Issuu on Google+

Berita dan Maklumat Mengenai Gereja Tertindas dan Teraniaya di Seluruh Dunia JANUARI/FEBRUARI 2014 Edaran untuk ahli sahaja

MEMPERKASAKAN WANITA KRISTIAN YANG TERANIAYA


Wanita Kristian yang teraniaya di Pakistan diajar untuk celik huruf bagi meningkatkan maruah diri

MEMPERKASAKAN WANITA TERANIAYA UNTUK BERDIRI DEMI HAK MEREKA…… Bila Sabrina (bukan nama sebenar) berumur enam tahun, bapa Sabrina menghentikan persekolahannya dan menghantarnya bekerja sebagai tukang cuci. Oleh itu, dia tidak pernah belajar membaca atau menulis. Pada masa lapang, ibunya mengajarnya mengait untuk menambah sumber pendapatan keluarga. Bila dia memeluk agama Kristian, bapanya telah mendera dan memukulnya, semakin hari semakin teruk. Tetapi hidupnya berubah apabila berusia 15 tahun, dia mendapat tahu tentang Pusat Wanita Kristian di Pakistan. "Pada mulanya, kami bertemu dalam kandang dan di belakang ladang," mengimbas kembali Lydia, yang menguruskan pusat tersebut. "Sabrina datang ke pusat kami untuk belajar dan menerima penyembuhan, tetapi lama-kelamaan saya mendapati dia memberi lebih daripada apa yang dipelajarinya! Dengan kesemua kesusahan dan keperitan hidup yang telah dilaluinya, dia masih boleh menunjukkan kasih sayang Kristus dan memberi pengharapan kepada wanita lain di sekelilingnya yang hilang keyakinan diri." Pusat Wanita mengajar Sabrina untuk membaca dan menulis. Lebih penting lagi, ia membolehkan beliau untuk membaca Alkitab, untuk berdikari dan mempunyai keyakinan diri dalam Kristus. Tidak kira berapa banyak bapanya memukulnya, dia tetap memuji Tuhan dan membuat benda-benda yang cantik yang menceritakan kasih Tuhan dalam hidupnya. Page 2

Akhirnya , Sabrina berkahwin dan meninggalkan rumah. Tetapi lima tahun kemudian , kesihatan suaminya merosot dan dia kehilangan kerja, dan mereka terpaksa berpindah buat sementara waktu ke rumah ibu bapanya. Bapanya tidak berhenti-henti mencaci Pusat Wanita yang telah mengubah hidup anaknya – terutamanya apabila dia kehilangan kuasa mendera ke atas anaknya. Jadi, sekarang, dia mengambil peluang untuk mengumpul orang-orang tua tempatan dan mengarahkan anak mertuanya untuk menghalang Sabrina menghadiri aktiviti di Pusat Wanita. "Dia biadap sejak dia masih kanak-kanak," katanya. "Anda mesti memukulnya sampai dia menyerah kalah! Tidak baik bagi seorang wanita untuk menjadi kuat semangat." Tetapi, sungguh menakjubkan apabila suaminya berdiri untuk membela isterinya. "Sabrina suka kerjanya dan Pusat Wanita tersebut," katanya. "Kerja-kerja dan doa komuniti gereja memberinya kekuatan untuk hidup. Dia riang sepanjang hari, anak-anak kita mempunyai makanan dan boleh pergi ke sekolah. Pusat itu tidak menganiaya kita, jadi mengapa saya perlu menghalangnya daripada pergi ke sana?” "Saya tidak akan memukul isteri saya. Dia mencintai saya dan mengasihi Allah. Saya tidak akan membiarkan anda memukul. Dia akan pergi ke pusat tersebut. Dia akan mengajar wanita lain di situ. Dia akan mengajar mereka tentang Tuhan dan berdiri menentang penderaan anda!"

Wanita Kristian yang teraniaya di Afrika diberi mesin jahit untuk mencari rezeki

MEMPERKASAKAN WANITA TERANIAYA UNTUK BERBAHAGIA DALAM PENGANIAYAAN…… Fatima (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun dan tinggal di Cameroon. Kira-kira 16 tahun yang lalu, beliau telah memberikan hidupnya kepada Kristus. Satu hari, dia menjumpai sebuah Alkitab Gideon dan membukanya kepada Matius 5:10 , "Berbahagialah orang yang dianiaya ....." Tidak lama selepas ini, semasa berusia 12 tahun, dia telah mengahwini dengan seorang lelaki Muslim. Dia telah melahirkan tiga orang anak sebelum berumur 14 tahun. Pada satu hari dia telah bermimpi. Dia melihat dua buah bilik, satu dipenuhi dengan cahaya, dan yang lagi satu adalah gelap-gelita. Fatima mendapati dirinya di dalam bilik gelap. Kemudian, seorang lelaki mengarahkan untuk meninggalkan bilik gelap itu dan masuk ke dalam bilik yang penuh dengan cahaya dan keamanan. Pada masa itu, dia dikelilingi oleh beberapa orang Islam yang melemparkan berbagai jenis sampah terhadap dia, sambil menjerit : "Mengapa kamu berpindah ke bilik lain?" Fatimah faham bahawa jika dia meninggalkan Islam dan memeluk agama Kristian, dia akan dianiaya. Itu tidak menghalangnya. Beliau mendapatkan sebuah Alkitab Perjanjian Baru, mula membacanya, menjemput Yesus Kristus ke dalam hidupnya dan menjadi seorang Kristian. Dia cuba merahsiakannya, tetapi keluarganya mendapat tahu

akan kemurtadannya. Dia dipukul dengan teruk . Suaminya menceraikannya, meninggalkannya dengan tiga orang anak dan tiada tempat untuk tinggal.... Dia pulang kembali ke rumah ayahnya, di mana ayahnya memaksanya mengambil ubat tradisional dan mandi ritual untuk menyembuhkan beliau dari 'penyakit mental'. Dia enggan kembali ke agama asal dan telah diusir keluar oleh keluarganya. Pada mulanya dia disokong oleh beberapa orang Kristian, namun dia kehabisan wang. Nasibnya teruk: Dia keseorangan dan tiada wang untuk perbelanjaan. Nasib baik Fatima berkenalan dengan seorang wanita Kristian yang bernama Ester, yang melayani wanita Kristian yang berlatar belakang Islam. Beliau memberi sokongan rohani dan kewangan kepada Fatima. Fatimah diperkenalkan kepada Open Doors. “Kami dapat membantu Fatima dengan masalah kesihatannya (dia mempunyai asma yang serius) dan kewangan. Kami menyumbang sebuah mesin jahit untuk Fatima dan membiayai latihan.” Bantuan itu tidak seberapa. Tetapi selepas melalui semua kepahitan, beliau percaya ayat Matius 5:10: "Berbahagialah orang yang dianiaya ....... "

