Mencari Makna Hidup Melaui Bisnes oleh Muharikah

Page 1


Diterbitkan oleh:
MUHARIKAH

Bagaimana Saya Bermula

Bidang kepakaran utama saya ialah perubatan. Dahulu, saya memilih bidang ini atas dua tujuan: supaya saya dekat dengan masyarakat untuk menyentuh jiwa mereka; dan supaya saya mendapat gaji yang tinggi agar saya dapat menyumbang semula kepada masyarakat.

Namun Allah SWT mentakdirkan sebaliknya buat saya. Saya “terpaksa” masuk ke dalam bidang perniagaan pada tempoh enam bulan sebelum saya menyambung pekerjaan dalam bidang perubatan. Pada waktu itu keadaan kewangan saya begitu mendesak.

Saya tidak pernah terfikir untuk masuk ke dunia perniagaan seawal umur 20-an. Saya terperangkap dalam keadaan di mana saya terpaksa belajar dan buat perniagaan untuk bertahan dengan kos sara hidup pada waktu itu.

Saya tiada latar belakang perniagaan. Keluarga saya bukan orang berniaga. Saya tidak ada teman rapat yang menginspirasikan untuk dijadikan usahawan. Cuma saya diajarkan oleh keluarga saya untuk bercita-cita tinggi dan bekerja untuk mendapat gaji yang tinggi.

Disambut dengan semangat dakwah yang amat berkobarkobar demi menyampaikan pengisian kebaikan menerusi penulisan, maka terlahirlah syarikat pertama saya, Deen Prints – sebuah syarikat penerbitan.

Menerusi laluan perniagaan ini, saya mula belajar mengapa Islam amat menyarankan umatnya untuk berniaga. Pembelajaran pertama saya adalah bagaimana saya boleh mengembangkan duit dalam bidang yang saya minati.

Pembelajaran seterusnya adalah bagaimana dengan hasil wang itu, saya boleh membantu ramai rakan untuk mendapat pekerjaan pada saat tiada yang sudi mengambil mereka sebagai pekerja.

Saya cetek ilmu hal ehwal perniagaan, cuma punya semangat dan tekad yang tinggi demi menyampaikan risalah. Saya bertanggapan bahawa saya boleh mengimbangkan keduadua bidang; iaitu kedoktoran dan perniagaan. Namun, Allah SWT mentakdirkan sesuatu yang lain pula buat saya.

Antara Perubatan dan

Perniagaan

Saya teringat sebuah kenangan silam sewaktu mula-mula mendapat tawaran masuk bekerja dengan UiTM pada tahun 2012. Ketika itu, saya ditanya satu soalan oleh dua orang yang rapat dengan saya.

“Abang Ammar dan Kak Anfaal nak tanya Aisyah. Kalau kami boleh padankan gaji yang syarikat boleh beri pada Aisyah, Aisyah nak tak berhenti jadi doktor?”

Sewaktu itu, saya baru memulakan perniagaan pertama saya di Deen Prints dan Abang Ammar serta Kak Anfaal merupakan pemilik bersama syarikat itu. Kami menerbitkan dan mencetak Majalah Jom, majalah dakwah ala-ala pop dan moden. Itulah perniagaan pertama yang membuka jalan untuk saya memasuki dunia perniagaan sekali gus dunia penerbitan. Saya merupakan editor pertama dan pengarah penerbitan ketika itu.

“Gaji saya sekian-sekian, Abang Ammar.”

Saya membalas sebegitu. Abang Ammar menelan air liur dan perbincangan kami tamat di situ. Ternyata agak tinggi.

Saya pernah melalui fasa kesusahan dan bertahan duit yang

amat sedikit. Saya mencatu makanan harian dan berjalan kaki hampir sejam ke kampus kerana tiada peruntukan wang tambang untuk ke sana. Bukan sekadar menanggung malu kerana terpaksa mengulang tahun pengajian, bahkan saya terpaksa berhadapan dengan tekanan keluarga yang terpaksa menanggung kos pembayaran yuran saya pula.

Rasa mahu berhenti? Sudah berulang kali. Tetapi Allah SWT memudahkannya dan mengurniakan kekuatan untuk saya terus gagah melalui proses tersebut. Saya tidak pernah lupa akan detik itu yang membina sikap cekal dalam diri saya sehingga sekarang.

Saya mensyukuri Allah SWT mengurniakan rezeki kepada ibu saya untuk membantu saya.

Tanpa saya sedari, pengalaman di UK memberi ketahanan yang saya perlukan apabila membuka syarikat penerbitan yang seterusnya – IMAN.

Saya berhenti daripada Deen Prints semasa sudah pun membuka IMAN, untuk fokus menjual buku dan menerbitkan buku, dan tidak lagi bertumpu pada penerbitan majalah. Pada waktu yang sama, saya telah pun bekerja secara tetap di UiTM.

pembelajaran peringkat Sarjana dalam bidang perubatan dalaman (internal medicine).

Saya membiarkan IMAN membangun sendiri secara organik.

Walaupun IMAN banyak potensinya, tanpa seorang pemimpin yang boleh fokus memberi perhatian, bagaimana perniagaan dapat dibangunkan dengan baik.

“Saya dah banyak kali fikir. Saya tahu yang saya perlu buat sesuatu untuk IMAN, tetapi saya mesti juga buat ‘medic’ ini.”

Barangkali natijah kesusahan dan kegagalan berulang kali di UK dahulu menjadi penyebab saya cekal untuk bertahan. Atau barangkali kerana saya berjumpa “seni indahnya” bidang perubatan ini yang saya tidak ketemu dalam perniagaan.

Meninggalkan salah satunya, sama ada perniagaan, penulisan ataupun perubatan seolah-olah seperti memisahkan salah satu anggota badan saya, nescaya saya tidak boleh berfungsi dengan baik sebagai seorang Nur Aisyah. Saya terpaksa membuat keputusan yang sukar dengan membangunkan ketiga-tiga bidang ini di sebalik kelemahan yang saya ada.

Perniagaan itu susah. Menyempurnakan pengajian Sarjana dan menjadi doktor pakar juga susah.

Meraih Kekayaan untuk Misi yang Jelas

Rakan dan orang di sekitar kehidupan saya kebanyakannya ialah para doktor dan usahawan yang memiliki kestabilan kerja dan ekonomi. Golongan ini jugalah yang terdiri daripada golongan T20. Mereka ialah golongan bijak pandai dan sanggup berhadapan dengan risiko.

Namun apa yang saya perhatikan adalah, ada dalam kalangan mereka yang menghadapi dua situasi ini:

Apabila mendapat gaji, cepat sahaja habis. Duit tidak pernah rasa cukup.

Apabila mendapat keuntungan (bagi yang terlibat dalam keusahawanan), mereka akan mula membuat keputusan-keputusan yang merugikan syarikat. Akhirnya syarikat terpaksa ditutup atau dijual kepada orang lain.

Kenapa hal ini berlaku?

Berkemungkinan kerana cara fikir mereka adalah “mendapat gaji yang besar dan berbelanja untuk kehidupan sendiri”. Apabila

bergaji besar ataupun dapat untung besar, secara mudahnya

segelintir mereka akan berfikir, “Macam mana aku nak belanjakan duit ini?” Gaya hidupnya juga berkembang sejajar dengan berkembangnya duit dalam bank. Ada pepatah mengatakan bahawa, besar periuk besarlah keraknya.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa saya banyak mengambil contoh semangat keusahawanan multibillionaire Elon Musk ketika itu kerana beliau amat bersungguh-sungguh meneroka dunia dengan impian yang mustahil.

Beliau menguruskan tujuh syarikat multibillion dalam masa yang sama – SpaceX, Tesla, PayPal, Neuralink, Boring, SolarCity, OpenAi. Kesemua ini syarikat teknologi yang berimpak tinggi, dan amat kompleks yang cuba mencapai tujuan bersama yang lebih besar daripada semata-mata membina keuntungan wang: isu global yang mendesak, mendorong sempadan teknologi, dan mempersiapkan umat manusia untuk masa depan yang lestari dan berbilang planet.

Kelebihan Elon Musk adalah beliau pandai buat duit. Dengan duit yang ada, beliau menggaji mereka yang paling bagus dan paling bijak yang “menyuap” beliau dengan segala ilmu yang diperlukan. Apa yang lebih penting lagi, beliau tahu apa yang perlu dikorek daripada mereka.

BAB 5

Karakter Diri yang Terbentuk

Apabila Mengalami Cabaran

Seni Bertahan dalam Cabaran

Saya pernah bertanya kepada rakan perniagaan yang memulakan perniagaan beberapa tahun selepas saya bermula. Mengapa selepas 10 tahun, hanya syarikat kami berdua sahaja kelihatan berkembang lebih daripada lapan angka setahun dalam kalangan kumpulan kami? Sedangkan, industri masing-masing berpeluang baik untuk terus berkembang.

Begitu juga saya tertanya-tanya kenapa ramai senior dalam perniagaan yang begitu lama dalam perniagaan tetapi cuma duduk di tahap yang sama, sukar dilihat untuk berkembang.

Kata beliau:

“Kerana ramai tak boleh nak ‘push through’ bila ada masalah. Ramai ‘gostan’ ke belakang, dan buat stupid mistakes selepas itu. Sedangkan perniagaan ini kena ‘push through’ sahaja.”

Push through, bertahan. Keazaman untuk mencapai satu-satu

objektif tanpa mengira apa yang terjadi. Seni ini perlu ada pada diri seorang Muslim. Saya mempelajari perkara ini sebelum terjun dalam dunia perniagaan lagi.

Sewaktu di fakulti perubatan, saya tahu kepandaian saya dalam bidang sains bukanlah sesuatu yang semula jadi. Saya mesti bekerja keras untuknya. Saya pula mendapat biasiswa untuk ke luar negara. Saya tidak boleh tidak lulus dan mesti menamatkan pengajian kerana ia memberikan impak yang besar terhadap maruah diri dan keluarga saya.

Kedahagaan untuk mempelajari Islam dan menjalinkan ukhuwah dengan rakan-rakan pun begitu juga. Sewaktu masih dalam pengajian, hanya pada hujung minggu saya dapat bertemu rakan-rakan di negeri lain. Saya terpaksa menaiki bas atau kereta api bersendirian untuk bertemu dengan mereka.

Perjalanan itu mengambil masa lima ke sepuluh jam. Sedangkan perjumpaan dengan mereka terkadang kurang daripada satu hari. Tampak seperti tidak berbaloi dengan nilai tiket yang dibeli, tetapi saya gagahkan juga. Pada waktu itu, saya berasa sedih dan tertanya-tanya kenapa Allah SWT takdirkan saya bersendirian di negeri pengajian saya ini, ketika saya mahu mempelajari agamaNya dan mendekatkan diri kepada-Nya.

10 tahun kemudian, pada hari ini, saya nampak hikmah di sebalik pengalaman tersebut apabila sudah terbina sifat resillient yakni ketahanan. Sungguhpun penat lagi lelah, malah sakit, saya perlu juga push through .

Sepertimana yang pernah dikatakan tokoh falsafah Carl Jung:

“Manusia memerlukan kesukaran. Kesukaran penting untuk kesihatan.”

Namun, kebanyakan orang secara naluri mengelak daripada kesakitan atau kesusahan. Sama ada untuk kesihatan seperti ke gim ataupun yang berkaitan dengan minda dan perasaan (contohnya, kekecewaan, perjuangan mental, rasa malu, rasa bersalah) — dan ini terutamanya benar apabila orang berhadapan dengan realiti keras tentang kelemahan diri mereka sendiri.

“Mengalami kesukaran yang besar boleh meninggalkan

kesan yang berpanjangan tetapi juga mengajarkan pelajaran berharga yang membentuk tingkah laku dan perspektif masa depan.”

(Morgan Housel, penulis buku Same As Ever)

Rahsia Daya Tahan

CEO syarikat NVIDIA, Jensen Huang, sering menekankan bahawa ketahanan dan keperibadian terbentuk melalui kesukaran.

Dalam satu syarahan di Universiti Stanford, beliau berkata:

“Kehebatan datang daripada perwatakan, dan watak tidak terbentuk daripada orang pintar — ia terbentuk daripada orang yang menderita.”

Huang percaya bahawa pengalaman menghadapi kesukaran adalah penting untuk membangunkan ketahanan, satu sifat yang beliau anggap kritikal untuk mencapai kejayaan.

Beliau menyatakan:

“Ketahanan sangat penting dalam kejayaan. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya kepada kamu, kecuali saya berharap kamu mengalami penderitaan.”

Beliau juga menyedari bahawa individu yang mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi mungkin kurang daya tahan dalam menghadapi cabaran, dan menekankan kepentingan untuk

Morgan Housel membincangkan bagaimana tekanan dan keterdesakan boleh bertindak sebagai pemangkin kepada inovasi:

• Tekanan dapat memusatkan perhatian.

Kesukaran memaksa individu untuk memberi tumpuan dengan cara yang tidak dapat dilakukan dalam keadaan selesa. Fokus yang meningkat semasa waktu mencabar ini sering membawa kepada kemajuan yang ketara.

• Inovasi banyak berlaku semasa krisis.

Banyak inovasi terbesar dalam sejarah muncul semasa atau sejurus selepas tempoh cabaran atau krisis yang besar. Contohnya, teknologi seperti Internet dan GPS pada asalnya dibangunkan untuk tujuan ketenteraan semasa konflik.

• Kemajuan ekonomi dalam waktu sukar.

Pada tahun 1930-an, walaupun merupakan salah satu tempoh ekonomi paling gelap di Amerika, terdapat peningkatan dalam teknologi dan produktiviti. Ini menunjukkan bahawa tekanan dan kesegeraan (urgency) semasa Kemelesetan Besar (Great Depression) mendorong inovasi, yang kemudiannya membawa kepada kemakmuran.

Natijah terlalu bermewah, maka mereka kurang berhati-hati dalam membuat keputusan perniagaan. Di Malaysia, juga banyak kes sedemikian.

Sama ada dalam bidang perniagaan mahupun bukan, keperibadian yang bertahan terhadap kesusahan itu sangat penting. Semakin sakit dan susah kehidupan kita, semakin besar peluang pertumbuhan karakter dalam diri kita.

“Confidence does not come from an expectation of success — it comes from a comfort with failure. There’s a word for someone who feels a need to succeed at everything — a […] narcissist. Don’t be a narcissist. Embrace flaws. Embrace failure.”

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Mencari Makna Hidup Melaui Bisnes oleh Muharikah by imanpublication - Issuu