Buku Program Watikah Pelantikan Pengawas SMK Seri Desa 2022

Page 1

SMK SERI DESA Majlis Watikah Pelantikan Pengawas (Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, PRS, SPBT, Koperator dan Ketua Tingkatan) Isnin, 25 April 2022 7.30 pagi, Dewan Terbuka

PENDAHULUAN

Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan keterampilan warga organisasi.Pemimpin merupakan unsur terpenting dalam sesebuah organisasi dalam mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin seharusnya dihargai dan dilantik secara rasmi. Majlis penyerahan watikah pelantikan ini adalah merupakan majlis tahunan sekolah bagi memaklumkan kepada semua pengawas tentang tangungjawab dan tugas yang bakal digalas. Diharapkan majlis ini akan lebih memberikan motivasi dan galakan kepada pemimpin pelajar untuk terus berkhidmat demi sekolah tercinta

OBJEKTIF Mengiktiraf pemimpin-pemimpin pelajar dalam menjalankan tugas rasmi sekolah. Menanamkan semangat budaya kerja cemerlang dikalangan pemimpin pelajar. Mengeratkan hubungan silatturahim dalam kalangan semua pemimpin sekolah dengan pihak sekolah.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.