Page 3


ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK MEMBANTU WANITADIANIAYA? Terdapat berjuta-juta wanita Kristian di seluruh dunia. Dan ramai daripada mereka berada dalam situasi seperti Sabrina dan Fatima : buta huruf, tidak berkemahiran, tertindas, didominasi lelaki dan hidup di kalangan masyarakat yang anti-Kristian. Open Doors melayani di kalangan wanita-wanita seperti ini untuk memberikan mereka kemahiran dan sokongan yang mereka perlukan untuk berdiri teguh mengharungi cabaran dan menjadi terang dan garam kepada dunia di sekeliling mereka. Keadaan lebih buruk lagi terutamanya di negara-negara yang bermajoriti orang Islam di mana undang-undang negara adalah berdasarkan kepada Undang-undang Syariah sepenuhnya. Sebagai contoh, di Iran, Majlis Penjaga (Council of Guardians) menitahkan bahawa " seorang wanita tidak boleh meninggalkan rumahnya tanpa izin suaminya, walaupun untuk menghadiri upacara pengebumian ayahnya." Perlembagaan Iran menyatakan: "Wanita yang berkeliaran di khalayak ramai tanpa memakai tudung Hijab boleh disebat sebanyak 74 kali.� Di negara-negara ini, kaum wanita, secara tradisional, dilayan seperti warga kelas kedua. Tetapi wanita Kristian berada dalam situasi yang lebih teruk lagi, kerana mereka adalah individu yang Page 4

paling lemah dalam kategori yang dianggap 'kafir', kumpulan masyarakat yang paling dihina. Penindasan dan penderitaan kanak-kanak perempuan dan wanita dewasa sangatlah dahsyat. Penderitaan wanita Kristian pula adalah berlipat kali ganda, lebih sengit dan mengancam nyawa mereka. Ini adalah kerana umat Kristian, secara amnya, dilihat sebagai kumpulan minoriti yang tidak diingini dan mesti dihapuskan atau ditindas. Adalah dianggarkan bahawa lebih 200 juta saudara-saudari Kristian seluruh dunia dinafikan hak-hak asasi manusia semata-mata kerana iman mereka. Satu laporan baru (Keganasan Berasaskan Jantina dalam Konteks Wanita Kristian di Tanah Islam) oleh seorang penyelidik Amerika Syarikat dari Institut Hudson, Lela Gilbert, menyatakan bahawa keganasan berasaskan jantina memainkan peranan yang strategik dalam rancangan mereka untuk membasmi agama Kristian dan kepercayaan Kristian dari tanah Islam. Artikel-artikel seterusnya akan mengetengahkan kes-kes penganiayaan terhadap wanita dan bagaimana Open Doors memberi sokongan kepada wanita-wanita ini untuk berdiri teguh dalam keimanan mereka. Sebagai sebahagian daripada Tubuh Kristus di seluruh dunia, anda mempunyai peranan untuk menangkis rancangan syaitan untuk membasmi gereja pada zaman akhir ini.

Di Malaysia, kami komited untuk membawa pemahaman dan kesedaran tentang pelayanan wanita Open Doors kepada anda. Kami percaya bahawa sebagai wanita dan sebagai sebahagian daripada Tubuh Kristus di seluruh dunia, kami mempunyai peranan untuk mengukuhkan iman saudari kita dalam Kristus yang menghadapi serangan penganiayaan. Masyarakat di mana mereka tinggal menjadikan mereka terasa lemah dan tidak bernilai, tetapi kami, di dalam Tuhan, boleh membuat mereka terasa kuat dan bernilai. Tahun ini, kami akan memulakan dua program bagi pelayanan wanita kami. Yakini:-

KEBAKTIAN DOA & KAJIAN ALKITAB

TPELAYANAN PERANTAUAN

Kami ingin mengadakan kumpulan kebaktian doa & kajian Alkitab untuk wanita-wanita di rumah-rumah para penyokong Open Doors. Kami akan berkumpul untuk berdoa bagi negara-negara di mana saudara-saudari Kristian dianiayai, di samping mempelajari Firman Allah dari kisah-kisah mereka. Dengan cara ini, bukan sahaja kita akan memberkati mereka dengan doa-doa kita tetapi kita juga akan diberkati oleh testimoni mereka .

Melalui pelayanan perantauan untuk wanita, anda akan bertemu dengan wanita teraniaya dan memberi mereka galakan dan harapan dengan hanya berada di samping mereka. Pelayanan perantauan Open Doors adalah sokongan utama yang penting untuk membantu ramai saudara-saudari Kristian yang tertindas tahu bahawa mereka bukan bersendirian dalam penderitaan mereka. Anda akan mempunyai peluang untuk melawat saudari beriman ini dan berada di samping mereka untuk berkongsi penderitaan mereka.

Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam mana-mana dua program ini, sila hubungi kakitangan kami, Cik Katherine di 03-33418905 atau e-mel kepada katherinek@od.org untuk maklumat lanjut. Page 5


Nasib Masyarakat Sama

holatan produk tikar Ka Beberapa item ar, pemegang kunci, selip untuk dijual – sport, , pemegang pa bit. en m ku do folder bim n fo le megang te alas bantal, pe

riman Sama, Jamila, saudari be a berubah ny an yang kehidup an oleh ak as erk dip a keran . projek ini

Saudari-saudari beriman Sama mencelup daun pandan sebelum menenunnya menjadi tikar.

Daripada 13 puak Islam di selatan Filipina, nasib masyarakat Sama adalah yang paling sukar. Mereka adalah masyarakat yang merendah diri walaupun bilangan mereka majoriti. Masyarakat Sama tersebar di seluruh Mindanao dan di pelbagai tempat di Filipina. Sebagai masyarakat peranakan laut, mereka tinggal di bot, atau pondok kaku berhampiran pantai. Lautan telah sumber rezeki masyarakat Sama selama berabad-abad lamanya. Kaum lelaki adalah nelayan, pembuat bot, dan penyelam mutiara, manakala kaum wanita membuat tembikar dari tanah liat dan menenun tikar . Secara semula jadi, masyarakat Sama sudah mengalami prejudis dan penolakan dari puak-puak Islam yang lain. Penindasan ini makin meningkat apabila puak Sama Islam bertukar agama untuk mengikuti Yesus Kristus.

Penganiayaan Belipat-ganda Ini adalah kes Jamila, gadis Sama yang mempercayai Yesus, yang berusia 20 tahun dari Rio Hondo: jiran-jiran mereka yang berpuak Tausug mempersendakan keluarga mereka apabila mereka mengisytiharkan kepercayaan mereka terhadap Isa Almasih (Yesus Kristus) . Sebagai puak Muslim yang paling dominan di Zamboanga, Tausugs mempunyai reputasi untuk menjadi sombong, yang lahir dari komitmen padu mereka untuk mempertahankan Islam. "Bapa saya juga dianiaya kerana Almasih (Kristian) ," tambah Jamilah. "Puak Tausug berkata mereka akan menembak dia jika dia tidak meninggalkan Isa Almasih . Namun, bapa saya tidak berpaling undur dari pada Isa," lanjutnya. "Sehingga kini, kumpulan yang mengancamnya tidak berjaya dengan rancangan mereka."

