Mpp103 com 6

Page 1

Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 1 of 11

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DENGKIL 43800 SEPANG SELANGOR

KERTAS PENERANGAN

KURSUS

TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA - DOMESTIK

Module

03 - SAFETY IN WORKSHOP

Competency

06 - COMPLY WITH SHOP & EQUIPMENT SAFETY RULES.

Learning Standard

6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7

Identify types of safety equipment. Check maintenance card regularly. Identify proper place for keeping the safety equipment. Perform visual inspection on the equipment. Test the serviceability of the safety features of the equipment. Service and replace defected part if necessary. Maintain equipment after use.

6.1.1 6.2.1

Identify types of safety equipment as stated in the specification. Read and interpret maintenance card and run inspection as scheduled . Store the materials and equipment properly to avoid damage. Interpret safety colour code such as fire-fighting equipment, pipe line and alarm (red) as outlined by the Fire and Rescue Department Service defected part of equipment according to manual

Performance Criteria

6.3.1 6.4.1 6.5.1

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 2 of 11

6.6.1 6.7.1 6.7.2 TAJUK

specification. Service or replace defected equipment as stated in the specification. Perform good house-keeping. Follow procedures and safety measures as outlined by OSHA.

MELAKUKAN PEMERIKSAAN HARIAN

6.Melakukan pemeriksaan harian 1. Mengenal pasti jenis-jenis perkakas keselamatan Perkakas keselamatan terbahagi kepada lima katagori utama, iaitu;

i. ii. iii. iv. v.

Alat pemadam api termasuk kelengkapan amaran kebakaran seperti pengesan asap dan sebagainya. Alat pelindung keselamatan termasuk alat pelindung keselamatan yang terpasang pada mesin kuasa Pakaian keselamatan Papan tanda amaran keselamatan SOP penggunaan alat, kelengkapan dan mesin kuasa

Semua item-item yang tersebut di anatas perlu diperiksa setiap hari sebelum memulakan kerja di bengkel. Pemeriksaan berkala yang sistematik juga perlu dibuat dan direkodkan. Mana-mana perkakas keselamatan yang rosak perlu dibaiki segera atau diganti dengan yang baru.

2. Pemeriksaan kad penyelenggaraan Kad penyelenggaraan keselamatan amatlah penting bagi tujuan menentukan samada peralatan itu telah di periksa mengikut jadual dan juga menentukan samada peralatan itu boleh di gunakan lagi atau tidak. Dengan ini, pengguna peralatan keselamatan akan mengetahui mengenai keadaan terkini peralatan tersebut. KOLEJ VOKASIONAL SEPANG DENGKIL 43800 SEPANG SELANGOR DE

No. Kad : 004

KAD PEMERIKSAAN PERKAKASAN KESELAMATAN BENGKEL UNIT PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA BIL

NAMA BILANGAN TARIKH TARIKH ULASAN/ TANDA PERALATAN UNIT DIPERIKSA DIPERIKSA PEMERIKSAAN CATITAN TANGAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 3 of 11 SEMULA

1. 2. 3.

pemadam api jenis foam pemadam api jenis karbon dioksida paip hos pancuran air

3

04/01/2012

04/03/2012

3 baik

4

04/01/2012

04/03/2012

1 rosak - unit no. 4

2

04/01/2012

04/03/2012

2 baik

3. Penyimpanan perkakas keselamatan Perkakas keselamatan perlu disimpan di tempat yang sesuai dan selamat bagi mengelakkan kerosakan dan mudah diambil untuk digunakan. Sebagai contoh, perkakas keselamatan kerja kimpalan gas perlu disimpan di tempat berhampiran dengan stesyen kerja kimpalan gas. Labelkan tempat/almari penyimpanan perkakas keselamatan tersebut untuk kenudahan pengguna.

Alat pemadam api yang sesuai dengan risiko kebakaran stesyen kerja (contohnya untuk stesyen kerja elektrik : alat pemadam api jenis karbon dioksida) perlu digantungkan di dinding berhampiran dengan stesyen kerja tersebut. Alat pelindung keselamatan yang terpasang pada mesin-mesin kuasa jangan sesekali ditanggalkan dari tempat pemasangannya. Periksa keadaan alat pelindung keselamatan itu sebelum menggunakan mesin tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 4 of 11

Alamari perkakas keselamatan

Label alamari perkakas keselamatan

Pelindung keselamatan Pelindung keselamatan mesin pencanai

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 5 of 11

4. Kod warna keselamatan Bil. Kegunaan Warna 1

Paip air bekalan pemadaman api

Merah 2 Paip bekalan air domestik

Biru 3

Paip saluran udara untuk ventilasi, peralatan dan pneumatic conveyor

Biru muda

Kegunaan Warna 4 Paip air untuk penyejukan, pemanasan, kitar semula

Bil.

