Tiga Keputusan Besar dalam Hidup
IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al
Sebenarnya, ada beberapa keputusan penting yang harus diambil oleh diri sendiri dalam kehidupan. Hal ini kerana impaknya terlalu besar jika kita membuat keputusan itu disebabkan oleh desakan orang. “Tiga keputusan besar – apa yang kamu buat, di mana kamu tinggal, dan dengan siapa kamu berada. Dan, apa yang kamu tidak lakukan.”
Tiga perkara ini diajarkan oleh Naval Ravikant, dan diceritakan semula dalam buku yang ditulis oleh Eric Jorgenson, The Almanack of Naval Ravikant.
Apabila saya membaca kata-kata Naval itu, saya sedar bahawa banyak keputusan salah yang dibuat dalam kehidupan saya sehingga menyebabkan banyak masa dan wang terbazir. Jika perkara ini dipelajari lebih awal, pasti lebih banyak masa dan wang yang boleh dijimatkan. Kata-kata ini juga mempunyai persamaan dengan perkara yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA (maksudnya): “Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya terputus kecuali daripada tiga perkara; sedekah jariah (wakaf ), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan kata-kata Naval Ravikant itu, terdapat tiga keputusan besar yang harus diambil perhatian dalam kehidupan kita, iaitu:
DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 19