Milenia Muslim September 2009

Page 1



September

009

1


www.mileniamuslim.com.my

26

10

6

34

32

Bingkisan Imam bukan sekadar mengimamkan solat Tak senang lihat orang lain senang Bumi untuk dilestari, bukan dirosakkan Ruginya tangguh kerja,

6 7 8 9

FOKUS Golongan profesional perlu bantu urus masjid Menjana masjid cemerlang Hotel dan masjid dalam satu kompleks 6 strategi masjid boleh buat duit Aset Masjid BBU hampir RM8 juta

10 12 14 16 20 24

bicara mufti Road show perjelas akidah dan berdakwah

ummah

IKTIBAR

Adunan al-fikr & al-zikr dalam pendidikan alaf baru Merdeka & Ramadan: Minda kita harus berubah Cabaran global menangani pelampau agama UMNO & PAS: Berbaik-baik memang baik Suami sepi, anak terabai Memahami undangundang & hukuman

Pengakuan bekas pelacur & penagih dadah

30 34 60 63 66 92

32

Penghapusan etnik Islam di 36

38

IQRAQ Penghulu ayat al-Quran & segala doa

Jenayah & vandalisme: Usah menuding jari

50

42

52

1001 TAFSIRAN Hanya di Phnom Penh...

PRIHATIN 26

48

TEROPONG MEDIA

Doktor juga seorang

antarabangsa

Dilema 30,000 warga

FAKTA & ANGKA Masjid unik & gah

SILATURAHIM

usahawan Bebola seramik tidak datang bergolek

44

54

nota siswa Wahai pemimpin, amanahmu cukup besar Era belia bukan untuk berseronok Elak remaja tersepit dengan kad kredit Sekat budaya gengsterisme di sekolah

55 56 58 59


Bil 85 SEPTEMBER 2009

36

48

76 86 RENUNG & FIKIR Cermin diri sebelum jaga tepi

62

PEGANGAN Syeikh Nuruddin bongkar kerapuhan tauhid Wahabi

MUKA HADAPAN

buku & kritik Mencari diri dan erti dalam travelog 84

negara tetangga 70

Di rumah sendiri, tidur pun tak lena窶ヲ

KATA BIDALAN

kembara

窶連dat teluk kumpulan kapal,

Menyusuri budaya & adat Melayu di Riau

74

86

88

sajak

macam-macam

Seteguk Air

Sedapnya makan daging 94 mayat 94 Ikan gergasi di Tasik Kenyir

75

REVIU FILEM Persoalan takdir dalam

76

95

akhir kalam

senaman Senaman Pernafasan Asmaul Husna

silang kata islam

Masjid lazimnya digunakan sebagai tempat solat berjemaah dan lokasi penganjuran ceramah dan syarahan agama serta kegiatan berkaitan keagaman.Kini,masjidsudahberubah wajah. Tempat ibadat itu mula mempelbagaikan kegiatan untuk menjana ekonomi ummah. Milenia Muslim kali ini memaparkan laporan khasbagaimanamasjidmampumeraih pendapatan menerusi dunia bisnes.

Elak menang sorak kampung tergadai 80

96

adab Ramadan dan Syawal: Antara ibadat dan adat

82 Anggota:

Persatuan Penerbit Majalah September

2009


MEJA EDITOR

Dari pengusaha Islam kepada pelanggan Islam Dalam sektor perniagaan dan urusan jual beli, umat Islam yang meliputi penduduk majoriti negara lazimnya bertindak sebagai pembeli dan pelanggan sahaja manakala bukan Islam pula sebagai penjual dan pengeluar produk. Hakikat ini harus diterima kerana ilmu dan jiwa berniaga belum tertanam dan berakar umbi di kalangan sebahagian besar orang Melayu. Lebih malang lagi apabila umat Islam tidak merebut peluang keemasan berniaga menerusi program hub halal. Bayangkan, hampir 80 peratus peniaga yang memohon mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdiri daripada bukan Islam. Mereka bijak mencari kesempatan kerana mengetahui pelanggan utama di negara ini adalah penduduk beragama Islam. Salah satu cara terbaik untuk memastikan umat Islam berniaga dan membeli barangan yang dipastikan bersih dan halal adalah menerusi institusi masjid dan surau. Memang diakui terdapat masjid di negara ini diurus dengan baik dan bijak mempelbagai kan fungsi rumah Allah itu daripada hanya untuk tujuan solat berjemaah lima waktu dan menganjurkan ceramah dan syarahan agama kepada bidang lain yang boleh menjana pendapatan. Ada masjid memperoleh hasil pendapatan bulanan menerusi penyewaan tapak, tanah wakaf dan kawasan lapang di sekitar masjid yang dibangunkan premis perniagaan seperti hotel, kelas tusiyen, tadika, restoran, kedai runcit, klinik, kafe siber dan sebagainya. Usaha ini memang baik dan patut dicontohi masjid lain daripada terus mengharapkan sumbangan dan geran daripada kerajaan negeri dan kutipan mingguan daripada jemaah dan dermawan yang mengunjungi masjid pada setiap solat Jumaat. Bagaimanapun, usaha itu belum mencukupi kerana banyak lagi ruang dan peluang perniagaan yang boleh diceburi untuk memberi manfaat kepada masjid dan penduduk sekitarnya. Alangkah baiknya jika masjid dijadikan hub halal dengan menjual daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan produk sejuk beku. Bekalan yang diperoleh dan barangan yang dijual bukan saja bersih tetapi dijamin halal. Ini sekali gus memberi peluang kepada kariah masjid dan penduduk sekitar menikmati makanan halal dan segar. Bayangkan jika perut kita dan anak-anak kita diisi makanan tidak halal, sudah pasti boleh menimbulkan kemudaratan dari segi kesihatan dan minda. Sebagai langkah permulaan, pastikan sebahagian daripada ahli jawatankuasa masjid terdiri daripada golongan profesional dan usahawan yang benar-benar komited untuk mengendalikan projek perniagaan seperti itu. Sudah sampai masanya ahli jawatankuasa dan pihak pengurusan masjid tidak dimonopoli kalangan orang agama dan ustaz sahaja. Kita percaya usaha menjadikan institusi masjid dan surau di negara ini sebagai pusat kecemerlangan bagi umat Islam memang ada baiknya dan boleh direalisasikan. Pihak berkuasa agama di peringkat negeri dan pihak pengurusan masjid boleh memikirkan perkara ini. Memang benar, kalau cadangan itu dapat dilaksanakan, ia sudah pasti memberikan satu imej dan dimensi baru kepada fungsi masjid selaras ajaran agama suci itu terutama menggalakkan penyertaan umat Islam dalam perniagaan.

Zainuddin Ayip 4

Penaung Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad Yang Dipertua/Pengerusi Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) nakhaie@mmpcommunications.com Ketua Editor Kumpulan

Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com Editor Zainuddin Ayip zainuddin.ayip@mmpcommunications.com Editor Agama Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com Penulis Faizal Riduan faizalriduan@mmpcommunications.com Wartawan Salawati Haris sal@mmpcommunications.com Dalia Ismail dalia@mmpcommunications.com Kolumnis Penyumbang

Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, S.M. Zakir, Dr. Sidek Baba Mohd Sukki Othman, Dr Muhammad Nur Manuty, Nik Mahani Mohamed, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Nabeela Naeem (Washington DC), Muhammad Uthman El-Muhammady

Hanna Khairuddin hanna@mmpcommunications.com Pereka Grafik Jaztina Alias jazz@mmpcommunications.com Pereka Grafik Korporat Saiful Hanafi saiful@mmpcommunications.com Jurufoto Kanan Asraf Dahari ashraf@mmpcommunications.com Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan Naqiuddin Wan Yaacob, Jasman Md Noor Pengarah Seni

Penyelidik Foto

Arman Yusuf

Web Mohd Hafizi Md Tahir Pengurus Kanan Pemasaran Penolong Pengurus Pengiklanan Eksekutif Jualan Pengurus Produksi & Pengedaran Eksekutif Produksi Eksekutif Pengedaran

Eksekutif Langganan

Penerbit

Pengurus Penerbitan

Omar Ahad omar@mmpcommunications.com Ann Norizad Muhamad Zain ann@mmpcommunications.com Azam Akbar Ramamam, Zakhwan Rizak, Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com Widya Natasya Md Salleh Rizal Abdul Rahman Mohamad Zairull Mohd Yusof ShahrulAzrin Shaharuddin Zulkeflee Abdullah Ridzuan Besiri

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA. www.yadim.com.my Tel: +603-2274 6077 Faks: +603-2276 2330 MMP Communications Sdn Bhd (146938-W) (dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))

68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425 Pencetak

Times offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


September

009

5


foKuS

Hotel dan masjid dalam satu kompleks Oleh FAIZAL RIDUAN Foto W.NAQIUDDIN W.yAACOb

Masjid Al-Ghufran tawar pusat sehentian setempat perniagaan Muslim. Bermula dengan ibadah mahdlah yang bersifat ritual hingga ibadah muamalah yang bersifat sosial. Masjid menj a 14

h

om ekon i umm a a n

D

ari jauh tiada bezanya antara Masjid AlGhufran di Kompleks Balai Islam, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail dengan masjidmasjid di tempat lain. Malah seni bina dan reka bentuknya tidaklah segah masjid negeri yang boleh berbangga dengan material, arkitek dan kontraktornya yang ternama. Namun sesuatu yang unik ialah masjid yang asalnya adalah sebuah surau biaya orang ramai pada 6 April 1993 ini mampu mengembalikan kegemilangan sirah institusi masjid yang diasaskan oleh Rasulullah seawal hijrah Baginda. Masjid moden yang terletak di atas bukit berhadapan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersempadan dengan Kuala Lumpur – Petaling Jaya ini tidak mahu kalah dengan pembangunan di kawasan sekitarnya yang menempatkan kompleks penyiaran Sri Pentas TV3, pusat beli belah seperti One Utama, Centrepoint, The Curve, Cathay Cineleisure, Ikano dan Ikea, institut pengajian tinggi seperti Kolej Mahsa dan Kolej Bandar Utama serta pusat perubatan pakar seperti Damansara Specialist Centre. Masjid yang dinaik taraf pada 4 April 2000 dengan nama Al-Ghufran yang bermaksud keampunan yang didedikasikan sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Mohd Hashim Yahya. Masjid yang didirikan di atas sebidang tanah wakaf seluas 26,000 kaki persegi dengan kos lima juta ini adalah hasil sumbangan individu tertentu terutama golongan korporat, kini masih diterajui oleh Haji Hassanuddin Ali, 66, sebagai pengerusi sejak tahun 1998. “Kalau kita tiada pendapatan sendiri, harap sumbangan derma dan bantuan kerajaan memang tidak mencukupi. Kerja dakwah tetap memerlukan duit. Program sambutan hari kebesaran Islam pun memerlukan duit. Untuk bulan Ramadan sahaja kita membelanjakan RM3,000 sehari. Gaji imam, bilal dan ka-kitangan juga perlu dibayar. Ini tidak termasuk bil uti-liti yang tetap seperti bil elektrik sahaja mencecah sehingga RM10,000,� hujah beliau sambil mencongak kos tanggungan masjid di awal temubual.


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


foKuS

Aset Masjid BBU

hampir RM8 juta

Oleh SALAWATI HARIS Foto W.NAQIUDDIN W.yAACOb, yUSRI SHAKJEE

Pusat Dialisis dan Kesihatan mula beroperasi pada April 2004 dengan kos pembangunan bernilai RM1.3 juta hasil sumbangan kerajaan dan orang ramai. Pusat itu mempunyai 16 mesin dan boleh merawat 60 pesakit buah pinggang. Masjid menj a 0

h

om ekon i umm a na


U

ntuk memastikan masjid sentiasa proaktif agar sentiasa relevan dengan perubahan semasa tanpa menjejaskan fungsi asalnya sebagai tempat ibadat masyarakat Islam, Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru (Masjid BBU) berusaha ke arah mempertingkatkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT dengan pelbagai cara. Pengerusi Masjid BBU, Haji Suliman Sujak, berkata, Masjid BBU adalah sebuah masjid yang diiktiraf sebagai Masjid Cemerlang selama beberapa tahun oleh Majlis Agama Islam Johor, menerima anugerah Masjid Hadhari pada 2009 dan kini dalam usaha menjadi masjid terbaik di ASEAN. Masjid BBU mempunyai kerangka kerja yang menerangkan dengan jelas tentang asas dan tonggak penting masjid ini.

Pusat perpaduan ummah & pembangunan masyarakat

Melahirkan masyarakat penyayang & kekal dengan Islam

Mengembang budaya ilmu & kefahaman Islam

Kemampuan menjana dana

Rasa cinta kepada masjid

Pusat rujukan dalam kehidupan seharian

Mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT

Kumpulan Kepimpinan & Pengurusan Pengumpulan Harta Pengagihan & Pembahagian Hasil September

009 1


Silaturahim

Doktor juga seorang pendakwah Oleh Dr Salman Amiruddin

Allah SWT akan mempersoalkan apa yang kita lakukan untuk agama melalui pekerjaan kita.

Hidup ini terlalu murah jika sekadar untuk dihabiskan bagi memenuhi tuntutan jasmani semata-mata. 52

B

antulah menggapai tangan saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka ke jalan menuju Allah SWT. Bekerja di Wad Kecemasan Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu membawa saya berfikir mengenai peranan dan sumbangan saya dalam masyarakat.

Bekerja di Jabatan Kecemasan ini menyebabkan saya turut terlibat dengan kes medicolegal (kes dalam siasatan polis) seperti kes rogol yang kebanyakannya suka sama suka, kes penyalahgunaan dadah, pengambilan


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


pegangan

Syeikh Nuruddin bongkar kerapuhan tauhid Wahabi

Oleh Haji Ahmad Hafiz al-Bakaniyy

Tujuan tauhid ini disebarkan oleh golongan Wahabi, antara lain untuk menghapuskan pengajian Sifat 20 Allah SWT yang menjadi asas pengajian tauhid umat Islam yang bersumberkan kepada dalil al-Quran dan hadis.

S

yeikh Muhammad Nuruddin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib adalah seorang ulama yang tidak asing lagi di Nusantara. Beliau sering datang ke Malaysia bagi menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat melalui pengajian kitabkitab turath (kuning) agar masyarakat mengetahui kepentingan ilmu agama yang diperjuangkan oleh guru pondok sebelum ini yang sememangnya memperjuang dan memartabatkan ilmu Islam serta membongkar kesesatan golongan sesat. Seperti yang telah disebutkan dalam keluaran lalu, antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun salsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai salsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah SAW. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai salsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Kehebatan beliau turut terserlah dengan kekuatan ilmu pada dirinya serta kelancaran lidah beliau menjawab soalan secara spontan tanpa melihat kepada buku rujukan. Beliau pernah ditanya tentang kerapuhan fahaman tauhid yang di70

ketengahkan oleh golongan Wahabi, iaitu: Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma wa sifat. Beliau menegaskan bahawa pembahagian tauhid ini sebenarnya mengelirukan masyarakat, kerana tauhid tidak perlu dibahagi-bahagikan. Lebih-lebih lagi tidak ada seorang nabi, sahabat dan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang membahagikan tauhid tersebut kepada tiga. Maka ini adalah suatu perkara yang bidaah dalam agama. Tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah pembahagian tauhid yang dicipta oleh ajaran Wahabi ini telah tersebar luas di kalangan masyarakat dan yang lebih parah lagi ia telah dijadikan satu sukatan pelajaran di sebahagian besar sekolah-sekolah agama di Malaysia dan kadangkala ia diajar di masjid-masjid dan surau-surau. Sebenarnya tujuan tauhid ini disebarkan oleh golongan Wahabi, antara lain untuk menghapuskan pengajian sifat 20 Allah SWT yang menjadi asas pengajian tauhid umat Islam yang bersumberkan kepada dalil alQuran, hadis, Ijma dan qias, sebab itulah mereka mahu masyarakat berubah kepada pengajian tauhid tiga tersebut agar masyarakat meninggalkan dan melupakan pengajian asas sifat 20 Allah SWT. Ini kerana bencinya Wahabi kepada pengasas Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu Imam Abu Hasan al-Asyary (260h-324H) yang mengasaskan pengajian sifat Allah.


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


SENAMAN

Senaman pernafasan

Asmaul Husna

Oleh RAFLIS SABIRIN

Gerakan pinggang & lutut Setelah mengikuti gerakan senaman kepala, kedua-dua tangan, dan kedua-dua bahu, selanjutnya ialah gerakan senaman pinggang. 1a) Berdiri dengan kaki sejarak satu kaki jarak. Baca kalimat tauhid dalam hati dan tarik nafas secukupnya melalui hidung.

1a)

1b) Tahan nafas seberapa boleh sambil melompat merenggangkan kedua-dua kaki sejarak kira-kira satu meter manakala kedua-dua tangan membujur ke depan seperti menahani sesuatu.

1b)

1c) Lalu kembali melompat sedikit hingga pada kedudukan asal manakala jari kedua-dua tangan mengepal dan teruskan melompat untuk kali kedua dengan jarak antara kedua-dua kaki ialah satu meter.

1c)

1d) Kedua-dua telapak tangan hendak berada seakan-akan menekan sesuatu ke bawah, dan kemudian melompat semula untuk kedudukan asal. Bila mahu menghembuskan nafas, keluarkan melalui mulut. Bagi setiap pusingan, ia dilakukan dengan empat kali hitungan. Lakukan gerakan senaman ini tiga kali pusingan. Mengakhiri setiap senaman, baca dalam hati kelimat takbir “ Allahu� sambil menarik nafas secukupnya melalui hidung. Hembus nafas melalui mulut dengan membaca kalimat “Akbar� dalam hati.

1d)

1 meter

80


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


adab

Ramadan & Syawal: Antara ibadat dan adat

Oleh Mohd Sukki Othman

U

Ramadan yang sepatutnya bulan menahan nafsu dengan berpuasa bertukar menjadi bulan ‘makan’ yang sarat dengan pembaziran semata-mata untuk memenuhi tuntunan nafsu dan syahwat.

mat Islam di seluruh dunia kini sedang menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak dengan melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan bertarawih serta bertadarus al-Quran pada malamnya. Suasana bulan Ramadan begitu meriah dengan juadah berbuka puasa manakala umat Islam termasuk remaja dan kanak-kanak turut sama mengimarahkan masjid dan surau pada sebelah malam. Namun, persoalannya ialah apakah sambutan meriah ini mempunyai nilai ibadat di sisi Allah atau pun ia semata-mata adat yang disambut secara rutin tahunan? Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan yang dimuliakan dan bulan yang diberkati Allah 82

SWT. Justeru, Allah membuka pintu rahmat-Nya seluas-luasnya pada bulan Ramadan. Betapa besarnya fadilat bulan mulia ini dapat kita fahami daripada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Apabila masuk bulan Ramadan, maka dibuka pintupintu syurga dan ditutup pintu pintu neraka serta dibelenggu semua iblis dan syaitan”. Allah SWT juga telah menyediakan ganjaran yang besar dan tidak ternilai harganya kepada orang yang melaksanakan ketaatan di bulan Ramadan. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.