SELAMAT HARI NATAL
PP 19570/07/2020 (035196) PERCUMA 24 - 30 Disember 2020, 9 - 15 Jamadilawal 1442
Hijrah tawar skim pinjaman beli alatan digital
Sitec lahirkan 650 usahawan e-dagang
Lagi 62 penjaja terima permit sementara
Bantuan sekolah RM34.6 juta untuk 70,000 anak asnaf
MUKA 4
MUKA 5
MUKA 18
MUKA 20
Kelonggaran bersyarat sektor pelancongan
Pusing Selangor Dulu! OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melancarkan kempen bagi menggalakkan orang ramai melancong ke negeri ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilonggar secara bertahap. Dato’ Menteri Besar berkata Tourism Selangor turut menyediakan subsidi 7,000 baucar pelancongan bernilai RM200 setiap satu dalam kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 43 penggiat sektor berkaitan termasuk pengusaha hotel, taman tema dan inap desa terlibat dalam pemberian subsidi itu. Beliau berkata baucar tersebut boleh ditebus menerusi platform Touch 'n Go eWallet dan Lazada manakala tempoh sah sehingga 31 Jun tahun depan. “Kita tidak boleh mengalah dan kehidupan perlu diteruskan. Kerajaan Negeri terus berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kita semua dapat bangkit kembali,” katanya pada 17 Disember. Tourism Selangor turut memperkenal Che Puan Juliana Evans, selebriti terkenal, sebagai duta pelancongan negeri. Pada 18 Disember, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan sektor pelancongan dan sukan dibuka bertahap dengan pematuhan tatacara piawai operasi (SOP) ketat. Pada 13 Julai, Amirudin mengumumkan pemberian subsidi baucar pelancongan bernilai RM2 juta bagi merancakkan sektor pelancongan susulan wabak Covid-19. Bulan lalu, seramai 553 penggiat termasuk pemandu pelancong berlesen, pengusaha inap desa dan Hos Komuniti Selangor turut menerima bantuan khas RM1,000 sekali bayar. BERITA BERKAITAN MUKA 3
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cenderamata kepada duta pelancongan negeri Che Puan Juliana Evans dalam kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ di Shah Alam. Hadir sama, EXCO Pelancongan, Hee Loy Sian (kanan), dan Speaker Dewan Negeri, Ng Suee Lim (kiri) pada 17 Disember. Foto Fikri Yusof
STFC rangka kaedah baharu bendung Covid-19 SHAH ALAM - Langkah terbaru bagi membendung penularan Covid-19 di negeri ini akan dilaksanakan pada awal tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sedang merangka usaha tersebut dan ia akan diumum dalam masa terdekat. “Beberapa strategi yang diumumkan membabitkan lokasi sasaran seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terpaksa diubah kerana memerlukan kos tinggi.
“Jadi, kita akan ubah dan susun balik langkah ini supaya berkesan mengekang penularan,” katanya pada 21 Disember. Beliau menjelaskan penularan virus di negeri ini terkawal meskipun kadar kes harian meningkat pada kadar tinggi berikutan saringan wajib yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara. “Ini jauh lebih baik (kes meningkat) sebab kita tahu dan dapat elak perebakan, malah ia menjadi pengajaran penting selepas timbulnya kluster Teratai. “Sekarang kita tangani guna kaedah berbeza. Dulu kita minta duduk rumah elak
jumpa orang tetapi sekarang keluarlah untuk kehidupan namun jaga tatacara operasi piawai dan kawal persekitaran,” katanya. Pada 23 Disember, Saringan Komuniti percuma secara bersasar dijalankan di Taman Bayu Perdana, Prima Bayu Apartment, Bayu Villa Apartment, Bandar Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas, semuanya di Klang. Seramai 915 individu membabitkan 80 peratus penduduk tempatan dan bakinya warga asing menjalani pemeriksaan percuma anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Klinik Selcare.