Buku Organisasi dan Takwim 2016
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG PENGETUA SMK SRI KURAU, BAGAN SERAI, PERAK.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt. kerana memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab kita bersama bagi memperkasa dan memartabatkan sistem pendidikan. Sistem pendidikan telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara kita. Namun, penambahbaikan secara berterusan adalah diperlukan bagi memastikan mutu pendidikan negara kita setanding dengan negara-negara maju. Sebagai nadi utama dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara pada masa depan, maka kita perlu menggarap potensi murid secara menyeluruh dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dengan adanya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, segala usaha memartabatkan sistem pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi dapat diselaraskan dengan terancang. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid kita serta mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan kakitangan bukan guru, PIBG, pekerja, murid-murid dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan slogan kita ‘Sri Kurau Sentiasa Hebat’.
Sekian, terima kasih.
Hjh Hasnah bt Hashim Pengetua
SRI KURAU SENTIASA HEBAT
1