IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al Syeraho
Terbitan:
www.imanpublication.com
Diterbitkan oleh: IMAN PUBLICATION SDN BHD 12 JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Tel: +603-8940 7284 E-mel: admin@imanpublication.com Laman web: www.imanpublication.com
Diedarkan secara eksklusif oleh: IMAN SHOPPE DISTRIBUTION SDN BHD 12, JALAN INDUSTRI KIDAMAI 2/1, TAMAN INDUSTRI KIDAMAI 2, 43000 KAJANG, SELANGOR.
No. Tel: +603-8940 6221 E-mel: imandistribution@imanshoppe.com
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Penyelaras Penerbitan : Faizah Hamid Ketua Editor : Jannatun Nisa Jahasnum Editor (Fiksyen) : Umairah Shafei : O-lit Kineahkis Editor Naskhah Pruf Baca : Hani Jamal Penulis : Syeraho Ketua Unit Visual Buku : Husna Ab Rahman Ilustrasi Kulit Buku : Uzair Abdul Rashid Pereka Letak : Haziq Razack
AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA Cetakan Pertama Januari 2022
ISBN 978-967-2459-33-0
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan bagi buku ini boleh didapati daripada Perpustakaan Negara Malaysia.
Dicetak oleh : Firdaus Press Sdn Bhd 26-28, Jalan PBS 14/4, Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Sebarang maklum balas berkenaan buku ini (kesalahan, kerosakan dan juga ulasan) boleh terus ke pautan ini: imanpublication.com/feedback-syeraho
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada IMAN Publication Sdn Bhd.
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN.. .................................................................. 5 BUAT ANDA YANG MEMBACA........................................ 7
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
AMARAN PENCETUS ( TRIGGER WARNING )............... 11 SENARAI LAGU PENAMBAH
RENCAH MEMBACA.. ........................................................ 13 PETA ERUDAYN.. ................................................................. 13 PROLOG................................................................................. 14 BAB 1: MANUSIA CIPTAAN........................................ 17 BAB 2: KES PEMBUNUHAN. ....................................... 27 BAB 3: RAHSIA.............................................................. 39 BAB 4: LUKA YANG CUBA DILUPAKAN.................... 50 BAB 5: RASA DIKHIANATI. . ......................................... 57 BAB 6: LINTASAN......................................................... 64
BAB 7: DENDAM LAMA.. ............................................. 70 BAB 8: IA DATANG SENDIRI....................................... 84 BAB 9: DERHAKA.......................................................... 91 BAB 10: PERSOALAN ZEUS........................................ 99
BAB 11: MEMORI PAHIT...........................................110 BAB 12: BERITA BURUK............................................119 BAB 13: UGUTAN ZEUS. ............................................123 BAB 14: PERHITUNGAN NEO-MANUSIA...............132 BAB 15: AMUK............................................................146 BAB 16: TERLEWAT....................................................153 BAB 17: TRAGEDI.......................................................161 BAB 18: HARGA KEHIDUPAN.. .................................165 BAB 19: RAKSASA.......................................................171 BAB 20: PERCATURAN..............................................179 BAB 21: ATHENA YANG TIDAK DIKENALI.............189
BAB 22: SETERU..........................................................198 BAB 23: IGAUAN NGERI............................................205 BAB 24: TERPURUK. . ..................................................212 BAB 25: “AKU DAH PENAT”......................................221 BAB 26: “AKU CUMA NAK BEREHAT”....................234 BAB 27: SYAITAN........................................................238 BAB 28: JALAN PULANG...........................................242 BAB 29: BAHAYA.........................................................250 BAB 30: RAPUH ITU MANUSIA................................263 BAB 31: PERCAYA.......................................................273
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
BAB 32: HILANG KAWALAN. . ...................................283 BAB 33: TERLAJAK KATA..........................................291 BAB 34: BENIH DENDAM.........................................294 BAB 35: PERSETAN. ....................................................300 BAB 36: DINDING EGO..............................................306 BAB 37: TAWARAN IRENE.. .......................................315 BAB 38: SAKSI KEGILAAN. ........................................325 BAB 39: DIBURU.........................................................336 BAB 40: BANGUN, ATHENA!....................................346 BAB 41: KEMBALI LEBIH KUAT. ...............................353 BAB 42: NEKAD JANE. ...............................................359 BAB 43: BELUM GAGAL.............................................369 BAB 44: HARAPAN TERAKHIR ERUDAYN. . ............386 BAB 45: SINERGI.........................................................393 BAB 46: PERTEMBUNGAN AKHIR. ..........................401 BAB 47: HARAPAN SIRNA.. .......................................411 BAB 48: TIDAK TERKALAH.......................................419 BAB 49: RAKSASA DALAM DIRI.. .............................427 BAB 50: HIDUP SEMULA...........................................436 BAB 51: SELAMAT TINGGAL, ATHENA...................446 BAB 52: KEBENARAN................................................455 BAB 53: PENGAKHIRAN............................................464
EPILOG................................................................................ 471 TENTANG PENULIS.. ....................................................... 477 RUJUKAN........................................................................... 479
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
PROLOG “ Tuan William?”
Beberapa kali pintu bilik Presiden William diketuk oleh
pembantu peribadinya, Liam, tetapi panggilan tersebut tidak disahut. Hati Liam berasa tidak senang. Memorinya masih kabur kerana dalam ingatan mutakhirnya, dia baru sahaja pulang daripada membeli ubat
yang dipesan Presiden William untuk Puan Irene. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, memorinya seperti hilang. Sedar-sedar sahaja dia
sudah terbaring di atas lantai, tidak tahu bagaimana dia boleh pengsan di situ. Tidak sedap hati, Liam terus bergegas ke arah bilik Presiden William.
