Buletin Rancang Bil 1/2011

Page 16

PAMERAN RKK TASIK KENYIR Sempena Festival Kenyir 2011 Kali Ke-38 Anjuran KETENGAH Bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir Pada 6-8 Mei 2011.

Sempena ulangtahun KETENGAH yang ke-38, pihak JPBD Negeri Terengganu telah menyertai pameran serta memaklumkan kajian rancangan kawasan khas Tasik Kenyir kepada orang awam. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan bersempena ulangtahun KETENGAH ini yang berlangsung selama 3 hari berturutturut bermula dari 6-8 Mei 2011. Festival Kenyir Kali Ke-38 telah diadakan dengan meriah dan pelbagai aktiviti dianjurkan termasuklah Karnival Usahawan dan Pameran, Pertunjukan Belon Udara Panas, Pertunjukan Jetski, Pertunjukan Tomoi, Pertandingan Bot Berhias, Pertandingan Hantaran dan Gubahan serta Masukkan Ikan Air Tawar. Selain itu juga, Pertunjukan serta Pertandingan Perahu Naga juga turut diadakan pada hari tersebut. Pameran yang diadakan ini telah disertai oleh agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta.

Sebahagian daripada program-program yang dianjurkan oleh pihak KETENGAH sempena ulangtahun yang ke-38.

16 | Buletin Rancang 1/2011


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.