Kelahiran Projek Kaholatan

MEMPERKASAKAN WANITA TERANIAYA UNTUK BERUBAH DALAM KRISTUS ....... Seorang penyelaras projek punca rezeki Open Doors menjelaskan bagaimana projek penganyaman tikar digunakan oleh Tuhan untuk mengubah nasib saudari beriman Sama – sebelum ini mereka serba kekurangan, tertindas, dilayani dengan buruk dan dieksploitasi oleh masyarakat setempat. Page 6

Untuk membantu saudari beriman Sama seperti Jamilah untuk mengharungi penindasan harian dengan tabah hati, Open Doors memulakan Projek Penganyaman Kaholatan pada tahun 2007. Kaholatan bermaksud "pengharapan" dalam bahasa Sinama . "Kami membayangkan pemulihan pengharapan kepada saudari beriman Sama melalui projek sumber rezeki yang dapat menjana pendapatan yang mampan," kata pekerja Open Doors." Kami mendapati wanita Sama sangat berbakat dalam kemahiran tenunan. Wanita-wanita ini cekap menuai daun pandan, mengeringkan, dan mencelup sehingga menjadi tikar tidur yang beraneka berwarna." "Selepas mendapati anugerah Tuhan bagi wanita-wanita ini, kami mula mengembangkan kemahiran mereka dengan

menyediakan mereka untuk latihan dan teknologi terkini bagi meningkatkan penganyaman kualiti tikar pandan," tambahnya. "Kemudian, wanita beriman Sama diberi latihan kemahiran, di mana mereka belajar bagaimana untuk menjahit menggunakan mesin berkelajuan tinggi," kata beliau. "Daripada tikar tidur yang mudah, kami mula menempeleng dan menghasilkan bahan lain, seperti selipar, alas halaman tamu dan folder dokumen."

Diperkasakan Dalam Kristus Jamila menyertai projek seminar menjahit Open Doors pada tahun 2010. Melaluinya, maruahnya dipulihkan, kepercayaan beliau dalam Kristus kian mendalam, dan keluarganya mendapat sumber rezeki. "Oleh kerana saya menyertai projek pengharapan ini, saya mempunyai punca pendapatan saya sendiri," Jamila, yang telah berkahwin sejak berumur 16. "Elaun yang saya dapat daripada kerja jahitan adalah benar-benar memberi manfaat kepada saya dan keluarga saya. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya tidak bimbang tentang masalah kewangan keluarga saya lagi. Saya tahu bahawa kami tidak diabaikan." Jamila juga berkongsi bahawa dia akan terus berharap dan berusaha untuk berubah menjadi seperti Kristus . "Apabila saya menerima Isa Almasih sebagai Tuhanku dan Penyelamat, saya berusaha untuk berhenti berjudi," katanya. "Saya juga mula balik rumah awal. Saya mahu membuang tabiat buruk saya. Ia tidak mudah. Ia lebih mudah untuk diperkatakan daripada dilakukan. Saya mengambil masa yang lama untuk membuang tabiat buruk itu." "Saya berharap dan berdoa agar dapat menjimatkan wang yang cukup untuk masa depan kami melalui kedai sari (pelbagai)," Jamila menambah." Saya berdoa bahawa tidak kira apa yang berlaku kepada saya, saya tidak akan berpaling tadah dari Isa." "Sama seperti Tuhan telah mengubah kehidupan Jamila, Dia terus menenun karya indah dalam kehidupan saudari-saudari Sama yang lain,� kata pekerja Open Doors. "Beliau telah menggunakan usaha ini untuk menanam benih Kaholatan (pengharapan) dalam hati masyarakat Sama itu. " "Akhirnya, kami ingin melihat nasib saudari beriman Sama berubah daripada kekurangan, penindasan, layanan buruk, dan eksploitasi, ke arah kemajuan, mengatasi masalah, bermotivasi, dan diperkasakan untuk kemuliaan Allah. "

Produk Kaholatan dipamerkan untuk dijual di pejabat kami. Jika anda ingin membeli produk tersebut atau membeli secara pukal, sila hubungi pejabat kami untuk maklumat lanjut. Page 7


Pemimpin-pemimpin gereja di Persidangan Bangui yang dianjurkan Open Doors

N

PROJEK TINDAKAN: REPUBLIK AFRIKA TENGAH Profil Negara Pemimpin : Presiden Michel Djotodia (selepas berjaya menumpaskan kerajaan François Bozize pada Mac 2013) Penduduk : 4.5 juta Kristian : 3.4 juta (atau 76% daripada penduduk) Agama utama : Kristian "Dalam keadaan ini, umat Kristian, khususnya, yang paling terjejas " - Deklarasi Bangui . Ini adalah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin gereja di satu persidangan yang dianjurkan oleh Open Doors di Bangui pada awal Oktober. Dalam kenyataan itu, pemimpin-pemimpin gereja menggesa masyarakat antarabangsa untuk cepat menyelamatkan Republik Afrika Tengah (CAR) dengan mencegah “peperangan saudara antara agama” yang akan meragut banyak nyawa. Open Doors bersetuju bahawa ancaman konflik antara agama akan timbul. Keganasan Seleka terhadap umat Kristian telah menimbulkan kebimbangan bahawa CAR boleh menjadi hab bagi aktiviti Al Qaeda. Kumpulan Seleka telah merekrut ahli-ahlinya dari kawasan pedalaman utara negara ini yang kebanyakannya orang Islam; Page 8

Djotodia adalah ketua Islam yang pertama di negara ini. Kumpulan ini juga telah menarik ramai pejuang asing, yang sering datang dari negara yang mempunyai masyarakat Islam yang besar, terutamanya Chad. Pada bulan Mei, Gereja Katolik di Republik Afrika Tengah (CAR) bertanya kepada Encik Djotodia untuk menjelaskan kewujudan surat kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Jeddah (Arab Saudi ) pada bulan April 2012 yang menunjukkan hasratnya untuk menjadikan CAR sebagai republik Islam. Dalam surat itu Djotodia memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang membela umat Islam di Chad dan CAR. "Dengan izin Allah, kami akan dapat menakluki Bangui, kami akan menubuhkan rejim Islam untuk melaksanakan [undang-undang] syariah," katanya. "Walaupun kami gagal untuk mengusir Bozizé , kami berhasrat untuk

mengubah beberapa bahagian di Afrika Tengah, Chad dan Darfur, menjadi republik Islam yang baru." (World Watch Monitor, Mei) Uskup Katolik CAR telah menyatakan bahawa dalam keuskupan gereja masing-masing, tahap kemusnahan, keganasan terhadap Kristian, Katolik dan Protestan dan bilangan tentera upahan dalam kumpulan pemberontak yang hidup atas titik peluh dan letih lesu rakyat hanya boleh digambarkan sebagai "tidak pernah dilihat sebelum ini". "Tidak ada satu hari tanpa penemuan mayat dalam sungai Oubangui... Kami mengira dalam satu minggu, lebih 100 kes pembunuhan. Dan kami tidak bercakap pun tentang pembunuhan di kawasan pedalaman atau kes rogol ke atas kaum wanita yang berterusan. Saya tidak berdaya untuk mengira lagi ... situasi ini sangat merunsingkan saya. Pada jam 18:00 semua orang sudah masuk ke rumah masing-masing. Walaupun begitu, mereka (Seleka) masih datang dan membunuh " - kata pekerja Open Doors, Bangui, Ogos 2013 "Perhubungan strata sosial sudah terkoyak sepenuhnya. Penduduk mengalami trauma yang besar dan ini dimanifestasikan dalam banyak kes bunuh diri dan kemurungan. "- Wakil Archdiocese daripada Bangui , (Agenzia, Fides 5 Julai 2013).

