Lakar Wanita Retrospektif 2020

Page 1

RETROSPEKTIF 2020 1


2


Lakar Wanita 2020

RETROSPEKTIF ‘20

RETROSPEKTIF

3


Penulis Utama/Kurator Prof. Madya Dr. Basitah Taif Penulis Jemputan Syafril Amir Muhammad Editor Prof. Madya Dr. Harrinni Md Noor Prof. Madya IDr Dr. Mohd Zafrullah Mohd Taib Dr. Masrur Mohd Khir Penulis | Artis Elliza Hashim Zurin Shaari Hidawati Amin Dengan Kerjasama

Hab Media Kreatif dan Teknologi

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Selain daripada penyelidikan akademik, kritikan atau kajian seperti yang dibenarkan oleh Akta Hak Cipta 1987, tidak ada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula atau dihantar dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada artis, penulis dan penerbit. Hak cipta dalam teks, karya seni, kerja reka bentuk semula adalah kepunyaan penulis, artis, pereka dan penerbit dan pemegang hak cipta yang sah. Apaapa penjelasan mengenai pemilikan hak cipta dalam mana-mana teks, imej dan / atau reka bentuk perlu dirujuk kepada penerbit. Penerbitan ini diterbitkan sempena Lakar Wanita: Pameran Seni 2020, di Galeri Hab Media Kreatif & Teknologi, UiTM Shah Alam, dari 20 Disember 2020 hingga 09 April 2021. Pandangan yang dinyatakan dalam penerbitan ini tidak semestinya daripada penerbit.

4

Reka bentuk buku & grafik Elliza Hashim Hak Cipta Lakar Wanita Hab Media Kreatif & Teknologi Penerbitan Hab Media Kreatif & Teknologi Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor ISBN 978-967-18324-5-5 Tel FSSR : 603 5544 4001 Tel CMTHub : 603 5521 1330 https://www.facebook.com/cmt.hub https://www.facebook.com/lakarwanita/


ISI KANDUNGAN

RETROSPEKTIF ‘20

Prakata Dari PNC Kolej Pengajian Seni Kreatif

6

Sekapur Sireh Dari Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi

7

Kata Pengantar Dari Dekan

8

Dari Meja Pengarah CMT

9

Kata Pengantar Kurator

10

Lakar Wanita 2020

Pameran Seni Rupa 12 Retrospektif 3 Wanita

Karya Protégé 16 Perkembangan Ringkas Pelukis Wanita 17 di Malaysia Melihat Karya 3 Wanita Di Dalam Lakar Wanita 2020: RETROSPEKTIF

19

Karya Artis 35 Karya Protégé | Anak Didik

70

Biodata Artis 76

5


Prakata Dari PNC Alhamdulillah Segala Puji bagi Allah SWT serta Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Lakar Wanita Fakulti Seni Lukis & Seni Reka yang berkolaborasi bersama Hab Media Kreatif dan Teknologi (CMTHub) dalam menjayakan Pameran Lakar Wanita Retrospektif ’20 pada Disember 2020. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pengarah CMTHub UiTM, Prof. Madya Ts. Dr. Azhar Hj Abd Jamil dan warga kerja CMTHub yang telah menjayakan pameran ini dalam suasana baharu. Susulan dengan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 telah menuntut seluruh masyarakat dunia tidak kira dari golongan mana sekalipun menjalani kehidupan dalam suasana yang serba baharu atau lebih dikenali dengan The New Normal. CMTHub yang sememangnya pakar dan peneraju di dalam teknologi inovatif kreatif meneruskan sinergi dan kreativiti pameran Lakar Wanita dengan mengaplikasikan teknologi pameran secara atas talian melalui kaedah seperti webinar dan Youtube Live. Pameran bertemakan Retrospektif ini telah berjaya dipamerkan dalam suasana baharu. Pameran yang seumpanya ini telah memberi pendedahan baharu kepada orang ramai terutama peminat-peminat seni lukis tanah air untuk terus berkongsi ekspresi karya terbaharu dengan pencinta seni tanah air. Akhir kata, tahniah sekali lagi atas kejayaan Pameran Lakar Wanita Retrospektif ‘20. Semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan dalam suasana norma baharu sesuai dengan arus global millennial. Sekian.

Profesor Dr. Zaini Abdullah Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA

6


Sekapur Sireh Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar untuk pihak Lakar Wanita dan juga Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub). Susulan kemelut Covid-19 ini, beberapa program yang telah dirancang berhadapan kekangan untuk dilaksanakan. Namun begitu, ia sama sekali tidak menghalang CMTHub untuk terus melaksanakannya dalam norma baharu. Pameran Lakar Wanita dengan kerjasama CMTHub ini telah menjadi kenyataan dan kejayaan yang manis bagi kedua belah pihak ini. Pertama sekali, tahniah kepada pihak Lakar Wanita dan pihak CMTHub kerana berjaya melancarkan Pameran Lakar Wanita Retrospektif ’20. Keadaan pandemik ketika ini telah menjana satu idea yang baik, iaitu pameran secara maya. Melalui kerjasama CMTHub dan Web Media, pameran secara maya ini berjaya dilakukan melalui media sosial seperti Youtube Live di UiTM Channel. Hal ini juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui mengenai pameran ini dan melihat pameran tersebut dengan hanya duduk di rumah atau di mana sahaja mereka berada. Seterusnya, tahniah juga buat protégé-protégé di bawah bimbingan tiga (3) artis wanita kerana menghasilkan karya-karya yang menarik. Protégé-protégé ini memang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang seni lukis. Tahniah dan Syabas saya ucapkan. Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Lakar Wanita dan CMTHub kerana berjaya mengendalikan Pameran Lakar Wanita Retrospektif ’20 dengan bergaya pada tahun yang penuh dugaan ini. Jadikanlah kejayaan ini sebagai permulaan kepada kerjasama yang lebih erat pada masa depan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bersatu kita teguh, bersama kita menempa kecemerlangan! Sekian.

En. Zulkipli Abu Bakar Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi MARA

7


Kata Pengantar Dari Dekan Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh & Salam Sejahtera Tidak bergerak walau satu zarah tanpa izin dari Allah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi izin berlangsungnya Pameran Lakar Wanita 2020. Bertemakan Retrospektif artis-artis Lakar Wanita pada kali ini mempamerkan beberapa karya mereka dari awal hingga kini. Lakar Wanita merupakan antara kumpulan artis wanita yang aktif berpameran dan terdiri dari beberapa orang pensyarah FSSR UiTM Shah Alam. Mereka bermula pada tahun 2016 dan berpameran setiap dua tahun sekali. Usaha mereka dalam membudaya aktiviti berpameran ini perlu dihargai kerana sebagai ahli akademik, para pensyarah dialu-alukan untuk mempraktis ilmu dan menghasilkan karya agar dapat dihayati bersama ahli akademik lain, para pelajar serta pencinta seni. Namun, pameran ini tidak harus tamat sebagai penghayatan di mata sahaja, tetapi diharapkan dapat menjadi bahan telaah dan penyelidikan. Saya yakin, karya-karya yang dihasilkan bukan hanya sekadar sebuah ekspresi yang lahir dari kreativiti dan luahan hati tetapi ia adalah hasil dari sebuah pemikiran dan kajian ilmu. Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka sentiasa menyokong segala usaha semua pihak untuk memperkasakan aktiviti kesenian seperti ini. Saya berharap Lakar Wanita akan terus berkarya dan mengembangkan sayap dan terbang tinggi membawa kredibiliti atas nama wanita dan seni, memperluaskan daya pemikiran dan berkarya dengan ilmu. Akhir kalam, saya sentiasa mendoakan kejayaan Lakar Wanita agar menjadi setanding dengan pengkarya hebat di Malaysia mahupun di luar negara. Semoga suatu hari nanti, Lakar Wanita akan menjadi rujukan karya seni sebagai pengkarya wanita unggul dan dihargai oleh pengamal-pengamal seni. Tahniah dan syabas Lakar Wanita!!

Prof. Ts Dr. Ruslan Abd Rahim Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi MARA 8


Dari Meja Pengarah Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh & Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya, Pameran Lakar Wanita telah dapat dijayakan dengan jayanya. Tahniah kepada pihak Lakar Wanita kerana berjaya meneruskan kesinambungan Pameran Lakar Wanita di Galeri CMTHub. Hubungan dan kerjasama antara CMTHub dengan pelukis-pelukis dari Lakar Wanita telah bermula sejak tahun 2016 lagi. Sekalung penghargaan diucapkan kepad tiga pelukis Lakar Wanita iaitu Puan Zurin Shaari, Puan Elliza Hashim dan Puan Hidawati Amin dalam menjayakan pameran ini dan tidak lupa juga kepada kakitangan CMTHub, Web Media dan Jabatan Korporat kerana turut membantu menjayakan Pameran Lakar Wanita Retrospektif ’20. Tahniah juga diucapkan kepada protégé-protégé yang berjaya menghasilkan karya-karya yang hebat dan memberikan satu semangat pada kalangan anak-anak muda ini. Pameran dan bual bicara secara maya yang dijalankan oleh pelukis-pelukis dari Lakar Wanita Retrospektif ’20 dengan perkongsian pengalaman dan proses penghasilan karya adalah satu perkongsian ilmu yang baik untuk pelajar-pelajar Seni Lukis & Seni Reka dan penghasilan karya dari anak-anak muda ini boleh memberikan satu semangat dan inpirasi dalam menghasilkan karya seni. Karya-karya yang dihasilkan ini mampu memberi inspirasi dan semangat untuk berkarya di kala pandemik yang sedang melanda negara kita di saat. Akhir kata daripada saya, tahniah sekali lagi kepada pelukis-pelukis dari Lakar Wanita kerana berjaya melakukan pameran ini pada tahun ini dan semoga pameran ini dapat diteruskan lagi pada tahun yang akan datang. Terima kasih saya ucapkan bagi pihak penganjur iaitu Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub) UiTM dalam samasama menjayakan pameran ini. Tahniah Lakar Wanita!

Prof. Madya Ts Dr. Azhar Abd Jamil Pengarah Hab Media Kreatif & Teknologi Universiti Teknologi MARA 9


Kata Pengantar Kurator semula bagi memungkinkan satu revolusi baru dalam gerak rasa berbeza dapat dicetuskan di masa hadapan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah dan inayahNya maka Pameran Lakar Wanita Retrospektif ‘20 dapat dilestarikan dengan jayanya pada tahun yang penuh bermakna. Kekalutan Pandemik Covid-19 bukanlah penamat yang merubah detak ekspresi 3 pengkarya wanita tersohor di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka ini dari menzahirkan kolabrasi setiakawan. Gundah yang mengugat emosi disebabkan oleh pandemik ini dihalakan secara positif dengan mengumpul semula karya-karya ulung yang telah dipamerkan dari tahun 2016 hinggalah 2018. ,

Syabas. Koleksi pameran ini mengimbau nostalgia dan menelusuri karya-karya awal yang berkisar tentang kisah alam semulajadi flora fauna dan wajah-wajah yang penuh cerita. Gambaran suka duka, riang tawa dan misteri dalam lakaran menghimpun rencah rasa tersendiri di antara pengkarya. Keunikan seni catan dan jahitan berserta sulaman disingkap 10

Pastinya, pendekatan pameran yang dijalankan secara maya merubah ruang-lingkup penghayatan pameran tradisi. Norma baru ini diungkap dengan jayanya oleh pengkarya sejajar dengan kehendak akal arus moden. Perkongsian dan cambahan idea tidak tergugat dengan limitasi pergerakan yang telah direncana oleh pemerintah. Dengan adanya pelbagai platform media sosial, pengkarya mampu memanjangkan cetusan rasa, berkongsi inti pati kehidupan dan nukilan emosi dalam kaedah yang baharu agar karya-karya tersebut segar bernafas dan dinikmati semula. Nukilan kreatif pengkarya dipertontonkan dalam dimensi berbeza dan tidak tertambat dengan rentak lama. Sewajarnya di kalangan khalayak terutama pencinta seni, pendidik dan pelajar menyambut metode ini agar karya dapat dipertontonkan secara menyeluruh. Sumbangan 3 pengkarya ini perlu dihargai sebagai satu perjuangan berterusan wanita dalam memartabatkan seni di era millennium. Ketulusan jiwa berkarya terungkap dan diungkapkan semula dalam kolaborasi yang lebih jitu dan jujur. Gundah yang dibawa justeru pandemik dibolosi dengan semangat dan azam yang membentang. Akhirulkalam, setinggi-tinggi tahniah kepada 3 pengkarya Lakar Wanita Retrospektif 20 yang berupaya menterjemahkan cerita cinta seni mereka dalam sajian yang penuh bermakna. Semoga mereka terus berkarya dan melahirkan satu dimensi penciptaan baru selepas retrospektif. Kami tunggu sinar Pasca Covid-19. Sekian, wassalam.

