Page 1

LAPANGAN “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”

PEMBANGUNAN KOMUNITI Tunjang utama aktiviti MRA 2012


PEMBANGUNAN KOMUNITI

Minda Redaksi

Tumpuan Utama MRA—2012 KHIDMAT KOMUNITI

merupakan satu aspek penting dalam membangunkan manamana komuniti atau kelompok masyarakat yang terpinggir, terpencil, tertinggal atau RETREAT EXCO MRA kurang bernasib baik. Menentukan hala tuju 2012. Memastikan MRA terus relevan dan berdaya saing diperMelalui program yang digerakkan dalam khidmat komuniti, penduduk setempat atau ingkat tempatan dan antarabangsa.

anggota komuniti tersebut akan diberikan pendedahan yang sewajarnya bagi mem bolehkan mereka berdikari dalam meneruskan kehidupan tanpa perlu mengharapkan ihsan dan bantuan orang atau agensi kerajaan semata-mata, mereka juga akan melalui satu proses kehidupan yang lebih baik dan tersusun, yang mempunyai sistem dan aturan lebih baik dari yang sedia diamalkan, memberikan mereka ide dan rencana yang lebih baik untuk mereka ceburi bagi memastikan kesinambungan keluarga, menjadikan komuniti mereka celik ilmu dan pengetahuan - komuniti yang mempunyai orang cerdik pandai dikalangan mereka pasti menjadi sebuah komuniti yang maju dan berdaya saing disamping mempunyai banyak ciri-ciri positif untuk membolehkan mereka terus melangkah dan bergerak kehadapan.

MESYUARAT MRA PERAK Mesyuarat Operasi bagi memantapkan lagi jentera kerja dan pengumpulan dana bagi aktiviti MRA Perak PENERANGAN MRA KEDAH

Menguatkan lagi kehadiran MRA di wilayah utara tanahair, memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih pantas dan berkesan PERTEMUAN ICPS-MRA &

MRA mengambil serius terhadap program pembangunan komuniti yang digerakkannya dengan sentiasa meletakkan komitmen yang padu dalam menjayakan setiap program pembangunan komuniti tersebut, antaranya ialah Pembangunan Komuniti Orang Asli, Pembangunan Komuniti Orang Kurang Upaya, Pembangunan Komuniti Pelarian Rohingya serta Pembangunan Komuniti Masyarakat Terpinggir. MRA percaya dengan kesungguhan dan kerjasama diantara semua pihak yang terlibat pasti akan membawakan hasil yang dikehendaki dan ahli masyarakat yang dibantu ini semestinya akan mengalami per ubahan positif seperti yang disasarkan.

JKM - Inisiatif MRA untuk memastikan kebajikan ahli-ahli CP terpelihara. Organisasi yang digerakkan oleh ahli CP sendiri. SEKOLAH

KOMUNITI

ROHINGYA-MRA - Pelbagai program diatur untuk komuniti pelarian Rohingya di Cheras Baru. Klinik Kesihatan bersama MSU, agihan makanan kering, Justeru, MRA mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkerjasama didalam men- agihan alatulis dan pertandingan mencipta logo Sekolah Komuniti Rohingya MRA

jayakan aktiviti pembangunan komuniti ini secara sinergi dan kerjasama.

Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif

MYCORPS-MRA - Mesyuarat Penyelarasan dan penghantaran tim pertama MYCORPS-MRA ke Lebanon. Mempersiapkan persediaan mental dan fizikal setiap ahli MYCORPS sebelum mereka turun ke Lapangan Antarabangsa yang sebenar.

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia LAPANGAN 14-2012

2


RETREAT EXCO MRA MENENTU HALATUJU 2012

RETREAT MRA 2012

berlangsung dengan jayanya, dihadiri oleh hampir kesemua ahli Lembaga Pemegang Amanah, EXCO dan pengurusan Sekretariat MRA. Retreat yang diadakan julungjulung kali ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru. Retreat padat yang mengambil masa sehari suntuk ini bermula dari jam 8.30 pagi berakhir sekitar jam 9.00 malam.

KELANGSUNGAN ORGANISASI Beberapa agenda penting Retreat telah dibahaskan dan beberapa isu penting organisasi telah berjaya dibincangkan dan mencapai kata sepakat bagi mencari penyelesaiannya. Retreat ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan organisasi di-

3 LAPANGAN 14-2012

samping memastikan kewujudan MRA 2012 adalah tahun untuk sentiasa relevan dan menjadi sebuah organisasi yang dihormati, mempunyai tinggi lagi dari kebiasaannya ruang operasinya yang tersendiri dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang MELIPATGANDA AKTIVITI diberikan dengan sebaik mungkin. MRA berhasrat untuk melipatgandakan usaha dan aktivitinya dalam tahun 2012. Justeru MUHASABAH ORGANISASI itu, usaha bagi memantapkan peranan Retreat ini turut membicarakan mengenai sekretariat, pengurusan dan pengumpulan misi-misi yang telah diadakan, kempendana serta pengupayaan SAHABAT MRA kempen yang telah digerakkan serta jumlah merupakan antara strategi utama bagi agihan dana yang telah dibelanjakan. menjadikan MRA sebuah organisasi yang ampuh, mantap dan berdaya saing dengan Ianya juga turut membincangkan langkah organisasi bantuan kemanusiaan lain yang praktikal bagi memastikan dana dan sumtelah lebih lama bertapak baik didalam bangan untuk menggerakkan program MRA mahupun diluar negara. dapat ditambah dan dipastikan konsistensinya bagi memudahkan pergerakan dan Doakan kejayaan kami dalam mentadbir merancang aktiviti tahunan untuk tahun MRA demi kemanusiaan sejagat. 2012.

MRA melonjak lebih


MESYUARAT MRA PERAK berjalan lancar penuh iltizam

MRA

PERAK

sebagai cawangan pertama MRA di peringkat negeri telah mengadakan Mesyuarat Operasinya di Ipoh baru-baru ini. MRA disebelah utara sebelum ini dikenali sebagai MRA Utara, dan kini dengan tertubuhnya MRA Perak dan insyallah MRA Kedah dalam masa terdekat, menjadikan cawangan ini semakin sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti.

Turut dibincangkan ialah laporan perjalanan program yang telah dilaksanakan serta maklumbalas yang diterima. Turut dibincang ialah program yang ber potensi untuk dimulakan dan bagaimana ia boleh digerakkan.

Semua serius dan bersemangat sepanjang mesyuarat berlangsung

Mesyuarat ini telah dirasmikan sendiri oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik, selaku Presiden MRA dan dihadiri juga oleh Sdr. Shirajuddin Mesyuarat ini antara lain Sirat, PSUA MRA dan Sdr. bertujuan untuk memantap- Shahrul, Pengarah Eksekutif kan lagi urusan pentadbiran, MRA. kewangan dan operasi MRA di Syabas MRA PERAK! kawasan utara Malaysia.

MAJLIS PENERANGAN MRA Cawangan KEDAH

Dr. Saifullah memberikan taklimat mengenai MRA

Khusyuk mendengar penerangan mengenai aktiviti MRA

Sebuah Kempen Penerangan mengenai Malaysian Relief Agency (MRA) telah berjaya diadakan di Hospital Sultanah Bahiyah. Sg. Petani yang telah dihadiri oleh kakitangan perubatan dan staf pentadbiran Hospital tersebut.

Di dalam majlis tersebut, beliau menekankan konsep bantuan yang digerakkan oleh MRA disamping mengajak mereka yang hadir untuk turut sama berdaftar sebagai sahabat MRA.

Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Mohd Saifullah yang merupakan seorang pakar orthopedik di Jabatan Othopedik Hospital berkenaan. Dr. Saifullah juga merupakan Pengerusi bagi Cawangan MRA-Kedah.

MRA Kedah dijangka akan m e ng g e r a k k a n p r og r a m sulungnya iaitu sebuah Klinik Lapangan di perkampungan Orang Asli di Ulu Legong, Baling Kedah pada bulan Mac nanti. Jom ikut serta! LAPANGAN 14-2012

4


ICPS-MRA bersama wakil JKM

SATU SESI PERTEMUAN telah diadakan Respons yang diberikan oleh pihak JKM

diantara tim ICPS-MRA dan wakil JKM bertempat juga sangat baik dan pegawai yang hadir juga merupakan seorang yang di Sekretariat Malaysian Relief Agency (MRA). begitu arif dan mahir dalam isu yang Pertemuan pertama kali ini bertujuan untuk dibincangkan. memaklumkan kepada JKM bahawa MRA telah mengambil satu inisiatif untuk membantu Beliau turut melahirkan rasa terharu menggerakkan sebuah persatuan atau per- dan gembira dengan inisiatif yang kumpulan yang disertai oleh ahli-ahli Cerebral digerakkan oleh MRA ini dan berharap ianya dapat berjalan lancar seperti yang Palsy (CP) yang berada di Kuala Lumpur. telah dirancang dan memberikan bantuan dan Pertemuan ini turut dihadiri oleh ibubapa dan sokongan yang diperlukan untuk ahli-ahli CP ini. penjaga ahli-ahli CP, mereka turut memberikan input dan maklumat berguna berdasarkan Tim ICPS-MRA dianggotai oleh ahli yang berbilang pengalaman yang mereka lalui serta pengetahuan agama dan berbilang bangsa, menjadikannya sebuah yang mereka ada mengenai kaedah perlaksanaan organisasi yang majmuk dan mempunyai pelbagai latarbelakang yang berwarna warni. yang berkesan untuk kumpulan ini. Perbincangan secara dua hala ini memberikan peluang kepada kesemua pihak yang hadir untuk meluahkan pandangan dan isihati mereka mengenai masa depan anak-anak dan jagaan masing-masing.

5

LAPANGAN 14-2012

Besarlah harapan MRA agar kumpulan ini dapat bertahan dan kekal aktif bagi memberikan sokongan kepada ahlinya dalam apa saja yang mereka lakukan demi membuktikan bahawa ahli-ahli CP juga boleh berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri.

APAKAH CEREBRAL PALSY? Cerebral palsy adalah sebuah kumpulan penyakit yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi otak dan sistem saraf seperti pergerakan, pembelajaran, mendengar, melihat, dan berfikir. Terdapat beberapa jenis cerebral palsy; Hemiplegia (sebelah bahagian badan), Diplegia (kedua belah kaki) dan Quadriplegia (kedua belah tangan dan kaki)


Tim Pemeriksaan Kesihatan MSU bersama SUA MRA-Dr. Mohd Daud Sulaiman

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN MRA-MSU-UNHCR Di Sekolah Komuniti Rohingya MRA-Cheras Baru Sebuah Program Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan secara bersama oleh Malaysian Relief Agency (MRA), Management Sciences University (MSU) dan United Nations High Commissioner on Refugee (UNHCR) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ramai yang datang dari kawasan sekitar tetapi ada juga yang datang dari jauh bagi mendapatkan rawatan yang ditawarkan pada hari tersebut.

Pemeriksaan kesihatan di Sekolah ini memang merupakan projek tahunan Turut hadir memberikan sokongan dan MRA yang bertujuan untuk memberikan bantuan ialah tim dari Hospital Pakar Al para pelarian serta keluarga mereka Islam, Kg. Baru, tim inisiatif sukarelawan elit peluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan tanpa perlu mengeluarnegara-MYCORPS serta SAHABAT MRA. kan dana dan belanja yang besar. Program ini menerima kehadiran pesakit yang agak ramai. Menjangkau ratusan Semoga kerjasama erat sebegini dapat orang, terdiri dari kanak-kanak, wanita dan diteruskan dimasa-masa mendatang bagi kebaikan dan faedah semua pihak. orang tua. LAPANGAN 14-2012

6


Farmasi memberikan ubat

Dr. Mohd Daud Sulaiman sedang memeriksa pesakit yang datang berkunjung ke Klinik yang dibuka

Kesihatan penting untuk kita

Sihat dan Senyum

MYCORPS turut terlibat

Suasana ketika program berlangsung

Daftar nama anda disini Wakil UNHCR hadir memantau

7

LAPANGAN 14-2012


SUMBANGAN

DAPUR

BARANGAN DARI ORANG RAMAI

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH sumbangan yang diterima dari orangramai untuk kegunaan Sekolah Komuniti Rohingya MRA semakin meningkat setiap hari. Kami juga merasa syukur kerana melihat kepada sokongan dan dorongan dari orang ramai yang amat prihatin dan mengambil berat.

Terkini MRA telah menerima bantuan dari sebuah organisasi Rumah Amal Cheshire yang begitu bermurah hati menderma kepada MRA beberapa barangan makanan mentah dan kering untuk kegunaan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA.

Segala sumbangan yang telah diberikan amat kami hargai dan akan Lebih menarik, kami turut menerima sumbangan dari mereka digunakan dengan sebaik mungkin dan semaksima yang boleh. yang budiman bagi menyediakan sarapan pagi kepada 85 murid Setiap sumbangan juga akan direkodkan bagi memastikan ketelusan. Sekolah ini setiap hari. Terima kasih.

SUMBANGAN ALATULIS

DARI KAKITANGAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA merasa amat bertuah kerana telah dipilih oleh badan kebajikan kakitangan Majlis Keselamatan Negara untuk menerima sumbangan ikhlas dari mereka yang berupa alat-alat tulis seperti buku tulis, pensil warna, pembaris, pemadam, pensil, pengasah pensil dan bermacam-macam lagi.

Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Ada Bagi Lagi

MRA amat menyanjung tinggi keprihatinan yang ditunjukkan oleh mereka kerana bantuan ini sedikit sebanyak menunjukkan rasa tanggungjawab dan kasihan belas yang amat tinggi kepada para pelarian Rohingya disini. Sumbangan ini pastinya telah membakar semangat anak-anak mereka untuk terus belajar dengan cemerlang. LAPANGAN 14-2012

8


KEMPEN DARI UNHCR UNHCR sekali lagi dengan kerjasama MRA telah mengadakan Kempen Kesedaran Jantina untuk para pelajar di Sekolah Komuniti Rohingya-MRA. Kempen ini turut digerakkan oleh UNHCR di sekolah-sekolah pelarian yang lain bertujuan untuk mendedahkan kepada mereka mengenai perbezaan jantina diantara lelaki dan perempuan, bagaimanakah proses kelahiran seorang bayi boleh terjadi dan beberapa aspek lain yang menjurus kearah tersebut. PENDIDIKAN BERSEPADU Di Sekolah Komuniti Rohingya-MRA ini, kami sentiasa mengamalkan konsep pendidikan bersepadu, menggabungkan elemen mental, fizikal dan spiritual, ini bertujuan bagi memastikan murid yang dididik di sekolah ini mempunyai maklumat yang menyeluruh dan lengkap dengan segala macam ilmu dan pengetahuan.

Wakil dari UNHCR berserta penterjemah sedang berkongsi ilmu

PENDIDIKAN “GENDER� Justeru itu, soal kelainan jantina sebenarnya telah diaplikasikan melalui aktiviti dan program yang diselia oleh para guru secara berterusan. Pemisahan gender dalam beberapa hal tertentu tidak bermaksud penafian hak dan berlakunya penindasan gender.

SATU PERTANDINGAN bagi mencipta logo Sekolah Komuniti Rohingya-MRA telah diadakan baru-baru ini. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Komuniti Rohingya-MRA dan lebih dari 40 penyertaan telah diterima dari kalangan para pelajar. Persaingan amat sengit, karya-karya yang dihantar oleh para pelajar semuanya hebat-hebat dan cantik, dengan moto dan pemilihan warna yang begitu menarik sekali kombinasinya. Juri-juri telah mengambil keputusan untuk memilih tiga buah lukisan yang terbaik dan berikut adalah susunannya:-

Panel Pemilihan sedang tekun meneliti penyertaan peserta

9

LAPANGAN 14-2012


MESYUARAT KOORDINASI DAN PERKEMBANGAN

PROJEK-PROJEK MYCORPS-MRA

Peringatan mengenai keselamatan ditekankan terutamanya kepada pasukan yang akan ke negara konflik dan negara bergolak seperti di Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka dan Thailand.

SELATAN THAILAND Perkembangan di Selatan Thai kelihatan tidak begitu baik seperti yang dilaporkan didalam media massa telah dikupas dan diberikan penerangan khusus oleh Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA. Serius untuk membawa nama belia Malaysia ke persada antarabangsa

TEMU PENYELARASAN TARIKH BERLEPAS Perbincangan juga berkisar kepada penentuan tarikh untuk mereka bertolak pergi dan tempoh masa yang akan mereka luangkan semasa berada di lapangan antarabangsa masingMesyuarat kali ini bertujuan untuk masing. melihat kepada perkembangan program pengumpulan dana, Penetapan tarikh adalah penting pemasalahan yang dihadapi serta kerana ianya berkaitan dengan pebagi mengemaskini maklumat makluman persediaan di lapangan terkini berkaitan perkembangan kepada rakan pelaksana di luar negara. Ianya juga berkaitan dengan projek pasukan masing-masing. persediaan permohonan cuti mereka serta kesesuaian cuaca di lapangan. TUJUH NEGARA Untuk makluman, ada tujuh buah negara yang akan dituju oleh ISU KESELAMATAN pasukan MYCORPS yang diletak- Beberapa isu berkaitan keadaan kan dibawah seliaan MRA iaitu keselamatan telah dibangkitkan sekali Uzbekistan, Afghanistan, Pakistan, lagi bagi memastikan setiap ahli Lebanon, Sri Lanka, Thailand dan memahami risiko dan kemungkinan Indonesia. Masing-masing mem- yang boleh berlaku, ianya seperti punyai satu pasukan melainkan pengulangan sesi kuliah seperti di Pakistan yang mempunyai tiga Kem Rakan Muda, Kemunting tempohari. buah pasukan. bagi projek-projek MYCORPS yang berada dibawah seliaan MRA telah berjalan buat kali yang kesekiannya.

