Dr. Prashant Nadkarni and KL Fertility Centre DR. PRASHANT NADKARNI Dr. Prashant Nadkarni graduan kelulusan perubatan dari Universiti Malaya pada tahun 1982, serta memperoleh ijazah kepakaran dalam bidang perubatan reproduktif sejak 1989. Sejak itu, pengalaman beliau dalam bidang perubatan reproduktif ini sudah melangakau 20 tahun. Diketahui umum, masalah kesuburan sememangnya mampu merunsingkan dan membebankan kepada pasangan di luar sana. Di KLFC, Dato Dr Prashant berjumpa setiap klien untuk konsultasi serta terlibat dalam setiap rawatan dari awal hingga akhir. Prinsip kami di KL Fertility Center (KLFC) adalah untuk membantu serta menyediakan rawatan kesuburan mengikut keselesaan dan kehendak setiap klien kami. Kami percaya, setiap pasangan atau individu adalah berbeza dan unik dari segi keperluan dan kepercayaan. Oleh itu, rawatan yang disediakan adalah berbeza bagi setiap pasangan.