LaPANGAN 14

Page 12

SATU Sidang Media telah diadakan oleh Parti MCA mengenai penajaan projek MYCORPSMRA Lebanon. Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek telah mempengerusikan Sidang Media ini yang turut dihadiri oleh Pn. Wasitah, Tim. Pengarah Rakan Muda, En. Johari Kan Abdullah, Penyelia Program MRA, En. Ashraff Abdul Rahman, Presiden MYCORPS dan ahli-ahli pasukan MYCORPS-MRA Lebanon. Dalam Sidang Media ini, MCA memaklumkan bahawa atas dasar keprihatinan kepada kemelut yang melanda pelarian Palestin, mereka telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM30,000 bagi membantu perlaksanaan projek-projek pembangunan dan pendidikan di kem-kem pelarian Palestin di Lebanon. MENTERI BELIA & SUKAN, Dato Ahmad Shaberry Chik telah menghadiri Sidang Media MYCORPS bagi Pelepasan Lapangan Antarabangsa yang dijadualkan akan bermula pada akhir Mac 2012. SUKARELAWAN ELIT: Beliau menyatakan bahawa MYCORPS merupakan inisiatif yang bertujuan melahirkan sukarelawan elit negara, dan pemergian ke lapangan antarabangsa tidak bermakna mereka hanya akan menumpukan bantuan ke luar negara sebaliknya bertujuan untuk memberikan mereka pen dedahan sebanyak mungkin mengenai kerja di Lapangan.

SIDANG MEDIA OLEH PRESIDEN MCA Sempena PENYERAHAN DANA MYCORPS

SIDANG MEDIA MYCORPS

SUKARELAWAN BERKUALITI:

Beliau mendoakan agar program ini dapat mencapai sasaran yang digariskan iaitu bagi mewujudkan generasi pemimpin sukarelawan yang berkualiti, mempunyai ketahanan yang mantap serta mampu melaksanakan program baik didalam ataupun diluar negara. Menjadi agen perubahan yang dapat bekerja dalam segala situasi.

MENCARI DANA SENDIRI: Beliau turut melahirkan rasa bangganya diatas komitmen dan keupayaan ahli MYCORPS dalam melakukan program pengumpulan dana mereka sendiri bagi menampung kos perlaksanaan projek ini. Kesungguhan inilah yang membezakan produk MYCORPS dengan yang lain, jelas beliau. Semoga inisiatif MYCORPS ini dapat mengharumkan nama negara di mata dunia. LAPANGAN 14-2012

12


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.