Sebab Berlaku Konflik Open Doors telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin gereja pada waktu awal krisis untuk menyiasat pandangan mereka sebab berlakunya konflik ini dari aspek agama. Pemimpin-pemimpin ini menegaskan bahawa konflik ini perlu dilihat dalam konteks dinamik sosio-politik dan agama yang kompleks. • Walaupun CAR dianggap sebagai sebuah negara Kristian, nominalisme adalah meluas. • Kesaksian umat Kristian telah sangat dikompromikan selama lebih dua dekad dengan tuduhan kononnya kerajaan Kristian mengamalkan pemerintahan rasuah, salah urus dan fahaman berpuak. • Umat Islam di utara telah lama didiskriminasikan, kononnya kerajaan Kristian gagal untuk mengenali mereka sebagai rakyat dan gagal untuk memberi mereka sijil kelahiran, kad pengenalan dan pasport. • Ketegangan ini telah lama membina satu tembok yang tebal antara orang Islam utara berdekad-dekad lamanya sehingga mereka membenci kerajaan yang dikatakan Kristian sekarang ini. • Gereja dan umat Kristian telah gagal dalam tanggungjawabnya untuk menjauhkan dirinya dari ketidakadilan ini secara jelas dan telus. Sesetengah pastor, diakoni dan penatua telah menjadi sebahagian daripada sistem rasuah ini bila mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.

Saudara-saudari beriman menghadiri kebaktian gereja di Bangui Page 9


OPEN DOORS BERAKSI inar

Women at an OD training sem

MEMBERIKAN HADIAH HARAPAN UNTUK WANITA TERANIAYAI

Vietnam

Beribu-ribu wanita telah mendapat manfaat daripada Kursus Priscilla - satu program latihan pemuridan selama tiga tahun. Ramai wanita yang telah menjalani latihan ini mengaku mereka mempunyai hala tujuan yang baru dan harga diri.

Bangladesh

OD melatih wanita beriman yang telah menunjukkan potensi kepimpinan dan kemahiran pengajaran supaya mereka pula boleh mengajar dan melayani wanitawanita lain di gereja masing-masing.

RM

Colombia

Kami menyediakan seminar dan bengkel rawatan trauma khas untuk janda dan anak-anak mereka, dan juga mengedarkan banyak Alkitab Kajian Wanita bagi mereka.

Nigeria

Selepas banyak serangan ke atas umat Kristian, ramai wanita menjadi janda tanpa sumber mata pencarian. Kami menyediakan latihan kemahiran dan pinjaman mikro bagi membantu mereka memulakan perniagaan sendiri.

Mesir Christian materials for women

Doa • Berdoalah untuk wanita Kristian teraniaya seperti Sabrina dan Fatima dari seluruh dunia untuk terus berkembang dalam keimanan mereka dan menjadi saluran kasih dan pengharapan dari Tuhan kepada wanita lain dalam komuniti mereka. • Berdoalah untuk kakitangan dan kenalan Open Doors yang bekerja untuk membantu wanita Kristian memahami identiti mereka dalam Kristus. • Berdoalah untuk projek-projek OD yang memperkasakan wanita Kristian supaya mereka diperkukuhkan untuk memainkan peranan yang diberikan Tuhan dalam keluarga dan masyarakat mereka. • Perjuangan untuk Afrika pada masa kini adalah untuk menghalang kumpulan radikal Islam dari merampas kuasa Page 10

Kami bekerjasama dengan gereja-gereja, sekolahsekolah dan NGOs untuk memperkasakan wanita dalam masyarakat yang menganiayai mereka melalui program-program yang memberi mereka makanan rohani, kaunseling trauma khas dan latihan kepimpinan.

pemerintahan negara. Kami memerlukan anda untuk berdiri bersama-sama saudara-saudari kami yang mengalami penderitaan dan untuk memenangi jiwa rakyat Afrika. • Berdoalah untuk campurtangan Allah di rantau ini supaya apa-apa plot jahat oleh kumpulan-kumpulan radikal yang ganas seperti Al-Qaeda, Al- Shabaab atau Boko Haram untuk menghapuskan kepercayaan Kristian di Afrika akan terdedah dan terbuntu. • Berdoa untuk gereja di CAR untuk bertindak balas dengan cara alkitabiah terhadap kekejaman melampau yang mereka hadapi. Berdoa supaya kasih Tuhan akan mengatasi kesakitan mereka agar mereka dapat menghulurkan tangan keampunan dan persahabatan kepada pihak penganiaya mereka dan menyebabkan banyak Saulus bertukar jadi Paulus .

RM

150/-

200/-

Anda boleh menyediakan latihan literasi dan kemahiran dalam kursus jahitan dan sulaman untuk wanita Kristian dari kawasan miskin di Asia Barat untuk menyara hidup untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Nyatakan hadiah anda sebagai 'Hadiah Harapan 2014 No. 1'.

Anda boleh memperkasakan seorang pemimpin wanita Kristian dengan latihan Kursus Priscilla yang akan meningkatkan kemahiran hidup dan pelayanan peserta-peserta latihan dalam memimpin domba Tuhan di kawasan puak Vietnam. Nyatakan hadiah anda sebagai 'Hadiah Harapan 2014 No. 2'.

KIRAAN HARI KE HARI DOA SEDUNIA 2014 – IMAN YANG KENTAL Sertai Seminar ‘Lion’s Den’ (Sangkar Rimau) (dalam Bahasa Inggeris sahaja buat masa ini) Apakah penganiayaan? Adakah gereja Malaysia bersedia menghadapi penganiayaan? Adakah anda bersedia juga? Kami, sebagai umat Kristian di Malaysia, tidak boleh lagi hidup di bawah ilusi bahawa dunia kita adalah riang dan tanpa masalah. Yesus sendiri berkata sebaliknya ..... Dalam dunia ini, anda akan mempunyai masalah. Tetapi terimalah hal-hal ini! Saya telah mengalahkan dunia" (Yohanes 16:33 ). Pengikutpengikutnya di kebanyakan bahagian dunia mengalami kebenaran kata-kata beliau hari ini. Rahsia untuk mempunyai iman yang kental adalah bukan dengan cara penyingkiran penganiayaan dan penderitaan, tetapi berdiri kukuh mengharungi penderitaan. Lion’s Den adalah program seminar berasaskan kajian untuk membantu menyediakan umat Kristian agar dapat mengharungi penganiayaan dan penderitaan. Kami berusaha untuk melatih umat Kristian untuk kekal beriman walaupun dianiaya. Seminar ini akan merangkumi pengajaran dari Alkitab, contoh-contoh kontemporari dari umat Kristian teraniaya di bahagian-bahagian lain di dunia untuk membentuk satu tindak balas alkitabiah apabila berhadapan dengan penganiayaan. Kami akan menggunakan nota, rujukan, video, persembahan Power Point, perbincangan kumpulan dan lain-lain. Hubungi kami di 03-33418905 atau e-mel kepada kami di benedictm@od.org jika gereja anda atau kumpulan kecil di gereja anda berminat untuk Seminar Lion’s Den kami…..

JUARA (Wakil Kawasan)

11 bulan lagi

"Saya hanya seorang, tetapi saya adalah satu. Saya tidak boleh melakukan segala-galanya, tetapi saya boleh lakukan sesuatu. Dan kerana saya tidak boleh melakukan segala-galanya, saya tidak akan menolak untuk melakukan sesuatu yang boleh saya lakukan. Apa yang termampu, akan saya lakukan. Dan apa yang perlu saya lakukan, dengan rahmat Tuhan, saya akan lakukan." – Edward Everett Hale Adakah anda ingin berkhidmat untuk umat Kristian yang tertindas dan menjadi sebahagian daripada kumpulan sukarelawan kami untuk menjadi suara bagi mereka yang dianiaya dan berkongsi mesej dan kesaksian mereka kepada umat Kristian di Malaysia? Kami sedang mencari Juara atau wakil kawasan; mereka yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk pergi ke gereja di kawasan anda atau bertemu umat Kristian dalam kumpulankumpulan sel, rangkaian doa dan lain-lain. Sebagai Juara, anda boleh memberi impak di kalangan kawan-kawan anda dan sekeluarga, untuk menguatkan iman mereka dan membantu mereka bersedia untuk penganiayaan yang bakal datang ke negara kita. Hubungi kami di 03-33418905 atau e-mel kepada kami di ravinds@od.org untuk maklumat lanjut tentang bagaimana menjadi Juara. Kami akan menyediakan semua bahan latihan yang diperlukan.

Page 11


Panduan Doa Januari 2014 “Kuduskanlah mereka dalam kebenaran; firmanMu adalah kebenaran.” Yohanus 17:17 ITB Rabu, 1 Januari –Korea Utara Menurut laporan baru , Kem 22 ( kem pendidikan semula) terpaksa ditutup. Salah satu sebab yang paling mungkin adalah bahawa 20,000 orang telah meninggal dunia akibat kelaparan. Baki 8,000 dihantar ke kem-kem dan penjara lain . Berdoalah bagi mangsa yang berada di kem-kem lain bekerja 10-12 jam sehari dengan catuan makanan yang sangat rendah. Khamis, 2 Januari – Korea Utara Ramai wanita Korea Utara telah dipaksa berkahwin dengan lelaki Cina di China. Berdoalah untuk wanita-wanita dan keluarga Cina yang membuli mereka, keluarga mereka yang ditinggalkan di Korea Utara dan pekerja yang membantu mereka ke arah penyembuhan emosi . Jumaat, 3 Januari – Mesir Berdoalah untuk umat Kristian yang tinggal di kampung-kampung yang masih di bawah kawalan ketat kumpulan radikal Islam. Mereka diganggu oleh jiran-jiran mereka kerana dikaitkan dengan kejatuhan rejim Morsi. Berdoalah untuk perlindungan mereka.

Sabtu, 4 Januari – China Latihan adalah keperluan yang paling mendesak untuk saudara-saudari beriman dari latar belakang Islam (MBB). Mereka sangat memerlukannya untuk melengkapkan pemimpin mereka terutama pemimpin wanita dan berpasangan kerana kebanyakan orang beriman adalah perempuan. Berdoalah untuk kerjasama yang baik dengan gereja-gereja Cina Han untuk sokongan dan bantuan. Ahad, 5 Januari – India Doakan projek saraan hidup OD yang dimulakan di negeri Gujarat (Amreli), Chhattisgarh (Bastar) , Timur Madhya Pradesh (Dindori), dan Barat Madhya Pradesh (Jhabua). Isnin, 6 Januari – Nigeria Puji Tuhan untuk kesetiaan dan kekuatanNya yang mengekalkan kewujudan jemaat gereja sepanjang tahun lepas, terutamanya di timur laut Nigeria. Berdoa agar umat Kristian akan terus beriman dan berpegang kepada harapan dalam Kristus dan menyebarnya ke mana sahaja mereka berada. Selasa, 7 Januari – Mali Puji Tuhan bahawa walaupun rusuhan berleluasa di utara Mali, umat Kristian dapat berpegang kepada kepercayaan mereka. Bersyukurlah untuk kasih Allah kerana kesetiaanNya yang tak putus-putus dalam kehidupan setiap keluarga yang hidup sebagai orang pelarian di Bamako dan negara-negara jiran yang lain . Rabu, 8 Januari – Eritrea Berdoalah untuk kerajaan Eritrea agar mengubah persepsi salah mereka terhadap umat Evangelical Kristian. Kerajaan percaya mereka adalah ahli utama kumpulan "pembangkang" yang Page 12

menjadi alat kerajaan asing. Kerajaan menuduh mereka mempromosikan pembohongan dan memperbesarkan kelemahan kepimpinan sekarang. Khamis, 9 Januari – Sudan Utara Berdoalah untuk masyarakat minoriti Kristian kerana mereka menghadapi penganiayaan yang semakin meningkat. Berdoa agar Tuhan akan menggunakan testimoni mereka untuk menarik jiran-jiran dan kawan-kawan kepadaNya. Jumaat, 10 Januari - Kenya Berdoalah untuk perlindungan bagi rakan-rakan kami yang sedang bekerja di kawasan yang cenderung kepada penganiayaan. Berdoalah untuk keluarga mereka yang kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Berdoalah juga untuk ahli-ahli keluarga ejen keselamatan negara yang terbunuh dalam serangan yang disasarkan oleh pelampau Islam. Sabtu, 11 Januari – Zanzibar Berdoalah untuk keselesaan Tuhan pada jemaah dan keluarga Bapa Mushi yang terbunuh kerana imannya pada bulan Februari 2013. Ahad, 12 Januari – Tanzania Pastor Mathayo dari Tanzania Assemblies of God di Geita, telah dibunuh oleh perusuh Islam pada tahun 2013. Berdoalah untuk balunya Generosa Mathayo dan anak-anaknya supaya mereka akan mengalami keselesaan dan hadirat Allah. Isnin, 13 Januari – Indonesia Doa untuk dua saudara MBB di Jawa Barat kerana mereka terpaksa tinggal di penjara selama tiga tahun. Mereka berkomited untuk terus berkongsi Injil walaupun mereka berada dalam kurungan. Berdoa untuk kebijaksanaan Allah dan rahmat untuk mereka. Selasa, 14 Januari – Brunei Latihan alkitabiah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan MBB di Brunei. Ramai daripada mereka dahagakan Firman Tuhan. Berdoalah untuk Tuhan membuka jalan bagi MBB di Brunei untuk menjadi sebahagian daripada program-program latihan supaya mereka dapat terus tumbuh dalam kepercayaan mereka terhadap Tuhan. Rabu, 15 Januari – Semenanjung Arab Dwayne (bukan nama sebenar) baru-baru ini telah dijemput untuk bercakap mengenai kepercayaan Kristian dalam perhimpunan lelaki tempatan. Mereka bersetuju bahawa keselamatan sepatutnya berdasarkan rahmat dan bukan pada kerja-kerja manusia. Berdoa agar mereka akan memikirkan apa yang telah dibentengkan dan melihat keperluan keselamatan yang hanya boleh ditemui dalam Yesus. Khamis, 16 Januari – Saudi Arab Kanak-kanak Arab yang beriman perlu belajar untuk hidup dalam dua dunia yang sangat berbeza pada usia muda: di sekolah Islam, dan di rumah di mana mereka belajar tentang Yesus. Berdoalah

