
3 minute read
3.0 FALSAFAH IDEALISM
Idealism berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘Ideal’ yang membawa maksud Idea. Juga
‘Isme’ yang bermaksud ajaran atau fahaman. Falsafah yang tertua di dunia bermula sejak zaman India Purba di Timur dan zaman Plato di Barat. Pada masa itu ahli falsafah sering bertentangan pendapat dalam banyak pekara tetapi mereka bersetuju bahawa jiwa dan kerohanian amat penting. Idealism ini dapat memberi penekanan pada kepentingan fikiran, jiwa dan kerohanian. Kebanyakkan aliran untuk falsafah ini tergolong dalam golongan ahli muzik dan seni kerana ia merupakan aliran seni yang bersifat impian atau khayalan.
Advertisement
Teori idealism ini lebih mempercayai kewujudan benda-benda yang bukan material dimana benda bukan material adalah benda yang kita tidak dapat lihat dengan pancaindera kita tetapi iyanya berada dalam fikiran kita. Salah seorang pelopor fahaman Idealisme, George Berkeley mengatakan bahawa kalau fikirkan kita berfikir secara mendalam apakah yang kita ketahui tentang alam ini, maka kita lihat bahawa kita tidak mengenali jasad yang berada di luar sana secara langsung, tetapi jasad tersebut akan berada di dalam minda kita sahaja. Jadi realitinya bukannya objek fizikal yang berada diluar sana. Hal ini kerana objek itu adalah bersifat mental, bukannya fizikal, jadi di situ Berkeley mempertahankan suatu fahaman idea yang mengatakan hanya alam minda itu yang wujud dan alam fizikal itu tidak dapat kita kenali secara langsung. Fahaman ini sebenarnya boleh membuka ruang kepada kepercayaan terhadap kerohanian, kerana ia menganggap bahawa realiti itu bukan bersifat fizikal, sebaliknya bersifat bukan fizikal ataupun bukan bersifat jasad, dan dengan itu konsep-konsep seperti roh, umpamanya yang terdapat dalam fahaman agama boleh diterima kerana roh juga bukan bersifat jasad tetapi boleh difahami melalui minda dan dapat dikaitkan dengan sesuatu yang dikatakan bersifat kerohanian ataupun spiritualyang tidak mempunyai sifat material ataupun jasad.
“Idealisme mempecayai bahawa semua pekara yang dialami oleh fikiran adalah hasil pemikiran yang mutlak”. (Daley,1996)
“Fungsi akal manusia adalah fikiran mengenai sesuatu perkara, Ia merupakan proses konseptual daripada pecahan akal mutakhir dalam usaha mencari kewujudan, pengetahuan dan nilai”. (Johnson,1996)
"Oleh kerana idealisme mempercayai tentang kepentingan akal dan idea, maka tumpuan dalam bidang pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai idea"
"Idealisme juga menganggap manusia mempunyai sama ada jasad & akal atau jasad, akal & roh. (Van Scottes.et.al 1979).
Sejarah Idealism sangat meluas ini disebabkan terdapat banyak teori. Ada beberapa jenis idealism iaitu idealism subjectif, idealism objectif dan idealism personal. Idealisme subjektif adalah falsafah yang berpandangan bahawa segala bertitik tolak pada idea manusia itu sendiri. Idealisme Objektif adalah idealisme yang bertitik tolak pada idea di luar idea manusia. Idealisme objektif ini dikatakan akal menemukan apa yang sudah terdapat dalam susunan alam. Manakala Idealism Personal adalah nilai-nilai perjuangan untuk menyempurnakan
Persoalan Idealisme terbahagi kepada 3, iaitu Metafizik, Epistimologi dan Aksiologi, Metafizik adalah kebenaran atau realiti, dimana ia menetapkan bahawa kewujudan sesuatu adalah dalam bentuk rohani dan bukan dalam bentuk fizikal. Epistemologi iaitu pengetahuan dan ilmu. Idealis pecaya bahawa seseorang akan memperolehi pengetahuan dari kaedah saintifik. Iman dan kebijaksanaan juga boleh diterima untuk menimba ilmu. Kaedah yang digunakan tidak terhad. Kant & Socrates berpendapat, dalam proses pendidikan, pengetahuan adalah lebih baik dikeluarkan daripada pelajar dan bukannya diberikan oleh guru. Aksiologi ialah nilai, nilai dan etika adalah mutlak dan sentiasa kekal kerana ia bukanlah ciptaan manusia. Nilai adalah sebahagian daripada sifat tabii alam ciptaantuhan. Kneller berpendapat, Dengan mengajar nilai yang tetap ini, manusia dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni. Ini kerana kelakuan yang jahat akan mendatangkan keburukan kepada diri, masyarakat dan keseluruhan umat manusia dibumi.
3.1 TOKOH-TOKOH IDEALISM
Idealism pertama kali diguna dalam dunia falsafah oleh Gottfried Wilhem Leibniz (1646-1716) pada awal abad 18. Kemudia Leibniz mererapkan istilah ini pada pimikiran Plato. Gottfried Wilhem Leibniz (1646-1716) adalah seorang ahli falsafah Jerman. Beliau juga seorang ahli Matematik yang terkenal kerana sumbangannya mencipta system binary moden dan kalkulus pembezaan dan integral. Beliau yakin dengan Metafiziknya dan seorang yang henat pada abad ke-17.
Plato adalah seorang ahli falsafah Yunani Kuno yang dianggar tinggal antara 428 dah 347 SM. Plato dengan nama sebenar Aristocles of Athens diiktiraf sebagai salah seorang tokoh yang terpenting dalam falsafah barat. Plato juga adalah seorang pengasas Akedemi. Sumbangan paling penting kepada falsafah adalah teori idea, dialektik atau pencarian metadologi untuk pengetahuan. Beliau menyatakan pemikirannya dalam bentuk dialog, menggunakan unsur-unsur dramatik yang memudahkan bacaan dan pemahaman ideaideanya, mencipta dan mencontohkan situasi yang dirawat dengan keberkesanan yang mencukupi. Dia juga membincangkan dan mencerminkan struktur politik dan undang-undang pada masa itu. Falsafah ini menolak kewujudan fizik secara hakikat dan berpegang bahawa semua kewujudan ini hanyalah roh dah akal semata-mata.


Immanuel Kant seorang lagi tokoh Idealism, dilahirkan di Konigsberg pada tahun 1724. Immanuel Kant menyatakan segala pengalaman akan ditentukan oleh pancaindera dalam bentuk metafizik dan spikologi. Beliau menyatakan pancaidera dan minda harus bersamasama bergabung untuk menghasilkan ilmu tertentu

George Berkeley (1685-1753) seorang ahli falsafah dan saintis Irlandia. George Berkeley yang menghidupkan semula idealism pada abad ke-18 di Eropah. Beliau juga salah seorang ahli falsafah yang percaya bahawa kesedaran dan minda adalah asal usul bagi dunia material. Beliau menegaskan dimana kualiti sekunder atau primer bukan dari objek, dengan mengambil kira bahawa objek bila dibuat pemerhatian ukurannya akan berbeza.