...isu berkaitan keadaan keselamatan telah dibangkitkan sekali lagi bagi memastikan setiap ahli memahami risiko dan kemungkinan yang boleh berlaku... LAPANGAN LEBANON Beliau turut memberikan per kembangan terkini diLebanon, terutamanya berkaitan isu pelarian Palestin di Kem-kem Pelarian yang berserakan di sana. Turut di bincangkan ialah penglibatan pihak -pihak tertentu didalam dan diluar Kem-kem Pelarian ini. Beliau turut memberikan saranan dan cadangan terutamanya berkaitan perancangan dan perlaksanaan program, termasuk cadangan penginapan dan kawasan operasi bersama rakan pelaksana di lapangan. LAPANGAN 14-2012

10


Sdr. Izuan dan Sdr. Ikhsan sedang melipat tudung yang diterima

Tudung sumbangan orang ramai

TUDUNG SUMBANGAN ORANG RAMAI MULA DITERIMA

TIM MYCORP-MRA THAILAND telah mula menerima sumbangan tudung kepala dari orang ramai. Kempen SUMBANGAN tudung-tudung yang tidak digunakan lagi ini telah mendapat sambutan baik dan kami kini telah menerima banyak tudung-tudung dari pelbagai pihak dan lokasi. Sumbangan yang diberikan adalah amat dialualukan,

MENGASINGKAN TUDUNG Tudung-tudung yang diterima akan diperiksa sekali lagi sebelum diasing-asingkan mengikut jenis dan saiz. Ada tudung yang siap berjahit, ada yang sedia disarung dan ada yang tidak berjahit, saiz kanak-kanak dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memudahkan pengagihan di Lapangan nanti.

KEMANA DIAGIHKAN Kami mensasarkan wilayah Selatan Thailand sebagai kawasan utama dimana tudung-tudung ini akan diagihkan kerana disini terdapat komuniti Muslim yang besar dan mereka hidup dalam keadaan yang tidak semewah dan sesenang kita. BANTUAN LAIN Tim Thailand, selain dari agihan tudung ini, mereka turut terlibat dalam siri bantuan kepada anakanak yatim dan keluarga mereka serta terlibat serius dalam program pembangunan komuniti yang melibatkan orang-orang muda. Mereka juga akan menumpukan kepada program-program yang berbentuk pendidikan . MYCORPS-MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan orang ramai yang sudi mendermakan tudung mereka yang tidak terpakai, semoga anda diberikan ganjaran setimpal oleh ALLah SWT.

11

LAPANGAN 14-2012


SATU Sidang Media telah diadakan oleh Parti MCA mengenai penajaan projek MYCORPSMRA Lebanon. Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek telah mempengerusikan Sidang Media ini yang turut dihadiri oleh Pn. Wasitah, Tim. Pengarah Rakan Muda, En. Johari Kan Abdullah, Penyelia Program MRA, En. Ashraff Abdul Rahman, Presiden MYCORPS dan ahli-ahli pasukan MYCORPS-MRA Lebanon. Dalam Sidang Media ini, MCA memaklumkan bahawa atas dasar keprihatinan kepada kemelut yang melanda pelarian Palestin, mereka telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM30,000 bagi membantu perlaksanaan projek-projek pembangunan dan pendidikan di kem-kem pelarian Palestin di Lebanon. MENTERI BELIA & SUKAN, Dato Ahmad Shaberry Chik telah menghadiri Sidang Media MYCORPS bagi Pelepasan Lapangan Antarabangsa yang dijadualkan akan bermula pada akhir Mac 2012. SUKARELAWAN ELIT: Beliau menyatakan bahawa MYCORPS merupakan inisiatif yang bertujuan melahirkan sukarelawan elit negara, dan pemergian ke lapangan antarabangsa tidak bermakna mereka hanya akan menumpukan bantuan ke luar negara sebaliknya bertujuan untuk memberikan mereka pen dedahan sebanyak mungkin mengenai kerja di Lapangan.

