Rangka Kerja Kompentensi PPDB

Page 1


Kandungan Isi

1. PENGENALAN

A. Definisi.

B. Kumpulan Kerja.

C. Komponen Utama Rangka Kerja.

D. Peringkat Kumpulan Sasaran dan Kemahiran.

E. Penggunaan Rangka Kerja Kompetensi.

2.

Jadual Kompetensi Pasukan Polis Diraja Brunei

3. KLUSTER KEPIMPINAN

A. Kategori Kualiti.

B. Kategori Keupayaan.

4. KLUSTER SUMBER TENAGA MANUSIA

A. Kategori Pembangunan

B. Kategori Perancangan.

5. KLUSTER KOMPETENSI TERAS

A. Kategori Berpengetahuan.

B. Kategori Profesional.

C. Kategori Perhubungan Efektif.

RANGKA KERJA KOMPETENSI KESELURUHAN

Diterbitkan oleh

Pasukan Polis Diraja Brunei Rekabentuk oleh Pasukan Polis Diraja Brunei

Tel: (673) 2423901 / 2459500

Emel : rbpf.pro@police.gov.bn

Laman web: www.polis.gov.bn

Ibu Pejabat Polis Tungku Gadong BE 2110 Negara Brunei Darussalam

Penerbitan ini tidak boleh dicetak / diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan atau dihantar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa- apa cara tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Penerbitan ini diedarkan untuk kegunaan Pasukan Polis Diraja Brunei, Negara Brunei Darussalam sahaja. Sebarang penggunaan isi kandungan atau bahan dari buku ini adalah ditegah kecuali mendapat kebenaran / persetujuan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei.

1. Pengenalan

A. Definisi

Rangka kerja kompetensi adalah sebuah model menerangkan kecemerlangan prestasi termasuk beberapa kompetensi yang digunakan oleh berbagai kluster pekerjaan dalam sesebuah organisasi. Setiap kompetensi menerangkan piawaian yang diperlukan dan menetapkan penanda aras yang digunakan untuk penilaian kakitangan organisasi.

Rangka kerja kompetensi merupakan salah satu kaedah yang dapat digunakan oleh organisasi untuk berkomunikasi dan memastikan pemahaman bersama tentang piawaian yang dikehendaki oleh sesebuah organisasi berpandukan kepada setiap peringkat dan peranan pekerjaan.

Rangka Kerja Kompetensi ini juga akan menghasilkan warga Pasukan yang kompeten dalam melaksanakan tugas dengan mempamerkan kualiti diri yang mendukung dan membudayakan nilainilai teras Pasukan Polis Diraja Brunei:

• Berkecuali

• Beretika

• Berintegriti

• Bertanggungjawab

• Menghormati Hak Asasi Manusia

• Mendukung Nilai Melayu Islam Beraja [MIB].

B. Kumpulan Kerja

Dalam pembangunan rangka kerja ini, lima (5) kumpulan kerja berdasarkan peranan - peranan teras kepolisan, iaitu tugas am, penyiasatan, operasi, perisikan dan pentadbiran, telah ditubuhkan untuk menganalisis dan menghasilkan senarai kompetensi yang diperlukan berdasarkan kluster dan kategori yang telah dikenal pasti. Oleh yang demikian, senarai - senarai berikut merupakan gabungan kompetensi yang dikenal pasti untuk setiap kluster dan kategori.

Rangka Kerja Kompetensi
PERISIKAN
TUGAS AM PENYIASATAN
PENTADBIRAN OPERASI
Rajah 1: Lima Kumpulan Kerja

C. Komponen Utama Rangka Kerja

Rangka Kerja Kompetensi Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terdiri daripada tiga (3) komponen utama seperti berikut:

Kluster

Kategori

Kumpulan kemahiran yang luas dan mesti diperolehi, dibangunkan dan dikekalkan oleh semua kakitangan tanpa mengira peringkat dan peranan pekerjaan.

Kompetensi

Pembahagian kemahiran yang khusus dalam kluster tertentu yang memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang pelbagai aspek di dalam kluster tertentu.

Gabungan kemahiran, pengetahuan dan sifat yang diperlukan untuk kategori dan kluster tertentu serta boleh diukur dan dinilai yang membolehkan seseorang individu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya mengikut peringkat dan peranan pekerjaan seseorang.

Pasukan Polis Diraja Brunei
Rajah 2: Tiga Komponen Utama

1. Pengenalan

Berpandukan kepada jenis dan sifat kerja kepolisan yang kompleks dan meluas, analisis telah dilaksanakan terhadap semua tugas am, penyiasatan, operasi, perisikan dan pentadbiran polis. Hasil daripada itu, tiga (3) kluster dan tujuh (7) kategori telah dikenal pasti, seperti yang dijelaskan dalam Rajah 3. Analisis juga mendapati banyak kompetensi yang bertindih dan merentas semua kluster dan kategori yang membawa kepada pendekatan yang lebih standard.

Rangka Kerja Kompetensi
Rajah 3: Penerangan Kluster dan Kategori

D. Peringkat Kumpulan Sasaran dan Kemahiran.

Untuk memahami dan menilai piawaian yang diperlukan dan bersesuaian dengan setiap peringkat kepolisan, empat (4) kumpulan sasaran dan tiga (3) peringkat kemahiran, seperti yang dijelaskan dalam Rajah 4 dan 5, telah dikenal pasti.

Eksekutif

Peringkat Kemahiran

Rajah 4: Kumpulan Sasaran

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Lanjutan (Advanced)

Mempunyai keupayaan dan pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam.

Pertengahan (Intermediate)

Mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang mendalam.

Asas (Basic)

Mempunyai kefahaman dan pengetahuan.

Rajah 5: Peringkat Kemahiran

Pasukan Polis Diraja Brunei

Rangka Kerja Kompetensi

1. Pengenalan

E. Penggunaan Rangka Kerja Kompetensi

Rangka Kerja Kompetensi PPDB akan digunakan dalam semua fungsi pengurusan sumber manusia Pasukan. Kompetensi yang digunakan adalah tidak menetap dan boleh berkembang atau berubah berdasarkan perubahan keperluan Pasukan dari masa ke semasa dari segi peranan, peringkat dan tugasan polis yang berbeza dan kompleks.

PENGAMBILAN

Menjadi bahagian penting dalam proses pemilihan dan penilaian calon untuk menilai kesesuaian dalam kerjaya kepolisan serta untuk menentukan peranan atau tugas yang ideal dalam PPDB.

PENGURUSAN PRESTASI

Menjadi asas kepada piawaian prestasi yang semua kakitangan akan dinilai secara individu dan kolektif.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PERANCANGAN

Memastikan piawaian yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan prestasi bagi sesuatu kerja/tugas dinyatakan dengan jelas serta digunakan dalam sebarang reka bentuk dan penentuan isi kandungan mana-mana tugas/peranan polis.

PEMBANGUNAN KAKITANGAN

Menjadi asas serta mengenal-pasti keutamaan pembangunan secara individu dan kolektif.

Rajah 6: Fungsi Pengurusan Sumber Manusia

2. Rangka Kerja Kompetensi Keseluruhan

KLUSTER KEPIMPINAN

A. KATEGORI KUALITI

Kompetensi :-

i. Kepimpinan Berkesan.

ii. Membuat Keputusan Yang Berkesan.

iii. Penyelesaian Masalah.

B. KATEGORI KEUPAYAAN

Kompetensi :-

i. Pemikiran Strategik.

ii. Pengurusan Projek.

iii. Deria Perspektif.

KLUSTER SUMBER TENAGA MANUSIA

A. KATEGORI PEMBANGUNAN

Kompetensi :-

i. Pengurusan Sumber Manusia Yang Efektif.

ii. Pengurusan Kewangan.

iii. Pengumpulan Data Dan Analisis

KLUSTER KOMPETENSI TERAS

A. KATEGORI BERPENGETAHUAN

Kompetensi :-

i. Undang-undang dan Peraturan Negara Brunei Darussalam.

ii. Undang-undang dan Peraturan PPDB.

iii. Peranan dan Tanggungjawab Pasukan.

iv. Proses Kerja dalam Pasukan.

B. KATEGORI PERANCANGAN

Kompetensi :-

i. Perancangan Penggantian.

ii. Pembangunan Organisasi.

iii. Pengambilan (Recruitment).

iv. Latihan & Perkembangan Berterusan.

B. KATEGORI PROFESIONAL

Kompetensi :-

i. Kemahiran Penyiasatan.

ii. Pengurusan Operasi dan Insiden.

iii. Pengurusan Risikan.

iv. Kemahiran dalam Penggunaan Teknologi.

v. Pengendalian Senjata Api.

C. KATEGORI PERHUBUNGAN EFEKTIF

Kompetensi :-

i. Pengurusan Perhubungan Berkesan.

ii. Pengurusan Media dan Perhubungan Awam.

iii. Komunikasi Interpersonal.