“ Tuan William? Puan Irene?!” Ketukan pintu semakin deras
dan kuat, namun Liam tidak mendengar apa-apa respons. Dahinya
berkerut. Belakang lehernya terasa seram sejuk. Ritma jantungnya mulai rancak. “ Tuan?!” Liam terus memulas tombol dan membuka pintu seluas-luasnya. Ternyata pintu tersebut tidak berkunci. Matanya terus
14 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
melilau ke dalam bilik bagi mencari kelibat Presiden William dan Puan Irene. Kelihatan
Presiden
William
sedang
duduk
di
sofa,
membelakangkannya. Seperti sedang membaca akhbar. Puan Irene pula dilihat sudah berbaring menelentang di atas katil. Serentak itu juga hidung Liam menangkap bau yang kurang menyenangkan, seperti bau zink buruk. Dahi Liam semakin berkerut. Apa yang berlaku?
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Mengapa Presiden William tidak menyahut panggilannya tadi? Lekaslekas Liam melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
“ Tuan–” Langkah Liam serta-merta terbantut apabila kakinya
terpijak sesuatu cairan lekit. Baru dia perasan ada kesan tompokan gelap di atas karpet berwarna merah tua tersebut. Sebaik sahaja dia mengangkat kaki, kesan darah yang sudah mula mengering dan melekit itu melekat pada telapak kakinya. Jantungnya bagai mahu luruh melihat kesan darah tersebut.
“ Tuan William!” Liam melaung cemas sambil berlari
mendekati Presiden William. Tiada satu pun panggilan Liam disahut oleh Presiden William dari tadi. Perasaannya semakin tidak keruan. Kali ini Liam sudah berada betul-betul di belakang sofa yang diduduki Presiden William.
“ Tuan?” Liam menyentuh bahu Presiden William dan cuba
menggoncangnya, namun tubuh Presiden William yang duduk tegak itu terasa begitu keras sekali. Spontan Liam menarik tangannya kembali, matanya membulat. Tangan Presiden William di sisi sofa itu kelihatan pucat bagai kekurangan darah. Lekas-lekas Liam melangkah ke hadapan Presiden William.
SYERAHO | 15
Sebaik sahaja Liam melihat wajah Presiden William, dia terus jatuh terduduk. Seluruh tubuhnya menggeletar. Dadanya mengembang dan menguncup bagai tidak cukup nafas. Dia mahu menjerit, tetapi kerongkongnya bagai tersumbat. Mata Presiden William terbeliak seolah-olah sakarat mencabut nyawanya dalam keadaan dia terperanjat dan ketakutan. Mulutnya separa terbuka dengan lidah yang sedikit terjelir keluar. Pada dahi
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Presiden William jelas kelihatan suatu kesan lubang seperti tebukan yang telah menembusi tempurung kepalanya.
Yang sedang duduk di sofa tersebut hanyalah jasad Presiden
William yang sudah tidak lagi bernyawa.
16 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Manusia Ciptaan Pandangan yang gelap perlahan-lahan semakin cerah. Kening Athena berkerut, sebelah tangannya menahan cahaya daripada terus mencucuk retina mata. Athena bangkit dari perbaringannya dengan perasaan aneh. Lampu biliknya tidak pernah seterang ini. Seolah-olah sumber cahaya tersebut terlalu dekat dengannya. “Athena,”
satu
suara
menegurnya.
Tersentak
Athena
mendengarnya, terus tangannya dijatuhkan dan matanya membeliak. Wanita yang sedang duduk di sisi katil itu memandang tepat ke arahnya dengan riak wajah penuh kerisauan. Athena ingin bersuara, namun suaranya bagaikan tersekat.
“Adakah kamu menyesal, lahir ke dunia ini?”
“Dr… Dr Aria…?” gugup suara Athena menuturkan. Sukar
untuk dia percaya. Jantungnya mula berdetak laju. Kepala Athena lantas menoleh ke kiri dan ke kanan, kemudian belakang. Dia kenal tempat ini. Fasiliti Gabriel. Tempat dia dilahirkan.
SYERAHO | 17
Bukan, yang lebih tepat ialah tempat dia dicipta – manusia ciptaan makmal pertama yang dipanggil neo-manusia. Di sebelahnya pula ialah Dr Aria – antara saintis yang melakukan kajian neomanusia dan menjaganya semenjak dia pertama kali melihat dunia. Dr Aria sahajalah manusia yang melayannya seperti seorang ibu, menyayanginya tanpa syarat dan melindunginya. Kenapa dia berada di sini? Adakah ini… mimpi?
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Kepala Athena kemudian beralih kembali pada wanita yang
dipanggil Dr Aria itu. Mata Athena langsung tidak berkedip. Matanya tidak silap. Memang Dr Aria yang sedang duduk di sisinya.
‘Ini… ini pasti mimpi!’ Athena mendesah. Dia menampar
sebelah pipinya beberapa kali sambil memejamkan mata.
‘Dr Aria… Dr Aria dah…’ Athena membuka matanya semula,
namun Dr Aria masih lagi ada di situ. Dia masih berada di tempat yang sama.
‘…dah lama tiada.’
Athena melepas nafas berat. Telinganya bagai dapat mendengar
semula bunyi tembakan dan jeritan konco-konco Ezakiel. Athena
mengangkat kedua-dua tangannya lalu merenung telapak tangannya. Nafasnya memberat. Masih terasa hangat tangannya itu apabila merangkul jasad Dr Aria yang longlai. Tubuh Dr Aria basah dengan
darah setelah ditembak konco Ezakiel, menunggu masa sakarat mencabut nyawanya. Dr Aria terkorban semata-mata kerana mahu melindunginya. Dia pula gagal melindungi Dr Aria. Athena menatap kembali wajah Dr Aria. Ini pasti mimpi, dia yakin. Dada Athena menyesak melihat 18 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
wajah yang dirindukannya itu. Mengapakah dia bermimpikan Dr Aria? Mengapakah dia bermimpi hal yang mengungkit rindu dan luka lamanya kembali? Dr Aria kemudian bangun dan berdiri betul-betul di hadapan Athena. Terus tangannya memegang erat kedua-dua belah bahu Athena. Athena tergamam. “Dengar, Athena. Dalam dunia ini, ada manusia yang memilih
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
untuk berlaku zalim kepada manusia lain dengan kuasa yang mereka ada. Dan kekuatan kamu harus digunakan untuk melindungi. Kerana itu, kamu harus pergi dari sini!” sungguh-sungguh Dr Aria menyatakannya. Genggamannya semakin kuat, Athena dapat merasakannya.
Kata-kata Dr Aria itu membuatkan Athena tersentak. Ia kata-
kata yang sama sebelum Dr Aria pergi meninggalkannya buat selamalamanya.
“Kita kena lari dari sini, Dr Aria!” Athena membalas
cemas sambil cuba menarik lengan Dr Aria. Fikirannya semakin bercangkaliwang. Athena tahu ini pasti ialah mimpi, malah mimpi yang menyakitkan, tetapi dia tidak mahu alam mimpi itu memperlihatkan lagi dia kehilangan Dr Aria!
“Saya hanya akan melambatkan, kamu harus pergi segera!” Dr
Aria menarik semula lengannya. Wajah Athena berubah keruh. Jawapan yang sama diulang Dr Aria. Ia terlalu sama. “Saya tak mahu rasai kehilangan Dr Aria lagi! Tolong….” Mata Athena mula berair, nafasnya mula turun naik. Dadanya terasa bagai SYERAHO | 19
ditekan kuat. Athena tidak mahu mengulang memori pedih itu lagi. Tidak kali ini! Dr Aria menggeleng tegas. Jantung Athena bagai mahu gugur. Giginya diketap kuat. “ Tidak!!!” Athena terus merentap tangan Dr Aria sambil mengorak langkah ke arah pintu. Namun langkahnya mati apabila tubuh Dr Aria langsung tidak dapat digerakkan. Dia cuba menarik
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
lengan Dr Aria sekuat hatinya namun tubuh Dr Aria tetap tidak berganjak. Debaran jantung Athena semakin kencang.
“Kenapa..?!” Athena semakin durja. Tangannya menggeletar.
Dr Aria menggeleng lagi.
“Maafkan saya, kamu terpaksa mengharungi semua ini sendiri,”
Dr Aria bersuara lirih. Kali ini Athena melihat ada linangan jernih
jatuh mengikut alur pipinya. Terus Athena bertelut, sedang kedua-dua tangannya masih memegang erat lengan Dr Aria.
“Jangan… saya tak mahu ditinggalkan lagi, Dr Aria…” Dia
merayu. Dadanya terasa ditusuk-tusuk, lebih bisa berbanding disakiti tujahan peluru yang mengenai tubuh. Air matanya mula bertakung. DUMMM!
Pintu yang dibelakangkan Athena dirempuh sehingga terbuka
luas. Athena terperanjat. Beberapa orang tentera lengkap bersenjata meluru masuk sambil mengacu senjata. Mata Athena membeliak. “JANGAN!!!”
20 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
Terus Athena berdiri di hadapan Dr Aria, tangannya didepangkan. Biar kali ini, dia yang menjadi benteng untuk melindungi Dr Aria. “ Tembak!” Berdas-das tembakan dilepaskan. Mata Athena membuntang. Peluru-peluru tersebut melepasinya tanpa mencederakannya sedikit
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
pun. Athena bingkas menoleh ke belakang. Tubuh Dr Aria sudah dihentam tembakan bertubi-tubi
sehingga rebah.
“Dr Aria!” Athena meraung sambil merangkul tubuh Dr Aria
yang terkulai. Air matanya tumpah, pipinya basah. Dia tidak berjaya melindungi Dr Aria. Walau apa pun yang dilakukan, dia tetap gagal melindungi Dr Aria.
“Dr Aria!!!” Athena menjerit sekuat-kuat hatinya.
***
Mata Athena terbuntang luas.
Dia memerhatikan segenap sudut ruang biliknya. Dia tidak
berada di Fasiliti Gabriel. Dia berada di dalam biliknya di Residen Harmoni.
Terus dia bangun ke posisi duduk. Tubuhnya dipusing ke sisi sambil tangan meraup wajah. Dia cuba menenangkan diri. Athena menghela nafas dalam-dalam dan menghembusnya dengan berat. Seketika kemudian baru dia perasan yang pipinya sudah
SYERAHO | 21
basah. Bukan dengan peluh, tetapi dengan air mata. Matanya masih berair. Athena melepaskan keluhan sekali lagi. Mimpinya sebentar tadi terasa seperti dunia sebenar. Suara Dr Aria. Wajah Dr Aria. Perasaannya apabila Dr Aria memegang bahunya dan bercakap dengannya. Mimpi itu juga berakhir sama – Dr Aria terbunuh kerana mahu melindunginya. Semua itu mencucuh rasa pedih semula. Wajah Ezakiel
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
kemudian muncul dalam fikiran. Kedua-dua tangan Athena lantas
digenggam sehingga sedikit gigil, menahan rasa marah dan benci yang mula menyusup. Ezakiel.
Orang yang bertanggungjawab atas kematian Dr Aria. Ezakiel
mempergunakan Dr Aria untuk mencipta dirinya – Athena, neomanusia yang punya daya pemulihan sangat pantas serta memiliki kekuatan dan kepantasan melebihi manusia biasa – atas nama kajian untuk kebaikan manusia. Namun semua itu hanya wayang Ezakiel.
Apabila Dr Aria mengetahui bahawa penciptaan neo-manusia
sebenarnya ialah sebuah projek penghasilan senjata bio, Dr Aria
menggesa Athena untuk melarikan diri. Athena berjaya melarikan diri, tetapi dia gagal melindungi Dr Aria.
Rasa pedih itu menyerang kembali. Tidak cukup dengan itu,
Ezakiel bahkan mencipta seorang lagi neo-manusia bernama Zeus yang memiliki keupayaan mengawal kuasa petir. Dia dan Zeus ialah neo-manusia, sama-sama dicipta di dalam makmal. Cuma Zeus memiliki kekuatan untuk menghasilkan cas-cas elektrik dan kilat. Kekuatan Zeus tidak mungkin mampu ditandingi olehnya seorang.
22 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
Tok! Tok! Tok! Perhatian Athena terus dihalakan ke arah pintu biliknya. “Kau okeykah? Aku dengar kau menjerit tadi.” Satu suara sayup-sayup kedengaran di sebalik pintu. Suara yang tidak asing pada Athena. Lantas Athena bangun dan melangkah ke arah pintu biliknya.
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Pintu tersebut dibuka. Seorang wanita tinggi lampai lengkap berkerudung kepala sudah terpacak di depan biliknya dengan riak berkerut. Pada wajah wanita berumur awal 30-an itu, jelas terpancar kebimbangannya.
“ Tak ada apa-apa, Layla. Aku mimpi ngeri tadi. Maaf sebab
buat kau risau,” ujar Athena sambil mengukir senyum pendek.
“Betul ni?” wanita yang dipanggil Layla itu bertanya lagi, mahu
memastikan.
“Betul, jangan risau,” Athena mengulang. Layla masih
merenungnya sambil berpeluk tubuh.
“Kau kerja kuat sangat ni. Kalau ada nak cerita apa-apa,
beritahu ya, Aria?” Bahu Athena ditepuk perlahan. Athena membalas dengan anggukan dan senyuman sebelum Layla melangkah pergi. Athena hanya menonton langkahan Layla yang semakin jauh. Gelagat Layla tidak ubah seperti seorang kakak yang risau akan adiknya. Walaupun umur Layla hanya tua beberapa tahun daripada Natalya — sahabat baik Athena — namun kematangan mereka sangatlah ketara. Ketika Athena ‘dilahirkan’, umur tubuhnya sudah mencecah 20 tahun. Dia selalu terlupa bahawa Natalya itu lebih tua hampir
SYERAHO | 23
tujuh tahun daripadanya kerana sikap Natalya yang santai dan suka melayannya sebagai kawan. Layla pula selalu melayannya seperti seorang adik, dan ibarat seorang ibu yang garang dengan kebanyakan anak-anak kecil di Residen Harmoni ini. Sebaik sahaja kelibat Layla menghilang, Athena terus melangkah ke arah singki, membasuh muka kemudian membersihkan diri. Sejurus itu dia pergi ke ruang dapur. Tangannya pantas
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
mencapai bekas minuman dan membancuh air. Sambil mengacau bagi menyejukkan bancuhan air yang panas itu, Athena melabuhkan duduknya pada kerusi. Emosinya sedikit terganggu dengan mimpi yang dialaminya.
Di Residen Harmoni, tiada siapa tahu identitinya yang
sebenar. Dia menggunakan nama alias ‘Aria’ sempena nama Dr Aria
yang pernah menjaganya dulu. Dia hanya memberitahu yang dia bekerja sebagai anggota penguat kuasa di Erudayn, maka penduduk
di situ menganggap dia bekerja sebagai polis Erudayn. Athena tidak mahu membahayakan penduduk di situ sekiranya mereka tahu dia
bekerja dalam Inteligen Khas Erudayn, bahkan dia juga tidak mahu meninggalkan rekod kewujudannya di situ.
Namun dia tahu, lambat-laun dia harus memberitahu Layla
dan semua orang di Residen Harmoni akan hal yang sebenar. Pada ketika itu, dia tidak boleh lagi tinggal di sini.
Residen Harmoni merupakan tempat berteduh bagi sesiapa sahaja yang memerlukan. Orang ramai yang tidak mampu menyara hidup kebanyakannya terpaksa merempat di kawasan ‘terbuang’ di Mydas – daerah paling miskin di Erudayn. Di situlah juga tempat Residen Harmoni dibina agar dapat membantu golongan yang hidup
24 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
tersepit untuk perlahan-lahan membina hidup mereka semula. Ketika Athena melarikan diri dari Fasiliti Gabriel dan tidak tahu arah tujuannya, dia terserempak dengan Layla. Layla mengajaknya berteduh di Residen Harmoni. Semenjak itu, Athena terus tinggal di situ sambil membantu Layla dan organisasinya memastikan residen itu sentiasa dalam keadaan yang baik dan terjaga. Athena mencicip air coklat yang dibancuhnya. Matanya
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
kemudian terpandang refleksi wajahnya pada bekas air yang diperbuat daripada logam itu. Nampak tanda lesu pada bawah matanya. Tidak hairan Layla selalu sahaja risau akan keadaannya yang kelihatan sedikit kusut itu.
Semua gara-gara pertembungannya dengan Zeus. Neo-
manusia berkuasa petir itu bersama konco-konco Ezakiel telah menculik Puan Irene, isteri Presiden William. Semata-mata mahu mengumpan Athena keluar sehingga dirinya berjaya ditangkap oleh Zeus. Namun Natalya, Joseph dan rakan-rakannya di Inteligen Khas berjaya menemukannya. Pertembungan antara Athena dan Zeus berakhir dengan Zeus berjaya melarikan diri.