Hijau 5 Paip saluran steam 6

Kelabu keperakan Paip saluran kabel elektrik

Orange

Paip saluran talian komunikasi

7 Putih

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 6 of 11 Housekeeping Tempat kerja yang tidak kemas dan bersih boleh mengundang kemalangan seperti; i. Tersandung objek di atas lantai, tangga dan sebagainya.

ii. Kecederaan akibat ditimpa objek yang jatuh dari tempat tinggi. iii. Tergelincir akibat lanti yang licin, basah atau kotor. iv. Sukar mendapatkan bahan kerja dan peralatan kerana salah letak. v. Kecederaan akibat benda tajam yang bersepah tidak tersusun.

Pelindung keselamaran

Faedah dan kelebihan hasil dari housekeeping yang berkesan adalah seperti berikut;

i. Mudah untuk mendapatkan bahan kerja, kelengkapan dan peralatan. ii. Risiko kecederaan diri dapat dikurangkan dan kawasan kerja bebas dari hazard kebakaran. iii.

Kurangnya pendedahan bahan-bahan hazard seperti habuk dan wasap.

iv.

Kawalan bekalan dan inventori bahan/peralatan yang lebih berkesan.

v. Pembersihan dan penyelenggaraan alat dan kelengkapan yang lebih berkesan. vi.

Membina persekitaran kerja yang lebih sihat.

vii.

Penggunaan ruang tempat kerja yang lebih efektif.

viii. Mengurangkan kerosakan harta benda hasil dari langkah penyelenggaraan yang baik. ix. Meningkatkan moral pekerja. x. Meningkatkan produktiviti. Perancangan plan program housekeeping Plan program housekeeping bermula dari perancangan dan pengurusan penstoran yang teratur dan pergerakan bahan dari mula diterima sehingga pengeluaran dari stor. Plan ini termasuklah plan aliran bahan untuk mengurangkan pengendalian bahan tersebut. Pelan ini juga memastikan kawasan kerja tidak digunakan sebagai tempat penyimpanan bahan. Sebahagian dari plan juga termasuk kajian berkaitan bahan yang terbuang bagi mengurangkan kerugian. Latihan untuk pekerja merupakan satu faktor penting dalam program housekeeping. Pekerja harus tahu menggunakan peralatan dengan selamat dan berkesan semasa bekerja. Mereka juga perlu tahu melindungi pekerja lain semasa melakukan housekeeping. Contohnya mermasang papan tanda – AWAS LANTAI LICIN semasa menyelenggara lantai dan melaporkan sesuatu kejadian yang difikirkan luar biasa dengan segera. Falsafah housekeeping ialah “SENTIASA AMAL� bukan untuk “dicapai�. Pembersihan dan menyusun atur perlu dilakukan sepanjang masa, bukan hanya di akhir waktu kerja. Menyelaraskan housekeeping sebahagian dari keterampilan kerja akan dapat merialisasikan falsafah ini. Program housekeeping yang baik melibatkan tanggungjawab tugasan seperti berikut;

i. Aktiviti pembersihan setiap hari. ii. Aktiviti membuang sampah sarap iii.

Aktiviti menyisih barang yang tidak berguna

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 7 of 11

iv.

Mengemas dan membersihkan kawasan kerja dan peralatan selepas tamat masa kerja.

v. Aktiviti pemeriksaan untuk memastikan pembersihan dan susun atur telah sempurna. Susun atur operasi, peralatan, kelengkapan dan bahan bekalan yang baik merupakan satu element yang penting dalam plan program housekeeping. Program pemeriksaan merupakan elemen terakhir yang perlu dimasukkan dalam plan program housekeeping. Senarai semak pemeriksaan diperlukan sebagai garis panduan am untuk mengesan kekurangan plan program yang telah dirancang.

Element penting dalam program housekeeping a. Penyingkiran kotoran dan habuk Dalam sesetengah kerja, sistem ventilasi dan exhaust tidak dapat menyingkirkan habuk, kotoran dan reja kerja secara berkesan. Mesin pembersih vakum merupakan alat yang sesuai digunakan untuk tujuan pembersihan habuk dan kotoran ringan itu. Mesin pembersih vakum industri pula dilengkapi dengan kelengkapan untuk membersihkan habuk dan kotoran yang terlekat pada dinding, siling, mesin-mesin dan tempat-tempat yang sukar dicapai. Mesin pembersih vakum khas digunakan untuk menyingkirkan bahan-bahad hazard. Contohnya mesin pembersih vakum yang dilengkapi dengan penapis HEPA (high efficiency particulate air) boleh digunakan untuk menyedut habuk-habuk asbestos atau gentian kaca. Kaedah dampering atau membasahkan lantai atau dengan menggunakan sweeping compounds sebelum menyapu lantai akan dapat memerangkap habuk yang berterbangan di udara. Habuk-habuk yang melekat dan terperangkap pada tingkap, saluran perpaipan, konduit, kelengkapan lampu, kipas, almari dan rak-rak perlu dibersihkan dari masa ke semasa. Tekanan udara mampat TIDAK BOLEH digunakan untuk menyingkirkan habuk, kotoran dan reja-reja kerja daripada kelengkapan atau pemukaan tempat kerja.

b. Permukaan lantai dan dinding i. Permukaan lantai Keadaan permukaan lantai yang tidak baik boleh mengundang kemalangan yang mengakibatkan kecederaan. Tumpahan minyak dan lain-lain cecair hendaklah dibersihkan serta merta. Membiarkan reja kerja, habuk-habuk dan kotoran terkumpul di atas permukaan lantai juga boleh mengundang kemalangan yang mengakibatkan kecederaan. Penjagaan permukaan lantai juga termasuk membaiki, mengganti atau menampal lantai yang rosak bagi menghindari kemalangan.

ii. Permukaan dinding Warna dinding yang cerah/terang akan membalikkan cahaya sementara dinding yang kotor/berwarna gelap akan menyerap cahaya. Menggunakan warna yang kontras pada dinding boleh digunakan sebagai tanda amaran bahaya halangan seperti tiang, railing, alang dan sebagainya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 8 of 11

c. Menyenggara peralatan pencahayaan Peralatan pencahayaan seperti mentol dan pembias yang kotor diselaputi habuk atau kotoran akan mengurangkan keberkesanan pencahayaan di tempat kerja. Membersihkan kelengkapan lampu di tempat kerja akan memastikanpencahayaan yang cukup terang di tempat kerja.

d.

Laluan pejalan kaki

Laluan pejalan kaki di tempat kerja perlulah cukup lebar untuk membolehkan pekerja berselisih dengan selesa dan laluan trolley pengangkut barang. Menyusun atur dan merancang laluan pejalan kaki yang baik di tempat kerja dapat menggalakkan pekerja tidak mengambil jalan pintas melalui kawasan yang berhazard untuk kesesuatu lokasi di tempat keja. Laluan pejalan kaki di tempat kerja tidak boleh dijadikan tempat simpanan sementara bahan atau kelengkapan bengkel. Pencahayaan yang mencukupi juga diperlukan di laluan ini.

e.

Kawalan tumpahan cecair

Apabila berlaku tumpahan minyak atau lain-lain cecair di atas lantai tempat kerja, ianya perlu dibersihkan serta merta. Langkah pembersihan dan penyelenggaraan mesin yang kerap dapat mengurangkan risiko percikan atau tumpahan minyak ke lantai. Selain dari itu bahan penyerap minyak seperti habuk papan boleh digunakan untuk membersihkan minyak yang tumpah di atas lantai. Bagaimanapun bahan penyerap yang telah digunakan perlu dilupuskan dengan betul dan selamat. Penggunaan drip pans atau guard dimana boleh juga dapat mengurangkan risiko percikan atau tumpahan minyak ke lantai.

f.

Peralatan dan kelengkapan

Housekeeping untuk peralatan tangan atau mesin kuasa sangat mustahak samada alat yang berada pada rak, panel alat, almari alat, di atas meja kerja atau di dalam stor. Alat perlu disusun mengikut jenis dan saiznya dengan teratur pada tempatnya. Setelah digunakan, alat perlu dibersihkan diletakkan di tempat asalnya bagi memudahkan pemeriksaan dan pengesanan alat yang hilang atau salah letak. Mengikut Seksyen 24, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, adalah menjadi tanggung jawab pekerja untuk selalu memeriksa , membersihkan atau membaiki kerosakan mana yang boleh peralatan yang digunakan di bengkel. Mana-mana alat yang rosak dan tidak boleh dibaiki lagi hendaklah dikeluarkan untuk tujuan pelupusa.

g.

Penyelenggaraan

Program Housekeeping yang baik mestilah memasukkan elemen penyelenggaraan bangunan dan kelengkapan tempat kerja. Penyenggaraan termasuklah aktiviti memastikan bangunan dan peralatan mesin dalam keadaan selamat, boleh digunakan dengan berkesan dan di baik pulih dengan baik. Aktiviti penyelenggaraan juga temasuklah kerja menyenggara kemudahan sanitari dan mengecat dinding dan siling bila perlu. Tingkap yang pecah, pintu yang rosak, sistem perpaipan yang rosak dan lantai yang pecah akan menyebabkan tempat kerja kelihatan seperti bangunan tinggal dan keadaan ini boleh ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 9 of 11 mengundang bahaya kemalangan dan memberi kesan negatif kepada mutu kerja. Adalah sangat penting untuk mengganti atau membaiki item yang rosak dengan segera. Plan program penyenggaraan yang baik memasukkan aktiviti pemeriksaan, penyenggaraan, pemantauan dan membaiki peralatan/kelengkapan, mesin dan proses kerja dalam perancangan aktivitinya.

h.

Pelupusan buangan

Pengutipan yang kerap, penggredan dan pengasingan bahan buangan merupakan amalan housekeeping yang baik. Pengasingan bahan dan barangan yang boleh dikitar semula merupakan amalan yang murni bagi alam sekitar. Adalah amalan yang bijak jika meletakkan bekas barang/bahan buangan yang siap berlabel untuk tujuan pengasingan; contohnya KACA KITAR SEMULA, KERTAS SAHAJA, LOGAM BESI SAHAJA, BAHAN KUPRUM SAHAJA dan sebagainya di bengkel.

i.

Penstoran

Plan program housekeeping penstoran yang baik dapat mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan produktiviti. Susun atur bahan dan peralatan di dalam stor seharusnya teratur dan kemas supaya mudah untuk mendapatkan bahan/peralatan yang diperlukan. Kotak dan drum hendaklah disusun di atas tapak yang teguh dan diikat dengan kuat supaya tidak bergerak. Penstoran barang-barang ini hendaklah tidak menghalang laluan pejalan kaki, laluan tangga, laluan keluar, alat pemadam api, stesyen kotak pertolongan cemas, pancuran pencuci mata kecemasan dan pancuran mandian kecemasan. Ketinggian maksimum susunan bahan di dalam stor mestilah tidak kurang dari satu meter jaraknya dari muncung penyembur air pemadam api. Semua kawasan penstoran perlulah ditanda dengan jelas untuk memudahkan pemeriksaan inventori dan pengambilan/penyimpanan barang. Bahan mudah terbakar, bahan mudah meletup, bahan bertoksid dan lain-lain bahan merbahaya perlulah disimpan di dalam bekas yang diluluskan dan diletakkan di tempat yang khas secara berasingan mengikut jenis hazardnya. Penyimpanan bahan-bahan ini mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat , Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

j. Senarai semak pemeriksaan Berikut adalah senarai semak pemeriksaan keselamatan harian di tempat kerja. i. Tempat laluan, penghalang dan pintu kecemasan ii. Kekemasan iii. Penstoran iv. Pembuangan sisa v. Pelindung mesin vi. Keselamatan Letrik vii. Penggantian Udara viii. Pencahayaan ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 10 of 11 ix. Bunyi x. Bahan-bahan merbahaya dan penggendalian Pemeriksaan harian akan banyak memberi tumpuan kepada isu, bidang atau bahagian yang bermasalah pada ketika itu. Hasil pemeriksaan juga boleh digunakan untuk mengenalpasti dan memberi cadangan penambah baikkan sistem atau program housekeeping yang sedang diamalkan.

Tutorial

1. Nyatakan kod warna keselamatan yang digunakan bagi kegunaan berikut:-

Paip air bekalan pemadaman api

Bil. Kegunaan Warna i

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 6 Page 11 of 11

Paip bekalan air domestik

ii

iii Paip saluran udara untuk ventilasi, peralatan dan pneumatic conveyor

2. Nyatakan tiga kemalangan yang disebabkan oleh tempat kerja yang tidak kemas dan bersih i........................................................................................................................................ ii....................................................................................................................................... iii......................................................................................................................................

3. Nyatakan 3 kelebihan dari housekeeping yang berkesan i....................................................................................................................................... ii...................................................................................................................................... iii.....................................................................................................................................

4. Tandakan / dalam kotak yang disediakan bagi menunjukkan tanggungjawab berikut dapat memastikan program housekeeping berjalan dengan berkesan.

i.

Aktiviti pembersihan setiap hari.

ii.

Aktiviti membuang sampah sarap

iii.

Aktiviti menyisih barang yang tidak berguna

iv. v.

Mengemas dan membersihkan kawasan kerja dan peralatan selepas tamat masa kerja. Aktiviti pemeriksaan untuk memastikan pembersihan dan susun atur telah sempurna

RUJUKAN

(10 Markah)

Buku : TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA Pengarang : Hamdan Ali, Shawaludin Md Aris & Mat Misiah Ayob Terbitan : E.D.U ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103 - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.