Issuu on Google+

Fobia hidup di kota besar DISEMBER 2009 THN. 7 Bil 88 1430 Zulhijjah-Muharram HARGA RM6.50 PP14605/08/2010 (025186) ISSN 1394-1437

9 771394 143000

Perang Anugerah sumber tersirat rezeki AS 3 anak cacat

COVER MMDECEMBERfinal '09.indd 1

Pintar belajar tak bijak urus wang

Hati sakit & sakit hati menurut Islam 11/12/09 2:01:21 PM


M

Firman Allah SWT yang bermaksud:

aka celakalah orang-orang yang solat iaitu orang yang lalai dalam solatnya.

Foto YUSRI SHAKJEE

(Surah al-Ma’uun, ayat 4-5)

COVER MMDECEMBERfinal '09.indd 2

11/12/09 2:01:40 PM


Disember 2009

MMissue disemberspy.indd 1

1

11/12/09 1:34:30 PM


www.mileniamuslim.com.my

6

10

26 BinGkisan

UMMah

Mahasiswa perlu belajar erti pengorbanan Misi banteras kebejatan akhlak remaja Wajarkah ibu bapa dihantar ke rumah kebajikan? Ilmu tanpa adab lahirkan insan biadap Berapa kali kita muhasabah diri dalam sehari?

Antara sambutan Maal Hijrah & awal tahun Masihi Menyelami hati nurani Syed Mokhtar Buang pangkat, darjat & kedudukan Kebejatan akhlak remaja elak tuding media Perpaduan: Antara pepejal & cecair Hati-hati walaupun ada logo halal

5 6 7 8 9

FokUs Tergelincir setiap pertengahan bulan Survival & keselesaan sama penting AIM prihatin keluarga miskin di bandar Terap sifat qanaah dalam diri Tak boleh goyang kaki Survival hidup warga kota

10

Sinetron Indonesia wajah televisyen Malaysia

Polemik Ahli Sunnah & Islam Liberal

1001 taFsiRan

17 19 20 24

Pasar berbisik

63

26

Bahagia diselimuti derita

PRihatin

28

Antara hati sakit & sakit hati

Briged Waqaf bantu mangsa gempa di padang

37

38

42

50

52

55

nota siswa Bala diturun untuk manusia berfikir Rumah murah pun terkial-kial nak bayar Ilmu tanpa penghayatan ibarat tanah gersang Harap tak tunggu giliran hingga 16 tahun

56 57 58 59

isU sEMasa Apabila kenderaan makan tuan

iktiBaR Ini anugerah Tuhan, apa nak dimalukan!

Malaysia – Indonesia Hubungan marah-marah sayang

70 92

34

48

tERoPonG MEDia

kEsihatan

nEGaRa tEtanGGa Air berkocak di Selat Melaka

9 binatang paling berbisa

66

iqRaq

tanGGUnGjawaB sosial Anugerah Merdeka pengiktirafan tertinggi kepada ikon negara

40

kEMBaRa MinDa

15

kERana nila sEtitik

Fakta BERGaMBaR 32

60

REnUnG & FikiR 44

Arafah momentum untuk berubah

65

2

MMissue disemberspy.indd 2

11/12/09 1:34:40 PM


Bil 88 DISEMBER 2009

80

73

73

Kerangka minda Najib dalam ‘Menakhoda Zaman’

EkonoMi

MacaM-MacaM

Pintar belajar tak bijak urus wang Elak kekeliruan istilah dalam perbankan Islam

Doktor letih disuruh minum kopi Kos melancong RM120 juta

76 80

sajak Rebutlah peluang sebelum mati

79

GloBal Perang & sengketa punca rezeki Amerika

82

aDaB Apabila lelaki bergelang & berantai leher…

86

88

82

BUkU & kRitik

nasional Malaysia mewah cuti umum!

48

86

60

91

silanG kata islaM akhiR kalaM Apa tunggu lagi, bangkitlah dari tidurmu…

95

96

94 94

MUka haDaPan Kemiskinan luar bandar adalah satu fenomena yang berlaku pada hari ini dan tanpa kita sedar ia mengheret masyarakat bandar kepada keperitan dan kesukaran dalam menjalani kehidupan. Apatah lagi di zaman yang serba ‘mahal’ dalam memenuhi pelbagai aspek keperluan hidup. Milenia Muslim mengupas pelbagai sudut dan menyelami kehidupan daif yang terpaksa diharungi warga kota meskipun mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan. Apa yang pasti, sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan dan juga individu yang bergelar masyarakat bandar untuk memperoleh kehidupan yang lebih selesa dan pada masa yang sama meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan negara.

REViU FilEM Surrogates sebuah filem pascamoden

88

Disember 2009

MMissue disemberspy.indd 3

3

11/12/09 1:34:55 PM


MEJA EDITOR

Penerbit

MMP Communications Sdn Bhd (146938-W)

RM3,000 sebulan tak selesa hidup di KL Kemiskinan di luar bandar dan bandar memang berbeza dan perlu dibezakan. Pendapatan RM2,000 sebulan kalau tinggal di luar bandar seperti di Baling, Kedah, Lipis, Pahang dan Gerik, Perak memang boleh hidup selesa, tapi masih belum cukup malah agak tertekan jika tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Justeru, tidak hairan jika satu keluarga di ibu negara dengan tiga atau empat anak yang berpendapatan sekitar RM3,000 sebulan hanya cukup makan dan sukar untuk menyisihkan sebahagian kecil pendapatannya untuk disimpan. Kehidupan yang dibelenggu kos sara hidup tinggi menyebabkan ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan seperti menjual nasi lemak dan kuih-muih untuk menambah pendapatan keluarga. Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengagihkan RM100 juta dalam bentuk saham amanah secara percuma kepada golongan miskin terutama miskin tegar di bandar bagi tujuan pelaburan untuk membantu menambah pendapatan mereka memang baik. Malah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu membantu kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan bagi menambah pendapatan, terutama yang tinggal di bandar besar juga dialu-alukan. Tetapi ada perkara yang lebih besar perlu diselesaikan untuk memastikan keselesaan hidup orang berpendapatan rendah di bandar besar. Antaranya, memastikan barang keperluan dapur sentiasa stabil dan jika boleh lebih murah dengan menambahkan lagi subsidi untuk barang lain selain gula dan tepung. Cuba lihat harga barang seperti Nescafe, Milo, susu bayi dan ubat-ubatan, malah mi segera dan minyak masak juga dikira masih mahal. Ini belum lagi keperluan asas iaitu beras yang naik mendadak awal tahun ini. Jika sebelum ini sekampit beras biasa 10 kilogram boleh dibeli sekitar RM20, kini harganya melonjak kepada RM25 hingga RM30. Ini belum mengambil kira tambahan kos membayar bil Astro, telefon bimbit, cukai pintu, tambang bas dan petrol. Harus diingat lebih sejuta pekerja swasta tempatan berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Golongan ini, walaupun tidak diklasifikasikan miskin, pendapatan mereka tidak cukup untuk menyara diri dan keluarga. Justeru, kerajaan perlu menetapkan gaji minimum RM900 untuk semua sektor sebagai langkah awal membantu pekerja berpendapatan kurang RM1,000. Ramai lagi pekerja kilang yang bekerja di bandar bergaji bawah RM740 sebulan. Golongan ini wajar diberi bantuan kerana mereka dikategorikan miskin.

Zainuddin Ayip

(dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))

68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425 Ketua Editor Kumpulan Editor

Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com Zainuddin Ayip zainudin.ayip@mmpcommunications.com

Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com Penulis Faizal Riduan faizalriduan@mmpcommunications.com Wartawan Salawati Haris sal@mmpcommunications.com Dalia Ismail dalia@mmpcommunications.com

Editor Agama

Kolumnis Penyumbang

Pengarah Grafik

Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, S.M. Zakir, Dr. Sidek Baba Mohd Sukki Othman, Dr Muhammad Nur Manuty, Nik Mahani Mohamed, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Nabeela Naeem (Washington DC), Muhammad Uthman El-Muhammady Hanna Khairuddin hanna@mmpcommunications.com Azlan Salim azlan.salim@mmpcommunications.com

Jaztina Alias jazz@mmpcommunications.com Pereka Grafik Korporat Mohd Firdaus Abdul Halim firdaus@mmpcommunications.com Jurufoto Kanan Asraf Dahari ashraf@mmpcommunications.com Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan Naqiuddin Wan Yaacob, Jasman Md Noor Penyelidik Foto Arman Yusuf Web Mohd Hafizi Md Tahir Pereka Grafik

Perunding Jualan & Pemasaran Penolong Pengurus Jualan Eksekutif Kanan Langganan Eksekutif Kanan Jualan Eksekutif Jualan Eksekutif Acara & Promosi Eksekutif Seliaan Pelanggan Pengurus Produksi & Pengedaran Eksekutif Produksi Eksekutif Pengedaran

Pencetak

Shikin Christine Louis Shikinchristine.louis@mmpcommunications.com Ann Norizad Muhamad Zain ann@mmpcommunications.com Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com Azam Akbar Ramamam azam@mmpcommunications.com Zakhwan Rizak zakhwan@mmpcommunications.com Shahrul Azrin Shaharuddin azreen@mmpcommunications.com Adibah Ahmad adibah@mmpcommunications.com Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com Widya Natasya Md Salleh Ilyah Nazarah Jamalludin Rizal Abdul Rahman Mohamad Zairull Mohd Yusof Zulkeflee Abdullah

Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Anggota:

Persatuan Penerbit Majalah

4

MMissue disemberspy.indd 4

11/12/09 1:34:56 PM


Mahasiswa perlu belajar erti pengorbanan ulhijah merupakan bulan terakhir pada kalendar Islam di samping salah satu daripada empat bulan haram yang mana bulan haram adalah bulan yang mulia lagi dihormati di dalam Islam. Kelebihan bulan-bulan mulia ini disebutkan oleh Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 36. Bila sebut bulan Zulhijah, perihal korban tidak akan dilupakan oleh segenap umat Islam di muka bumi ini. Sesungguhnya kedatangan bulan Zulhijah ini amatlah dinantikan kerana ia secara langsung akan mengingatkan kita dengan Hari Raya Qurban atau juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha. Di samping itu, hari raya ini juga dinamakan sebagai Hari Nahar iaitu yang membawa pengertian penyembelihan. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan juga mengenai kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah-Nya. Hari Raya Korban yang diraikan pada 10 Zulhijah ini adalah tarikh penting di dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa kembali di padang Arafah. Kisah pengorbanan yang telah dinukilkan oleh Allah SWT melalui pelbagai kisah ber-

Z

mula dari Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan seterusnya pada zaman Nabi Muhammad SAW juga telah banyak memberi makna yang tersendiri mengenai hakikat sebuah pengorbanan itu. Yang pasti, segala kisah yang dinukilkan ini mempunyai kesan dan pengajarannya yang tersendiri. Sikap ikhlas, patuh dan taat kepada perintah Allah SWT terhadap segala suruhan-Nya serta sanggup berkorban walau dalam apa jua perkara dan harta benda yang paling disayangi merupakan antara pengajaran yang patut dihayati bersama. Namun begitu, hakikat erti sebuah pengorbanan yang diungkapkan sempena datangnya bulan Zulhijah ini sering kali dilupakan oleh segelintir mahasiswa kita pada hari ini di mana mahasiswa kita sudah hilang semangat untuk sedia berkorban itu. Segelintir mahasiswa pada hari ini gagal menghayati konsep dan semangat untuk berkorban. Secara tidak langsung, kegagalan ini telah menyebabkan mahasiswa kita berada satu langkah ke belakang berbanding mahasiswa di negara lain. Apa yang dimaksudkan sebagai mahasiswa kita gagal menghayati konsep pengorbanan ini? Bukan kerana mahasiswa kita tidak belajar bersungguh-sungguh, tetapi konsep pengorbanan itu perlu dilihat dengan lebih menyeluruh lagi. Mahasiswa kita pada hari ini kebanyakannya gagal memahami konsep pengorbanan yang melibatkan pengorbanan

masa, tenaga dan juga komitmen dalam perjuangan mereka sepanjang bergelar mahasiswa di alam kampus. Keselesaan yang telah dirasai sedikit sebanyak telah membawa mahasiswa leka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan, lalai dengan hiburan serta keselesaan yang telah dikecapi itu. Mereka juga kurang membaca bacaan luar yang tiada kaitan dengan pelajaran, tidak idealistik serta tiada identiti kerana kurang minat, tiada semangat dan wawasan untuk berkorban ke arah menjadi mahasiswa yang berdaya saing. Tidak dinafikan masih ramai mahasiswa yang cemerlang di dalam bidang pengajian masing-masing, namun sejauh manakah mahasiswa dapat membantu masyarakat yang berada di sekeliling mereka? Ada kalanya masyarakat sekeliling pun tidak pernah mengenali mereka kerana tidak pernah bergaul dengan masyarakat tersebut. Inilah yang menyebabkan sejak kebelakangan ini mahasiswa didapati hilang jati diri dan gagal menjadi ikon serta contoh yang terbaik di dalam kelompok masyarakat mereka sendiri. Mahasisiwa perlu menanamkan sifat pengorbanan di dalam diri mereka kerana segala kemudahan dan kesenangan yang mereka kecapi di kampus pada hari ini bukanlah suatu yang percuma yang tiada sebarang bayaran mahupun tuntutan. Mereka perlu sedar bahawa semua itu adalah hasil daripada titik peluh yang berpunca daripada pendapatan rakyat. Secara tidak langsung, pendidikan yang diterima di kampus juga merupakan pembiayaan yang datang dari wang rakyat. Mahasiswa juga perlu sedar dan percaya bahawa apa yang mereka terima dan peroleh pada hari ini yang membolehkan mereka bergelar seorang mahasiswa yang dipandang tinggi di dalam masyarakat bukan berpunca daripada hasil usaha mereka sahaja. Tetapi banyak pihak lagi yang terlibat yang menjadi ikatan kepada kejayaan tersebut kerana setiap perkara itu mempunyai fungsi yang tersendiri untuk mencapai titik keseimbangan. SAKINATUL RAADIYAH ABDULLAH Yang Dipertua, Jawatankuasa Perumahan dan Kebajikan Pelajar, Kolej Kediaman A, Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA, Terengganu. Disember 2009

MMissue disemberspy.indd 5

5

11/12/09 1:34:58 PM


BinGkisan

Misi banteras kebejatan akhlak remaja ersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berasa terpanggil untuk menyatakan rasa dukacita apabila melihat akan perilaku generasi muda hari ini yang sudah tandus akhlak dan adabnya. Laporan akhbar Harian Metro yang bertarikh 14 Oktober 2009 mendedahkan kegiatan tiga beradik yang menganjurkan pesta maksiat bersama pasangan mereka di sebuah pangsapuri yang disewa di Putrajaya. Lebih menyedihkan, kegiatan itu membabitkan tiga gadis bawah umur yang sepatutnya menumpukan pelajaran di sekolah. Berita seumpama ini hanyalah sekelumit daripada ribuan permasalahan generasi muda hari ini. Bahkan, mungkin ada yang menyifatkan berita ini adalah picisan kerana di sana masih banyak lagi masalah yang lebih serius melibatkan generasi muda dalam pelbagai kegiatan jenayah. Walau apa sekalipun, perkara pokoknya tetap sama. Anak muda hari ini khususnya bangsa Melayu telah dirempuh dengan kebejatan akhlak dan adab yang sangat besar. Selain itu, baru-baru ini Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Prof Dr Mahmood Nazar Mohamed telah membuat kenyataan berkenaan dengan jumlah penagih dadah di kalangan wanita di negara ini meningkat sebanyak 1.7 peratus iaitu seramai 263 orang yang ditangkap berbanding tahun lalu. Jumlah ini dianggap serius kerana ia melibatkan golongan wanita yang berumur seawal 18 tahun. Bukti lain yang menunjukkan betapa seriusnya masalah penagihan dadah di kalangan wanita di

P

negara ini adalah dengan wujudnya satu pusat serenti wanita yang dibina di Bachok, Kelantan, yang dikenali sebagai Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen). Lanjutan daripada itu, beliau juga menyatakan sehingga September lalu, seramai 2,762 penagih dadah dikesan dengan paling ramai direkodkan di Kuala Lumpur yakni berjumlah 577 orang atau 20.97 peratus dan diikuti Kedah seramai 574 orang atau 20.86 peratus. Nah, apakah kita masih lagi mahu pasif dan perlu bersikap apologetik dengan angka-angka di atas? Pada hakikatnya, pelbagai cara atau ikhtiar telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa hinggalah kepada ibu bapa remaja yang terlibat demi membanteras permasalahan yang berlaku ini. Akan tetapi, persoalannya di sini apakah adab dan akhlak generasi muda dapat dikembalikan dengan bentuk hukuman semata-mata yang dijatuhkan atas kesalahan mereka? Adab hanya akan lahir menerusi penyemaian nilai-nilai murni berteraskan ilmu yang tepat terhadap seseorang individu sehingga lahirnya rasa pengiktirafan terhadap letak duduk segala sesuatu pada tempatnya yang benar. Tempat segala sesuatu sudah pasti bukan sahaja merujuk kepada tempat yang bersifat jasmani tetapi yang lebih penting kedudukan rohani seperti ketuhanan, kenabian, hari akhirat dan lain-lain dalam jiwa dan akal manusia. Justeru, PKPIM merasakan langkah terbaik bagi mencetuskan rasa beradab seperti ini adalah dengan medium pendidikan atau ta’dib (penyemaian adab dalam diri insan)

terhadap generasi muda. Dalam pada itu, PKPIM menyarankan kepada kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran agar memperkasa semula modul khas yang meliputi program motivasi, kesedaran, kerohanian, kekuatan minda dan jasmani yang telah dilancarkan di pusat korikulum daerah atau negeri tidak berapa lama dahulu. Hal ini penting demi menanam dan menjana semula sifat dan nilai murni yang sepatutnya ada dalam diri pelajar. Jika kita imbas sejarah, banyak sekali pengiktibaran yang membuktikan bahawa kekuatan fizikal, mental dan spiritual golongan muda pada usia inilah yang akan menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. Pada usia inilah manusia berada di tahap paling optimum dalam kebangunan jasad dan mentalnya dalam menyumbang yang terbaik dari dirinya. Pasti kita masih ingat akan sejarah betapa banyak tokoh-tokoh remaja yang melonjakkan diri mereka menjangkau pemikiran dan sumbangan golongan dewasa. Kisah al-Imam asy-Syafie yang mampu mengeluarkan fatwa tentang urusan agama pada usia 15 tahun, keunggulan Sultan Muhammad al-Fatih yang mengetuai ratusan armada kapal laut dalam misinya menawan kembali Kota Konstantinople yang pada waktu itu beliau hanya berusia 21 tahun serta Ibnu Sina yang menguasai bidang kimia dan lapan bidang ilmu utama yang lain pada usia 21 tahun sehinggakan kitab karangan terkenalnya Qanun Fittib dicetak di dalam pelbagai bahasa di benua Eropah. Semua di atas dan banyak lagi contoh remaja belia yang tidak dinyatakan di sini adalah bukti betapa kebolehan berfikir di luar konteks usia dan menabur bakti bersungguh-sungguh adalah syarat yang membolehkan mereka diangkat dan dihormati oleh umat pada zaman mereka dan zaman ini. Oleh itu, PKPIM mencadangkan agar pendekatan berhikmah dapat digunakan bagi membanteras kebejatan sosial yang melanda generasi muda terutama dalam menyelesaikan permasalahan yang mengakar seperti isu seks bebas, penyalahgunaan dadah, buli, gangsterisme, merokok, dan sebagainya. Pendekatan yang baru serta bersifat tidak terus menghukum dilihat lebih sesuai dan berkesan. Api jika dilawan dengan api sudah pasti akan memarakkan lagi konflik yang ada. Justeru dengan pendekatan berhikmah, teknik membawa mereka kembali menghayati gaya hidup murni dan beradab secara

6

MMissue disemberspy.indd 6

11/12/09 1:34:59 PM


tidak langsung adalah amat perlu. Di samping itu, pembentukan ‘peer group’, atau rakan yang prihatin perlu dalam memastikan anak-anak muda yang bermasalah ini dihampiri, dijiwai dan disembuhi bersamasama menerusi kaedah ‘Mentor-Mentee’. Teknik ini boleh dipimpin oleh seorang senior atau moderator kumpulan berpengalaman dari kalangan NGO belia yang boleh menjadi tempat untuk mengadu

masalah dan berkongsi pengalaman hidup sesama ahli. Perasaan kasih sayang yang terbit di dalam kumpulan ini diharapkan menjadi penebat kepada krisis akhlak yang berlaku. Biar kita tegas dalam prinsip, namun dalam masa yang sama berlembut dalam pendekatan yang digunakan. Perlu diingat, masa depan sebuah bangsa terletak di bahu generasi mudanya. Sungguh, kita akan terus gemilang di persada

belia dunia jika kebejatan adab yang melanda ini dapat dibanteras seiring dengan pembangunan spiritual, mental dan fizikal dijadikan asas dalam membina barisan remaja yang punya upaya dan dipercayai. Justeru PKPIM dengan satu ‘Gagasan Ta’dib Kepemudaan’ menyeru agar seluruh masyarakat memfokuskan kepada usaha melindungi, mendidik seterusnya memastikan generasi muda negara akan terus dilihat berakhlak mulia dan berkarisma dalam memimpin negara kita pada masa akan datang. Allah SWT pernah menggariskan di dalam al-Quran, ayat ke-26 Surah al-Qosas, bahawasanya di antara syarat pemilihan pemuda yang terbaik untuk bekerja demi membangunkan negara adalah mereka yang mempunyai al-Qawiyy al-Amin, atau mereka yang berupaya dan berwibawa. MOHD AKMAL AFIQ MOHAMAD Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Wajarkah ibu bapa dihantar ke rumah kebajikan? akikatnya, urusan hidup dan ajal maut, Allah SWT yang tentukan, tetapi berikutan tahap kesihatan yang lebih baik lebihlebih lagi dunia perubatan yang semakin moden, usia manusia kini semakin lanjut dan secara tidak langsung peratusan warga emas akan bertambah. Justeru, saya tertarik dengan nukilan wartawan Salawati Haris menerusi rencana Negara tua menjelang 2035: Bersediakah kita? yang disiarkan di dalam majalah ini keluaran Oktober lalu. Rencana ini sebenarnya biasa-biasa sahaja tetapi ada maksud tersirat kepada pembaca khususnya generasi muda yang lebih mementingkan urusan duniawi dan kebendaan. Bayangkan apabila usia ibu bapa kita semakin lanjut hingga usianya mencecah lebih 75 tahun. Ketika itu kudrat dan tenaganya semakin berkurangan ditambah pula dengan sakit itu dan sakit ini. Cuba kita renung dan fikirkan, ketika kita asyik dengan urusan dunia dan mengejar harta, sanggupkah kita mengambil tahu apa lagi menjaga ibu

H

bapa yang semakin tua dan sesetengahnya nyanyuk yang tentunya memerlukan belaian dan kasih sayang kita sebagai anak? Jawablah secara jujur, sanggupkan kita menjaga orang tua dan tinggal dalam satu rumah? Itulah yang kita khuatirkan dengan generasi muda yang tidak dibekalkan kasih sayang, tanggungjawab dan bersikap ihsan hingga sanggup melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mendidik dan membesarkan sehingga

menjadi orang berguna dan berpengaruh yang tentunya menikmati gaji dan pangkat besar. Wajarkah kita menghantar ibu bapa kita yang sudah tua dan uzur ke rumah kebajikan walaupun kita sedia menjenguk mereka sekali seminggu? Wajarkan anak bersikap sedemikian. Tanyalah diri sendiri dan jawablah secara ikhlas. AIMAN SAFWAN Kuala Lumpur. Disember 2009

MMissue disemberspy.indd 7

7

11/12/09 1:35:00 PM


BinGkisan

Ilmu tanpa adab lahirkan insan biadap aranan yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja DrNazrin Shah agar graduan bijak mentakrif isu semasa, sewaktu merasmikan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-48 baru-baru ini sangat tepat pada waktunya. Saranan ini selari dengan bercambahnya kepelbagaian isuisu penting yang diangkat sebagai tema wacana arus perdana sejak kebelakangan ini. Isu-isu semasa yang berlegar sekitar tafsiran Perlembagaan Persekutuan yang diketengahkan oleh beliau misalnya adalah antara isu teras yang tidak dapat tidak menuntut ilmu pengetahuan dan

S

kebijaksanaan para graduan pada hari ini. Dalam konteks inilah, diharapkan agar para graduan dan mahasiswa dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka ‘merentas disiplin ilmu pengajian’ yang diambil sewaktu di universiti. Dalam kata lain, sejak dari mahasiswa lain, mereka haruslah didedahkan dengan kepelbagaian bidang ilmu merentas jurusan pengkhususan masing-masing agar menjadi intelektual yang multi-disiplin dan holistik. Perbincangan tentang Perlembagaan Persekutuan misalnya, tidak harus dimonopoli oleh mahasiswa atau graduan undang-undang dan pengajian sains sosial

sahaja, bahkan ia juga perlu mahasiswa daripada jurusan yang lain termasuklah aliran sains dan teknikal. Hal ini semakin relevan dalam konteks hari ini, di mana semua pihak berbicara secara terbuka dalam rangka mencari formula terbaik dalam mentafsir terasteras penting negara, seperti kedudukan Islam dan Mahkamah Syariah dalam perlembagaan dan undang-undang negara, hak-hak Bumiputera dan Raja-Raja Melayu, krisis perundangan, kedaulatan bahasa, kebebasan dan hak asasi manusia dan sebagainya. Justeru, generasi muda perlu mengamalkan sikap prihatin dan berusaha secara proaktif untuk menghadam konsep-konsep yang menyentuh teras-teras penting negara, seperti konsep ‘1Malaysia’ yang sedang dipromosikan oleh kepimpinan negara. Mengambil kesempatan ini, isu-isu melibatkan dasar-dasar ekonomi yang penting seperti model Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Liberalisasi yang sedang diusahakan oleh kerajaan, harus difahami oleh mahasiswa dan graduan kerana mereka adalah antara kelompok yang bakal menerima tempias dan implikasi yang paling besar daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut. Melihat kepada kegawatan dan ketidaktentuan ekonomi dunia muktahir ini, graduan perlu mengambil kira faktorfaktor ekonomi dalam kesibukan mereka membina kerjaya, membina keluarga dan merancang kewangan masa hadapan. Dalam konteks ini, literasi kewangan dan ilmu pengurusan kredit menjadi satu keperluan yang mendesak kepada graduan pada hari ini, agar mereka tidak ‘menambah’ statistik eksekutif muda yang muflis dek kerana pengurusan kredit yang lemah. Pastinya ini semua berkait dengan kebolehupayaan graduan untuk menjadi individu yang bersifat multi-disiplin dan bijak dalam mengenalpasti isu-isu semasa, yang bukan sahaja penting untuk menjaga survival diri, tetapi ia juga perlu meliputi keinginan untuk menjamin survival agama, bangsa dan negara Malaysia yang kita kasihi ini. Yang pentingnya, ‘kebijaksanaan’ ini haruslah berpaksikan kepada dua teras utama iaitu ilmu dan adab. Ilmu tanpa adab hanya akan melahirkan insan yang biadap serta perlu dielakkan daripada mewarnai perwatakan graduan yang lahir daripada institusi pengajian kita. Barangkali, inilah mesej penting yang ingin disampaikan oleh YM Raja Dr Nazrin

8

MMissue disemberspy.indd 8

11/12/09 1:35:02 PM


Shah kepada para graduan dan mahasiswa, untuk dijadikan rujukan dalam mendepani kecelaruan landskap sosio-politik negara yang semakin membingungkan generasi muda. Sikap tidak peduli dan individualistik tidak seharusnya dijadikan sebagai satu pilihan lagi. Pilihan yang ada untuk para graduan dan mahasiswa ialah untuk meningkatkan ilmu dan keprihatinan, membina keperibadian dan adab yang terpuji dan ‘bijaksana’. Selain itu, para graduan dan mahasiswa disarankan untuk terlibat secara langsung dengan aktiviti berpersatuan melalui

penglibatan dalam pertubuhan-pertubuhan belia di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) arus perdana yang terlibat secara langsung dalam wacana isu-isu semasa merentas agama, bangsa, kaum dan gender. Amat menyedihkan, tapi itulah hakikatnya bahawa pembabitan graduan dalam aktiviti berpersatuan dan kemasyarakatan selepas bergraduasi masih lagi di peringkat yang rendah. Justeru, para graduan yang baru melangkah meninggalkan menara gading untuk meningkatkan penglibatan aktiviti berpersatuan di kalangan generasi muda.

Berapa kali kita muhasabah diri dalam sehari?

lhamdulillah kita dikurniakan pancaindera untuk mempermudahkan kita menjalani kehidupan seharian. Apa pun kita dikurniakan mata untuk melihat, tapi kita harus bertekad tidak melihat apapun kecuali yang istimewa. Mata kita hanya melihat sesuatu yang boleh membersihkan hati dan menenangkan fikiran. Mata kita harus menjadi mekanisme penambah ilmu untuk mendekatkan lagi kepada Allah SWT. Justeru, apakah kita boleh menonton televisyen? Tentu saja boleh. Tapi program yang kita tonton mestilah yang istimewa dan boleh menguatkan iman dan menam-

A

bah rasa kagum kepada Allah SWT. Mata dan telinga adalah kurniaan Allah SWT, maka mata dan telinga hanya layak melihat dan mendengar hal-hal yang istimewa. Kita hanya boleh bercakap dan mendengar sesuatu yang membuat kita semakin dekat dengan Allah SWT. Daripada bercakap mengenai keburukan orang lain, adalah lebih baik menceritakan kebaikan orang lain sehingga kita boleh mencontohinya. Jadi kita tidak harus mendengar bualan sia-sia, apalagi yang berbentuk umpatan dan sindiran. Apakah kita boleh mendengarkan lagu? Tentu saja boleh, tapi dengarlah lagu yang bermanfaat yang boleh dijadikan amal

Seruan ini amat selaras dengan hasrat kerajaan yang telah menggubal Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti, yang antara lain disasarkan kepada generasi muda. Dengan pembabitan sebeginilah baru generasi muda akan mampu menterjemahkan idealisme dan kefahaman mereka terhadap isu-isu semasa dalam suasana muhibah dan mengikut saluran yang betul. MOHAMAD RAIMI AB RAHIM Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). dan teladan. Kita juga boleh bercakap sesuatu jika apa yang kita katakan itu boleh memberi kebaikan kepada yang mendengar. Kita harus sentiasa ingat bahawa Allah SWT menciptakan waktu tertentu yang sangat istimewa, di antaranya sepertiga malam terakhir. Orang yang bangun malam lalu melakukan tahajud dengan ikhlas dan istiqamah, maka ia dijamin memiliki kedudukan terpuji di sisi Ilahi. Kata-katanya akan memiliki kekuatan, memiliki daya sentuh, daya hujah yang hebat, walau mungkin yang dikatakannya sederhana. Ia pun akan diberi kemudahan dan jalan keluar dari setiap kesulitan yang dihadapinya, kerana doanya makbul. Setiap minggu pula ada hari istimewa iaitu Jumaat. Rasulullah SAW sendiri berusaha tampil ‘lebih istimewa’ pada hari Jumaat. Amalannya ditingkatkan dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti amalan yang utama. Allah SWT menjamin gugurnya dosa setiap hamba dari Jumaat ke Jumaat, bila ia mampu meraih keutamaan di dalamnya. Dalam satu tahun, Allah SWT menciptakan satu bulan istimewa, iaitu Ramadan. Bulan yang penuh berkat, yang benar-benar berbeza berbanding bulan lain. Sesiapa yang mengisi detik demi detik sepanjang Ramadan dengan perilaku istimewa, nescaya dia akan mendapat yang teristimewa pula pada pandangan Allah SWT. Dosa-dosanya akan dihapuskan, darjat dinaikkan, doa dikabulkan. Soalnya, adakah kita sudah bersedia untuk mencermin diri dan memikirkan apakah yang kita buat selama ini selaras dengan tuntutan al-Quran dan hadis? Dalam sehari berapa kali kita muhasabah dan mencermin diri? INSAN KAMIL Teluk Intan, Perak. Disember 2009

MMissue disemberspy.indd 9

9

11/12/09 1:35:04 PM


ak sih tid cuku a m

p

RM30 00

FokUs

Tergelincir setiap

pertengahan bulan Kemiskinan di kota besar lebih banyak membabitkan kelompok kampung tradisi dan setinggan di dalam bandar kerana penghuninya berdepan dengan jurang perbezaan taraf hidup yang sangat besar. Oleh ZAINUDDIN AYIP Foto UNIT FOTO MMP

iapalah yang peduli dan sudi mahu ambil tahu kehidupan kami di Kuala Lumpur. Keluarga di kampung pun tidak tahu. Walaupun gaji kami sekeluarga mencecah RM3,000 sebulan, wang sebanyak itu hanya sekadar cukup makan. Malah setiap malam, sebelum tidur kami sebagai ketua keluarga terus berfikir bagaimana untuk menyara, membesar dan menyekolahkan anak selain membayar hutang.

“S

10

MMissue disemberspy.indd 10

11/12/09 1:35:10 PM


Foto YUSRI SHAKJEE

Disember 2009 11

MMissue disemberspy.indd 11

11/12/09 1:35:13 PM


FokUs “Kami tidak ada pilihan dan terpaksa terus hidup dengan susah payah di kota besar. Nak balik kampung terasa malu kerana tiada rumah dan tanah, apa lagi pekerjaan. Jadi kami harus gagahkan diri hidup di sini.� Ini adalah pengakuan ikhlas seorang bapa kepada empat anak yang masih bersekolah dan tinggal menyewa di rumah separuh batu di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apa yang jelas, senario kemiskinan di bandar lebih meruncing tetapi realitinya peluang mendapatkan wang tambahan secara halal di bandar lebih mudah asalkan tabah dan rajin berusaha, berbanding di kampung. Walaupun dibebani harga barang keperluan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, mereka perlu mengatur pendapatan untuk keperluan isteri dan anak selain melunaskan hutang agar tidak tergelincir pada setiap pertengahan atau akhir bulan. Orang di bandar, jika terdesak, boleh lagi mencari jalan lain untuk menambah pendapatan seperti berniaga pisang goreng atau apa saja. Jaga tempat letak kereta pun dapat duit. Di luar bandar, kalau berlaku sesuatu yang di luar dugaan mereka akan hilang punca. Tidak banyak jalan keluar. Apa yang penting, hidup di kota besar mesti tabah dan tidak boleh mengeluh selalu. Tuhan sudah tentukan manusia hidup dengan cara berbeza. Sebenarnya, isu kemiskinan di bandar perlu diselesaikan segera oleh kerajaan kerana ia memberi kesan kepada penampilan wajah bandar itu sendiri khususnya kawasan tumpuan pelancong. Bandar besar dan menuju status negara maju tetapi ada pula rumah yang usang, ia pastinya memberikan imej kurang elok dan tidak indah dipandang. Kerana itu, kerajaan mempunyai visi menghapuskan sepenuhnya setinggan menjelang 2015. Selain itu, kerajaan perlu melihat generasi muda sebagai golongan penting yang perlu digerakkan untuk membasmi kemiskinan. Beri pinjaman perniagaan kepada anak muda dari keluarga miskin. Gabungkan kemahiran beberapa orang daripada mereka untuk wujudkan perniagaan. Merujuk statistik kemiskinan di bandar, kerajaan berjaya mengurangkan kadarnya daripada 3.8 peratus pada 1999 kepada 2.3 peratus pada 2007, namun ia hanya berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sedangkan diakui kemiskinan perlu dilihat dalam pelbagai sudut lain seperti tempat tinggal, pendidikan dan minda. Apa yang jelas, kemiskinan di bandar lebih banyak membabitkan kelompok kampung tradisi dalam bandar selain setinggan kerana mereka berdepan jurang perbezaan taraf hidup yang

sangat besar. Meskipun dari konteks pendapatan, mereka tidak miskin kerana berada di atas paras kemiskinan, tetapi dimensi fizikal memberi persepsi sebaliknya. Rumah pangsa dan banglo memberikan gambaran yang sangat berbeza. Keadaan persekitaran termasuk peluang pendidikan dan kemudahan lain turut memberikan persepsi seseorang itu daif, walaupun pendapatannya melebihi RM1,000. Kerana itu, dasar kerajaan adalah membantu semua yang memerlukan termasuk mereka yang berpendapatan rendah. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan EPU, PGK yang digunakan untuk mengkelaskan kemiskinan di bandar ialah di bawah RM740 (Semenanjung), RM860 (Sarawak) dan RM970 di Sabah dan Labuan manakala bagi kategori miskin tegar di bandar pula, PGK yang digunakan ialah RM420 (Semenanjung), RM540 di Sabah dan Labuan serta RM530 di Sarawak. Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula menunjukkan penerima bantuan paling ramai sehingga 2008 adalah di Pahang dengan 36,600 diikuti Terengganu (22,710), Kedah (21,393) dan Perak (17,722). Negeri yang mencatat jumlah bantuan paling tinggi ialah Terengganu dengan penyaluran bantuan lebih RM57 juta diikuti Kedah (RM41 juta), Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang diguna pakai untuk mengklasifikasikan golongan miskin di negara ini sudah tidak relevan dan tidak sesuai dijadikan panduan untuk penyaluran sebarang jenis bantuan terutama membabitkan golongan miskin di bandar. PGK yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggariskan pendapatan yang dianggap miskin bagi penduduk bandar ialah di bawah RM740 sebulan dan angka itu digunakan bagi semua bandar di Semenanjung. Ia menjadikan kaedah penetapan untuk mengagihkan pelbagai bantuan yang berdasarkan PGK sebagai syarat utamanya tidak relevan kerana meletakkan penduduk besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang setara dengan bandar kecil seperti Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kangar. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, dilaporkan berkata PGK yang digunakan terutama bagi bandar besar seperti Kuala Lumpur perlu dikaji semula supaya lebih menggambarkan situasi sebenar keperitan hidup di tengah bandar raya. Malah, beliau mahu mencadangkan satu ka-

Jika mengambil kira PGK, jumlah kemiskinan di bandar pada 2007 hanya 2.3 peratus sedangkan realitinya ramai yang hidup susah meskipun mempunyai pendapatan melebihi RM740, malah ada yang masih susah dengan gaji melebihi RM1,000. 12

MMissue disemberspy.indd 12

11/12/09 1:35:16 PM


Jurang pendapatan di bandar terlalu besar dan memberi banyak tekanan kepada mereka yang berpendapatan rendah terutama kepada penduduk asal kerana menerima impak akibat pembangunan pantas di kawasan mereka. jian menyeluruh dibuat bagi mengkelaskan PGK mengikut kawasan dan tidak dibuat secara umum seperti ketika ini. “PGK adalah satu angka yang dibuat selepas mengambil kira semua faktor dan ia selaras dengan pendapatan perkapita selain gaji buruh yang tidak kurang RM30 sehari. Sebenarnya ia sangat sesuai dijadikan panduan untuk menilai kemiskinan apatah lagi apabila ia kini dinaikkan kepada RM740 berbanding sekitar RM500 sebelum ini. “Namun, saya akui adalah tidak sesuai jika angka itu digunakan secara menyeluruh untuk semua bandar di negara ini. Ia perlu dikaji semula kerana situasi di setiap bandar berbeza. Perlu ada pengkhususan dan angka lain untuk bandar berbeza. “Penduduk di Alor Star tak boleh disamakan dengan Kuala Lumpur. Justeru, kajian perlu dibuat secara teliti dan satu PGK lebih tepat berdasarkan kawasan perlu disediakan. Kementerian kami akan cuba lanjutkan cadangan ini,” katanya. Sehubungan itu, kajian untuk menetapkan PGK perlu dibuat secara berbeza bagi setiap lokasi dan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan angka yang dijadikan penanda aras sentiasa sejajar tuntutan semasa. Merujuk isu kemiskinan di bandar terutama Kuala Lumpur, Lajim berkata perlu ada usaha berterusan dan

serius dalam menanganinya dengan cara memperbanyakkan program motivasi supaya masyarakat miskin di bandar tidak terus mengharapkan bantuan, tetapi menggunakan peluang yang ada untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. “Walaupun sukar, miskin di bandar mempunyai lebih peluang untuk berjaya dan keluar daripada kelompok kemiskinan berbanding di luar bandar kerana banyak peluang pekerjaan tersedia selain potensi menjalankan perniagaan sendiri. “Kerajaan sentiasa menyediakan peluang pinjaman memulakan perniagaan selain turut membina gerai untuk mereka berniaga. Bantuan bulanan orang miskin yang ada selama ini hanya sementara dan takkan bantu mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Mereka perlu ada pendapatan sendiri,” katanya. Sementara itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emiritus Chamhuri Siwar, dilaporkan berkata, isu kemiskinan di bandar sangat dinamik dan takrifan mengenainya perlu dibuat dengan mengambil kira inflasi serta kenaikan harga barang. Justeru, PGK yang diguna pakai ketika ini sebenarnya sudah ketinggalan kerana dihasilkan ketika pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2006 sedangkan senario ekonomi seDisember 2009 13

MMissue disemberspy.indd 13

11/12/09 1:35:17 PM


FokUs masa banyak berubah. “PGK perlu dilihat dan dikemas kini setiap tahun. Angkanya pasti berbeza dan ia perlu mengambil kira semua aspek. Selain itu, logik pada PGK itu perlu ada kerana ketika ini pendapatan yang layak dikategorikan sebagai miskin tidak banyak berbeza antara bandar dan luar bandar. “Sepatutnya PGK di bandar dibuat berdasarkan indeks sara hidup di lokasi itu sendiri, bukannya dibuat secara umum. Di Johor Bahru misalnya, kemasukan orang Singapura menyebabkan harga barang naik. Ia memberi kesan kepada penduduk setempat. Malah, sewa rumah dan pengangkutan di bandar sangat tinggi,” katanya. Beliau yang menjalankan kajian mengenai kemiskinan di bandar selain terbabit aktif menghasilkan penulisan mengenai isu itu berkata, PGK di bandar perlu dinaikkan daripada RM740 ke RM1,000 kerana angka terbabit lebih relevan. Jika mengambil kira PGK, jumlah kemiskinan di bandar pada 2007 hanya 2.3 peratus sedangkan realitinya ramai yang hidup susah meskipun mempunyai pendapatan melebihi RM740, malah ada yang masih susah dengan gaji melebihi RM1,000. “Kemiskinan di bandar lebih bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut senario semasa. Ia menjadi lebih meruncing ketika kegawatan ekonomi dengan ramai kelompok pendapatan rendah dibuang kerja terutama di sektor perkilangan. “Di bandar, bukan pendapatan saja isu utama yang perlu diambil kira dalam mengkategorikan kemiskinan, banyak lagi elemen lain termasuk keselesaan tempat tinggal, persekitaran, kemudahan dan pendidikan. “Semuanya bersangkut paut. Keadaan rumah yang tidak selesa menjejaskan prestasi pembelajaran. Keadaan persekitaran yang tidak selesa pula menjejaskan kesihatan. Ia terbukti kerana kebanyakan kes penyakit berjangkit berlaku di kawasan penduduk berpendapatan rendah,” katanya. Selain itu katanya perlu diakui bahawa senario kemiskinan turut menyumbang kepada pelbagai kes jenayah serta gejala sosial tidak sihat seperti lepak dan rempit. Menjelas lebih lanjut, Chamhuri berkata, jurang pendapatan di bandar terlalu besar dan memberi banyak tekanan kepada mereka yang berpendapatan rendah terutama kepada penduduk asal kerana menerima impak akibat pembangunan pantas di kawasan mereka. “Pembangunan sebenarnya meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Jurang pendapatan akan jadi semakin jauh. Memang diakui ada banyak faedah daripada pembangunan tetapi orang susah akan semakin susah kerana terpaksa menerima peningkatan kos sara hidup. “Tambahan pula, jika dilihat secara teliti, perlu diakui pembangunan memberi banyak keuntungan kepada pihak tertentu. Contohnya pemilikan rumah, kebanyakan golongan pendapatan rendah hanya mampu menyewa, “Kerana semua sebab itu, PGK di bandar

lengang. warga kota terpaksa berjimat cermat dan ‘ikat perut’ disebabkan tanggung kos sara hidup yang tinggi.

“Bagi keluarga yang ramai anak, keperluannya pasti lebih tinggi. Tak ramai anak tapi badan besar pun perlu dapatkan lebih kalori, bermakna lebih besar keperluannya. perlu dinaikkan dan mengambil kira semua faktor. Perlu dikategorikan supaya semua kawasan ada PGK tersendiri. Tak sama di semua kawasan,” katanya. PGK yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebenarnya sudah mengambil kira pelbagai aspek penting terutama membabitkan keperluan makanan seimbang seseorang penduduk di negara ini. Timbalan Pengarah Pengagihan EPU, Mohamad Idris, dilaporkan berkata PGK adalah purata pendapatan minimum yang diperlukan sesebuah keluarga untuk hidup terutama kemampuan mendapatkan makanan seimbang bagi menjalani kehidupan aktif dalam masyarakat. “Sebenarnya, PGK bukan setakat perlu berbeza bagi setiap negeri atau lokasi tetapi lebih tepat lagi, setiap keluarga mempunyai PGK mereka sendiri kerana keperluan makanan seimbang setiap keluarga berbeza. “Bagi keluarga yang ramai anak, keperluannya pasti lebih tinggi. Tak ramai anak tapi badan besar pun perlu dapatkan lebih kalori, bermakna lebih besar keperluannya. Jadi, PGK setiap keluarga berbeza,” ujarnya. EPU hanya mampu mengeluarkan PGK secara purata selepas membuat analisis di setiap kawasan dan membabitkan beberapa keluarga. Untuk mewujudkan PGK yang lebih terperinci berdasarkan lokasi, perbelanjaannya terlalu besar. Mengakui hakikat bahawa PGK di setiap lokasi sepatutnya berbeza, Mohamad berkata, EPU sentiasa menekankan toleransi dalam menyalurkan bantuan, bukan sekadar membantu mereka yang miskin atau di bawah PGK, tetapi juga yang berpendapatan rendah. Kelantan (RM40 juta), Johor (RM35 juta) dan Perak (RM34 juta).

14

MMissue disemberspy.indd 14

11/12/09 1:35:18 PM


RM30 00

p

ara

ak sih tid cuku a m

Survival & keselesaan

sama penting

Sebuah keluarga dengan lima anak hidup di bandar besar memerlukan pendapatan sekurang-kurangnya RM3,686 sebulan, bermakna garis kemiskinan sepatutnya separuh daripada itu iaitu RM1,843 sebulan. Oleh DALIA ISMAIL

elalui Misi Nasional, kerajaan terus berusaha menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang masih wujud di antara kumpulan etnik, wilayah, bandar dan luar bandar. Laporan separuh penggal Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) memperlihatkan penurunan kemiskinan bandar berkurangan daripada 2.5 peratus pada 2004 kepada 2.0 peratus pada 2007. Dan kemiskinan luar bandar menurun begitu ketara daripada 11.9 peratus kepada 7.1 peratus. Agenda kerajaan dalam usaha pembasmian kemiskinan di bandar, dengan memperbanyakkan program penjanaan pendapatan dan penyediaan keperluan asas perumahan serta kemudahan sosial lebih baik bagi mengurangkan beban kos sara hidup masyarakat bandar. Jika dilihat dari segi pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia pula, mencatatkan peningkatan daripada RM3,249 pada 2004 kepada RM3,686 pada 2007. Peningkatan ini adalah hasil pertumbuhan ekonomi yang positif dan pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan kerajaan yang mengalakkan peluang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan di kalangan semua rakyat Malaysia. Walaupun nisbah ketidaksamaan pendapatan purata antara luar bandar dan bandar bertambah baik iaitu 1:191 pada 2007 berbanding 1:2.11 pada 2004. Banyak faktor penolak dan penarik kepada isu kemiskinan bandar masih boleh wujud. Untuk meneruskan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang pendapatan terutama membabitkan Bumiputera dan bukan Bumiputera di bandar seperti Kuala Lumpur,

M

dalam RMK-9 kerajaan telah memberikan tumpuan untuk meningkatkan pendapatan di kalangan isi rumah sebanyak 40 peratus bagi membentuk kumpulan berpendapatan pertengahan yang lebih besar. Ini kerana ketidakseimbangan pendapatan purata antara Bumiputera dengan kaum Cina walaupun agak baik dengan nisbah yang mengecil daripada 1:1.64 pada 2004 kepada 1:1.54 pada 2007, manakala Bumiputera dengan kaum India juga baik dengan nisbah menyusut daripada 1:1.27 kepada 1:1.20 dalam tempoh sama, ia tidak boleh dijadikan pengukur bahawa kimiskinan bandar mampu diatasi terutama membabitkan orang Melayu. Ini kerana bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pengukuran kemiskinan di Malaysia adalah berasaskan konsep kemiskinan mutlak. Pengukuran ini dikenali sebagai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK didefinasikan sebagai paras pendapatan bulanan bagi memenuhi keperluan asas sesebuah keluarga seperti makanan, pakaian, rumah, bahan api, pengangkutan, kesihatan, pendidikan, perhubungan dan rekreasi. Daripada Laporan Kaji Selidik Perbelanjaan Isi Rumah 2004/2005 oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa aliran perbelanjaan isi rumah di Malaysia meningkat dari masa ke semasa. Secara purata isu rumah yang tinggal di bandar berbelanja sebanyak 1.8 kali ganda lebih tinggi berbanding isi rumah yang tinggal di luar bandar. Perbelanjaan bulanan purata di kawasan bandar ialah RM2,285 sebulan dan di kawasan luar bandar ialah RM1,301 sebulan.

Prof Emeritus chamhuri siwar Disember 2009 15

MMissue disemberspy.indd 15

11/12/09 1:35:31 PM


FokUs Jika dilihat di Kuala Lumpur sejumlah 1,415,972 penduduk dan di Selangor yang kepadatannya juga tinggi iaitu 4,188,876 penduduk berdasarkan kepada PGK bagi tahun 2002. PGK bagi sesebuah keluarga di Semenanjung Malaysia adalah RM740 sebulan dan tidak ada PGK berasingan ditetapkan bagi kawasan bandar dan luar bandar. Dengan PGK sejumlah RM740 sebulan di Semenanjung dilihat tidak begitu realistik jika dibandingkan dengan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor. Bekas Presiden Yayasan Strategik Sosial MIC, Dr Denison Jayasooria menjelaskan bahawa kaedah pengiraan PGK dibuat kerajaan hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan di negara miskin tanpa mengambil kira taraf hidup isi rumah. Ini kerana sebuah keluarga dengan lima anak hidup di bandar memerlukan pendapatan sekurangnya RM3,686 sebulan, yang bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripada itu iaitu RM1,843 sebulan. Dr Danison berkata, seharusnya ia perlu mengikut kaedah ukuran PGK seperti yang diamalkan di negara-negara maju seperti Sweeden dan Singapura. “Konsep pengiraan garis kemiskinan perlu mengambil kira kualiti hidup sesebuah keluarga dengan melihat sama ada mereka mempunyai peti sejuk, televisyen, komputer dan sebagainya,” ujar beliau. Bagi Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Emeritus Chamhuri Siwar, PGK harus dinilai dari sudut ‘keselesaan’ yang menjamin seseorang itu berkemampuan untuk meneruskan hidup di kota besar. “Kehidupan di bandar seperti di Kuala Lumpur, kita tidak lagi bercakap soal ‘survival’ sahaja tetapi ‘keselesaan’ amat penting. Jika hanya survival kita boleh duduk di rumah setinggan sahaja. Sebaliknya jika hendakkan keselesaan kita perlukan sebuah rumah yang mampu milik sekurang-kurangnya rumah kos rendah tiga bilik. Tetapi hari ini pemaju perumahan lebih cenderung membina rumah mewah yang bernilai jutaan ringgit. “Oleh itu PGK yang diguna pakai hari ini untuk mengukur garis kemiskinan isi rumah perlu dinilai semula dengan mengambil kira tahap keselesaan isi rumah. Berbanding di luar Bandar keperluan asas sudah mencukupi tetapi PGK luar bandar juga akan meningkat kerana faktor pemodenan akan menular di kalangan penduduk luar bandar dan mereka tidak akan mahu ketinggalan,” ujarnya. Beliau mengambil contoh negara Singapura yang memberikan penumpuan terhadap penyediaan perumahan dan infrastruktur yang selesa dan baik kepada rakyat negara itu. Keadaan ini kurang berlaku di kota besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor yang mana permasalahan perumahan dan infrastruktur sering menjadi isu perdebatan. Kata Chamhuri lagi, sejak DEB diwujudkan telah berlaku proses penghijrahan warga desa ke bandar. Ini kerana DEB mengalakkan penyertaan bumi-

Hari ini peluang banyak dimonopoli di kalangan mereka yang mempunyai kekayaan dan modal yang banyak untuk membeli dan menyewa premis perniagaan di kawasan bandar. putera dalam aktiviti bandar dan industri. Namun kini struktur ekonomi bandar itu sendiri sudah tidak seimbang yang mana bidang tertentu dikuasai oleh bukan Bumiputera. “Jika di lihat dari dasar DEB diwujudkan adalah positif tetapi setelah dilaksanakan kita dapati ada peluang yang tidak seimbang dalam bandar telah wujud. Hari ini peluang banyak dimonopoli di kalangan mereka yang mempunyai kekayaan dan modal yang banyak untuk membeli dan menyewa premis perniagaan di kawasan bandar. Manakala yang kurang modal akan mampu menjalankan perniagaan mereka di pinggir bandar dan ini semua menyumbang kepada kemiskinan bandar. “Malah dalam penghijrahan orang Melayu ke bandar tidak ramai di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan yang ditawarkan. Majoriti penduduk di Kuala Lumpur ini dalam kategori bawahan seperti pekerja kilang, buruh dan penjaja kecil yang secara tidak langsung menyumbang kepada PGK yang rendah.” jelasnya.

16

MMissue disemberspy.indd 16

11/12/09 1:35:36 PM


RM30 00

p

ak sih tid cuku ma

AIM prihatin

keluarga miskin di bandar

Kos sara hidup di Malaysia terus meningkat ditambah lagi dengan kenaikan harga barang keperluan sehingga melebarkan keselesaan hidup penduduk yang berpendapatan rendah dan tinggi.

Oleh SALAWATI HARIS

ebih satu bilion penduduk dunia hidup dalam kemiskinan termasuklah kemiskinan bandar yang menjadi suatu fenomena yang turut memberikan impak negatif terhadap gaya hidup dan psikologi penduduk. Justeru itu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandang serius terhadap permasalahan ini dengan memperkenalkan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB). Menurut Pengarah Urusan AIM, Hajah Zabidah Ismail, AIM yang ditubuhkan pada 1987 telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan modal kepada isi rumah miskin yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan. “Pada tahun 2008, AIM telah mendapat tawaran daripada Kementerian Kewangan untuk meluaskan operasinya ke bandar-bandar besar khususnya di Lembah Klang dengan melaksanakan PKMB. Pihak kementerian telah menyediakan dana sebanyak RM100 juta sebagai peruntukan awal untuk disalurkan kepada golongan miskin di bandar.

L

“Tawaran itu dibuat berdasarkan kejayaan AIM dalam melaksanakan Skim Pembiayaan Ikhtiar di luar bandar dalam membasmi kemiskinan. Menyedari kemiskinan yang telah menular dan bertapak di bandar, maka AIM menyambut cabaran tersebut untuk memperkenalkan PKMB bagi membantu penduduk bandar yang layak untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan seterusnya mengurangkan garis kemiskinan di bandar,� katanya. Pembentukan PKMB, katanya bertujuan untuk mewujudkan akses mikro secara berterusan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. PKMB adalah skim yang memberi pembiayaan mikro kepada isi rumah yang layak terutamanya wanita bagi membiayai projek ekonomi dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan, tabungan dan aset keluarga di samping mewujudkan komuniti berdaya saing dan berdikari bebas daripada kemiskinan. Keistimewaan PKMB ialah ia tidak memerlukan penjamin dan cagaran manakala struktur insentif bagi meminjam secara berterusan yang lebih besar (sekali Disember 2009 17

MMissue disemberspy.indd 17

11/12/09 1:36:21 PM


fokus ganda) daripada pinjaman sebelumnya dengan syarat bayaran balik pembiayaan dan rekod-rekod lain yang berkaitan adalah baik. Peminjam juga berada dalam kumpulan atau pusat sokongan yang memberi sokongan moral dan kewangan apabila diperlukan. Selain itu, pendekatan personal yang mementingkan hubungan peribadi antara Hajah Zabidah Ismail AIM dan peminjam serta mengamalkan pengurusan secara proaktif. “PKMB bukan sekadar pembiayaan pinjaman modal tetapi lebih daripada itu kerana ia sentiasa mementingkan kebajikan peminjam,” katanya. Antara keistimewaan meminjam di bawah skim ini ialah peminjam boleh mendapatkan pinjaman seterusnya dengan jumlah yang lebih besar selepas melunaskan pinjaman sedia ada. Selain daripada pinjaman, PKMB turut menyediakan tabung yang dikenali sebagai Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat. “Dengan sumbangan sebanyak RM1 sebulan, Sahabat boleh menerima manfaat dalam bentuk sumbangan kewangan. Kemudahan ini tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain. Selain itu, AIM turut menyediakan beberapa program lain yang dapat memantapkan pembangunan insan termasuk latihan, peningkatan kerohanian dan riadah seperti sukan dan hari keluarga,” jelasnya. Pada akhir tahun ini, PKMB menjangkau 42,775 isi rumah miskin di bandar-bandar utama seluruh Semenanjung Malaysia dan mengeluarkan pembiayaan terkumpul sebanyak RM138,705,050 kepada 42,539 pinjaman. Modal dikeluarkan melalui 8,555 kumpulan di 1,056 pusat dan 17 cawangan. Di antara syarat kelayakan ialah peminjam mestilah warga negara Malaysia, terdiri daripada isi rumah di kawasan bandar yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan atau perkapita di bawah RM400 sebulan. “Kelayakan meminjam adalah mereka yang berpendapatan RM2,000 ke bawah atau perkapitanya RM400 seorang. Ini bermakna pinjaman yang diberi berdasarkan kepada isi rumah. Sekiranya seseorang itu mempunyai enam orang anak maka dia layak meminjam sehingga RM2,400, bermakna mempunyai lebih ramai anak membolehkan mereka layak meminjam lebih daripada jumlah tersebut,” jelasnya. Ditinjau keberkesanan program, menurut Zabidah, kajian impak terhadapnya belum selesai dilakukan kerana ia baru dilaksanakan tahun lalu. Bagaimanapun, daripada kajian rambang didapati ia menampakkan peningkatan dari segi pendapatan isi rumah dan mempunyai taraf hidup yang semakin meningkat.

Kemiskinan akan menjadi lebih ketara apabila kos semakin meningkat disebabkan oleh masalah keluarga dan pelbagai halangan lain sehingga menyebabkan jurangnya menjadi semakin jauh. “Mereka diberi modal untuk menjalankan projek-projek yang boleh mendatangkan keuntungan dengan cepat. Projek yang dibuat mestilah berasaskan kebolehan dan kecenderungan mereka sendiri dalam menjalankan perniagaan dan sebab itulah mereka boleh berjaya. “Bagi saya setiap orang memang ada kebolehan untuk berjaya dalam perniagaan tetapi perkara yang sering menghalang mereka ialah modal. Dengan adanya modal yang berterusan dan diiringi dengan kesungguhan, saya yakin mereka boleh berjaya,” ujarnya. Katanya lagi, dalam aspek ekonomi, keadaan kos sara hidup di Malaysia memang tinggi ditambah lagi dengan peningkatan harga barang sehingga menampakkan jurang di antara mereka yang berpendapatan rendah dan tinggi. Mereka digelar miskin dinamik, yang mana kemiskinan akan menjadi lebih ketara apabila kos semakin meningkat disebabkan oleh masalah keluarga dan pelbagai halangan lain sehingga menyebabkan jurangnya menjadi semakin jauh sehingga pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk mereka meneruskan hidup semata-mata. “Meskipun bekerja makan gaji, masyarakat kita seharusnya berusaha untuk menambah pendapatan tanpa mengharapkan pendapatan bulanan dengan melakukan kerja tambahan seperti berniaga. Lebihlebih lagi permintaan yang tinggi di bandar dengan kuasa beli mereka yang juga tinggi. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang berani dan ingin mengubah kemelut hidup yang semakin mencabar pada masa ini,” katanya lagi. Mengulas mengenai tindakan kerajaan yang ingin memberikan saham amanah secara percuma kepada kakitangan kerajaan yang berpendapatan kurang RM3,000, beliau mengalu-alukannya tetapi langkah itu tidak menyeluruh kerana terdapat golongan lain yang perlu diberi keutamaan terutamanya mereka yang bekerja dalam sektor yang tidak formal dan berpendapatan tidak menentu, bukannya mereka yang bergaji tetap. Bentuk bantuan yang diberikan bukannya semata-mata dalam bentuk wang tetapi kemudahankemudahan untuk mereka menjalankan perniagaan seperti mendapatkan lesen, menyediakan premis perniagaan dan sebagainya. Beliau amat berkeyakinan golongan miskin mempunyai potensi untuk mengubah nasib sekiranya diberi peluang dalam bentuk pembiayaan mudah dan dorongan dalam bentuk bimbingan serta sokongan yang berterusan.

18

MMissue disemberspy.indd 18

11/12/09 1:36:25 PM


RM30 00

ak sih tid cuku ma

p

Terap sifat qanaah dalam diri Ada yang berpendapatan RM5,000 tetapi tidak cukup selagi dia tidak berpuas hati dengan pendapatan tersebut, apatah lagi dalam keadaan hidup di bandar besar dan mempunyai ramai tanggungan.

Oleh SALAWATI HARIS

stilah kemiskinan adalah sesuatu yang subjektif, malah orang yang mempunyai banyak wang juga tidak boleh dikatakan kaya kerana mereka sentiasa tidak puas dengan apa yang dimiliki. Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al-Syeikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir berkata, pada hakikatnya, manusia tidak pernah berasa puas meskipun mereka hidup mewah. Sebab itulah usaha untuk menghapuskan kemiskinan bukannya sesuatu yang mudah. Katanya, istilah tersebut amat subjektif bersamaan dengan takrifan bahagia. Contohnya, orang yang cantik tidak boleh dikatakan bahagia kerana ada kalanya mereka yang cantik ini hidup tidak bahagia dalam kehidupannya termasuk melayari rumah tangga. Orang kaya pula sentiasa sibuk dan amat menitik beratkan waktu. Mereka sering merugut jika mendengar khutbah Jumaat yang dibacakan terlalu panjang. Bacaan yang panjang dan mengambil masa itu seolah-

I

olah mengganggu rezeki yang mereka cari sedangkan Allah SWT telah menjanjikan rezeki kepada mereka yang berusaha. “Orang kaya ini sebenarnya masih miskin kerana dia sentiasa tidak puas hati untuk mencari kekayaan sedangkan apa yang telah mereka miliki itu sepatutnya sudah lebih daripada cukup untuk menyara hidup mereka,” tambahnya. Baginya, orang yang tidak miskin ialah mereka yang mempunyai sifat ‘qanaah’ bermaksud memadai atau berpada-pada iaitu mempunyai sikap yang mencukupi terhadap apa yang Allah SWT berikan. Mengulas mengenai gaji RM3,000 yang dikatakan masih miskin, katanya, jika berpendapatan RM5,000 sekalipun seseorang itu tidak akan berasa cukup selagi dia tidak berpuas hati dengan pendapatan tersebut, apatah lagi dalam keadaan hidup di bandar besar dan mempunyai ramai tanggungan. “Di dalam Islam, orang yang dikategorikan miskin ialah mereka yang tidak perlu membayar zakat fitDisember 2009 19

MMissue disemberspy.indd 19

11/12/09 1:36:27 PM


RM30 00

rah iaitu mereka yang benar-benar tidak mencukupi segala keperluannya. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud, mereka yang kaya ialah mereka yang sihat dan mempunyai makanan untuk dirinya dan tanggungannya. “Kemiskinan ini berbalik kepada soal hati. Lumrahnya manusia ialah apabila sudah ada kereta mereka rasakan apa yang mereka miliki itu kecil dan inginkan kereta yang lebih besar pula. Manakala di kawasan rumah setinggan yang menjadi tempat tinggal orang miskin tidak boleh dikatakan mereka miskin kerana ada di antara mereka mempunyai sehingga dua buah lori dan mempunyai kereta yang mahal harganya. Walaupun mereka hidup dalam keadaan yang kurang selesa, apakah mereka benar-benar miskin?” koalnya. Mengulas mengenai zakat pendapatan, katanya zakat tersebut umpama penalti kepada mereka yang berpendapatan tetap. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, zakat pendapatan adalah zakat yang tidak wajib kecuali bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang berlebihan. Bagaimanapun, tidak semua negeri bersepakat dengan zakat pendapatan kerana zakat tersebut hanya akan diwajibkan apabila seseorang itu mempunyai wang simpanan atau tidak dibelanjakan. Sekiranya simpanan daripada pendapatan telah genap setahun maka barulah dikenakan zakatnya. Namun demikian, sekiranya mempunyai pendapatan RMM5,000 sebulan sekalipun tetapi semua pendapatan itu habis digunakan untuk perbelanjaan keluarga maka dia tidak dikenakan zakat. Memandangkan kehidupan di bandar sering tidak mencukupi, beliau turut tidak dinafikan kemiskinan telah membawa kepada pelbagai gejala yang tidak sihat seperti curi, ragut, rempit, dadah dan sebagainya. Namun demikian, Datuk Syeikh Abdul Halim menyanggah perlakuan tidak bermoral ini kerana sepatutnya kemiskinan itu harus dihalakan dengan usaha yang lebih gigih untuk mencari rezeki kerana setiap makhluk di muka bumi ini sememangnya dijanjikan rezeki. Allah SWT sendiri ada berfirman di dalam al-Quran yang menjamin rezeki kepada setiap makhluk ciptaan-Nya dengan menyatakan bahawa tidak ada yang merangkak di muka bumi yang tidak diberikan rezeki termasuklah ulat yang hidup di dalam batu. “Kemiskinan bukanlah punca utama kepada kegiatan jenayah yang berlaku di kalangan mereka yang berpendapatan rendah kerana ia juga turut dilakukan oleh anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang kaya disebabkan kesibukan keduanya mencari rezeki sehingga mengabaikan anak-anak. “Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga anak-anak. Jangan biarkan mereka terbiar tanpa pengawasan akibat leka mencari rezeki siang dan malam. Ibu bapa perlu mengagihkan masa untuk anak-anak atau jika tidak boleh, carilah alternatif lain agar pergerakan anak-anak dapat diawasi,” jelasnya.

p

fokus

ak sih tid cuku ma

Tak boleh goyang k aki

Hidup di bandar besar, apa lagi mereka yang tidak dibekalkan kelulusan tinggi, perlu rajin, tabah dan jangan berputus asa. Jika gaji tidak cukup untuk menampung keluarga, buatlah kerja sampingan yang halal untuk menjana pendapatan tambahan. Oleh FAIZAL RIDUAN

ota besar seperti Kuala Lumpur sejak dahulu menjadi lubuk rezeki yang mendorong penghijrahan besar-besaran dari desa dan kawasan pedalaman. Namun adakalanya cerita tentang kehidupan di bandar besar ini seperti ‘indah khabar dari rupa’. Setiap akhir bulan sering kali terdengar keluh kesah warga kota yang menerima gaji tetapi masih tidak mencukupi. Kadangkala wang gaji sebenar tidak dapat dipegang, dalam sekelip mata ia bertukar tangan, kadar bersihnya hanya tertera pada slip penyata gaji sahaja. Lebih malang jika ada yang terpaksa menangguh tunggakan ansuran bulanan, meminjam dari keluarga terdekat, meminjam dari bank dan tidak terkecuali pemberi pinjaman tidak sah – along.

K

20

MMissue disemberspy.indd 20

11/12/09 1:36:30 PM


Waktu itu barulah teringatkan kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Kehidupan di kampung walau bergaji kecil tetapi tidaklah seperit hidup bergaji lebih besar di Kuala Lumpur. Di kampung harga makanannya jauh lebih murah malah ada yang boleh didapati secara percuma. Keluasan rumah dan tanah pusaka pula lebih selesa walau tanpa bangunan konkrit yang dalamnya sekadar ‘sekangkang kera’. Walau dapat melihat ayam hidup di kampung tetapi ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ hanya dirasai saat menjejakkan kaki ke kota metropolitan ini. Desakan hidup ini kadangkala tidak memberikan mereka banyak pilihan. Ada yang terpaksa tinggal di rumah setinggan, menumpang rumah keluarga terdekat, jika bernasib baik menyewa atau membeli rumah kos rendah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jika tidak, mungkin terpaksa tinggal menyewa yang menjadi antara kos tertinggi dalam perbelanjaan bulanan mereka. Ini tidak termasuk kenderaan, ada yang hanya mampu memiliki kereta terpakai yang berusia lebih 10 tahun, jika baru pun mungkin kereta kompak buatan Malaysia dengan ansuran sembilan tahun untuk keluarga yang lebih enam orang atau sekadar selesa menaiki motosikal yang terdedah kepada bahaya. Jika diperhalusi lagi, belanja minyak, tol dan penyelenggaraan kenderaan boleh menjadi antara perbelanjaan terbesar dalam bajet bulanan mereka. Bagi mengatasi masalah ini, banyak pilihan yang terpaksa diambil. Ada isteri yang terpaksa keluar bekerja seperti menjadi pengasuh, tukang jahit dan penjual jualan langsung serta ada juga yang berniaga

Hairunizam kini memilih membuat kerja sampingan di rumah bagi menambah pendapatan.

kecil-kecilan seperti berniaga di warung. Sang suami pula terpaksa membuat kerja lebih masa walau kudrat mereka diperah lebih 12 jam sehari, sementara yang lain membuat dua pekerjaan sehari dan hanya dapat melihat anak-anak membesar ketika mereka sedang lena di kamar tidur. Hairunizam Kasnawi, pemandu syarikat pembekal produk 3M memilih untuk membuat dua pekerjaan sehari. Baginya selagi kudratnya ada, anak kelahiran Sepintas, Kuala Selangor ini beranggapan sebagai suami dialah yang sepatutnya keluar mencari rezeki menanggung kehidupan mereka anak beranak. Itulah tradisi keluarga yang diwarisi. “Siapa hendak jaga anak? Lebih baik isteri berhenti kerja dan menguruskan rumahtangga. Isteri bekerja atau tidak, sama sahaja. Jika bekerja sekalipun tidak berbaloi dengan kos menghantar anak-anak kepada pengasuh. Sekurang-kurangnya kehidupan anak-anak lebih terkawal dan tidak liar jika membesar di rumah sendiri,” ceritanya mengenai keputusan yang dibuat agar isterinya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa seawal perkahwinan mereka. “Gaji seperti saya dahulu mungkin sukar untuk membeli rumah. Syukurlah saya dapat memiliki rumah sendiri kerana terlibat dalam program perpindahan dari rumah transit Pantai Dalam,” jelasnya mengenai rumah yang dibeli di Flat Pantai Indah dengan harga RM25,000 pada tahun 1994. Malah cabaran hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur, tidak banyak memberikan pilihan. Bukan sahaja rumah, kelengkapan di dalam rumah juga dibeli secara ansuran bagi mengurangkan beban pembayaran. Menurut Hairunizam, walaupun flat kos rendah mempunyai ruang yang sempit dengan tiga bilik dan kemudahan fasiliti yang terhad namun kedudukannya yang strategik di tengah bandar dengan ansuran bulanan serendah RM250 tidak terlalu membebankan berbanding rakan-rakannya yang menyewa Disember 2009 21

MMissue disemberspy.indd 21

11/12/09 1:36:34 PM


fokus dengan kos antara RM400 sehingga RM600. “Belanja sekolah untuk anak sekolah rendah ialah RM3 dan sekolah menengah ialah RM5,” tambahnya yang terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi semata-mata kerana mahu menghantar anak ke sekolah yang lebih jauh menawarkan persekitaran yang lebih selesa sehingga terpaksa menaiki dua buah bas untuk pergi balik ke sekolah. Ternyata keputusan itu adalah yang terbaik baginya apabila melihat anak keduanya berjaya mendapat 3A dan 2B dalam UPSR. Bagi mengimbangi kos kehidupan di tengah bandar raya maka melakukan dua kerja sehari adalah lumrah bagi orang sepertinya. Baginya itulah sahaja cara yang ada bagi mereka yang tidak berpelajaran untuk mendapat pendapatan lebih dengan mengorbankan masa tambahan di sebelah malam dan cuti mingguan. “Balik kerja jam 6.30 petang. 7.30 malam saya mula bekerja tambahan secara separuh masa. Hanya sejam untuk berehat dan makan malam. Kemudian balik jam 12.00 tengah malam dan bangun awal pagi untuk kerja tetap,” tambahnya yang ralat kerana kurang masa bersama keluarga dan terpaksa memberikan lebih peranan kepada isteri untuk menguruskan rumah tangga. Kini Harunizam hanya bekerja separuh masa di rumah dengan memotong span pencuci. Dengan cara ini dia boleh memperolehi pendapatan tambahan dan dalam masa yang sama bersama keluarga. Dahulu dia menjadi pekerja separuh masa yang setia bersama Domino’s Pizza selama 10 tahun sejak tahun 1998 sehingga pernah dianugerahkan ‘Safety Rider of The Year 2004’ dengan sagu hati RM1,000. Bagi Che Zaleha Hamzah, 45, dia berkongsi cerita bagaimana memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu suaminya menanggung kehidupan mereka sekeluarga kerana tidak betah melihat anakanak membesar dengan kehidupan ala kadar. Kini tiga orang anaknya telah menginjak remaja dengan masing-masing berusia 21, 19 tahun dan 15 tahun. Tekadnya dia tidak mahu menjadi sekadar suri rumah yang menunggu pendapatan suami pada akhir bulan. “Hendak harapkan gaji suami semata-mata memang tidak mencukupi. Dia pun ada banyak bil yang perlu dibayar. Sebagai isteri dengan bekerja dari rumah, saya boleh mendapat pendapatan sampingan dan membesarkan anak-anak di depan mata,” jelasnya yang membuka warung di tepi jalan dengan menyewa sebahagian halaman hadapan rumah orang untuk menempatkan kerusi dan meja untuk pelanggan bersarapan pagi.

“Jika dahulu kami memang terpaksa berjimat cermat dan sekadar menikmati keperluan asas sahaja. Sekarang adalah sedikit perubahan. Suami kini memiliki kereta Myvi dan saya pula kereta Citra. Cuma rumah sahaja yang masih di atas tanah sementara - TOL,” tambahnya yang memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM1,500 dengan membuka warung. Pendapatan suaminya, Zainul Kassim juga kini telah meningkat lebih kurang RM2,500 sebagai Pegawai Insurans. Namun kini dia risau apabila memikirkan tanah yang diduduki sejak 25 tahun lalu bakal diambil alih untuk dimajukan sebagai tempat letak kenderaan. Rutin hariannya nyata telah berubah sejak memulakan perniagaan sendiri dengan bangun seawal jam 4.00 pagi bagi menyiapkan masakan untuk jualan walau terpaksa tidur jam 1.00 pagi setiap hari setelah menyelesaikan semua urusan rumah tangga. Semua menu jualannya seperti nasi lemak dan nasi berlauk dimasak sendiri bagi mengekalkan cita rasa ‘air tangan’nya dan mempunyai tiga orang pembantu di warungnya. “Sedar tak sedar sudah 14 tahun saya berniaga di sini. Semasa itu, anak kedua berusia lima tahun, di bawah meja inilah dia bermain sambil saya berniaga,” tuding jari telunjuknya pada bawah meja jualan yang tertutup di bahagian bawah. Baginya hasil pendapatan berniaga bukan sahaja dikongsi oleh mereka lima beranak sebaliknya dia turut membantu keluarga di kampung sejak dahulu.

Che Zaleha menyediakan jualan sarapan pagi untuk pelanggan tetapnya.

Berniaga secara kecil-kecilan sepertinya tidaklah menjanjikan pulangan tetap seperti pekerja ‘makan gaji’ yang menerima habuan setiap bulan, faedah pekerjaan, perlindungan keselamatan dan simpanan hari tua serta kenaikan gaji dan bonus setiap tahun. 22

MMissue disemberspy.indd 22

11/12/09 1:36:35 PM


“Ayah saya nelayan. Ketika itu keluarga tidak mampu untuk menyambungkan pelajaran saya ke tingkatan enam walaupun keputusan SPM saya memberangsangkan. Kerana merajuk saya membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan sebagai ope-rator kilang,” jelasnya yang bertemu jodoh dengan suaminya ketika bekerja di kilang Motorola. “Mujurlah semua adik beradik yang lain berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Mungkin bukan rezeki saya,” tambahnya lagi yang bersyukur kerana pendapatan berniaga membolehkannya menanggung dua orang adik lelakinya yang menuntut di Universiti Malaya dan kini seorang bertugas sebagai pegawai kastam di Johor Bahru sementara seorang lagi jurutera di Kedah. Malah dia turut berbangga apabila anak sulungnya telah berjaya mendapat 11A dan kini dalam kursus persediaan untuk menyambung pelajaran ke luar negara iaitu di Sepanyol. Baginya inilah keberkatan dengan berniaga dari perah keringat dan titik peluh sendiri. Namun, berniaga secara kecil-kecilan sepertinya tidaklah menjanjikan pulangan tetap seperti pekerja ‘makan gaji’ yang menerima habuan setiap bulan, faedah pekerjaan, perlindungan keselamatan dan simpanan hari tua serta kenaikan gaji dan bonus setiap tahun. Berniaga ada pasang surutnya, ada turun naiknya. Hari ini dia berjaya menikmati pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 setelah lebih satu setengah dekad bertapak dalam dunia perniagaan. Lain pula halnya dengan Arshad Ali, 56, peniaga kecil-kecilan di kaki lima di Chow Kit yang menjual buah potong, air, surat khabar dan majalah sejak 1971. Jika dahulu dengan bekerja dari jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam dia berjaya mendapat pendapatan sehingga RM3,000 sebulan namun sejak tahun 2000 pendapatannya menyusut sekadar memperoleh RM1,500 sebulan. “Mujurlah isteri membantu dengan mengambil upah menjadi pengasuh di rumah dengan pendapatan RM500. Dalam usia sebegini, pendapatan kami hanya sekadar ‘cukup-cukup’. Tidak berani berbelanja lebih. Belanja sekadar mampu dan kadang kala tersekat juga,” jelasnya yang berasa lega kerana rumah teres di Kampung Melayu Ampang yang didiaminya sejak tahun 1985 sudah dilangsaikan ansuran jual beli. Malah melihat tiga orang anak yang menamatkan pendidikan di sekolah menengah telah menghilangkan gusarnya selama ini. “Perbelanjaan sekolah anak-anak dan pembesaran mereka memerlukan kos tetap secara bulanan. Itu tidak termasuk lagi keperluan-keperluan tambahan dengan cara hidup di Kuala Lumpur ini,” tambahnya yang turut rasa berbaloi kerana anak sulungnya kini berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan ekonomi. “Saya tidak suka berhutang. Bukan apa, tidak suka tanggung beban dengan komitmen pembayaran bulanan, takut tidak mampu membayarnya nanti.

“Dalam usia sebegini, pendapatan kami hanya sekadar ‘cukup-cukup’. Tidak berani berbelanja lebih.”- Arshad.

Mujurlah dahulu beringat ketika ada duit sedikit dengan membeli kelengkapan rumah sedikit demi sedikit. Sekarang kelengkapan rumah semuanya mencukupi cuma modelnya sahaja yang lama dan antik tetapi masih boleh digunakan,” selorohnya sambil sesekali melayan pelanggan yang datang dengan membungkus barangan jualan dan memulangkan wang baki. “Dahulu saya ada rezeki lebih kerana berniaga di Bazar Ramadan di Jalan Masjid India dari tahun 1976. Tetapi sejak tahun 2000 saya tidak lagi mendapat tapak kerana diperkenalkan sistem undian. Orang yang baru berniaga atau berniaga separuh masa yang dapat tapak tetapi orang yang ‘hidup’ dengan berniaga seperti saya terasa kesannya,” kesalnya yang menganggap pendapatan lumayan di tempat tersebut sebagai bonus kepada peniaga sepertinya bagi menampung perbelanjaan hari raya dan pembukaan sesi persekolahan anak-anak. Dahulu, warga kota yang berpendapatan di bawah RM3,000 seperti mereka sebenarnya telah berputus asa dengan tumpuan kerajaan yang dilihat lebih kepada luar bandar dan desa dari Felda ke Felcra. Sasaran Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dalam rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan kemiskinan bandar dapat diatasi sepenuhnya menjelang tahun 2009 nampaknya masih berbaki lompang yang perlu diisi. Hari ini, mereka mendapat semangat baru dengan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengumumkan Bajet 2010 dengan sub peranan mengatasi masalah sosioekonomi dengan penumpuan kepada penduduk bandar yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Malah pengumuman pembentukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menunjukkan peri penting ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ bagi penduduk di bandar. Diharap mereka tidak berputus asa lagi selepas ini. Disember 2009 23

MMissue disemberspy.indd 23

11/12/09 1:36:37 PM


hidup

warga kota

ak sih tid cuku a m

p

Survival

RM30 00

fokus

Lihatlah betapa peritnya masyarakat Malaysia menjalani kehidupan di bandar besar.

24

MMissue disemberspy.indd 24

11/12/09 1:36:56 PM


Milenia Muslim Disember 2009