5 minute read

5.0 FALSAFAH PRAGMATISM

Pragmatisme perkataan yang berasal dari Greek (pragma) yang bermaksud tindakan (action). Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan ‘praktis’ sebagai sesuatu yang yang praktik serta mudah melaksanakannya dan ‘praktikal’ bererti dapat melaksanakan dengan berguna atau mencapai sesuatu. Pragmatik (pragmatic) menurut Oxford Dictionary bermaksud sifat yang berkaitan dengan nilai dan keputusan yang praktikal serta melakukannya berasaskan fakta atau dengan cara yang praktikal. Ini diekspresikan sebagaimana berikut,

"Concerned with practical results and values treating things In a matter off act or practical way" From Book How To Make Our Idea Clear By

Advertisement

Charles Sanders Peirce (1839-1914)

Figure 1 : Book How To Make Our Idea Clear

By Charles Sanders Peirce (1839-1914)

Matlamat Pragmatisme memberikan keutamaan kepada proses untuk mendapat kebenaran. Cara saintifik merupakan cara yang anggap paling sesuai untuk mengenali yang benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar.

Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.

Matlamat lain, ia penting untuk menghasilkan pelajar yang berdikari kerana dapat mewujudkan motivasi melalui pengalaman sendiri. Dalam pendidikan, segala pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah dan adanya hala tuju itu sendiri.

Falsafah pragmatisme telah dimulakan di Amerika pada awal abad ke-20. Falsafah ini dikenali sebagai eksperimentalism, empirisisme, instrumentalism dan fungsionalisme.

Pengalaman yang membahawa manusia menggambarkan reality dan berpegang kepada pengalaman. Falsafah ini memberi tumpuan yang lebih kepada aspek aksiologi dan epistemology. Ia juaga berubah dari satu benda ke satu benda. Dalam metafizik, idea manusia adalah neutral Reality iaitu interaksi antara manusia dan alam sekeliling. Bagi aspek aksiologi pula bahawa nilai adalah relative dan tidak berubah apabila masyarakat berubah.

1.1 TOKOH-TOKOH PRAGMATISM

Pragmatism mula dicetuskan oleh Charles Sanders Pierce tetapi menjalani aliran yang berbeza menurut tokoh yang menerajuinya iaitu William James dan John Dewey dari amerika. Tokoh-tokoh ini memperkembangkan idea pragmatism berdasarkan bidang keilmuan tersendiri. Charles Sanders Pierce merupakan ahli fizik dan matematik, William James ahli psikologi dan teori manakala John Dewey ahli sains sosial dan biologi.

Charles Sanders Peirce, dilahir pada 10 September 1839, Cambridge, Mass, A.S. Charles Sanders Peirce meninggal dunia pada 19 April 1914, berhampiran Milford, Pa. Merupakan saintis Amarika, ahli 20ragm dan ahli falsafah. Beliau adalah anak kepada ahli matematik dan ahli astronomi Benjamin Peirce (1809–80). Dia seorang saintis yang terkenal kerana sumbangannya kepada teori kebarangkalian, kajian 20ragmat, dan 20ragm metodologi saintifik. Dia dianggap sebagai pengasas 20ragmatism

William James dilahirkan di New York pada tahun 1842. Beliau berasal daripada sebuah keluarga intelektual yang bukan sahaja melahirkan ahli falsafah Amerika yang terkemuka tetapi abangnya iaitu Henry James adalah seorang penulis novel yang berbakat.

Beliau mempelajari ilmu perubatan di University Havard dan berjaya mendapat ijazah pada tahun 1869. Daripada perubatan beliau mula berlajar ilmu psikologi di Jerman dan Perancis.

Dia meninggal dunia pada tahun 1910 dalam usia 68 tahun. Karya yang terpenting yang dihasilakan olehnya antaranya, Principles Of Psycology (1890), The Will To Believe (1897), The Varieties Of Religious Experience (1902) dan Pragmatism (1907).

John Dewey dilahir 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermont, A.S. John Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952 di New York. Seorang ahli falsafah dan pendidik Amerika yang merupakan pengasas bersama gerakan falsafah yang dikenali sebagai pragmatisme, perintis dalam psikologi fungsional, seorang ahli teori demokrasi yang inovatif, dan pemimpin gerakan progresif dalam pendidikan di Amerika Syarikat. Dewey merupakan lulus dengan ijazah sarjana muda dari Universiti Vermont pada tahun 1879. Tema umum yang mendasari falsafah Dewey ialah kepercayaannya bahawa masyarakat demokratik yang mempunyai penyiasat yang berpengetahuan dan terlibat adalah cara terbaik untuk mempromosikan kepentingan manusia.

5.2 SUMBANGAN PRAGMATISM KEPADA KEMAJUAN NEGARA

Falsafah ini digunakan secara meluas di Amerika domain pendidikan. Seorang tokoh pragmatisme yang prolifik iaitu John Dewey popular dengan pragmatism dalam versi instrumentalisme. Beliau juga popular dalam menyebarkan pengalaman asas yang berkesan untuk menimba ilmu bagi seorang pendidik. Berdasarkan kepada beberapa karyanya yang terpilih terutama tulisannya yang terkenal iaitu Democracy and Educatio, An Introduction to the Philosophy of Education (1964) dan The School and Society (1920), pendidikan difahami secara terminologi sebagai iaitu pendidikan merupakan proses pembentukan asas pembawaan, intelektual dan emosi terhadap persekitaran dan manusia Dewey turut menghuraikan bahawa pendidikan merupakan usaha menyusun pengetahuan untuk membantu manusia meningkatkan lagi pengetahuan yang dimiliki, iaitu pengetahuan yang membawa kepada kehidupan lebih selamat, bermanfaat dan bertambah tinggi lagi darjat pengetahuannya.