“Kau bukan manusia, Athena. Kau hanya makhluk ciptaan,
senjata biologi seperti aku. Untuk apa kau melindungi mereka?”
Kata-kata yang pernah dilontarkan Zeus kepadanya terngiang-
ngiang. Dia dicipta daripada templat DNA milik Ezakiel dan dibesarkan oleh Ezakiel – untuk menjadi senjata, untuk membunuh manusia. Athena mengeluh. “Engkau benar, Athena. Ada sisi dunia ini yang aku belum lihat, dan aku belum mengerti,” ujar Zeus. “Tapi, aku masih lagi mempercayai
SYERAHO | 25
Bapa. Di masa akan datang jika kita bertembung lagi, kita benar-benar ialah musuh, Athena.” Kata-kata terakhir Zeus sebelum dia meloloskan diri daripada ditangkap Inteligen Khas itu membuatkannya terasa ralat. Sakit. Kecewa. Bagai tertelan jarum. Jauh di sudut hati, Athena tahu Zeus hanya keliru dengan dunia, dia bukanlah orang yang jahat. Dia hanya keliru kerana tidak pernah melihat sisi dunia yang dipenuhi dengan
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
orang yang baik. Athena menghabiskan baki air di dalam bekas airnya. Matahari
masih belum terbit, dia masih punya masa untuk melelapkan matanya
sebentar dan melepaskan sedikit lelah yang masih bersisa. Athena
menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk. Baru sahaja matanya mahu dipejamkan, ada satu panggilan masuk langsung menghalang.
Panggilan daripada Joseph. Berkerut dahi Athena. Alat
komunikasi terus disambung ke telinga, panggilan disahut. “Joseph?”
“Athena, datang segera ke rumah Presiden. Ada kes
pembunuhan,” arahan tersebut terus meluncur ke telinga Athena yang baharu hendak melelapkan mata.
“Kes pembunuhan?” Mata yang hampir dikuasai kantuk terus
terbuka bagai direnjat elektrik. Tubuhnya terus meloncat bangun. “Siapa…?” “Presiden William dan isterinya. Datang segera, jumpa di sana.” Panggilan itu terus dimatikan.
26 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Kes Pembunuhan Sebaik sahaja motosikal diparkir, Athena bergegas melangkah meredah manusia yang memenuhi luar gerbang pagar rumah Presiden William Brook. Rumah Presiden William malam itu menjadi tumpuan ramai pihak – polis, wartawan, dan Inteligen Khas. Semuanya kerana berita pembunuhan yang meragut nyawa Presiden William dan isterinya.
Belum hilang lagi lelah Athena dan yang lain berusaha
menyelamatkan
isteri
Presiden
William
yang
diculik
serta
pertembungan mereka dengan Zeus, mereka terus dikejutkan dengan berita menggemparkan ini.
Kebingungan dan keresahan bersatu menyerbu bersama
persoalan-persoalan lain, namun semua itu didiamkan. Athena bergegas ke lokasi kejadian. Tiba di hadapan pagar kawasan perumahan tersebut, Athena menunjukkan kod bar identifikasi kepada pegawai polis yang berkawal. Sesiapa yang tidak berkaitan terutamanya para wartawan dihalang daripada memasuki dan mengganggu pihak berkuasa melakukan siasatan. Pegawai polis tersebut mengimbas kod bar yang disuakan Athena lantas mengesahkan Athena sebagai ahli
SYERAHO | 27
Inteligen Khas. Pegawai polis tersebut terus memberi laluan kepada Athena untuk masuk. Athena berlari-lari masuk dengan gegasnya. Jarak antara pagar utama dengan rumah agam kediaman Presiden William memakan masa beberapa minit. Kawasan kediaman mewah itu amat luas, taman-taman cantik menghiasi sekeliling rumah agam itu. Namun kecantikan taman itu menjadi pudar dengan kehadiran pihak polis
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
yang berlegar-legar dan berwaspada agar wartawan tidak menceroboh kawasan siasatan.
Sebaik sahaja Athena sampai di pintu utama, seorang pegawai
polis terus mengiringinya ke lokasi pembunuhan. Athena menurut
langkah pegawai polis tersebut sambil melemparkan pandangannya ke
seluruh ruang rumah yang luas itu. Perabot-perabot kayunya berkilat. Ada yang bertatah emas, tidak kurang dengan hiasan emas dan perak,
bahkan seluruh ruang itu terhampar permaidani. Di ruang tamu itu, lampu candelier gah tergantung di siling dan menerangi segenap ruang. Sayangnya semua kemegahan itu bagai hilang makna dengan kematian pemiliknya. Mata
Athena
kemudian
menangkap
beberapa
susuk
berpakaian seragam pembantu rumah yang sedang berdiri dalam satu barisan panjang. Susuk-susuk itu semua memiliki wajah yang sama – kerana mereka hakikatnya merupakan android, bukan manusia
sebenar. Namun semua android itu mampu menyerupai suara dan wajah manusia, serta boleh berperlakuan mirip manusia sebenar mengikut program yang telah ditetapkan. Di Erudayn, penggunaan android sangat terbatas untuk tugas-tugas domestik sahaja, itu pun hanya orang kaya sahaja yang
28 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
mampu memilikinya. Melakukan modifikasi terhadap android untuk tujuan yang boleh membahayakan manusia, hatta menjadi pengawal keselamatan, akan dikenakan hukuman berat. Setiap android yang dijual memiliki peranti anti-keganasan yang akan mematikan fungsi android andai didapati fungsinya diubah suai atau disalahgunakan. Beberapa orang anggota polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas kesemua android pembantu rumah tersebut. Barangkali sedang memeriksa sama ada peranti android tersebut masih berfungsi atau
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
tidak.
Hanya ada satu nama yang dikenali Athena telah mengubah
suai android menjadi senjata peperangan dan membahayakan orang lain – Ezakiel. Kemunculan android yang menyerang Athena dan rakan-rakannya di pelabuhan Syll sebelum ini membuktikan betapa bahaya kewujudan android ini apabila dijadikan senjata.
Pegawai polis yang mengiring Athena berhenti di sebuah
bilik, pintunya terbuka. Ia merupakan bilik tidur Presiden William dan isterinya, Puan Irene. Bilik yang sama Presiden William dibunuh. Sebelum melangkah masuk, pegawai polis tersebut menghulurkan kasut khas dan sepasang sarung tangan getah buat Athena – prosedur biasa agar tidak mencemarkan ruang siasatan. Athena menyambut huluran tersebut, kasutnya terus ditukar dan sarung tangan getah dipakai. Di dalam, unit homisid daripada pihak polis dan bahagian forensik masing-masing tekun menjalankan tugas. Kamar tidur itu amat luas, mungkin boleh memuatkan lebih 10 buah katil besar di dalamnya. Sebaik sahaja Athena melangkah masuk, matanya melilau bagi mencari kelibat Joseph dan Natalya. Pandangan Athena mengecam
SYERAHO | 29
kelibat seorang perempuan berambut perang yang panjangnya hampir mencecah bahu, sedang berdiri membelakangi Athena tidak jauh dari situ. Kelibat yang dicari Athena. Langkahnya terus diatur laju ke arah Natalya. “Natalya,” Athena menegur Natalya yang sedang tekun membaca laporan yang terpapar pada skrin telefon yang dipegangnya. Natalya terus berkalih sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil.
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
“Apa yang berlaku pada Presiden William dan Puan Irene?
Macam mana mereka boleh dibunuh?” Persoalan demi persoalan terus diajukan oleh Athena.
Natalya tidak terus menjawab. Telefon dalam genggaman
disimpan.
“Aku ada sesuatu nak tunjuk pada kau. Ikut aku,” ujar Natalya
seraya melangkah ke arah katil. Athena menurut langkah Natalya dari
belakang. Di atas katil tersebut, masih terbujur mayat Irene Brook. Mayatnya terbaring menelentang, matanya terpejam rapat. Rambut hitamnya tersisir rapi, malah pakaiannya juga dalam keadaan yang kemas. Tiada kesan koyakan langsung.
Natalya berdiri di sisi mayat tersebut. “Mayat ni… bukan Puan
Irene.”
Kenyataan tersebut menyentap perhatian Athena.
“Apa...?” Mata Athena terus dihalakan ke wajah mayat tersebut. Walau macam mana pun dia menatapnya, wajah itu masih lagi dilihatnya sebagai Puan Irene. ‘Puan Irene ada kembar?’
30 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
“Ini laporan kes setakat ini.” Natalya menyuakan telefonnya. Athena mencapai telefon tersebut. Laporan bertulis kes homisid itu terpampang. Natalya menatal skrin ke bahagian laporan identifikasi mangsa. “Cap jari mangsa...” Natalya menunjuk ke arah gambar mangsa yang berwajah seperti Puan Irene, “...mengesahkan yang ini bukan Puan Irene. Identiti mangsa masih tak diketahui.”
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Athena masih bingung. Bagaimana semua ini boleh terjadi?
Natalya kemudian melutut di sisi mayat ‘Puan Irene’. “Lihat ni.” Athena mengalihkan perhatiannya kepada Natalya.
Natalya menunjukkan sesuatu di bawah dagu ‘Puan Irene’.
Athena membongkokkan tubuhnya untuk melihat dengan teliti.
Seperti ada satu garis halus yang sukar dilihat, tapi jika
diperhatikan pada jarak yang dekat, garisan itu seperti garis pemisah yang bersambung sehingga pangkal telinganya. Berkerut dahi Athena melihat kesan tersebut.
“Wajah dia dibedah untuk menyerupai Puan Irene,” beritahu
Natalya lagi.
Athena tidak memberikan apa-apa reaksi. Otaknya sukar
mencerna apa yang sedang berlaku. Wajah Ezakiel terus melintasi fikirannya. Begitu juga dengan Zeus. Bayangan pertarungan mereka di pelabuhan Syll menerjah. “Jadi sebelum ini, kita selamatkan orang yang salah...?” Soalan itu terluah. Athena menegakkan tubuhnya kembali. Raut tidak senang mulai terpapar pada wajahnya. “Adakah kita sebenarnya dah terjatuh ke dalam perangkap Ezakiel?” SYERAHO | 31
Natalya diam. Jujurnya Natalya mengesyaki hal yang sama, namun tiada bukti yang jelas menghubungkan kes pembunuhan itu dengan penglibatan Ezakiel. Meskipun itulah yang difikirkannya. Natalya kemudian berdiri semula. “ Terlalu awal untuk kita simpulkan apa-apa,” ujar Natalya, ringkas.
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Kata-kata Natalya itu ada benarnya, fikir Athena. Lambatlambat dia mengiakan.
“Presiden William pula...”
“Di sana,” Natalya menunjuk ke arah yang bertentangan dengan
wajah Athena. Terus Athena menoleh dan dia melihat tubuh Presiden
William yang tidak bernyawa dari sisi. Dari arah pintu masuk tadi, tubuh Presiden William tidak kelihatan kerana sofa yang didudukinya membelakangkan pintu masuk.
