Makna Dan Arti Surah 72 Al-Jin (“Kaum Jin”) Versi Bilingual Dalam Bahasa Inggris Dan Bahasa Melayu.
Surah Al-Jinn ialah surah ke-72 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Dinamakan "al-Jinn" yang bererti "Jin" diambil dari kata "al-Jinn" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut.
Jin merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia. Jin dan manusia memiliki kewajipan menyembah Allah.