Penghayatan Etika dan Peradaban

Page 1

KOD KURSUS : MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN NAMA TUGASAN : E-FOLIO (30%) TAJUK : PERANAN RUKUN TETANGGA DALAM KOMUNITI SESI I : 2023/2024 PENSYARAH : NOR JANNAH BINTI MOHAMMAD

NAMA

NO. MATRIK

NURUL AIN AMIRA BINTI ZULKIFLI

25DDT22F1005

DEANNA SORFINA BINTI MD SHAMSUL

25DDT22F1008

AMIRAH AFIQAH BINTI AZHARI

25DDT22F1011

NUR DAMIA BINTI KAMARUDDIN

25DDT22F1016

1


ISI KANDUNGAN BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Penghargaan

3

2.

Objektif Kajian

4

3.

Pengenalan

5

4.

ISI DAN KETERANGAN: i.

Sistem Rukun Tetangga dalam komuniti

ii.

Tahap perkembangan Rukun Tetangga dalam komuniti

iii.

Kesepaduan sosial merentas bangsa di Malaysia

iv.

Kebudayaan merentas bangsa di Malaysia

v.

Faktor yang menyumbang kepada kesepaduan

6 - 15

sosial dam kebudayaan merentas bangsa di Malaysia 5.

Kesimpulan

16

6.

Sumber Rujukan

17

8.

Jadual Pembahagian Tugas

18

2


1.0 PENGHARGAAN ‫لَّ حِْيم‬ ‫لَِّي ٰم حِ ر‬ ‫ِبْ حيم لح ر‬ Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat yang dianugerahkan kepada kami dalam menyelesaikan tugasan ini mengikut tempoh yang ditetapkan dengan jayanya. Pertama sekali ,kami ingin merebut kesempatan ini untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada kami untuk menyelesaikan E-Folio ini sama ada dari segi fizikal dan mental. Sehubungan itu, tidak lupa juga penghargaan kami kepada satu-satunya pensyarah kami yang dikasihi iaitu, Puan Nor Jannah binti Mohammad atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan kepada kami tanpa henti. Nasihat dan bimbingan Puan telah memberi impak yang besar kepada kami terutamanya di dalam penulisan E-folio tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih dan tahniah kepada rakan seperjuangan yang telah memberi sepenuh tenaga dan kerjasama yang cukup efisien dalam usaha menyiapkan tugasan ini bersama. Mereka juga turut memberi sumbangan besar dalam memfantasikan fikiran dalam menyempurnakan lagi tugasan yang diamanahkan ini dengan tabah hati. Terima kasih atas usaha yang tidak berbelah-bahagi sejak awal hingga akhir tugasan. Akhir sekali, sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa jasa kalian mungkin kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala budi dan jasa baik kalian yang telah dihulurkan.

3


2.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kami membuat kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan peranan Rukun Tetangga dalam komuniti. Secara khususnya objektif kajian ini penting bagi penyelidikan adalah seperti berikut:

i)

Kami dapat memahami dan mengulas tentang Peranan Rukun Tetangga dalam komuniti.

ii) Kami dapat meningkatkan lagi kefahaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang peranan Rukun Tetangga dalam komuniti.

iii) Kajian ini juga telah menjadikan teladan dan iktibar malah semua pihak betapa pentingnya peranan Rukun Tetangga dalam komuniti.

4


3.0 PENGENALAN Rukun tetangga merupakan salah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat di negara kita. Rukun tetangga perlu memainkan peranan yang penting dalam membentuk kesepaduan dalam masyarakat. Pelbagai perkara harus menitikberatkan dalam membentuk keamanan. Sebagai contoh, meningkatkan keselamatan di sekitar taman perumahan seperti pemasangan pagar.

Kesannya, dapat

mengurangkan jenayah atau kes rompakan serta jaminan keselamatan yang lebih selamat. Selain itu, penubuhan rukun tetangga ini dapat menjadikan platform bagi penduduk setempat untuk berkongsi dan menyalurkan masalah demi kebaikan bersama. Akibatnya, hubungan sesama jiran akan dapat dipupuk dan lebih akrab. Rukun tetangga pertama kali ditubuhkan oleh Tun Abdul Rahman pada 29 Ogos 1975. Yang bertujuan untuk menjamin keselamatan penduduk setempat.

Akta Peraturan Rukun

Tetangga 1975 telah berjaya diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut. Namun pada tahun 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Dan pada tahun 2001, fokus ini telah bertukar sekali lagi, kepada pembangunan masyarakat setempat.

5


4.0 ISI DAN KETERANGAN Peranan rukun tetangga dalam komuniti. 1.1.1

Sistem Rukun Tetangga Dalam Komuniti Rukun tetangga merupakan salah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di negara kita iaitu Malaysia. Di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua dan Keempat,Rukun tetangga membawa maksud persatuan penduduk yang berjiran atau persatuan orang-orang yang berjiran.Tujuan Rukun tetangga ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga dalam sebuah kawasan kediaman. Terdapat pelbagai perkara utama yang dapat dilakukan di dalam sistem Rukun tetangga antaranya memilih pengurus, seorang ketua atau ketua kampung di dalam komuniti masyarakat. Pengurus tersebut akan dipilih daripada kalangan penduduk dengan cara mengundi sesama masyarakat.Tugas pengurus adalah untuk merancang serta menjalankan tugas-tugas yang akan diadakan di kediaman.

Contohnya,

melaksanakan hari keluarga, jamuan makan di antara masyarakat atau gotong-royong kawasan kediaman. Selain itu, meningkatkan kawalan keselamatan dan keamanan di dalam masyarakat. Keselamatan masyarakat merupakan fungsi utama Rukun tetangga. Ini melibatkan kerjasama antara penduduk untuk memantau dan melaporkan aktivitiaktiviti mencurigakan atau kejadian-kejadian yang boleh membahayakan komuniti. Sebagai contoh, mewujudkan jadual kerjasama pemantauan kawasan bagi pihak lelaki seperti meronda kawasan untuk memastikan kawasan bebas dari penjenayah. Justeru itu, mengadakan aktiviti sosial dan kebudayaan di dalam komuniti seperti kempen pendidikan awam tentang isu-isu seperti kesihatan, alam sekitar dan kebudayaan untuk memupuk rasa persaudaraan antara penduduk. Misalnya, gotongroyong kawasan, majlis agama bersama, pertandingan sukan antara jiran tetangga dan pesta makan malam kebudayaan.

6


Akhir kata, pelbagai cara yang kita dapat untuk kita memupuk keberkesanan dan rasa tanggungjawab dalam masyarakat Malaysia. Ia juga membantu menggalakkan kerjasama antara penduduk dalam memastikan kawasan kediaman mereka aman, harmoni dan sejahtera. 1.1.2

Tahap Perkembangan Rukun Tetangga Dalam Komuniti

Persefahaman dan perpaduan antara kaum yang kita capai hari ini masih di tahap sederhana dan usaha perlu diteruskan agar generasi hadapan lebih memahami aspirasi negara untuk muncul sebagai model utama dalam aspek perpaduan dan kerjasama antara kaum (Wan Hashim, 1983). Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonomi. Menyedari tentang pentingnya perpaduan nasional dalam konteks masyarakat berbilang bangsa dan etnik di Malaysia, tercetusnya idea untuk menubuhkan Rukun Tetangga. Pada tahun 1975, Jemaah Menteri telah meluluskan undang-undang menguatkuasakan Rancangan Rukun Tetangga iaitu Peraturan - Peraturan Perlu (Masyarakat Berdikari), 1975 yang bermatlamat supaya masyarakat berbilang kaum berkenalan antara satu sama lain dan mengawal keselamatan kawasan masing-masing (Tun Abdul Razak, 1975). Pelbagai usaha serta pendekatan yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk menonjolkan peranan Rukun Tetangga di peringkat komuniti serta menggalakkan penglihatan komuniti di kawasan kejiranan dalam aktiviti anjuran Rukun Tetangga seperti melalui program transformasi RT dan penggubalan AKTA TR 2012. Aspek penglibatan merupakan faktor penting yang menyumbang kepada pembangunan terutama dalam konteks pembangunan komuniti.

Menerusi penglibatan, komuniti dapat

membentuk keupayaan mereka dan membina penyatupaduan komuniti. Penglibatan komuniti disepadukan dengan usaha pihak kerajaan (United Nation, 1960) bagi tujuan menyejahterakan komuniti. Penglibatan dilihat sebagai satu proses dan ia bersifat berterusan. Penglibatan sebagai satu proses boleh dilihat pada peringkat membuat keputusan, melaksana, menikmati faedah dan juga menilai sesuatu program atau projek (Coben & Uphoff, 1980).

7


1.1.3

Kesepaduan Sosial Merentas Bangsa Di Malaysia

Pembentukan komuniti adalah berkaitan dengan lokasi atau penempatan di mana seseorang itu dibesarkan atau merasionalisasikan yang terdapat daripada pelbagai aspek fizikal seperti lokasi , bentuk , saiz , iklim , bentuk muka bumi dan alam semula jadi. kesepaduan sosial dan kebudayaan yang merentasi bangsa dapat menggalakkan interaksi positif antara jiran-jiran dari pelbagai latar belakang etnik , seperti merapatkan jurang antara kumpulan etnik dengan saling menghargai dan memahami perbezaan budaya masing - masing .

Hal ini dapat

mewujudkan masyarakat yang harmoni dan inklusif di Malaysia. Berikut adalah beberapa perkara yang diambil kira dalam pembentukan variasi komuniti : 1. Komuniti yang Terasing Komuniti ini lebih cenderung kepada komuniti yang berbentuk tradisi. Komuniti ini kebiasaannya telah mendapat keperluan asas yang mencukupi dan lebih berbentuk egalitarian, Walaupun, mereka tidak kaya dari segi ekonomi namun mereka sudah cukup dari segi keperluan asas . Dari segi aktiviti ekonomi , mereka hanya melakukan aktiviti asas yang mudah seperti bercucuk tanam , mempunyai rumah dan mempunyai pendidikan asas secara formal atau tidak formal serta mempunyai pendidikan agama . 2. Komuniti Pinggir Bandar Komuniti ini berada di kawasan pinggir bandar yang mana dari segi identitinya komuniti ini mempunyai beberapa aspek limpahan moden asas seperti kemudahan bank , panggung wayang , kompleks membeli belah dan sekolah. Komuniti ini menjadi penghubung antara masyarakat tradisi dan masyarakat moden .

8


3. Komuniti Bandar Komuniti ini terbentuk apabila berlakunya pertambahan populasi yang tinggi dari semasa ke semasa . Komuniti ini berada di kawasan pekan atau bandar , ataupun di kawasan yang berada berdekatan dengan kawasan itu .

Antara ciri penting yang ada di kawasan itu

adalah pusat pentadbiran , dan dari segi ekonomi pula , ialah mempunyai pusat perdagangan atau pusat perekonomian yang aktif .

Dalam 68 Mohd Syariefudin

Abdullah , Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor konteks Malaysia , berkata bahawa kawasan itu adalah kawasan yang mempunyai bentuk etnik yang paling rencam. Namun, masyarakat di kawasan itu mempunyai kesepaduan sosial yang lemah. 4. Komuniti Metropolitan Komuniti ini merupakan proses perkembangan bandar yang terbentuk daripada satu keadaan di mana bandar antara bandar dan pekan ini telah berhubung hingga mewujudkan satu keadaan di mana terbentuknya komuniti yang bersifat metropolitan . Pembentukan unit-unit kecil ini dapat membentukkan unit besar yang dikenali sebagai kawasan metropolitan . Kawasan ini mempunyai jumlah penduduk yang padat dan paling aktif . Di Malaysia , kita boleh katakan Kuala Lumpur adalah sebuah kota raya metropolitan . Pembentukan Kuala Lumpur adalah gabungan bandar - bandar terlibat iaitu Gombak , Lembah Klang dan mungkin juga Petaling Jaya . Justeru itu , apabila dibincangkan dari segi aspek kesepaduan sosial dalam komuniti ini kita perlu melihat dari segi aspek hubungan . Perkara ini telah dibincangkan oleh Tonnies melalui konsep Gemeinschaft dan Gesellschaft yang dikemukakan beliau .

Masyarakat bergerak

daripada bersemuka kepada kurangnya bersemuka . Hal ini dijadikan sebagai impak dan menyebabkan perkembangan teknologi dalam kehidupan semakin bercorak material .

9


1.1.4

Kebudayaan Merentas Bangsa Di Malaysia

Kebudayaan merentas bangsa telah dikenali sebagai kebudayaan nasional atau kebudayaan serumpun, merujuk kepada kesinambungan dan kepelbagaian budaya dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama, dan latar belakang budaya. Di Malaysia, di mana terdapat pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan pelbagai etnik minoriti lain, pemeliharaan dan perkembangan kebudayaan merentas bangsa adalah penting untuk memastikan keharmonian dan kesepaduan dalam masyarakat. Berikut adalah beberapa aspek dan contoh yang berkaitan dengan kebudayaan merentas bangsa di Malaysia: 1. Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia, yang juga dikenali sebagai Bahasa Melayu, adalah bahasa rasmi Malaysia dan menjadi bahasa penghubung di antara pelbagai etnik. Ia membantu menyatukan rakyat Malaysia dengan memberikan satu medium komunikasi yang bersama. 2. Pendidikan Merentas Etnik: Sistem pendidikan Malaysia mempromosikan pembelajaran dan pemahaman tentang budaya dan sejarah pelbagai etnik dalam negara. Program-program seperti kursus Sejarah Malaysia menggambarkan perkembangan dan sumbangan pelbagai etnik kepada negara. 3. Perayaan Budaya Bersama: Perayaan-perayaan budaya seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina, dan Natal disambut secara bersepadu di seluruh negara. Penduduk Malaysia mengambil peluang untuk merayakan perayaan-perayaan ini bersama-sama tanpa mengira latar belakang etnik.

10


4. Makanan: Malaysia dikenali dengan pelbagai hidangan tradisional dari pelbagai etnik. Contohnya, hidangan seperti nasi lemak, rendang, roti canai, dan teh tarik menjadi popular di kalangan semua etnik.

11


5. Seni dan Kesenian: Malaysia memiliki warisan seni dan kesenian yang kaya dari pelbagai etnik, termasuk tarian tradisional seperti tarian zapin, tarian bharatanatyam, dan tarian singa Cina. Program seni dan budaya merentas etnik sering diadakan untuk mempromosikan keanekaragaman budaya.

12


6. Kerjasama dalam Ekonomi: Pelbagai etnik di Malaysia bekerjasama dalam sektor ekonomi, perdagangan, dan perniagaan. Ini membantu mengukuhkan kesepaduan sosial dan kestabilan ekonomi dalam negara.

7. Agama: Malaysia memiliki pelbagai agama, termasuk Islam, Buddha, Hindu, Kristian, dan lain-lain. Prinsip-prinsip kebebasan beragama dan keharmonian agama adalah asas kepada kebudayaan merentas bangsa.

13


8. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Malaysia aktif mempromosikan konsep "Negara Bangsa Malaysia" yang mengiktiraf pelbagai etnik sebagai warganegara Malaysia yang setara. Ini memberikan penekanan pada kesepaduan dan persatuan dalam kerangka negara. Kebudayaan merentas bangsa di Malaysia adalah satu komponen penting dalam memastikan keharmonian, kesepaduan, dan kestabilan negara. Penduduk Malaysia merayu dan menghargai kepelbagaian budaya mereka serta merasa bangga dengan identiti Malaysia yang unik. Ini adalah satu contoh yang baik bagaimana kebudayaan merentas bangsa dapat menjadi asas kepada masyarakat yang pelbagai dan selaras.

14


4.5 Faktor Yang Menyumbang Kepada Kesepaduan Sosial Dan Kebudayaan Merentas Bangsa Di Malaysia : 1.

Dasar Kemerdekaan yang Mengutamakan Perpaduan: Sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, kerajaan telah mengamalkan pelbagai dasar - dasar yang mengutamakan perpaduan antara kaum dan agama. Hal ini termasuklah dari segi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dapat memberikan tumpuan terhadap sebahagian pembangunan ekonomi untuk semua kaum.

2.

Pendidikan Berkualiti: Sistem pendidikan Malaysia menyediakan pelbagai pendidikan yang sangat berkualiti kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun kaum. Disebabkan hal itu, rakyat Malaysia mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi yang mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.

3.

Kebebasan Agama: Malaysia mengamalkan kebebasan beragama untuk semua kaum yang berada di Negara ini. Malaysia membenarkan sebahagian warganegara untuk mengamalkan agama masing - masing sebagai tanda hormat terhadap agama masing - masing.

4.

Kesedaran Budaya dan Kesatuan Nilai: Program - program kesedaran budaya seperti festival kebudayaan, petunjukkan seni, dan acara - acara sukan di peringkat kebangsaan mampu menyumbangkan pemahaman dan penghargaan terhadap budaya dan kaum masing - masing. Dan sekaligus dapat meningkatkan

nilai

moral

seperti

saling

bekerjasama,

hormat-

menghormati

kesederhanaan dan toleransi daripada pelbagai kaum. 5.

Media dan Teknologi: Media tempatan dan teknologi ini dapat membantu dalam pelbagai aspek seperti mengukuhkan pemahaman diri serta toleransi antara masyarakat yang pelbagai kaum melalui pelbagai cara seperti penyebaran maklumat yang lebih luas dan terbuka.

15


5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, kita sebagai seorang individu yang berhemah hendaklah sentiasa mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga.

Selain itu, saling bantu-membantu dalam

pelbagai perkara contohnya, melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong. Kesannya, dapat menjalinkan hubungan keakraban sesama jiran. Dengan ini, kawasan kediaman akan sentiasa aman dan sejahtera. Program rukun tetangga dalam komuniti telah berjaya memelihara , meningkatkan serta mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional . Penglibatan setiap kaum dan lapisan masyarakat dalam program kemasyarakatan telah mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Bukanlah suatu perkara mudah untuk memperkukuhkan kesepaduan sosial yang sedia wujud dalam sesebuah komuniti. Komitmen dan tolerasi anggota masyarakat dalam komuniti dituntut untuk mengelakkan situasi tegang antara kelompok tercetus. Situasi tegang antara kelompok boleh dielak sekiranya wujud kekerapan sosial dan komunikasi antara kelompok dalam komuniti. Keduanya , merupakan prasyarat utama yang dikesan mampu memperkukuh kesepaduan sosial dalam sebuah komuniti.

16


6.0 SUMBER RUJUKAN

1. https://www.perpaduan.gov.my/phocadownloadpap/penerbitan/PANDUAN_PENGURUS AN_DAN_PENTADBIRAN_RT.pdf 2. https://www.ums.edu.my/fssk/images/files/BIL192013/Kinabalu19_C3_KESEPADUAN_SOSIAL.pdf 3. https://online.anyflip.com/hanml/rfvj/mobile/

17


7.0 JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS BIL

TUGASAN

NAMA

1

Penghargaan

Ain

2

Objektif Kajian

Ain

3

Pengenalan

Damia,Deanna

4

ISI DAN KETERANGAN: i. Sistem Rukun Tetangga dalam komuniti

Damia

ii. Tahap perkembangan Rukun Tetangga dalam

Deanna

komuniti iii. Kesepaduan sosial merentas bangsa di Malaysia

Amirah

iv. Kebudayaan merentas bangsa di Malaysia

Ain

v. Faktor yang menyumbang kepada kesepaduan

Amirah

sosial dan kebudayaan merentas bangsa di Malaysia 5

Kesimpulan

Damia,Deanna

6

Lampiran

Amirah.Deanna

7

Sumber Rujukan

Ain,Amirah,Deanna,Damia

18


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.