untuk kanak-kanak ini supaya mereka mempunyai pengalaman yang mendalam tentang Kristus dan mengikutiNya dengan sepenuh hati. Jumaat, 17 Januari – Qatar Berdoalah untuk penubuhan kebaktian orang beriman Qatar yang akan menikmati persahabatan antara satu sama lain dan akan menarik masyarakat kepada Kristus melalui kesaksian mereka. Berdoalah untuk kebangunan rohani di dalam negara ini, walaupun kaya, tetapi amat memerlukan kasih sayang Kristus. Sabtu, 18 Januari – Iran Bersyukurlah kepada Allah kerana Mitra Zahmati dan Maryam Jalili telah dibebaskan daripada penjara wanita di Evin. Mereka telah dipenjarakan sejak 2011. Berdoa untuk pemulihan mereka. Ahad, 19 Januari – Israel dan Kawasan Palestinian Banyak Alkitab seperti Alkitab Belia, Alkitab Aktiviti Harian, dan bahan-bahan Kristian yang lain telah diedarkan . Berdoa agar Firman Allah akan memberi kesan ke dalam kehidupan orang-orang yang membacanya. Isnin, 20 Januari – Lebanon Seorang Kristian dari Lebanon berkata: "Kami mempunyai visi besar untuk Syria bagi menjangkau mereka yang datang dari kawasan yang belum mendengar Berita Baik. Sekarang ramai daripada mereka telah tiba di Lubnan bagi kita memberitakan Injil kepada mereka. Pujilah Tuhan untuk aktiviti gereja yang telah menyentuh hati umat Kristian dan juga Islam”. Selasa, 21 Januari – Iraq Keganasan di Iraq meningkat lagi di negara ini. Berdoa agar rakyat akan bangkit dan melihat keperluan untuk Juruselamat Yesus. Berdoalah untuk kepimpinan gereja terbesar, Gereja Kasdim, supaya ia akan menyediakan kepimpinan yang betul pada masa kritikal ini. Rabu, 22 Januari – Syria Berdoa agar umat yang beriman akan memahami rancangan Tuhan untuk negara. Berdoa agar mereka akan dapat bertahan kukuh untuk meneruskan kehidupan dalam suasana yang diselubungi keganasan di kebanyakan kawasan di negara ini; das tembakan dan pengeboman, jiran-jiran atau orang-orang meninggalkan negara. Khamis, 23 Januari – Bangladesh Tahun ini, Bangladesh akan mengadakan pilihanraya amnya. Adalah dijangkakan satu pertandingan antara Parti Nasionalis Bangladesh yang berhaluan Islam dan Liga Awami yang lebih sekular. Berdoa untuk gereja supay bijak memilih pemimpin negara mereka. Jumaat, 24 Januari – Maldives Umat beriman di Maldives adalah begitu sedikit dan terpencil. Kebaktian bersama-sama untuk doa, persahabatan dan latihan pemuridan adalah mustahil. Dalam keadaan yang sukar itu, mereka juga dilanda masalah sosial yang berleluasa seperti penyalahgunaan dadah dan keganasan dalam rumah tangga. Berdoalah untuk mereka. Sabtu, 25 Januari – Filipina Selatan Pada kemuncak Pengepungan Zamboanga pada September tahun

lepas, OD membantu menyelamatkan dan memupuk 60 keluarga MBB milik Sama dan suku Tausug. Walaupun demikian sebahagian daripada mereka telah kehilangan rumah mereka, kehidupan dan saudara-mara yang tersayang. Berdoalah untuk penyembuhan Tuhan kepada mereka. Ahad, 26 Januari – Bhutan Berdoalah untuk para pastor kerana ramai dari mereka tidak mempunyai latihan teologi rasmi. Minta Tuhan untuk memberi mereka kebijaksanaan dan kearifan mengerti Kitab Suci. Berdoa agar mereka akan memodelkan Yesus dalam pemikiran, percakapan dan perbuatan mereka. Berdoa agar khutbah mereka akan berakar umbi di dalam Firman Allah . Isnin, 27 Januari – Myanmar Berdoalah untuk Nwin Than (bukan nama sebenar) dan keluarganya yang telah dihalau keluar dari komuniti mereka kerana mempercayai Kristus. Dua kanak-kanak kecil mereka tidak dibenarkan untuk mendaftar di sekolah. Jiran-jiran mereka juga menghantar petisyen kepada kerajaan tempatan bahawa mereka tidak akan membenarkan individu bukan penganut Buddha untuk hidup di kampung mereka. Selasa, 28 Januari – Sri Lanka Terdapat peningkatan dalam Nasionalisme Buddha di Sri Lanka pada tahun lepas dan serangan terhadap umat Kristian dan minoriti Muslim menjadi lebih kerap. Berdoalah untuk perlindungan Tuhan dan mereka akan tetap setia dan berharap pada Yesus meskipun menghadapi penganiayaan yang amat dahsyat. Rabu, 29 Januari – Laos Sompone (bukan nama sebenar) seorang pastor tempatan telah dipenjarakan Mac lalu kerana beliau berkongsi Injil kepada saudara-mara beliau. Ahli keluarga yang lain membuat tawaran kepada Sompone untuk mengeluarkannya dari penjara dengan syarat beliau menafikan keimanannya dalam Kristus, tetapi dia menolak. Berdoalah untuk Sompone dan keluarganya. Khamis, 30 Januari – Vietnam Kerajaan telah mengisytiharkan penapisan Internet seluruh negara. Dekri 72 melarang semua kandungan yang mengkritik parti pemerintah. Berdoalah untuk Tuhan agar melembutkan hati pemimpin kerajaan supaya mereka tidak lagi menghalang kebebasan beragama dan bersuara dalam negara. Jumaat, 31 Januari – Nepal Umat Kristian di Nepal menghadapi penindasan dari keluarga kerana enggan menyertai upacara keagamaan Mao dan Hindu. Berdoa kepada Allah supaya menggunakan kehidupan pengikutnya untuk memberitakan Injilnya kepada keluarga-keluarga ini, supaya mereka faham kasih Tuhan bagi mereka.

Notis Untuk memuat turun Medan Iman & Panduan Doa dalam bentuk softcopy pdf, layarilah: Laman web: www.dropsend.org Akaun e-mel/user: malaysia@od.org Kata Laluan: frontlinefaith Page 13


Panduan Doa Februari 2014 “ Ku senantiasa mengucap syukur kepada Allahku kerana kamu atas kasih karunia Allah yang dianugerahkanNya kepada kamu dalam Kristus Yesus. Sebab di dalam Dia kamu telah menjadi kaya dalam segala hal: dalam segala macam perkataan dan segala macam pengetahuan” 1 Korintius 1:4-5 (ITBR) Sabtu, 1 Februari – Bangladesh Yesus mengasihi anak-anak kecil dan kasih ini dimaklumkan kepada mereka dalam Alkitab. Mobinul, penerima Alkitab Kanak-kanak dan buku cerita Alkitabiah berkata: “Saya memberitahu rakan-rakan saya yang saya mengasihi Yesus dan bahawa Dia adalah yang terbaik." Doa untuk kanak-kanak seperti Mobinul supaya hati mereka akan terbuka untuk menerima Yesus. Ahad, 2 Februari – Maldives Maldives memerlukan pekerja Kristian, guru dan penginjil yang berani mengharungi undang-undang ketat di negara ini untuk berkongsi Yesus kepada masyarakat. Berdoa agar orang Kristian yang mempunyai kekuatan hati akan menjawab panggilan Allah untuk melayaniNya di Maldives. Isnin, 3 Februari – Filipina Berdoa untuk saudara-saudari kita di Zamboanga yang perlu membina semula kehidupan mereka selepas pertempuran selama tiga minggu antara pemberontak Moro dan kerajaan Filipina. Rumah beberapa keluarga Sama MBB telah dibakar pada masa pertempuran itu. Berdoalah untuk usaha-usaha pemulihan. Selasa, 4 Februari – Bhutan Kerana Allah menyatakan diriNya melalui FirmanNya, kemahiran membaca adalah penting bagi orang Kristian untuk matang dalam iman mereka. Berdoa agar peluang untuk celik ilmu akan terbuka kepada umat beriman supaya mereka sendiri akan tahu dengan lebih mendalam tentang Yesus melalui Alkitab. Rabu, 5 Februari – Myanmar Berdoalah supaya keganasan di antara rakyat Buddha dan pelampau Islam di selatan Myanmar dapat dihentikan. Umat Kristian terperangkap dalam ketegangan dan kadang-kadang dihukum kerana membantu pelarian Rohingya Muslim yang kebuluran. Minta Tuhan untuk pemulihan keamanan dan perlindungan untuk anak-anakNya. Khamis, 6 Februari – Sri Lanka Laporan tentang bilangan yang diancam, dicederakan dan dibunuh kerana kepercayaan mereka telah meningkat. Bodu Bala Sena (BBS), sebuah kumpulan fundamentalis Buddha, berkata negara perlu menuntut semula akar kerohaniannya. Minta Tuhan untuk perlindunganNya kerana mereka perlu meneruskan kehidupan melalui kesusahan ini. Jumaat, 7 Februari – Laos "Selepas saya mendengar perkara yang benar dari Alkitab, cara pemikiran saya berubah. Saya tidak akan bergantung kepada kekuatan hati saya tetapi kepada Tuhan,” kata Keo, peserta Page 14

bahawa Allah akan memperkukuh dan menggalakkan mereka di tengah-tengah kesukaran mereka. latihan kepimpinan. Berdoalah untuk pemimpin baru seperti Keo supaya mereka belajar untuk merendahkan diri sebagai hamba-pemimpin seperti Kristus. Sabtu, 8 Februari – Vietnam Puji Tuhan untuk Alkitab Kanak-kanak yang telah dicetak dan diedarkan ke seluruh wilayah Vietnam. Berdoa agar Alkitab ini akan digunakan untuk berkongsi kebaikan Tuhan kepada anak-anak kaum peribumi. Ahad, 9 Februari – Nepal Berasal dari latar belakang Hindu, saudara beriman baru di Nepal bercenderung untuk menyenaraikan Yesus sebagai salah satu Tuhan mereka; atau tambahan dalam senarai panjang dewa dan dewi. Berdoa agar mereka akan menerima Yesus sebagai satu-satunya Tuhan, bahawa mereka akan menerima Dia sebagai Kebenaran, Cara Hidup, dan Kehidupan. Isnin, 10 Februari – China Saudara Wang (bukan nama sebenar) dan isterinya adalah dari suku kaum Hui, latar belakang kumpulan etnik minoriti Islam. Mereka mempunyai beban untuk membawa suku kaum Hui kepada Tuhan. Berdoa agar mereka akan mempunyai kebijaksanaan dalam misi mereka supaya mereka tahu bagaimana untuk berkhidmat dan berkongsi berita baik dengan kumpulan etnik Hui. Selasa, 11 Februari – Afghanistan Pada tahun 2014, tentera Amerika akan berundur dari negara ini. Golongan pelampau boleh merampas kuasa atau kerajaan akan dipaksa untuk bekerja dengan kumpulan-kumpulan pelampau. Berdoalah untuk peralihan kepada 'Afghanistan baru' dan bahawa orang Kristian tempatan akan mendapat lebih banyak peluang untuk bertemu satu sama lain. Rabu, 12 Februari – India LEAD adalah usaha untuk memberikan latihan teologi dan pendetaan kepada pastor yang kurang pengetahuan teologi dan bekerja di kawasan dianiaya atau diancam di bahagian utara dan tengah India. Berdoa untuk LEAD supaya dapat membawa impak yang besar dalam kehidupan pastor-pastor. Khamis, 13 Februari – Republik Afrika Tengah Berdoalah untuk orang Kristian agar dapat berdiri teguh di tengah-tengah penganiayaan keras yang dilakukan oleh pemberontak Islam Seleka. Gereja Katolik dan Protestan mengadakan persidangan bersama-sama dan menandatangani secara bersama dokumen yang dipanggil 'Call of Bangui’. Sertai dalam doa dengan Advokasi OD untuk mewujudkan kesedaran yang lebih besar tentang keadaan ini. Jumaat, 14 Februari – Ethiopia Gereja di Nyangatom rela bertanggungjawab untuk menyokong umat beriman yang kehilangan tempat tinggal. Ia juga berusaha untuk berfungsi sebagai gereja dalam persekitaran yang sangat tegang. Berdoalah untuk orang-orang Kristian Nyangatom

Sabtu, 15 Februari – Eritrea Berdoalah untuk kekuatan dan rahmat bagi saudara beriman yang menghadapi keadaan penganiayaan yang teruk. Berdoalah untuk beratus-ratus keluarga yang hilang perhubungan dengan ahli keluarga mereka kerana mereka mencari perlindungan di luar negara. Berdoa agar kerajaan akan melembutkan pendiriannya terhadap umat evangelis Kristian. Ahad, 16 Februari – Sudan Berdoalah untuk perpaduan dan kekuatan di kalangan umat Kristian teraniaya. Puji Tuhan untuk badan-badan awam yang memperjuangkan hak asasi pihak yang tertindas. Berdoa agar kerajaan akan mendengar permintaan mereka. Berdoalah untuk pemimpin-pemimpin gereja yang membantu jemaah mereka menyesuaikan diri dalam situasi penganiayaan sekarang. Isnin, 17 Februari – Kenya Berdoa untuk semua orang beriman di negara ini terutamanya bagi mereka yang ditempatkan dekat dengan sempadan dan pantai wilayah Somalia. Semoga mereka bertindak balas dalam kasih Kristus kepada serangan terhadap mereka dan mendoakan keampunan dan keselamatan bagi penyerang mereka. Selasa, 18 Februari – Tanzania Teruskan berdoa untuk proses kajian semula perlembagaan Tanzania. Berdoa juga supaya kerajaan Tanzania akan bertindak untuk menamatkan serangan militan Islam terhadap umat Kristian dan kerosakan harta gereja yang meningkat pada tahun 2013. Kejadian-kejadian ini membawa kepada banyak kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta-benda. Rabu, 19 Februari – Uganda Berdoalah bagi gereja di Uganda untuk terus melayani Tuhan. Puji Allah untuk memelihara kehidupan Susan Ithungu dan Mzee William Masolo (bapa kepada mendiang Francis Namukubalo). Kesaksian mereka terus mengukuhkan keimanan saudara-saudari di seluruh dunia. Khamis, 20 Februari – Sudan Selatan Berdoalah untuk kepimpinan baru masyarakat Kristian di selatan Sudan supaya Allah memberi mereka kebijaksanaan dan keberanian untuk melakukan kerja yang penting ini.

negara-negara Islam yang ketat kawalannya, mencari jodoh yang beriman dengan restu ibubapa adalah sukar. Ia adalah satu cabaran besar. Berdoa agar jodoh dari kalangan umat beriman dapat bertemu. Isnin, 24 Februari – Arab Saudi Berdoalah untuk rakyat Arab yang berjumpa dengan Yesus dalam mimpi, supaya mereka akan mula mencari makna mimpi tersebut. Berdoalah juga untuk pekerja Allah di negara ini bahawa mereka tidak akan takut dengan mana-mana manusia yang mungkin mengancam mereka dan supaya mereka mempunyai keberanian untuk berkongsi iman. Selasa, 25 Februari – Iran Doa untuk Maryam Naghash Zargaran (35 tahun) yang dijatuhkan hukuman 4 tahun penjara. Beberapa tahun lalu, Maryam menjalani pembedahan jantung dan stres kebelakangan ini menyebabkan penyakitnya semakin teruk. Beliau telah mengalami serangan jantung di dalam penjara dan sekarang berada dalam keadaan kritikal. Rabu, 26 Februari – Israel Pengaruh Yahudi semakin berkembang dan ini membawa lebih banyak cabaran bagi umat Mesianik Yahudi. Di tempat-tempat seperti Arad dan Ashdod, saudara beriman perlu bertentang dengan kekacauan yang tidak berhenti-henti, seperti gangguan dan penderaan. Berdoalah supaya kesaksian mereka akan jelas membawa kesan baik kepada komuniti mereka. Khamis, 27 Februari – Syria Mesej kebencian dan keganasan terus diisytiharkan ke semua bahagian negara ini. Berdoalah bahawa jemaat akan terus mengongsikan mesej kasih sayang dan kedamaian yang sebenarnya. Doa supaya saudara beriman akan menonjolkan kesaksian kasih Kristus di kalangan masyarakat yang sangat-sangat memerlukannya. Jumaat, 28 Februari – Lebanon Keganasan semakin melimpah masuk dari negara jiran Syria. Berdoa untuk kebijaksanaan bagi ahli-ahli politik Lubnan supaya mereka dapat menjauhkan pelbagai puak-puak di Lubnan dari peperangan di Syria. Berdoalah bagi gereja kerana menjaga orang pelarian dengan baik.

Jumaat, 21 Februari – Ivory Coast Kestabilan negara semakin beransur-ansur pulih, tetapi kos sara hidup menjadi lebih tinggi, terutamanya di Abidjan. Berdoalah untuk pihak berkuasa dan untuk gereja menghadapi cabarancabaran ini dengan kebijaksanaan Tuhan. Sabtu, 22 Februari – Mesir Berdoalah untuk jalan keluar bagi dilemma negara, di mana terdapat percanggahan antara rakyat majoriti yang menentang kerajaan terdahulu dan puak minoriti militan yang menyokong kerajaan tersebut! Masa depan adalah kabur tanpa kemungkinan perdamaian. Berdoa untuk keajaiban berlaku. Ahad, 23 Februari – Semenanjung Arab Berdoalah untuk saudara beriman yang kesunyian. Di

Notis Untuk memuat turun Medan Iman & Panduan Doa dalam bentuk softcopy pdf, layarilah: Laman web: www.dropsend.org Akaun e-mel/user: malaysia@od.org Kata Laluan: frontlinefaith Page 15


WANITA BERIMAN Paparan utama majalah bulan ini adalah tertumpu kepada umat wanita Kristian yang teraniaya. Sejak zaman dulu-dulu lagi, kaum wanita sentiasa dilayani sebagai rakyat kelas kedua dan kurang bernilai berbanding kaum lelaki. Lebih-lebih lagi, dalam budaya tertentu, sehingga hari ini, mereka masih dilayani dengan cara yang sama. Dalam dunia umat Kristian teraniaya, kaum wanita akan dianiayai, bukan sahaja kerana mereka mempercayai Yesus, tetapi juga kerana dilahirkan sebagai wanita dalam budaya itu. Oleh kerana itu, ramai wanita berasa rendah diri, tidak berguna dan tidak bernilai dalam masyarakat mereka dan seterusnya ini memberi kesan kepada Tubuh Kristus. Pelayanan Wanita (W2W) OD bertujuan untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap wanita dengan menggunakan wanita-wanita dari negara bebas untuk berdoa dan melayan wanita tertindas supaya mereka tahu mereka disayangi dan mempunyai nilai dalam pandangan Allah. Dalam Alkitab, Tuhan menggunakan ramai wanita untuk menjadi model iman yang memberi kesan yang besar kepada sejarah manusia. Adalah doa kami agar kaum wanita seluruh dunia akan tahu nilai mereka dalam Allah dan akan berdiri teguh dalam iman kepercayaan mereka kepada Allah. Kita sedang mencari para pendoa syafaat di Malaysia untuk berdiri di jurang dan menaikkan doa syafaat bagi wanita yang teraniaya demi Kristus. Mari kita lihat beberapa wanita beriman di dalam Alkitab dan bagaimana mereka membuat perbezaan. Keberanian Ester untuk menggadaikan nyawanya demi menggunakan pengaruhnya dengan raja telah membantu umatnya daripada musnah sama sekali. Tuhan menggunakan Tamar untuk meneruskan keturunan Yehuda dan melalui waris itu, datangnya Kristus yang akan menyelamatkan dunia. Rahab sanggup mengambil risiko maut apabila dia mengkhianati kaumnya untuk melindungi pengintip Israel kerana

dia percaya kepada Allah Israel. Tuhan mendengar doa dari Hannah dan memberinya Samuel, yang muncul sebagai hakim teragung pada zaman Hakim-hakim Israel. Mary Magdalene adalah antara beberapa wanita yang mengembara dengan Yesus dan pengikut-pengikutnya dan menyokong pelayanan mereka dari kos tersendiri (Lukas 8:3). Wanita adalah hadiah istimewa Allah kepada gereja-gereja dan kepada Badan Kristus. Anda memainkan peranan utama untuk memberi kesan pada masa akan datang, dan kami meminta anda untuk menyertai kami dalam pelayanan wanita ini. Anda, sebagai sebahagian daripada Tubuh Kristus dan sebagai wanita, harus bersedia untuk menanggung beban setiap wanita dianiaya dan berdoa bahawa Roh Kudus akan mengukuhkan mereka dalam mana-mana keadaan yang mereka berada. Oleh itu kami ingin menggalakkan semua wanita beriman di luar sana untuk menyokong kami dalam apa jua kapasiti - dalam doa, dalam pelayanan perantauan ke negara-negara untuk bertemu wanita teraniaya dan untuk mengumpul dana untuk projek bagi wanita. Kami berusaha untuk memulakan kumpulan doa wanita dalam apa jua tempat: bandar atau taman yang anda berada. Hubungi kakitangan kami W2W - Katherine (Tel No: 012-2223678 ) untuk maklumat lanjut . Bangkitlah wanita beriman dan ciptalah sejarah.

Richard Chong Pengarah Eksekutif Open Doors Malaysia

JIMAT KOS!

LANGGANI MAJALAH-E.

Sila hubungi kami. Terima kasih.

Jawatan Kosong: CSR (Church Supporter Relations) Bahasa Cina. Sila hubungi pejabat kami untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda ingin berhenti menerima majalah ini, sila sms <Henti Majalah>, diikuti dengan nama penuh, no. keahlian (sila lihat label alamat), dan hantar kepada 012-617 0088 atau hantar emel kepada malaysia@od.org Medan Iman adalah terbitan rasmi ODMAL SERVICES BERHAD (145808-V) Alamat Pejabat: 17, Tingkat 1, Jalan Tiara 5, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor Darul Ehsan Alamat Surat-Menyurat: Peti Surat 216, 41720 Klang, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-33418905 I Faks:03-33418010 I Tel Bimbit: 012-6170088 I Emel:malaysia@od.org Pencetak: Benar Padu Sdn Bhd (84645-H) 7 Jalan Sg Rasau 41 Off Jalan Datoâ&#x20AC;&#x2122; Mohd Sidin 41300 Klang Selangor Darul Ehsan West Malaysia. I Tel: 03-33423518


BM Jan-Feb