Seminar sejarah spm 2011 sudah updates

Page 55

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK BELAJAR? Kalau anda bekerja sebagai seorang tukang sapu, anda perlu tahu kawasan mana yang perlu anda pastikan kebersihannya. Kalau anda seorang pemain bola sepak profesional, anda perlu tahu posisi anda dalam pasukan dan apa taktik permainannya. Kalau anda seorang guru/pensyarah, anda perlu tahu subjek mana dan kelas mana yang anda perlu ajar. Kalau anda seorang ibu, anda perlu tahu apa kerja-kerja seorang ibu. Apa kerja seorang pelajar? Kerja pelajar ialah belajar! Sebaik - baik cara belajar ialah dengan berguru. Belajar berguru bermakna seseorang itu diajar oleh guru, pensyarah atau tenaga pengajar yang lain. Pada amnya belajar di bawah pengawasan pensyarah itu terbahagi kepada: a. Kelas/kuliah b. Bimbinan/tuisyen/tutorial c. Makmal atau amali Berbeza dengan pembelajaran berguru, pembelajaran persendirian tidak diatur dan diawasi oleh orang lain. Pelajar perlu memperuntukan banyak masa lapangnya untuk belajar sendiri. Tugas pertama dalam pembelajaran persendirian ialah mengatur rancangan pembelajaran yang boleh diamalkan. Butir-butir dengan perkara yang perlu diambil perhatian dalam perancangan akan dibincangkan dalam bab mengenai pengurusan masa. Individu yang memilih untuk berjaya sebenarnya telah membuat keputusan untuk sanggup dikenakan sebarang peraturan yang membolehkannya dia berjaya. Peraturan itu dikenali sebagai disiplin! Menurut Dr Syukri Abdullah (2006) Disiplin ialah ’membuat apa yang kena buat, pada masa yang kena buat dan buat bersungguh-sungguh, buat sama ada anda suka atau tak suka buat’. Oleh itu, bersedia atau tidak diri anda untuk belajar dipengaruhi oleh disiplin dan minat anda untuk belajar! Jadual 6. Berikut disediakan satu inventori untuk mengukur sejauhmanakah minat belajar anda.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Pernyataan Ya Saya bangun awal pada setiap hari Saya seronok pergi kuliah Saya sampai 20 minit lebih awal sebelum kuliah pada setiap hari Saya pulang 20 minit lewat selepas tamat kuliah pada setiap hari (kecuali hari Jumaat) Saya membaca akhbar pada setiap hari Saya membaca sekurang-kurangnya dua buah majalah akademik (Dewan Masyarakat/PC) setiap bulan Saya membaca sekurang-kurangnya sebuah novel setiap bulan Saya selalu mendengar berita radio atau tv pada pukul 8.00 malam pada setiap hari Saya mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya 5 jam setiap hari Saya suka semua guru/pensyarah saya. Saya tidak takut

55

Tidak


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.