Selamat sejahtera.
Kumpulan kami terdiri daripada 15 pelajar berbilang kaum. Nama kumpulan kami ialah Chronicles dan ketua kumpulan kami ialah Danesha Maheswaran.
Ahli kumpulan ialah Chua Ee Shen, Cynthia Liew Yu Qing, Danesha Maheswaran, Deborah Law Lik Jieh, Esther Ling Jing En, Fong Yii Zhi, Fung Ying Jia, Ireece Ting Zhi Xin, Harrish Sutharshan, Ho Yu Hui, Iylia Yasmin Mohd Halim, Jim Wen Li, Kong Yu Xuan, Kristie Chuo Tze Onn dan Soh Sze Wern.
Kami telah memilih topik "Seni muzik tradisional masyarakat Cina" kerana keunikan alat muzik dan nada bunyi alat tersebut yang boleh menenangkan dan menghiburkan para pendengar. Hal ini lantaran masyarakat Cina mempercayai bahawa bunyi nada yang harmoni boleh menghubungkan manusia dengan alam semesta.
Kami berharap bahawa budaya ini akan terus diwarisi secara turun-temurun kepada generasi akan datang. Akhir kata,kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sudi mendengar pembentangan kami serta memberi sokongan moral kepada kami.