Pasukan Polis Diraja Brunei

Kerja Kompetensi

3. Kluster Kepimpinan

A. Kategori Kualiti

“Ciri- Ciri peribadi (individual traits) yang diperlukan oleh setiap bidang seperti berintegriti, akauntabiliti, tegas, nilai diri yang baik dll.”

KOMPETENSI

i. Kepimpinan Berkesan

ii. Membuat Keputusan Yang Berkesan

iii. Penyelesaian Masalah

KETERANGAN KOMPETENSI

Mempunyai kemahiran khusus dalam memimpin dan berkebolehan untuk menguasai kebolehan seperti:

• Mengarah, Mengawal dan Mengko-ordinasi;

• Menyesuaikan diri kepada perubahan;

• Bertanggungjawab;

• Berdaya tahan;

• Memberi bimbingan dan tunjuk ajar; dan

• Kerja berpasukan.

Berkemampuan mengimbangi keutamaan tugasan serta prihatin akan kebajikan dan kesejahteraan warga Pasukan.

Berkebolehan dalam membuat keputusan yang berkesan dan sistematik menggunakan mekanisme atau kemahiran seperti berikut :

• Intelektual;

• Ketegasan;

• Keyakinan;

• Kesedaran emosi: dan

• Bertanggungjawab atas keputusan (Accountability).

Mempunyai kemahiran kognitif untuk mengenal pasti, menganalisa, intervensi dan menilai masalah untuk memperoleh penyelesaian yang paling praktikal dan sesuai dalam pengurusan konflik.

Rangka

Peringkat Kemahiran bagi Kategori Kualiti

KOMPETENSI KUMPULAN SASARAN

i. Kepimpinan Berkesan

ii. Membuat Keputusan Yang Berkesan

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

iii. Penyelesaian Masalah

Penyelia Bantu

PERINGKAT KEMAHIRAN ASAS PERTENGAHAN LANJUTAN

Pasukan Polis Diraja Brunei

3. Kluster Kepimpinan

B. Kategori Keupayaan

“Kebolehan atau kemahiran dalam mendukung misi, visi dan perancangan strategik Pasukan mengikut kumpulan sasaran.”

KOMPETENSI

i. Pemikiran Strategik

ii. Pengurusan Projek

iii. Deria Perspektif

KETERANGAN KOMPETENSI

Mendukung misi dan visi Pasukan dan Wawasan Brunei 2035.

Memahami dan mengungkayahkan inisiatif yang terkandung di dalam Pelan Strategik Pasukan dan memandu warga Pasukan ke arah matlamat yang disasarkan secara berkesan.

Berkebolehan dalam melihat isu-isu dari sudut pandangan yang lebih tinggi (helicopter view) dan seterusnya membuat jangkaan ke atas mana-mana permasalahan.

Berkebolehan untuk memandu warga Pasukan kepada perubahan yang positif (Drive Changes).

Berkebolehan dalam merancang mengurus dan mentadbir pasukan projek secara efektif dan memberikan daya impak yang meluas dalam tempoh dan peruntukan yang ditetapkan.

Mempunyai pengetahuan mengenai peraturan kewangan dan prosedur-prosedur pengendalian projek.

Berkebolehan dalam melihat sesuatu perkara/isu dari pelbagai sudut dengan berfikiran secara analitikal, kritikal dan holistik;

Mempunyai minda terbuka untuk menerima pandangan dan perspektif baru;

Memahami matlamat dan strategi organisasi serta bagaimana menghubungkannya dengan persekitaran dalaman (misi dan visi) dan luaran; dan

Mampu mencari fakta dan informasi yang relevan untuk mendapatkan kefahaman sebelum membuat kesimpulan atau tindakan.

Peringkat Kemahiran bagi Kategori Keupayaan

KOMPETENSI

i. Pemikiran Strategik

ii. Pengurusan Projek

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

iii. Deria Perspektif

Penyelia

Bantu

Pasukan Polis Diraja Brunei

Rangka Kerja Kompetensi

4. Kluster Sumber Tenaga Manusia

A. Kategori Pembangunan

“Bagaimana setiap bidang melatih dan membimbing sumber manusia dalam mencapai tahap kecekapan dan kepakaran serta kemahiran tertentu.”

KOMPETENSI

i. Pengurusan Sumber Manusia Yang Efektif

ii. Pengurusan Kewangan

iii. Pengumpulan Data dan Analisis

KETERANGAN KOMPETENSI

Mengetahui dan memahami dasar, objektif dan prosedur perkembangan tenaga manusia pasukan.

Pengurusan kerjaya iaitu berkemampuan untuk melaksanakan penempatan, pemindahan dan pengekalan pegawai dan anggota berpandukan perancangan pembangunan organisasi.

Berkeupayaan untuk mempertimbangkan aspek kewangan serta impaknya di dalam pengurusan, pembangunan dan perancangan sumber manusia.

Mengumpul, memproses dan menganalisa data dengan menggunakan teknik-teknik kajiselidik serta memanfaatkan teknologi untuk memperolehi maklumat yang bernilai khusus bagi meningkatkan keberkesanan pembangunan sumber tenaga manusia.

Mempunyai keupayaan dalam membuat analisa keperluan latihan.

Peringkat Kemahiran bagi Kategori Pembangunan

KOMPETENSI

i. Pengurusan Sumber Manusia Yang Efektif

ii. Pengurusan Kewangan

iii. Pengumpulan Data dan Analisis

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Pasukan Polis Diraja Brunei

4. Kluster Sumber Tenaga Manusia

B. Kategori Perancangan

“Tindakan sistematik dalam pengurusan sumber manusia dalam setiap bidang bagi memenuhi keperluan Pasukan dalam perancangan penggantian, pengambilan, perkembangan kerjaya dll.”

KOMPETENSI

i. Perancangan Penggantian

ii. Pembangunan Organisasi

iii. Pengambilan

iv. Latihan dan Perkembangan Berterusan

KETERANGAN KOMPETENSI

Pengurusan bakat dengan mengenalpasti keupayaan dan kemahiran yang akan digunakan dalam perkembangan kerjaya.

Mempraktikkan pengurusan sumber tenaga manusia yang berkesan dalam perancangan penggantian kepimpinan dalam Pasukan.

Merancang proses pembangunan organisasi yang bersistematik melalui penelitian berterusan struktur organisasi termasuk jawatan-jawatan serta peranan dan tanggungjawabnya, dan dasar-dasar yang berkaitan.

Melaksanakan perancangan pengurusan pengambilan pegawai dan anggota melalui proses dan teknik yang telus dan sistematik sejajar dengan keperluan Pasukan.

Merancang strategi pengambilan, termasuk pelbagai bangsa, agama dan kaum, mengikut keperluan semasa dan masa depan Pasukan dan negara.

Berupaya merancang program dan latihan perkembangan secara berterusan bagi meningkatkan kapabiliti dan kemahiran dalam pelaksanaan tugas menggunakan kaedah seperti berikut:

• Pengalaman Kerja (Latihan serta penempatan dalam dan luar negeri);

• Perkongsian kemahiran melalui bimbingan serta tunjuk ajar rakan kerja (coaching and mentoring); dan

• Pembelajaran formal.

• Berupaya mengenal-pasti program latihan dan pembangunan yang selari dengan keperluan Pasukan pada masa kini dan masa depan yang menumpukan kepada membangunkan tenaga kerja yang merangkumi:

• Tingkah laku yang diperlukan untuk memastikan kecemerlangan prestasi kerja;

• Membangunkan budaya kerja yang menyumbang kepada pencapaian objektif strategik organisasi.

Rangka Kerja Kompetensi

Peringkat Kemahiran bagi Kategori Perancangan

KOMPETENSI KUMPULAN SASARAN

i. Perancangan Penggantian

ii. Pembangunan Organisasi

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

PERINGKAT

Tidak diperlukan

Tidak diperlukan

iii. Pengambilan

iv. Latihan dan Perkembangan Berterusan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Tidak diperlukan

Tidak diperlukan

Pasukan Polis Diraja Brunei
KEMAHIRAN ASAS PERTENGAHAN LANJUTAN

Rangka Kerja Kompetensi

5. Kluster Kompetensi Teras

A. Kategori Berpengetahuan

“Kemahiran dalam memahami peranan dan dasar- dasar setiap bidang serta proses- proses yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia”

KOMPETENSI

i. Undang-undang dan Peraturan Negara Brunei Darussalam

ii. Undang-Undang dan Peraturan PPDB

iii. Peranan & Tanggungjawab Pasukan

iv. Proses Kerja dalam Pasukan

KETERANGAN KOMPETENSI

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam undang-undang Negara Brunei Darussalam seperti:

• Perundangan Negara Brunei Darussalam yang berkaitan;

• Konvensyen dan Perjanjian Antarabangsa yang berkaitan dengan tugastugas kepolisan;

• Surat-Surat Keliling Kerajaan;

• Peraturan Kewangan [FR]; dan

• Peraturan Am [GO].

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman Undang-Undang, peraturan dan prosedur kerja dalam Pasukan Polis Diraja Brunei seperti:

• Akta Pasukan Polis Diraja Brunei, Penggal 50;

• Peraturan Polis tahun 1958;

• Peraturan Am Polis [PGO]; dan

• Hukuman/Arahan Tetap.

Mempunyai pengetahuan serta memahami peranan dan fungsi setiap Jabatan dan Formasi dalam Pasukan Polis Diraja Brunei serta mempunyai pengetahuan dalam peranan-peranan setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaan secara umum.

Mengetahui secara umum proses-proses kerja yang dikendalikan oleh setiap Jabatan dan formasi dalam Pasukan Polis Diraja Brunei.

Peringkat Kemahiran bagi Kategori Berpengetahuan

KOMPETENSI KUMPULAN SASARAN

i. Undang-undang dan Peraturan

Negara Brunei Darussalam

ii. Undang-Undang dan Peraturan PPDB

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

PERINGKAT KEMAHIRAN ASAS PERTENGAHAN LANJUTAN

iii. Peranan & Tanggungjawab

Pasukan

iv. Proses Kerja dalam Pasukan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Pasukan Polis Diraja Brunei

Rangka Kerja Kompetensi

5. Kluster Kompetensi Teras

B. Kategori Profesional

“Kemahiran dan keupayaan profesional yang diperlukan dilapangan dalam setiap bidang.”

KOMPETENSI

i. Kemahiran Penyiasatan

ii. Pengurusan Operasi dan Insiden

iii. Pengurusan Perisikan

iv. Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi

KETERANGAN KOMPETENSI

Memahami akan tatacara penyiasatan (Jenayah dan Lalulintas) mengikut peraturanperaturan yang sedia ada.

Berkebolehan untuk merancang, melaksana dan menilai pelan operasi dan tindak balas insiden Pasukan secara holistik dan berkesan.

Mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang pengumpulan maklumat, pengendalian sumber dan penggunaan serta penganalisaan maklumat risikan.

Mendukung strategi teras Pasukan dalam penggunaan teknologi terhadap bidang-bidang yang dikenalpasti bagi meningkatkan:

• Keupayaan pengawasan;

• Teknologi penyiasatan secara berterusan;

• Sistem komunikasi; dan

• Keupayaan memerangi jenayah siber.

v. Pengendalian Senjata Api

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian, penggunaan dan penyimpanan senjata api mengikut tatacara dan garis panduan yang ditetapkan.

KOMPETENSI

i. Kemahiran Penyiasatan

ii. Pengurusan Operasi dan Insiden

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

iii. Pengurusan Perisikan

iv. Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

v. Pengendalian

Senjata Api

Penyelia Bantu

Pasukan Polis Diraja Brunei

Rangka Kerja Kompetensi

5. Kluster Kompetensi Teras

C. Kategori Perhubungan Efektif

“Keperluan setiap bidang dalam berkomunikasi dua hala secara lisan dan bertulis yang berkesan serta digabungkan dengan cara komunikasi yang terbuka dan telus.”

KOMPETENSI

i. Pengurusan

Perhubungan Berkesan

ii. Pengurusan Media dan Perhubungan Awam

iii. Komunikasi Interpersonal

KETERANGAN KOMPETENSI

Berkemampuan untuk berkomunikasi secara berkesan di peringkat dalaman Pasukan, agensi-agensi Kerajaan, pihak berkepentingan dalam sektor swasta, dan di peringkat antarabangsa.

Berkemampuan untuk berkomunikasi dan menjalin hubungan professional yang berkesan bersama pihak media dan orang ramai dalam menjaga imej Pasukan.

Berkebolehan dalam mengukuhkan kerjasama Pasukan dengan orang ramai melalui perkongsian maklumat yang berkaitan secara jelas, telus dan tepat pada masanya.

Mempunyai kemahiran dalam teknik berkomunikasi secara professional dalam bentuk lisan dan bertulis.

Keupayaan berinteraksi dengan orang lain secara jelas, bertujuan dan bersopan santun.

Berupaya mengadakan perundingan yang boleh mempengaruhi keadaan dan individu bagi mencapai hasil yang dikehendaki.

Peringkat Kemahiran bagi Kategori Perhubungan Efektif

KOMPETENSI

i. Pengurusan Perhubungan Berkesan

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

ii. Pengurusan Media dan Perhubungan Awam

iii. Komunikasi Interpersonal

Pengurusan Pertengahan

Penyelia

Bantu

Eksekutif

Pengurusan Pertengahan

Penyelia Bantu

Pasukan Polis Diraja Brunei

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KEPIMPINAN KLUSTER

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KUALITI

Kompetensi KEPIMPINAN BERKESAN

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Memimpin, mengarah, mengawal dan menyelaras.

Kualiti kepimpinan dan tingkah laku dalam membimbing, memberi inspirasi dan mempengaruhi pegawai dan kakitangan ke arah pencapaian matlamat dan objektif.

Mengadaptasi perubahan

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan sepenuhnya dengan teratur mengikut tempoh yang ditetapkan.

Mempamerkan tahap disiplin dan etika kerja yang tinggi semasa menjalankan tugas

Peduli dan prihatin terhadap persekitaran

Menyelia dan memastikan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan kepada peringkat penyelia dan bantu.

Memastikan disiplin dan etika kerja diperingkat bantu dan penyelia ditahap yang berkesan.

Memberi pendapat, cadangan serta pandangan kepada pihak pengurusan pertengahan atau pihak atasan apabila diperlukan.

Mengurus, membuat perundingan dan menyelaras pelaksanaan tugas dan tanggungjawab dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Mengimbangi keutamaan pelaksanaan dan delegasi tugas.

Memastikan penyelia menjalankan pemantauan yang berkesan kepada peringkat bantu dan penyelia.

Berkebolehan untuk memberikan cadangan dan keputusan.

Memimpin, merintis dan menggerak organisasi ke arah pencapaian visi, misi dan Wawasan Brunei 2035.

Memberi inspirasi dan dapat mempengaruhi semua peringkat ke arah perubahan positif, peningkatan produktiviti, dan pencapaian matlamat organisasi.

Menyesuaikan diri dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran perubahan.

Melaksanakan prosesproses yang berkaitan dengan keperluan perubahan.

Menyokong dan menunjukkan contoh dan pendekatan yang baik dalam menghadapi cabaran perubahan.

Mengkaji, menilai dan mencadangkan keperluan perubahan ke arah pembaikan dan penaiktarafan.

Menangani sebarang isu yang boleh menjejaskan proses pengadaptasian terhadap perubahan.

Menetapkan piawaian (standard) dan menerajui transformasi serta mempertimbangkan sepenuhnya kesan perubahan terhadap organisasi, Kerajaan dan negara.

BANTU
PENYELIA

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KUALITI

Kompetensi MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERKESAN

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Berkebolehan dalam membuat keputusan yang berkesan dan sistematik menggunakan kemahiran berikut:

• Intelektual

• Ketegasan

• Keyakinan

• Kesedaran emosi

Kebertanggungjawaban / Akauntabiliti

Membuat keputusan dengan teliti, berpandukan maklumat yang relevan untuk menghasilkan keputusan yang berkesan, tepat dan memenuhi matlamat yang diinginkan serta memahami akibat dan risiko yang berkaitan dengan keputusan tersebut.

Memahami dan melaksanakan tugasan harian dan matlamat yang diberikan dengan jelas.

Siap siaga menghadapi cabaran berkaitan pelaksanaan tugas harian.

Memahami TOR jawatan yang di pegang dan juga mengetahui SOP pelaksanaan tugas-tugas.

Memahami matlamat pasukan dan melaksanakan peranan di peringkat bahagian/unit masing-masing ke arah pencapaian matlamat tersebut.

Memastikan pelaksanaan tugas diperingkat bantu dan penyelia selaras dengan prosedur dan dasar yang telah ditetapkan.

Memberi maklumatmaklumat yang berkaitan kepada peringkat pengurusan pertengahan untuk membuat sebarang cadangan/penilaian

Mengumpulkan maklumat yang relevan dan menghasilkan pilihan untuk membantu pihak atasan menilai dan membuat keputusan yang berkesan.

Bekerjasama dengan rakan sekerja atau pasukan untuk menilai dan membuat keputusan.

Membuat keputusan mengikut SOP peringkat masingmasing yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas harian.

Mempertimbangkan risiko, manfaat dan kesan positif dan negatif dari keputusan yang dibuat.

Penggunaan analisis data dan decision making tools / matrix dalam membuat keputusan yang berisiko dan bernilai tinggi.

Memantau pelaksanaan keputusan dan memberi tindak balas terhadap perkembangan atau perubahan yang berlaku.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KEPIMPINAN KLUSTER

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KUALITI

Kompetensi PENYELESAIAN MASALAH

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mempunyai kemahiran kognitif untuk mengenal pasti, menganalisis, membuat intervensi dan menilai masalah untuk memperoleh penyelesaian yang paling praktikal dan sesuai dalam pengurusan konflik.

Keupayaan untuk menjaga hubungan yang sihat di tempat kerja serta mengenal pasti, menganalisa dan mencari penyelesaian yang berkesan bagi masalah atau cabaran yang dihadapi. Ia melibatkan proses berfikir kritikal, kreatif dan sistematik untuk mengatasi cabaran, menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat.

Mengendalikan masalah / konflik yang mungkin timbul dalam konteks tugasan masing-masing.

Memaklumkan permasalahan kepada penyelia dan mendapatkan bantuan daripada pihak atasan mengikut peraturan yang sedia ada.

Mengenal pasti masalah dalam pelaksanaan tugas di peringkat masingmasing.

Mengenal pasti ketegangan, ketidaksepakatan atau pertelingkahan antara ahli pasukan.

Memaklumkan dan mendapatkan bantuan daripada pihak atasan jika perlu mengikut peraturan yang sedia ada.

Memantau kesan tindakan yang diambil dalam pengurusan masalah / konflik.

Menyelesaikan masalah / konflik dengan cara yang adil melalui proses kompromi, rundingan atau mencari jalan tengah.

Mencadangkan dan merancang langkahlangkah pembaikan.

Memulihkan dan memelihara hubungan yang baik antara semua pihak yang terlibat dalam konflik.

Mengenal pasti masalah / konflik melalui tanda-tanda awal dan memahami punca masalah tersebut.

Menangani konflik yang kompleks, penting, dan berpotensi membuat keputusan strategik untuk kesejahteraan pasukan.

BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KEUPAYAAN

Kompetensi PEMIKIRAN STRATEGIK

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mendukung misi dan visi PPDB dan Wawasan Brunei 2035.

Kemampuan untuk merancang, mengembangkan dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat jangka panjang dan mencapai kejayaan dalam konteks yang kompleks dan berubahubah. Pemikiran strategik melibatkan analisis menyeluruh, pengenalpastian peluang dan ancaman, serta perancangan langkah-langkah yang efektif.

Mengetahui dan memahami secara dasarnya visi dan misi PPDB dan Wawasan Brunei 2035.

Mendukung misi dan visi PPDB dan Wawasan Brunei 2035 melalui pelaksanaan tugas harian dengan cermat dan efisien.

Memahami bagaimana konteks kerja sendiri dan pasukan menyumbang kepada pencapaian misi dan visi Pasukan.

Menyelia dan memastikan pelaksanaan tugas harian.

Menterjemahkan visi dan misi organisasi dalam bentuk tindakan praktikal di peringkat operasional.

Mengkomunikasikan visi dan misi organisasi kepada warga pasukan.

Menyelaraskan tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai misi dan visi organisasi.

Merangka misi dan visi PPDB dengan jelas selaras dengan wawasan negara.

Memastikan misi dan visi PPDB serta wawasan negara disampaikan dan difahami oleh seluruh warga PPDB.

Memberi inspirasi dan membimbing organisasi ke arah pencapaian misi dan visi PPDB khasnya dan wawasan negara amnya.

Memahami dan mengungkayahkan inisiatif yang terkandung dalam Pelan Strategik PPDB dan memandu warga PPDB ke arah matlamat yang disasarkan secara berkesan.

Mengetahui dan memahami secara dasarnya Pelan Strategik PPDB.

Melaksanakan tugas harian dengan cermat dan efisien.

Memahami bagaimana konteks kerja sendiri dan pasukan menyumbang kepada pelaksanaan Pelan Strategik PPDB.

Menyelia dan memastikan pelaksanaan tugas harian.

Mengungkayahkan inisiatifinisiatif yang terkandung dalam Pelan Strategik PPDB.

Memandu warga PPDB ke arah matlamat yang disasarkan secara berkesan.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KEPIMPINAN KLUSTER

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KEUPAYAAN

Kompetensi PEMIKIRAN STRATEGIK

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Kemampuan untuk merancang, mengembangkan dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat jangka panjang dan mencapai kejayaan dalam konteks yang kompleks dan berubah-ubah. Pemikiran strategik melibatkan analisis menyeluruh, pengenalpastian peluang dan ancaman, serta perancangan langkah-langkah yang efektif.

Melihat isu-isu dari sudut pandangan yang lebih tinggi dan seterusnya membuat jangkaan ke atas mana-mana pemasalahan. Mengenal pasti dan memaklumkan pihak atasan mengenai isu / masalah kerja yang dihadapi.

Memahami isu-isu yang dihadapi dan boleh menerangkan kesan isu-isu berkenaan dan bagaimana ia berkaitan dengan kerja.

Mempunyai pandangan dan pendekatan yang positif untuk menghadapi cabaran.

Berkomunikasi dengan pihak atasan mengenai perkembangan isu-isu dan potensi penyelesaian.

Memahami hubungan antara berbagai elemen dalam organisasi dan bagaimana isu tertentu dapat mempengaruhi operasi secara keseluruhan.

Memberikan analisis mengenai isu-isu yang dihadapi dan mengenal pasti pelbagai alternatif dan strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi isu-isu berkenaan.

Berkomunikasi dengan pihak atasan mengenai perkembangan isuisu dan potensi penyelesaian.

Melihat isu-isu secara holistik dan seterusnya membuat penilaian dan ramalan mengenai cabaran yang mendatang.

Mengenal pasti isu-isu mendatang melalui tandatanda awal dan memahami kesannya terhadap operasi Pasukan.

Mengambil tindakan penyelesaian dengan efisien dan efektif.

Meneliti semula pelaksanaan dan keputusan strategik yang perlu pembaikan atau penambahbaikan.

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KEUPAYAAN

Kompetensi PEMIKIRAN STRATEGIK

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Memandu warga PPDB kepada perubahan yang positif.

Kemampuan untuk merancang, mengembangkan dan melaksanakan strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat jangka panjang dan mencapai kejayaan dalam konteks yang kompleks dan berubah-ubah. Pemikiran strategik melibatkan analisis menyeluruh, pengenalpastian peluang dan ancaman, serta perancangan langkah-langkah yang efektif.

Memahami dan menyokong keperluan perubahan.

Menyesuaikan diri dan melaksanakan perubahan dengan baik.

Memastikan usahausaha perubahan ke arah pembaikan berjalan lancar dan mencapai matlamat yang dikehendaki.

Merancang perubahan mengikut keperluan semasa.

Mengenal pasti strategi pelaksanaan perubahan dan langkah-langkah tindakan yang diperlukan untuk mencapai matlamat perubahan.

Menjadi perantara antara pihak pengurusan atas dan pihak bawahan dalam memastikan perubahan dilaksanakan dengan efisien.

Menjana perubahan positif, efektif dan realistik.

Menggerak warga PPDB ke arah perubahan yang dikenalpasti dan ditetapkan.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KEPIMPINAN KLUSTER

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KEUPAYAAN

Kompetensi PENGURUSAN PROJEK

Penerangan Kompetensi Kemahiran dan pengetahuan dalam merancang, melaksanakan, mengawal dan menilai projek dengan berkesan.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Merancang, mengurus dan mentadbir pasukan projek [project team] secara efektif dan memberikan daya impak yang meluas dalam tempoh dan peruntukan yang ditetapkan.

Memahami dan melaksanakan arahan dan tugas yang diberikan oleh pengurus projek dengan baik.

Memahami matlamat projek dan bagaimana tugas-tugas individu menyumbang kepada pencapaian matlamat tersebut.

Membantu pemantauan terhadap pelaksanaan projek di peringkat bawahan.

Mengkomunikasikan objektif dan perancangan projek dengan efektif kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Memantau dan memastikan proses-proses kerja di bawah peringkat masing-masing.

Memperincikan dengan lengkap maklumat projek seperti objektif, penjadualan, sumber, risiko, tatacara dan pengukuran kejayaan projek.

Memastikan projek-projek sejajar dengan matlamat strategik dan keperluan organisasi.

Memimpin pelaksanaan projek dan menginspirasi anggota pasukan ke arah penyiapan projek.

Memantau dan memastikan projek berjalan dengan lancar mengikut peruntukan dan dalam tempoh yang ditetapkan serta membuat sebarang penyelarasan jika perlu.

Mempunyai pengetahuan mengenai peraturan kewangan dan prosedur-prosedur pengendalian projek.

Mematuhi etika, prosedur dan proses yang telah diarahkan oleh pihak pengurusan projek.

Memahami peraturan kewangan dan undangundang yang berkaitan dengan pengurusan wang, perbelanjaan, dan perakaunan dalam projek.

Mengikuti dan mematuhi peraturan kewangan dan undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan wang, perbelanjaan, dan perakaunan dalam projek.

Memastikan projek secara keseluruhan mematuhi peraturan kewangan dan undangundang yang berkaitan dengan pengurusan wang, perbelanjaan, dan perakaunan dalam projek.

BANTU
PENYELIA

Kluster Kompetensi KEPIMPINAN

Kategori KEUPAYAAN

Kompetensi DERIA PERSPEKTIF

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mencapai matlamat dengan efektif melalui penilaian daripada pelbagai konteks dan perspektif.

Memahami, menghargai dan mengambil kira pelbagai perspektif dari sudut pandangan yang berbeza dalam membuat keputusan. Ini melibatkan kesedaran terhadap perbezaan pendapat, nilai-nilai, budaya dan pengalaman yang mungkin mempengaruhi cara individu memahami dan bertindak terhadap sesuatu isu atau situasi.

Mempunyai minda terbuka untuk menerima pandangan dan perspektif baru.

Memahami pandangan dan perspektif orang lain serta memberikan maklumbalas kepada pihak atasan.

Mengambil kira pendapat dari pelbagai perspektif dari persekitaran dalaman dan luaran dan menghubungkannya dengan matlamat dan strategi Pasukan.

Mencari fakta dan informasi serta pendapat dari semua perspektif untuk mendapatkan kefahaman sebelum memberi saranan tindakan.

Berkomunikasi secara berkesan dengan warga PPDB di peringkat bawah untuk memastikan mereka memahami saranan dan tindakan yang perlu dilaksanakan.

Melihat sesuatu perkara / isu dari pelbagai sudut dengan berfikiran analitikal, kritikal dan holistik.

Bertindak dan membuat keputusan dengan bijak menggunakan perspektif yang ada dalam menangani pelbagai situasi.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

SUMBER TENAGA MANUSIA KLUSTER

Kluster Kompetensi SUMBER TENAGA MANUSIA

Kategori PEMBANGUNAN

Kompetensi PENGURUSAN

Penerangan Kompetensi Pengetahuan dan keupayaan dalam merancang, mengurus dan memaksimumkan penggunaan sumber manusia dalam organisasi untuk mencapai matlamat strategik dan prestasi yang optimum.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Kemahiran dalam menganalisa dan merancang penempatan dan program-program pembangunan yang sesuai untuk warga Pasukan.

Mengetahui dan memahami dasar, objektif dan prosedur Pengurusan perkembangan tenaga Manusia.

Mendapatkan, menyimpan, menyusun dan menyelenggara data yang diperlukan untuk rancangan pembangunan warga Pasukan.

Mempunyai pengetahuan tentang kompetensi yang diperlukan untuk menjalankan tugas

Menilai secara berterusan kualiti tugas bagi peringkat bantu dan penyelia.

Mengenalpasti dan membuat cadangan kursus/latihan yang perlu dihadiri kepada peringkat Pengurusan pertengahan sekiranya ada jurang kompetensi.

Mengenal pasti kemahiran, pengetahuan, dan kompetensi yang diperlukan dalam menjalankan tugas.

Berhubung dengan institusi-institusi latihan bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan penghantaran warga Pasukan untuk menghadiri kursus atau program pembangunan.

Merancang programprogram perkembangan yang sesuai dengan keperluan Pasukan dan anggota.

Mengenal pasti peluang pembelajaran tambahan untuk warga Pasukan, sama ada dalam bentuk latihan formal, latihan dalam perkhidmatan, pembelajaran dalam talian, atau sebarang bentuk pembelajaran yang sesuai.

Mengukur kesan program pembelajaran sama ada melalui penilaian prestasi, penilaian peserta, atau penilaian ROI (Return of Investment).

Merancang / mencadangkan penempatan, pemindahan dan pengekalan pegawai dan anggota berpandukan kompetensi / kemahiran / keupayaan anggota dan keperluan strategik setiap jabatan di bawah PPDB.

BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Kluster Kompetensi SUMBER TENAGA MANUSIA

Kategori PEMBANGUNAN

Kompetensi PENGURUSAN KEWANGAN

Penerangan Kompetensi Kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dalam merancang, mengawal dan menguruskan aspek kewangan dalam konteks pembangunan sumber tenaga manusia.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mempertimbangkan aspek kewangan serta impaknya dalam pengurusan, pembangunan dan perancangan sumber manusia.

Mematuhi dasar-dasar dan prosedur kewangan Pasukan.

Menggunakan sistem pengurusan kewangan yang disediakan dengan berkesan.

Memahami peraturanperaturan berkaitan kewangan dalam Kerajaan.

Memantau peringkat bantu dan penyelia dalam memastikan dasar-dasar, sistem pengurusan kewangan serta dokumendokumen berkaitan sentiasa mengikut garispandu dan peraturan yang disediakan.

Mengenalpasti dan membuat cadangan kursus/latihan kewangan yang perlu dihadiri kepada peringkat Pengurusan pertengahan sekiranya ada jurang kompetensi.

Menyediakan laporan atau permohonan kewangan yang berkaitan/diperlukan dengan teratur mengikut prosedur kewangan kerajaan.

Menilai sebarang permohonan kewangan terlebih dahulu dan memastikan ianya teratur sebelum memberikan sokongan.

Mengenal pasti dan menilai risiko kewangan [CostBenefit Analysis] yang mungkin mempengaruhi pengurusan, pembangunan dan perancangan sumber manusia.

Merancang, mendapatkan dan menguruskan pembiayaan bagi keperluan pembangunan sumber manusia Pasukan.

Menganalisa laporan kewangan untuk mengenal pasti isu-isu dan peluang.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

SUMBER TENAGA MANUSIA KLUSTER

Kluster Kompetensi SUMBER TENAGA MANUSIA

Kategori PEMBANGUNAN

Kompetensi PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mengumpul, memproses dan menganalisis data dengan menggunakan teknik-teknik kaji selidik serta memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan sumber Manusia.

Keupayaan mengumpulkan maklumat, data dan fakta serta menganalisisnya untuk menghasilkan maklumat yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik. Kompetensi ini melibatkan proses pengumpulan, penyusunan, interpretasi dan penyampaian data dengan berkesan.

Memahami kepentingan data dan analisis dalam proses perancangan dan membuat keputusan di peringkat taktikal.

Memasukkan data ke dalam sistem pangkalan data yang disediakan dengan tepat dan cekap.

Menggunakan teknikteknik kaji selidik dan teknologi yang asas untuk memasukkan data.

Mengumpul data dan memastikan pangkalan data sentiasa disemak dan dikemaskinikan.

Memberikan latihan dalaman (refresherulangkaji) bagi peringkat bantu dan penyelia untuk memahami dan menggunakan sistem pengkalan data yang telah ada.

Memastikan tatacara data entry dibuat dengan betul dan efisien di peringkat bantu dan penyelia.

Menggunakan dan menggalakkan teknikteknik kajiselidik yang terkini dan juga memanfaatkan teknologi di dalam pengumpulan data.

Memproses dan menganalisis data untuk mengenal pasti keperluan pembangunan atau latihan bagi warga Pasukan serta keperluan tempat bertugas.

Membuat penilaian dan rekomendasi terhadap keperluan-keperluan tugas.

Mencadangkan kaedah pelaksanaan yang mudah, efisien dan efektif.

Menetapkan hala tuju yang jelas berhubung penggunaan data dan analisis dalam pembangunan sumber manusia dan peroperasian pasukan.

Membuat sebarang keputusan terhadap kaedah pelaksanaan yang telah dicadangkan oleh peringkat pengurusan pertengahan yang dinilai sebagai pilihan yang terbaik untuk mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

Memastikan kaedah pelaksanaan yang dikenalpasti adalah efektif dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN

Kluster Kompetensi SUMBER TENAGA MANUSIA

Kategori PEMBANGUNAN

Kompetensi PENGUMPULAN

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Pengurusan bakat sumber tenaga manusia bagi rancangan penggantian untuk memastikan bahawa Pasukan mempunyai bakal pengganti yang berkualiti untuk memenuhi kekosongan dan keperluan masa depan.

Kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dalam merancang, mengawal dan menguruskan aspek kewangan dalam konteks pembangunan sumber tenaga manusia.

Mengikut arahan penempatan bertugas dari pihak atasan.

Menghadiri programprogram latihan kemahiran (dalaman) yang telah dikenalpasti oleh pihak atasan.

Memberi input dan laporan mengenai jumlah keanggotaan kepada peringkat pengurusan pertengahan.

Mengumpul maklumat dan memberikan penilaian mengenai penempatan dan pengalaman bertugas bagi tujuan perancangan penggantian.

Mengenal pasti dan mencadangkan program latihan kemahiran dalaman bagi peringkat bantu dan penyelia supaya memiliki kompetensi yang diperlukan.

Mencadangkan pelan penggantian dalam jangka masa pendek (keperluan penggantian yang mendadak).

Mengenal pasti dan menilai kompetensi (pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan tingkah laku) khusus kepada jenis tugas yang diperlukan bagi setiap jawatan merujuk kepada cadangan peringkat penyelia.

Merancang program pembangunan dan latihan untuk mempersiapkan anggota yang ada untuk mengambil alih jawatan yang akan dikosongkan.

Mencadangkan pelan penggantian dalam jangka masa panjang kepada peringkat eksekutif.

Menilai dan menyokong proses penggantian dengan memahami keperluan dan kepentingan pihak-pihak yang berkenaan.

Mengenal pasti dan menyediakan caloncalon yang sesuai untuk mengisi jawatan kosong berdasarkan maklumat keperluan kompetensi jawatan dan rancangan penggantian Pasukan.

Menilai keberkesanan proses penggantian untuk penambahbaikan dari masa ke semasa.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

SUMBER TENAGA MANUSIA KLUSTER

Kluster Kompetensi SUMBER TENAGA MANUSIA

Kategori PERANCANGAN

Kompetensi PEMBANGUNAN ORGANISASI

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Membangun Pasukan agar dapat berfungsi secara optimum, memenuhi matlamat strategiknya, dan berkembang dalam persekitaran yang berubah-ubah.

Pengetahuan dan keupayaan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan inisiatif dan program yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kesejahteraan organisasi secara keseluruhan. Ini termasuk pelbagai usaha untuk memajukan budaya organisasi, meningkatkan produktiviti, menyokong pekembangan dan memastikan organisasi dapat mengatasi cabaran dan merebut peluang dengan berkesan.

Memahami dan menyokong inisiatif pembangunan organisasi yang diperkenalkan melalui pelaksanaan tugas dan tanggungjawab masingmasing dengan cekap, efektif dan amanah.

Mematuhi dasar-dasar, etika, prosedur, dan amalan organisasi.

Melaksanakan inisiatif pembangunan organisasi melalui usaha untuk belajar secara berterusan, memastikan budaya organisasi sentiasa disokong, penekanan disiplin dan SOP serta meningkatkan kemahiran dalam pengetahuan kepolisan.

Memberikan maklum balas yang jujur dan berguna mengenai perkembangan, proses dan isu-isu yang dihadapi dalam operasi harian untuk membantu pihak pengurusan dalam merancang dan membuat penambahbaikan.

Memperkenalkan, mengurus, memantau dan menilai inisiatif-inisiatif pembangunan organisasi dan mencadangkan penambahbaikan jika perlu.

Memastikan semua warga PPDB di bawah jagaan masing-masing mematuhi dasar-dasar, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.

Mengenal pasti keperluan perubahan melalui penelitian berterusan struktur organisasi termasuk jawatan-jawatan serta peranan dan tanggungjawabnya, dan dasar-dasar yang berkaitan.

Merancang strategi organisasi yang membawa kepada pembangunan dan kejayaan organisasi.

Membina dan mewujudkan budaya organisasi yang positif, termasuk nilai-nilai dan amalan yang menggalakkan perkembangan / inovasi.

BANTU
PENYELIA

Kluster Kompetensi SUMBER TENAGA MANUSIA

Kategori PERANCANGAN

Kompetensi PENGAMBILAN

Penerangan Kompetensi Pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk menjalankan proses pengambilan pekerja yang berkesan bagi organisasi.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Melaksanakan proses pengambilan pekerja yang berkesan.

Tidak diperlukan.

Membantu pelaksanaan proses pengambilan.

Mengenal pasti anggotaanggota di peringkat bantu dan penyelia di Jabatan/Formasi masingmasing yang mempunyai potensi untuk diserapkan ke unit/Bahagian yang berkenaan.

Memberi input/cadangan kepada peringkat pengurusan pertengahan mengenai perancangan pengambilan anggota di peringkat bantu/penyelia.

Menyediakan dan melaksanakan proses pengambilan yang berkesan dan efisien dan tepat pada masanya melalui proses dan prosedur yang telus dan sistematik sejajar dengan keperluan Pasukan.

Mengumpul dan menganalisa data pengambilan untuk memahami keberkesanan proses pengambilan dan mengenal pasti keperluan penambahbaikan.

Merancang strategi pengambilan, terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum mengikut keperluan semasa dan masa depan pasukan dan negara.

Merancang dan memastikan proses pengambilan dilaksanakan dengan telus, adil dan berintegriti serta menggalakkan kepelbagaian dan inklusiviti dalam organisasi.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

SUMBER TENAGA MANUSIA KLUSTER

Kluster Kompetensi SUMBER TENAGA MANUSIA

Kategori PERANCANGAN

Kompetensi LATIHAN DAN

Penerangan Kompetensi Keupayaan untuk mengenal pasti, merancang dan melaksanakan pelan-pelan latihan dan pembelajaran berterusan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan warga Pasukan.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Merancang program dan latihan perkembangan secara berterusan bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran dalam pelaksanaan tugas.

Memahami dan menyokong rancangan pembangunan individu dan organisasi dengan mematuhi arahan untuk menghadiri latihan / kursus / taklimat tertentu.

Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan sekerja.

Mengenal pasti kelemahan dan keperluan pembangunan kendiri.

(Menjalankan taklimat/ syarahan kepada peringkat bantu dan penyelia mengenai tugas dan tanggungjawab secara berkala namun berterusan).

Memantau dan mencadangkan kepada pihak pengurusan keperluan pembangunan untuk diri sendiri dan anggota di bawah seliaan masing-masing.

Merancang dan menjalankan inisatif pembelajaran berterusan yang berstruktur untuk mencapai matlamat perkembangan yang dikehendaki.

Mengenal pasti program latihan dan pembangunan yang sesuai dengan keperluan profesional anggota dan pasukan.

Merancang pembangunan berterusan termasuk matlamat pembelajaran, jadual dan kaedah penyampaian yang efektif.

mewujudkan dan mengekalkan budaya dalam Pasukan yang memberi tumpuan kepada pembelajaran berterusan dan inovasi.

Menyesuaikan dan memastikan program latihan dan perkembangan dilaksanakan secara berkesan berpandukan matlamat strategik organisasi.

BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori BERPENGETAHUAN

Kompetensi

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Pengetahuan dan kefahaman dalam undang-undang Negara Brunei Darussalam.

KOMPETENSI TERAS KLUSTER

Mengetahui dan memahami undang-undang Negara Brunei Darussalam (NBD) iaitu Perundangan dan Akta NBD yang berkaitan; Konvensyen dan Perjanjian Antarabangsa yang berkaitan; Surat-surat Keliling Kerajaan; Peraturan Kewangan (FR); dan Peraturan Am (GO).

Mengetahui dan memahami undang-undang dan peraturan-peraturan asas negara yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan tugas harian masing-masing.

Mengetahui dan memahami perundangan dan peraturan Negara Brunei Darussalam serta konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang berkaitan.

Memastikan semua warga PPDB di bawah jagaan masing-masing mengetahui dan memahami setiap perubahan atau pindaan terhadap mana-mana perundangan dan peraturan negara.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KOMPETENSI TERAS KLUSTER

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori BERPENGETAHUAN

Kompetensi UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PPDB

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Pengetahuan

mengenai UndangUndang, peraturan dan prosedur kerja dalam Pasukan Polis Diraja Brunei.

Mengetahui dan memahami undang-undang, peraturan dan prosedur kerja dalam PPDB seperti Akta PPDB Penggal 50; Peraturan Polis Tahun 1958; Peraturan Am Polis (PGO); dan Hukuman / Arahan Tetap.

- CPL

Mengetahui dan memahami undang-undang, peraturan dan prosedur kerja dalam PPDB seperti :

• Akta Pasukan Polis Diraja Brunei,Penggal 50

• Peraturan Polis tahun 1958

• Peraturan Am Polis [PGO]

• Hukuman/Arahan Tetap.

Mengenalpasti dan mencadangkan sebarang elemen perundangan, peraturan dan proses kerja yang memerlukan penambahbaikan mengikut keperluan semasa.

Membentuk, menilai dan menetapkan setiap cadangan penambahbaikan baru terhadap perundangan, peraturan dan proses kerja PPDB berpandukan kepada keperluan organisasi dan negara dari masa ke semasa.

BANTU
PENYELIA
PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori

Kompetensi

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Pengetahuan mengenai peranan PPDB dan agensiagensi Kerajaan yang lain.

BERPENGETAHUAN

Mengetahui serta memahami peranan dan fungsi setiap jabatan dan formasi dalam PPDB serta mempunyai pengetahuan mengenai peranan-peranan setiap kementerian dan jabatan Kerajaan secara umum.

Mengetahui serta memahami sepenuhnya peranan, tanggungjawab, tugas dan dasar Jabatan masing-masing serta Kementerian dan Jabatan lain secara umum.

Mengetahui serta memahami struktur PPDB serta mempunyai pengetahuan mengenai peranan setiap Jabatan di bawahnya serta Kementerian dan Jabatan lain secara umum.

Memantau, mengawal dan menguatkuasakan pelaksanaan dasar dan peranan semua ahli pasukan di bawahnya supaya tanggungjawab masing-masing dapat direalisasikan sejajar dengan objektif Jabatan / Bahagian.

Mengenalpasti dan mencadangkan perubahan serta penambahbaikan terhadap peranan dan tanggungjawab Jabatan/ Formasi masing-masing dari masa ke semasa.

Mengetahui serta memahami peranan dan fungsi setiap kementerian dan jabatan Kerajaan secara umum.

Membentuk, menilai dan menetapkan setiap cadangan penambahbaikan baru terhadap peranan dan tanggungjawab Jabatan dan Pasukan dari masa ke masa.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KOMPETENSI TERAS KLUSTER

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori BERPENGETAHUAN

Kompetensi PROSES KERJA DALAM PASUKAN

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Pengetahuan dan pemahaman mengenai proses kerja jabatan-jabatan di bawah PPDB.

Mengetahui serta memahami proses-proses kerja yang dikendalikan oleh setiap jabatan dan formasi dalam PPDB.

Mengetahui dan mempunyai pemahaman yang komprehensif proses kerja, prosedur dan aliran kerja yang berkaitan secara langsung dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Melaksanakan dan menyempurnakan tugastugas mengikut proses dan garis panduan dan tatacara yang ditetapkan.

Mengetahui serta memahami secara umum proses-proses kerja yang dikendalikan oleh setiap jabatan dalam PPDB.

Memantau dan menyelia proses kerja yang dilaksanakan oleh anggota bawahan nya bagi memastikan setiap proses kerja dilaksanakan dengan teratur dan efisien.

Mengenal pasti keperluan dan mencadangkan penambah-baikan dan penyelarasan proses-proses kerja untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Memahami bagaimana proses-proses kerja di semua jabatan dalam PPDB bersilang (intersect), berinteraksi (interact) dan berkaitan dan memastikan integrasi dikekalkan dan diperbaiki mengikut keperluan semasa

BANTU
PENYELIA

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PROFESIONAL Kompetensi KEMAHIRAN PENYIASATAN

Penerangan Kompetensi Keupayaan untuk melaksanakan penyiasatan (jenayah dan lalu lintas) mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada dengan efisien dan efektif.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Melaksanakan penyiasatan (jenayah dan lalu lintas) mengikut peraturanperaturan yang sedia ada.

Memahami undangundang, peraturan, dan piawaian yang berkaitan dengan penyiasatan dan memastikan pematuhan sepenuhnya.

Mengenal pasti pihakpihak yang terlibat dalam kes siasatan.

Mengumpul/mencatat maklumat penyiasatan dari pelbagai sumber dengan tepat dan lengkap.

Memeriksa dan memastikan maklumat penyiasatan tepat dan lengkap mengikut perundangan yang berkaitan.

Mengkomunikasikan sebarang maklumat mengenai hasil dan perkembangan siasatan kepada pihak atasan yang berkenaan.

Menganalisis maklumat yang dikumpulkan dan menilai keperluan penyiasatan selanjutnya.

Mengendalikan masalah yang mungkin timbul semasa penyiasatan dan merancang tindakan yang sesuai.

Menyelaras dan memimpin pasukan penyiasatan.

Bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undangundang yang lainnya, jika perlu.

Berkeupayaan untuk melakukan pelbagai tugasan (multitask) dan mengenal pasti keutamaan (prioritise).

Merancang dasar dan strategi penyiasatan secara menyeluruh.

Memupuk tahap etika yang tinggi dalam penyiasatan, termasuk menjaga integriti, keadilan dan kepatuhan undang-undang.

Memupuk inovasi dalam proses penyiasatan dengan mengintegrasikan teknologi dan pendekatan baharu.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KOMPETENSI TERAS KLUSTER

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PROFESIONAL Kompetensi PENGURUSAN OPERASI DAN INSIDEN

Penerangan Kompetensi Keupayaan untuk merancang, melaksana dan menilai pelan operasi dan tindakan balas insiden Pasukan secara holistik dan berkesan.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Merancang, melaksana dan menilai pelan operasi dan tindakan balas insiden Pasukan secara holistik dan berkesan.

Memahami dan melaksanakan peranan masing-masing dalam sebarang operasi Pasukan. Memahami dan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan operasi.

Membantu, memantau atau memimpin pengurusan operasi dan tindak balas insiden yang cekap dan berkesan mengikut peringkat operasi yang telah ditetapkan.

Menguruskan dan melaksanakan operasi secara sistematik dan selamat, serta mengadaptasikan tindakan mengikut sebarang perubahan atau risiko yang tidak dijangka.

Menyelaras tindakantindakan yang diperlukan dalam operasi, melalui komunikasi yang jelas dan efektif.

Mendokumentasikan tindakan operasi dan menilai keberkesanan tindakan untuk penambahbaikan.

Merancang operasi dengan teliti, termasuk menentukan matlamat, strategi dan perancangan sumber yang diperlukan.

Mengenal pasti dan menilai risiko yang berkaitan, serta merancang strategi untuk mengawal atau mengelakkannya.

Membuat keputusan cepat dan bermaklumat dalam situasi yang memerlukan tindakan segera.

BANTU
PENYELIA

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PROFESIONAL

Kompetensi PENGURUSAN PERISIKAN

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mengumpul, menganalisa dan mentafsir maklumat dengan efisien, efektif dan mendalam yang boleh digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang tepat dan juga untuk mengawal risiko yang berkaitan.

Keupayaan untuk mengumpul maklumat, pengurusan sumber, menggunakan serta menganalisis maklumat risikan dan memahami risiko-risiko yang berkaitan, serta memahami dan mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian yang berkaitan dengan keselamatan dan kerahsiaan maklumat.

Memahami dan melaksanakan peranan masing-masing dalam pengumpulan maklumat risikan.

Berupaya mengenalpasti sumber maklumat dan informasi yang dapat memberikan data yang relevan dalam perisikan.

Mengendalikan dan memantau pangkalan data maklumat perisikan dan memastikan pengemaskinian secara berterusan.

Membantu menilai maklumat-maklumat yang diperolehi mengikut piawaian yang ditetapkan.

Mengenal pasti dan menilai pelbagai sumber maklumat yang boleh dipercayai (credible & reliable).

Menganalisis maklumat untuk menghasilkan maklumat perisikan yang lengkap dan tepat.

Mengenal pasti dan menilai risiko-risiko yang berkaitan dengan keselamatan awam, termasuk ancaman jenayah, ancaman siber, ancaman keganasan dan lain-lain.

Merancang strategi keseluruhan untuk pengurusan perisikan, termasuk penetapan matlamat, dasar dan pelan tindakan yang berkaitan.

Membuat keputusan berdasarkan analisis data dan maklumat risiko.

Memupuk inovasi dalam pengurusan perisikan dengan mengintegrasikan teknologi dan kaedah baharu yang berkesan.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA
PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KOMPETENSI TERAS KLUSTER

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PROFESIONAL Kompetensi KEMAHIRAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mendukung strategi

teras Pasukan dalam penggunaan teknologi maklumat terhadap bidang-bidang yang dikenal pasti bagi meningkatkan:

• Keupayaan pengawasan;

• Teknologi penyiasatan secara berterusan;

• Sistem komunikasi; dan

• Keupayaan memerangi jenayah siber.

Kemahiran menggunakan teknologi komputer, perisian, peranti digital dan peralatan teknologi yang lainnya dalam pelaksanaan tugas-tugas tertentu, serta sanggup untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi yang berterusan.

Memahami dan mengetahui tatacara menggunakan teknologi maklumat seperti perkakas, perisian asas dan rangkaian internet.

Mengetahui dan mematuhi tatacara dan peraturan keselamatan penggunaan teknologi maklumat pasukan yang telah disediakan.

Memahami tentang risiko siber dan keselamatan dalam talian.

Memantau dan memastikan penggunaan teknologi dilaksanakan mengikut peraturan dan tatacara yang ditetapkan.

Mengenal pasti anggota yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi dan perisian yang digunakan dalam tugas-tugas harian dan mencadangkan latihan/ kursus/ taklimat yang bersesuaian.

Menyelidik dan menilai sistem yang sedia ada dan baru yang boleh digunapakai untuk memperbaiki hasil tugasan PPDB.

Memastikan sistem teknologi maklumat yang digunakan dimanfaatkan sepenuhnya secara cekap dan berkesan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Merancang visi jangka masa panjang dan memimpin transformasi digital organisasi, termasuk memupuk budaya digital yang menggalakkan inovasi dan adaptasi kepada teknologi baharu.

Mengenal pasti, menilai, dan menguruskan risiko teknologi yang mungkin mempengaruhi operasi dan matlamat organisasi.

BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PROFESIONAL

Kompetensi PENGENDALIAN SENJATA API

Penerangan Kompetensi Keupayaan mengendali, menggunakan dan menyimpan senjata api mengikut tatacara dan garis panduan yang ditetapkan.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Mengetahui, memahami dan mahir dalam keseluruhan hal ehwal penggunaan senjata api

Mengetahui jenis senjata yang digunakan, cara penggunaan yang selamat, komponen-komponen dan karakteristik unik setiap senjata api.

Kemahiran menembak dengan tepat dan konsisten.

Memahami prinsip-prinsip keselamatan dalam pengendalian senjata api.

Memastikan semua warga PPDB di bawah jagaan masing-masing mempunyai kemahiran pengendalian senjata api.

Menilai dan mencadangkan tatacara dan kelengkapan baru atau tambahan mengikut keperluan semasa.

Menilai dan membentuk dasar, strategi dan prosedur berkaitan penggunaan senjata api secara keseluruhan mengikut keperluan semasa.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KOMPETENSI TERAS KLUSTER

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PERHUBUNGAN EFEKTIF

Kompetensi PENGURUSAN PERHUBUNGAN BERKESAN

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Berkomunikasi

secara berkesan di peringkat dalaman Pasukan, agensiagensi Kerajaan, pihak berkepentingan dalam sektor swasta dan di peringkat antarabangsa.

Keupayaan merancang, melaksana dan mengurus hubungan dengan pelbagai pihak berkepentingan dengan tujuan untuk mencapai matlamat, meningkatkan imej dan memastikan organisasi berfungsi dengan baik. Ini merangkumi penyampaian maklumat yang jelas, mendengar dan memahami dengan teliti serta melaksanakan tindakan yang sesuai.

Menerangkan proses kerja harian dengan jelas.

Mendengar dan memahami maklumat atau arahan yang diberikan dengan tepat.

Menyampaikan maklumat atau arahan dengan tepat dan berkesan.

Berkomunikasi secara terbuka dengan pihak berkepentingan dari dalam dan luar Pasukan.

Meyakinkan dan mempengaruhi orang melalui perundingan dan penyampaian hujah yang berkesan berdasarkan pengetahuan dan bukti.

Mengenal pasti kumpulan sasaran yang tepat untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Melaksanakan kolaborasi bersama pihak-pihak yang relevan di dalam dan luar Pasukan.

Mewujudkan dan mengamalkan komunikasi korporat.

Memastikan komunikasi secara inklusif dan menggalakkan dialog menggunakan pelbagai kaedah komunikasi dengan anggota PPDB dan pihak berkepentingan sama ada di dalam atau luar negara.

Menggalakkan perkongsian idea dan amalan terbaik untuk memastikan kesefahaman, kolaborasi dan pencapaian hasil yang terbaik.

BANTU

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PERHUBUNGAN EFEKTIF

Kompetensi PENGURUSAN MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM

Penerangan Kompetensi Kemahiran menguruskan, mengawal dan menjalinkan hubungan yang efektif dengan pihak media dan awam dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sekali gus memelihara imej Pasukan di mata umum.

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Berkomunikasi dan menjalin hubungan profesional yang berkesan bersama pihak media dan orang ramai dalam menjaga imej pasukan.

Menjadi duta Pasukan yang baik di mata media dan masyarakat dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ada, bersopan santun, dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Mengetahui dan mematuhi etika dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan perhubungan media dan orang ramai.

Mengukuhkan kerjasama Pasukan dengan orang ramai melalui perkongsian maklumat yang berkaitan secara jelas, telus dan tepat pada masanya.

Peka terhadap kejadian dan isu semasa yang berkaitan dengan Pasukan.

Memahami keperluan, kebimbangan, dan pandangan orang ramai yang berkaitan dengan Pasukan dan menyalurkannya dengan tepat dan cepat kepada pihak kepimpinan.

Menyusun mesej dengan jelas, tegas, dan meyakinkan dalam komunikasi bertulis dan lisan dengan pihak media dan orang ramai.

Penggunaan media masa untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan pihak media dengan bijak.

Menilai reaksi dan liputan media terhadap perkara yang melibatkan Pasukan dan merancang tindak balas yang sesuai.

Memantau tren dan isu-isu dalam masyarakat yang berkaitan dengan Pasukan dan merancang komunikasi yang bersesuaian.

Mengukur kesan komunikasi dan membuat penambahbaikan yang diperlukan.

Memberi tindak balas kepada soalan atau perkara yang dibangkitkan dengan jelas dan tepat dengan merujuk kepada fakta-fakta yang berkaitan.

Mengendalikan situasi yang melibatkan pihak media dan orang ramai dengan tenang dan profesional

Memimpin dan memberikan motivasi kepada Pasukan untuk menjalin hubungan yang kuat dan positif dengan orang ramai.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA

Rangka Kerja Kompetensi

6. Kamus Kompetensi

KOMPETENSI TERAS KLUSTER

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PERHUBUNGAN EFEKTIF

Kompetensi KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Teknik berkomunikasi secara profesional dalam bentuk lisan dan bertulis.

Keupayaan untuk membina, memahami dan memelihara hubungan antara individu melalui komunikasi sama ada secara lisan dan bukan lisan atau dalam bentuk penulisan yang turut melibatkan keupayaan mendengar dan memberi tindak balas.

EKSEKUTIF

Menerima dan memahami arahan dengan baik dan cepat.

Mengetahui dan mempraktikkan etika dan teknik berkomunikasi melalui e-mel dan persuratan yang betul.

Menyampaikan maklumat dengan ringkas tetapi jelas dan tepat.

Bertanya soalan yang relevan jika ada kekeliruan atau butiran tambahan yang diperlukan.

Pakar rujuk dalam hal ehwal pemformatan persuratan rasmi.

Menyampaikan mesej dengan jelas dan meyakinkan, sama ada secara lisan atau bertulis.

Menggunakan bahasa dan susunan ayat yang mudah difahami sama ada dalam pertuturan atau penulisan laporan dan persuratan.

Memastikan semua butiran yang diperlukan lengkap untuk memudahkan penerimaan tindak balas yang cepat dan tepat.

Menunjukkan profesionalisme dan keterbukaan dalam berkomunikasi dengan memberikan maklum balas dalam tempoh yang wajar.

Menyampaikan mesej dengan jelas, meyakinkan dan menjaga keselarasan dengan matlamat organisasi.

Mendengar secara aktif dan memahami pandangan dan maklum balas orang lain, serta memberi tindak balas dengan sewajarnya.

BANTU
PENYELIA
PENGURUSAN PERTENGAHAN

Kluster Kompetensi KOMPETENSI TERAS

Kategori PERHUBUNGAN EFEKTIF

Kompetensi KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Penerangan Kompetensi

Peranan

Peringkat

Elemen Keupayaan

Berinteraksi dengan orang lain secara jelas, bertujuan dan bersopan santun.

Keupayaan untuk membina, memahami dan memelihara hubungan antara individu melalui komunikasi sama ada secara lisan dan bukan lisan atau dalam bentuk penulisan yang turut melibatkan keupayaan mendengar dan memberi tindak balas.

Mengadakan perundingan yang boleh mempengaruhi keadaan dan individu bagi mencapai hasil yang diingini.

Peka dan hormat sesama rakan sejawat, pihak atasan dan orang ramai.

Berinteraksi dengan jelas dan berkesan dalam pelaksanaan tugas. Menyuarakan idea dengan jelas.

Terbuka untuk menerima maklum balas, pendapat, dan pandangan dari individu lain dalam Pasukan.

Sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi sesama warga Pasukan dalam sama-sama menyumbang ke arah pencapaian matlamat Pasukan.

Mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan pencapaian anggota lain.

Memberikan motivasi kepada pegawai dan anggota ke arah pencapaian objektif Pasukan.

Memberikan arahan dan panduan kepada warga Pasukan dengan jelas dan berhemah.

Menyampaikan mesej / maklumat berhubung strategi organisasi termasuk visi, misi, dan matlamat dengan memberikan inspirasi dan motivasi.

Bertolak ansur sesama rakan sekerja.

Menjalankan perundingan secara berkesan dengan anggota bawahan dan rakan sekerja.

Menyampaikan dengan jelas dan tepat hasil perundingan kepada pihak atasan jika memerlukan tindakan lanjut.

Memahami dengan jelas matlamat dan kepentingan Pasukan dan pihakpihak yang terlibat dalam perundingan.

Memahami dinamik kuasa, pengaruh dan risiko dalam perundingan.

Mencari titik persamaan antara pihak-pihak yang berunding untuk mencapai matlamat.

Memacu perundingan dan menggalakkan kerjasama.

Mempengaruhi keputusan, mencapai persetujuan, menyelesaikan konflik, dan memajukan matlamat organisasi dengan cara yang positif.

Menghasilkan penyelesaian yang kreatif dan inovatif dalam perundingan.

Pasukan Polis Diraja Brunei
BANTU
PENYELIA PENGURUSAN PERTENGAHAN EKSEKUTIF

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.