DR. FATIMAH MOHD NOR (Doktor Pakar Pembedahan Plastik)
Diterbitkan oleh:
Disebabkan masih kurang ilmu masa itu, saya pun mempercayai petua tersebut.
Ada juga orang yang suruh ibu saya masak sup tomato untuk dimakan setiap hari! Dia pesan, kalau makan sup tomato sahaja setiap hari, badan akan kurus. Hari Khamis sahaja boleh makan ayam. Tidak tercapai dek akal, kenapa Khamis sahaja boleh makan ayam? Saya terfikir, mungkin dia mahu selarikan dengan kenduri bacaan Yasin di masjid.
Saya faham kenalan ibu saya itu risau dan cuba untuk menolong, tetapi mereka tidak menyedari hakikatnya saranan mereka itu membahayakan. Ayam misalnya, merupakan sumber protein dan makanan yang penting dalam proses menguruskan badan.
Seawal usia 10 tahun, saya telah menerima pelbagai nasihat daripada orang sekeliling hanya kerana saya seorang kanak-kanak obes.
“Nanti dah besar kalau gemuk tak ada orang nak kahwin.”
Padahal saya baru berusia 10 tahun. Tiba-tiba sudah didesak untuk berfikir tentang kahwin.
Saya rasa marah kepada orang yang mendakwa “Kalau kurus, jodoh cepat sampai!” (Mak cik, ketahuilah hari ini selepas saya kurus pun, jodoh saya masih belum tiba.) Jadi, selepas ini kalau ada orang bercakap begitu, percayalah semua itu tipu belaka.
Itulah titik permulaan dalam hidup saya yang sentiasa dibanjiri dengan nasihat, seolah-olah kita tidak mampu berfikir untuk diri sendiri.
Salah satu sebab kenapa saya ingin menulis tentang topik “imej badan” — di samping kerana saya daripada bidang psikologi — adalah, kerana saya sendiri sudah merasa betapa sakitnya hidup apabila badan kita sentiasa dijadikan topik perbualan sejak kecil sampai dewasa — di sekolah, kenduri, hari raya, tengah makan — seolah-olah kita semua sudah kehabisan topik perbualan.
Apabila kita sudah biasa dihina bertahun-tahun lamanya, secara tidak langsung segala nasihat dan kritikan yang diberikan oleh orang itu akan sebati dengan diri . Sehingga ada masanya, kita nilai diri kita daripada kaca mata orang lain. Secara perlahanperlahan, kita turut percaya dengan apa yang dilemparkan mereka.
Imej badan yang negatif boleh mengganggu pemikiran, tingkah laku, keyakinan, cara penerimaan diri sendiri dan pelbagai lagi aspek kehidupan.
Misalnya, walaupun saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kg, body mass index (BMI) telah normal, tetapi saya masih rasa tidak cukup. Sedangkan dahulu orang pesan cuma perlu kurus untuk sihat.
Kalau ikutkan rekod kesihatan, saya sudah cukup sihat, jadi apakah yang saya kejarkan lagi?
Tidak cukup dengan perut yang kempis, mahu pula dua garisan di perut supaya nampak lebih cantik.
Selain daripada diri sendiri dah terasa betapa sakitnya apabila
imej badan kita sentiasa menjadi topik perbualan, saya juga dalam proses untuk memahami diri sendiri.
Apakah punca berlakunya masalah imej badan?
Sebenarnya, adakah kita mempunyai isu dengan badan sendiri?
Kalau ada, masih ada peluangkah untuk dipulihkan?
Atau kita akan sentiasa berasa terperangkap dengan badan yang diberikan?
Pendahuluan
Dr. Fatimah
Pernahkah anda menolak pelawaan kerana bimbangkan pendapat orang tentang rupa anda di tengah khalayak ramai?
Pernahkah anda mengelak untuk bertemu rakan atau sanak saudara kerana muka sedang break out atau banyak kesan parut jerawat?
Atau pernahkah anda rasa tidak berkeyakinan untuk bertemu orang jika tidak bersolek?
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menyatakan kebimbangannya untuk makan, kerana kawan mengatakan dia gemuk walaupun fizikalnya masih dalam BMI yang normal.
Seorang pelajar berusia 15 tahun dipanggil guru kaunseling kerana enggan membuka pelitup muka ketika berada di sekolah,
kerana parut jerawat. Dia memakai pelitup muka setiap kali keluar rumah; dari zaman kemuncak wabak COVID-19 sehingga 2024, bermakna sudah menjangkau tempoh lebih empat tahun.
Seorang wanita 20-an yang telah berhenti bekerja untuk menjaga anak selepas melahirkan anak pertama, membuat keputusan untuk menjalani pembedahan mengecil dan menegangkan payudara, selepas melihat rakan sekerja suaminya mempunyai bentuk badan yang lebih menarik.
Seorang lelaki tampan berumur 30-an , mempunyai pekerjaan yang hebat dan sempurna fizikal. Namun, dia berasa ketinggiannya tidak mencapai standard kerana digelar “katik” sejak zaman sekolah. Dia telah bertanya tentang ubat growth hormone untuk menambah ketinggian atau pembedahan
mematahkan tulang kaki dan memasang besi – prosedur yang agak popular dalam media sosial.
Seorang wanita berusia 40-an berpenampilan sangat cantik, memiliki pekerjaan yang popular, bergaji lima angka serta telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sempurna. Malangnya, dia diuji dengan seorang suami yang kurang bertanggungjawab dan curang. Situasi ini telah mendesaknya untuk menjalani sebilangan prosedur di pusat kecantikan yang tidak bertauliah. Kemudian, dia terpaksa menjalani beberapa pembedahan rekonstruksi untuk merawat komplikasi daripada prosedur-prosedur tersebut.
Setelah berkecimpung dalam kepakaran bidang pembedahan plastik, rekonstruktif dan estetik selama sedekad, serta setelah merenungi situasi-situasi yang menjengah setiap lapisan umur dan jantina ini, saya berasa terpanggil untuk berkongsi coretan dan pengalaman saya sebagai seorang pengamal perubatan profesional.
Saya berpeluang untuk bekerja di kedua-dua sektor kerajaan dan swasta. Semestinya terdapat perbezaan dari segi pesakit dan cabaran yang dihadapi melalui kes-kes yang tersendiri.
Coretan saya dalam buku ini akan berkait dengan isu-isu kecantikan dan keyakinan diri; terutamanya buat para individu yang disebut tadi. Semestinya juga, buku ini juga ditulis buat mereka yang sentiasa merasakan diri tidak cukup cantik untuk disayangi orang lain.
Semoga dengan perkongsian ini, percubaan kita dalam mendefinisikan standard kecantikan tidak menjadi keterlaluan sehingga mendatangkan mudarat kepada diri kita.
ARLINA
Bab 3
Hakikat Kecantikan
Dipengaruhi oleh Cara
Kita Dibesarkan dan
Pergaulan
Sambil tenung cermin, saya cakap kepada diri sendiri:
“Arlina, kau memang tak cantik.”
Tapi sampai bilakah hidup ini perlu berpaksikan kecantikan?
Umur telah masuk 30-an. Tidak mungkin saya terus terikat dengan naratif yang sama, hanya kerana saya selalu dihina sejak kecil?
Sebelum boleh jawab soalan sebegini, saya kena fahamkan dahulu, kenapa saya boleh sampai ke tahap ini?
Kenapa Boleh Jadi Macam Ni?
Masih berlegar lagi dalam ruangan minda, ketika saya berumur tujuh tahun, Wan (panggilan nenek dalam loghat Negeri Sembilan) terpaksa kejar saya keliling rumah untuk paksa makan.
Waktu itu saya merupakan seorang kanak-kanak kurus yang tidak suka makan. Tapi hidup tidak selamanya indah. Semasa berumur 10 tahun, ibu bapa saya terlalu sibuk dan mereka berikan kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk makan apa-apa sahaja.
Duit belanja harian diberi kepada saya termasuk duit makan tengah hari sekali, maka sebagai seorang budak kecil yang tidak cukup bimbingan, saya pun beli makanan yang tidak berkhasiat.
Cara pemakanan masa kecil agak berterabur. Sarapan tidak menentu, makan tengah hari saya makan makanan segera dan malam pun saya tapau sahaja. Selang masa antara waktu makan pula, mesti ada jajan. Apabila hal ini berterusan, saya pun jadi kanakkanak yang obes.
Namun saya tidak menyalahkan ibu bapa saya. Kita memang hidup dalam tahap ekonomi yang memerlukan kedua-dua ibu bapa
bekerja. Dalam kesibukan rutin kerja 9 to 5, sempatkah orang tua kita memantau apa yang anak makan setiap hari?
Dan kalau boleh saya nak selitkan pesanan khidmat masyarakat seketika; jarang orang borak pasal faktor sosioekonomi dalam obesiti. Selalunya obesiti mesti akan dikaitkan dengan kemalasan dan tiada kemahuan yang kuat untuk sihat. Sedangkan faktor ekonomi dan persekitaran pun memainkan peranan.
Ringkasnya, tabiat pemakanan buruk yang berlanjutan sejak umur 10 tahun dan makan secara berlebihan sebagai coping mechanism telah menjadikan berat saya naik kepada 120 kg.
Inilah titik permulaan bagaimana paras rupa menjadi tunjang identiti saya.
Sejak umur 10 tahun, berat badan saya sentiasa menjadi topik perbualan orang.
Mengenali Diri Melalui CBT
Terapi tingkah laku kognitif1 (Cognitive Behavioural Therapy atau CBT)2 ialah salah satu terapi yang memfokuskan pada cara kita berfikir (kognitif) dan bagaimana cara pemikiran itu boleh mempengaruhi emosi dan juga tingkah laku. Ketiga-tiga aspek ini saling berkait rapat dan boleh mempengaruhi satu sama lain.
Kalau ambil situasi saya yang baru sahaja ditolak, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah:
“Ni mesti sebab aku tak cantik.”
Disebabkan pemikiran tersebut, logiklah kenapa saya akan rasa sedih dan malu dengan diri sendiri.
Berdasarkan pemikiran dan emosi ini, saya ada dua pilihan, sama ada tidur sepanjang hari untuk lari daripada perasaan dan fikiran yang menyakiti, ataupun berlari di gim supaya saya boleh menjadi versi diri saya yang lebih baik.
1 Kognitif bermaksud proses mental untuk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu; pengamatan yg berlaku dalam otak manusia. (Kamus Dewan Edisi Ke-4)
2 Beck J. S. Cognitive behavior therapy: Basics and beyond (3rd. ed.)
Selalunya dalam sesi terapi, pakar terapi juga akan mengajar
klien untuk mengenal pasti jenis pemikiran yang dinamakan herotan
kognitif (cognitive distortions) kerana selalunya ia akan memberi kesan kepada tingkah laku dan emosi kita.
Situasi
Emosi
Tingkah laku
Fikiran
Ditolak
Kognitif Triad
Sedih dan malu
• Tidur sepanjang hari
• Bersenam
"Ni mesti sebab aku tak cantik."
Kita Sebenarnya Cukup
Sempurna Seadanya
Sebuah filem yang bertajuk Uglies membawakan isu apabila kecantikan luaran menjadi keutamaan dan perlu mengikuti piawaian tertentu. Kemudian standard itu menghalang manusia daripada memahami erti kehidupan sebenar.
Ini juga satu masalah yang sedang dihadapi masyarakat global dalam dunia realiti.
Anak gadis saya yang berusia 14 tahun ada menyatakan hasratnya mendapatkan rawatan laser untuk mencerahkan wajah baru-baru ini.
Allah SWT menganugerahi saya anugerah yang tidak ternilai dengan kelahiran seorang anak perempuan yang sempurna fizikalnya, tidak sumbing ( cleft lip ), tidak berdagu kecil seperti burung ( Pierre Robin syndrome/sequence ), jari tangan dan jari kaki yang cukup bilangan dan sifat ( polydactyly/syndactyly ), sempurna pembentukan tempurung kepalanya ( Apert syndrome ) untuk perkembangan dan tumbesaran otak, tajam fikirannya ( mental challenge ) dan yang paling utama, cemerlang akhlak dan
sahsiahnya untuk mendoakan saya apabila saya sudah tiada di dunia kelak, insya-Allah.
Kesemua keadaan yang saya nyatakan dalam kurungan tadi (congenital anomalies) merupakan situasi atau patologi yang saya sering hadapi sebagai seorang pakar pembedahan plastik. Peranan saya dalam bidang kepakaran ini adalah untuk mengembalikan mereka kepada fizikal yang normal dan sempurna.
Sudah pasti apa yang manusia usahakan sangat jauh kualitinya untuk dibandingkan dengan kesempurnaan ciptaan Allah SWT.
Seiring dengan kesempurnaan itu, kulit sawo matang anak gadis saya, Alya (bukan nama sebenar), mungkin diwarisi daripada ibu bapa atau disebabkan oleh pengaktifan melanin. Melanin merupakan pigmen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata. Orang yang berkulit gelap cenderung memiliki melanin yang aktif.
American Academy of Pediatrics menjelaskan bahawa bayi mungkin dilahirkan dengan warna kulit yang lebih cerah, dan warna kulit akan berubah sedikit demi sedikit setelah beberapa minggu atau bulan, bergantung kepada jumlah melanin yang dihasilkan
setelah terdedah kepada cahaya matahari. Ini menunjukkan bahawa
selain faktor genetik, faktor persekitaran seperti pendedahan kepada sinar UV juga dapat mempengaruhi warna kulit.
Pertanyaan Alya saya sambut dengan pertanyaan seterusnya:
“Mana Alya tahu pasal rawatan laser ni?”
Dengan bersahaja dia menjawab:
“Banyak saja dalam TikTok dan Instagram tu, mama.
Boleh laser, boleh cucuk ubat Vitamin C, makan pil pemutih pun ada yang letak bawah lidah, ada yang makan setiap hari. Banyak lagi produk lain yang orang jual dalam bentuk pil dan minuman.
Tapi Alya takutlah nak makan-makan ubat ni atau cucuk-cucuk ni. Nampak laser macam okey sebab cara ni libatkan kulit luar sahaja.”
Terkesima sebentar saya selepas mendengar jawapannya. Jelas banyak maklumat dia dapat daripada media sosial.
Dari satu sudut, sebagai seorang doktor, saya rasa bagus juga anak remaja saya mendapat maklumat begini, tetapi dari
Profil Penulis
Dr. Fatimah binti Mohd Nor
Dr. Fatimah dilahirkan di Kuantan, Pahang, dan dibesarkan di Gombak, Selangor. Beliau menjalani persekolahan awal di SRK Taman Selayang (2) dan bersekolah menengah berasrama penuh di SMAP (Kajang). Dr. Fatimah memperoleh ijazah perubatan serta ijazah sarjana dalam bidang pembedahan plastik dan rekonstruktif dari Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian.
Selepas menamatkan latihan siswazah di Alor Setar, Kedah, beliau meneruskan latihan pembedahan asas di Hospital Serdang.
Minatnya yang mendalam dalam bidang pembedahan plastik membawanya menjalani latihan kepakaran di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pada tahun 2014, beliau berjaya menamatkan pengajian dan menjadi antara pakar bedah plastik termuda ketika itu.
Kerjaya profesionalnya bermula sebagai Pakar Bedah Plastik
dan Rekonstruktif di HKL sebelum menyertai Unit Pembedahan
Plastik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Di sana, beliau dilantik sebagai Ketua Unit Pembedahan Plastik & Rekonstruktif. Pada tahun 2019, beliau mengambil langkah besar dengan menyertai sektor swasta dan kini berkhidmat sebagai Pakar
Perunding Plastik & Rekonstruktif di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.
Beliau turut aktif menghadiri pelbagai persidangan dan latihan profesional, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pada tahun 2012, beliau dijemput oleh Persatuan
Pakar Bedah Plastik Korea untuk menyampaikan ucaptama bertajuk “10 Tahun Tinjauan Retrospektif DIEP dan TRAM di HKL dan HUSM”. Beliau juga pernah disenarai pendek untuk anugerah
Best Paper dalam 10th IPRAS/IQUAM Congress & Consensus Conference serta 1st IPRAS International Trainees Meeting di Athens, Greece .
Selain bergiat aktif dalam dunia perubatan, Dr. Fatimah juga terlibat dalam penulisan bagi majalah tempatan, khususnya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pembedahan plastik. Beliau sering dijemput ke program televisyen dan radio seperti MHI, WHI TV3, RTM, IKIM, KoolFM, BFM, dan Asyik FM untuk berkongsi pengalaman serta pandangannya dalam bidang ini.
Dengan pengalaman luas dalam bidang pembedahan plastik dan minat mendalam terhadap imej tubuh, beliau berharap buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca serta menjadi sebahagian daripada amal jariahnya.
Arlina Arshad
Arlina atau lebih dikenali sebagai “Arlinabanana” merupakan seorang pempengaruh yang bermula dengan ulasan makanan, video kelakar dan ciapan tentang perkara-perkara yang rambang.
Pada penghujung umur 20-an, Arlina mengubah perjalanan hidup dengan memilih untuk teruskan pembelajaran dalam bidang psikologi. Walaupun memiliki ijazah dengan agak lewat iaitu pada usia 30 tahun, ilmu psikologi banyak mengubah hidupnya seperti berjaya menurunkan berat sebanyak 50 kg dan secara tidak langsung tercermin pada penulisannya ketika dia mencoret tentang perjalanan hidup.
Refleksi tentang kehidupan kerap kali muncul kerana Arlina banyak meluangkan waktu bekerja di klinik dan hospital psikiatri, serta diberikan peluang juga untuk menimba ilmu di klinik neuro dan warga emas.
Kongsikan ulasan anda di:
dan Goodreads
Kongsikan bersama tanda pagar:
#SemuanyaUntukCantik
Jika anda mempunyai maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan reviu) boleh terus isi borang maklum balas di pautan ini: