Page 1


Mohd Noor Mahmud - Fauzin Mustafa Hasnul J Saidon - Taufik Abdullah

04.11 - 31.12.2019 Creative Space Balai Seni Negara


04 November - 31 Disember 2019 Creative Space Balai Seni Negara Penerbit Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara No 2 Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak 53200 Kuala Lumpur Malaysia T... 603 4026 7000 F... 603 4025 4987

Ketua Editor Prof. Dato' Dr. Hj. Mohamed Najib Ahmad Dawa Perasmi Pameran Pn. Wairah Marzuki Kurator Faizal Sidik Penyelaras Pameran Muhammad Adziim Abd Wahab Editorial Rohana Mohd Yusof Baktiar Naim Jaaffar Norazmah Rashid Osmihamidy Osman Hartini Yajid Rekabentuk Najmuddin Salleh Zasreen Zainal Jurufoto Intan Idarina Khusairry Muhammad Syafiq Saiful Bahri Š 2019 Balai Seni Negara Hakcipta Terpelihara. Karya yang disiarkan di dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Balai Seni Negara.

www.artgallery.gov.my


KANDUNGAN 06

4 Persepsi

07

Prakata Ketua Pengarah Balai Seni Negara

09

30 Tahun '4 Persepsi' : 1989-2019

16

Air Dicincang Takkan Putus - Nukilan Seorang Teman Seperjuangan

24

Karya Artis

54

Biografi Artis

62

Penghargaan


Pameran 4 Persepsi 2019 mengumpulkan semula karya-karya mutakhir Fauzin Mustafa, Hasnul J Saidon, Mohd Noor Mahmud & Taufik Abdullah dalam sebuah pameran, 30 tahun selepas pameran berkumpulan mereka pada tahun 1989. Sejak tahun 1989, mereka tidak pernah berpameran bersama. Masing-masing meneruskan karier dan perjalanan kesenian tersendiri. Fauzin Mustafa bertugas sebagai pereka set dan kemudiannya menjadi pelukis sepenuh masa. Hasnul J Saidon melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan pulang untuk bertugas sebagai pensyarah di ITM (Pada 26.08.1999, ITM telah diiktiraf sebagai UiTM), UNIMAS, Cenfad dan kini USM. Mohd Noor Mahmud melanjutkan pelajaran ke England dan seterusnya menjadi guru sekolah di Kota Bharu Kelantan. Taufik Abdullah menjadi pereka di sebuah syarikat Jepun, pernah bertugas di Mexico sebelum kembali ke Kota Bharu untuk membuka perniagaan sendiri. Kesemua mereka masih terus berkarya dengan cara tersendiri. Pameran ini membolehkan pengunjung meninjau halatuju mutakhir dalam pengkaryaan mereka, setelah bersama-sama menimba ilmu seni halus selama 4 tahun di ITM dari tahun 1984 hingga 1988.

6


Prakata Ketua Pengarah Balai Seni Negara Saya amat mengalu-alukan Pameran 4 Persepsi 2019 di Balai Seni Negara. Seiring dengan nombor 4, saya ingin berkongsi 4 refleksi yang boleh dijadikan asas untuk merenung semula penglibatan empat orang pengkarya dalam pameran ini. 1. Perguruan Keempat-empat pengkarya dalam pameran ini berkongsi guru-guru seni yang sama ketika menuntut di ITM Shah Alam selama 4 tahun, dari 1984 hingga 1988. Guruguru mereka terdiri dari kalangan seniman, pemikir dan pendidik yang prolifik ketika itu, malah ada yang masih gigih berkarya hingga hari ini. Ramai di kalangan guru ini yang telah memberikan sumbangan yang aktif terhadap perkembangan seni visual negara. Guru-guru inilah yang telah menanam dan membentuk persikapan dan asas seni yang kukuh dalam jiwa 4 pengkarya 4 Persepsi ini. Jabatan Seni Halus ketika itu diterajui oleh Fauzan Omar, yang juga mengajar mata pelajaran lukisan dan catan. Guru-guru yang lain termasuklah Ruzaika Omar Basaree, Joseph Tan, Tajali Abdullah, Ponirin Amin, Bahaman Hashim, Awang Damit, Chong Kam Kaw, Tan Tuck Kan, Zakaria Awang dan Arifin Ismail. Pada masa yang sama, mereka juga pernah berguru dengan Amron Omar dan Ismail Zain, yang dipelawa oleh Fauzan sebagai pensyarah jemputan. Pendidikan yang diterima dari kumpulan guru-guru sebegini tentulah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri 4 pengkarya 4 Persepsi ini. Hubungan guru-murid ini boleh menjadi penanda renungan yang afdal terhadap tautan antara satu generasi seniman ke generasi yang lebih muda. Mungkin juga kita boleh mengesan kesan-kesan pendidikan guru-guru ini pada karya-karya dalam pameran ini, atau pada persikapan para pengkarya tersebut terhadap bidang seni secara umum. 2. Penerokaan bahan dan teknik Saya dimaklumkan bahawa antara aspek yang ditekankan di Jabatan Seni Halus ITM sekitar lewat 1980-an adalah penerokaan bahan. Penerokaan memerlukan sikap yang berani keluar dari konvensi untuk membawa inovasi, ini termasuklah dalam pengolahan catan misalnya. Pameran ini mungkin mengizinkan kita merenung kembali bagaimana asas penerokaan bahan dan teknik itu telah dikemudikan oleh 4 pengkarya ini dalam kerja-kerja pengkaryaan mereka. 7


3. Rentas-bidang Sejak dari di ITM, 4 pengkarya ini telah digalakkan untuk memesrai bidang-bidang seni yang lain di samping bidang pengkhususan dan minor pilihan. Setelah bergraduat pada tahun 1988, mereka telah terlibat dengan projek-projek yang terkait dengan pelbagai bidang seni yang lain. Antaranya termasuklah reka bentuk produk, reka bentuk set untuk teater dan konsert, gubahan muzik, puisi dan tarian. Pengalaman rentas-bidang sebegini dapat membina tautan antara bidang seni visual dengan bidang-bidang seni yang lain. Secara tidak langsung, khalayak seni visual berpotensi untuk dikembangkan. 4. Tautan antara amalan pengkaryaan dengan pengajaran dan pendidikan seni. Dua dari empat pengkarya dalam pameran ini terlibat secara sepenuh masa sebagai guru dan pensyarah. Oleh itu, mungkin kerja-kerja pengkaryaan mereka bukan sekadar objek ekspresi peribadi semata-mata, tetapi melibatkan juga halhal penyelidikan dan pendidikan seni. Sejauh manakah kerja-kerja mereka itu dapat dibaca sebagai hasil penyelidikan yang tekun serta bahan pendidikan yang mampan, mungkin boleh direnung dari karya-karya mutakhir mereka. Saya difahamkan bahawa ini adalah pameran susulan dari pameran bersama mereka 30 tahun dulu. Syabas kepada empat orang sahabat lama ini yang berjaya berpakat-semula untuk merealisasikan pameran ini setelah 30 tahun terpisah mengikut haluan masing-masing.

YBhg. Prof. Dato Dr. Haji Mohamed Najib bin Ahmad Dawa Ketua Pengarah Balai Seni Negara 8


30 Tahun '4 Persepsi' : 1989-2019 Pengenalan Mengimbau 30 tahun dahulu iaitu pada 15 hingga 30 Mei 1989 satu pameran berkumpulan yang bertajuk ‘4 Persepsi: Bicara Makna’ telah diadakan di Pusat Kreatif, Balai Seni Lukis Negara yang menghimpun karya Hasnul J Saidon, Fauzin Mustafa, Taufik Abdullah dan Mohd Noor Mahmud. Menatap semula katalog pameran itu yang direka bentuk oleh Fauzin Mustafa dan reka letak komputer oleh Hasnul J Saidon dengan bantuan komputer model Commodore Amiga 2000 seolaholah katalog pameran ini saya boleh katakan mungkin berinspirasikan daripada pameran solo ‘Digital Collage’ (1988) oleh Ismail Zain sebagai salah seorang guru seni mereka. Penghargaan juga mereka berikan kepada Kamarulzaman Md Isa atas bimbingan dalam penggunaan komputer yang mungkin agak baru kepada mereka pada masa itu. Meneliti kandungan dalamnya dengan kata aluan ‘Centrestage’ oleh Normah Nordin, esei pengenalan pameran oleh Hasnul J Saidon (Hasnul mengulanginya lagi dalam katalog pameran ini) penulis yang dijemput seperti Ismail Zain dengan esei ‘Modenisma dan Tekanan Kritikan Diri’ dan Fauzan Omar dengan esei ‘Bahan’ adalah penghormatan kepada guru-guru mereka semasa mendalami ilmu seni Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam dan rumah produksi teater ‘Centrestage’, Bangsar dalam menyokong pengkaryaan awal 4 Persepsi ini.

9


4 Persepsi Kembali Jika anda meminati filem-filem bersiri ciptaan sutradara Hollywood seperti Superman Return, Batman Return, Spiderman Return dan pelbagai lagi adiwiraadiwira penyelamat dunia, mungkin kata ‘return’ atau ‘kembali’ itu ingin membawa suatu kesinambungan, lama kepada baru, cerita dahulu kepada sekarang dan juga mengembalikan kenangan silam dalam konteks hari ini yang lebih segar dan sezaman alaminya. Dalam pameran 4 Persepsi ini empat sahabat lama yang sama, berkumpul semula pada hujung tahun 2009 yang sama dan ruang galeri yang sama di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara kembali dalam menyatakan bahawa mereka masih bersama setelah 30 tahun terlibat dalam landskap seni negara sama ada menjadi pelukis, kurator, penulis, pereka dan pendidik. Hasnul J Saidon (1965, Teluk Intan, Perak) selain menjadi pendidik pada awalnya di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), kemudian di Kolej Cenfad dan kini di Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM). Sejak pameran Digital Collage oleh Ismail Zain pada tahun 1980-an oleh gurunya Pak Mail banyak memberi kesan terhadap pengkaryaannya selepas itu. Semasa pulang dari Rensselaer Polytechnic Institute, Troy, New York dalam bidang seni elektronik, beliau telah meneruskan laluan-laluan yang telah dibuka oleh Pak Mail. Pameran Seni Elektronik Pertama (PSEP) pada tahun 1997 yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara semasa beliau mengajar di Unimas boleh dikatakan adalah antara usaha penggunaan awal alatan elektronik begitu asing oleh pelukis di Malaysia pada masa itu. Pameran PSEP telah memberikan impak yang cukup besar terhadap pengkaryaan seni di Malaysia terutamanya pelukis-pelukis muda yang lebih terdedah dengan sumber bahan terkini dari luar. Penggunaan bahan ini boleh dilihat kesannya selepas PSEP ini diadakan misalnya dalam pertandingan dan pameran Bakat Muda Sezaman selepas tahun 2000. Di dalam edisi 2004 misalnya mempunyai kategori Media Baru yang dipertandingkan bagi merangsang penghasilan karya sebegini. Semasa beliau mengajar seni media di USM dan menjadi Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) beliau telah mengubah pendekatan kuratorial yang