Prof. Madya Dr. Basitah Taif


Lakar Wanita 2020

RETROSPEKTIF ‘20

RETROSPEKTIF

11


Lakar Wanita 2020

Pameran Seni Rupa Retrospektif 3 Wanita Prof. Madya Dr. Basitah Taif Kurator

Penghormatan yang diberikan kepada saya menjadi penulis tamu dan seterusnya kurator pameran Lakar Wanita 2020: Retrospektif sejujurnya mencabar ketajaman minda dan gerak rasa naluri terhadapa catan dan lukisan yang saya tinggalkan agak sekian lama. Keterbatasan waktu berkarya hanyalah alasan yang dangkal. Rasa rindu memuncak dan berayun-ayun di sanubari. Walaupun saya tinggalkan naluri berkarya tanpa sebab yang pasti, gerak rasa rindu itu masih utuh. Menghayati dan mengamati karya 3 pelukis hebat ini adalah satu retrospektif buat saya. Teringat. Mengimbau masa, melihat dan mengulas karya hebat Judy Chicago dan Miriam Schapiro sebagai kerja kursus di universiti 29 tahun lampau menggali kembali minda mengenai isu feminisme. Sesungguhnya isu yang pernah saya kupas dahulu masih tetap segar dan seakan-akan sama tulin dan jatinya. Emosi, perasaan, kecantikan serta life experience tidak mebelakangi jarak, masa dan waktu. Isinya masih tetap relevan menelusuri lereng kehidupan dulu dan sekarang. Sejujurnya, elemen feminisme yang diterapkan dalam lanskap seni oleh pengkarya wanita adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi untuk diselami. Adalah tidak lengkap sekiranya elemen ini tidak dipaparkan dalam menganalisa karya-karya dari pelukis seni visual wanita di negara ini. Mahani Musa (2005) pada dasarnya mentakrifkan feminisme sebagai gerakan atau fahaman yang menuntut persamaan hak wanita yang dinikmati oleh kaum lelaki dalam pelbagai bidang. Kalau di barat nama Guerrilla Girls adalah sinonim dengan kumpulan Artist Feminist yang memerangi isu sexism 12

dan racism dengan lantang melalui saluran seni. Ditubuhkan di New York City pada tahun 1985, kumpulan ini berekspresi melalui poster, buku dan papan iklan bagi melenturkan diskriminasi wanita di bidang politik, seni, filem and budaya pop (Guerrilla Girls, 2020). Dengan memakai pelitup muka, pengkarya lebih memfokuskan tentang isu penceritaan berbanding personaliti mereka. Namun begitu meninjau dari sudut pengkaryaan di kalangan wanita di Malaysia terutamanya berbangsa Melayu, gagasan feminisme dalam bidang seni adalah agak malap pada awalnya. Secara tradisinya Gerhold (1971) ada menyebut bahawa ruang legar kaum wanita ialah alam rumahtangga dan pemusatan adalah tertumpu kepada kaum lelaki. Walau bagaimanapun Siti Hajar (1999) sebaliknya menyangkal kemunduran penglibatan wanita dalam seni di mana sebenarnya strategi perkembangan adalah lebih tertumpu kepada cara penyesuaian budaya dan agama. Dengan kata lain, aliran berkarya tetap berlaku tetapi secara halus dan sopan seiring dengan putaran zaman serta fitrah semulajadi wanita. Sejajar dengan perubahan adat-budaya dan tahap pemikiran masyarakat sezaman, evolusi yang mengangkat martabat pengkarya seni visual wanita tanahair berlaku secara radikal apabila Institut Teknologi MARA (UiTM) ditubuhkan pada penghujung tahun 1969. Mohd Azhar (2016) ada mengulas mengenai kelahiran pengkarya seangkatan wanita seperti Ruzaika Omar Basaree, Khatijah Sanusi, Kalsom Muda, Ham Rabeah Kamarun, Sharifah Fatimah Syed Zubir, Normah Abas, Mastura Abdul Rahman, Faridah Yusuf dan ramai lagi di Pameran Lakar Wanita 2016. Penampilan karya kreatif mereka ini di jelmakan sebagai santapan mata yang unik kepada para pencinta seni. Cetusan idea dalam karyakarya berunsurkan ekspresi diri berkait rapat dengan agama,


masyarakat dan sosio budaya sekeliling. Anugerah II (Divine Gift II) yang dihasilkan oleh Khatijah Sanusi dan Interior Series oleh Mastura Abdul Rahman umpamanya, menampilkan gabungan kecintaan pada Yang Esa dan elemen tradisi Melayu. Formasi garisan, warna dan perspekstif yang tulus mendakap rasa kecintaan pada yang SATU. Karya mereka berjiwa besar dan sebagai ‘symbolic reminders of the transcendence and unity of God’. Pada akhir abad ke 20 dan dekad pertama abad ke 21 muncul gagasan artis muda baharu yang memperlihatkan kesinambungan wanita dalam berkarya. Karya-karya yang dizahirkan tampak lebih matang sejajar dengan perubahan masa yang menuntut lebih keterbukaan dalam menerima dan meluahkan pendapat. Nama-nama hebat Nurhanim Kahiruddin, Sharmiza Abu Hassan, Nadiah Bamahaj, Azliza Ayob, Elis Mokhtar dan ramai lagi menampilkan karya yang tampak simple dari segi penataan tetapi mendalam makna dan maksudnya. Imbangan jati diri disokong oleh agama dan adat budaya masyarakat menyerlahkan karisma wanita berkarya. Karya ‘Country Of Mind’ oleh Sharmiza Abu Hassan; 2015, menonjolkan imej negara dan otak sebagai metafora kehidupan tanpa kesudahan dalam prosess mencari. Hal demikian berkait rapat dengan tindak-tanduk kendiri individu secara universal dalam menyelesaikan pergolakan minda dan jiwa. Seterusnya, kekuatan artis wanita dalam mengorak langkah berkarya di setiap generasi bukanlah hanya berpaksikan ekspresi diri semata tetapi juga disokong dengan semangat setiakawan. Sifat togetherness yang diulas oleh Sayej (2020) dalam pendokumentasi karya Guerrilla Girls menyetuh mengenai perjuangan seni mereka secara kolektif bagi menuntut hak sebenar tanpa diskriminasi. Penyatuan wanita yang lebih besar kelompoknya dan searah pemikiran menentang sexism dan gender equality memungkin perjuangan yang kohensif. Kepelbagaian karya di Pameran Lakar Wanita yang lalu mempamerkan ketahanan dan kegigihan jiwa yang jitu bagi memartabatkan karya wanita di kalangan masyarakat setempat. Dan yang lebih penting lagi menerapkan semangat kesaudaraan sesama wanita.

Mengimbas kembali perjalanan Pameran Lakar Wanita 2016 di Galeri Shah Alam, Lakar Wanita 2017 di Galeri ASWARA, Kuala Lumpur dan Lakar Wanita 2018 di Balai Seni Negara telah membawa kepada penyatuan ekspresi visual kelompok pengkarya wanita Malaysia. Barisan artis yang hebat dan berjiwa besar seperti Zuriati Mohamed Shaari, Elliza Hashim, Noor Hidawati Mohamed Amin, Noriza Arzain, Siti Hajar Abd Rahman, Norwani Md. Nawawi, Suhairi Marlina Shamsudin, Elly Nor Suria M. Zainudin, Mastura Jarit, Alice Chang Oi Lai, Lyna Khairi, Rozarina Johari, Ainon Jariah Yaacob, Sherin Ng Lay Hwa dan Fauziah Hj. Yahaya menyajikan idea-idea yang bukan sahaja menjadi halwa mata audien tetapi penuh emansipasi perasaan dan luahan. Meskipun setiap mereka terikat dengan stail tersendiri dalam memperincikan karya masing-masing; kesan tampak keperibadian wanita lebih bersifat neutral dan domain. Terserlah tanpa keterbatasan. Justeru, mengundur dan menilai kembali kekuatan setiap karya secara koherent menurut pandangan kognitif adalah sesuatu yang signifikan di alaf ini. Rata-rata para pengkarya Lakar Wanita 2016 memberi pengamatan khusus terhadap subjek yang dekat dan menyentuh jiwa. Elemen binatang, tumbuhan dan alam semulajadi ditampilkan secara simbolik sebagai objek perantara antara jiwa dan realiti. Zuriati menggunakan kucing dan badak sebagai karater utama dan disokong oleh alam semulajadi. Hidawati pula lebih suka bermetafora dengan imej ikan yang ada kaitan dalam cerita dongengan Melayu. Norwani menyerlahkan motif-motif tenunan melayu yang diadaptasi dari alam. Suhairi Marlina lebih menghayati lengguk alunan warna dari ketidaksempurnaan organic form pada seni batik. Ekspresi berbeza ditampilkan oleh Elliza, Noriza dan Siti Hajar dengan memaparkan wajah wanita, cebisan kertas dan basikal yang mempunyai unsur dinamisme dan ‘personal attachment’. Pameran Lakar Wanita seterusnya disertai oleh pengkarya wanita lain seperti Elly Nor Suria, Mastura, Alice, Lyna, Rozarina, Ainun Jariah, Sherin dan Fauziah selain dari tonggak utama iaitu Elliza, Zuriati dan Hidawati. Aspek representasi yang lebih berbeza dilihat dengan adanya incomplete shape membentuk stail naive art pada karya Elly Nor Suria. Begitu 13


juga karya Mastura memaparkan karya seni typography pada kayu yang berkait dengan tradisi dan budaya bangsa. Alice pula membicarakan semangat kekeluargaan dan kasih sayang dengan meletakkan gajah sebagai karater utama karya. Penghayatan Lyna pula lebih tertumpu pada aspek kehidupan dan status wanita dari sudut yang dinamik serta positif. Cantuman dari kain perca karya Rozarina berakar umbi dari kerja kerajinan tangan di Amerika semasa The Great Depression sekitar 1930an. Siri Gebar Dunia Mamma diibaratkan sebagai sehelai selimut yang meryerlah dengan sifat melindungi. Karya Ainun Jariah, Sherin dan Fauziah menonjolkan sifat kecintaan kepada keindahan yang diucapkan dalam pelbagai imej yang mengasyikkan. Pilihan warna digabung dengan seimbang agar mesej yang hendak disampaikan adalah senada. Perjuangan setiakawan seterusnya dihimpunkan kesekian kali dalam Lakar Wanita Retrospektif: 2020 yang lebih mencabar dan menguji minda berkarya. Kehadiran Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia menggusar jiwa dan menghimpit perasaan menjadi ketidak keruan. Namun, di sebalik getar hati yang merusuh, perjuangan diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Ekspresi menjadi lebih mudah untuk dihayati. Kelahiran Retrospektif umpama menongkah satu kekalutan yang tidak pasti penghujungnya. Diungguli oleh 3 wanita cekal Zuriati Mohamed Shaari, Elliza Hashim dan Noor Hidawati Mohamed Amin membuahkan barisan karya awal dan terkini dalam satu pameran. Manifestasi diri dalam bentuk visual tampak dilihat sebagai manipulasi yang bijak untuk merawat gundah gulana yang menebal saban hari. Retrospektif didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai meninjau atau mengenang kembali peristiwa. Boswell, Corbett dan Rhodes (2019) pula menghurai retrospektif sebagai satu refleksi latihan secara professional yang memperlihatkan domain peribadi masa lampau. Yang menariknya penampilan karya Elliza, Zuriati dan Noor Hidawati kali ini tidak hanya memperlihatkan gayaan mereka terdahulu malahan menonjolkan content semasa yang dinamik tanpa mengorbankan karakter feminisme dalam wanita moden berkarya. Hal yang sedemikian sekaligus 14

membidas stereotaip sifat wanita yang ditonjolkan dalam Wanita Sulalatus Salatin Menangis Sepanjang Zaman oleh Ismail Sarbini (1990). Dalam mengulas karya-karya di pameran ini, saya lebih menekankan kepada proses penghasilan karya itu sendiri selain dari content. Adapun content itu penting, tetapi perjuangan dalam menzahirkan karya adalah lebih utama dan ia juga menjadi jantung kepada keseluruhan karya. Lebih mencabar bila pameran ini menuntut kefahaman yang bersesuaian mengikut norma dan persepsi gender dan norma baru masyarakat. Menghayati masa lalu dalam konteks kini memerlukan suatu fleksibiliti diri. Menyoroti karya Elliza Hashim, interpretasi retrospektif menyerlah pada karya Frida in Batik. Adunan komposisi jika di imbas kembali banyak di pengaruhi oleh karya Frida Kahlo; Self Potret Dedicated to Dr Leo Eloesser, 1940. Warna dan ekspresi muka pada karya disusun seakan mengwujudkan wajah dynamic yet feminine. Menghasilkan karya ini seolah mengimbau kembali bagaimana Frida Kahlo melakarkan emosi beliau semasa dalam quarantine. Gambaran wajah yang di sampaikan oleh Elliza menuntut penghayatan yang tinggi dalam memahami perubahan dan gerak-rasa. Penampakkan watak kendiri Frida Khalo boleh di kaitkan dengan pengalaman dan peribadi pengkarya yang sentiasa positif dan cekal menempuh cabaran berkarya. Elliza berupaya menganalisis representasi watak dengan penuh ketertiban tanpa melupakan manifestasi sebenar seorang wanita. Feminine. Melihat mainan warna pada karya Bunga Seroja pula mengingatkan karya ciptaan Sheila Hicks; artis tekstil yang banyak bermain dengan warna dan serat. Namun Elliza menggunakan riben sebagai bahan tampak yang di gabungjalin menjadi himpunan perasaan. Karya ini di hasilkan semasa Pandemic Covid-19 melanda negara dan ia wujud sebagai terapi minda kepada pengkarya. Jarum dan riben yang saling menyulam antara satu sama lain adalah gambaran perjalanan. Seperti kata-kata Sarah, “..it’s the needle and thread, as it travels, your thought travels with it..”


Pengalaman mendasari karya Zuriati Mohamed Shaari. Kehidupan sebagai ibu, wanita berkarier dan pelukis disambut dengan penuh keterujaan. Karya awal beliau banyak didominasi oleh perasaan penghargaan terhadap keindahan alam dan kehidupan harian beliau yang versatil. Taman Tepi Rumah, 2014; umpamanya mengungkap aprisiasi kehidupan melalui warna-warna harmoni dan pengulangan ruang pada komposisi. Aplikasi bentuk, bahan dan warna secara berperingkat menyerlahkan penceritaan keseluruhan.

Adalah tidak lengkap penulisan ini tanpa membicarakan karya Hidawati yang bertajuk Berjuang; 2020. Karya ini secara simboliknya menggunakan pelitup muka sebagai tunjang kekuatan dalam membicarakan bahan dan teknik. Tampalan disambut dengan gaya naif kekal sebagai trademark pengkarya. Bernas dan mantap. Berjuang digarap hasil dari ekspresi diri melawan pandemik untuk mencari kebebasan yang ideal melalui imej ikan koi.

Namun begitu, penampilan lebih ceria dengan imej haiwan bagi karya Children in The Wonderland: Mummy’s Womb and Dream, telah menzahirkan konotasi berbeza mengenai kehidupan. Sekali imbas karya ini dilihat sebagai playful images. Tetapi apa yang tersirat adalah gambaran kehendak dan impian wanita yang membunga bagi merangka kehidupan ideal. Proses seumpamanya digambarkan oleh Ida Applebroog dalam karya ‘Potraits’ (Canary) 2019, yang menampilkan burung sebagai metafora. Bezanya Applebroog mensasarkan karya beliau kepada ahli politik. Noor Hidawati Mohamed Amin pula lebih cenderong menghasilkan teknik kolaj pada karya beliau. Ekspresi pengalaman hidup dan adaptasi persekitaran dijadikan sebagai tonggak utama mencari kelainan hubungan. Kecenderungan memilih cebisan kain perca terbuang dan teknik jahitan mengingatkan kepada artist kelahiran Harlem, New York; Faith Ringgold dengan karyanya ‘Tar Beach #2’, 1990. Beliau memberi interpretasi dan imaginasi berkaitan kehidupan di New York dengan menggunakan fabrik sebagai kolaj. Hidawati pula merealisasikan teknik kolaj dalam karya #stayathome 2020; sebagai refleksi kekalutan masyarakat sejagat menghadapi Pandemik Covid-19. Pemilihan pelbagai fabrik yang disusun berlapis dan betindih dalam karya Hidawati mengwujudkan ruang padat dan sesak. Kepelbagaian karakter tersebut berperanan menjentik emosi masyarakat tentang tekanan yang dirasai menghadapi pandemik.

15


Protégé Anak Didik

Pameran Lakar Wanita Retrospektif 20, seperti pameran Lakar Wanita yang lalu, tidak ketinggalan menghimpunkan barisan pengkarya cilik sebagai titik tanda mengasuh dan mengilap jiwa muda berkarya. Kebolehan mereka menukilkan kreativiti secara berterusan di setiap pameran menampakkan minat yang berterusan dalam menterjemah gerak-rasa hati terhadap seni. Memanfaatkan tempoh panjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan Covid-19 secara tidak langsung membina daya berimaginasi. Barisan lukisan yang dipamerkan kali ini terus menampakkan kematangan mereka berkarya. Kebolehan dan keupayaan meneroka bahan serta memanipulasi subjek dilihat jelas pada penampilan karya visual mereka. Hal yang sedemikian adalah berkait dengan daya pemikiran mereka yang kritikal dan analitikal untuk mencipta sesuatu yang beyond. Lebih menarik lagi daya kreativiti tersebut di asaskan dengan mengambil kira perkara-perkara yang mudah, menarik dan dekat di hati. Hasil karya Fahad, Hud Zaganos,  Zahin  dan Iman Daniaa menampilkan imej  binatang  yang rata-ratanya menerapkan elemen   kasih-sayang dan hubungan unik sesama makhluk. Ia tidak hanya memberi fokus pada subjek; tetapi juga memberi penekanan pada lentok jemari yang bersahaja berupaya mengawal teknik dan bahan secara natural. Membina hubungan tersebut adalah asli dan tidak boleh dikongsi. Jelas kelihatan minda yang diasuh dan terasuh dari kecil berupaya meneroka kelainan yang kekal mutlak. Karya Cahaya Indah dan Cleeve Axile Vermol lebih bersifat santai dan pleasing seolah-olah gandingan warna dan imaginasi itu seirama. Kepelbagai warna bila bergabung berupaya menjadikan seluruh ruang berfungsi tanpa perlu memberi fokus kepada subjek sebenar. Beralih pula kepada 16

karya Amni Umairah; merupakan satu-satunya karya yang memberi tumpuan total terhadap pencahayaan. Kekuataan karya ini dilihat pada ketegasan bermain dengan garisan dan keampuhan mengawal terang gelap cahaya. Beliau berjaya menerapkan elemen tersebut pada satu subjek yang dianggap biasa-biasa sahaja. Justeru, kebolehan barisan pengkarya cilik ini menjiwai subjek dalam lukisan adalah bukan perkara yang mudah. Kebolehan mereka harus dilihat sebagai satu pencapaian bagi mengorak langkah lebih jauh lagi. Minat dan usaha jika diasuh akan membuahkan hasil yang hebat di masa hadapan.


Perkembangan Ringkas Pelukis Wanita di Malaysia SYAFRIL AMIR MUHAMMAD Penulis Jemputan

Semasa Perang Dunia Kedua, sekitar tahun 1943 terdapat satu poster memaparkan seorang wanita menyinsing lengan berpakaian golongan pekerja telah dihasilkan oleh J. Howard Miller. Pada poster tersebut tertera penyataan ‘We Can Do It’, yang akhirnya menjadi pembakar semangat gerakan Feminist Movement yang lahir disekitar penghujung tahun 1960an. Peranan Gerakan ini adalah bertujuan untuk menyamaratakan peranan kaum wanita di dalam industri pekerjaan dan taraf sosial. Di Barat, pada waktu itu kaum wanita dilihat sebagai golongan kelas kedua dan sering ditindas. Daripada doktrin gerakan feminist ini, telah membentuk aliran seni feminisme pada awal 1970an. Hilde Hein yang merangka Theory Art As Feminism, telah membahaskan persoalan estetik yang dihasilkan oleh artis wanita. Menurut beliau, artis wanita akan menggunakan material baru seperti seni fiber dan menerokai subjek-sebjek baru yang mempunyai hubungan dengan kehidupan mereka. Teknikal karya yang halus dan teratur mempamerkan sisi mereka sebagai wanita. Seni visual yang dihasilkan oleh golongan wanita telah mencipta cara berfikir yang baru, makna baru dan kategori refleksi kritikal baru. Ia bukan sekadar pengembangan konsep lama ke domain baru. Keberadaan pelukis wanita sebenarnya sudah bertapak lama di arena seni visual. Nama-nama besar seperti Elisabeth Louise Vigee Le Brun (French, 1755-1842), Mary Cassatt (American, 1844-1926), Hilma af Klint (Swedish, 18621944), Georgia O’Kefee (America, 1887- 1996), Frida Kahlo (Mexican, 1907- 1954) dan beberapa nama besar yang lain.

Walau bagaimana pun mereka seperti kurang di kenali berbanding artis lelaki pada waktu itu. Aliran seni feminist ini dilihat dapat melonjak peranan mereka untuk terus berkarya. Manakala di Malaysia pula pengaruh doktrin gerakan feminist ini di lihat tidak berlaku terhadap pelukis wanita. Menurut Prof. Dr. Muliyadi Mahamood, perkembangan seni visual moden Malaysia di pengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan ‘bangsa dagang’ dan status pendidikan. Perkembangan seni di Malaysia pula mula dicatat oleh beliau seawal tahun 1930an. Menurut Yuen Chee Ling melalui kajian PhD beliau, pada dekad 20an, pelukis wanita telah bergiat aktif dalam seni visual tanah air. Nama-nama seperti Rosalind Foo, Georgette Chen, Liu Siat Moi, Hamidah Suhaimi, Norma Abbas, Eng Hwee Chu dan Silvia Goh adalah antara pelopor awal di dalam arena seni visual tanah air. Beberapa artis tersebut telah mendapat pendidikan formal di dalam bidang kesenian, manakala sebahagiannya pula berguru dengan pelukis lain. Rosalind Foo dan Georgette Chen telah mendapat pendidikan seni halus di luar negara. Liu Siat Moi telah belajar dengan Peter Harris yang turut disertai oleh Renee Kraal dan Grace Selvanayagam. Datuk Hoessein pula telah mendidik Hamidah Suhaimi dan Nirmala Shanmughalinga. Walau bagaimana pun Grace dan Nirmala kemudian menyambung pendidikan di peringkat formal di luar negara. Hasil karya pada waktu itu banyak berkisar kepada pemandangan, potret dan situasi seharian seperti karya Rosalind Foo: ‘Rose Garden’ (1936), ‘Potret seorang gadis’ (1936) dan ‘Anak Perempuan Saya’ (1953). Georgette Chen: ‘Potret Diri’ (1946), ‘Still live with rambutan, 17


mangosteens and rambutan’ (1967). Hamidah Suhaimi banyak melukis potret seperti karya budak lelaki dan gadis Melayu. Norma Abbas pula menggunakan gaya catan dan kolaj di dalam beberapa siri karya beliau.

2016; Lakar Wanita (2017); 15 Variasi & Versatil Pelukis Wanita Malaysia dan 101, Dimana Young (2017); Pelukis Wanita Johor (2018); Maybank’s Emerging Women Artists Show( 2018) dan Cetusan Seni Jiwa Srikandi (2018).

Menjelang dekad 70an sehingga 90an ramai artis wanita telah lahir daripada beberapa institusi tempatan seperti Institut Teknologi MARA (sekarang dikenali dengan Universiti Teknologi MARA), Universiti Sains Malaysia dan Institut Seni Malaysia. Pendidikan seni lukis secara formal ini telah menghasilkan kepelbagaian pemikiran, gaya dan tema. dari sudut pandang seorang pelukis wanita.

Pada tahun 2015 juga, satu kumpulan pelukis wanita ditubuhkan oleh Zurin Shaari iaitu ‘Lakar Wanita’. Kumpulan ini juga telah di anggotai oleh Zurin Shaari, Hidawati Amin dan Elliza Hashim. Nama kumpulan telah diberikan oleh Hidawati Amin. Bermula dari penubuhanya, ‘Lakar Wanita’ telah berpameran bermula pada 2016 di Galeri Shah Alam, 2017 di Galeri Aswara, 2018 di Creative Space, Balai Seni Negara dan 2019 di CMT Hub UiTM. Kumpulan ini juga telah menjemput ramai pelukis wanita lain untuk turut serta di dalam beberapa siri pamerannya. Kumpulan ini dilihat begitu serius didalam memartabatkan pelukis wanita di Malaysia.

Generasi kedua artis wanita yang bergiat aktif adalah seperti Sharifah Fatimah Zubir (Catan), Ham Rabeah Kamarun (Seramik), Ruzaika Omar Basaree (Arca Kayu), Norwani Nawawi (Catan Songket), Siti Zainon Ismail (Catan), dan Fatimah Chik (Batik), Khatijah Sanusi (Catan batik & fiber) Mastura Abdul Rahman(catan) dan Sylvia Lee Goh (catan). Penglibatan pelukis wanita pada era ini memperlihat gejala seni lukis antara bangsa dengan unsur tempatan melalui pendekatan konstruktif dan pengaruh idea kontemporari. Pengunaan bahan dan rentas disiplin telah menampakkan kepalbagaian dan tidak hanya menggunakan format catan konvensional. Seperti karya Ruzaika Omar Basaree menggunakan kayu dan objek sebenar sabagai bahan utama di dalam karya beliau seperti ‘Siri Dungun’, (1979). Norwani Nawawi, Fatimah Chik,  Khatijah Sanusi menggunakan kaedah batik dan songket. Ham Rabeah Kamarun pula menggunakan media seramik Manakala di awal dekad 90an sehingga sekarang artis wanita semakin bergiat aktif melalui beberapa siri pameran secara berkumpulan. Antara pameran yang diadakan adalah seperti Women & Creativity (1990); Malaysia Indonesia Women Artists (1991); Women Art Show (1998); Through Our Eyes (1999); Sentuhan: A Woman’s Touch (2002), 20 Women Artists (2005); Pameran Pelukis Wanita Malaysia (2006); Langit Sama Dijunjung, Bumi Sama Dipijak (2006); Out of The Mould – The Age of Reason (2008) SriKandi: Sentuhan Jiwa Seni Wanita(2008); Thou Art Woman (2009); Women Artists and their Contemporaries (2013); OKRA (Alamku, Ilhamku) 18

Antara artis wanita lain yang bergiat aktif pada era ini adalah (sekadar menyebut beberapa nama) Shamiza Abdul Hassan (arca dan instalasi), Shi Yih Ying (fotografi & media baru), Bibi Chew (catan & media baru), Azliza Ayob (kolaj & instalasi), Sharon Chin (catan dan instalasi), Umi Baizura (seramik & instalasi), Shooshie Sulaiman (instalasi), Ilan Yee (fotografi & media baru), Symrin Grill, Shia Yih Ying (catan), Terry Law (arca), Eng Hwe Chew, (catan), Teo Joo Ngee (instalasi & catan), Sarah Joan Mokhtar (catan), Tetriana Ahmad Fauzi (instalasi), Annisa Abdullah (catan & kolaj), Elliza Hashim (catan & seni fiber), Zurin Shaari (catan), Hidawati Amin (seni fiber), Mumtaz Mokhtar (media baru) dan Diana Ibrahim, (cetakan & kaca). Karya-karya yang dihasilkan pula tidak lagi terikat kepada aturan konvensional. Ia dapat dilihat pada beberapa karya artis tersebut seperti karya Bibi Chew: itu Malaysia: O, Kosong, Cam, Kaw Kaw, Biasa, Kurang (2015). media: bekas penapis minuman, Hidawati Amin: #stayhome (2020), media:kain terpakai dan teknik stitches di atas kanvas. Umi Baizura: On the way (2009), media seramik dan objek terpakai. Pada era ini pelukis wanita telah menerokai kepelbagai teknik dan media di dalam menyampaikan idea mereka. Keberadaan mereka ini dapat menyemarakkan lagi persada seni visual tanahair.


Melihat karya 3 wanita di dalam Lakar Wanita 2020 : RETROSPEKTIF

jiwa saya. Tanpa perlu motivasi. Tanpa perlu sokongan. Saya tidak pernah penat melukis. Malah jiwa tak tenang jika saya lama tidak melukis. Pernah saya agak sibuk dengan tugas dan kurang masa untuk melukis. Saya jadi cepat marah dan mudah sedih. Pada karya, saya lontarkan rasa marah, rasa kecewa, runsing dan sedih. Dalam karya juga, saya gambarkan rasa sayang, cinta, suka dan gembira.

Apa itu seni?

ZURIN SHAARI Saya pernah ditanya, “Apa motivasi you untuk hasilkan karya?” Lama saya tinggalkan pertanyaan dalam whatsapp itu sepi. Kerana saya sendiri kurang pasti apa yang membuatkan saya terus dan terus berkarya. Apa yang saya tahu, sejak dari masih kanak-kanak saya telah mula berkarya. Kanvas pada ketika itu hanyalah diari-diari lama milik emak dan abah yang tidak lagi digunakan. Masih ada helaian kosong kerana mereka bukan menulis diari secara konsisten. Jadi helaian kosong habis saya penuhkan dengan lukisan. Lukisan tentang macam-macam perkara. Tentang mimpi, tentang kucing kesayangan, tentang angan-angan dan banyak lagi. Hanya menggunakan pensil dan adakalanya emak membelikan magic colour dan ketika itu hidup makin indah, lukisan menjadi warna warni dan meriah. Suatu hari seingat saya ketika masih di tadika, abah bawa pulang white board dan marker pen. Maka dengan penuh teruja saya mula melukis atas white board. Masih segar di ingatan apabila saya dengan sengaja dan telus, melukis di atas baju T yang saya pakai menggunakan marker pen. Ironi nya, emak tidak marah. Saya capai semula telefon bimbit, menaip sekaligus menjawab soalan tadi. Saya tidak ada motivasi dalam berkarya. Berkarya adalah

Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga 1998, Seni I: bermaksud halus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara), comel (bentuk badan), Seni II Karya (sajak, lukisan, muzik dll) yang dicipta dengan bakat da kecekapan. Visual pula bermaksud berdasarkan penglihatan dapat dilihat. Menurut Soedarso (2006: 102) Seni adalah karya manusia yang mengkomunikasikan pengalaman lalu disajikan secara indah atau menarik hingga merangsang timbulnya pengalaman pula pada orang lain yang menikmatinya. Seni visual merupakan suatu hasil ciptaan seni yang lahir dari ekspresi, perasaan serta pengalaman individu. Ia juga merupakan sesuatu karya yang memenuhi citarasa atau naluri estatik dan fizikal seseorang dan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keagamaan, budaya, masa dan ruang. Antara seni visual yang wujud adalah, seni halus seperti arca, catan, lukisan dan lain-lain. Seni penghasilan produk seperti seramik, tekstil dan fesyen serta seni digital yang menggunakan perisian komputer atau aplikasi secara atas talian. Selain seni visual, ciptaan seni juga pelbagai, contohnya seni muzik iaitu komposisi lagu dan lirik, seni persembahan seperti tarian dan teater, senibina, seni hiasan dalaman dan banyak lagi. Seni visual dihasilkan dengan berpegang kepada kefahaman tentang elemen dengan gabungan prinsip asas seni antaranya garisan, rupa, jalinan, bentuk, harmoni, kontra, penegasan, imbangan dan lain-lain. Namun begitu, seni masih boleh tercipta tanpa kefahaman ini tetapi hasilnya tidak matang dan kurang impak terutama dari persepsi golongan penggiat dan penggemar seni. 19


Saya terlibat secara langsung dalam seni visual khususnya lukisan. Tugas mengajar asas seni melukis di tempat kerja menuntut untuk saya sentiasa praktis. Ilmu seni tanpa amal saya ibaratkan pohon yang tidak berbuah. Teori itu penting, namun melaksana itu lebih penting agar dapat menyokong dan menjelaskan teori dengan lebih baik. Di awal usia berkarya, saya lebih tertumpu kepada catan namun setelah beberapa tahun fokus pengkaryaan lebih kepada lukisan kerana merasakan ia lebih sesuai dengan praktis sebagai pengajar dalam asas seni lukisan dan ia memberi kepuasan maksimum kerana benar-benar menguji kemahiran melukis saya. Sesuatu karya bukan hanya sebagai bahan untuk diamati, dihayati dan dihargai tetapi juga merupakan medium yang boleh membudayakan masyarakat dengan masej-masej yang cuba disampaikan oleh pengkarya. Seni juga memberi gambaran tentang artis, jadi tugas artis adalah untuk berkarya dengan jujur dan ikhlas supaya dapat meluahkan, sekaligus menyampaikan sesuatu dengan mudah atau memberi kenyataan karya yang jelas.

kagumi adalah komposisinya yang seimbang dan menarik. Beliau banyak melukis objek-objek mudah, penceritaan tentang pengalaman lalu dan kini serta gabungan objek yang membayangkan kehidupan sebagai anak melayu dari kampung. Hal ini membuatkan karya Jailani hebat dengan gaya tersendiri dengan membawa sentuhan tempatan. “Once you fully understand your subjects, presenting them to your audience in any way you choose too, becomes easy.” Petikan dari buku tersebut memberi satu inspirasi kepada saya untuk berkarya dengan mengangkat objek dan persepsi peribadi tentang kehidupan harian sebagai seorang ibu. Subjek yang saya gunakan adalah seperti barang keperluan anak-anak, permainan dan lain-lain. Karya pertama yang saya hasilkan dari inspirasi ini adalah Fancy Diary: Spring Cleaning yang telah dipamerkan di Star Hill Gallery pada September 2010.

Idea dan inspirasi Ahli falsafah hebat di zaman Yunani-Greek iaitu Aristotle berpandangan bahawa seni itu adalah sebuah peniruan iaitu bukan menjurus kepada peniruan secara total tetapi seni adalah mewakili atau imitasi kepada aksi-aksi manusia ataupun kehidupan. Idea pengkaryaan saya sentiasa datang dari pengalaman dan pengamatan sendiri. Di awal pengkaryaan, saya sering merujuk karya-karya artis kontemporari Malaysia antaranya Jailani Abu Hasan. Beliau adalah pelukis yang sering dijadikan idola oleh ramai pelukis baru yang masih tercari identiti sendiri. Jailani membawa gaya sendiri dengan sentuhan lukisan yang nampak bersahaja tetapi memberi impak kepada penonton. Santai tetapi sarat dengan elemen yang membuatkan karya beliau matang dan padat dengan rukun dan bahasa seninya. Dalam buku Jai: Drawing with the mind’s eye merperlihatkan koleksi karya beliau dari tahun 1984 hingga 1991. Kekuatan karya beliau yang saya 20

Fancy Diary : Spring Cleaning (2010) 90cm x 90cm

Majlis Perasmian Pameran Inspirasi 01 di Gestuz pada 2012. (ketika mengandung anak ketiga)

Siri Fancy Diary diteruskan dengan penghasilan beberapa karya dan kesemuanya telah dipamerkan di Pameran Inspirasi 01 yang telah berlangsung di Galeri Tunku Nurzahirah pada tahun 2012. Siri Fancy Diary merakamkan pengalaman membesarkan dua orang anak yang umurnya selang setahun. Saya melukis kehidupan mereka, menampal bajubaju terpakai mereka di atas kanvas, saya visualkan lagulagu yang sering saya nyanyikan sebelum mereka tidur, semasa mandi dan banyak lagi. Siri Fancy Diary adalah karya yang penuh dengan nilai sentimental dan menyentuh jiwa keibuan saya.


Mengingati kembali karya awal saya sebelum bergelar ibu. Saya merakamkan kehidupan di bumi Machang, Kelantan ketika bertugas di sana. Berada di tempat asing bagi saya merupakan pengalaman baru setiap hari. Untuk pertama kali saya berdikari dalam erti kata sebenar, menyewa rumah seorang diri, mula bekerja dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakat. Ketika itu saya menghasilkan sebuah karya berbentuk catatan harian dalam bentuk visual. Ia merupakan sebuah karya yang bersaiz 1 x 1 kaki dengan jumlah 31 keping memberi maksud 31 hari dalam sebulan. Karya tersebut telah di pamerkan di Pameran Getaran, Galeri Shah Alam pada tahun 2006. Setiap karya dipersembahkan dengan cerita yang berbeza. Ketika itu saya masih cuba mengekalkan teknik dalam seni tekstil iaitu cetakan sutera saring dan open masking. Antara karya lain yang masih ada dalam simpanan adalah Si Belang di mana saya gabungkan cetakan sutera saring dengan lukisan. Si Belang (2004) 120cm x 90cm Galeri Shah Alam

Siri Room of Flowers dan yang paling memberikan banyak inspirasi serta rujukan kepada saya adalah Siri The Painted Garden. Selain warna dan perspektif, aplikasi garisangarisan yang bertenaga menjadikan karya beliau unik dan mengingatkan kita kepada karya Great Master iaitu Van Goh dan Matisse dengan pengaruh gaya Fauvism. Seperti Jailani, Rafie juga menggunakan objek kegunaan harian seperti pasu bunga, cawan, buah-buahan dan makanan sebagai bahan rujukan. Berilhamkan siri The Painted Garden saya menghasilkan karya dengan penegasan pada objek harian. Saya juga cuba meneroka ruang dengan menidakkan perspektif. Saya bermula dengan sebuah karya pada 2009 iaitu Taman Tepi Rumah di mana di dalam karya ini saya visualkan taman di rumah sendiri dan merakamkan imej kasut pertama anak yang baru pandai berjalan pada waktu itu. Saya rakamkan juga imej Ikan Gapi yang kami pelihara dalam pasu pokok akuatik. Bermula dari sini saya teruskan pengkaryaan dan menterjemahkan tanaman dan objek bersesuaian untuk hasilkan karya seterusnya. Agak lama saya kekal menghasilkan karya tentang taman dengan pelbagai gaya dan pendekatan. Saya melihat pokok, daun dan bunga sebagai keindahan alam yang wujud dengan nada dan rona harmoni. Ia sebuah lanskap yang saya tafsirkan dalam bentuk pengulangan rupa positif dan negatif dengan saiz yang berbeza-beza untuk memberi

Selain Jailani, pelukis yang sering saya jadikan rujukan adalah Rafie Ghani. Beliau sering mempamerkan warna-warna terang dengan nada yang pelbagai. Mempersembahkan warna penggenap untuk memberi penegasan pada karya sering membuatkan penonton terpukau dan teruja menerokai segenap ruang catan. The Painted Garden adalah sebuah buku kompilasi karya beliau dari 1981 hingga 1996. Antara siri yang saya gemari adalah Siri Kebun Sultan, Taman Tepi Rumah 2009

21


ilusi perspektif dalam karya. Selain itu, saya hasilkan lukisan garisan untuk memberi penegasan dan fokus. Adakalanya, saya kolajkan cetakan gambar pada karya untuk mewujudkan sesuatu yang bersifat 3 Dimensi. Bermula tahun 2018 saya hasilkan karya yang agak berbeza dari sebelumnya. Saya amat tertarik dengan hasil-hasil karya dari seorang pelukis warga Amerika Syarikat iaitu Adona Khare yang menggunakan pensil dan arang di atas kertas dalam penghasilan karya. Beliau melukis dengan skala yang besar, detail dan objek yang sering dilukis adalah haiwan-haiwan dengan campuran karekteristik manusia. Karya saya kemudianya menjurus kepada imejimej haiwan dengan gaya surealis. Namun, saya cuba untuk memberi mood domestik dengan melukis haiwanhaiwan tempatan untuk menyampaikan masej tentang kehidupan masyarakat teutama sekali golongan wanita.

kerja lakaran dilaksanakan. Erry Arham (2014 : 20) Menghasilkan lakaran adalah suatu yang norma bagi pelukis. Bagi saya, lakaran awal adalah bermula dengan imaginasi yang terhasil dari idea atau isu untuk menghasilkan karya. Seandainya pelukis telah faham dan fasih dengan media yang digunakan, lakaran bukan hanya untuk menghasilkan sketsa atau memvisualkan imaginasi, ia boleh berlaku terus pada karya. Maksudnya melangkau langkah penghasilan karya dengan tidak menghasilkan sketsa tapi terus kepada karya sebenar. Namun begitu, kepentingan sketsa tidak dinafikan. Sketsa adalah cara sistematik yang boleh dijalankan oleh pengkarya sebagai dokumentasi dan perkembangan idea hingga terhasilnya sesebuah karya. Ramai juga pengkarya mempamerkan sketsa mereka malah dijual dengan harga yang tinggi. Di awal pengkaryaan, saya menggunakan akrilik untuk menghasilkan catan. Saya tidak mencampurkan akrilik di atas palet tetapi menggunakannya terus dari tiub. Gabungan warna akan terhasil dengan sendiri di atas kanvas apabila aplikasi teknik glazing digunakan. Namun, saya cenderung untuk mencampur warna putih untuk mendapatkan warna pastel. Untuk sesetengah karya, saya turut menghasilkan kolaj bagi memberi kesan jalinan agar ia menghasilkan penegasan pada catan.

Antara karya yang berinspirasikan taman

Media dan Teknik Kesedaran seni visual yang dituliskan oleh Ahmad Suhaimi dalam bukunya bertajuk Kesedaran Seni Visual di Malaya menyatakan kesedaran-kesedaran manusia merakam dan merekod keadaan atau suasana melalui karya seni. Medium seperti cat air, pensil dan pensil arang antara yang sering digunakan oleh pelukis ketika membuat kerja-kerja dokumentasi. Ia menyentuh perihal kerja-kerja lakaran di lapangan sebagai sebuah bentuk dokumentasi semasa. Di sini imaginasi dilihat pada struktur ketika pelukis merakam suasana dengan kepandaian dan kefasihan bahan ketika 22

Kini saya lebih fokuskan pengkaryaan kepada melukis menggunakan media kering seperti pensil dan arang. Selalunya, saya gunakan teknik cross hatching. Untuk memberi kelainan pada karya, sebelum melukis saya sapukan kanvas dengan pewarna semulajadi dari hampas kopi supaya terdapat kesan-kesan keperangan pada kanvas.

Maksud dan Mesej Seni itu ada bentuk dan isi. Bentuk itu rupa luaran. Isi pula sejumlah idea di belakang bentuk itu. Zakaria Ali (2013 : 14) Merujuk kepada petikan dari buku Kuliah Estetika, jelas dinyatakan bahawa suatu seni itu terhasil bukan hanya secara fizikal tetapi terbentuk juga dari maksud dan masej


yang hendak disampaikan. Karya saya sering berbicara tentang kehidupan dan watak atau kajian utama adalah wanita. Saya memandang wanita sebagai ikon untuk melambangkan kekuatan. Peribahasa Melayu menyatakan bahawa, tangan yang menghayun buaian dapat mengoncang dunia. Maksudnya, walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbang tenaga dan idea untuk membangunkan negara. Siri Kantan yang telah dipamerkan di Pameran Lakar Wanita 2018 di Creative Space, Balai Seni Negara mengangkat kehebatan wanita sebagai isu utama. Kantan merupakan pokok berbunga yang banyak kegunaannya selain rupa dan warnanya yang cantik. Saya ibaratkan wanita seperti kantan, sentiasa memberikan yang terbaik kepada orang sekelilingnya. Tidak pernah berhenti berbakti sebagai isteri, ibu, anak dan macam-macam lagi.