‘The process of forming fundamental dispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow men’ (Dewey 1964).

Figure

: Democracy and Educatio, An Introduction to the Philosophy of Education (1964) dan The School and Society (1920),

Mengikuti sistem pendidikan di Malaysia, kita akan mendapati usaha kerajaan

Malaysia untuk mengambil tindakan proaktif untuk merombak asas di mana pembelajaran sepanjang hayat menjadi teras utama dalam pelan pembangunan negara. Rangka Kerja Draf Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001-2010 dan Tinjauan Asas Negeri ialah rangka kerja pembangunan negeri jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Usaha ini dijalankan dengan memberi kemudahan untuk menguasai ilmu dan meningkatkan kemahiran walaupun telah tamat pendidikan dan latihan formal. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP)

2006-2010 membantu membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dengan menggariskan enam teras iaitu membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan latihan perguruan dan meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan. Dalam erti kata lain, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan PIPP untuk menggariskan fokus, strategi utama, dan pelan pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negeri relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Oleh itu, lihat situasi ini sebagai peluang untuk menyemai minat pendidikan dalam memfokuskan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, untuk falsafah realisme, jikalau contoh pendidik kita ambil jurusan muzik, pendidik muzik perlu melihat aspek-aspek yang bersesuaian untuk dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, maka ia boleh diubahsuai dan tidak bergantung semata-mata kepada prinsip yang terkandung dalam falsafah.

Dengan aspek falsafah idealisme pula, citarasa muzik manusia telah meningkat. Hanya muzik yang berkualiti dipilih. Ini membolehkan murid mempelajari muzik yang lebih berkualiti secara berkesan. Malah, disiplin juga dipentingkan dan guru memainkan peranan sebagai model kepada pelajar.

Dalam falsafah pragmatisme pula, ia penting untuk menghasilkan pelajar yang berdikari kerana dapat mewujudkan motivasi melalui pengalaman sendiri. Yang penting sekali, dalam pendidikan, segala pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah dan adanya hala tuju.

Dalam perkembangan pendidikan, falsafah dan kurikulum bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Kesemuanya membentuk komponen-komponen yang penting dalam satu sistem pendidikan. Semua manusia itu sendiri, walaupun nampak satu tetapi mengandungi berbagai komponen yang berinteraksi dalam satu sistem yang kompleks. Pendidikan tidak boleh tegak dengan sendirinya tetapi berteraskan hasrat dan matlamat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Dari perspektif falsafah, pendidikan mestilah mempunyai tujuan atau matlamat. Mencapai tahap kebijaksanaan dalam diri manusia adalah perkara utama dalam matlmat pendidikan yang diteraskan kepada metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Bagi mencapai kebijaksanaan tersebut, apa yang menjadi pengisian, kedah penyampaian, bahan yang digunakan dan kaedah penilaian merupakan penentu kepada tercapainya matlamat yang dihasratkan.

Justeru itu, 3 Aliran falsafah iaitu Idealisme, Realisme dan Pragmatisme adalah sangat penting dalam melahirkan insan yang terdidik dalam membentuk pembangunan sesebuah negara. Pembangunan pendidikan adalah tunjang utama sebelum pembangunan insan, pembanguna ekonomi, pembangunan politik serta pembangunan infrastruktur dalam sesebuah negara dapat dibentuk.

7.0 Rujukan

1. Dato’ Abdul Fatah Hasan (2001) Pengenalan Falsafah Pendidikan. Pts Publication & Distributor Sdn. Bhd.

2. Yusof Harun (1991) Tunku – Idealisme Dalam Kenangan. Yayasan Bumiputra Pulau Pinang.

3. John B. Thompson (1984) Studies in the Theory of Ideology. Polity Press, Cambridge.

4. Professor Madya Dr Azizi bin Hj Yahaya, Falsafah Pendidikan Kontemporari.

5. Utusan Malaysia (2008) Mempelajari idealism dan humamsme Usman Awang.

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4076/1/20080804_N_UM_SUP_pg18_Mempelajari _idealism.pdf https://ms1.warbletoncouncil.org/george-berkeley-14520 https://ms.thpanorama.com/articles/filosofa/gottfried-leibniz-biografa-aportes-yobras.html https://ms.thpanorama.com/articles/filosofa/platn-biografa-filosofa-y-aportes.html

6. Charles Brown (2021) George Berkeley: Biografi, Pemikiran, Sumbangan dan Karya.

7. Thpanorama. Gottfried Leibniz Biografi, Sumbangan dan Kerja.

8. Thpanorama. Plato Biografi, Falsafah dan Sumbangan.

9. Title: The Prince (Penguin Classics S.) Author: Niccolò Machiavelli Publisher: Antonio

Blado d'Asola Published date: 1532

10. Title: The Influence of Realism on Modern Education: An Historical Review. Global Education Journal Author: Forkner. C.B. Published date: 2013

11. Siti Amirah (2021) Realisme Serta Tokohnya Aristotle https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/philosophy-andcurrent-issues/realisme-serta-tokohnya-aristotle-siti-amirah-binti-ab-salam/44813146

12. Siti Zulaikha (2023) : Falsafah Realism https://dokumen.tips/education/falsafah-realisme.html?page=16

This article is from: