Tanah Hak Kita

Page 10

SPNS juga mengambil tanggungjawab utama dalam penubuhan Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKOAP). Inisiatif ini bermula ketika persediaan Hari Orang Asal Sedunia 2003 bertempat di Kampung Chang Sungai Gepai. Oleh itu, SPNS bukan sahaja terlibat secara aktif dalam membantu dan bekerjasama dalam program dan aktiviti yang dijalankan oleh JKOAP malah Jaringan Kampung Orang Asli di negeri lain. Pada 17 Mac 2010, SPNS telah bekerjasama dalam persediaan dan seterusnya Penyerahan Memorandum Membantah Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli kepada Menteri KKLW bertempat di Putrajaya yang mana seramai kira-kira 4000 Orang Asli hadir untuk penyerahan memorandum tersebut. SPNS juga telah dipilih sebulat suara sebagai urusetia untuk Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia. SPNS juga terlibat dalam forum-forum dan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan Orang Asal sama ada di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. SPNS didaftarkan di bawah ROB dengan nama SPNS Communication (perkhidmatan pengurusan) pada bulan Ogos tahun 2005. SPNS juga terlibat dalam hal rundingan dan penyelarasan jika kampungkampung lain dalam Jaringan menghadapi masalah pencerobohan Tanah Adat. Dalam hal ini, SPNS akan memperkuat dan mempertingkat keupayaan orang kampung dalam hal penulisan surat formal, cara-cara berunding dengan pihak-pihak berkenaan dan pemaju, cara membuat laporan polis dan tindakantindakan lain supaya orang kampung faham dengan isu yang berlaku dan mengambil tindakan berlandaskan kefahaman yang jelas dan kemampuan mereka. SPNS mempunyai struktur pentadbiran yang ringkas disebabkan oleh sumber tenaga dan sumber kewangan yang amat terhad. Kini, terdapat (9) sembilan orang guru dan (3) tiga orang pentadbir / pengatur masyarakat yang berkhidmat dengan SPNS.

9


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.