Membaca  Baca kisah tentang rumah Puteri Putih. Perhatikan semua kosa kata yang telah anda pelajari. Berapa banyak bilik yang diberitahu? Kemudian baca cerita ini lagi dan jawab soalansoalan berikut. Rumah Puteri Putih diperbuat daripada perak. Bumbungnya adalah daripada batu bata yang berwarna biru. Terdapat hanya tiga buah tingkap kaca yang kecil. Ada dua buah pintu rumah yang diperbuat daripada kayu. Puteri Putih masuk ke ruang tamu. Perhiasan di ruang tamu amat menarik, penuh dengan barang kesukaan Puteri Putih. Sebuah alat penenun kain bersama segala peralatannya tersedia di hujung ruang itu. Puteri Putih melihat ke arah dapur. Dapur kecil yang amat kemas dengan segala perkakas memasak, penuh dengan pelbagai makanan. Seorang pembantu sedang memasak sambil menyanyi. Berhampiran dengan dapur, terdapat sebuah bilik mandi. Seorang pembantu sedang menyediakan air untuk mandi. Pelbagai jenis minyak wangi dan bunga telah dimasukkan ke dalam air. Bau bilik itu sangat harum. Puteri Putih masuk ke dalam bilik tidurnya. Terdapat sebuah katil yang amat cantik dan tiga lapisan tilam. Bantal yang disediakan amat empuk. Almari penuh dengan pakaian yang cantik. Terdapat sebuah cermin yang boleh bercakap di dalam bilik itu. Puteri Putih boleh melihat perkara yang berlaku di tempat lain melalui cermin tersebut. “Puteri, marilah kita keluar bermain di taman. Dayang Esah ada di taman, sedang menanam pokok bunga. Dia pasti dapat menghiburkan Puteri dengan nyanyiannya,� kata pembantunya. Puteri Putih mengangguk. Puteri Putih dan pembantu keluar ke taman di halaman rumah. 1. Apakah warna bumbung rumah Puteri Putih? 2. Berapakah tingkap dan pintu rumah Puteri Putih? 3. Apakah yang dapat dilihat oleh Puteri Putih di ruang dapur? 4. Mengapakah bilik mandi Puteri Putih berbau harum? 6. Apakah yang ada di dalam almari di bilik tidur Puteri Putih?
23
7. Apakah kebolehan cermin di bilik tidur Puteri Putih?
3 House and Home
5. Berikan tiga perkara yang dapat dilihat di bilik tidur Puteri Putih.
221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 23
10/20/16 4:12 PM