Pelan Cadangan Enklaf Muslim

Page 1

PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ENKLAF MUSLIM, GEORGE TOWN 1/2 PENGENALAN Pelan Cadangan Pembangunan Enklaf Muslim, George Town adalah salah satu usaha yang telah dirintis oleh Think City Sdn. Bhd. Projek ini adalah hasil daripada jalinan kerjasama erat antara Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bersama Think City Sdn. Bhd., serta sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Projek ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr Jamalunlaili Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Secara ringkasnya projek kajian ini adalah untuk melihat secara terperinci data dan maklumat mengenai kependudukan Muslim di Tapak Warisan Dunia, George Town. Kajian ini juga telah mengambil kira pandangan serta penglibatan penduduk setempat mengenai kawasan yang mereka diami. Hasil dari dapatan kajian ini akhirnya menghasilkan Pelan Cadangan Pembangunan Enklaf Muslim, George Town. Pelan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama “stakeholder” yang berkaitan.

Pelan ini akan dilaksanakan dengan 4 Fasa utama iaitu:

1

Penubuhan Galeri Khat Pulau Pinang & Akademi Khat Pulau Pinang

2

Penubuhan Pusat Penterjemahan Sejarah Lebuh Acheh (Lebuh Acheh Interpretation Centre) & Galeri Haji Pulau Pinang

3

Penubuhan Galeri Al-Attas & ‘Islamic Auction House’

4

Pembangunan Masjid Melayu Lebuh Acheh & Pusat Tahfiz


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.