3 minute read

BUKU LOG PROSES TUGASAN BERKUMPULAN

BAHAGIAN A:

PEMBAHAGIAN TUGAS

Advertisement

Bil. No. Matrik Nama Tanggungjawab

Pelarasan Format, Muka

Hadapan, Isi Kandungan, Pengakuan Keaslian

1. 2022512065 Norul Hisham bin Jaffar @ Jaafar

Tugasan, Buku Log

Penghargaan, Pendahuluan, Kesimpulan

2. 2022638986 Noorulhudah binti Ali Falsafah Idealism

3. 2022682688 Hanumbaizura binti Abdul Hamid Falsafah Realism

4. 2023714743 Muhammad Amiruddin bin A Wahid Falsafah Pragmatism

BAHAGIAN B:

PERAKUAN TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN

Diakui sah dan ditandatangani oleh ahli kumpulan

Bil. No. Matrik Nama Tandatangan

1. 2022512065 Norul Hisham bin Jaffar @ Jaafar

2. 2022682688 Hanumbaizura binti Abdul Hamid

3. 2023714743 Muhammad Amiruddin bin A Wahid

4. 2022638986 Noorulhudah binti Ali

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan kajian ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Wacana Penulisan yang dihormati, Dr. Siti Sarah binti Izham kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan ini dengan lancar

Selain itu, kami juga mahu mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga kami yang telah memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan tugasan kajian ini. Mereka sememangnya telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini dengan baik.

Seterusnya, kami turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang dikasihi, khususnya ahli di dalam kumpulan ini kerana banyak memberi pendapat dan pandangan terhadap setiap apa yang kami laksanakan supaya tugasan kajian ini disiapkan mengikut mutu dan kualiti yang dikehendaki Antara kami juga telah membantu antara satu sama lain dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan dan persoalkan supaya kami mendapat jawapan yang terbaik

Akhir Madah, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penyiapan tugasan kajian kami ini.

Sekian, terima kasih.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Falsafah merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip seseorang terhadap sesuatu perkara, bidang dan sebagainya. Ianya wujud hasil dari pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman yang telah dilalui oleh seseorang dan dalam kehidupan harian. Aspek-aspek dalam falsafah pula menjadi panduan dan landasan terhadap seseorang dalam membuat keputusan.

Terdapat 4 falsafah yang utama iaitu Idealism, Realism, Pragmatisme dan Eksistensialism. Aliran fahaman falsafah terbahagi kepada 2, iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden. Falsafah Tradisional terdiri dari Idealism dan Realism. Falsafah Moden pula terdiri dari Pragmatisme dan Eksistensialism. Ia dibahagikan oleh Sone dan Schinder. Perhubungan antara cara dan matlamat falsafah tradisional adalah matlamat telah ditentukan oleh manusia, kemudian manusia itu sendiri hanya menentukan cara untuk mencapai matlamat tersebut.

Namun bagi menepati tajuk laporan ini, hanya 3 aliran falsafah yang dipilih dalam membantu mencetuskan Pembangunan Negara dan aliran falsafah tersebut adalah Idealism, Realism dan Pragmatisme.

1.2 KEPENTINGAN FALSAFAH

1

2.1 Menjadi Panduan dan Landasan Dalam Membuat Keputusan

Kita perlu membuat sesuatu keputusan terhadap penyelesaian sesuatu masalah dalam kehidupan harian. Maka, kita harus mempunyai pendirian tersendiri berdasarkan falsafah yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi keperluan falsafah yang dipegang.

1.2.2 Mempunyai Kefahaman Yang Mendalam dan Sistematik

Falsafah juga membantu pendidik memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Contohnya, pendidik muzik harus menceburkan diri dalam alam esoterik Socrates, Plato, Aristotle, Spencer dan Dewey. Ini membolehkan mereka memikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu intelek, asas pendidikan dan kehidupan manusia.

1.2.3 Stabil dan Sukar Berubah, Bersifat Statik

Pendidik harus cekal terhadap apa yang berlaku di dalam atau di luar bilik darjah. Jika pendidik kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, ini mungkin akan mengelirukan pelajar. Jadi, falsafah sebagai panduan untuk pengekalan pendidik dalam pengajaran.

2.0 DEFINISI

2.1 Definisi Falsafah

Falsafah merupakan pengkajian umum yang merujuk kepada asas mengenai hakikat sesuatu realiti, kewujudan atau kejadian, ilmu pengetahuan, nilai, akal, minda dan bahasa.

2.2 Definisi Idealism

Idealism berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘Ideal’ yang membawa maksud Idea. Juga ‘Isme’ yang bermaksud ajaran atau fahaman.

2.3 Definisi Realism

Realism memandang kebendaan sebagai realiti iaitu kebenaran itu terletak pada apa yang boleh disaksikan oleh pancaindera kita. Realisme adalah satu pendekatan dan teori yang berpaksikan kepada sikap individual yang ditafsirkan sebgai mementingkan diri sendiri dan mencari kuasa untuk terus kekal.

2.4 Definisi Pragmatism

Pragmatisme perkataan yang berasal dari Greek (pragma) yang bermaksud Tindakan (action). Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan ‘praktis’ sebagai sesuatu yang praktik serta mudah melaksanakannya dan ‘praktikal’ bererti dapat melaksanakan dengan berguna atau mencapai sesuatu. Pramatik (pragmatic) menurut Oxford Dictionary bermaksud sifat yang berkaitan dengan nilai dan keputusan yang praktikal serta melakukannya berasaskan fakta atau dengan cara yang praktikal.

This article is from: