Perempuan-perempuan Berbudi Dalam Al Quran oleh Ustaz Syaari Abd Rahman

Page 1

SYAARI AB RAHMAN & NURUL SHUHADIAH SHUIB | 17 Pengenalan DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Himpunan Wanita Dalam Al-Quran

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Kisah wanita yang baik-baik dalam al-Quran membentuk suatu sifat komprehensif yang perlu ada pada diri seorang wanita. Ternyata ia bukan kisah yang terpisah dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Semua kisah ini sememangnya berlaku pada pelbagai zaman dan tempat, namun ia membentuk satu big picture ataupun satu sifat yang komprehensif dan saling melengkapi antara satu sama lain. Inilah dapatan dan hipotesis saya.

Sebagai contoh, kita akan temui kisah Asiah. Pada masa yang sama, kita akan temui cerita isteri al-Aziz (atau dikenali ramai sebagai Zulaikha). Kedua-dua cerita ini berlaku di Mesir tetapi pada zaman yang berbeza. Jaraknya sekitar 400 hingga 500 tahun. Namun, kedua-duanya membentuk satu tema. Hal ini bermakna, apabila kita menghimpunkan semua cerita wanita yang baik-baik ini, ia bukan sahaja melengkapkan satu cerita tetapi kualiti yang perlu ada pada seorang wanita.

Maha Suci Allah SWT daripada menurunkan kisah-kisah wanita tanpa tujuan atau kaitan dengan diri kita. Kisah-kisah ini apabila kita cantum dan himpun, akan membentuk lima kualiti yang perlu ada pada wanita; mencakupi aspek sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual. Semua aspek ini masing-masing

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Kita ada kisah ibu Maryam, Khawlah binti Tha’labah, Ummu Kulthum binti Uqbah, wanita Madyan, ibu Nabi Musa, kakak Nabi Musa, isteri al-Aziz dan Permaisuri Saba’. Semua kisah ini seakan-akan memberitahu kita bahawasanya inilah perjalanan seterusnya bagi seorang wanita.

Sesudah Allah SWT menciptakan kita dan memberikan perlindungan melalui hak-hak yang dipertanggungjawabkan kepada kaum lelaki, maka tidak cukup sekadar para wanita ini dipenuhi hak-hak mereka. Wanita mesti ada hala tuju yang jelas untuk menggembleng seluruh potensi dirinya secara maksimum. Buktinya, kita mendapati Allah SWT berbicara bukan hanya tentang wanita di pelbagai zaman dan tempat, tetapi lebih kepada cara seorang wanita tidak seharusnya memandang diri mereka sebagai individu yang mempunyai satu sudut potensi sahaja.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Potensi dan Keupayaan Wanita

Selain berbicara tentang kecerdasan komprehensif, kisahkisah wanita dalam al-Quran juga menceritakan potensi dan keupayaan wanita pada pelbagai tempat dan kedudukan. Oleh sebab itu, bab-bab dalam buku ini dibahagikan kepada beberapa aspek.

Bermula daripada fasa seorang kanak-kanak perempuan, kemudian gadis remaja, menjadi dewasa, berumah tangga dan menjadi ibu.

Tidak cukup dengan itu, penyertaan dalam persatuan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pula pada hujung minggu sebagai cara berbakti pada masyarakat. Menjelang pilihan raya umum, dia mungkin memperuntukkan masanya untuk membantu kawan-kawan dalam parti atau NGO tertentu. Situasi ini terjadi mungkin disebabkan oleh kepuasan sesetengah wanita tidak hanya pada menelaah atau bekerja sahaja, tetapi ketika bertemu kawankawan yang se fikrah atau mempunyai idealisme perjuangan yang sama.

Bagi sesetengah wanita juga, dia mungkin merasakan potensinya belum digunakan semaksimumnya apabila hanya memikirkan urusan rumahtangga atau perihal masyarakat tertentu. Jadi dia melibatkan diri ke peringkat yang lebih tinggi seperti terlibat dalam dunia korporat perniagaan atau terlibat dalam

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

politik di peringkat kerajaan tempatan, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Tambahan pula, kewujudan media sosial hari ini telah memudahkan dan membebaskan “pergerakan” wanita. Jadi, tidak sedikit jumlah pempengaruh wanita berlegar di media sosial. Bagi perkara yang sukar diubah secara tuntas di parlimen, para wanita ini memilih untuk mengubahnya secara beransur-ansur menerusi media sosial masing-masing.

Bagi setiap wanita ini, walau di tempat, kedudukan atau peringkat manapun dia berada, al-Quran telah membawakan tokoh-tokoh tertentu sebagai model ikutan. Jika anda mahu menetap di rumah; berkhidmat sepenuhnya sebagai isteri atau ibu, tokohnya ialah ibu Maryam. Jika anda mahu menjadi wanita yang mementingkan ilmu dalam apa-apa urusan sekalipun, tokohnya ialah Khawlah. Jika anda sanggup keluar meninggalkan negeri dan orang kesayangan demi menuntut ilmu tentang Islam, tokohnya ialah Ummu Kulthum binti Uqbah. Jika anda bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik dalam pekerjaan, tokohnya ialah wanita Madyan.

Selanjutnya, jika anda seorang yang berfikir untuk bertanding dalam pilihan raya umum suatu hari nanti, ingin memiliki sifat selayaknya sebagai seorang Yang Berhormat (YB) wanita di DUN atau Parlimen, tokohnya ialah Permaisuri Saba'. Selain itu, alQuran juga mempunyai kisah kakak Musa yang menyentuh tentang ketangkasan dan kebijaksanaan seorang wanita. Pada setiap tempat atau kedudukan mana sekalipun, Allah SWT tidak pernah melupakan atau mengecewakan kita, kerana Dia menampilkan semua contoh ikutan tersebut dalam al-Quran.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Diskriminasi Terhadap Wanita

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Setiap kali topik tentang wanita dibangkitkan, sebahagian daripada kita sering menyalah anggap bahawa sasarannya hanya untuk wanita. Hal ini terjadi mungkin kerana kita telah dibiasakan dengan situasi sebegini sejak kecil; bahawa terdapat pengkhususan tertentu kepada golongan wanita. Misalnya, di peringkat negara ada portfolio Kementerian Pembangunan Wanita; di setiap negeri pula ada Exco Wanita. Malah, masjid juga mempunyai unit wanita. Sebaliknya, jarang sekali kita dengar kewujudan Exco Lelaki di setiap negeri atau di peringkat bawah sekalipun. Situasi ini menunjukkan wanita sentiasa mendapat perhatian dan pengkhususan tertentu.

Persoalannya, adakah kita menganggap hal ini sebagai sesuatu yang positif ataupun negatif? Adakah kita memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang bersifat memberi keistimewaan; ataupun kita memandangnya sebagai suatu kelemahan kerana perlu diberi perhatian khusus? Ini ialah persoalan pertama yang perlu dilontarkan, kerana segala persepsi, sudut pandang dan cara fikir kita terhadap isu begini akan menentukan cara kita melihat isu-isu berkaitan gender khususnya wanita.

Berbalik kepada perbincangan sebelumnya, kita sudah memahami berkenaan cara ayat-ayat al-Quran memberi perhatian kepada golongan wanita tanpa menafikan bahawa al-Quran itu

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

untuk semua. Ini yang seharusnya berlaku kerana al-Quran adalah sumbernya; maka setiap cerita, pedoman dan ibrah kisah-kisah tersebut hakikatnya adalah untuk semua.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Jadi, persoalan itu dapat disimpulkan dengan kembali kepada perkara asas yang paling penting dalam pandangan Islam bahawa tiada isu diskriminasi gender dalam Islam. Tidak ada sedikit pun hak wanita didiskriminasi dalam sirah dilihat dalam sumber yang sahih; nas al-Quran dan hadis.

Sebagaimana yang kita sedia maklum daripada sejarah zaman jahiliah, juga pandangan Barat di Inggeris dan Perancis dahulu; wanita telah ditindas dan dizalimi sebelum kedatangan Islam. Malah, ada persidangan yang pernah dibuat untuk membincangkan sama ada golongan wanita ini boleh dikategorikan sebagai manusia.

Kemudian Islam muncul lalu mengangkat, membela serta memberikan keadilan yang hakiki kepada golongan wanita. Sirah juga membuktikan bahawa Rasulullah SAW sendiri yang membela maruah dan menjaga hak wanita.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Asas Kesetaraan Dalam Bertauhid

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Menyentuh tentang topik pemerkasaan wanita, ia telah lama berlegar-legar sama ada dalam pandangan Islam mahupun Barat. Namun sebelum berbincang lanjut tentang topik ini, kami merasakan perlunya kita memahami konsep kesetaraan bertauhid terlebih dahulu. Bagaimanakah kaedah al-Quran dan hadis memperjuangkan hakikat kesetaraan tauhid ini?

Pertama, kalimah al-ins ( سنلإا) dalam al-Quran ini menurut tafsiran ulama merujuk kepada kedua-dua lelaki dan wanita merupakan hamba 1 . Maksudnya lelaki dan wanita setara di hadapan Allah SWT sebagai hamba. Tidak ada istilah hamba kelas pertama atau kelas kedua. Asas ini perlu diterapkan sebaik-baiknya dalam kalangan wanita, pembela-pembela wanita mahupun dalam kalangan lelaki. Kita juga perlu menerapkan pada anak-anak lelaki bahawa kesetaraan dalam tauhid ini adalah untuk semua tanpa mengira jantina.

Kedua, dalam aspek yang sama juga al-Quran menyebutkan bahawa kedua-dua jantina ini berperanan sebagai khalifah 2. Kita berperanan sebagai pemimpin untuk memakmurkan bumi Allah SWT. Maka, kita perlu berpegang dahulu pada asas tauhid ini

, tidak ada sebarang pengkhususan atau pengecualian

, tidak ada sebarang pengkhususan atau pengecualian

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

sebelum bercakap tentang jantina, feminis, pemerkasaan dan sebagainya. Apabila dilihat dari sudut kehambaan dan tugas sebagai khalifah, kedua-dua jantina ini setara di sisi Allah SWT dan agama. Tidak ada jantina primer mahupun sekunder.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Menurut kedua asas ini, jelas sekali kita tidak dinilai berdasarkan jantina, keturunan dan sebagainya. Taqwa ialah nilaian yang paling asas dan utama.

Kedua-dua asas inilah yang perlu dijadikan pegangan dalam memahami kesetaraan dalam bertauhid. Apabila sumber dan teorinya jelas, hal-hal percanggahan atau perbezaan yang berlaku selepas itu mungkin disebabkan oleh kesenjangan dari sudut pelaksanaan.

Dari sudut sejarah, kita tidak boleh menafikan dalam sejarah Islam mahupun Barat, malah dalam pengamalan agama-agama lain, berlaku kesenjangan dari sudut layanan atau secara ringkasnya, terdapat diskriminasi jantina. Kebanyakan kajian akademik berkenaan pemerkasaan wanita menyentuh tentang perkara ini. S ejarah feminis misalnya yang mempunyai terlalu banyak aliran pemikiran yang memperjuangkan hak wanita, feminisme dan sebagainya.

Oleh itu, salah satu sisi yang harus kita beri perhatian ialah ciri dan bentuk pemerkasaan wanita yang sebenarnya dalam Islam.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Pemerkasaan Wanita

Dalam Islam

CETAK SEMULA DILARANG

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai pemerkasaan wanita menurut pandangan Islam? Kami definisikan hal ini melalui dua perkara. Pertama, sepertimana yang disebutkan dalam buku Women’s Empowerment and Islam oleh Dr. Zeenath Kausar, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1 . Beliau mendefinisikan pemerkasaan wanita dalam Islam dengan menyatakan Islam ialah cara hidup.

Islam itu sistem, bukan perkara yang sekadar bersifat peraturan; atau sesuatu yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan ( do’s and don’ts ). Agama Islam itu lebih daripada sekadar himpunan peraturan dan ia adalah cara hidup. Agama ini perlu diterap, dihayati dan disebatikan dalam diri kita. Beliau menyebut, apabila Allah SWT menjadikan kita ini sama dari sudut tauhid, iaitu kesetaraan sebagai hamba dan khalifah, maka setiap daripada kita ini diberikan tanggungjawab dan hak. Lelaki dan perempuan masing-masing diberikan tanggungjawab dan hak.

1  Dr. Zeenath Kausar lahir di Hyderabad, India. Beliau berkelulusan Sarjana Sains

). Beliau seorang aktivis, pemikir, pendidik dan aktivis hak asasi wanita. Antara buku yang beliau hasilkan adalah Islamic Action Plan For Women’s Empowerment, Muslim Women at The Crossroads, dan

DILARANG
CETAK DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Maka, perkongsian Dr. Zeenath ini membawa kepada keperluan pemerkasaan wanita apabila berlaku pencabulan hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh golongan wanita. Boleh jadi hakhak ini telah diganggu, dilarang atau dikurangkan oleh sesetengah golongan; atau mungkin tidak berlaku dari sudut praktikal. Ada juga perkara yang memang jelas diberikan dan dilarang tetapi dirampas ataupun ditahan.

Oleh sebab itu, sebagaimana yang diterangkan oleh Dr. Zeenath, kita perlu mewujudkan usaha pemerkasaan bagi memberikan wanita hak-haknya yang sudah Islam berikan . Secara istilahnya, ia bermaksud mengembalikan hak wanita seperti yang termaktub dalam al-Quran, sunnah dan perspektif syariah.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah golongan yang terlalu radikal dalam memperjuangkan hak-hak ini. Hal ini berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada kita dalam memahami makna sebenar persamaan dan identiti.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Kemunculan Golongan Radikal

Dr. Yusuf al-Qardhawi, dalam pendahuluan buku Tahrir al-Mar’ah (Kebebasan Wanita) oleh Prof Dr. Abdul Halim Abu Syuqqah menyatakan dua jenis ekstremis yang telah menzalimi golongan wanita.

Pertama, golongan yang sentiasa menghalang. Semua benda tidak boleh dibuat. Contohnya, wanita tidak boleh ke masjid, bekerja, bersosial dan sebagainya. Itu adalah ekstremis yang berpegang pada nas-nas yang disalah tafsir, kemudian digunakan bukan pada tempatnya hingga menyebabkan banyak pencerobohan hak berlaku.

Ekstremis yang kedua pula adalah golongan liberal, misalnya kumpulan feminis yang mempunyai bentuk pemikiran tertentu. Mereka mentafsirkan dan memahami ‘persamaan’ sebagai persamaan hak secara total dan literal. Contohnya, jika lelaki boleh keluar tanpa memakai baju, wanita pun boleh melakukannya. Bahkan dalam kalangan Muslimin pun ada yang mula mentafsirkan nas secara salah tanpa menggunakan sumber yang betul untuk memberikan kebebasan kepada golongan wanita sehingga menjurus ke arah perjuangan menuntut persamaan total.

Sedangkan Islam mengiktiraf bahawa identiti golongan wanita dan lelaki itu tidak sama. Banyak kajian telah membuktikan

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

bahawa terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan dari pelbagai sudut seperti biologi, pemikiran, emosi, cara pengendalian masalah dan sebagainya.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Jadi, kita tidak mahu kedua-dua jenis ekstremis ini terus berada di tengah-tengah; sebaliknya diukur ‘persamaan’ hak itu dengan neraca al-Quran dan sunnah, serta bersandarkan pada amalan dan sumber yang betul.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Aspek Pemerkasaan Wanita

Setelah berbincang tentang perkara asas dan pokok itu tadi, di sinilah kita ingin melihat aspek pemerkasaan wanita yang boleh ditelusuri berdasarkan cerita-cerita dalam al-Quran. Satu, berkenaan dengan hak. Kedua, set kualiti yang menjadikan seorang wanita lebih baik atau perkasa. Model dan panduan semuanya sudah diceritakan di dalam al-Quran.

Menjadi lebih perkasa bukan bermakna kita mahu melawan golongan lelaki. Itu satu lagi salah faham yang merosakkan. Mengatakan bahawa pemerkasaan wanita merupakan satu tuntutan untuk melawan golongan lelaki adalah kesilapan yang sangat tidak boleh diterima kerana ini sangat bersalahan dengan tujuan pemerkasaan wanita. Dalam kalangan feminis Barat pun ada kelompok yang sangat menentang cara fikir begini. Sepertimana yang disebutkan tadi, lelaki dan wanita mempunyai perbezaan identiti , tanggungjawab dan hak. Jadi mustahil pemerkasaan wanita ini bertujuan melawan golongan jantina yang satu lagi, sedangkan tujuan itu adalah sebaliknya.

Pada pandangan Allah SWT, kita adalah sama dan setara. Maka, tidak ada apa-apa kepentingan bagi perjuangan yang menjatuhkan golongan lelaki jika semata-mata untuk menaikkan golongan perempuan. Kita perlu jelas bahawa itu bukanlah

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Jika kita sama-sama jelas tentang ini, maka pembacaan dan pemahaman kita tentang topik seterusnya akan menjadi lebih mudah kerana kita sudah mempunyai definisi yang sama mengenai pemerkasaan wanita.

CETAK
SEMULA DILARANG CETAK SEMULA
CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

Pemerkasaan Wanita

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Adakah apabila kita memberikan keistimewaan ataupun kelonggaran tertentu kepada golongan wanita menunjukkan bahawa itu adalah kelemahan? Atau sebenarnya itu adalah keistimewaan?

Apabila kita bercakap tentang aspek pemerkasaan wanita atau aspek jantina, kita tidak boleh lari daripada isu tanggungjawab dan hak, kerana di situ ada konsep keadilan. Adil adalah nilai yang besar dalam agama kita, bukan nilai picisan. Jadi, keadilan itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya; memberikan hak kepada orang yang sepatutnya dan perkara itu adalah sangat besar dalam Islam.

Apabila keadilan itu tidak berlaku, maka kita memerlukan satu langkah dalam pembuatan polisi iaitu tindakan afirmatif; berupa langkah-langkah sementara yang perlu diambil untuk memastikan seseorang tidak berlaku zalim kepada golongan wanita.

Misalnya, mungkin ada lelaki bertanya, “Mengapa komuter perlu ada koc wanita? Tidak adil, sebab tidak ada koc untuk lelaki. Mengapa kita ada Kementerian Wanita? Mengapa wanita mendapat tempat letak kereta khusus di pasar raya? Mengapa wanita diberikan

Sebagaimana asasnya tadi, kita perlu melihat isu ini dari sudut keadilan iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

kita tidak dapat memberikan keadilan yang sama rata, maka kita memerlukan satu tindakan afirmatif. Contohnya, kita perlu merujuk pada statistik mangsa jenayah dalam kalangan wanita yang tinggi dalam komuter. Jadi, kita perlu memberi respons kepada perkara itu, dengan mengambil tindakan afirmatif.

Kedua, kita tidak boleh membuat anggapan umum tanpa melihat fakta, data dan sifat semula jadi golongan wanita. Jika fizikal golongan wanita lebih rendah, kemampuan fizikalnya kurang maka dia memerlukan perlindungan. Memerlukan perlindungan itu bukanlah menunjukkan bahawa hal itu bersifat sekunder tetapi ia lebih kepada identiti. Perkara yang bersifat biologi dan sebagainya, adalah sesuatu yang tidak boleh diubah. Sama juga halnya dengan lelaki yang menuntut cuti materniti, sedangkan lelaki secara fitrahnya tidak bersalin. Oleh itu, untuk mencapai satu keadilan hakiki; keadilan yang betul-betul sama dan keserataan dari sudut khusus yang berdasarkan identiti, sesetengah tindakan afirmatif perlu dibuat.

Sama juga halnya apabila kita melihat penglibatan golongan wanita sebagai pembuat dasar dan juga polisi, iaitu ada kuota 30 peratus untuk wanita. Perkara begini menunjukkan bahawa ia memang ada dalam Islam; dalam soal pentadbiran misalnya, kita memang memerlukan beberapa tindakan afirmatif, sebagai langkah sementara yang dibuat untuk memastikan hak tidak diambil atau dicerobohi.

Walaupun orang boleh mempersoalkan sisi keadilannya, mereka perlu memahami bahawa konsep ini diambil berdasarkan data dan merujuk pada situasi yang berlaku. Ini merupakan isu lain berkenaan topik pemerkasaan wanita yang kami kira sangat penting, dan diperhatikan banyak juga berlaku dalam Islam.

CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Jika merujuk pada kisah-kisah tokoh, contohnya Ummu Salamah; ada yang bertanya tentang keperluan jihad untuk golongan wanita. Semua itu sebenarnya menunjukkan bahawa golongan wanita dahulu sememangnya berterus-terang dan Nabi SAW pun menjawab persoalan-persoalan golongan wanita ini tanpa prejudis. Mereka juga tidak dilabel feminis dan sebagainya. Mereka menyatakan hak, meluahkan persoalan dan kemudian dijawab oleh Rasulullah SAW. Jadi, perkara itu sentiasa berlaku. Walaupun zaman berubah tetapi pada saya, kita masih ada prinsipprinsip asas yang jelas tentang hak, keadilan, pembahagian peranan antara jantina dan sebagainya.

Ada satu kenyataan daripada perkongsian di Facebook, yang menyebutkan tentang perbezaan bentuk pemerkasaan wanita pada zaman dahulu. Mungkin nenek moyang dahulu berasa cukup dengan berjuang menjadi seorang isteri yang taat, tidak melawan suami. Hal ini kerana pada masa itu, suamilah satu-satunya sumber mata pencarian; yang bekerja dan punya hak kepada ekonomi keluarga. Jadi perjuangan kita pada waktu itu setakat itu sahaja. Kita tidak boleh melawan suami kerana khuatir hilang tempat bergantung. Namun daripada generasi ke generasi, pendidikan dan peluang untuk wanita telah terbuka dan ini menjadikan wanita semakin perkasa. Maka, sudut pemerkasaan wanita itu berlaku. Kesannya, bentuk perjuangan sentiasa bertingkat-tingkat.

Hal ini juga bermaksud, bukanlah pemerkasaan wanita tidak berlaku pada zaman nenek moyang kita, tetapi suasana, masa dan peredaran memberikan kesan pada cara kita memandang aspek

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Lelaki Pelindung Wanita

Dalam al-Quran ada surah an-Nisa’ yang terkandung dua isu besar. Pertama, pencerobohan ke atas hak wanita seperti hak seorang isteri, dan hak anak yatim piatu yang telah dicerobohi oleh kaum jahiliah.

Selain itu, terdapat juga kisah Perang Uhud yang panjang dalam surah an-Nisa’. Ia menceritakan tentang kawasan Madinah yang telah dicerobohi. Kisah Uhud ini bukan hanya berkisarkan kisah kekalahan para sahabat dalam perang, tetapi mengenai kesungguhan orang-orang kafir yang mahu melampaui batasan terhadap perjanjian yang telah ditetapkan. Sebagaimana konsep perjanjian yang melibatkan perihal ketenteraan dan kenegaraan ini, sebegitulah jua kita ada perjanjian dalam rumah yang dinamakan ikatan perkahwinan.

Berbalik kepada surah an-Nisa’, ada dua kalimah yang sangat penting di dalamnya. Berkaitan perihal rumah tangga, Allah SWT sebutkan:

ء اسنلٱ عَلَى نوم وق لاجرلٱ “Lelaki itu qawwam terhadap perempuan..” ( Surah an-Nisa’: 34 )  CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA CETAK SEMULA DILARANG CETAK SEMULA

DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

“Wahai orang yang beriman, jadilah orang yang qawwam dengan penuh keadilan.” (Surah an-Nisa’: 135)

Qawwam yang pertama adalah konteks lelaki dengan rumahtangganya sementara qawwam yang kedua adalah konteks komander-komander, tentera-tentera Islam dengan negaranya. Apa maksud qawwam ? Qawwam bererti qama ( ماق), berdiri untuk memantau sama ada terdapat pencerobohan. Qawwam seorang lelaki itu akan ditaati apabila dia melindungi sempadan-sempadan rumahtangga daripada ‘pencerobohan’. Jika dia sendiri yang melakukan pencerobohan, maka tidak ada ketaatan kepada suami yang nusyuz. Isteri juga tidak boleh melampaui batasan dalam perjanjian perkahwinan.

Qawwam ertinya berdiri untuk memantau, untuk melihat jika berlaku hal yang mengancam keselamatan. Apabila sudah tidak selamat dan ada pencerobohan, kita perlu melakukan sesuatu dan sebab itulah qawwam ditafsirkan sebagai pelindung daripada unsur-unsur penjajahan dan pencerobohan.

Manakala dalam hal kepimpinan negara, Allah SWT sebut: طسقلٱب ينم وق اونوك اونما ء ني لَّذٱ اهي أي
DILARANG CETAK SEMULA DILARANG CETAK

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.