Anda akan terkejut serta risau jika anda atau keluarga terdekat anda terpaksa melalui pembedahan dan memerlukan stoma. Anda tidak dapat membuang air besar secara semulajadi atau biasa dan terpaksa menggunakan pundi plastik. Anda akan bertanya kepada diri anda dapatkah anda menerima perubahan ini? Adakah anda dapat mengurus diri dengan pundi plastik terlekat pad a badan anda?
Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pesakit serta keluarga mereka kefahaman bagaimana untuk mengurus stoma supaya kualiti hidup pesakit serta keluarga mereka tidak terganggu dengan begitu ketara dan mereka dapat meneruskan kehidupan sepertimana sebelum mereka menjalani pembedahan dan akan berasa stoma itu telah menjadi sebahagian diri mereka.