PERANCANGAN STRATEGIK MATEMATIK SK.CHANGKAT LADA 3

Page 1

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MATEMATIK BAGI TAHUN 2010-2014 1.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu daripada mata pelajaran wajib di bawah KBSR yang mula dilaksanakan pada tahun 1983. Pada tahun 1994, sukatan pelajaran Matematik KBSR mengalami perubahan telah dilaksanakan disemua sekolah rendah. Berdasarkan mesyuarat pada 21 dan 22 Februari 1999, kurikulum Matematik KBSR telah disemak atas beberapa rasional. Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik. Antara usaha ke arah wawasan ini, masyarakat perlu membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian. Maka kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam Matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan. Matematik adalah asas dan jentera penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang Matematik perlu dijalankan diperingkat sekolah rendah. Matematik diperinkat rendah akan diteruskan diperingkat menengah dan akan menjadi faktor penguasaan subjek-subjek sains yang lain. Oleh itu penerusan agenda pemantapan subjek Matematik secara strategik harus dilaksanakan bagi tahun 2011.

1


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.