10


diadakan dari segi bagaimana untuk menarik minat baru khalayak untuk datang ke galeri menerusi penggunaan media baru seperti hologram, penggunaan alat pandang dengar seperti projektor, bunyi dalam memberi nafas baru dalam persembahan dan peragaan bukan sahaja karya seni tetapi juga bahan-bahan sejarah dengan tujuan bukan sahaja sebagai sumber pendidikan tetapi juga memberikan keseronokan kepada khalayak untuk masuk ke muzium. Kini MGTF boleh dikatakan antara muzium seni yang mengumpul koleksi seni elektronik terbesar di Malaysia. Selain terlibat dalam kerja-kerja kuratorial di galeri dan muzium, beliau juga aktif menyumbangkan buah fikirnya menerusi penulisan buku, jurnal, katalog pameran dan majalah disamping aktif sebagai pengamal seni media baru. Dalam karya “Siri Lakaran Untuk Ngalir”, “Peristiwa Kuantum Yang Dijudulkan Ngalir” dan “Peristiwa Kuantum Yang Dijudulkan Renang” (2019) adalah karyakarya instalasi proses seni yang menggabungkan antara bahan campuran dan media baru. Karya ini menggabungkan buku lakaran, lukisan berbingkai, catan kanvas atas lantai dan dinding dan projektor video yang dipancarkan secara miring dalam memperlihatkan imej air yang berdurasi satu minit. Karya yang berlatarkan hitam ini menggabung tiga media seni iaitu lukisan lakaran, seni catan dan seni video dalam satu ruang. Pertama, karya lukisan memperlihatkan dokumentasi Hasnul menerusi gambaran rajah ikan (ishikawa), peta minda dan lakar-lakar spontan kajian mengenai konsep kuantum air dan cahaya yang peragaannya seolah-olah kita sedang membaca kitab dalam keadaan duduk bersila berlapikkan tikar sejadah. Kedua, catan kanvas atas dinding dan catan atas lantai yang memanjang. Catan dinding memperlihatkan catan figura berelung (niche) pelukis dari postur belakang. Bentuk relung ini biasanya terdapat di dalam seni bina orang Romawi dan seni bina Islam. Dalam seni bina Islam relung ini terdapat di bahagian mihrab masjid atau surau yang biasanya adalah tempat menunjukkan arah kiblat dan digunakan oleh imam dalam mengetuai solat. Ketiga pula adalah video berdurasi 1 minit yang berulang memperlihatkan imej air dan figura seperti yang ada dalam catan. Dalam karya ini Hasnul juga menulis kembali doa yang diajar bapanya iaitu Pak Saidon di antara catan dan video. Karya ini seolah-oleh sebuah ruang meditasi,

11


zikir, bermuhasabah dan penyembuhan. Hasnul menggabungkan konsep cahaya dan kuantum air dalam membentuk elemen penyembuhan menerusi pembelajaran melalui alamiah. Dalam kata lain pembelajaran melalui berguru (sanat) dan pembelajaran melalui alam dalam membelah diri. Fauzin Mustafa (1966, Teluk Intan, Perak) antara pengkarya yang mempunyai kebolehan pelbagai disiplin. Pendidikan asas seni halus tidak membataskan beliau hanya mengakhiri karier sebagai pelukis tetapi lebih dari itu. Setelah bergraduan beliau banyak terlibat dengan projek-projek seni visual yang merentas bidang sifatnya seperti reka bentuk set teater, persembahan seni dan juga konsert. Pengalaman dan minat ini telah membawa beliau bekerja dengan syarikat televisyen swasta pertama negara pada masa itu iaitu TV3 dan kini Media Prima. Mempunyai pekerjaan sebagai Ketua Pengarah Seni dan Produksi bukanlah penghalang kepada beliau dalam terus berkarya. Penerokaan beliau terhadap bahan terutamanya media campuran seperti yang diterokai dalam pameran berkumpulan 4 Persepsi pada akhir 80-an terus menjadi inspirasi dalam pengkaryaan beliau sepanjang 30 tahun berkarya. Pameran solo pertama “Dari Bumi ke Bumi” pada tahun 1994 di galeri Art Salon, Bangsar diikuti solo kedua berjudul “Fauzin Mustafa” pada tahun 2001 juga di tempat yang sama, memperlihatkan perkembangan penting selepas 10 tahun pengkaryaan beliau selepas itu. Fauzin telah memilih untuk meninggalkan Media Prima dan menjadi pelukis sepenuh masa pada 2008. Pada tahun 2007 Fauzin telah mengadakan pameran solo ketiga yang diadakan di Core Design di Subang Jaya dengan membawa lebih 20 karya terbaru yang masih membawa tema protes terhadap pembangunan yang tidak menghiraukan kesan terhadap alam sekitar. Pengkaryaan Fauzin boleh dikatakan mengalami beberapa evolusi misalnya daripada proses pencarian (19891998), peralihan penerokaan bahan campuran (1999-2009), transisi kematangan (2009-2019). Pada 4 Persepsi ini Fauzin hadir dengan siri 2 kumpulan karya terbaru yang masih belum lagi dilihat oleh khalayak. Karya “Siri Bunga Putih di Pusara III, IV dan V” (2019) adalah karya lukisan kembar tiga (triptych) yang menggunakan bahan campuran di atas kanvas. Jika di perhatikan dalam karya ini mempunyai persamaan dari segi penggunaan bahantara dan subjek daripada karya yang dihasilkan 30 tahun dahulu 12


misalnya dalam karya “Tetamu Tidak Diundang” (1988) “Siri Alam Fana- Kepingingan Tersisa” (1989). Dalam siri karya “Al-Aqsa” (2017-2019) adalah 7 buah lukisan instalasi bahan campuran bersubjekkan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqadis, Palestin. Dalam karya-karya mutakhir ini walaupun Fauzin masih setia dengan penggunaan bahan campuran namun subjeknya lebih bersifat sejagat dan universal. Masjid AlAqsa merupakan sebuah masjid di Baitulmuqadis, Palestin merupakan arah kiblat pertama umat Islam dan merupakan Tanah Suci ketiga bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Protes penindasan oleh rejim zionis terhadap Al-Aqsa dan umat Islam di sini diluahkan oleh Fauzin menerusi simbolisme burung merpati dan bunga putih yang melambangkan pembebasan dan keamanan terhadap rantau itu. Ruang latar instalasi yang hitam gelap dan timbulan lukisan-lukisan putih di atas permukaanya sengaja disusun dalam memberi penegasan isu ini. Mohd Noor Mahmud (1964, Kota Bharu, Kelantan) adalah pendidik yang mendapat didikan Universiti De Monfort, Lecester, United Kingdom. Menelusuri pengkaryaan awal beliau sejak 1988 memperlihatkan bagaimana penerokaan bahantara terus menjadi pilihan sehingga hari ini. Pengkaryaan Mohd Noor Mahmud pula boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama yang terdiri dari karya-karya awal daripada tahun 1990-an dan fasa kedua ke arah seni Islam. Pameran solo yang telah diadakan di Muzium Tokoh Pahang menggambarkan bagaimana perubahan ini berlaku. Dalam pameran terbaru ini beliau hadir dengan 2 karya catan berpanel iaitu “Lima Puluh Dua Bunga” (2008) dan “Tiang” (2019). Di dalam karya-karya terbarunya Mohd Noor Mahmud terus konsisten dalam memberi nafas baru kepada seni tradisional, berinspirasikan seni nusantara, khususnya tradisi Melayu-Islam daripada Pantai Timur. Beliau juga mengadaptasi beberapa perkakasan dan teknik seni tradisi batik sebagai satu penghormatan kepada para seniman tradisi ini. Pengolahan bahan yang digunakan merupakan hasil dari eksperimentasi dan pemurnian berterusan yang telah dimulakan sejak tahun akhir di ITM sekitar 1987-1988. Penumpuan pada motif bunga-bungaan merujuk kepada nilai-nilai penyembuhan dan pemulihan yang terkandung di dalamnya. Kesemuanya diolah dalam persembahan gaya catan yang mesra dengan ‘angin’ Mohd Noor sendiri. Beliau mengalami rasa berkarya dan rasa melihat karya sebagai zikir dalam diam. 13


Taufik Abdullah (1966, Kulim, Kedah) mempunyai latar belakang seni reka seramik, sejak tahun 1990-an beliau banyak menghabiskan masa berkelana di Jepun dan Mexico. Taufik berpengalaman sebagai pereka di kedua-dua negara itu kini menetap di Kota Bharu. Pada awal 1980-an Taufik adalah antara penerima anugerah hadiah kecil Bakat Muda Sezaman. Beliau juga sangat aktif berpameran di dalam dan juga di peringkat antarabangsa. Pada tahun 1989 beliau mewakili Malaysia dalam ASEAN Youth Painting Workshop and Exhibition di Brunei Darussalam. Pada pameran ini beliau mempamerkan 14 buah karya yang telah dihasilkan pada 1996 hingga kini. Dalam 2 buah karya surealisme iaitu “Revalidating Declaration of Heart” (2019) dan “Universal Heartscape Resonance” (2019) beliau mengambil subjek hati sebagai simbol kepada jiwa manusia dalam menyatakan pergerakan tubuh badan, tindak balas emosi, sebagai sistem tanda dan bahasa visual. Karya “Regazing Land of the Rising Sun” (2019) pula adalah adalah cebisan pengalaman Taufik berkelana di negara matahari terbit iaitu Jepun. Beliau mengambil 2 dua subjek alam iaitu karya ombak oleh Hokusai dan gunung Fuji dalam menyatakan polisi kerajaan dalam penggunaan teknologi terkini. Dalam Siri Paku Pakis atau The Fern Series yang dihasilkan selama dua tahun iaitu dari 2004 hingga 2006 adalah satu kumpulan karya Taufik Abdullah yang bereksperimen dengan bahan campuran dan seperti batik, akrilik dan cat minyak. Siri ini adalah refleksi Taufik terhadap subjek paku pakis yang banyak memberi simbolisme terhadap sifat jati diri, keunikan dan lambang kepada kelahiran pada manusia. Dalam siri ini juga beliau meneroka teknik seperti mengecop, menekan dan melukis untuk mendapat kesan kesuraman dan samar-samar sebagaimana jika tumbuhan ini dilihat pada waktu gelap sebagai metafora mewakili segala sifat tumbuhan yang mana walaupun hidupnya sukar tetapi tetap bangga dengan sifat asli yang berasal daripada hutan.

14


Penutup Kesimpulannya sepanjang 30 tahun pengkaryaan ‘4 Persepsi’ kita dapat lihat bahawa mereka masih setia menggunakan warna-warna alami yang berteraskan nusantara seperti elemen-elemen tanah, air dan udara yang kita dapat lihat dalam pameran ini seperti penggunaan warna-warna kehijauan dan peribumi. Satu lagi yang agak ketara adalah mereka sangat akrab dengan motif-motif alamiah seperti dalam karya yang mereka hasilkan di awal pengkaryaan mereka seperti Fauzin dengan “Siri Alam Fana”, Hasnul “Siri Microscape”, Taufik “Siri Manukan” dan Mohd Noor dengan “Siri Imajan”. Walaupun 30 tahun tidak pernah berpameran bersama namun pengkaryaan mereka seolah-olah mempunyai satu cara pandang yang serupa, pengaruh mempengaruhi dan seperti satu keluarga yang dekat walaupun jauh.

Faizal Sidik Kurator Balai Seni Negara

Rujukan: Katalog pameran ‘4 Persepsi: Bicara Makna’, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, 1989.

15


Air Dicincang Takkan Putus - Nukilan Seorang Teman Seperjuangan. Dipetik dari Blog Jiwa Halus, 2 Februari 2012, oleh Hasnul J Saidon.

Mohd Noor, saya dan Taufik, 2009.

Mohd Noor, saya, Taufik dan Fauzin, di markas Centrestage Performing Art, Bangsar, tahun 1989.

Beberapa minggu sudah, saya ke Kelantan untuk menilai program yang ditawarkan oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Selain 'berkebun akademik', tak dilupakan ziarah kebun silaturrahim. Saya singgah ke kedai fotostat Taufik Abdullah, rakan lama yang sama-sama menuntut di ITM dari 1984 hingga 1988. Taufik dan saya ada ikatan kuantum yang tinggi, walaupun dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa. Macam air, cincang tak putus. Ikatan saya dan Taufik lebih molek ditamsilkan dengan udara, langsung tak boleh cincang. 16


Singgah di Lapangan Terbang Singapura, sambil main piano, 1987.

Semasa di ITM, Taufik lebih dikenali (dan sesekali diperli) oleh rakan-rakan sebagai seorang ‘pemikir’. Gitupun, pemikiran Taufik bukanlah setakat teori je. Dia pernah menang anugerah kecil untuk Bakat Muda Sezaman, kalau tak silap tahun 1988. Karyanya siri “Manukan” menggabungkan kedua-dua teknik dan pengkaryaan seni arca dan seni cetakan. Ada sebuah karya dalam siri itu yang dijudulkan, “Sculpture Print Am I?”. Karya ini pada saya sangat menarik, kerana ia menandakan pendekatan bersifat convergence atau penyatuan dalam berkarya. Ia juga meninggalkan impak yang besar dalam diri saya juga. Taufik ketika itu sudah berani mempersoal pandangan terpisah-pisah tentang amalan pengkaryaan seni halus yang didogmakan di institusi-institusi seni (catan, cetakan, arca, lukisan dalam silo masing-masing). Taufik membawa paradigma ‘penyatuan’ atau ‘convergence’ yang lebih lestari dan kreatif. 17


Kini convergence dah jadi cogan lazim dalam amalan pengkaryaan dan juga akademik. Proses pengkaryaan seni halus dalam dunia pengkaryaan sebenar tidak lagi melihat amalan pengkaryaan dalam silo atau kepompong bidang-bidang kecil semata-mata, tetapi dalam satu kesatuan idea yang dizahirkan menerusi gabungan pelbagai metodologi studio, tak kiralah seni cetak ke, catan ke, arca ke atau lukisan. Cincang macam mana pun (memberi label atau jenama bidang seni studio), ia tetap sebuah karya Taufik Abdullah. Bunyi judulnya seperti sebuah karya yang terpaksa bertanya, dia arca atau cetakan? Judul ini timbul dari episod kisah benar, apabila Taufik menyerahkan karya yang sama sebagai hasil tugasan untuk kedua-dua kursus seni cetak dan seni arca. Ia menimbulkan polemik dan kontroversi kecil di kalangan beberapa pensyarah, yang memaksa Taufik untuk membuat keputusan sama ada karya (atau tugasan) nya itu akan ditabal sebagai sebuah arca atau cetakan. Episod ini meninggalkan kesan mendalam pada diri Taufik hingga terhasilnya karya begitu. Malah, karya ini juga diulas oleh Piyadasa. Mungkin Taufik tidak mengetahuinya, namun kesan dari karyanya itu saya bawa hingga saya bertugas di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sebagai salah seorang dari pensyarah perintis, selain dari Fauzan Omar, Zulkarnain Zainal Abidin, Wan Jamarul Imran dan Rashidah Salam, kami mengolah pendekatan pembelajaran studio yang bersifat convergence atau penyatuan apabila merangka kurikulum baru untuk program Seni Paduan (kami tidak gunakan istilah Seni Halus) (1994-2000). Malah, adiguru kami Fauzan Omar sendiri, mengolah kursus studio bernama ‘Expanded Media’ (Media Lanjutan) yang mengambil pendekatan 'eksperimental' terhadap penerokaan bahan berkarya. Walaupun Taufik yang amat merendah diri itu kini memencil diri di satu ceruk kecil di Kota Bharu, Kelantan, kesan tinggalannya dalam diri beberapa watak (termasuk saya), adalah besar. Taufik juga merupakan sparring (rakan bertinju fikiran) saya. Pandangannya tajam, mungkin sebab dia rajin membaca. Tapi Taufik ni sering melontarkan fikirannya menerusi kata-kata yang puitis. Semuanya hadir dari getaran Taufik yang pada

18


saya, adalah romantis. Sebab tulah, selain dari sparring dalam berwacana, Taufik juga rakan penulis lirik untuk lagu-lagu yang saya cipta semasa di ITM. Selain dari rakan-rakan di Jabatan Seni Halus ketika itu, dia antara yang paling suka layan minat saya mencipta lagu-lagu puisi. Ada antaranya saya nyanyikan dalam beberapa acara semasa di ITM. Namun, mencipta lagu tidak saya jadikan karier kerana saya alah dengan dunia glamor bintang-bintang. Setelah bergraduat (1988), saya dan Taufik mengusahakan perniagaan reka bentuk yang kami namakan, NNT (Nul and Taufik). Bunyinya macam bom, mungkin sebab memang kami berangan meninggalkan kesan persis bom, yakni bom minda, bom idea. Kami sempat buat beberapa projek kecil, termasuklah reka bentuk set untuk teater. Satu daripadanya untuk teater “Cindai”. Itupun Pak Mail (Allahyarham Ismail Zain) yang bukakan jalan, kerana set untuk “Cindai” dicipta oleh Pak Mail sendiri dengan komputer Macintosh nya (waktu tu, itulah yang paling canggih). Penulis dan pengarah teater tersebut, Nordin Hassan, teman baik Pak Mail. Saya dan Taufik terpaksa memukat seorang rakan sekuliah di Jabatan Seni Halus di ITM, Fauzin Mustafa menolong kami. Fauzin ni memang terkenal dengan bakat ‘mengandam’nya, yang amat diperlukan dalam kerja-kerja set kami. Jadilah kami three musketeers atau laksamana Do Re Mi.

19


Kami menyewa sebuah rumah di Bukit Damansara, bersama-sama dengan kakak saya, Salmah (Kak Sal) dan suaminya, Abang Hanafi. Untuk studio, kami disedekahkan ruang kecil di tepi rumah Kak Yong (kakak saya juga) dan Abang Taha, yang hanya di belakang rumah sewa kami. Waktu tu daif, banyak episod yang boleh diadaptasikan menjadi babak-babak dalam filem hindustan atau drama air mata. Ada ketika saya dan Fauzin minum air oren dicampur dengan nasi (ala-ala air bali gitu) untuk lapik perut. Nak pinjam duit dari orang lain atau mak-ayah di kampung, tak mau, nanti tercalar ego jantan pulak. Dari “Cindai�, kami terlibat dengan banyak projek teater di bawah bimbingan Najib Nor dan Normah Nordin, juga Fauziah Nawi (pelakon), Iryanda Mulya (pemuzik) dan Dida (penari). Kami berkerja di bawah payung Centrestage Performing Arts. Sesekali, Pak Mail berkunjung untuk mengusik kami. Kami kutip seberapa banyak ilmu seni persembahan, termasuk ilmu puisi dari Ladin Nuawi yang rajin melepak di markas Centrestage Performing Arts di sebuah banglo di tepi bukit di Bangsar. Episod di Centrestage sangat banyak mengajar dan mendewasakan saya (juga Taufik dan Fauzin). Jika ada projek, kami terpaksa tidur berbantalkan lengan dan bertilamkan lantai kosong. Sewaktu bulan puasa, kami jadi pelanggan tetap dan tegar majlis buka puasa di Masjid Bangsar. Bangsar ketika itu belum jadi LA, London atau New York lagi, masih bandar Malaysia.

20


Dari situ (Centrestage) juga kami membentuk benih “4 Persepsi” sebuah pameran yang diiringi oleh pelbagai projek pengisian yang lain. Itupun setelah jenuh menjalani regimen latihan yang perit dari Normah Nordin dan Najib Nor. Kami jemput pula seorang lagi rakan di ITM, Mohd Noor Mahmud, yang ketika itu sibuk menjadi buruh bangla untuk sifu Fauzan Omar di Shah Alam. Cerita “4 Persepsi” perlu buat dalam blog entry yang lain. Selepas “4 Persepsi” (1989) kami berpecah ikut haluan masing-masing. Fauzin ke TV3, berbekalkan hasil kerja buat set. Taufik ke Jepun hingga fasih berbahasa Jepun. Mohd Noor masih taat dengan Fauzan Omar. Saya terbang melanjutkan pelajaran ke USA. Namun semasa di USA, Taufik dihantar bekerja oleh syarikat Jepunnya ke Mexico, dekat sempadan USA. Lama juga dia di Mexico hingga fasih pula berbahasa Sepanyol. Mungkin terlebih fasih dan bijak bermain kata-kata puitis romantis dalam bahasa Sepanyol, dia terpikat (atau berjaya memikat) hati seorang dara Mexico untuk jadi buah hati dan seterusnya isterinya.

21


Sebelum itu, dua kali Taufik menggagahkan diri untuk datang berjumpa saya di USA. Sekali di Illinois semasa saya sedang berusaha mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, dan sekali di Troy, New York semasa saya sedang mengusahakan sarjana. Kesanggupan Taufik bertandang untuk berjumpa saya dan isteri, Rozana, kami kenang sampai akhir hayat kami. Setelah lama di Mexico, Taufik berhijrah kembali untuk menyambung tugasnya dengan syarikat yang sama di Kelantan pula. Isterinya dibawa berhijrah sekali. Mereka kini dikurniakan dua orang cahayamata. Lama juga Taufik berkerja dengan syarikat Jepun ini, hingga dah jadi pereka kanan. Ilmunya banyak, terutama sekali yang berkait dengan penghasilan arca seramik. Setelah jemu dan tepu menjadi kuli 'orang asing', Taufik membuat penghijrahan diri dengan membuka perniagaannya sendiri. Kini dia tenang menghasilkan kedai fotostatnya yang kecil (tapi maju) di Kota Bharu, Kelantan, sambil terus menjadi pemikir. Getarannya kini lebih spiritual, seiring dengan perubahan usia. Namun, dari segi jasad, Taufik tetap macam tu juga. Sesekali dia mengajar secara sambilan di UiTM atau di UMK (Universiti Malaysia Kelantan). 22


Saya rasa tak terbalas usaha Taufik menggagahi perjalanan jauh untuk bertemu saya dan isteri semasa dia di Mexico dan kami di USA. Kini, saya di Pulau Pinang, nak gagahkan diri ke Kelantan berjumpa dengan dia pun saya malas. Jika berjumpa pun, untuk masa yang pendek. Rasa bersalah pun ada. Tapi, saya (dan Taufik) terpaksa menerima hakikat keadaan semasa yang kini penuh dengan tanggungjawab yang perlu dipikul, juga KPI (Key Performance Indicator) yang terpaksa dikejar. Gitupun, segala kesibukan mengejar hABUan mimpi benda, tidak akan memudar atau memutuskan ikatan persaudaraan. Cincanglah dengan segala amanah dan tanggungjawab dunia, mahupun sebarang ideologi, atau corak fikiran, atau cara hidup, atau harta dunia........kasih sayang yang dibina sesama manusia (yang sebenarnya bersaudara secara batin) tetap ADA, kekal.

23


KARYA ARTIS

24


Hasnul J Saidon

Peristiwa Kuantum Yang Dijudulkan Ngalir 2019 Karya dalam pembikinan Media campuran dan cetakan digital atas kanvas dan batu granit 500 x 200 x 150 cm 25


Peristiwa Kuantum Yang Dijudulkan Renang 2019 Projeksi video berulang Pelbagai saiz 26


Nota Kajian dan Lakaran Fenomena Kuantum 1 & 2 2019 Cetakan digital atas kertas lukisan, kulit lembu dan rehal kayu Cetakan edisi pelukis 1/10 27


Siri Lakaran Untuk Lam Alif di Air Terjun 2019 Pensel atas kertas 39 x 33 cm (3 karya) 28


Siri Lakaran Untuk Ngalir 2019 Media campuran atas kertas cat air 36 x 44 cm (5 karya) 29


30


Siri Lakaran Untuk Ngalir 2019 Media campuran atas kertas cat air 42 x 49 cm 49 x 42 cm 31


Al Aqsa 2017 - 2019 Media campuran atas kanvas Pelbagai saiz (Instalasi 7 karya) 32


Fauzin Mustafa

33


Siri Bunga Putih di Pusara III 2019 Media campuran atas kanvas 122 x 92 cm 34


Siri Bunga Putih di Pusara IV 2019 Media campuran atas kanvas 122 x 92 cm

Siri Bunga Putih di Pusara V 2019 Media campuran atas kanvas 122 x 92 cm 35


Revalidating Declaration of My Heart 2019 Akrilik atas kanvas 152.4 x 121.92 cm 36


Taufik Abdullah

Universal Heartscape Resonance 2019 Akrilik atas kanvas 152.4 x 121.92 cm 37


Regazing Land of The Rising Sun 2019 Media campuran atas kertas 152.4 x 121.92 cm 38


The Blue Fern Tranquilo 2006 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 39


The Blue Fern Expression 2006 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 40


The Fern Misty Morning 2006 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 41


The Fern Mystical Reality 2006 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 42


Nightscape The Fern Sonata 2006 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 43


Nightscape The Fern Relic 2006 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 44


Nightscape Moonlight Fern I 2005 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 45


Nightscape Moonlight Fern II 2005 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 46


Midnight Fern I 2006 Media campuran atas kertas 91.44 x 111.76 cm 47


Seri Tujuh Reflection I 1998 Akrilik atas kayu 63.5 x 50.8 cm 48


Seri Tujuh Reflection II 1998 Akrilik atas kayu 63.5 x 50.8 cm 49


Tiang 2019 Akrilik, habuk kayu atas kanvas 30.5 x 183 cm panel (10 panel) 50


Mohd Noor Mahmud

51


52


Lima Puluh Dua Bunga 2008 Akrilik, habuk kayu atas kanvas 40 x 60 cm panel (52 panel) 53


BIOGRAFI ARTIS Hasnul J Saidon Lahir 1965, Teluk Intan Perak 1988 - Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus) ITM 1991 - Sarjana Muda Seni Halus, Southern Illinois University, USA 1993 - Sarjana Seni Halus (Seni Elektronik) Rensselear Polytechnic University, USA Pengamal kreatif rentas disiplin kini bertugas sebagai pensyarah seni media di USM, Pulau Pinang. Beliau juga penjaga amanah Rumah Tok Chu sebuah inap kampung, studio, galeri, pentas panggung habitat pembelajaran alamiah di Sedim, Kedah. Aktif dalam penulisan ilmiah seni juga giat berpameran sejak 1980-an.

54


55


BIOGRAFI ARTIS Fauzin Mustafa Lahir 1966, Teluk Intan, Perak 1988 - Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus) ITM 2010 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus & Teknologi) ITM Pelukis sepenuh masa sejak 2008 hingga kini dan pernah menjadi Ketua Pengarah Seni dan produksi di TV3 dan Media Prima. Aktif dalam pameran seni lukis dalam dan luar negara sejak 1980 sehingga kini. Pemenang hadiah dan anugerah penghargaan dalam berbagai pertandingan anjuran Balai Seni Negara, tempatan dan luar negara. Selain itu Fauzin telah menghasilkan 3 pameran solo sejak 1990 dan solo terakhir pada 2017. 56


57


BIOGRAFI ARTIS Taufik Abdullah Lahir 1966 Kulim, Kedah 1988 - Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus) ITM Taufik berpengalaman sebagai pereka di Jepun dan Mexico dan kini menetap di Kota Bharu. Pada awal 1980-an Taufik adalah antara penerima anugerah hadiah kecil Bakat Muda Sezaman. Beliau juga sangat aktif berpameran di dalam dan juga di peringkat antarabangsa. Pada tahun 1989 beliau mewakili Malaysia dalam ASEAN Youth Painting Workshop and Exhibition di Brunei Darussalam. 58


59


60


BIOGRAFI ARTIS Mohd Noor Mahmud Lahir 1964, Kota Bharu, Kelantan 1988 - Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus) ITM 1990 - Diploma Pendidikan Seni (ATD), ITM 1996 - Sarjana Sastera, De Monfort University, Leicester, UK Seorang guru sepenuh masa di sekolah kampung halamannya di Kota Bharu, Namun begitu, beliau sangat aktif dalam berpameran dan aktiviti seni. Selain telah mengadakan pameran-pameran solo kini beliau sedang mengusahakan sebuah studio galeri persendirian beliau yang dinamakan Galeri Mokte Rende di Kota Bharu. 61


PENGHARGAAN Balai Seni Negara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan Pameran 4 Persepsi. Prof. Dato' Dr. Mohamed Najib Hj. Ahmad Dawa Ketua Pengarah, Balai Seni Negara, Malaysia

Faizal Sidik

Kurator, Balai Seni Negara

Puan Wairah Marzuki

Mantan Pengarah, Balai Seni Lukis Negara

Mohd Khairul Ishak Mohd Abidin Mohamed Mohd Dodi Fieyed Mohd Khalid Mohamad Firdaus Omar Mohammad Firdaus Zainal Abidin Muhammad Hafizuddin Parizul Amir Muhammad Nur Hafiz Ahmad Ahmad Norhakim Abd Aziz Miswan Mohd Mosin Ahmad Supi Hamid Krew Pameran dan Teknikal

62


63


64

Profile for Pustaka Taman Seni

4 Persepsi 2019  

4 Persepsi 2019, 4 November - 31 Disember 2019, Pusat Kreatif, Balai Seni Negara, Malaysia. Pelukis: Hasnul J. Saidon, Fauzin Mustafa, Mat...

4 Persepsi 2019  

4 Persepsi 2019, 4 November - 31 Disember 2019, Pusat Kreatif, Balai Seni Negara, Malaysia. Pelukis: Hasnul J. Saidon, Fauzin Mustafa, Mat...

Advertisement