PENGAJIAN ISLAM "PANDANGAN MASYARAKAT NON-MUSLIM TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA"

Page 1

MPU23032 PENGAJIAN

ISLAM E-FOLIO

LECTURER:

MADAM ANI RAIHANA BINTI ROSLI

KELAS : DDT2A

KOD PENGAJIAN :

MPU23032 (PENGAJIAN ISLAM)

AHLI KUMPULAN:

NURAIN INSYIRAH BINTI MOHD ZAMRY

NURAIN NATASYA BINTI HAMIDON

DEANNA SORFINA BINTI MD SHAMSUL

FATIMAH BEGUM BINTI ABDUL LATIF

25DDT21F2033

25DDT21F2072

25DDT22F1008

25DDT22F1146

NAMA
NO.MATRIK

SENARAI KANDUNGAN

NO. PERKARA

1. PENGHARGAAN

2. OBJEKTIF KAJIAN

3. PENGENALAN

4. ISI DAN KETERANGAN :

i. ANTARA FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASYARAKAT NON-MUSLIM MEMANDANG SERONG TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA

ii. CADANGAN BAGI MENGELLAKKAN MASYAKARAT NON-MUSLIM MEMANDANG SERONG TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA

5. KESIMPULAN / PENUTUP

6. LAMPIRAN / PROSES KERJA TUGASAN

i. JADUAL TUGASAN

ii. BUKTI PROSES MEMBUAT E-FOLIO

7. SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke-hadrat ilahi kerana

dengan izin kurnia-nya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Pengajian Islam (MPU23012) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar

hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Ani Raihana Binti Rosli, selaku

Pensyarah Pengajian Islam kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya

kami melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan

tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Ani Raihana Binti Rosli atas budi

bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak

menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam

menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang

telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih .

OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana pandangan dan stereotaip yang ada di kalangan non-Muslim terhadap muslim. Ini boleh membantu dalam memahami ketidaksefahaman dan mencari cara untuk mengurangkan ketidaksefahaman dan diskriminasi yang mungkin terjadi. Seterusnya, boleh membantu dalam mengenal pasti sebab-sebab di sebalik pandangan non-Muslim terhadap muslim. Ini boleh membantu dalam memahami penyebab diskriminasi dan mencari cara untuk mengatasi masalah tersebut. Meneroka caracara untuk memperbaiki hubungan antara komuniti muslim dan non-Muslim. Ini boleh melibatkan mencari cara untuk mengurangkan ketegangan dan meningkatkan pemahaman dan toleransi antara kedua-dua komuniti.Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kepelbagaian agama dan budaya. Ini boleh membantu dalam mempromosikan toleransi dan kefahaman yang lebih baik antara komuniti yang berbeza.Akhir sekali kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan pandangan non-Muslim terhadap muslim. Ini boleh membantu dalam memahami impak ketidaksefahaman dan diskriminasi terhadap komuniti muslim dan mencari cara untuk mengatasi masalah tersebut.

PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara berbilang budaya dan agama sehingga Banci Penduduk dan

Perumahan pada tahun 2010, 61.3 peratus daripada penduduk Malaysia menganuti Islam

19.8 peratus Buddhism , 9.2 peratus agama Kristian , 6.3 peratus Hindu dan 1.3 peratus

agama tradisional China. Peratus penganut agama Islam di Malaysia lebih banyak berbanding

berbanding penganut selain agama Islam . Kepelbagaian agama yang wujud merupakan

sebagai salah satu faktor yang boleh mencetuskan konflik di negara kita ia kerana perbezaan

kefahaman dalam sesebuah agama dan cara seseorang menggambarkan apa yang diajarkan

dalam agama mereka .Sebagai sebuah negara Islam, negara kita memegang prinsip yang

diajarkan oleh agama Islam iaitu untuk menerima kehadiran agama lain serta berbuat baik

sesama manusia. Agama Islam mengajarkan nilai-nilai kebaikan dan perdamaian, dan

mayoritas umat Muslim memiliki kehidupan yang damai dan menjunjung tinggi toleransi dan

kerukanan antara umat beragama.Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir masyarakat

Non-Muslim yang memandang serong terhadap Muslim di Malaysia. Oleh yang demikian, kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk melihat sebab 'PANDANGAN SERONG

MASYARAKAT NON-MUSLIM TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA'.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASYARAKAT NON-MUSLIM MEMANDANG SERONGTERHADAPMUSLIMDIMALAYSIA:

1) TANGGAPAN BURUK TERHADAP IMEJ ISLAM

Masyarakat non-Muslim bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan

perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Hal ini berlaku adalah kerana,negara

Islam sendiri kian lama semakin berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat daripada perpecahan ini, banyak masalah yang timbul dan mendapat lebih banyak pandangan negatif daripada masyarakat Non-Muslim. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Di antara punca umat

Islam berpecah ialah kerana terdapat banyak ajaran sesat yang muncul di Malaysia .

Contohnya , ajaran pegangan Arifin bin Mohd atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin yang

merupakan ajaran palsu , sesat menyeleweng , bertentangan dengan akidah , syariat dan akhlak Islam serta boleh membawa ancaman kepada ummah, negara dan ketenteraman orang

awam kerana kepercayaan, ajaran, amalan yang disebarkan . Hakikatnya, ia telah

menyebabkan masyarakat Non-Muslim memandang serong terhadap Muslim di Malaysia

kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenarbenarnya.

2) MASYARAKAT NON-MUSLIM TERPENGARUH DENGAN AGENDA BARAT

Kita dapat lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan. Manakala, di atas dasar perasaan takut, mereka kemudian mencipta pula persepsi Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain tindakan jenayah. Sehinggakan, mereka membentuk persepsi bahawa pakaian yang digunakan sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah. Oleh yang demikian, ikon Islam sudah dilihat sebagai suatu perkara yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia. Selain itu, menara masjid juga dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan. Perspektif yang salah ini semakin berkembang dalam masyarakat Barat sehinggakan terdapat negara yang berusaha

untuk menggubal undang-undang mereka bagi melarang apa sahaja unsur yang berkaitan

dengan Islam (Aziz Jamaludin, 2011).

Tambahan pula, terdapat penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem

‘Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah

s.a.w. serta menunjukkan salah faham terhadap agama Islam itu sendiri (Azizan Baharuddin el at, 2014). Filem-filem lain seperti ‘Taken’ dan ‘Escape Plan: Hades’ pula menggambarkan imej orang Islam yang membawa watak yang jahat. Menurut Azizan Baharuddin el at (2014), Perkara seperti ini terjadi berikutan dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seperti peristiwa 11 September 2001 di New York sebagai pencetus kepada fenomena Islamofobia. Pada hari tersebut, kira-kira 2,996 nyawa telah terkorban. Selain itu, peristiwa

pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang juga pengeboman di London pada 7 Julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim. Peristiwa-peristiwa seperti ini akhirnya menyebabkan umat Islam dikaitkan dengan keganasan (terrorisme).

3) KEFAHAMAN RENDAH MASYARAKAT NON-MUSLIM TERHADAP AJARAN ISLAM

Selain itu, kefahaman yang rendah oleh masyarakat non-Muslim terhadap ajaran Islam menimbulkan salah faham. Di dalam Abdull Rahman el at (2009), Professor Emeritus Tan

Sri Dr. Khoo Kay Kim berpandangan ajaran Islam tidak banyak diberikan kepada orang bukan Islam. Ajaran Islam yang sampai kepada mereka hanyalah secara umum sahaja seperti tidak boleh minum arak, tidak boleh makan babi, sehingga perkataan babi pun takut untuk digunakan dan digantikan dengan perkataan khinzir. Apabila ini berlaku, maka orang bukan Islam akan memandang serong kepada agama Islam kerana mereka tidak memahami kenapa dan mengapa suatu perkara itu dilarang kerana tidak mendapat penjelasan yang terperinci.

Dalam Abdull Rahman el at (2009) juga menyatakan suatu kajian yang dijalankan oleh

Osman Chuah Abdullah (2005) terhadap 100 responden yang terdiri daripada masyarakat

Cina yang bukan Islam mengenai kefahaman mereka mengenai Islam. Daripada 100 orang responden, 82 daripadanya menafikan Islam adalah salah satu cara hidup, 88 responden tidak mengetahui rukun Islam dan 84 responden juga tidak mengetahui mengenai rukun iman.

Melalui responden yang sama, 61 orang daripada mereka menafikan Muhammad sebagai pesuruh Allah. Kira-kira 72 daripada mereka mendakwa Islam hanyalah suatu agama yang sama seperti agama-agama yang lain. 90 responden pula menyatakan tiada orang Islam yang

datang kepada mereka untuk memberi penerangan tentang Islam dan 80 orang daripada

mereka menyatakan Islam adalah agama yang ketinggalan zaman.

Selain itu, suatu kajian lain yang dijalankan oleh Aminudin Ruskam al-Dawamy (2002) di dalam Abdull Rahman (2009) berkenaan perspektif masyarakat Cina berpelajaran

terhadap agama Islam di Malaysia mendapati bahawa responden bersetuju masuk Islam

bermakna menjadi Melayu, masuk Islam memutuskan hubungan keluarga, amalan poligami

tidak memberi keadilan kepada wanita, masyarakat bukan Islam diberikan maklumat yang

kurang tepat mengenai ajaran Islam dan faktor orang Cina menganut Islam kerana tertarik

dengan cara hidup orang Islam. Khairul Azhar (2013) juga berpendapat bahawa kebanyakan golongan bukan Muslim sebenarnya masih keliru terhadap agama Islam dan bangsa Melayu.

Doktrin Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu masih kuat bertapak dalam pemikiran

sebahagian besar golongan bukan Islam di negara ini. Isu seperti menukar nama dan bin, amalan berpakaian, cara hidup dan terputus hubungan dengan keluarga asal masih

menghantui mereka yang bukan Islam walaupun telah dijelaskan oleh sarjana Muslim di negara ini. Maka, segala prejudis terhadap masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan agama.

4) GAYA HIDUP SEORANG MUSLIM DI MALAYSIA

Tidak dapat dinafikan bahawa segelintir gaya hidup seorang Muslim di Malaysia jauh lebih

mengikut gaya hidup Non-Muslim . Disebabkan cara didikan oleh ibu bapa yang bebas dalam

mendidik anak-anak tanpa mengikut ajaran Islam menyebabkan anak-anak tidak mendalami

ajaran agama Islam dengan betul . Contohnya , dari segi pemakaian , pergaulan dan lain-lain

lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa , ibu bapa pada zaman sekarang tidak menitik

beratkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak dapat mendalami

ajaran Islam bermula dengan ibu bapa mereka sendiri . Selain itu , pada zaman sekarang kita

dapat melihat bahawa ramai Muslim yang jauh tidak mengambil berat mengenai hukum

Islam . Seperti , banyak di media sosial gambar yang tidak menutup aurat dan bertentangan

dengan hukum Islam lakonan antara perempuan dan lelaki yang ajnabi . Oleh sebab itu , ia

menyebabkan masyarakat Non-Muslim memandang serong terhadap seorang Muslim.

Seterusnya, disebabkan faktor rakan sebaya yang mengundang pandangan negatif

terhadap Muslim di Malaysia . Pergaulan antara rakan Non-Muslim boleh menyebabkan

seorang Muslim terpengaruh . Contohnya , pada zaman sekarang kita dapat lihat di media

sosial bahawa ramai remaja pergi ke kelab malam kerana terpengaruh .Sebagai Muslim kita

tahu bahawa melakukan perkara yang dilarang dalam agama Islam itu berdosa , tetapi sebaliknya

dengan rakan Non-Muslim kerana mereka tidak mendalami Islam . Mereka beranggapan

bahawa jika seorang Muslim melakukan perkara yang dilarang dalam Islam itu tidak mengapa .Oleh sebab itu , lebih ramai Non-Muslim yang memandang serong terhadap Muslim di Malaysia.

CADANGAN BAGI MENGELAKKAN MASYAKARAT NON-MUSLIM

MEMANDANG SERONG TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA :

1) MENGADAKAN SEMINAR KEFAHAMAN AGAMA & BUDAYA

Oleh kerana banyak kekeliruan yang timbul apabila seseorang itu memeluk Islam seperti istilah ‘masuk Melayu’, maka seminar ini hendaklah juga dianjurkan terutama sasarannya kepada ahli-ahli badan dakwah. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan bahawa saudara baru masih kekal dengan identitinya bangsa walaupun telah memeluk Islam selagi mana adat budayanya tidak bercanggah dengan Islam. Identiti Saudara Baru dan Pengamalan Adat Budaya.

2) MELAKUKAN DAKWAH MELALUI MEDIA ELEKTRONIK

Satu perbincangan khas hendaklah dibuat dengan stesen-stesen TV dan radio di negara kita untuk mendapatkan beberapa slot khas misalnya, TV1,TV2, TV3, NTV7, TV8 dan TV9. Isuisu yang boleh dibincangkan berkaitan isu-isu agama Islam yang disalah fahamkan dan isuisu semasa kontroversi yang memerlukan penerangan dari perspektif Islam. Stesen-stesen TV ini janganlah terlalu bersifat komersial, terutama stesen TV swasta. Sudah sampai masanya kita berfikir untuk memanfaat alat ini demi kepentingan masa depan agama dan dakwah.

3) MENGADAKAN SAMBUTAN PERAYAAN YANG TIDAK

BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Antara perayaan besar negara yang perlu disambut oleh jabatan agama dan pertubuhan dakwah dengan melibatkan jemputan pelbagai kaum ialah sambutan bulan puasa, hari raya puasa, hari raya Quran, tahun baru Cina, pesta tanglung (Moon Cake Festival), dan sebagainya. Acara-acara yang boleh diselitkan adalah jamuan makan melibat jemputan parti politik dan NGO-NGO bukan Islam. Atur cara jamuan tersebut boleh diselitkan program kefahaman Islam, forum antara budaya dan persembahan lagu-lagu memuji tuhan dalam pelbagai bahasa dan sebagainya.

4) JALIN HUBUNGAN SOSIAL YANG BAIK

Salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan Islam kepada Non-Muslim adalah dengan menjalin hubungan sosial yang baik dengan mereka. Ini boleh melibatkan membina persahabatan, saling membantu dan berinteraksi dengan mereka dengan cara yang baik dan sopan.

5) BERKONGSI PENGALAMAN

Ceritakan pengalaman sebagai seorang Muslim dan bagaimana Islam memberi kesan dalam kehidupan anda. Ini dapat membantu untuk memperjelas prinsip-prinsip asas dan konsepkonsep utama dalam Islam dan mempromosikan kefahaman yang lebih baik.

KESIMPULAN

Setelah penghuraian dibuat di atas, di sini saya boleh menyimpulkan bahawa di Malaysia

mendapat pelbagai tanggapan dan pandangan daripada perspektif masyarakat bukan Islam

terutamanya bangsa Cina dan India di Malaysia. Walaupun negara Malaysia diletakkan

sebagai negara Islam, masih lagi banyak yang perlu diperbaiki dari pelbagai sudut bagi

meningkatkan serta memartabatkan imej agama Islam di bumi Malaysia. Walaupun pada

waktu ini, proses Islamiah bukanlah dilihat sebagai suatu proses yang disenangi oleh

masyarakat bukan Islam yang rata-ratanya dipengaruhi dengan sentimen negatif terhadap

bangsa Melayu, namun, saya percaya bahawa usaha yang jitu serta ke bersamaan masyarakat

Islam di Malaysia dalam memperbaiki imej agama Islam yang ditonjolkan kepada

masyarakat bukan Islam di negara ini bukanlah suatu perkara yang mustahil. Proses dakwah

semestinya perlu diteruskan dengan mencari punca-punca kepada masalah yang mewujudkan

sentimen serta persepsi yang negatif, kemudian membaikinya dengan berusaha untuk

memberikan kefahaman kepada masyarakat bukan Islam serta bersama-sama mengajak

mereka dalam program-program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan bagi merapatkan

jurang walaupun berlainan bangsa dan agama. Semoga negara Malaysia pada suatu hari akan

mencapai perpaduan yang lebih erat di antara semua kaum di Semenanjung juga di Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

http://ridhuant.blogspot.com/2010/11/20-strategi-berdakwah-kepada-bukan.html

http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10605

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.