Prosiding Kajian Tindakan 7PISMP Matematik 2011

Page 39

PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN 3 BAGI TAJUK PANJANG Oleh : ‘Azad Iqram Bin Nadmilail & Parimalarani a/p Sivasubramaniam

ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji adakah Pembelajaran Luar Bilik Darjah meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 3 bagi tajuk Panjang. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 35 orang murid Tahun 3 Inovatif Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian. Hasil analisis data mendapati bahawa peningkatan min skor sebanyak 24% daripada ujian pra kepada ujian pasca. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, responden juga telah mengalami pengamalan pembelajaran kontekstual iaitu menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Pembelajaran Luar Bilik Darjah dapat meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 3 bagi tajuk Panjang. Kata Kunci: Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Luar Bilik Darjah, Panjang

PENGENALAN Menurut Kolb (1984) pembelajaran kontekstual merupakan situasi pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi. Penglibatan murid dalam persekitaran sekolah bertambah secara signifikan apabila mereka tahu sebab mereka diajar konsep-konsep tertentu dan bagaimana konsep tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kajian, pembelajaran kontekstual menunjukkan majoriti murid akan belajar dengan lebih berkesan dan bekerjasama dengan lebih baik dengan murid lain dalam kumpulan atau pasukan (Noriati A. Rashid: 2009). Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa pembelajaran kontekstual ini adalah kaedah yang mampu membawa murid kepada matlamat pembelajaran, isi dan konsep yang releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Nor Hasniza Ibrahim (2006) menekankan lima perkara utama dalam kajiannya terhadap Kefahaman Dan Tahap Amalan Pembelajaran Secara Kontekstual Di Kalangan Guru Sains Luar Bandar. Beliau menyatakan murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran berikut iaitu menghubungkait, mengalami, mengaplikasikan, bekerjasama dan memindahkan.Menghubungkait atau Relate ialah murid perlu belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. Mengalami atau Experiencing ialah murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan rekacipta. Mengaplikasikan atau Applying ialah murid belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Bekerjasama pula atau Cooperating ialah murid belajar dalam konteks kerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. Memindahkan atau Transfering ialah murid belajar dalam konteks sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui. Salah satu daripada kaedah pembelajaran kontekstual ialah Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Hal ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together and Learning to Be”. Saranan ini juga telah diambil kira dalam penghasilan lima tunjang utama dalam pendidikan Matematik seperti yang telah dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3. Lima cabang utama ialah penyelesaian masalah dalam Matematik,

30


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Prosiding Kajian Tindakan 7PISMP Matematik 2011 by faridah hanim yahya - Issuu