NOTA KARANGAN LAPORAN

Page 1

KARANGAN BERFORMAT LAPORAN KARANGAN BERFORMAT LAPORAN TIP PENTING Laporan boleh meliputi pelbagai aktiviti seperti sukan tahunan, minit mesyuarat, laporan aktiviti persatuan dan sebagainya. Karangan ini mempunyai format tertentu yang harus dipatuhi untuk mengelakkan kehilangan markah format. Lazimnya karangan ini bertujuan untuk menceritakan perisitiwa atau perkara yang telah berlaku dan harus dimaklumkan atau direkodkan. Laporan perlulah memaparkan peristiwa mengikut urutan atau secara kronologi. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

1


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.