Gugusan sains & teknologi

Page 51

Bulan Jun tahun 1996 , fakulti ini telah berpindah ke bangunan baru yang tersendiri di kampus Shah Alam. Bangunan baru menyediakan perkakasan komputer dan rangkaian kemudahan yang lebih baik bagi para pelajar dan kakitangan. Ini disebabkan industri kerajaan melihat kepentingan dan penggunaan IT yang semakin tinggi. Selaras dengan perkembangan ini fakulti ini telah menukar namanya kepada Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif pada tahun 1997. Fakulti ini mula menawarkan program-program melalui kolej francais . Dua program francais telah ditawarkan iaitu Sijil Pengaturcaraan Komputer dan Diploma Sains Komputer pada tahun 1998. Fakulti ini memperkenalkan program Sarjana dan Doktor Falsafah pada tahun 1999. Bilangan program di peringkat Sarjana Muda juga meningkat antara yang diperkenalkan adalah Sarjana Muda Sains Komputer dalam Pengkomputeran Multimedia pada tahun 2007. Program yang ditawarkan adalah Sarjana dalam Sains Komputer, Rangkaian , Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif . Terdapat 48 orang calon Doktor Falsafah mendaftar di fakulti sehingga Julai 2007. Semester Julai,2007 semua pelajar yang mendaftar ialah serami 3013 orang di Shah Alam sahaja dan jumlah kakitangan akademik adalah sebanyak 299.Bagi menampung peningkatan jumlah pelajar, pada tahun 1996 kerajaan telah meluluskan bangunan tambahan. Fakulti mula menggunakan kemudahan baru sejak Disember 2006.

49


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.