brunei - Sabtu 22 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“OLEH itu, mengambil peluang di sini, beta ingin mengingatkan supaya kita semua sentiasa waspada dan berhati-hati terhadap kemungkinan-kemungkinan negatif penggunaan ICT, terutama di kalangan generasi muda bahkan juga kanak-kanak. Penggunaan-penggunaan yang tidak betul dan menyeleweng, boleh mengundang kepada kemudaratan-kemudaratan serius, baik ia bagi individu, mahupun keluarga dan masyarakat.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun I434 Hijrah / 2013 Masihi 19 Syawal 1434H bersamaan 27 Ogos 2013M.

“DAN Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah- Ku.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56).

TAHUN 59 / BILANGAN 144

22 NOVEMBER 2014 / 1436

29

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berhati-hati dengan pemikiran ‘mujaddid’ Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohiddin, Mohd. Sahrizal Haji Said

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan mengurniakan ijazah kepada Dayang Hajah Ernie Suzana binti Haji Mohd. Zain pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB 1436 Hijrah / 2014 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain di negara ini diingatkan supaya tidak terlepas pandang terhadap perkembangan golongan pembaharu yang giat menampilkan pemikiranpemikiran atau teori-teori baru untuk mempertikai yang lama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB 1436 Hijrah / 2014 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Dengan yang demikan, titah baginda, kita perlu berhati-hati dengan pemikiran-pemikiran semasa tentang Islam. Jika dahulu ada golongan yang dipanggil dengan nama golongan ‘kaum muda’ tetapi sekarang pendekatan itu mungkin berubah dengan panggilan ‘mujaddid’ atau pembaharu pula. “Golongan ini kelihatannya seperti saja satu gerakan berasaskan ilmu. Mereka giat menampilkan pemikiran-pemikiran atau teori-teori baru untuk mempertikai yang lama. Misalnya apabila menyebut tentang Undang-Undang Jenayah Syar’iah, ada yang berkata: Undang-undang ini mestilah ditangani secara baru, serba-serbi baru termasuk sumber rujukan juga dikehendaki baru. Jika masih saja mengambil pendekatan lama maka undang-undang itu tidak boleh diterima,” titah baginda. Ke muka 24

Guru ugama profesional lahirkan sahsiah hebat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah bahawa fungsi terbesar KUPU SB ialah untuk menyebar dan mempertahankan ajaran ugama Islam melalui perguruan ugama. Bidang ini, titah baginda, dianggap paling penting untuk melahirkan manusia pendidik yang berilmu dan beramal menurut acuan Ahli Sunnah Waljamaah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB 1436 Hijrah / 2014 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. “Adalah belum lumrah atau mungkin juga belum ada lagi institusi pengajian tinggi perguruan yang berorientasikan pendidikan Islam secara khusus, jika ini benar, bererti KUPU SB adalah satu-satunya yang

mengambil punggur ke hadapan bagi memenuhi keperluan ini. Beta dan negara amatlah berbangga dengannya,” titah baginda. Jelas baginda, kita menyedari persepsi terhadap guru pada masa ini tidak terkecuali guru ugama bukan lagi setakat memfokus kepada guru yang baik semata-mata tetapi juga menghendaki supaya guru itu mampu untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan, dalam makna dari guru good teaching kepada guru effective teaching. Dengan yang demikian, tegas baginda, matlamat utama kita ialah melahirkan guru-guru ugama profesional yang berupaya melahirkan sahsiah-sahsiah yang hebat. Di antara ciri-ciri yang hebat menurut baginda ialah sifat soleh, berpengetahuan luas dan mendalam, pandai merancang dan mengurus serta mempunyai watak-watak kepimpinan dan perguruan yang digalati. Sehubungan itu titah baginda, KUPU SB perlu untuk menyediakan program-program yang benar-benar bersesuaian serta menepati sasaran.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 24

Muka 4

TMM Ke-9 bincang kemajuan sektor pengangkutan

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 22 Nov 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu