
11 minute read
BAB 2: KES PEMBUNUHAN
Kes Pembunuhan
Sebaik sahaja motosikal diparkir, Athena bergegas melangkah meredah manusia yang memenuhi luar gerbang pagar rumah Presiden William Brook. Rumah Presiden William malam itu menjadi tumpuan ramai pihak – polis, wartawan, dan Inteligen Khas. Semuanya kerana berita pembunuhan yang meragut nyawa Presiden William dan isterinya. Belum hilang lagi lelah Athena dan yang lain berusaha menyelamatkan isteri Presiden William yang diculik serta pertembungan mereka dengan Zeus, mereka terus dikejutkan dengan berita menggemparkan ini. Kebingungan dan keresahan bersatu menyerbu bersama persoalan-persoalan lain, namun semua itu didiamkan. Athena bergegas ke lokasi kejadian. Tiba di hadapan pagar kawasan perumahan tersebut, Athena menunjukkan kod bar identifikasi kepada pegawai IMAN Publication Bukan Untuk Dijual polis yang berkawal. Sesiapa yang tidak berkaitan terutamanya para wartawan dihalang daripada memasuki dan mengganggu pihak berkuasa melakukan siasatan. Pegawai polis tersebut mengimbas kod bar yang disuakan Athena lantas mengesahkan Athena sebagai ahli
Advertisement
Inteligen Khas. Pegawai polis tersebut terus memberi laluan kepada Athena untuk masuk.
Athena berlari-lari masuk dengan gegasnya. Jarak antara pagar utama dengan rumah agam kediaman Presiden William memakan masa beberapa minit. Kawasan kediaman mewah itu amat luas, taman-taman cantik menghiasi sekeliling rumah agam itu. Namun kecantikan taman itu menjadi pudar dengan kehadiran pihak polis yang berlegar-legar dan berwaspada agar wartawan tidak menceroboh kawasan siasatan.
Sebaik sahaja Athena sampai di pintu utama, seorang pegawai polis terus mengiringinya ke lokasi pembunuhan. Athena menurut langkah pegawai polis tersebut sambil melemparkan pandangannya ke seluruh ruang rumah yang luas itu. Perabot-perabot kayunya berkilat. Ada yang bertatah emas, tidak kurang dengan hiasan emas dan perak, bahkan seluruh ruang itu terhampar permaidani. Di ruang tamu itu, lampu candelier gah tergantung di siling dan menerangi segenap ruang. Sayangnya semua kemegahan itu bagai hilang makna dengan kematian pemiliknya.
Mata Athena kemudian menangkap beberapa susuk berpakaian seragam pembantu rumah yang sedang berdiri dalam satu barisan panjang. Susuk-susuk itu semua memiliki wajah yang sama – kerana mereka hakikatnya merupakan android, bukan manusia sebenar. Namun semua android itu mampu menyerupai suara dan wajah manusia, serta boleh berperlakuan mirip manusia sebenar mengikut program yang telah ditetapkan.
Di Erudayn, penggunaan android sangat terbatas untuk tugas-tugas domestik sahaja, itu pun hanya orang kaya sahaja yang
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
mampu memilikinya. Melakukan modifikasi terhadap android untuk tujuan yang boleh membahayakan manusia, hatta menjadi pengawal keselamatan, akan dikenakan hukuman berat. Setiap android yang dijual memiliki peranti anti-keganasan yang akan mematikan fungsi android andai didapati fungsinya diubah suai atau disalahgunakan. Beberapa orang anggota polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas kesemua android pembantu rumah tersebut. Barangkali sedang memeriksa sama ada peranti android tersebut masih berfungsi atau tidak. Hanya ada satu nama yang dikenali Athena telah mengubah suai android menjadi senjata peperangan dan membahayakan orang lain – Ezakiel. Kemunculan android yang menyerang Athena dan rakan-rakannya di pelabuhan Syll sebelum ini membuktikan betapa bahaya kewujudan android ini apabila dijadikan senjata. Pegawai polis yang mengiring Athena berhenti di sebuah bilik, pintunya terbuka. Ia merupakan bilik tidur Presiden William dan isterinya, Puan Irene. Bilik yang sama Presiden William dibunuh. Sebelum melangkah masuk, pegawai polis tersebut menghulurkan kasut khas dan sepasang sarung tangan getah buat Athena – prosedur biasa agar tidak mencemarkan ruang siasatan. Athena menyambut huluran tersebut, kasutnya terus ditukar dan sarung tangan getah dipakai. Di dalam, unit homisid daripada pihak polis dan bahagian forensik masing-masing tekun menjalankan tugas. Kamar tidur itu amat luas, mungkin boleh memuatkan lebih 10 buah katil besar di IMAN Publication Bukan Untuk Dijual dalamnya. Sebaik sahaja Athena melangkah masuk, matanya melilau bagi mencari kelibat Joseph dan Natalya. Pandangan Athena mengecam
kelibat seorang perempuan berambut perang yang panjangnya hampir mencecah bahu, sedang berdiri membelakangi Athena tidak jauh dari situ. Kelibat yang dicari Athena. Langkahnya terus diatur laju ke arah Natalya.
“Natalya,” Athena menegur Natalya yang sedang tekun membaca laporan yang terpapar pada skrin telefon yang dipegangnya. Natalya terus berkalih sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil.
“Apa yang berlaku pada Presiden William dan Puan Irene? Macam mana mereka boleh dibunuh?” Persoalan demi persoalan terus diajukan oleh Athena. Natalya tidak terus menjawab. Telefon dalam genggaman disimpan. “Aku ada sesuatu nak tunjuk pada kau. Ikut aku,” ujar Natalya seraya melangkah ke arah katil. Athena menurut langkah Natalya dari belakang. Di atas katil tersebut, masih terbujur mayat Irene Brook. Mayatnya terbaring menelentang, matanya terpejam rapat. Rambut hitamnya tersisir rapi, malah pakaiannya juga dalam keadaan yang kemas. Tiada kesan koyakan langsung. Natalya berdiri di sisi mayat tersebut. “Mayat ni… bukan Puan Irene.” Kenyataan tersebut menyentap perhatian Athena. “Apa...?” Mata Athena terus dihalakan ke wajah mayat IMAN Publication Bukan Untuk Dijual tersebut. Walau macam mana pun dia menatapnya, wajah itu masih lagi dilihatnya sebagai Puan Irene. ‘Puan Irene ada kembar?’
“Ini laporan kes setakat ini.” Natalya menyuakan telefonnya. Athena mencapai telefon tersebut. Laporan bertulis kes homisid itu terpampang. Natalya menatal skrin ke bahagian laporan identifikasi mangsa.
“Cap jari mangsa...” Natalya menunjuk ke arah gambar mangsa yang berwajah seperti Puan Irene, “...mengesahkan yang ini bukan Puan Irene. Identiti mangsa masih tak diketahui.”
Athena masih bingung. Bagaimana semua ini boleh terjadi?
Natalya kemudian melutut di sisi mayat ‘Puan Irene’. “Lihat ni.”
Athena mengalihkan perhatiannya kepada Natalya.
Natalya menunjukkan sesuatu di bawah dagu ‘Puan Irene’. Athena membongkokkan tubuhnya untuk melihat dengan teliti.
Seperti ada satu garis halus yang sukar dilihat, tapi jika diperhatikan pada jarak yang dekat, garisan itu seperti garis pemisah yang bersambung sehingga pangkal telinganya. Berkerut dahi Athena melihat kesan tersebut.
“Wajah dia dibedah untuk menyerupai Puan Irene,” beritahu Natalya lagi.
Athena tidak memberikan apa-apa reaksi. Otaknya sukar mencerna apa yang sedang berlaku. Wajah Ezakiel terus melintasi fikirannya. Begitu juga dengan Zeus. Bayangan pertarungan mereka di pelabuhan Syll menerjah.
“Jadi sebelum ini, kita selamatkan orang yang salah...?” Soalan itu terluah. Athena menegakkan tubuhnya kembali. Raut tidak senang mulai terpapar pada wajahnya. “Adakah kita sebenarnya dah terjatuh ke dalam perangkap Ezakiel?”
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
Natalya diam. Jujurnya Natalya mengesyaki hal yang sama, namun tiada bukti yang jelas menghubungkan kes pembunuhan itu dengan penglibatan Ezakiel. Meskipun itulah yang difikirkannya.
Natalya kemudian berdiri semula.
“Terlalu awal untuk kita simpulkan apa-apa,” ujar Natalya, ringkas.
Kata-kata Natalya itu ada benarnya, fikir Athena. Lambatlambat dia mengiakan.
“Presiden William pula...”
“Di sana,” Natalya menunjuk ke arah yang bertentangan dengan wajah Athena. Terus Athena menoleh dan dia melihat tubuh Presiden William yang tidak bernyawa dari sisi. Dari arah pintu masuk tadi, tubuh Presiden William tidak kelihatan kerana sofa yang didudukinya membelakangkan pintu masuk.
Beberapa orang ahli forensik masih mengambil gambar dan beberapa buah sampel daripada tubuh Presiden William. Di dahinya jelas menampakkan kesan lubang peluru yang menembusi tengkorak. Mati ditembak. Namun mayat Presiden William dan ‘Puan Irene’ seperti ‘dibersihkan’ sebelum kedua-duanya ini disusun semula; Puan Irene terbaring di atas katil dan Presiden William pula duduk di sofa. Darah pada wajahnya turut dibersihkan.
Mulut Athena bagai terkunci. Suaranya seperti tersekat di kerongkong, sukar untuk menelan kenyataan. Dia tidak mengerti untuk apa kedua-dua mayat ini disusun begini. Mindanya ligat melontarkan soalan demi soalan.
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
‘Kenapa mereka berdua dibunuh? Mengapa ada orang yang menyamar sebagai Puan Irene? Jika ini bukan sebuah perangkap atau agenda licik Ezakiel, apa lagi? Dendam? Jika dendam, perlukah mayatnya disusun begini?’
“Athena, Natalya,” satu suara melaung.
Kedua-dua pemilik nama itu menoleh. Terlihat kelibat lelaki yang memakai sut hitam sedang berjalan menuju ke arah mereka – Joseph. Rambut hitam lelaki itu kelihatan serabut tidak terurus, malah kumis dan jambangnya yang biasa kekal nipis itu juga seperti sudah lama tidak cukur. Wajahnya jelas kusut. Athena dan Natalya turut berjalan mendekati Joseph.
“Ada dapatan baru tentang kes ni?” ujar Athena sebaik sahaja mereka mendekat.
Joseph mengeluarkan sebuah tablet dari dalam sutnya, kemudian memancarkan hologram yang memuatkan data-data terkumpul di lokasi pembunuhan dan susun atur kawasan rumah Presiden. Satu per satu maklumat terpapar. Semua itu maklumat yang telah dikemas kini secara langsung.
“Mangsa pembunuhan – Presiden William Brook – dibunuh lebih kurang lapan jam yang lalu. Punca kematian, tembakan tepat menembusi dahi. Mayat Presiden dibersihkan dan didudukkan di atas sofa di sana, membelakangkan pintu. Liam, pembantu peribadi Presiden yang melaporkan sebaik sahaja dia nampak keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa. Seorang lagi mangsa mati disebabkan suntikan racun ke dalam pembuluh darah di lehernya. Identiti sebenarnya ialah Tiffany Adler. Pada bahagian bawah dagunya ada kesan pembedahan menukar wajah.” Athena dan Natalya masingmasing mendengar dengan teliti.
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
“Cuma kes ni sangat aneh,” Joseph menyambung lagi. “Keduadua mayat selepas dibunuh, diposisikan semula; Tiffany di atas katil dan Presiden William di atas kerusi. Darah Presiden William dibersihkan. Persoalannya ialah kenapa pembunuh mengambil risiko menyusun mayat-mayatnya seperti ini?” Joseph menyudahkan penerangannya dengan persoalan yang masih belum terjawab.
“Apa kata detektif daripada unit homisid?” Natalya bertanya
lagi.
“Buntu.” Joseph menggeleng. “Kesemua android pembantu rumah ini berfungsi dengan baik, peranti anti-keganasan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda mereka diubah suai atau digodam. Unit homisid merekodkan profil pembunuh ni sebagai seseorang yang punya kecenderungan yang abnormal – seperti pembunuh bersiri yang sukakan aturan tertentu pada mangsanya. Ataupun, mereka menaakul bahawa kes ini melibatkan geng mafia yang mempunyai agenda tertentu. Tapi aku tidak yakin dengan kedua-dua penaakulan awal itu...” kata-kata Joseph terhenti, dia mengambil nafas dalam. Athena dan Natalya masih diam, menanti ayat yang bakal dituturkan Joseph. “...Aku merasakan yang Ezakiel terlibat dengan kes ini.” Joseph menyudahkan kata-katanya. Khali sejenak antara mereka. Hati mereka kuat mengatakan bahawa Ezakiel merupakan antara dalang kes pembunuhan ini, walaupun bukan Ezakiel yang membunuh dengan tangannya sendiri. IMAN Publication Bukan Untuk Dijual Pihak Inteligen Khas baru sahaja mahu menarik nafas lega lantaran kejayaan mereka menyelamatkan Puan Irene daripada penculikan yang dirancang oleh Ezakiel, namun disambut pula dengan berita pembunuhan Presiden William dan identiti palsu Puan Irene. Ia satu
kebetulan yang hampir mustahil tiada perkaitan. Namun mereka tidak mempunyai apa-apa bukti kukuh. Banyak persoalan yang belum terjawab, bahkan petunjuk pula sedikit.
“Tapi... terlalu awal juga untuk kita menafikan sebarang kemungkinan tanpa laporan forensik dan balistik,” Joseph bersuara. Kerana itu kes pembunuhan berprofil tinggi ini turut melibatkan pihak polis pusat Erudayn bahagian unit homisid dan bukan Inteligen Khas sahaja yang bertanggungjawab menyiasatnya.
“Ada rakaman kamera keselamatan, kan? Patut ada petunjuk yang jelas,” ujar Natalya.
“Ada, mereka sedang cuba ekstrak rakaman tersebut daripada syarikat keselamatan yang menyimpan rekod. Buat masa ini, tidak banyak petunjuk yang kita ada,” Joseph membalas.
“Bagaimana kalau pembunuhan ini hanya satu agenda Ezakiel untuk memperdayakan kita?” duga Athena tiba-tiba. Joseph dan Natalya memandang ke arah Athena.
“Maksud kau?” Joseph cuba mendapatkan penjelasan lanjut supaya dia tidak salah faham.
“Kalau betul Puan Irene yang sebenar masih diculik oleh orang-orang Ezakiel, tujuan Ezakiel bukanlah mahu membunuh Presiden William, tetapi mahu mengalihkan perhatian kita supaya masuk ke dalam perangkap permainannya. Dia sebenarnya mahu memburu aku,” Athena menyuarakan kebimbangannya.
Yang pernah memperdaya Inteligen Khas untuk memburu Athena tidak lama dahulu.
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
Yang telah menculik Puan Irene dan merencana serangan pengganas ke atas Erudayn sehingga menyebabkan mereka terperangkap, dan Zeus pula berjaya menangkap Athena.
Semua itu kelicikan Ezakiel.
Dia mahu mencetuskan peperangan atas nama keamanan. Apakah yang mampu menghalangnya untuk merencanakan sesuatu yang mengelirukan seperti ini lagi? Beep beep! Telefon milik Joseph berbunyi, satu mesej masuk bersama mesej suara. Terus Joseph membuka mesej yang dihantar. “Tuan Joseph, rakaman kamera keselamatan di rumah Presiden sudah diterima,” mesej suara daripada anak buah Joseph kedengaran. Sejurus itu, fail yang dihantar terus dibuka. Telefonnya memancarkan rakaman daripada kamera keselamatan sekitar waktu pembunuhan berlaku. Ketika Presiden William dan ‘isterinya’ tiba di rumah, kelihatan ‘Puan Irene’ berpeluk tubuh dan ketakutan. Presiden William memberitahu sesuatu kepada Liam, dan Liam mengangguk kemudian berkata sesuatu sebelum beredar. Melalui rakaman, Liam dilihat membawa kereta dan memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut. “Liam tiada di rumah sewaktu pembunuhan berlaku,” Joseph bersuara. Kecurigaannya kepada Liam berkurangan. IMAN Publication Bukan Untuk Dijual ‘Puan Irene’ kemudian tiba-tiba menangis dan kelihatan meraung. Presiden William cuba menenangkannya kemudian terhenti dan melihat ke arah pintu. Melalui kamera keselamatan yang lain, ada
seorang perempuan berbaju uniform pembantu rumah mengetuk pintu bilik mereka. Wajahnya membelakangkan kamera dari arah luar bilik, tidak kelihatan. Presiden William kemudian bangun untuk membuka pintu tersebut namun ‘Puan Irene’ menahan Presiden William sambil menggeleng-geleng, seperti enggan membenarkan.
“Tiffany nampak sangat takut… macam tahu yang dia akan dibunuh,” Athena memberi komentar. Natalya dan Joseph mengiakan.
Presiden William tidak mengendahkan dan meleraikan pegangan ‘Puan Irene’ lalu terus menuju ke arah pintu. Setelah pintu dibuka, wajah pembantu rumah tersebut terus kelihatan melalui kamera keselamatan bilik tersebut. Pembantu rumah itu mendapatkan ‘Puan Irene’ setelah Presiden William berkata sesuatu kepadanya.
Melihatkan wajah pembantu rumah tersebut, jantung Natalya terasa bagaikan disentap. Matanya membuntang.
Pembantu rumah tersebut menyuntik sesuatu pada leher ‘Puan Irene’ sambil mengatakan sesuatu. ‘Puan Irene’ atau Tiffany terus menggelupur. Buih keluar daripada mulutnya. Presiden William yang terkejut dengan apa yang berlaku tidak sempat buat apa-apa apabila pembantu rumah tersebut mengeluarkan sepucuk pistol yang lengkap dipasang penyenyap bunyi lantas menembak tepat mengena dahi Presiden William. Pembantu rumah itu mengeluarkan telefon dan berbicara dengan seseorang sebelum menembak kamera keselamatan yang ada di dalam bilik tersebut.
Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku. Namun wajah Natalya lebih menampakkan raut gerun.
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
“Apa yang dia buat di sini…,” separa berbisik, Natalya menggumam kata-kata itu sendiri, namun cukup jelas untuk didengari Athena. Athena menoleh ke arah Natalya dan perasan perubahan yang ketara pada wajah Natalya.
“Pembantu rumah itu merupakan suspek utama kita,” ujar Joseph lantas dia menghubungi seseorang melalui telefonnya. “Imbas wajah pembantu rumah tersebut dan dapatkan maklumat dia,” Joseph memberi arahan kepada skuad Inteligen Khas.
“Maklumat peribadi dia tiada dalam mana-mana rekod di Erudayn,” Natalya mencelah tiba-tiba.
Mendengar itu, Joseph menjauhkan telefon dari telinganya. Raut wajahnya menampakkan kekeliruan.
“Kau kenal dia?” Athena bertanya. Melihat reaksi Natalya sebentar tadi, Athena yakin suspek tersebut dikenali Natalya. Persoalannya, siapakah kelibat suspek tersebut sehingga Natalya sendiri pucat melihat keberadaannya?
Natalya memejamkan mata. Dia memeluk tubuh sambil menghela nafas berat, kemudian melepaskannya perlahan-lahan.
“Itu Jane,” Natalya menjawab pendek. Dia kemudian menghela nafas dalam-dalam sekali lagi.
Athena dan Joseph menunggu kata-kata selanjutnya daripada Natalya.
“Dia pembunuh profesional sama dengan aku dulu. Kami sama-sama membesar dalam keluarga mafia Hans Nikolov.”