''NAMUN perlu diingat, musuh utama yang sentiasa mengintai-intai ialah 'kelalaian'. Jika sedikit kita lalai, boleh mengakibatkan bencana atau musibah.'' - Titah Sempena Majlis Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-49 pada 17 Jamadilakhir 1431 Hijriah / 31 Mei 2010 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.'' - (Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuuraat, ayat 12).
4.48
TAHUN 62 / BILANGAN 43
4.58
6.16
10 APRIL 2017 / 1438
6.38
12.23
13
3.28
6.28
7.38
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
KHEU terus teliti kesesuaian program belia Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama KATOK, Sabtu, 8 April. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyatakan programprogram kebeliaan dalam wadah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) adalah tidak terlepas dari matlamat kementeriannya untuk memberikan bimbingan keagamaan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam supaya menjadi orang Islam yang sempurna iman dan amalannya. Menurut Siaran Akhbar KHEU, Yang Berhormat mengatakan hal tersebut ketika mengadakan Muzakarah dan Sesi Dialog bersama seramai 250 ahli kumpulan belia dan beliawanis masjid serta belia da'ie seluruh negara yang berlangsung di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran
Anak Hajah Saleha, di sini. Kata Yang Berhormat, maksud sempurna iman dan amal itu ialah berpegang pada akidah Islam dan beramal dengan ajaran-ajarannya menurut Ahli Sunnah Waljamaah yang lazim diikuti atau dilaksanakan di negara ini. KHEU bertanggungjawab memastikan program-program yang diikuti oleh belia bertujuan murni dan tidak terpesong atau dipesongkan dari matlamat mengukuhkan akidah dan memantapkan iman serta amalan beragama yang lazim diikuti di negara kita ini. Dengan itu, KHEU melalui jabatan-jabatan yang berkenaan akan terus meneliti dan memantau kesesuaian program belia dan perisiannya, termasuk tenaga pembimbingnya. Yang Berhormat berpesan kepada para belia dan beliawanis supaya
meneruskan aktiviti-aktiviti dalam wadah kebeliaan anjuran KHEU dengan ikhlas demi mengukuhkan akidah, iman dan amalan beragama yang lazim diikuti di negara ini. Beliau juga menasihatkan para belia supaya tidak dikelirukan sehingga terbawa-bawa oleh kumpulan atau orang yang mempunyai motif dan agenda lain, yang mungkin secara tidak disedari akan mengambil alih motif dan agenda program-program kebeliaan KHEU. Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah; pengarah-pengarah, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KHEU. MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika berucap di Muzakarah dan Sesi Dialog bersama seramai 250 ahli kumpulan belia dan beliawanis masjid serta belia da'ie seluruh negara.
Ke muka 4
Penjagaan kesihatan dalam Islam Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor/Morshidi
Muka 4
Muka 6
P.K.L bagi pegawai dan MANGSA kebakaran di kakitangan Kampung Pelambayan Kementerian Perhubungan terima sumbangan derma
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 April. - Tazkirah selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah merupakan sebahagian daripada Program ''Masjidku Makmur, Negara Berkat'' kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da’wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini. Program yang merupakan perhimpunan mingguan adalah bagi mengalu-alukan jemaah serta meningkatkan kehadiran dalam sama-sama memakmurkan masjid dan seterusnya secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid. Dalam tazkirah yang diadakan pada kali ini membawa tajuk 'Beberapa
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Aspek Penjagaan Kesihatan dalam Islam' yang disampaikan oleh Pemangku Raes, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Besar. Semasa menyampaikan tazkirah berkenaan beliau turut mengongsikan beberapa jenis makanan yang merupakan amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang banyak mengandungi khasiat dan berupa syifa atau ubat-ubatan bagi beberapa penyakit. Makanan-makanan tersebut termasuklah Habbatus Sauda dan Madu. Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof; dan Timbalan
Faksimile: 2381004
Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Tajaah. Masjid adalah ibarat Rumah Allah, dan sesungguhnya menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan. Program ''Masjidku Makmur, Negara Berkat'' turut memberikan peluang kepada para pengunjung bagi sama-sama memeriahkan acara Bandarku Ceria, memulakan langkah dan keceriaan dihujung minggu dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardhu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan. Turut sama menyerikan program ini ialah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan dan Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ke muka 7
Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn