Page 1

Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 1 of 12

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DENGKIL 43800 SEPANG SELANGOR

KERTAS PENERANGAN

KURSUS

TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA - DOMESTIK

Module

03- SAFETY IN WORKSHOP

Competency

3 - ADHERE TO SITE SAFETY REQUIREMENTS

Learning Standard

3.1 3.2 3.3 3.4

Identify site safety requirements. Adhere to all safety measures and regulations. Ensure adequate precaution while working in a confined area. Ensure safety procedures while working in an open spaces.

3.1.1 Carry out of safety requirements on sites, climbing (crossing) and lifting according to standard operational procedures.

3.2.1 Apply all safety measures and regulations . Performance Criteria

3.3.1 Identify the importance of ventilation and illumination in the work area as required.

3.3.2 Identify and list types of ventilation according to 3.3.3

regulation. Identify and list adequate precautions to be taken while working in a confined area as required.

3.4.1 Identify and list safety precaution to be taken while working in an open space as required TAJUK

MEMATUHI KEPERLUAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 2 of 12

Mematuhi keperluan keselamatan di tempat kerja

Tangga Body harness Topi keselamatan Keselamatan bekerja di tempat tinggi

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 3 of 12 Tangga Jenis A Tangga jenis boleh laras

1. Keselamatan bekerja di tempat tinggi

2. 3. 4. 5.

6. 7.

8. 9.

Pilih tangga yang sesuai dengan kerja. Periksa tangga sebelum ia digunakan. Pasang, panjat dan turun tangga dengan berhati‐ hati. Guna 2 tangan semasa memanjat. Jika menggunakan tangga (jenis A) buka sepenuhnya. Pastikan ada seorang pembantu (buddy) untuk memegang tangga di bawah sepanjang masa kerja. Jangan berdiri lebih dari anak tangga ke 2 dari atas. Gunakan abah‐abah keselamatan (body harness) yang diluluskan apabila bekerja pada ketinggian melebihi 10 kaki (3m) dan sentiasa berhati‐hati. Periksa peralatan kerja dan PPE dalam keadaan baik sebelum digunakan. Jangan jatuhkan perkakasan atau barang‐barang ke bawah.

Perlindungan dan pencegahan jatuh 1. 2.

3. 4. 5.

Sentiasa gunakan pemegang/penghadang tangga apabila menggunakan anak tangga. Berhati‐hati apabila berjalan di atas permukaan berair, berminyak dan di sebarang keadaan yang tidak selamat. Apabila ada tumpahan, lakukan pembersihan dengan segera. Pilih kasut yang selesa dan sesuai mengikut kesesuaian tempat kerja anda. Jangan berdiri atau memanjat di atas meja, kerusi atau permukaan yang tidak selamat. Guna tangga yang sesuai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 4 of 12

2. Cara mengangkat objek dengan selamat a.

Teknik mengangkat objek yang SALAH

Teknik mengangkat objek yang SALAH

Teknik mengangkat barang yang betul amat mustahak bagi mengelakkan kesakitan/kecederaan pada bahagian bawah belakang badan. Teknik mengangkat barang yang salah boleh menyebabkan kecederaan otot, disc dan joint tubuh. Sebelum mengangkat suatu barang, anggarkan dahulu saiz dan berat barangan tersebut. Jika barangan itu terlalu besar atau terlalu berat, jangan cuba untuk mengangkatnya bersendirian. Mintalah bantuan orang lain untuk mengangkatnya. Apabila hendak mengangkat suatu barangan dari lantai, JANGAN mulakan angkatan dengan membongkok. JANGAN menggunakan kekuatan bahu untuk memulakan angkatan. Ini boleh mendatangkan kecederaan pada bahagian otot peha.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 5 of 12

Teknik mengangkat objek yang BETUL

b. Teknik mengangkat objek yang BETUL Bagi mengelakkan kesakitan pada bahagian belakang badan, gunakanlah kekuatan bahagian bawah badan untuk memulakan angkatan barang dari lantai. Mula‐mula duduk mencangkung menghadap objek yang perlu diangkat dengan keadaan belakang badan tegak lurus dan dada ke hadapan. Pegang objek yang hendak diangkat dengan kemas dan kuat menggunakan kedua‐dua belah tangan. Dengan mengetatkan otot‐otot perut dan kekuatan lulut, terus bangun berdiri tegak mengangkat objek tersebut. Semasa membuat angkatan, pastikan objek yang diangkat itu sentiasa rapat pada badan. Kedudukkan bahu dan kedua‐dua peha menghala ke arah yang sama (hadapan) semasa membuat angkatan.

Teknik mengangkat ojek yang besar dan berat a. Objek berat lebih 15 kg -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 6 of 12

Mintalah bantuan (2 orang) sekiranya barang yang diangkat melebihi 15kg atau panjangnya lebih 8 kaki. Pastikan belakang anda tegak dan bengkokkan lutut, tangan dekat dengan badan, pakai sarung tangan sekiranya barang yang tajam dan elakkan pergerakkan yang berulang�ulang. Teknik megangkat objek yang besar dan berat

Selain dari itu untuk tujuan memindahkan objek tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain, penggunaan trolley adalah disarankan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 7 of 12

Chain block Megangkat objek dengan trolley

b. Pengunaan kren dan chain block Kren dan chain block digunakan untuk mengangkat objek�objek yang berat yang tidak terdaya diangkat oleh tenaga manusia. Sentiasa pastikan kren atau chain block berada dalam keadaan yang selamat dan baik. Hendaklah sentiasa meminyakkan atau menservis -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 8 of 12 peralatan ini. Jangan dibiarkan dalam objek beban sentiasa tergantung pada alat�alat pengangkat ini

Peredaran udara di tempat kerja Pengalihudaraan di tempat kerja amat mustahak bagi mengujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat. Selain dari tingkap dan pintu bengkel yang mesti di buka luas semasa bekerja di bengkel, alat�alat pengedar udara paksaan seperti kipas angin dan kipas pengalih udara boleh digunakan. Kipas pengalih udara berfungsi untuk menyedut wasap dari dalam bengkel dan membekalkan udara segar ke dalam bengkel/tempat kerja. Kipas pengalih udara mudah alih digunakan untuk pengalihudaraan semasa bekerja di tempat yang terkurung.

Kipas pengalih udara mudah alih Kipas pengalih udara

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 9 of 12

Kod amalan keselamatan bekerja di tempat tertutup Bekerja di tempat terkurung dan sempit seperti di dalam bilik mesin penyaman udara, bilik sejuk, salur udara dan sebagainya amat berisiko dan merbahaya. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 1994 telah menggariskan kod amalan keselamatan bekerja di tempat tertutup untuk diamalkan semasa bekerja ditempat tertutup bagi mengurangkan risiko kemalangan. Antara amalan yang perlu dilakukan ialah; i. Sebelum memulakan kerja di tempat yang terkurung, pemeriksaan awal tempat kerja perlu dilakukan ; contoh; pemeriksaan ke atas pintu keluar/masuk, sistem ventilasi, kebersihan kawasan kerja, pencahayaan, alat pemadam api. ii. Penyingkiran bahan dan objek yang boleh menimbulkan hazad semasa bekerja perlu dilakukan. Pembersihan habuk, sawang, objek�objek yang boleh mengundang bahaya tersandung, haiwan bisa perlu dilakukan. iii. Pastikan pencahayaan di tempat kerja itu cukup terang. bersihkan lampu/mentol atau tambah lampu jika perlu. iv. Pemasangan papan tanda amaran dan papan tanda kerja sedang dijalankan perlu dipasang pada tempat yang mudah dilihat. v. Memastikan sistem pengalihudaraan berfungsi dengan baik dan dipasang secara berterusan semasa kerja sedang dijalankan. vi. Pemakaian alat pelindung keselamatan seperti goggle, sarung tangan, topi keselamatan, pelindung pendengaran, kasut keselamatan adalah diwajibkan. vii. Penggunaan alat komunikasi adalah membantu mengurangkan risiko kemalangan.

viii. Sesaorang perlu ditugaskan sebagai pengawas/pengawal kawasan kerja bagi memantau keselamatan pekerja yang berada dalam ruang terkurung tersebut.

Pencahayaan di tempat kerja Pencahayaan yang terang di tempat kerja merupakan satu faktor penting bagi menjamin keselamatan semasa bekerja di bengkel. Lampu mentol/kalimantan mestilah cukup menerangi kawasan bengkel, sentiasa bersih dan tidak menyilaukan. Tempat kerja di bengkel mestilah bebas dari bayang atau objek yang menghalang pencahayaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 10 of 12

Lampu pada mesin pencanai Lampu Pencahayaan yang baik dalam sebuah bengkel

Kod amalan keselamatan bekerja di tempat terbuka Walaupun bekerja di tempat terbuka kurang risiko kemalangan, peraturan dan langkah keselamatan kerja masih wajib untuk dipatuhi. Antara kod amalan keselamatan bekerja di tempat terbuka adalah

seperti berikut; i. Pemasangan papan tanda amaran dan papan tanda KERJA SEDANG DIJALANKAN perlu dipasang pada tempat yang mudah dilihat. Jika perlu pita keselamatan perlu direntang untuk mengepung tempat kerja bagi keselamatan orang awam. Contohnya semasa melakukan pemasangan unit luar penyaman udara pisah di peremis perniagaan. ii. Pemakaian alat pelindung keselamatan seperti goggle, sarung tangan, topi keselamatan, pelindung pendengaran, kasut keselamatan adalah diwajibkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 11 of 12

Tutorial 1. Nyatakan 3 keperluan keselamatan di tempat kerja i………………………………………………………………………………………. ii……………………………………………………………………………………… iii……………………………………………………………………………………… 2. Nyatakan alatan keselamatan tambahan yang perlu digunakan ketika memerlukan kerja yang ketinggiannya melebihi 10 kaki(3m) …………………………………………………………………………………………... 3. Tandakan / dalam kotak yang disediakan pada rajah yang betul bagi menunjukkan teknik mengangkat objek dengan betul

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014


Kod Kertas MPP103 COM 3 Page 12 of 12

4. Namakan alatan yang sesuai digunakan untuk mengangkat objek yang beratnya tidak terdaya oleh tenaga manusia yang berada didalam bengkel …………………………………………………………………………………………….. 5. Nyatakan fungsi bagi kipas pengalih udara ………………………………………………………………………………………………… (10 Markah ) Skema 1. -Alatan yang sesuai -Kaedah kerja yang betul -Pengudaraan -pencahayaan 2. Abah-abah keselamatan (Body Harness) 3. / 4. Chain Block 5. Kipas pengalih udara berfungsi untuk menyedut wasap dari dalam bengkel dan membekalkan udara segar ke dalam bengkel/tempat kerja.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 103(S.01) - Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KV Sepang 2014

Mpp103 com 3 1  

MODUL 3 COMPETENCY 3 MEMATUHI KEPERLUAN DI TEMPAT KERJA

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you