Pengakap Kelana




•Pengakap bahagian dewasa dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia
•Terbuka kepada belia berusia 17 tahun hingga 25 tahun
•Memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan
aktiviti yang menarik kepada belia
•Aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai
persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew
Pengakap Kelana
•Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew
sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap...Pengakap...Malaysia
Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia Yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya
Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap
Seorangpengakapituadalah:
Pengakap adalah orang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong serta
raja-raja dan kepada pemimpin -pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orangorang di bawahnya.
Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekali pun.
Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala Bintang.
Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua
patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.
Pengakap adalah orang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.
Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataanya dan perbuatannya.
Lencana Keahlian: Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli
dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.
Lencana Kemahiran: Projek Perintis bagi setiap kategori Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan
memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah,projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.
Lencana Perkhidmatan:
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi
dalam melaksanakan perkhidmatan.
Lencana Pengembaraan:
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai
mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam
melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.
Lencana Kepimpinan:
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan & pengurusan dgn memperlihatkan tahap tertinggi dlm melaksanakan program
seperti Kursus, Seminar,Bengkel, Campfire Night.
Lencana ICT:
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi
komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.
Lencana Aktiviti Ekstrem:
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
Lencana Penyelamat Nyawa:
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula,pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
Lencana Keusahawanan:
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan,pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
Anugerah B.P:
Setelah seseorang Pengakap Kelana itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana-Lencana Pengakap Kelana
iaitu Lencana (wajib) dan lencana (pilihan), Pengakap
Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P.
Diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907.
Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam
peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”
Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”
Buku itu telah memikat hati budak-budak dan dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap.
Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan.
Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Pergerakan Pengakap
telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika
dalam masa beberapa tahun sahaja
Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Beliau
telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau.
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura
dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British.
Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan
Selangor ( 1909 ) tetapi gagal.
Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana
ke semua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurangkurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah
senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan
Borneo:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah ditubuhkan selepas Perang
Dunia Ke-2.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1
Sepetember 1957.
Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah
keluar daripada Persekutuan Budak
Pengakap Malaysia sejajar dengan
Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
Ikatan Buku Sila
Digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan.
Digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak
terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak
terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Ikatan Simpul Manok (Clove Hitch)
Digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.
Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. Ikatan kuat dan kukuh
Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai
jika tali itu pecah.
Menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal
Mudah dibuka