Bukan Cinderella 2018

The Fallen Elephant 2019

Dilema 2018

dengan karya ini, saya menyampaikan cerita dalam bentuk visual. Saya lebih berimaginasi dan menggunakan watak dan imej tertentu untuk menyampaikan maksud. Badak air adalah haiwan yang kelihatan berat dan lembab tetapi hakikatnya ia boleh bertindak ganas sekiranya diancam bahaya. Badak air dalam karya Dilema adalah simbolik kepada wanita. Wanita mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Kejayaan wanita adalah setanding malah lebih dari kemampuan seorang lelaki. Tanggungjawab kepada insan-insan tersayang tidak menghalang dari para wanita terus melebar sayap dan menggapai angan serta cita-cita. Siri Children in the Wonderland lebih kepada cerita tentang ikatan kasih sayang antara ibu dan anak-anak. Menceritakan pengalaman seorang ibu menempuh cabaran membesarkan anak dalam dunia yang penuh dugaan. Saya gunakan kombinasi watak-watak haiwan yang berkarektor dan beraksi. Contohnya anak kucing berkepala lembu dan berkaki itik yang memakai cape seperti super hero. Membayangkan kanak-kanak yang gemar berimaginasi dan ingin jadi apa saja yang mereka mahukan. Mereka bermain untuk meneroka dan merasai kuhidupan. Biarkan mereka mencari dan mencuba asalkan tidak membinasakan masa depan dan pemikiran naif mereka.

Contoh sketsa

Dilema (2018) merupakan karya pertama saya menggunakan watak haiwan dengan gaya surealis. Saya menggunakan badak air sebagai watak utama. Bermula

Selain bercerita tentang kehidupan, saya bangkitkan isuisu masyarakat dengan pendekatan yang lebih sinikal. The Pregnant Elephant merupakan karya yang membangkitkan ketidakadilan gender melalui isu anak luar nikah. Saya cuba membuka minda masyarakat agar tidak menunding jari hanya kepada wanita yang mengandung luar nikah kerana 23


di sebalik kisah hitam mereka pasti ada penyebabnya. Masyarakat sering tidak adil kepada nasib wanita sedangkan banyak kes di mana mereka teraniaya akibat perbuata lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kadangkala, ia berpunca dari keluarga sendiri. Seperti kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi. Saya juga memberi mesej, kekeluargaan, kesetiaan dalam persahabatan, tanggungjawab sebagai insan dalam hidup bermasyarakat dan lain-lain. Namun, saya menggunakan karektor haiwan untuk menyampaikan mesej. Haiwan juga seperti manusia, haiwan hidup berkumpulan, setiap darinya mempunyai watak tersendiri dan haiwan unik sebagai makhluk Tuhan.

The Pregnant Beast (2019) Art Against Aids, White Box, Publika

24

Badak Direndam (2020) Galeri Shah Alam

Bersama Siri Kantan, Pameran Lakar Wanita 2018


HIDAWATI AMIN Saya mula berkarya semasa menjadi pelajar seni halus bermula tahun 1998, karya awal saya beridentitikan kesenian kraf Melayu, batik painting menjadi pilihan. Kenapa batik painting? Semasa belajar lagi kami telah mula dididik tentang identiti diri…. ingat lagi sewaktu kelas Prof Madya, Tuan Hj Yusuf Ghani, Pak Usop panggilan kami, setiap pelajar akan dikerah mencari identiti tersendiri. Bermula dari itu saya memilih pendekatan batik dalam menghasilkan karya. Hingga tamat belajar masih lagi saya membawa identiti batik painting di dalam karya-karya saya.

Tahun 2013, keinginan untuk menghasilan karya mula datang kembali dan saya tercari-cari kembali apa kecintaan untuk saya zahirkan di atas kanvas. Saya mula berpatah balik ke belakang dan membaca semula. Seni Visual bermaksud : satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni. Jadi definisi seni adalah tidak terhad. Dengan kata lain seni visual ialah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh nampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya. (Wikipedia/Seni_tampak) Needlework (Seni Jarum) bermaksud : proses seni atau produk yang beasaskan kerja mengunakan jarum seperti sulaman jarum (needlepoint), tampal cantum (quilting) dan jahitan tamplan campuran (appliqué). Atau pekerjaan seseorang yang mahir menyulam menggunakan jarum, dictionary.com Embroidery can be defined as the decoration of an existing fabric with ornamental stitches. Lucinda Ganderton (2012:10) Machine Embroidery is innovative, quick to work and growing in popularity. Sewing machine have always been used to produce decorative effects, as well as for plain stitching. Lucinda Ganderton (2012 :28)

Hidawati di studio, UiTM Shah Alam

Saya berhenti berkarya sekitar tahun 2006 dan mula menyertai pertandingan seni fashion, menghasilkan rekaan serta produk kraf berasaskan Batik. Di dalam beberapa tahun itu saya giat mereka serta menghasilkan pelbagai baju dan produk kraf seperti tas tangan, perhiasan wanita, diari, permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Kesemua produk yang dihasilkan ini adalah berasaskan batik dan menggunakan teknik jahitan. Pada ketika itu skill jahitan saya semakin baik.

Melalui beberpa kata kunci ini: Seni visual, Needlework, Embroidery dan Machine Embroidery saya mula menyusun langkah dalam penghasilan karya.

Teknik Pada tahun 2014, karya pertama saya adalah siri ‘Kambing Hitam’. Teknik sulaman mesin menjadi pilihan, ianya adalah untuk mencari kelainan dan mencipta identiti diri (pesanan Pak Usop harus ada identiti) dan kebetulan juga saya 25


berlatar belakangkan keluarga yang mahir menjahit, ibu dan kakak saya adalah tukang jahit. Seperti yang saya telah ceritakan, beberapa tahun sebelum serius menghasilkan karya, saya sering menyertai Pertandingan Piala Seri Endon dan Piala Seri Iman. Dalam pertandingan ini saya telah menjahit serta membuat produk kraf dan kumpulan kami beberapa kali memenangi pertandingan ini. Pengalamanpengalaman ini membuatkan saya semakin seronok untuk mengeksplorasi teknik-teknik jahitan serta pelbagai fabrik dan media yang boleh dijahit. Pengalaman manis ini saya kutip dan aplikasikan dalam penghasilan karya pula.

kontemplasi rasa indah yang sedang dialami oleh si subjek (pengalaman personal). Pengalaman serta kenangan ini saya sandarkan di dalam pengkaryaan. Hanya dengan benang dan kanvas eksplorasi demi ekslorasi terus belangsung. Setelah menghasilkan beberapa karya dan mula berpameran, saya didatangi oleh En Azhar Manan (senior artist) dan beliau melemparkan soalan: “Hida, ini karya seni ke kraf? Cuba kau check balik???” Dengan senyuman manis saya di tingalkan dengan persoalan itu, kepala saya mula berfikir. Di pameran-pameran lain juga saya kerap di hujani dengan persoalan dari beberapa rakan serta pengamat seni.. kata-kata seperti “eehh ni painting ke? Ke kraf? Ohh ada ya lukisan pakai jahitan?? Eehh jahit ke?? Laaa ingat pen drawing..” Agak sukar juga pada awalnya untuk saya menjawab. Setelah membuat beberapa bacaan dan rujukan hinggalah bertemu dengan Prinsip Bauhaus. Menurut Gropius dalam Pamplet pameran pada 1919, prinsip Bauhaus yang pertama: No border between artist and craftsmen. Prinsip ini direka bagi mewujudkan kumpulan craftsmen baru, tanpa perbezaan kelas yang dapat menghapuskan perasan sombong antara craftsmen dan artis. Melalui prinsip Bauhaus ini saya menyimpulkan bahawa tiada perbezaan antara kraf dan seni halus. Keduaduanya dihasilkan dari pengamatan keindahan seni atau pengalaman seni dan dengan ketekunan yang tersendiri.

Karya ini mendapat Anugerah Insentif pada Pameran Terbuka Shah Alam 2015 Tajuk : Kambing Hitam Media : Jahitan mesin benang hitam Saiz : 90 x 90cm Tahun : 2015

Menurut Islah Gusmian (2005:78) pengalaman akan keindahan erat di kaitkan dengan tolok ukur: yang memberi kepuasan, berharga pada dirinya sendiri. Akibatnya, estatika tidak lebih daripada kesedaran rasa tertentu. Padahal, sejatinya estatika mengenal dua macam pendekatan, iaitu (1) langsung meneliti keindahan dalam objek-objek atau alam indah atau karya seni; atau (2) menyoroti situasi 26

In this hierarchy of the arts, the distinction between art and craft is not only defined by the materials being used but the intentions behind the work; where it is created, who it is for, and for what purpose. While fine arts are “a public, professional activity,” craft is traditionally practiced in the home and can be defined as “domestic art” (Parker 1998). Melalui pernyataan ini, jelas diperkatakan perbezaan antara seni dan kraf bukan terletak pada bahan atau media yang digunakan, tetapi apakah sebab atau tujuan karya itu dihasilkan dan untuk siapa ia dihasilkan, ini menguatkan lagi kepercayaan teknik yang saya cuba bawa dalam penghasilan karya.


Media Rakyat Malaysia dianggarkan menghasilkan 38,000 tan sisa sampah setiap hari. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan 32.4% sisa adalah sisa yang masih boleh di kitar semula. Antara sisa kitar semula yang dijana selain kertas, besi dan aluminium ianya adalah tekstil. (Sumber: Komposisi Sisa Pepejal Isi Rumah di Malaysia (2012).

Saya bereksperimentasi dengan pelbagai jenis tekstil seperti pakaian, langsir, tudung dan fabrik denim terpakai (saya namakan: unwanted textile). Sumber unwanted textile milik sendiri dan kawan-kawan sekeliling yang menderma pakaian yang mereka tidak gunakan lagi, menjadi media utama. Saya mula mengumpul, mengasing dan memotong pakaian serta jeans terpakai mengikut warna dan jenis fabrik bagi memudahkan proses membentuk subjek serta komposisi dalam karya. Selain dari unwanted textile ini saya juga mula bereksperimen dengan pelbagai guni tepung, guni biji kopi, simen dan beberapa jenis plastik. Kenapa saya mengunakan unwanted textile ini dalam penghasilan karya? Selain dari menyahut seruan kerajaan dengan kempen kitar semula, ia juga demi kelestarian alam sekitar. Saya merasakan inilah sumbangan kecil saya sebagai pengkarya. Kami bukan hanya sekadar menghasilkan karya, tetapi secara tidak langsung dapat mendidik serta menyampaikan mesej perlunya kitar semula, perlunya menyayangi alam sekitar serta ianya juga memberi sentuhan baru pada ‘unwanted textile’ ini melalui media dalam pengkaryaan.

Bahan-bahan hasil seni, Studio UiTM Shah Alam

Setelah berberapa tahun berkarya menggunakan teknik sulam mesin benang, saya cuba pula bereksperimentasi dengan teknik jahitan tampalan campuran (Applique) pada 2018 sehingga kini. “Applique is the simple process of stitching one fabric on to another. The application of fabric, however, takes many forms. It can be purely functional or more highly decorative, and range from patching a worn knee on garment to combining specially chosen materials to produce attractive, soft furnishings for home. The end results can be simply stunning.” Lucinda Ganderton (2014:123) “When we think about waste, we most commonly think of food waste (compostable) and plastic waste (recyclable). But too often we tend to ignore textile and fabric waste, which contributes to about 2 million kilograms of waste per day being dumped into already overflowing landfills.” vulcanpost.com (Jan 2020).

Tajuk : Koi #3 Saiz : 90 x 90 cm Media : Unwanted textile kolaj dan akrilik atas kanvas Tahun: 2018

27


Isu Dalam menghasilkan karya, pelbagai isu yang dibawa. Selalunya saya akan merujuk kepada isu semasa yang sedang hangat diperkatakan pada waktu itu (timeframe). Bermula dengan siri ‘Kambing Hitam’ 2014 sewaktu itu isu kapal terbang MH370 yang hilang dari radar juga MH17 yang di tembak jatuh di Ukraine. Saya cuba menzahirkan mangsa yang tidak bersalah yang lazimnya dilambangkan dengan kambing hitam ‘the innocent lamb’. Seterusnya pada tahun 2016 saya melakar ikan-ikan yang di rujuk melalui pepatah Melayu, Imej-imej ikan siakap, ikan duri juga gelama dizahirkan di dalam karya. Siakap Senohong, Gelama ikan Duri bercakap bohong, lama-lama jadi pencuri Tajuk : Berjuang Saiz : 30 x 21 cm Media : Unwanted textile kolaj, jahitan atas face mask Tahun: 2020

Dalam siri ikan ini: karya ‘siakap senohong’ digambarkan ikan besar cuba menguasai ikan kecil atau ikan kecil cuba untuk mendapat habuan dari ikan besar. Ini adalah penceritaan tentang ‘kuasa’ pemimpin dan kesinambungan dari pepatah bercakap bohong lama-lama jadi pencuri. 2018 saya mencuba komposisi landskap air pula, masih lagi dengan teknik jahitan kini campuran warna akrilik digunakan. Kali ini subjek koi dan teratai mewakili isu kehidupan seharian. Koi yang sinonim dengan cerita pembawa nasib yang baik, ia juga dikatakan membawa keberuntungan dan simbol seseorang yang berkerja keras untuk memperbaiki diri. Teratai pula bunga yang cantik, tetapi hidup di paya yang berlumpur. Kedua subjek ini saya lakarkan pada kanvas dengan komposisi lanskap air. Pada tahun 2018 juga saya cuba menghasilkan beberapa karya gaya naif. Kenangan melawat Kundasang saya jadikan tema dalam gaya naif ini. Saya agak gembira dengan gaya naif ini, kerana saya mula menggunakan pelbagai tekstur fabrik berwarna-warni dalam karya. Hingga kini, saya masih lagi membawa isu perjuangan (koi), isu wanita (kambing dan bunga) isu sayangi bumi, kitar semula dan yang terbaharu saya menghasilkan karya yang bertemakan Covid-19. Betapa murung dan sesaknya hidup terkurung berbulan di rumah. Isu dan tema-tema ini sering saya gunakan dalam penghasilan karya hingga kini. Sentuhan gaya naif juga masih lagi saya kekalkan dalam beberapa karya ianya bergantung pada tema dan isu yang hendak saya sampaikan.

Rujukan Artis Dalam menghasilkan karya saya sering merujuk kepada beberapa artist seperti Ghada Amer artis yang mengunakan teknik jahitan, beliau lahir di Kahera dan kini menetap di Paris. Nike Schroeder, artis sulaman dari Berlin dan Helen Geglio dari Indiana, beliau menggunakan teknik jahitan, sulaman serta teknik tampalan campuran.

28


ELLIZA HASHIM Saya Minat Seni Saya masih ingat lagi semasa saya masih kecil, saya sangat suka bila abang saya mengajar saya cara-cara membuat lukisan menggunakan dakwat Cina. Memori itu selalu dan berulangkali saya ingat di dalam kotak fikiran saya kerana ia merupakan antara pengalaman yang paling awal dan penuh dengan perasaan yang gembira apabila saya melihat bagaimana benda-benda yang sangat mudah seperti air, kertas, berus dan dakwat hitam berupaya melahirkan visualvisual yang menarik dan di luar jangkaan imaginasi seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Saya amat terpegun melihat tona warna hitam yang diperolehi daripada hasil campuran air dan dakwat itu berupaya memberi ilusi jarak bila kita tahu cara-cara mengawal kepekatan dakwat itu. Ia merupakan perkara yang sangat menakjubkan yang diajar oleh seorang abang kepada adiknya. Itu adalah peristiwa yang menjadi penentu buat saya, bukan hanya sekadar pertemuan seni yang random. Tetapi merupakan detik ikatan antara dua beradik. Semasa itu abang saya yang merupakan pelajar seni reka grafik di ITM Dungun, Terengganu, menjadi idola saya. Beliau adalah sumber pengetahuan dan rujukan saya tentang seni, seorang yang saya anggap genius dalam apa sahaja yang berkaitan dengan seni visual (tampak), dan beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab membuat saya berminat dengan apa-apa yang berkaitan dengan seni. Pada ketika itu, seni bukan sahaja suatu aktiviti yang biasa dibuat oleh seorang kanak-kanak di waktu lapang, tetapi alasan yang menggembirakan untuk saya menghabiskan masa bersama abang saya. Di situ lah bermulanya seni menjadi seperti darah dan daging buat saya. Pada saya jika seseorang bertanya kepada saya MENGAPA saya memilih seni? Jawapan saya, “Kerana ia membawa saya kembali ke kenangan yang indah. ” Kenangan bersama ibu saya yang terus menerus menjadi inspirasi saya berkarya. Kenangan yang begitu istimewa, dikongsi bersama individu-

individu yang juga pernah menjadi guru, kawan, rakan sekerja dan yang paling penting, jodoh saya yang juga merupakan mentor saya di dalam kerjaya saya di bidang akademik. Setiap karya seni yang saya lakukan atau hasilkan, adalah merupakan kenangan bersama individu-individu ini. Karya seni saya seringkali menggamit pertemuan atau mengingati semula masa yang diluangkan bersama, atau perbualan singkat dengan individu yang memberi inspirasi kepada saya secara spontan, membuat saya merasai perasaan bahagia, membantu saya melalui masa yang sukar, atau mengingati perbualan bersahaja bersama individu yang saya tidak kenali dengan rapat tetapi mempunyai perasaan ingin tahu seperti saya, di dalam menjalani perjalanan hidup yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesusahan, kepuasan dan juga kadang kala tragedi yang amat menyedihkan.

Blooming Lily, Pameran WAE @ PeRUPA, 2015

Seni adalah merupakan CARA saya meluahkan perasaan dan berkomunikasi. Dan untuk beberapa ketika juga, seni adalah suatu cara untuk saya memahami serta menganalisa apa yang berlaku di sekeliling saya. Seperti anak-anak seni yang lain, saya sangat sensitif dengan apa 29


yang berlaku di dalam kehidupan harian yang saya lalui. Dahulu, saya sering menganggap perasaan sensitif itu adalah satu beban yang terlalu beremosi, tetapi apabila umur saya semakin meningkat, saya mula memahami bahawa perasaan yang sensitif itu adalah karektor yang semulajadi dalam individu yang meminati seni.

“The realization that creating art can gives you such happiness was overwhelming and intoxicates you with utter satisfaction! And those elements give you the inner strength, confidence and self esteem that you have beenn seeking for a very long time. Thus, you became grateful indeed with the talent and people who taught and inspire you to be who you truly are.”

“Art is the communication of feelings from artist to viewer through certain external signs artist are people inspired by emotional experiences. Using their skills with words, paint, music, movement, etc to embody their emotions in a work of art with a view to stimulate the same emotion in an audience”, (Tolstoy, 1897)

Saya mula melakar idola-idola saya dan melukis portret, menggunakan media-media yang mudah di dapati seperti pensil warna dan ‘magic pen’. Saya sungguh bernasib baik kerana abang dan kakak saya juga berkecimpung di dalam bidang seni reka, dan mereka banyak mendorong serta memperkenalkan kepada saya tentang apakah itu pendidikan formal yang seni serta berkongsi dengan rujukan-rujukan dan hampir semua perkara yang berkaitan dengan industri seni dan reka bentuk. Ketika itulah saya mula terpesona dengan industri fesyen. Sudah jelas dan nyata bahawa impian saya untuk mempelajari seni dan rekaan di dalam bidang fesyen secara formal, dan perjalanan mendekati seni rekaan dengan serius bermula di Kajian Seni Lukis & Seni Reka, Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Saya rasa sangat bangga dan bertuah dididik oleh Allahyarham Prof. Madya Mohamad Najib Nor dan Prof. Madya Kalsom Muda yang juga merupakan artis seni fiber yang tersohor di Jabatan Seni Reka Fesyen, (1989-1992). Saya juga sangat bertuah diberikan peluang berguru dengan pensyarah

Seni sebagai bidang profesional Semasa remaja saya menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di sekolah dan melakukan perkara-perkara seperti aktiviti sukan, nyanyian, drama dan membaca novel remaja Sweet Dreams yang tidak pernah masuk akal bagi saya. Ibu bapa saya, seperti ibu bapa yang lain pada tahun 1980-an, berusaha untuk membesarkan 3 anak perempuan remaja dan dari perspektif saya, untuk mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik adalah satu tanggungjawab yang amat berat dan membebankan, (Saya belajar di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Klang 1983 -1988), dan seni menjadi solusi untuk saya cemerlang di dalam bidang yang sangat saya minati. Dan dari aktiviti seni yang menggembirakan itu, ia banyak membantu saya di dalam mata pelajaran akademik saya yang lain. Dan dengan bakat dan kemahiran yang saya perolehi di peringkat sekolah, sedikit sebanyak ia menjadi suatu motivasi untuk saya berusaha merealisasikan impian saya menjadi seorang yang berkecimpung di dalam industri seni. Dari apa yang bermula sebagai minat yang kecil, menjadi suatu obsesi. Saya akan mencoret-coret dan membuat lakaran pada kertas, buku latihan atau ruang kosong di buku teks saya, dan saya akan merasa bahawa saya memiliki sesuatu yang sangat menggembirakan diri saya tanpa bergantung mendapatkannya dari orang lain. Saya menjadi percaya pada keupayaan saya. 30

Shy I & II, Imago Mundi, Singapore, 2017

seperti Yusof Ghani, Tajalli Abdullah, Josepth Tan, Prof. Madya Jalaini Abu Hassan, Prof. Madya Mohamad Khalil Amran, Prof Dr. Muliyadi Mahamood, Prof. Dr. Dzul Haimi dan rakan-


rakan setugas seperti Prof. Madya Zaleha Shaari, Prof. Madya Zaharah Osman, Prof. Dr. Norwani Md Nawawi, Allahyarham Prof. Madya Sulaiman Abdul Ghani, Prof. Madya Alias ​​Yusoff, Prof. Madya Ramlan Abu Hassan, Prof. Madya Awang Damit dan Allahyarhamah Fadhilah Abdullah. Nama-nama yang disebutkan itu adalah ahli akademik terkenal yang juga seniman tanahair yang banyak memberi inspirasi dan semangat kepada saya di dalam perjalanan saya menjadi seorang seniman. Saya bekerja di industri fesyen selama beberapa tahun setelah tamat pengajian Sarjana Muda, dan fesyen bukanlah satu-satunya bidang yang saya minati. Saya memperoleh kemahiran baru di dalam grafik berkomputer dan ditawarkan untuk mengajar di Jabatan Reka Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (1999) sejurus kembalinya saya dari pengajian Sarjana di Staffordshire University, United Kingdom (1995-1999). Saya mula diperkenalkan dengan bentuk seni yang berbeza serta mulai mempelajari tentang dunia seni tekstil yang indah, kaya dengan sejarahnya, proses-proses pembuatan yang sangat rumit, cara-cara pengeluaran yang sofistikated dan yang paling mengagumkan, tekstil warisan Melayu. Dunia akademik dari pelbagai bidang seni membuka peluang kepada saya untuk mempelajari dan mengamati seni dari pelbagai sudut, terutama sekali bagaimana menghargai hasil seni itu sendiri. Tugas saya sebagai pensyarah di bidang seni telah meluaskan apresiasi, inspirasi dan rujukan serta minat saya untuk mencipta karya seni yang ekspresif dan saya mula berjinak menggunakan pelbagai media dan teknik. Dengan latar belakang fesyen yang sedia ada, saya amat meminati melukis tokoh-tokoh terkenal dari industri fesyen dan ikon-ikon dari industri muzik dan perfileman. Saya begitu asyik dengan kecantikan fizikal mereka, tenaga dan peranan mereka di dalam bidang yang mereka ceburi. Latar belakang saya membesar di bandar adalah pengaruh utama saya dalam melahirkan kerja-kerja seni saya dan di sepanjang tahun-tahun awal perjalanan saya dalam bidang seni ini, saya sering merujuk kepada the pop culture dan urban culture. Karya Shy I & II yang dipamerkan di pameran antarabangsa Imogo Mundi di Singapura (2017), merujuk kepada wanita-

wanita muda dari pelbagai latarbelakang masyarakat yang bersifat khuatir (apprehensive) terhadap kehidupan di bandar besar. Warna yang kontras mewakili perbezaan pendapat dan latarbelakang, dan kolaj-kolaj tekstil adalah corak kehidupan yang dilalui oleh wanita-wanita muda menempuhi alam dewasa yang penuh dengan cabaran yang selalunya di luar jangkaan. Jahitan benang yang mudah menjadi simbolik seperti langkah-langkah dari pelbagai sudut di dalam perjalanan hidup yang adakalanya tiada menjanjikan sesuatu yang jelas. Visual mata yang tajam merenung audien adalah tamparan kepada pemerhati lukisan sendiri untuk menilai perasaan sesorang yang tidak pasti akan peranannya di dalam kehidupan yang mencabar di zaman ini.

Behind The Veil, Simpanan Galeri Shah Alam, 2015

Karya Seni Saya Antara hasil karya awal saya, ‘Blooming Lily’ (2015), saya menggunakan media akrilik di atas kanvas dan mula memahami bagaimana melahirkan imej dan visual yang lebih grafik dan ekspresif dengan media tersebut. Saya mula bermain dengan ide berkomunikasi melalui interpretasi saya tentang kecantikan wanita itu secara universal. Saya mula memperkenalkan stail saya yang suka menggunakan warnawarna yang terang dan kontras. Warna memainkan peranan 31


yang sangat penting di setiap lukisan atau bentuk hasil karya saya kerana saya melihat warna itu mempunya maksud dan mesej yang tersendiri. Saya sangat terdorong untuk menghargai karya hebat Frida Kahlo, dan artis dan ilustrator fesyen seperti Gustav Klimnt, Paul Gaugin, Rene Gruau, Erte, George Barbier, Antonio Lopez dan Patrick Nagel. Mereka merupakan lagenda dalam hak mereka sendiri, menciptakan gaya dan stail yang menjadi rujukan oleh begitu ramai pelajar, ahli akademik, pereka dan profesional dari pelbagai industri seni dari seluruh dunia. Karya dan lukisan mereka adalah ikonik, dan mempengaruhi generasi artis baru dari setiap bidang, peringkat dan genre. Karya saya ‘Behind the Veil’, merupakan suatu experimentasi saya menggabungkan kesemua elemen yang saya minati iaitu imej wanita yang bersifat mysterious, penggunaan warna-warna yang terang merujuk kepada stail ‘pop art’ dan elemen rekacorak tekstil. Saya suka bermain dengan ide bagaimana sesorang itu melihat kecantikan jika ia ditafsirkan berbeza dari sudut

pandangan yang normal. Bagi saya, setiap unsur di dalam lukisan ini tidak jelas dan ia membuat audien tertanya-tanya apakah yang tersirat daripada olahan wajah yang putih tidak berwarna, rambut yang berwarna merah dan mata yang berwarna keemasan. Karya ini merupakan karya seni bersaiz besar yang pertama saya hasilkan dan di pamerkan di Pameran Terbuka Galeri Shah Alam pada tahun 2015.

Innocence, Lakar Wanita, Balai Seni Negara, 2018 Lacewing Lady, LW 2016

Wings of Envy, LW 2016

32

I Want To Fly, LW 2016

When Trust Is Disturbed, LW 2016

Sekitar tahun 2015 sehingga 2018 saya banyak menghasilkan lukisan-lukisan yang bersubjekkan portret-portret wanita yang penuh emosi. Mengimbas kembali pengalaman saya sebagai wanita berkarier dan tugas saya sebagai isteri dan ibu, kehidupan saya diwarnai dengan pelbagai pengalaman yang melahirkan emosi-emosi yang mencabar di kala gembira dan juga sedih. Saya selalu berpegang kepada pendapat “an artist needs to express her/his feelings”!. Saya zahirkan perasaan itu melalui representasi visual di atas kanvas. Ada masanya saya cuba menyelitkan makna-makna yang simbolik melalui pemilihan adaptasi binatang terpilih seperti rama-rama dan burung. Kerana


pada pandangan saya, setiap wanita itu mewakili pelbagai karektor alam semulajadi di sekeliling seperti dari alam flora dan fauna dan binatang. Bunga-bunga yang berwarnawarni simbolik kepada kebahagian dan keceriaan, seperti juga rama-rama dengan pelbagai corak dan warna berterbangan dengan sayapnya bangga bercorak dengan sangat indah. Ia selalu digambarkan apabila seseorang itu mencapai suatu klimaks perasaan seperti euphoria. Perasaan seperti berterbangan tanpa tujuan juga kerap di rasai seperti di alam mimpi, di mana saya sering menggambarkan melalui sapuan berus yang terkawal seperti hasil karya hebat Prof. Madya Awang Damit, dan diolah di dalam komposisi dan rentak gaya surelist. Saya suka menggambarkan perasaan saya, seperti berada di alam mimpi yang tiada penerangan yang jelas dan ‘full of surprises’!. Di situ saya melihat, hasil karya saya lebih menimbulkan tanda tanya dari menjawab kepada suatu persoalan.

iaitu dari spesis burung terancam Penguin di dalam saya menzahirkan kebimbangan saya tentang isu pemanasan global yang hangat dibicarakan ketika itu. Maka terhasillah lukisan-lukisan yang menyentuh perasaan bimbang yang saya alami melalui luahan imej dan penggayaan semi abstrak di dalam representasi imej wanita dan burung Penguin. Pengalaman mengajar di Jabatan Seni Reka Tekstil, UiTM Shah Alam banyak mempengaruhi saya melahirkan hasil seni yang bersifat exploratif dan mempunyai elemen dekoratif seperti lakaran bunga, corak-corak, seni tampalan, kolaj dan sulaman-sulaman benang. Saya juga mula meminati membuat eksplorasi anyaman, dipengaruhi dari pengamatan hasil-hasil kerja pelajar seni reka tekstil yang begitu rumit dan berwarna-warni. Saya melihat trajektori kehidupan saya sebagai penggiat seni ini sebagai suatu perjalanan yang tiada penghujungnya. Jadi saya

Eksplorasi anyaman menggunakan riben fabrik, 2018

Secara peribadi, seni itu adalah satu bentuk terapi dan motivasi untuk diri saya melakukan kerja-kerja yang kreatif ia juga berupaya mencabar keupayaan saya berkomunikasi secara visual bersama audien, dan berfikir serta menilai sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling secara intelek. Saya suka melukis gambaran semi abstrak portret wanita yang berfokuskan pada pandangan tajam matanya. Kerana pada saya, ia adalah titik punca untuk menyelami perasaan seseorang. Di dalam memilih subjek untuk karya Lakar Wanita 2018, saya sekali lagi memilih alam binatang

Woven Memories of the Paddy Fields, Langkawi Art Bienalle, 2016

membenarkan diri saya untuk sentiasa menceburi pelbagai bidang dan platfom seni, dan melihat sendiri sejauh mana saya mampu menghayati dan menghasilkan karya-karya yang berlandaskan pendekatan terhadap platfom seni tenunan ini. Walaupun saya berhadapan dengan kemahiran yang agak terhad, saya cuba membuat anyaman yang memberikan hasil seakan-akan tenunan kain tradisi Melayu seperti kain pelikat. Secara teknikalnya, proses penghasilan 33


kain tenun adalah sangat rumit dan mengambil masa yang agak lama. Jadi saya mula membuat eksplorasi anyaman kreatif yang hasilnya akan menyerupai tenunan yang rumit. Untuk menhasilkan hasil karya itu,  saya  membuat eksperimentasi menggunakan riben-riben yang diperbuat dari fabrik pelbagai saiz dan jenis. Oleh kerana saya menggunakan riben fabrik dari jenis organza, pertindihan di antara riben-riben itu memberikan kesan warna yang pelbagai justeru mencetuskan warna-warna yang baharu. Saya melihat hasil dari pertindihan warna itu sebagai suatu hasil yang menggembirakan kerana warna-warna yang terhasil selalunya di luar jangkaan saya. Setiap susunan riben itu menghasilkan tekstur visual yang berbeza-beza berpandukan susun atur yang konsisten dan di rancang. Oleh itu, pendekatan ini memberi suatu hasil yang di luar jangkaan saya, berbeza dengan pendekatan melukis di atas kanvas sebelum ini di mana setiap sapuan berus dan campuran warna-warna akrilik itu adalah kawalan maksima dari saya. Minat saya di dalam bidang lukisan menggunakan media akrilik masih saya teruskan melalui pemilihan subjek-subjek seperti bunga-bungaan dan lanskap. Titik permulaan yang menyatukan kolaborasi antara lukisan dan anyaman bermula dari jemputan Galeri Shah Alam untuk mewakili galeri bersama 9 pelukis tanahair ke International Art Bienalle Langkawi, Kedah, pada tahun 2016. Saya menghasilkan tiga lukisan dan dua daripanya saya hasilkan dengan mengaplikasikan kolaborasi dua teknik yang berbeza itu di atas kanvas. Keindahan alam semulajadi dan sawah bendang di Pulau Langkawi menjadi sumber inspirasi dan rujukan saya melakar lukisan menggunakan imaginasi dan penghayatan saya terhadap kecantikan kehidupan desa dan alam semulajadi di situ. Saya bermain dengan simbol dan motif songket tradisi negeri Kedah serta warna-warna yang mengingatkan saya tentang masyarakat desa dan keindahan di pulau lagenda itu. Sehingga kini, saya masih lagi menghasilkan karya berbentuk lukisan catan menggunakan media akrilik. Namun, saya lebih teruja membuat eksplorasi anyaman kreatif menggunakan 34

fabrik, riben dan media bebas. Inspirasi dan rujukan saya lebih meluas, dan saya juga suka mengimbas kembali kepada pengalaman saya melancong ke luar negara. Saya mudah terpengaruh dengan kehebatan alam semulajadi seperti lawatan saya ke pergunungan Karakoram di Pakistan, dan juga melihat keunikan arkitektur bangunan-bangunan yang hebat di Singapura, Hong Kong dan England. Justeru, gabungan daripada apa yang saya lihat dan alami di sekeliling saya akan mempengaruhi pemilihan subjek, media, platfom, teknik dan mesej yang hendak saya sampaikan di dalam hasil karya saya. Banyak lagi yang perlu saya pelajari, dan ramai individu di dalam kehidupan saya yang menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk saya meneruskan semangat dan cinta saya terhadap seni.

LakarWanita, CMT Gallery, 2018

LakarWanita, Balai Seni Negara, 2018


Karya Artis

35


Zurin Shaari “Pada saya, seni adalah kupasan jiwa yang lahir dari pemerhatian peribadi sebagai seorang isteri, ibu, anak dan individu yang menyaksikan pelbagai ragam dan seloka dalam kehidupan. Mencoret warna serta garis-garis atas kanvas adalah cara saya menggambarkan apa yang saya faham, alami dan perhati. Karya-karya saya merupakan penceritaan yang boleh menjadi bahan rujukan visual serta papan cerita untuk tatapan masyarakat.”

Tajuk Saiz Media Tahun

36

: Kancil dan Buaya : 90 cm x 120 cm : Media campuran atas kanvas : 2020


Tajuk Saiz Media Tahun

: Children In The Wonderland: Mummy’s Womb and Dream : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2019

37


Tajuk Saiz Media Tahun

38

: The Crying Elephant : 150 cm x 155 cm : Pensil dan arang atas kanvas : 2020


Tajuk Saiz Media Tahun

: The Fallen Elephant : 150 cm x 155 cm : Pensil dan arang atas kanvas : 2020

39


Tajuk Saiz Media Tahun

40

: Walking in The Garden : 60 cm x 60 cm : Media campuran atas kanvas : 2018


Tajuk Saiz Media Tahun

: Butterhippo in The Garden : 60 cm x 60 cm : Media campuran atas kanvas : 2019

41


Tajuk Saiz Media Tahun

Tajuk Saiz Media Tahun

42

: Bukan Cinderella : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2018

: Hippo on Ladybug : 60 cm x 60 cm : Media campuran atas kanvas : 2018


Tajuk Saiz Media Tahun

Tajuk Saiz Media Tahun

: Dilemma I : 30 cm x 30 cm : Media campuran atas kanvas : 2018

: Dilemma II : 30 cm x 30 cm : Media campuran atas kanvas : 2018

43


Tajuk Saiz Media Tahun

44

: Don’t Leave Me : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2018


Tajuk Saiz Media Tahun

: Love Unconditonally : 60 cm x 60 cm : Media campuran atas kanvas : 2018

45


Tajuk Saiz Media Tahun

46

: Fancy Diary : Soring Cleaning : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2010


Tajuk Saiz Media Tahun

: Impi dan Mimpi : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2016

47


Hidawati Amin “Berkarya adalah keinginan tingkat yang paling tinggi dalam hidup saya dan menjahit pula adalah kesukaan saya. Kedua-dua ini menjadi terapi buat saya. Saya bereksperimentasi dengan pelbagai jenis jahitan serta tekstil terpakai seperti pakaian, langsir, tudung, fabrik denim juga guni. Ianya bagi memperlihatkan perbezaan media dalam karya demi kelestarian alam sekitar.”

Tajuk Saiz Media Tahun

48

: #stayathome : 92 cm x 147 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2020


Tajuk Saiz Media Tahun

: Kg Bahagia : 99 cm x 138 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2019

49


50

Tajuk Saiz Media Tahun

: Kundasang 1 : 46 cm x 46 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2018

Tajuk Saiz Media Tahun

: Kundasang 2 : 46 cm x 46 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2018

Tajuk Saiz Media Tahun

: Kundasang 3 : 46 cm x 46 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2018

Tajuk Saiz Media Tahun

: Kundasang 4 : 46 cm x 46 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2018


Tajuk Saiz Media tahun

: The Flower of Hope : 90 cm x 80 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2019

51


Tajuk Saiz Media tahun

52

: Kambing Hitam 3 : 82 cm x 82 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2015


Tajuk Saiz Media Tahun

Tajuk Saiz Media Tahun

: Brown Kebaya : 60 cm x 60 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2019

: Bull’s Eye : 100 cm x 65 cm : Jahitan atas kanvas : 2017

53


Tajuk Saiz Media Tahun

54

: Ruang Ke 2 : 90 cm x 90 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2020


Tajuk Saiz Media Tahun

: Taman : 92 cm x 92 cm : Kolaj tekstil dan jahitan atas kanvas : 2016

55


Tajuk Saiz Media Tahun

56

: Babaa Black Sheep 1 : 30 cm x 30 cm : Jahitan atas kanvas : 2018


Tajuk Saiz Media Tahun

: Babaa Black Sheep 2 : 30 cm x 30 cm : Jahitan atas kanvas : 2018

57


Elliza Hashim “Hasil seni saya merupakan suatu luahan peribadi di dalam memahami apakah yang berlaku di sekeliling saya. Warna, tekstura, bentuk dan budaya kehidupan masyarakat memainkan peranan yang penting di dalam rujukan visual. Dari garisan-garisan yang terbentuk di alam semulajadi dan keunikan bangunanbangunan hebat yang dihasilkan oleh manusia menjadi inspirasi saya di dalam karier sebagai tenaga pengajar dan juga penggiat seni.”

58

Atas Tajuk Saiz Media Tahun

: Kita Sama-sama : 90 cm x 110 cm : Fabrik dan media campuran : 2019

Kanan Tajuk Saiz Media Tahun

: Mimpi Tenun Hujan I : 90 cm x 90 cm : Fabrik dan media campuran : 2020


59


Tajuk Saiz Media Tahun

60

: Bunga Seroja : 40 cm x 60 cm : Fabrik dan media campuran : 2019


Tajuk Saiz Media Tahun

: Menenun Rindu : 60 cm x 60 cm : Fabrik dan media campuran : 2018

61


Tajuk Saiz Media Tahun

Tajuk Saiz Media Tahun

62

: Mimpi Tenun Berkilau I : 46 cm x 56 cm : Fabrik dan media campuran : 2017

: Jiwa Meronta COVID-19 I : 30 cm x 30 cm : Fabrik dan media campuran : 2020

Tajuk Saiz Media Tahun

: Mimpi Tenun Berkilau II : 46 cm x 56 cm : Fabrik dan media campuran : 2017

Tajuk Saiz Media Tahun

: Jiwa Meronta COVID-19 II : 30 cm x 30 cm : Fabrik dan media campuran : 2020


Tajuk Saiz Media Tahun

Tajuk Saiz Media Tahun

: Woven Memories of the Sea : 60 cm x 90 cm : Fabrik dan media campuran : 2016

: Woven memories of the Paddy Fields : 60 cm x 90 cm : Fabrik dan media campuran : 2016

63


Tajuk Saiz Media Tahun

64

: Anyaman Mimpi I : 40 cm x 60 cm : Fabrik dan media campuran : 2018

Tajuk Saiz Media Tahun

: Anyaman Mimpi II : 40 cm x 60 cm : Fabrik dan media campuran : 2018


Tajuk Saiz Media Tahun

: Anyaman Mimpi III : 40 cm x 60 cm : Fabrik dan media campuran : 2018

Tajuk Saiz Media Tahun

: Anyaman Mimpi IV : 40 cm x 60 cm : Fabrik dan media campuran : 2018

65


Tajuk Saiz Media Tahun

66

: Mari Menari : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2017


Tajuk Saiz Media Tahun

: Love Frida in Batik : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2020

67


Tajuk Saiz Media Tahun

68

: Pride : 90 cm x 120 cm : Media campuran atas kanvas : 2015


Tajuk Saiz Media Tahun

: Tears of Joy : 90 cm x 90 cm : Media campuran atas kanvas : 2016

69


Karya Protégé | Anak Didik Melentur buluh biar dari rebungnya. Bidalan yang seiring dengan usaha Lakar Wanita dengan membawa sebanyak 15 karya protégé / anak didik yang sebahagian besarnya menghasilkan karya mengikut pendekatan pelukis mentor masing-masing. Penglibatan semua protégé ini merupakan pendedahan kepada mereka supaya ia menjadi langkah awal untuk mereka membina minat dan keyakinan agar terus berkarya di masa hadapan. Semua hasil karya yang dihasilkan oleh Protege di dalam tahun 2020.

Protégé Tajuk Saiz Media

70

: Ardyni Suraiya bt Abu Zaki, 12 tahun : Best Friend Forever I : 60 cm x 60 cm : Akrilik atas kanvas

Protégé Tajuk Saiz Media

: Ardyni Suraiya bt Abu Zaki, 12 tahun : Best Friend Forever II : 30 cm x 30 cm : Akrilik atas kanvas


Protégé Tajuk Saiz Media

Protégé Tajuk Saiz Media

: Zahin bin Fariz Azmir, 12 tahun : Cat : 30 cm x 30 cm : Akrilik atas kanvas

Protégé Tajuk Saiz Media

: Iman Daniaa bt Shamsul, 13 tahun : Tupat the Cat : 30 cm x 30 cm : Akrilik atas kanvas

: Fahad bin Fariz Azmir, tahun : Penguin : 30 cm x 30 cm : Akrilik atas kanvas

Protégé Tajuk Saiz Media

: Hud Zaganos bin Fariz Azmir, 7 tahun : Bird : 30 cm x 30 cm : Akrilik atas kanvas

71


Protégé Tajuk Saiz Media

Protégé Tajuk Saiz Media

72

: Cinta Qaseh Ryana bt Nor Jefri, 12 tahun : Bestie I : 29.7 cm x 42 cm : Media campuran atas kanvas

Protégé Tajuk Saiz Media

: Cleeve Axile Vermol, 9 tahun : Monkey in the Jungle 1 : 15.5 cm x 23 cm : Akrilik atas kanvas

: Cinta Qaseh Ryana bt Nor Jefri, 12 tahun : Bestie II : 29.7 cm x 42 cm : Media campuran atas kanvas


Protégé Tajuk Saiz Media

: Amni Umairah bt Mohamed Hazzri, 12 tahun : Mug : 29.7 cm x 42 cm : Arang atas kertas

Protégé Tajuk Saiz Media

: Cleeve Axile Vermol, 9 tahun : Monkey in the Jungle 2 : 15.5 cm x 23 cm : Akrilik atas kanvas

73


74

Protégé Tajuk Saiz Media

: Irdina Safiyyah bt Idi Fuszalin, 17 tahun : Garden : 29.7 cm x 42 cm : Media campuran atas kanvas

Protégé Tajuk Saiz Media

: Cahaya Indah bt Nor Jefri, 5 tahun : Sparkling Ocean : 29.7 cm x 21 cm : Media campuran atas kanvas


Protégé : Mirrah Qistina Mohd Zafrullah Tajuk : Da Virus... Attact... Day & Night Defend by : Frontlines of Covid-19 Saiz : 70 cm x 122 cm Media : Multimedia Digital Animation

Protégé Tajuk Saiz Media

: Mirrah Qistina Mohd Zafrullah : Wan Wan Expression towards E-sport : 30 cm x 42 cm : Digital Multimedia

75


Biodata Artis

76


Zurin Shaari Tempat Lahir Pahang Email zurin_ms@hotmail.com Telefon 016-9419433 IG https://www.instagram.com/zuriatishaari/ Pendidikan Master of Fine Art and Design University of Tasmania, Australia Bachelor Degree in Art & Design (Majoring Textile) UiTM Shah Alam, Malaysia Pameran 2020 • Lakar Wanita 2020, Retrospective, CMT Hub, UiTM Shah Alam • JICAF Virtual Exhibition, ISI, Jogjakarta, Indonesia • IVAE 2020 Online Exhibition, UiTM Kedah • Waste to Create Online Exhibition 2020, • Eco Aware Art Gallery, India(Organiser) • AAA Karex Exhibition, Segaris, Publika • GSA Open 2020, Shah Alam Gallery • Traversing 175 Exhibition, Prima Gallery, KL • Pameran SATU, Galeri Shah Alam • 2020 International Women’s Day Art Exhibition, Aterlier Gallery, Seri Kembangan 2019 •11th Asia Fiber Art Exhibition and Symposium, National Art Gallery, KL • ILHAM Exhibition, Galeri Prima, KL • Rona Merdeka 02, Artic Gallery , Kuantan • Synergsm MY-PH 2019, Island Gallery, Pulau Penang • 30 Women Artist Exhibition, Aterlier Gallery, Seri Kembangan • RONAism, Galeri Shah Alam • Wanita Inspirasiku, Hotel Primera, KL • Pameran Seni & Budaya, Galeri UiTM Kedah • Ingenious Soul, Galeri Prima, NSTP, Bangsar • Spring is Coming Exhibition, Hotel Hulo & Gallery 2018 • Synergsm MY-PH 2018, Robinson Galleria, Philippine

• Open Show Shah Alam, Shah Alam Gallery • Arts Against AIDS Exhibition, White Box, Publika • Lakar Wanita Tour 2018, CMT Hub, UiTM Shah Alam • Piala Seri Endon, Third prize of Craft Category, KLCC Convention Centre, KL • Rona Merdeka, Balai Seni Lukis Bandaraya Melaka • Blossom, Ab Exhibition of Malaysian Art Group, Li Chi Mao Art Museum, KL • International Art Exhibition ARCADESA#2, Creative Media Hub, UiTM Shah Alam • Lakar Wanita 2018, Creative Space, BSN KL • Pameran 21, Galeri ASWARA, KL • Imago Mundi Exhibition, Hulo Gallery, KL • Imago Mundi Exhibition, Sunrise Gallery, Fairmont Hotel, Jakarta • Wang Wang Exhibition, Putera Creative Space, Kajang • Wang Wang Exhibition, Island Gallery, Penang • Pameran BonDa, Balai Seni Negara, KL 2017 • Solo Exhibition inconjunction with Ilmu, Akar, Budi Book Launching, Galeri ASWARA, KL • Lakar Wanita Art Tour, Galeri ASWARA, KL 2016 • Lakar Wanita 2016, Galeri Shah Alam, Shah Alam • Citra Wanita Exhibition Galeri ASWARA, KL • KIWA Exhibition Kyoto Municiple Museum,Kyoto, Japan 2015 • 1MCAT Art Exhibition, BSVN, KL • LAVAA Gallery, Pulau Langkawi • 2015 Open Exhibition Shah Alam Gallery, Selangor

77


Elliza Hashim Tempat Lahir Selangor Email elliza_al@yahoo.com Telefon 019-2525171 IG https://www.instagram.com/ellihashim/ Website https://www.facebook.com/ellizahashimartjourney/ Pendidikan MA Computing in Design, Staffordshire University, Stoke-on-Trent, Staffordshire, UK Dip. in Art & Design (Fashion Design), ITM, Shah Alam Pameran 2020 • Pameran Lakar Wanita 2020: Retrospektif, CMT HUB, UiTM Shah Alam • 2020 International Women’s Day Art Exhibition Atelier 11, Seri Kembangan Selangor • Pameran #KitajagaKita, KL City Art Galeri Kuala Lumpur • Pameran Satu, Perupa, Galeri Seni Shah Alam • Pameran Duality, Galeri Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2019 •1th Asia Fiber Art Exhibition and Symposium, National Art Gallery, KL • Spring is Coming Exhibition, Hotel Hulo & Gallery • WOMEN, The Ledge Gallery, One Utama, Damansara, Selangor • ILHAM ’19, Galeri PRIMA, Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur • “Kita Sama”: Appreciating Similarities & Diversities, National Art 2018 • Art Market & Exhibition, Sasana Kijang, Bank Negara, Kuala Lumpur • Imago Mundi, Three Nations, Kuala Lumpur • ArteDecor Exhibitions, MATRADE, Kuala Lumpur • “BONDA” Exhibition, National Art Gallery, Kuala Lumpur • Pameran Seni 21 Universiti Malaysia, ASWARA, Kuala Lumpur 78

• Blossoms, Li Chi Mao Art Museum, Cheras, Kuala Lumpur • ARCADESA All Exhibition, 2nd Int. Symposium 2018, Creative Media Hub & Technology, UiTM Shah Alam, Selangor • Lakar Wanita 2018, National Art Gallery, Kuala Lumpur • Lakar Wanita Tour 2018, Creative Media Hub & Technology, UiTM Shah Alam, Selangor • Ritma Wisesa, Balai Seni Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah • Ray of Light Exhibition, Hulo Hotel & Gallery, Kuala Lumpur 2017 • Portret Exhibition APS, BSVN, KL • Lakar Wanita Tour Exhibition, Galeri ASWARA, KL • Artist Playground with Alta Moda, Charity Exhibition, Pullman Hotel, Kuala Lumpur • Poskad ke Duyong Exhibition, Duyong Art Gallery, Terengganu • Portret P. Ramlee Exhibition, Galeri ASWARA, KL • Imago Mundi, Three Nations Exhibition, S’pore 2016 • Pameran Seni, Eyes Art Gallery, Alam Impian, Shah Alam, Selangor • Pameran Chitra Wanita, ASWARA, Kuala Lumpur • Langkawi Art Bienalle 2016, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia • Pameran Seni: Lakar Wanita 2016, Galeri Shah Alam, Selangor 2015 • Women’s Art Exhibition, PeRUPA, Kuala Lumpur • Legacy Exhibition, APS, Galeri ASWARA, KL • Minda Merdeka Exhibition, BSVN, Kuala Lumpur • Art on Paper Exhibition, Galeri Artiseri, Pacific Hotel, Kuala Lumpur • eSe-Art Exhibition, UPSI, Tanjung Malim, Perak • Seni Visual 1MCAT 1 Kaki @ Langkawi Exhibition, LAVAA, Pulau Langkawi, Kedah •1MCAT Exhibition, BSVN, Kuala Lumpur


Hidawati Amin Tempat Lahir Kuala Lumpur Email hidawati_amin@salam.uitm.edu.my Telefon 019-3317001 IG https://www.instagram.com/hidawati_amin/ Pendidikan Master of Fine Art & Technology, UiTM Shah Alam, Malaysia. BA (Hons) Fine Art (Painting), UiTM Shah Alam, Malaysia Pameran 2020 • “Waste To Create” International Online Art Exhibition, Online : Organize by Eco Aware Art Gallery India • International Virtual Art Exhibition (IVAE): Virtual Programme Series 2020, Online : Organize by UiTM Perak • JICAF Jogja International Creative Art Festival, Online: Organize by Institut Seni Indonesia Yogyakarta • Pameran Terbuka Shah Alam 2020, Galeri Shah Alam • Pameran Lakar Wanita 2020, CMT HUB UiTM Shah Alam • 2020 International Women Day Art Exhibition Atelier 11 seri Kembangan Selangor • Pameran 2, Aswara Kuala Lumpur • Pameran #KitajagaKita, KL City Art Galeri Kuala Lumpur • Pameran Satu, Perupa, Galeri Seni Shah Alam 2019 • Pameran #asingkan, Muzium Negara, Kuala Lumpur • Pameran Ilham 2019, Gallery Prima Bangsar • Inspirasi Wanita, Pameran Wanita, Hotel Primera Kuala Lumpur • Synergism2019, Malaysia, Philphine and Singpore International Art Exhibition, The Island Gallery Pulau pinang • Pameran Rona, Galeri Shah Alam • International Women’s Day 2019,

Atelier 11 Sri Kembangan • Pameran Seni & Budaya, Gallery FSSR UiTM Kedah • Spring is Coming Group Exhibition 2019, Hulo Hotel Gallery, Kuala Lumpur 2018 • Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2018, Galeri Shah Alam, Selangor • Lakar Wanita Tour 2018, CMT HUB, UiTM Shah Alam • Penang Art Society 65th Anniversary Celebration, Balai seni Lukis Pulau Pinang • Rona Merdeka 2018, Balai Seni Lukis Melaka . • Blossom Exhibition of Malaysia Art Group, Li Chi Mao Art Museum KL • ARCADESA International Exhibition 2018, CMT UiTM Shah Alam • Lakar Wanita 2018 Exhibition, Creative Space BSN, Kuala Lumpur • Pameran 21, Pameran seni 21 Universiti, Galeri Aswara Kuala Lumpur • Imago Mundi Exhibition – Jakarta, Sun Rise Gallery, Fairmount Hotel Jakarta Indonesia • Wang-wang Art Exhibition 2, Putra Creative Space, Kajang, Selangor • Bonda, Pameran Terbuka, Creative Space 1, National Art Gallery, KL • ArtEDecor, Art & Design Exhibition for Emerging Artist, MATRADE Exhibition and Convention Centre (MECC) Kuala LUmpur • Wang-wang Art Exhibition, Island Gallery, Penang • Imago Mundi Exhibition, Malysia, Singapore, Indonesia, HULO Hotel, Kuala Lumpur 2017 • Lakar Wanita Art Tour, Galeri ASWARA 2016 • Lakar Wanita 2016 Exhibition, Shah Alam Gallery, Selangor • Open Exhibition, Shah Alam Gallery, Selangor • Piala Seri Endon, 3rd prize Soft Furnishing Category • 3rd prize Craft Category, Grand Pacific Hotel, Kuala Lumpur • Citra Wanita Exhibition, Galeri ASWARA, KL 79


2015

80

• KIWA Exhibition, Kyoto Municiple Museum, Kyoto Japan •Special Award Open Show, Shah Alam •1MCAT Art Exhibition , LAVAA Gallery, Langkawi


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.