SIDANG MEDIA OLEH PRESIDEN MCA Sempena PENYERAHAN DANA MYCORPS

SIDANG MEDIA MYCORPS

SUKARELAWAN BERKUALITI:

Beliau mendoakan agar program ini dapat mencapai sasaran yang digariskan iaitu bagi mewujudkan generasi pemimpin sukarelawan yang berkualiti, mempunyai ketahanan yang mantap serta mampu melaksanakan program baik didalam ataupun diluar negara. Menjadi agen perubahan yang dapat bekerja dalam segala situasi.

MENCARI DANA SENDIRI: Beliau turut melahirkan rasa bangganya diatas komitmen dan keupayaan ahli MYCORPS dalam melakukan program pengumpulan dana mereka sendiri bagi menampung kos perlaksanaan projek ini. Kesungguhan inilah yang membezakan produk MYCORPS dengan yang lain, jelas beliau. Semoga inisiatif MYCORPS ini dapat mengharumkan nama negara di mata dunia. LAPANGAN 14-2012

12


tangan dan lain-lain peralatan yang diperlukan bagi menghadapi cuaca yang diluar dari kebiasaan bagi orang Malaysia.

Pn Wasitah Yusof dan Pn. Hartini A.Jabar turut hadir menghantar Tim Lebanon

TIM MYCORPS PERTAMA BERGERAK Misi Membantu Pelarian Palestin di Lebanon

TIM PERTAMA MYCORPS yang bakal bergerak ke Lapangan Antarabangsa ialah tim yang dipantau oleh MRA dan destinasi lapangan mereka ialah ke Lebanon yang terletak di Asia Tengah. Tim ini terdiri dari tiga orang anak muda cekal, penuh visi dan misi, iaitu En. Lutfy Hafifi, Cik Kim Lee Choy dan Cik Yusmunirah Md. Yusar. OBJEKTIF MISI Misi utama tim ke Lebanon ini ialah untuk meninjau potensi bagi program-program pendidikan serta kerja-kerja pembangunan komuniti kepada para pelarian Palestin yang menghuni puluhan kem-kem pelarian yang terletak di sempadan diantara Lebanon dan Palestin (kini ber gelar negara haram Israel). Misi ini juga akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan bagi merangka kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan pembangunan komuniti untuk jangkamasa yang panjang.

13

LAPANGAN 14-2012

PROGRAM Tim Lebanon berhasrat untuk menumpukan kepada keperluan untuk mengadakan program-program yang bersifat pembangunan komuniti, pemberdayaan ekonomi, peningkatan pendidikan dan tumpuan utama mereka adalah kelompok pelarian Palestin yang mendiami kem-kem pelarian yang telah dihuni sejak puluhan tahun yang lalu, dengan keadaan prasarana yang tidak terurus dan juga tidak mencukupi. JANGKAMASA Seperti tim-tim lain, Tim MYCORPS Lebanon juga akan mensasarkan tempoh setahun bagi memastikan segala aktiviti dan perancangan yang telah digariskan dapat dilaksanakan mengikut jadualnya.

KERJASAMA Tim ini juga telah dinasihatkan agar dapat menjalinkan hubungan dengan beberapa buah organisasi dan ngo tempatan yang terlibat secara langsung dengan para pelarian Palestin yang menghuni pelbagai kem pelarian yang terdapat HARAPAN disana. Semua pihak meletakkan harapan Mereka dijangka tidak akan menghadapi masalah yang amat tinggi kepada kumpubesar dalam hal ini kerana, kebanyakkan dari lan ini kerana mereka merupakan organisasi ini telahpun mengenali MRA, malahan kumpulan yang pertama daripada sebahagian besar daripadanya telahpun mempunyai inisiatif MYCORPS yang akan pengalaman berurusan dan menggerakkan program berada di Lapangan antarabangsa. bersama MRA. Kami percaya ketiga-tiga ahli MYCORPS ini akan berjaya dalam CUACA Suhu di Lebanon amat berbeza dengan Malaysia, tugasan yang diamanahkan kerbuat masa ini masih lagi sejuk walaupun musim ana mereka telah dipersiapkan dingin sudah berada dipenghujungnya. Oleh yang dengan ilmu dan kemahiran yang demikian, tim ini telah bersedia dengan segala diperlukan untuk berbakti dan berkhidmat demi negara tercinta. keperluan termasuklah baju sejuk, mafla, sarung


Sesi Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Pakistan MRA-UTUSAN

Leka mengangkat kain pelikat Minta sekerat dibuat perca Harta berkat kerna dek zakat Dunia akhirat hidup sejahtera

LaPANGAN 14  

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you