Beberapa orang ahli forensik masih mengambil gambar dan
beberapa buah sampel daripada tubuh Presiden William. Di dahinya
jelas menampakkan kesan lubang peluru yang menembusi tengkorak.
Mati ditembak. Namun mayat Presiden William dan ‘Puan Irene’ seperti ‘dibersihkan’ sebelum kedua-duanya ini disusun semula; Puan
Irene terbaring di atas katil dan Presiden William pula duduk di sofa. Darah pada wajahnya turut dibersihkan.
Mulut Athena bagai terkunci. Suaranya seperti tersekat di kerongkong, sukar untuk menelan kenyataan. Dia tidak mengerti untuk apa kedua-dua mayat ini disusun begini. Mindanya ligat melontarkan soalan demi soalan.
32 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
‘Kenapa mereka berdua dibunuh? Mengapa ada orang yang menyamar sebagai Puan Irene? Jika ini bukan sebuah perangkap atau agenda licik Ezakiel, apa lagi? Dendam? Jika dendam, perlukah mayatnya disusun begini?’ “Athena, Natalya,” satu suara melaung. Kedua-dua pemilik nama itu menoleh. Terlihat kelibat lelaki yang memakai sut hitam sedang berjalan menuju ke arah mereka –
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Joseph. Rambut hitam lelaki itu kelihatan serabut tidak terurus, malah kumis dan jambangnya yang biasa kekal nipis itu juga seperti sudah lama tidak cukur. Wajahnya jelas kusut. Athena dan Natalya turut berjalan mendekati Joseph.
“Ada dapatan baru tentang kes ni?” ujar Athena sebaik sahaja
mereka mendekat.
Joseph mengeluarkan sebuah tablet dari dalam sutnya,
kemudian memancarkan hologram yang memuatkan data-data terkumpul di lokasi pembunuhan dan susun atur kawasan rumah Presiden. Satu per satu maklumat terpapar. Semua itu maklumat yang telah dikemas kini secara langsung.
“Mangsa pembunuhan – Presiden William Brook – dibunuh
lebih kurang lapan jam yang lalu. Punca kematian, tembakan tepat menembusi dahi. Mayat Presiden dibersihkan dan didudukkan di atas sofa di sana, membelakangkan pintu. Liam, pembantu peribadi Presiden yang melaporkan sebaik sahaja dia nampak keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa. Seorang lagi mangsa mati disebabkan suntikan racun ke dalam pembuluh darah di lehernya. Identiti sebenarnya ialah Tiffany Adler. Pada bahagian bawah dagunya ada kesan pembedahan menukar wajah.” Athena dan Natalya masingmasing mendengar dengan teliti. SYERAHO | 33
“Cuma kes ni sangat aneh,” Joseph menyambung lagi. “Keduadua mayat selepas dibunuh, diposisikan semula; Tiffany di atas katil dan Presiden William di atas kerusi. Darah Presiden William dibersihkan. Persoalannya ialah kenapa pembunuh mengambil risiko menyusun mayat-mayatnya seperti ini?” Joseph menyudahkan penerangannya dengan persoalan yang masih belum terjawab. “Apa kata detektif daripada unit homisid?” Natalya bertanya
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
lagi. “Buntu.” Joseph menggeleng. “Kesemua android pembantu
rumah ini berfungsi dengan baik, peranti anti-keganasan mereka
tidak menunjukkan tanda-tanda mereka diubah suai atau digodam. Unit homisid merekodkan profil pembunuh ni sebagai seseorang yang punya kecenderungan yang abnormal – seperti pembunuh bersiri yang
sukakan aturan tertentu pada mangsanya. Ataupun, mereka menaakul
bahawa kes ini melibatkan geng mafia yang mempunyai agenda tertentu. Tapi aku tidak yakin dengan kedua-dua penaakulan awal itu...” kata-kata Joseph terhenti, dia mengambil nafas dalam. Athena dan Natalya masih diam, menanti ayat yang bakal dituturkan Joseph.
“...Aku merasakan yang Ezakiel terlibat dengan kes ini.” Joseph
menyudahkan kata-katanya.
Khali sejenak antara mereka. Hati mereka kuat mengatakan
bahawa Ezakiel merupakan antara dalang kes pembunuhan ini, walaupun bukan Ezakiel yang membunuh dengan tangannya sendiri. Pihak Inteligen Khas baru sahaja mahu menarik nafas lega lantaran kejayaan mereka menyelamatkan Puan Irene daripada penculikan yang dirancang oleh Ezakiel, namun disambut pula dengan berita pembunuhan Presiden William dan identiti palsu Puan Irene. Ia satu
34 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
kebetulan yang hampir mustahil tiada perkaitan. Namun mereka tidak mempunyai apa-apa bukti kukuh. Banyak persoalan yang belum terjawab, bahkan petunjuk pula sedikit. “ Tapi... terlalu awal juga untuk kita menafikan sebarang kemungkinan tanpa laporan forensik dan balistik,” Joseph bersuara. Kerana itu kes pembunuhan berprofil tinggi ini turut melibatkan pihak polis pusat Erudayn bahagian unit homisid dan bukan Inteligen
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Khas sahaja yang bertanggungjawab menyiasatnya. “Ada rakaman kamera keselamatan, kan? Patut ada petunjuk
yang jelas,” ujar Natalya.
“Ada, mereka sedang cuba ekstrak rakaman tersebut daripada
syarikat keselamatan yang menyimpan rekod. Buat masa ini, tidak banyak petunjuk yang kita ada,” Joseph membalas.
