BM Jan-Feb

Page 7

Panduan Doa Januari 2014 “Kuduskanlah mereka dalam kebenaran; firmanMu adalah kebenaran.” Yohanus 17:17 ITB Rabu, 1 Januari –Korea Utara Menurut laporan baru , Kem 22 ( kem pendidikan semula) terpaksa ditutup. Salah satu sebab yang paling mungkin adalah bahawa 20,000 orang telah meninggal dunia akibat kelaparan. Baki 8,000 dihantar ke kem-kem dan penjara lain . Berdoalah bagi mangsa yang berada di kem-kem lain bekerja 10-12 jam sehari dengan catuan makanan yang sangat rendah. Khamis, 2 Januari – Korea Utara Ramai wanita Korea Utara telah dipaksa berkahwin dengan lelaki Cina di China. Berdoalah untuk wanita-wanita dan keluarga Cina yang membuli mereka, keluarga mereka yang ditinggalkan di Korea Utara dan pekerja yang membantu mereka ke arah penyembuhan emosi . Jumaat, 3 Januari – Mesir Berdoalah untuk umat Kristian yang tinggal di kampung-kampung yang masih di bawah kawalan ketat kumpulan radikal Islam. Mereka diganggu oleh jiran-jiran mereka kerana dikaitkan dengan kejatuhan rejim Morsi. Berdoalah untuk perlindungan mereka.

Sabtu, 4 Januari – China Latihan adalah keperluan yang paling mendesak untuk saudara-saudari beriman dari latar belakang Islam (MBB). Mereka sangat memerlukannya untuk melengkapkan pemimpin mereka terutama pemimpin wanita dan berpasangan kerana kebanyakan orang beriman adalah perempuan. Berdoalah untuk kerjasama yang baik dengan gereja-gereja Cina Han untuk sokongan dan bantuan. Ahad, 5 Januari – India Doakan projek saraan hidup OD yang dimulakan di negeri Gujarat (Amreli), Chhattisgarh (Bastar) , Timur Madhya Pradesh (Dindori), dan Barat Madhya Pradesh (Jhabua). Isnin, 6 Januari – Nigeria Puji Tuhan untuk kesetiaan dan kekuatanNya yang mengekalkan kewujudan jemaat gereja sepanjang tahun lepas, terutamanya di timur laut Nigeria. Berdoa agar umat Kristian akan terus beriman dan berpegang kepada harapan dalam Kristus dan menyebarnya ke mana sahaja mereka berada. Selasa, 7 Januari – Mali Puji Tuhan bahawa walaupun rusuhan berleluasa di utara Mali, umat Kristian dapat berpegang kepada kepercayaan mereka. Bersyukurlah untuk kasih Allah kerana kesetiaanNya yang tak putus-putus dalam kehidupan setiap keluarga yang hidup sebagai orang pelarian di Bamako dan negara-negara jiran yang lain . Rabu, 8 Januari – Eritrea Berdoalah untuk kerajaan Eritrea agar mengubah persepsi salah mereka terhadap umat Evangelical Kristian. Kerajaan percaya mereka adalah ahli utama kumpulan "pembangkang" yang Page 12

menjadi alat kerajaan asing. Kerajaan menuduh mereka mempromosikan pembohongan dan memperbesarkan kelemahan kepimpinan sekarang. Khamis, 9 Januari – Sudan Utara Berdoalah untuk masyarakat minoriti Kristian kerana mereka menghadapi penganiayaan yang semakin meningkat. Berdoa agar Tuhan akan menggunakan testimoni mereka untuk menarik jiran-jiran dan kawan-kawan kepadaNya. Jumaat, 10 Januari - Kenya Berdoalah untuk perlindungan bagi rakan-rakan kami yang sedang bekerja di kawasan yang cenderung kepada penganiayaan. Berdoalah untuk keluarga mereka yang kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Berdoalah juga untuk ahli-ahli keluarga ejen keselamatan negara yang terbunuh dalam serangan yang disasarkan oleh pelampau Islam. Sabtu, 11 Januari – Zanzibar Berdoalah untuk keselesaan Tuhan pada jemaah dan keluarga Bapa Mushi yang terbunuh kerana imannya pada bulan Februari 2013. Ahad, 12 Januari – Tanzania Pastor Mathayo dari Tanzania Assemblies of God di Geita, telah dibunuh oleh perusuh Islam pada tahun 2013. Berdoalah untuk balunya Generosa Mathayo dan anak-anaknya supaya mereka akan mengalami keselesaan dan hadirat Allah. Isnin, 13 Januari – Indonesia Doa untuk dua saudara MBB di Jawa Barat kerana mereka terpaksa tinggal di penjara selama tiga tahun. Mereka berkomited untuk terus berkongsi Injil walaupun mereka berada dalam kurungan. Berdoa untuk kebijaksanaan Allah dan rahmat untuk mereka. Selasa, 14 Januari – Brunei Latihan alkitabiah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan MBB di Brunei. Ramai daripada mereka dahagakan Firman Tuhan. Berdoalah untuk Tuhan membuka jalan bagi MBB di Brunei untuk menjadi sebahagian daripada program-program latihan supaya mereka dapat terus tumbuh dalam kepercayaan mereka terhadap Tuhan. Rabu, 15 Januari – Semenanjung Arab Dwayne (bukan nama sebenar) baru-baru ini telah dijemput untuk bercakap mengenai kepercayaan Kristian dalam perhimpunan lelaki tempatan. Mereka bersetuju bahawa keselamatan sepatutnya berdasarkan rahmat dan bukan pada kerja-kerja manusia. Berdoa agar mereka akan memikirkan apa yang telah dibentengkan dan melihat keperluan keselamatan yang hanya boleh ditemui dalam Yesus. Khamis, 16 Januari – Saudi Arab Kanak-kanak Arab yang beriman perlu belajar untuk hidup dalam dua dunia yang sangat berbeza pada usia muda: di sekolah Islam, dan di rumah di mana mereka belajar tentang Yesus. Berdoalah

untuk kanak-kanak ini supaya mereka mempunyai pengalaman yang mendalam tentang Kristus dan mengikutiNya dengan sepenuh hati. Jumaat, 17 Januari – Qatar Berdoalah untuk penubuhan kebaktian orang beriman Qatar yang akan menikmati persahabatan antara satu sama lain dan akan menarik masyarakat kepada Kristus melalui kesaksian mereka. Berdoalah untuk kebangunan rohani di dalam negara ini, walaupun kaya, tetapi amat memerlukan kasih sayang Kristus. Sabtu, 18 Januari – Iran Bersyukurlah kepada Allah kerana Mitra Zahmati dan Maryam Jalili telah dibebaskan daripada penjara wanita di Evin. Mereka telah dipenjarakan sejak 2011. Berdoa untuk pemulihan mereka. Ahad, 19 Januari – Israel dan Kawasan Palestinian Banyak Alkitab seperti Alkitab Belia, Alkitab Aktiviti Harian, dan bahan-bahan Kristian yang lain telah diedarkan . Berdoa agar Firman Allah akan memberi kesan ke dalam kehidupan orang-orang yang membacanya. Isnin, 20 Januari – Lebanon Seorang Kristian dari Lebanon berkata: "Kami mempunyai visi besar untuk Syria bagi menjangkau mereka yang datang dari kawasan yang belum mendengar Berita Baik. Sekarang ramai daripada mereka telah tiba di Lubnan bagi kita memberitakan Injil kepada mereka. Pujilah Tuhan untuk aktiviti gereja yang telah menyentuh hati umat Kristian dan juga Islam”. Selasa, 21 Januari – Iraq Keganasan di Iraq meningkat lagi di negara ini. Berdoa agar rakyat akan bangkit dan melihat keperluan untuk Juruselamat Yesus. Berdoalah untuk kepimpinan gereja terbesar, Gereja Kasdim, supaya ia akan menyediakan kepimpinan yang betul pada masa kritikal ini. Rabu, 22 Januari – Syria Berdoa agar umat yang beriman akan memahami rancangan Tuhan untuk negara. Berdoa agar mereka akan dapat bertahan kukuh untuk meneruskan kehidupan dalam suasana yang diselubungi keganasan di kebanyakan kawasan di negara ini; das tembakan dan pengeboman, jiran-jiran atau orang-orang meninggalkan negara. Khamis, 23 Januari – Bangladesh Tahun ini, Bangladesh akan mengadakan pilihanraya amnya. Adalah dijangkakan satu pertandingan antara Parti Nasionalis Bangladesh yang berhaluan Islam dan Liga Awami yang lebih sekular. Berdoa untuk gereja supay bijak memilih pemimpin negara mereka. Jumaat, 24 Januari – Maldives Umat beriman di Maldives adalah begitu sedikit dan terpencil. Kebaktian bersama-sama untuk doa, persahabatan dan latihan pemuridan adalah mustahil. Dalam keadaan yang sukar itu, mereka juga dilanda masalah sosial yang berleluasa seperti penyalahgunaan dadah dan keganasan dalam rumah tangga. Berdoalah untuk mereka. Sabtu, 25 Januari – Filipina Selatan Pada kemuncak Pengepungan Zamboanga pada September tahun

lepas, OD membantu menyelamatkan dan memupuk 60 keluarga MBB milik Sama dan suku Tausug. Walaupun demikian sebahagian daripada mereka telah kehilangan rumah mereka, kehidupan dan saudara-mara yang tersayang. Berdoalah untuk penyembuhan Tuhan kepada mereka. Ahad, 26 Januari – Bhutan Berdoalah untuk para pastor kerana ramai dari mereka tidak mempunyai latihan teologi rasmi. Minta Tuhan untuk memberi mereka kebijaksanaan dan kearifan mengerti Kitab Suci. Berdoa agar mereka akan memodelkan Yesus dalam pemikiran, percakapan dan perbuatan mereka. Berdoa agar khutbah mereka akan berakar umbi di dalam Firman Allah . Isnin, 27 Januari – Myanmar Berdoalah untuk Nwin Than (bukan nama sebenar) dan keluarganya yang telah dihalau keluar dari komuniti mereka kerana mempercayai Kristus. Dua kanak-kanak kecil mereka tidak dibenarkan untuk mendaftar di sekolah. Jiran-jiran mereka juga menghantar petisyen kepada kerajaan tempatan bahawa mereka tidak akan membenarkan individu bukan penganut Buddha untuk hidup di kampung mereka. Selasa, 28 Januari – Sri Lanka Terdapat peningkatan dalam Nasionalisme Buddha di Sri Lanka pada tahun lepas dan serangan terhadap umat Kristian dan minoriti Muslim menjadi lebih kerap. Berdoalah untuk perlindungan Tuhan dan mereka akan tetap setia dan berharap pada Yesus meskipun menghadapi penganiayaan yang amat dahsyat. Rabu, 29 Januari – Laos Sompone (bukan nama sebenar) seorang pastor tempatan telah dipenjarakan Mac lalu kerana beliau berkongsi Injil kepada saudara-mara beliau. Ahli keluarga yang lain membuat tawaran kepada Sompone untuk mengeluarkannya dari penjara dengan syarat beliau menafikan keimanannya dalam Kristus, tetapi dia menolak. Berdoalah untuk Sompone dan keluarganya. Khamis, 30 Januari – Vietnam Kerajaan telah mengisytiharkan penapisan Internet seluruh negara. Dekri 72 melarang semua kandungan yang mengkritik parti pemerintah. Berdoalah untuk Tuhan agar melembutkan hati pemimpin kerajaan supaya mereka tidak lagi menghalang kebebasan beragama dan bersuara dalam negara. Jumaat, 31 Januari – Nepal Umat Kristian di Nepal menghadapi penindasan dari keluarga kerana enggan menyertai upacara keagamaan Mao dan Hindu. Berdoa kepada Allah supaya menggunakan kehidupan pengikutnya untuk memberitakan Injilnya kepada keluarga-keluarga ini, supaya mereka faham kasih Tuhan bagi mereka.

Notis Untuk memuat turun Medan Iman & Panduan Doa dalam bentuk softcopy pdf, layarilah: Laman web: www.dropsend.org Akaun e-mel/user: malaysia@od.org Kata Laluan: frontlinefaith Page 13


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.