Jurnal Teknokrat Jld XV 2013

Page 141

Kemahiran menguruskan masa didapati mempunyai min yang paling rendah berbanding kemahiran belajar yang lain. Malah didapati hanya 54.1% pelajar sahaja yang menyediakan jadual aktiviti dan belajar harian. Dapatan ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Ellyza Karim & Rosmawati Shaharuddin (2011) bahawa pelajar PPG mempunyai kekangan masa dan tidak dapat membahagikan antara beban tugas di sekolah dan rumah dengan masa untuk belajar.

Kesimpulan Jenis gaya pembelajaran utama yang diamalkan oleh pelajar PPG Sains kohort 1 di IPG Kampus Pendidikan Teknik adalah kategori rangsangan emosional, diikuti dengan kategori sosiologikal, fizikal, psikologikal dan persekitaran. Manakala kemahiran belajar yang paling dominan dalam kalangan pelajar PPG Sains kohort 1 ialah kemahiran mendengar, diikuti dengan menulis nota, membaca, menghadapi peperiksaan, membuat rujukan dan mengurus masa.

Implikasi dan Cadangan Kepelbagaian gaya pembelajaran yang wujud dalam kalangan pelajar mempunyai implikasi yang penting kepada pedagogi dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Guru dan pendidik guru perlu lebih sensitif dan perlu berusaha mengenal pasti bagaimana pelajar belajar bagi menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai dan sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar. Inventori gaya pembelajaran sesuai ditadbirkan kepada para pelajar di IPG kerana pelajar perlu tahu apakah kekuatan jenis gaya pelajaran masing-masing. Ini adalah pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

140

TEKNOKRAT II JILID XV 2013


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.