“Bagaimana kalau pembunuhan ini hanya satu agenda Ezakiel
untuk memperdayakan kita?” duga Athena tiba-tiba. Joseph dan Natalya memandang ke arah Athena.
“Maksud kau?” Joseph cuba mendapatkan penjelasan lanjut
supaya dia tidak salah faham.
“Kalau betul Puan Irene yang sebenar masih diculik oleh
orang-orang Ezakiel, tujuan Ezakiel bukanlah mahu membunuh Presiden William, tetapi mahu mengalihkan perhatian kita supaya
masuk ke dalam perangkap permainannya. Dia sebenarnya mahu memburu aku,” Athena menyuarakan kebimbangannya. Yang pernah memperdaya Inteligen Khas untuk memburu Athena tidak lama dahulu.
SYERAHO | 35
Yang telah menculik Puan Irene dan merencana serangan pengganas ke atas Erudayn sehingga menyebabkan mereka terperangkap, dan Zeus pula berjaya menangkap Athena. Semua itu kelicikan Ezakiel. Dia mahu mencetuskan peperangan atas nama keamanan. Apakah yang mampu menghalangnya untuk merencanakan sesuatu
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
yang mengelirukan seperti ini lagi? Beep beep!
Telefon milik Joseph berbunyi, satu mesej masuk bersama
mesej suara. Terus Joseph membuka mesej yang dihantar.
“ Tuan Joseph, rakaman kamera keselamatan di rumah Presiden
sudah diterima,” mesej suara daripada anak buah Joseph kedengaran.
Sejurus itu, fail yang dihantar terus dibuka. Telefonnya
memancarkan rakaman daripada kamera keselamatan sekitar waktu
pembunuhan berlaku. Ketika Presiden William dan ‘isterinya’ tiba di
rumah, kelihatan ‘Puan Irene’ berpeluk tubuh dan ketakutan. Presiden William memberitahu sesuatu kepada Liam, dan Liam mengangguk
kemudian berkata sesuatu sebelum beredar. Melalui rakaman, Liam dilihat membawa kereta dan memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut.
“Liam tiada di rumah sewaktu pembunuhan berlaku,” Joseph bersuara. Kecurigaannya kepada Liam berkurangan. ‘Puan Irene’ kemudian tiba-tiba menangis dan kelihatan meraung. Presiden William cuba menenangkannya kemudian terhenti dan melihat ke arah pintu. Melalui kamera keselamatan yang lain, ada
36 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA
seorang perempuan berbaju uniform pembantu rumah mengetuk pintu bilik mereka. Wajahnya membelakangkan kamera dari arah luar bilik, tidak kelihatan. Presiden William kemudian bangun untuk membuka pintu tersebut namun ‘Puan Irene’ menahan Presiden William sambil menggeleng-geleng, seperti enggan membenarkan. “ Tiffany nampak sangat takut… macam tahu yang dia akan dibunuh,” Athena memberi komentar. Natalya dan Joseph mengiakan.
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Presiden William tidak mengendahkan dan meleraikan
pegangan ‘Puan Irene’ lalu terus menuju ke arah pintu. Setelah pintu dibuka, wajah pembantu rumah tersebut terus kelihatan melalui kamera keselamatan bilik tersebut. Pembantu rumah itu mendapatkan ‘Puan Irene’ setelah Presiden William berkata sesuatu kepadanya.
Melihatkan wajah pembantu rumah tersebut, jantung Natalya
terasa bagaikan disentap. Matanya membuntang.
Pembantu rumah tersebut menyuntik sesuatu pada leher ‘Puan
Irene’ sambil mengatakan sesuatu. ‘Puan Irene’ atau Tiffany terus menggelupur. Buih keluar daripada mulutnya. Presiden William yang terkejut dengan apa yang berlaku tidak sempat buat apa-apa apabila pembantu rumah tersebut mengeluarkan sepucuk pistol yang lengkap dipasang penyenyap bunyi lantas menembak tepat mengena dahi Presiden William. Pembantu rumah itu mengeluarkan telefon dan berbicara dengan seseorang sebelum menembak kamera keselamatan yang ada di dalam bilik tersebut. Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku. Namun wajah Natalya lebih menampakkan raut gerun.
SYERAHO | 37
“Apa yang dia buat di sini…,” separa berbisik, Natalya menggumam kata-kata itu sendiri, namun cukup jelas untuk didengari Athena. Athena menoleh ke arah Natalya dan perasan perubahan yang ketara pada wajah Natalya. “Pembantu rumah itu merupakan suspek utama kita,” ujar Joseph lantas dia menghubungi seseorang melalui telefonnya. “Imbas wajah pembantu rumah tersebut dan dapatkan maklumat dia,” Joseph
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
memberi arahan kepada skuad Inteligen Khas. “Maklumat peribadi dia tiada dalam mana-mana rekod di
Erudayn,” Natalya mencelah tiba-tiba.
Mendengar itu, Joseph menjauhkan telefon dari telinganya.
Raut wajahnya menampakkan kekeliruan.
“Kau kenal dia?” Athena bertanya. Melihat reaksi Natalya
sebentar tadi, Athena yakin suspek tersebut dikenali Natalya. Persoalannya, siapakah kelibat suspek tersebut sehingga Natalya sendiri pucat melihat keberadaannya?
Natalya memejamkan mata. Dia memeluk tubuh sambil
menghela nafas berat, kemudian melepaskannya perlahan-lahan.
“Itu Jane,” Natalya menjawab pendek. Dia kemudian menghela
nafas dalam-dalam sekali lagi.
Athena dan Joseph menunggu kata-kata selanjutnya daripada Natalya. “Dia pembunuh profesional sama dengan aku dulu. Kami sama-sama membesar dalam keluarga mafia Hans Nikolov.”
38 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA