Skema Jawapan Modul Geografi Tingkatan 4 KSSM

Page 1

BAB 1

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 1.1 a) Apakah arah balai polis dari sekolah? Utara b) Apakah arah klinik dari pejabat kerajaan di Kota Iskandar? Barat laut c) Apakah arah klinik ke hospital? Barat d) Jika penduduk di Kampung Murni ingin pergi ke Kota Iskandar, apakah arah yang perlu dituju ke destinasi? Tenggara e) Nyatakan arah Hutan Rizab Sungai Kemudi dalam peta topografi. Selatan f) Arah aliran Sungai Bahan ialah Selatan

Penilaian Tahap Penguasaan 1.2 1) Bagaimanakah kedudukan sesuatu lokasi pada peta topografi dapat ditentukan? Berdasarkan titik persilangan antara garisan Timuran dan garisan Utaraan pada peta topografi 2) Menerangkan rujukan grid 4 angka dan 6 angka berdasarkan peta topografi di bawah. a) Nyatakan lokasi yang sesuai menggunakan rujukan grid 4 angka. Pekan Berjaya, Ladang Ho Tong b) Mengapakah kedudukan sekolah dan balai polis dalam peta topografi yang tepat perlu menggunakan rujukan grid 6 angka? Kerana sekolah dan balai polis merupakan lokasi yang lebih spesifik dalam peta topografi 3) Berikan kedudukan yang tepat bagi kawasan seperti berikut: a) Ladang Gelang Patah : RG 3369 b) Taman Reviera : RG 3870 c) Ladang Yang : RG 3270 4) Nyatakan rujukan grid 6 angka bagi lokasi seperti berikut: a) Hospital : RG 353684 b) Masjid : RG 366663 c) Klinik : RG 355692 5) Tuliskan rujukan grid 6 angka bagi sekolah yang terletak di garisan Timuran 38. RG 388708 6) Apakah rujukan grid 6 angka bagi balai polis yang terletak di garisan Utaraan 69? RG 344694 7) Namakah lokasi berdasarkan segi empat grid di bawah: a) Kg. Tebing Runtug b) Horizon Hill 8) Namakah lokasi atau objek berdasarkan rujukan grid 6 angka di bawah: a) RG 352697 : Pejabat pos b) RG 357683 : Jambatan

1


Penilaian Tahap Penguasaan 1.3 1) Apakah maksud bearing grid? Bearing Grid ialah sudut yang diukur dari Utara Grid (0◦) mengikut pusingan jam. 2) Kirakan bearing grid berdasarkan peta topografi dalam jadual di bawah. a) 42◦ a) 311◦ 3) Beri bearing grid berdasarkan peta topografi di bawah mengikut rujukan grid 6 angka lokasi yang diberikan. a) 230◦ a) 120◦ c) 95◦ 4) Sekiranya anda tinggal di petempatan Ladang Honan di bahagian utara, apakah bearing grid anda dapat melihat puncak Bukit Tajam di timur laut? 82◦ 5) Tuliskan secara ringkas arah dah kedudukan dua buah sekolah yang terletak dalam petak grid seperti di bawah. Sekolah yang terletak di RG 2962 berada di arah utara peta, manakala sekolah yang terletak di RG 2660 berada di arah barat pada peta. 6) Nyatakan bearing grid bagi lokasi dalam jadual dengan memilih titik rujukan yang sesuai di Bandar Iskandar. Cadangan Jawapan Lokasi

Titik Rujukan (Rujukan Grid 6 Angka)

Bearing Grid (º)

a) Hospital

Sekolah (RG 279601)

35◦

b) Balai Polis

Hospital (RG 282687)

160◦

7) Sekiranya anda merupakan seorang pemaju di Bandar Iskandar, kemukakan idea yang dapat membantu pelancong lebih mudah mencari sesuatu lokasi dalam kawasan bandar. Menyediakan QR kod yang boleh diimbas dengan telefon pintar yang dapat memberi maklumat tentang wwlkedudukan GPS setiap lokasi pusat pelancongan 8) Bagaimanakah seorang pengembara yang kehilangan kompas dapat menentukan kedudukan dan arah di Hutan Rizab Sungai Bahan? Berpandukan kedudukan matahari pada waktu siang dan kedudukan buruj pada waktu malam. Menggunakan wtfungsi GPS daripada telefon pintar.

2


BAB 2

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 2.1 1) Nyatakan tiga jenis skala yang terdapat dalam peta topografi. a) Skala penyata b) Skala Lurus c) Pecahan wakilan 2) Jelaskan jenis skala yang digunakan dalam peta topografi berdasarkan contoh skala dalam jadual di bawah. Huraian Skala -Ini ialah skala penyata. -Skala ini berbentuk perkataan atau ayat. -Skala ini bermaksud 1 cm yang diukur pada peta topografi mewakili 0.5 kilometer di permukaan bumi. -Ini ialah skala lurus / lurus penuh. -Skala ini berbentuk satu garisan lurus tebal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.. -Skala ini bermaksud 1 cm yang diukur pada peta topografi mewakili 0.5 kilometer di permukaan bumi. -Ini ialah skala pecahan wakilan. -Skala ini berbentuk nisbah atau pecahan. -Skala ini bermaksud 1 cm yang diukur pada peta topografi mewakili 0.5 kilometer di permukaan bumi.

Penilaian Tahap Penguasaan 2.2 1) Berapakah jarak jalan dari di RG 260543 ke RG 220529? 3.25 km 2) Kira panjang Sungai Perepat. 3.5 km 3) Ukur jarak sebenar balai polis (RG 223501) ke sekolah (RG 234522). 3 km 4) Ali tinggal di petempatan RG 237522, kirakan jarak berdasarkan kos Ali ke balai polisfdengan menaiki teksi. Jika kos tambang bagi kilometer ialah RM 2. RM 2.50 5) Berapakah jarak berdasarkan masa Ali tiba ke balai polis? Jika kelajuan teksi ialah 10 minit bagi 1 kilometer. 12.5 minit 6) Nyatakan jarak mutlak yang paling dekat ke pejabat daerah (RG 229504) jika anda tinggal di petempatan RG 223508. 1 km

Penilaian Tahap Penguasaan 2.3 1) Berapakah keluasan Tasik Biru? 1.25 km2 2) Kira keluasan hutan dalam segi empat grid di bawah. 1.75 km2_ 3) Berapakah keluasan kawasan berlorek Kota Iskandar? 0.75 km2 4) Jika anda seorang pemaju bandar, lorekkan kawasan sekitar yang berpotensi dimajukan pada peta topografi dan nyatakan keluasan kawasan tersebut. Jawapan Terbuka

3


SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

BAB 3

Penilaian Tahap Penguasaan 3.1 1) Senaraikan simbol dalam peta topografi yang menunjukkan ketinggian. wtlKontur, tanda aras, titik ketinggian, stesen trigonometri 2) Nyatakan bukti yang menunjukkan bahagian timur laut peta topografi merupakan kawasan tanah tinggi. Terdapat kontur, stesen trigonometri, hutan dan aliran sungai yang sempit 3) Berapakan ketinggian di tepi jalan dalam segi empat grid di bawah? 40.50 meter 4) Namakan puncak yang tertinggi di sebelahlgarisan Timuran 27? Gunung Sabi 5) Tuliskan nilai ketinggian puncak soalan (4) di atas. 632 meter

Penilaian Tahap Penguasaan 3.2 Lukiskan keratan rentas Peta (a) dan (b) pada kertas graf di bawah berdasarkan skala tegak yang diberikan.

Meter

500

X

X

X X

X

X

Meter

400 X

X

X

X

300

120 X

X

X

X

200

X

80 X

X

100

40

X

X X X X

0

0

4

X


Penilaian Tahap Penguasaan 3.3 1) Bagaimanakah bentuk muka bumi sesuatu kawasan dalam peta topografi dapat dikenal pastikan? Dengan melukis keratan rentas dan berdasarkan susunan dan jarak garisan kontur pada peta topografi 2) Namakan bentuk muka bumi dalam jadual berdasarkan keterangan yang diberikan. Gunung

a) Susunan kontur berbentuk bulat ketinggian melebihi 600 meter

Dataran tinggi

b) Susunan kontur rapat di tepi tetapi tiada kontur di tengahnya

Tebing tinggi

c) Susunan kontur sangat rapat sehingga bertindih d) Susunan kontur berbentuk V di antara tanah tinggi yang disalir sungai

Lurah

e) Terletak di antara dua set kontur tanah tinggi merupakan laluan sempit

Genting

f) Susunan kontur yang memanjang dan rapat

Rabung Kol

g) Lekukan sempit di antara dua rabung menjadi legah dua batang sungai

Pelana

h) Lekukan cetek di antara dua puncak i) Susunan kontur yang jarang

Cerun landai

j) Susunan kontur yang rapat

Cerun curam

k) Susunan kontur rapat di bahagian rendah, jarang di bahagian tinggi

Cerun cembung

l) Susunan kontur jarang di bahagian rendah, rapat di bahagian tinggi

Cerun cekung

m) Susunan kontur yang rapat dan jarang secara berselang-seli

Cerun bertangga Cerun seragam

n) Susunan kontur yang mempunyai jarak yang sama

3) Tuliskan nama bentuk muka bumi berdasarkan garisan kontur berikut.

a) Kol

b) Dataran tinggi

c) Bukit

d) Genting

e) Rabung

f) Lurah

g) Tebing tinggi

h) Pelana

i) Cerun seragam

j) Cerun curam

k) Cerun bertangga

l) Cerun landai

m) Cerun cekung

n) Cerun cembung

4) Apakah bentuk muka bumi di garisan kontur PQ? Lurah 5) Nyatakan dua bentuk muka bumi yang terdapat di garisan kontur XY. i) Pelana ii) Kol 6) Namakan jenis cerun yang terdapat di garisan kontur AB. Cerun cekung 7) Bandingkan bentuk muka bumi yang terdapat dalam segi empat grid S dan T. Kawasan S bercerun curam kerana susunan kontur yang rapat, manakala kawasan T bercerun landau kerana Susunan kontur lebih jarang 8) Nyatakan kawasan yang tertinggi dalam peta topografi dengan memberi bukti. Di puncak bukit yang terletak di RG 878803 dengan adanya simbol stesen trigonometri. 9) Huraikan potensi Kampung Tarawas dan Kampung Tinutuan berdasarkan ciri-ciri bentuk muka bumi dalam peta topografi. Sebagai pusat ekopelancongan kerana berhampiran dengan kawasan hutan, keunikan flora dan fauna dapat wtmenarik minat pelancong.

5


SKEMA JAWAPAN Modul 360째 Geografi Tingkatan 4

BAB 4

Penilaian Tahap Penguasaan 4.1 1) Nyatakan tiga ciri pandang darat fizikal dalam peta topografi. Hutan, sungai, pantai, laut, bukit 2) Berikan tiga ciri pandang darat budaya yang terdapat dalam peta topografi. Getah, kelapa sawit, jalan raya, petempatan, jambatan 3) Tuliskan secara ringkas hubung kaitan ciri fizikal dengan ciri budaya yang terdapat di Kampung Bukit lPuteri di utara peta. Tanah pamah dan rata memudahkan kegiatan penanaman padi, terdapat sungai membekalkan sumber air untuk wtkegiatan penanaman sawah padi yang memerlukan sumber air yang mencukupi. Jalan raya dan petempatan ttrr lllrwujud kerana tanah pamah yang membolehkan kegiatan pertanian dijalankan. 4) Jelaskan hubung kaitan antara pola petempatan dan jaringan pengangkutan dengan pandang darat fizikal dengan memberi contoh petempatan yang terdapat dalam peta topografi. Pola berjajar di Kg. Persisir kerana berhampiran dengan jalan raya / pantai. 5) Bincangkan potensi kegiatan yang boleh dimajukan berdasarkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya dalam peta topografi. Kegiatan perikanan kerana berhampiran dengan pantai. Contohnya Kampung Serai juga mempunyai penduduk wllyang ramai membekalkan tenaga kerja sebagai nelayan dan mempunyai permintaan terhadap hasil. 6) Tuliskan rumusan tentang bentuk muka bumi dalam peta topografi yang menjadi halangan terhadap pembangunan potensi sesuatu kawasan. Kawasan tanah tinggi dan kawasan berhutan menyukarkan kerja pembinaan petempatan dan jaringan wtpengangkutan. Pembinaan di kawasan tinggi juga melibatkan kos pembinaan

Latihan Pengukuhan Kemahiran Geografi Berasaskan Peta Topografi

1) Berapakah bearing grid kuil (RG104516) dari jambatan kayu (RG089539)? 146째 2) Kira bearing grid jambatan kayu (RG117583) dari titik ketinggian (RG074606). 118째 3) Jika anda berada di tingkat atas hospital (RG054508), berapakah bearing sudutan untuk melihat puncak Bukit Tukang (RG051571)? 355째 4) Seorang pegawai Pejabat Pertanian yang tinggal di Taman Segar (RG0552), nyatakan arah pegawai tersebut pergi bekerja ke pejabatnya yang terletak di RG0450? Barat daya 5) Nyatakan rujukan grid enam angka puncak tertinggi bagi Bukit Kambing yang terletak di garisan Timuran 04. RG 049583 6) Nyatakan rujukan grid enam angka bagi puncak yang tertinggi terletak di garisan Utaraan 60. RG 109601 7) Berikan rujukan grid bagi Ladang Seng yang terletak di garisan Timuran 10. RG 1054 8) Berapakan ketinggian puncak tertinggi bagi puncak yang terletak di garisan Utaraan 60? 685 meter 9) Namakan puncak tertinggi yang terdapat di garisan Timuran 04 hingga garisan Timuran 06. Bukit Tukang

6


10) Nyatakan dua jenis skala yang digunakan dalam peta topografi i) Pecahan wakilan ii) Skala lurus / Skala lurus penuh 11) Tuliskan skala peta topografi dalam bentuk skala penyata. 1 cm mewakili 0.5 kilometer / 1 cm mewakili 500 meter 12) Ukur jarak talian penghantaran elektrik dari RG040551 hingga ke jambatan RG105557. 7 km 13) Berapakah jarak lurus antara sekolah (RG045513) ke simpang jalan (RG059531). 2.25 km 14) Vijay tinggal di Taman Segar (RG058523) ingin pergi ke kuil yang terletak di RG075523. Kirakan jarak mutlak perjalanan ini. 1.75 km 15) Berapakah masa yang diperlukan untuk Vijay sampai ke kuil sekiranya purata kelajuan setiap 1 kilometer ialah 3 minit dengan menaiki teksi. 5.25 minit 16) Kirakan kos berulang-alik yang perlu dibayar oleh Vikay, jika tambang bagi setiap 1 kilometer ialah RM 3.50. RM 12.25 17) Berapakah keluasan tasik di empangan? 0.25 km2 18) Kirakan keluasan kawasan-kawasan pelbagai tanaman baka dalam segi empat grid di bawah. 0.25 km2 19) Berikan dua simbol titik yang digunakan di RG0551. Petempatan, tanda aras, kuil, tokong, gereja 20) Nyatakan dua simbol kawasan yang terdapat di RG0457. Hutan primer, hutan skunder, belukar, ruing dan jerami 21) Apakah peringkat saliran yang terdapat dalam segi empat grid di bawah? Berikan dua bukti untuk menyokong jawapan anda. Hutan primer, hutan skunder, belukar, ruing dan jerami 22) Apakah pola saliran dalam segi empat grid soalan (21)? Pola reranting 23) Berikan jenis tanaman kontan yang ditanam di bahagian tenggara peta topografi. Kelapa sawit, getah 24) Huraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di bahagian tenggara. Tanah pamah memudahkan kegiatan pertanian dijalankan Sumber air yang mencukupi dari sungai berhampiran / Terdapat buruh tempatan kerana ada petempatan Terdapat jaringan pengangkutan seperti jalan raya untuk menghantar hasil ke pasaran 25) Jelaskan kepentingan Hutan Rizab Gunung Denak terhadap alam dan penduduk. Membekalkan gas oksigen melalui proses fotosintesis / Sebagai habitat flora dan fauna seperti monyet. Menyederhanakan suhu kerana menyerap karbon dioksida / Mengurangkan hakisan tanih dan tanah runtuh Sebagai pusat ekopelancongan dapat menambah pendapatan dan peluang pekerjaan penduduk 26) Huraikan kesan kegiatan ekonomi yang dijalankan di RG0455 terhadap ekosistem. Berlaku hakisan tanih dan tanah runtuk kerana pokok ditebang / Pencemaran air akibat hakisan tanih Pencemaran udara daripada debu yang dihasilkan Memusnahkan habitat flora dan fauna kerana banyak pokok ditebang, contoh monyet kehilangan habitat 27) Cadangkan langkah yang berkesan untuk mengurangkan kesan kegiatan soalan (26). Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan mengawal kegiatan yang dijalankan melalui hukuman. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar supaya penduduk menyedari kepentingan menjaga alam. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabata Alam Sekitar 28) Huraikan kepentingan empangan dan saliran kepada penduduk setempat. Membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik / Membekal sumber pengairan untuk kegiatan pertanian Sebagai pusat pelancongan dapat menambah pendapatan penduduk Membekalkan sumber makanan seperti ikan / Menyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan

7


29) Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan sebab benteng dibina di sepanjang arah timur peta. Untuk mengelakkan tebing sungai runtuh dan dapat menakung air untuk penanaman padi 30) Berikan dua pandang darat budaya yang terdapat dalam segi empat grid RG0461. Laluan pejalan kaki, getah, petempatan 31) Nyatakan pola petempatan yang terdapat dalam segi empat grid di bawah. a) Pola petempatan berpusat b) Pola petempatan berselerak 32) Jelaskan faktor yang mempengaruhi pola petempatan di jawapan 30 (a). Penduduk padat / Bangunan yang pesat Ruangan tanah yang terhad / Jalan raya yang pesat 33) Terangkan faktor yang mempengaruhi pola petempatan di jawapan 30 (b). Penduduk jarang / Kegiatan ekonomi terhad Jaringan pengangkutan yang terhad 34) Mengapakah petempatan dalam segi empat grid di bawah lebih pesat dalam peta topografi? Tanah pamah dan rata memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan / Kos pembinaan jalan yang rendah Jaringan pengangkutan yang lengkap seperti jalan raya meningkatkan mobiliti penduduk Darjah ketersampaian tinggi / Kemudahan sosial yang lengkap seperti sekolah 35) Mengapakah kawasan di timur laut peta tidak mempunyai jaringan pengangkutan yang pesat? Bentuk muka bumi tinggi menyukarkan kerja pembinaan / kos pembinaan yang tinggi Penduduk jarang permintaan terhadap pengangkutan yang terhad Kegiatan ekonomi terhad dan pembangunan yang amat terhad 36) Cadangkan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di Hutan Rizab Gunung Denak tanpa menjejaskan keaslian alam dengan memberi alasan yang menyokong cadangan anda. Sebagai pusat ekopelancongan yang tidak melibatkan penerokaan sumber hutan Hutan dikekalkan dan habitat flora dan fauna dapat dikekalkan / Keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan Contohnya tumbuhan semula jadi dan haiwan liar menjadi tarikan pelancongan 37) Wajarkah projek pembangunan dijalankan di kawasan Rizab Orang Asli Gunung Kedidi? Tidak wajar, kerana akan memusnahkan habitat flora dan fauna, seperti monyet kehilangan tempat perlindungan Kemusnahan habitat akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna, contoh gajah semakin pupus Suhu akan meningkat kerana pokok akan banyak ditebang 38) Huraikan fungsi petempatan di RG0450. Sebagai pusat pendidikan dengan adanya sekolah / Sebagai pusat petempatan kerana banyak tempat tinggal Sebagai pusat pengangkutan kerana jalan raya yang lengkap / Sebagai pusat kesihatan dengan ada hospital Sebagai pusat keselamatan kerana ada balai polis mengawal keselamatan 39) Jelaskan fungsi dan potensi petempatan luar bandar yang terletak di RG0754. Sebagai pusat pengeluaran dan pengumpulan hasil ternakan kerana terdapat ladang ternakan ayam Sebagai pusat memproses makanan seperti kilang membuat bebola ayam 40) Kemukakan usaha yang dapat mewujudkan petempatan lestari di kawasan barat daya. Memajukan pengangkutan awam dapat mengurangkan pencemaran udara seperti perkhidmatan bas Mengadakan kempen kitar semula seperti kitar semula kertas dapat mengurangkan pencemaran alam 41) Kirakan kecerunan dari titik ketinggian (RG062615) ke titik ketinggian (RG074606). 1:4

8


BAB 5

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 5.1 1) Namakan lapisan bumi berikut. P : Kerak bumi Q : Mantel

R : Teras luar

S : Teras dalam

2) Tuliskan nama lapisan yang terdapat di llapisan P seperti di bawah. X : Sial Y : Sima 3) Apakah lapisan Z yang berbentuk separa cecair? Astenosfera 4) Huraikan kepentingan lapisan P kepada manusia. Sebagai tapak petempatan / Tapak pertanian / Tapak perindustrian Membekalkan sumber mineral, tanih dan batuan Menakung air / Habitat flora dan fauna 5) Apakah kesan negatif yang berlaku jika lapisan Q mengalami arus perolakan yang tidak stabil? Berlaku pertembungan plat dan pencapahan plat Berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami 6) Namakan plat tektonik mengikut label berikut. M : Plat Amerika Selatan N : Plat Amerika Utara P : Plat Indo-Australia Q : Plat Eurasia S : Plat Antartika

O : Plat Afrika R : Plat Pasifik

7) Jelaskan maksud plat tektonik secara ringkas. Kepingan-kepingan kerak bumi yang bergerak antara satu sama lain membentuk sempadan. 8) Berikan dua jenis plat bumi. i) Plat benua

ii) Plat lautan

9) Mengapakah plat tektonik di atas boleh mengalami pergerakan? Pergerakan plat disebabkan arus perolakan magma dalam mantel. Plat boleh bergerak secara pertembungan dan pencapahan 10) Nyatakan dua cara pergerakan plat tektonik. i) Pertembungan plat

ii) Pencapahan plat_

11) Huraikan kesan yang timbul di kawasan sempadan-sempadan plat tektonik seperti dalam peta. Berlaku pertembungan plat dan pencapahan plat Berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami Berlaku hanyutan benua

Penilaian Tahap Penguasaan 5.2 1) Nyatakan jenis pergerakan plat di atas. P : Pertembungan plat benua dengan plat lautan Q : Pertembungan plat lautan dengan plat lautan R : Pertembungan plat benua dengan plat benua 2) Apakah daya yang menyebabkan pergerakan plat di atas berlaku? Daya mampatan 3) Huraikan secara ringkas punca pergerakan plat P,Q, dan R. Arus perolakan di lapisan mantel menyebabkan pergerakan kerak bumi 4) Jelaskan bentuk muka bumi yang terbentuk akibat pergerakan plat P dengan memberi contoh lokasi. Wujud jurang lautan. Contoh : Jurang Mariana Wujud banjaran gunung lipat. Contoh : Banjaran Andes 5) Jelaskan bentuk muka bumi yang terbentuk akibat pergerakan plat Q dengan memberi contoh lokasi. Wujud jurang lautan. Contoh : Jurang Peru-Chile Wujud arka pulau. Contoh : Kepulauan Jepun, Kepulauan Hawaii 6) Jelaskan bentuk muka bumi yang terbentuk akibat pergerakan plat R dengan memberi contoh lokasi. Wujud banjaran gunung lipat. Contoh : Banjaran Himalaya

9


7) Nyatakan jenis pergerakan plat berikut. X : Pencapahan plat lautan dengan plat lautan

Y : Pencapahan plat benua dengan plat benua

8) Daya apakah yang menyebabkan pergerakan plat di atas berlaku? Daya tegangan 9) Jelaskan bentuk muka bumi yang terbentuk dalam rajah X dengan contoh lokasi. Wujud permatang tengah lautan. Contoh : Permatang Chile 10) Jelaskan bentuk muka bumi yang terbentuk dalam rajah Y dengan contoh lokasi. Wujud Lurah gelinciran. Contoh : Lurah Gelinciran Afrika Timur Wujud Gunung Bongkah. Contoh : Gunung Black Forest (Jerman)

Penilaian Tahap Penguasaan 5.3 1) Nyatakan bencana alam seperti berikut. S : Gempa bumi T : Letusan gunung berapi U : Tsunami 2) Berikan dua contoh negara yang kerap dilanda bencana alam ini. Jepun, Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat 3) Jelaskan punca berlaku bencana alam seperti yang ditunjukkan dalam foto-foto di atas. Pergerakan plat disebabkan arus perolakan magma dalam mantel, iaitu pertembungan plat dan pencapahan plat Gempa bumi dan letusan gunung berapi dasar laut boleh menyebabkan tsunami 4) Huraikan kesan kejadian bencana alam tersebut terhadap alam sekitar dan ekosistem. Memusnahkan habitat flora dan fauna, contoh menyebabkan kebakaran hutan Berlaku tanah runtuh menyebabkan pencemaran air dan sungai menjadi cetek Berlaku pencemaran udara dan jerebu akibat debu letusan gunung berapi dibebaskan Menyebabkan perubahan landskap 5) Berikan dua kepentingan fenomena alam T kepada manusia. Membekalkan lava bes yang subur untuk pertanian / Membekalkan sumber sulfur Menjadi pusat pelancongan dapat menambah pendapatan negara 6) Sejauh manakah bencana alam tersebut memberi impak terhadap kehidupan manusia? Menyebabkan nyawa terkorban dan cereda / Membawa wabak penyakit Memusnahkan kemudahan sosial seperti jalan raya / Memusnahkan harta benda penduduk Memusnahkan tanaman menyebabkan kebuluran / Menjejaskan kegiatan ekonomi negara 7) Bagaimanakah pihak kerajaan dapat melaksanakan langkah yang berkesan bagi mengurangkan risiko bencana alam ini. Memasang Alat Pengesan Tsunami iaitu DART Mewujudkan Zon Penampan dengan menanam pokok bakau di pantai Menjalankan Latihan Menghadapi Bencana Alam Mengadakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar Memajukan Teknologi Kalis Gempa 8) Kemukakan idea yang kreatif dan inovatif bagi mengurangkan risiko kejadian bencana alam terhadap manusia dan alam sekitar. Jawapan Terbuka

10


Latihan Esei Bab 5 1 (a) Berdasarkan maklumat di atas, huraikan punca dan faktor yang menyebabkan bencana wwwalam tersebut berlaku. Arus perolakan di lapisan mantel yang menyebabkan pergerakan kerak bumi. Disebabkan kedudukan Sabah yang sangat berhampiran dengan sempadan plat tektonik dan lingkaran api pasifik yang aktif dengan kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi. Gunung Kinabalu merupakan jenis gunung lipat muda yang aktif gunung berapi dan gempa bumi.

1 (b) Berasaskan pengetahuan geografi anda, setujukah anda kawasan selain Sabah juga akan wwwkemungkinan dilanda gempa bumi pada masa depan? Setuju, kerana plat bumi di atas mantel tidak akan kekal akibat arus perolakan, ini akan menyebabkan kejadian pertembungan dan pencapahan plat yang kemungkinan akan mengubah kedudukan sempadan plat tektonik di bumi. Selain itu, negara Malaysia juga berhampiran dengan negara jiran yang sering berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi iaitu Indonesia dan Filipina, gegaran gempa bumi dari negara jiran juga boleh mempengaruhi keadaan di Malaysia. Contohnya, gempa bumi di Indonesia pada tahun 2004 mengakibatkan tsunami besar yang turut melanda ke Malaysia.

1 (c) Wajarkah pihak berkuasa Malaysia melaksanakan langkah awal untuk menghadapi risiko bencana alam gempa bumi? Wajar, kerana bencana alam boleh berlaku bila-bila masa pada masa depan, ini dapat mengurangkan risiko berlaku bencana alam. Contohnya gempa bumi telah berlaku di negeri Sabah. Langkah awal perlu dilaksanakan seperti memasang stesen seismik supaya dapat mengesan gegaran gempa bum, jika bencana alam dapat dikesan lebih awal dapat mengurangkan nyawa terkorban.

2 (a) Mengapakah tragedi seperti di atas boleh berlaku di kawasan Malaysia yang tidak berlaku wwwgempa bumi? Negara Malaysia terletak berhampiran dengan negara jiran yang sering berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi iaitu Indonesia dan Filipina, gegaran gempa bumi dari negara jiran juga boleh mempengaruhi keadaan di Malaysia. Contohnya, gempa bumi di Indonesia pada tahun 2004 mengakibatkan tsunami besar yang turut melanda ke Malaysia.

2 (b) Kemukakan cadangan yang dapat mengurangkan kesan tsunami di negara Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar untuk melindungi hutan bakau sebagai zon penampan. Menanam pokok bakau di pinggir laut untuk mewujudkan zon penampan berfungsi mengurangkan kuasa ombak. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar untuk menyedari kepentingan hutan bakau. Memberi pendidikan alam sekitar supaya penduduk menjaga kepentingan hutan bakau. Memasang alat pengesan tsunami, iaitu DART supaya dapat mengurangkan kesan tsunami .

11


BAB 6

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 6.1 1) Nyatakan tiga jenis batuan utama. a) Batuan Igneus_ b) _Batuan enapan_

c) _Batuan Metamorfosis_

2) Tuliskan contoh batuan dan ciri-ciri batuan mengikut jenis batuan dalam jadual di bawah. Jenis Batuan

Contoh Batuan

Batuan Igneus Rejahan

Gabro, Granit, Diorit

Batuan Igneus Terobosan

Obsidian, Pumis, Basalt

Batuan Enapan Jenis Organik

Batu Kapur, Batu Arang

Batuan Enapan Jenis Kimia

Batu Garam, Gipsum

Batuan Enapan Jenis Klastik

Syal, Konglomerat, Batu Pasir

Batuan Metamorfosis Tidak Berjalur

Batu Marmar, Kuartzit

Batuan Metamorfosis Berjalur

Syis, Genis

Ciri-Ciri Batuan 1) Sangat keras 2) Berbentuk Hablur 3) Tidak berlapis-lapis 4) Tiada kandungan fosil 1) Bersifat rapuh 2) Berlapis-lapis 3) Mengandungi fosil tumbuhan dan haiwan 1) Lebih bersinar berbanding batuan asal 2) Mempunyai struktur berhablur

3) Bagaimanakah kita dapat membezakan tiga jenis batuan? Tiga jenis batuan mengalami cara pembentukan yang berbeza menghasilkan kepelbagaian jenis, kandungan wmineral, struktur dan warna batuan.

Penilaian Tahap Penguasaan 6.2 1) Namakan jenis batuan berikut. A : Batuan enapan B : Batuan Igneus

C : Batuan metamorfosis

2) Berikan dua contoh batuan bagi setiap jenis batuan berikut. A : Batu Garam, Gipsum, Batu Kapur, Batu Arang, Syal, Konglomerat, Batu Pasir B : Gabro, Granit, Diorit, Obsidian, Pumis, Basalt C : Batu Marmar, Kuartzit, Syis, Genis 3) Nyatakan nama lokasi di Malaysia yang mempunyai batuan mengikut jenis batuan. A : Mersing, Mukah, Silimpopon B : Kuantan, Segamat, Lundu, Telupid C : Pulau Langkawi, Hulu Kinta, Gunung Benom 4) Jelaskan tentang pembentukan batuan proses X. Batu igneus dan batu enapan mengalami suhu dan tekanan tinggi dalam kerak bumi akan membentuk batuan metamorfosis. Batuan asal akan mengalami perubahan bentuk, kandungan mineral dan warna 5) Bandingkan cara pembentukan di antara batuan A dan batuan B. Proses A ialah pembentukan batuan melalui proses penyejukan dan pemejalan magma dan lava, manakala proses B ialah pembentukan batuan melalui proses mendapan dan mampatan dan penyimenan serpihan batuan, cengkerang, sisa tumbuhan dan sidimen.mpur dan pasir). 6) Huraikan kepentingan batuan A, batuan B dan batuan C kepada manusia. Batuan A penting digunakan dalam pembinaan jaringan pengangkutan seperti jalan raya. Contohnya batu granit. Batuan B seperti kaca boleh digunakan untuk membuat kaca dan batu kapur untuk membuat simen. Batuan C penting untuk membuat barangan mewah seperti berlian. Batu marmar menjadi bahan binaan penting. 7) Jika anda seorang usahawan, cadangkan idea tentang kepelbagaian penggunaan batuan yang terdapat di Malaysia untuk memajukan perniagaan anda dan pembangunan negara. Contoh jawapan : Menghasilkan produk baharu yang berasaskan pelbagai jenis batuan tempatan melalui idea yang kreatif dan inovatif seperti alat tulis mewah dengan menggunakan batu marmar

12


Latihan Esei Bab 6 1 (a) Berdasarkan peta di sebelah, nyatakan jenis batuan yang terkenal di lokasi bertanda dan huraikan kepentingan batuan kepada ekonomi. Lokasi bertanda mempunyai batu marmar. Batu marmar boleh digunakan sebagai bahan binaan seperti dinding dan lantai bangunan. Batu marmar juga boleh dijadikan sebagai bahan hiasan seperti pasu. Batu marmar boleh dijadikan sebagai perabot seperti meja. Batuan ini membekalkan sumber bahan mentah kepada industri tempatan seperti industri binaan. Ini dapat menambah pendapatan negara kerana hasil juga boleh dieksportkan.

1 (b) Jelaskan kesan kegiatan penerokaan sumber batuan di lokasi pada peta terhadap alam wwwtsemula jadi. Kegiatan pengkuarian akan menyebabkan jerebu dan pencemaran udara kerana habuk akan dibebaskan. Kegiatan ini memusnahkan habitat flora dan fauna kerana menyebabkan pokok dimusnahkan. Contoh monyet hilang tempat tinggal. Kegiatan ini menyebabkan berlaku hakisan tanih dan tanah runtuh kerana struktur tanih menjadi longgar. Kegiatan ini menyebabkan pencemaran air kerana hakisan tanih yang berlaku, sungai menjadi cetek.

1 (c) Huraikan usaha kerajaan bagi mengurangkan kesan kegiatan penerokaan sumber batuan wwwtersebut terhadap ekosistem. Penguatkusaan undang-undang alam sekitar bagi mengawal kegiatan melalui hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar supaya mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk mencari kaedah penerokaan yang meminimumkan kesan negatif terhadapa alam. Mencari bahan alternatif untuk menggantikan sumber batuan ini.

2 (a) Nyatakan jenis batuan yang digunakan dalam foto di sebelah dan jelaskan ciri-ciri jenis batuan yang digunakan. Batuan igneus merupakan jenis batuan yang sangat keras kerana terbentuk daripada proses penyejukan dan pemejalan lava dan magma. Contohnya batu granit dan basalt. Batuan ini tidak mengandungi bahan fosil. Batuan ini tidak berlapis-lapis dan berbentuk hablur.

2 (b) Huraikan sumbangan batuan yang digunakan dalam 2 (a) kepada pembangunan negara. Batuan igneus membekalkan bahan binaan seperti batu granit untuk membina jaringan pengangkutan contohnya jalan raya dan jambatan. Basalt sebagai penebat haba, bunyi dan api dalam kereta, kapal terbang dan bangunan. Granit menjadi bahan binaan bangunan dan empangan. Granit membuat perkaksan dapur. Batuan ini memajukan industri pembinaan, menambah pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan.

2 (c) Wajarkah kawasan foto A dimajukan menjadi tapak foto B? Tidak wajar, kerana: Kegiatan pengkuarian akan menyebabkan jerebu dan pencemaran udara kerana habuk akan dibebaskan. Kegiatan ini memusnahkan habitat flora dan fauna kerana menyebabkan pokok dimusnahkan. Contoh monyet hilang tempat tinggal. Kegiatan ini menyebabkan berlaku hakisan tanih dan tanah runtuh kerana struktur tanih menjadi longgar. Kegiatan ini menyebabkan pencemaran air kerana hakisan tanih yang berlaku, sungai menjadi cetek.

13


BAB 7

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 7.1 1) Nyatakan tiga jenis luluh hawa. a) Luluh hawa fizikal b) Luluh hawa kimia

c) Luluh hawa biologi

2) Tulis secara ringkas definisi luluh hawa. Luluh hawa ialah proses pemecahan, pereputan dan penguraian batuan secara in situ oleh agen lulu hawa seperti air, cahaya matahari, angin, perubahan suhu dan tindakan hidupan. 3) Bagaimanakah faktor kekerasan dan mineral batuan mempengaruhi luluh hawa? Batuan yang keras lebih tahan mengalami luluh hawa seperti batu granit. Batuan yang lembut cepat mengalami proses luluh hawa seperti batu kapur dan gipsum. Batuan yang mengandungi mineral seperti besi, magnesium dan kalsium mudah mengalami luluh hawa kimia. 3) Mengapakah luluh hawa dipengaruhi oleh faktor masa? Batuan yang keras ambil masa yang lama untuk terluluh hawa. Tempoh masa yang lama batuan terdedah kepada agen luluh hawa, batuan akan mengalami luluh hawa yang lebih berkesan. 4) Apakah jenis luluh hawa yang disebabkan faktor biotik? Berikan dua contoh tersebut. Luluh hawa biologi disebabkan faktor biotik. Contohnya, Kegiatan manusia seperti pembinaan jalan raya dan tindakan akar tumbuhan memasuki rekahan batuan. 5) Hubung kaitkan jenis luluh hawa dengan faktor iklim yang mempengaruhi luluh hawa. Luluh hawa kimia aktif berlaku di kawasan tropika lembap kerana suhu tinggi 27â—ŚC dan hujan tahunan 2600mm. Luluh hawa fizikal aktif di kawasan gurun panas kerana julat suhu harian yang besar menyebabkan batuan mengalami proses kembang kecut yang kerap. Kawasan iklim sederhana, tindakan fros (ibun) giat bertindak pada batuan.

Penilaian Tahap Penguasaan 7.2 1) Namakan jenis luluh hawa berikut. A : Luluh hawa fizikal B : Luluh hawa Biologi

C : Luluh hawa kimia

2) Beri satu contoh agen luluh hawa P, Q dan R. a) P : Suhu / Ombak / Cahaya Matahari b) Q : Manusia / Serangga / Bakteri c) R : Oksigen / Asid organik 3) Jelaskan faktor yang mempengaruhi luluh hawa A. Luluh hawa fizikal aktif di kawasan gurun panas kerana julat suhu harian yang besar mengalami proses kembang kecut yang kerap. Kawasan iklim sederhana, tindakan fros (ibun) giat bertindak pada batuan.

menyebabkan batuan

4) Apakah perbezaan faktor yang mempengaruhi luluh hawa A dengan luluh hawa B? Luluh hawa A disebabkan oleh faktor fizikal seperti perubahan suhu, tindakan fros, proses basah-kering oleh agen air dan pelepasan tekanan, iaitu faktor iklim merupakan faktor dominan. Manakala Faktor utama mempengaruhi luluh hawa B adalah oleh faktor biotik seperti kegiatan manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. 5) Bandingkan luluh hawa A dengan luluh hawa C. Luluh hawa A merupakan proses pemecahan dan penyepaian batuan tanpa perubahan kandungan mineral batuan. Manakala luluh hawa C ialah proses pereputan dan penguraian batuan yang menyebabkan kandungan mineral batuan asal berubah. 6) Namakan pandang darat fizikal dalam foto. Gua batu kapur 7) Apakah jenis luluh hawa yang dikaitkan dengan pandang darat lkarst ini. Luluh hawa kimia 8) Nyatakan dua contoh pandang darat fizikal yang terbentuk dalam foto. a) Stalagmit b) Stalaktit / Tiang batu kapur 9) Berikan dua contoh lokasi di Malaysia yang terdapat jenis pandang darat fizikal ini. a) Gua Niah / Gua Mulu b) Batu Caves / Gua Tempurung 10) Huraikan kepentingan kawasan seperti dalam foto kepada negara. Menjadi pusat ekopelancongan kerana pemandangan indah, ini dapat menambah pendapatan negara. Kegiatan pelancongan ini juga menyediakan peluang pekerjaan. Kawasan ini membekalkan bahan mentah industri, iaitu batu kapur untuk membuat simen.

14


Penilaian Tahap Penguasaan 7.3 1) Nyatakan jenis iklim di kawasan berlorek berdasarkan peta seperti di atas. a) P : Iklim gurun panas b) Q : Iklim tropika lembap/ Iklim khatulistiwa 2) Namakan jenis luluh hawa yang paling dominan di kawasan berlorek dalam Peta P. Luluh hawa fizikal 3) Nyatakan proses luluh hawa yang aktif berlaku di kawasan berlorek dalam Peta P. Perubahan suhu ekstrem dan penghabluran garam 4) Tuliskan proses luluh hawa yang aktif berlaku di kawasan pantai dalam Peta Q. Proses basah-kering, luluh hawa kimia yang melibatkan tindakan air seperti larutan dan hidrolisis 5) Jelaskan faktor yang mempengaruhi luluh hawa di kawasan berlorek dalam Peta P. Faktor iklim kerana julat suhu harian yang besar menyebabkan batuan mengalami proses kembang–kecut yang kerap. 6) Bagaimanakah kegiatan manusia mempengaruhi luluh hawa di kawasan dalam Peta Q? Kegiatan manusia seperti pembinaan jalan dan bangunan, kegiatan perlombongan dan pertanian akan melibatkan kerja mengorek tanah dan memecahkan batuan. 7) Mengapakah luluh hawa biologi lebih aktif berlaku di kawasan berlorek Peta Q berbanding dengan kawasan berlorek Peta P? Kerana kawasan peta Q merupakan kawasan iklim tropika lembap yang mempunyai flora dan fauna yang banyak. Contohnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Manakala kawasan peta P merupakan kawasan beriklim gurun panas yang mempunyai manusia, tumbuhan dan haiwan yang amat terhad. 8) Huraikan dua perbezaan proses luluh hawa di kawasan berlorek Peta P dengan kawasan berlorek Peta Q. Luluh hawa biologi aktif di kawasan Peta Q tetapi tidak aktif di kawasan Peta P. Luluh hawa fizikal jenis perubahan suhu ekstrem dominan di kawasan Peta P manakala luluh hawa jenis basahkering batuan lebih dominan di kawasan Peta Q. 9) Huraikan kesan luluh hawa terhadap pandang darat di kawasan berlorek Peta P dan Q. Di kawasan Peta P wujud gurun batu, gurun pasir, pembentukan tors, bornhard dan mendapan talus. Di kawasan Peta Q wujud batu pasir dan peroi di pantai, pembentukan tanih laterit, kaolin dan pandang darat karst. 10) Tuliskan rumusan tentang kebaikan dan keburukan kejadian luluh hawa di kedua-dua kawasan berlorek dalam peta di atas. Dari segi kebaikan ialah menghasilkan pelbagai pandang darat fizikal yang indah dapat menjadi tempat pelancongan seperti di gurun dan gua batu kapur, ini dapat menambah pendapatan negara. Luluh hawa juga membentuk tanih laterit yang sesuai untuk pertanian dan juga bahan mentah seperti kaolin. Dari segi keburukan, luluh hawa boleh merosakkan struktur bangunan, memusnahkan bentuk muka bumi yang indah dan berlaku tanah runtuh.

15


Latihan Esei Bab 7 2 (a) Nyatakan jenis luluh hawa yang dikaitkan dengan padang darat krast dalam foto di sebelah. Jelaskan proses luluh hawa tersebut. Luluh hawa kimia melalui proses pengkarbonan menghasilkan pandang darat krast seperti gua batu kapur. Pengkarbonan berlaku apabila batu kapur bertindak balas dengan asid karbonik. Asid karbonik terhasil apabila air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Tindak balas ini akan membentuk kalsium bikarbonat.

1 (b) Huraikan faktor yang mempengaruhi luluh hawa di negara Malaysia. Faktor iklim menyebabkan luluh hawa kimia aktif berlaku di kawasan tropika lembap kerana suhu tinggi 27â—ŚC dan hujan tahunan 2600 mm. Contohnya proses larutan dan hidrolisis. Faktor iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun juga mengakibatkan pemecahan batuan melalui proses basah -kering batuan. Faktor biotik giat berlaku di Malaysia kerana kegiatan manusia yang giat dijalankan seperti pembinaan jalan dan bangunan. Selain itu, tumbuhan yang banyak di Malaysia juga menyebabkan luluh hawa seperti akar pokok memecah batuan. Haiwan liar seperti gajah juga terlibat dalam proses luluh hawa biologi.

1 (c) Apakah kesan tindakan luluh hawa terhadap pandang darat fizikal. Di kawasan iklim gurun panas wujud gurun batu, gurun pasir, pembentukan tors, bornhard dan mendapan talus. Di kawasan iklim tropical lembap wujud batu pasir dan peroi di pantai, pembentukan tanih laterit, kaolin dan pandang darat karst.

2 (a) Nyatakan jenis luluh hawa yang dikaitkan dengan padang darat krast dalam foto di sebelah. Jelaskan proses luluh hawa tersebut. Luluh hawa kimia melalui proses pengkarbonan menghasilkan pandang darat krast seperti gua batu kapur. Pengkarbonan berlaku apabila batu kapur bertindak balas dengan asid karbonik. Asid karbonik terhasil apabila air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Tindak balas ini akan membentuk kalsium bikarbonat.

2 (b) Jelaskan kepentingan pandang darat fizikal seperti dalam foto di atas.

Menghasilkan pandang darat fizikal yang indah menjadi pusat ekopelancongan, contohnya Gua Niah. ini dapat menambah pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan. Pandang darat fizikal ini juga membentuk batu kapur sebagai bahan mentah membuat simen, ini dapat memajukan industri tempatan.

2 (c) Wajarkah kawasan-kawasan seperti dalam foto diterokai oleh manusia?

Tidak wajar, kerana: Kegiatan manusia akan memusnahkan habitat flora dan fauna kerana menyebabkan pokok dimusnahkan. Contoh monyet hilang tempat tinggal. Kegiatan ini menyebabkan berlaku hakisan tanih dan tanah runtuh kerana struktur tanih menjadi longgar. ATAU Wajar, kerana: pandang darat fizikal yang indah menjadi pusat ekopelancongan, contohnya Gua Niah. ini dapat menambah pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan. Pandang darat fizikal ini juga membentuk batu kapur sebagai bahan mentah membuat simen, ini dapat memajukan industri tempatan.

2 (d) Huraikan usaha dan langkah untuk memelihara kawasan seperti dalam foto di atas. Penguatkusaan undang-undang alam sekitar untuk mengawal kegiatan manusia dengan hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar supaya memberi kesedaran menjaga alam sekitar. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar supaya penduduk mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk melaksanakan kerja pemeliharaan dan pemuliharaan yang berkesan. Mengalakkan kegiatan ekopelancongan tanpa merosakkan keaslian pandang darat fizikal. 16


BAB 8

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 8.1 1) Namakan jenis gerakan jisim berdasarkan foto di atas mengikut label seperti berikut. a) W : Gelongsoran tanah / Tanah runtuh c) Y :Aliran lumpur / Banjir lumpur b) X : Kesotan tanih d) Z :Gelangsar tanah 2) Berikan dua jenis gerakan jisim perlahan. Kesotan tanih, gelangsar tanah 3) Tulis secara ringkas definisi gerakan jisim mengikut label berikut. X : Pergerakan tanih menuruni cerun secara perlahan dalam jangka masa yang panjang. W : Pergerakan jisim yang berlaku di kawasan cerun curam, tebing sungai atau kawasan pemotongan cerun oleh kegiatan manusia. Y : Pergerakan lumpur menuruni cerun bersama batu, puing-puing batu yang halus dan sisa pembalakan 4) Jelaskan faktor yang mempengaruhi gerakan jisim W dengan memberi contoh. Faktor kecerunan yang curam menggalakkan gerakan jisim beraku akibat daya tarikan graviti. Faktor hujan lebat, air hujan yang meresap ke dalam tanih akan bergerak menuruni cerun membawa bersama tanih. Faktor bencana alam seperti berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi. Faktor kegiatan manusia seperti pembinaan jalan dan pembalakan di kawasan tanah tinggi. 5) Huraikan faktor yang menggalakkan gerakan jisim Y dengan contoh yang sesuai. Faktor kecerunan yang curam menggalakkan gerakan jisim beraku akibat daya tarikan graviti. Faktor hujan lebat, air hujan yang meresap ke dalam tanih akan bergerak menuruni cerun membawa bersama tanih. Faktor kegiatan manusia seperti pembinaan jalan dan pembalakan di kawasan tanah tinggi. Contoh berlaku di Cameron Highlands 6) Huraikan perbezaan proses gerakan jisim antara W, X dan Y? Gerakan jisim W dan Y merupakan proses jisim cepat, manakala X ialah gerakan jisim perlahan. X melibatkan pergerakan tanah secara perlahan di cerun landai sudut 2° hingga 4°, kandungan air dalam tanah menyebabkan tanah menuruni cerun landai secara perlahan akibat tarikan graviti. W biasanya disebabkan kegiatan manusia seperti pembalakan dan pengkuarian di kawasan cerun bukit menyebabkan struktur tanah menjadi longgar kerana tiada akar pokok mencengkam tanah. Y berlaku apabila lapisan tanih yang longgar bercampur dengan air hujan dan menjadi lumpur menuruni cerun 7) Sejauh manakah gerakan jisim memberi impak terhadap ekosistem dan manusia? Memusnahkah habitat flora dan fauna dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menyebabkan pencemaran air sungai, sungai menjadi cetek mudah berlaku banjir apabila hujan lebat. Perubahan landskap contohnya wujud timbunan tanah dan batuan di kaki cerun. 8) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan gerakan jisim di Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar melalui ceramah. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah. Menanam tutup bumi seperti rumput untuk menstabilkan cerun. Membina gabion, perparitan dan teres untuk menghalang tanah runtuh. Menggunakan sungkupan plastik dan penyimenan cerun.

17


Latihan Esei Bab 8 1 (a) Apakah potensi bahagian cerun di tanah tinggi seperti dalam foto? Sebagai pusat ekopelancongan kerana pemandangan indah dan suhu sederhana seperti Bukit Bendera. Sebagai pusat pertanian tanaman hawa sederhana seperti menanam sayur-sayuran di Cameron Highlands. Sebagai pusat agropelancongan iaitu kawasan pelancongan berasaskan pertanian seperti Cameron Highlands

1 (b) Wajarkah pembangunan di kawasan seperti dalam foto di atas dihadkan oleh kerajaan? Wajar, kerana kawasan ini merupakan habitat flora dan fauna, contohnya tempat perlindungan monyet. Kawasan ini perlu dikawal oleh kerajaan supaya tidak berlaku hakisan tanih dan tanah runtuh, pokok di kawasan ini penting untuk menstabilkan struktur tanih. Suhu akan meningkat jika kawasan ini tidak dikawal, kerana banyak pokok akan ditebang, karbon dioksida akan bertambah. ATAU Tidak wajar, kerana kawasan ini berpotensi sebagai pusat ekopelancongan kerana pemandangan indah dan suhu sederhana seperti Bukit Bendera, ini dapat menambah pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan. Kawasan ini juga penting sebagai pusat pertanian tanaman hawa sederhana seperti menanam sayur-sayuran di Cameron Highlands.

1 (c) Huraikan kesan sekiranya kawasan dalam foto diterokai oleh manusia. Memusnahkah habitat flora dan fauna dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna kerana banyak pokok akan ditebang. Contohnya harimau yang kehilangan habitat akan semakin pupus. Berlaku hakisan tanih dan tanah runtuh, kerana tiada pokok untuk menstabilkan struktur tanih. Menyebabkan pencemaran air sungai, sungai menjadi cetek mudah berlaku banjir apabila hujan lebat. Perubahan landskap contohnya wujud timbunan tanah dan batuan di kaki cerun.

1 (d) Jelaskan halangan yang wujud di kawasan dalam foto jika dimajukan oleh manusia. Bentuk muka bumi tingi akan menyukarkan kerja pembinaan seperti pembinaan jaringan pengangkutan, kerana permukaan yang tidak rata. Ini akan melibatkan kos pembinaan yang tinggi. Kawasan ini mempunyai hutan yang tebal menjadi halangan kerana perlu memusnahkan habitat flora dan fauna. Cerun yang curam akan menyebabkan berlaku tanah runtuh dan membawa kerugian.

2 (a) Pada pendapat anda, apakah faktor yang mengakibatkan kejadian di atas berlaku? Kegiatan pembalakan yang giat menyebabkan struktur tanih tidak stabil dan terdedah kepada agen hakisan. Kegiatan pertanian menyebabkan pokok ditebang dan struktur tanih menjadi longgar Kegiatan pembangunan seperti pembinaan jalan dan bangunan menyebabkan banyak pokok ditebang, permukaan tanih menjadi permukaan konkrit yang tidak dapat menyerap lebihan air hujan.

2 (b) Mengapakah gerak jisim aktif berlaku di negara Malaysia? Faktor iklim khatulistiwa, menerima hujan tahunan tinggi kira-kira 2600 mm. Air hujan yang meresap ke dalam tanih akan bergerak menuruni cerun membawa bersama tanih. Contohnya, aliran lumpur berlaku apabila lapisan tanih yang longgar bercampur dengan air hujan dan menjadi lumpur menuruni cerun. Malaysia mempunyai kegiatan pembinaan lebuh raya di kawasan tanah tinggi yang menyebabkan pemotongan cerun. Kegiatan pembalakan menyebabkan struktur tanih menjadi tidak stabil tanpa pokok. Kegiatan pertanian di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands juga menyebabkan gerakan jisim giat berlaku.

2 (c) Cadangkan usaha yang dapat mengurangkan risiko berlaku tanah runtuh di Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar melalui ceramah. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah. Menanam tutup bumi seperti rumput untuk menstabilkan cerun. Membina gabion, perparitan dan teres untuk menghalang tanah runtuh. Menggunakan sungkupan plastik dan penyimenan cerun.

18


BAB 9

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 9.1 1) Namakan proses kitaran air seperti yang ditunjukkan seperti rajah di atas. Kitaran hidrologi / Kitaran air 2) Nyatakan tiga punca air pembentukan sungai dalam rajah di atas. a) Air hujan b) Glasier c) Air bawah tanah 3) Tuliskan nama proses berikut berdasarkan rajah di atas. a) X : Penyejatan b) Y : Pemeluwapan c) Z : Kerpasan / Hujan 4) Tuliskan tiga proses tindakan air yang berlaku di peringkat saliran berdasarkan rajah. a) A : Hakisan sungai b) B : Pengangkutan sungai c) C : Pemendapan sungai 5) Jelaskan jenis tindakan air mengalir yang berlaku di peringkat A. Hakisan menegak ialah hakisan bahagian dasar yang aliran air deras menyebabkan alur-alur sungai menjadi dalam, sempit dan berbentuk V. Hakisan mengundur ialah hakisan sungai ke atas batuan lembut menyebabkan batuan air terjun runtuh dan semakin mengundur ke belakang. 6) Senaraikan empat cara tindakan air mengalir di peringkat A. Tindakan hidraul, tindakan geseran, tindakan lagan, tindakan larutan 7) Bagaimanakah proses alur sungai di peringkat B menjadi lebar dan berbentuk U? Proses hakisan Melebar berlaku iaitu hakisan secara mendatar kedua-dua tebing sungai yang aktif di peringkat tengah sungai. Lama-kelamaan alur sungai semakin luas berbentuk U. 8) Jelaskan tindakan air terhadap beban yang berat dan sederhana berat di peringkat B. Tindakan seretan iaitu beban yang berat seperti batu tongkol bergeser di sepanjang dasar sungai. Tindakan lompatan iaitu beban yang sederhana berat seperti kerikil diangkut oleh sungai dengan cara lompatan mengikut arus sungai. 9) Bagaimanakah tindakan air terhadap beban halus dan mudah dilarut di peringkat B. Cara apungan iaitu bahan yang diangkut oleh aliran air berlaga antara satu sama lain menjadi lebih kecil dan halus. Cara larutan iaitu air sungai melarutkan batuan pada tebing dan dasar sungai. 10) Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses tindakan air di peringkat C. Pemendapan berlaku apabila air sungai tidak berupaya mengangkut bahan yang dibawa,proses pemendapan dipengaruhi oleh perubahan cerun dasar sungai, pertembungan antara arus sungai dengan arus laut di muara, halangan-halangan di dasar sungai dan perubahan alur sungai dari kecil kepada besar.

Penilaian Tahap Penguasaan 9.2 1) Namakan peringkat saliran berikut berdasarkan rajah di atas. a) P : Peringkat hulu b) Q : Peringkat tengah c) Q : Peringkat hilir 2) Senaraikan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan peringkat P. Lurah „V‟, air terjun, jeram, lubang periuk 3) Senaraikan bentuk muka bumi di peringkat Q. Lurah „U‟, likuan sungai, susuh bukit berpanca 4) Apakah jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan R? Likuan terpenggal, tasik ladam, tetambak, dataran banjir, delta 5) Jelaskan perbezaan alur sungai di kawasan P dengan Q akibat tindakan air sungai. Di peringkat P akibat air aliran yang deras hakisan menegak berlaku membentuk alur sungai yang sempit bentuk V dan tebing curam. Manakala di peringkat Q akibat tindakan hakisan melebar lebih giat apabila aliran sungai tidak begitu deras. 6) Membezakan likuan sungai di kawasan Q dengan R akibat tindakan air sungai. Di kawasan Q, sungai mula berliku, setiap likuan sungai mempunyai tebing cekung dan tebing cembung. Hakisan berlaku di tebing cekung dan pemendapan berlaku di tebing cembung. Di kawasan R, proses pemendapan dan hakisan berterusan menyebabkan likuan sungai terpisah membentuk likuan terpenggal. Bahagian likuan yang terpenggal akan membentuk tasik ladam. 7) Jelaskan faktor yang menggalakkan pembentukan bentuk muka bumi A. Pembentukan delta disebabkan oleh proses pemendapan berlaku apabila air sungai tidak berupaya mengangkut bahan yang dibawa,delta terbentuk dipengaruhi oleh faktor perubahan cerun dasar sungai, pertembungan antara arus sungai dengan arus laut di muara, halangan-halangan di dasar sungai dan perubahan alur sungai dari kecil kepada besar. 19


8) Terangkan proses pembentukan bentuk muka bumi B. Proses pemendapan dan hakisan berterusan menyebabkan likuan sungai terpisah membentuk likuan terpenggal. Bahagian likuan yang terpenggal akan membentuk tasik ladam. 9) Huraikan proses pembentukan tebing sungai C. Sungai mula berliku, setiap likuan sungai mempunyai tebing cekung dan tebing cembung. Hakisan berlaku di tebing cekung dan pemendapan berlaku di tebing cembung . 10) Jelaskan perbezaan pembentukan air terjun dan jeram di peringkat P. Air terjun terbentuk di kawasan batuan keras dan batuan lembut berlapis secara mendatar. Tindakah hidraul menghakis batuan lembut dam membentuk lubuk tunjam yang dalam. Jeram terbentuk di kawasan struktur batuan keras dan lembut disusun secara condong, membentuk jeram.

Penilaian Tahap Penguasaan 9.3 1) Namakan bentuk muka bumi berikut. a) P : Jeram b) Q : _________________

b) T : Air terjun

2) Di peringkat saliran manakah terdapat pandang darat fizikal P dan T? Peringkat hulu 3) Nyatakan jenis tindakan aliran air dan cara tindakan aliran air tentang pembentukan T. Hakisan sungai dan tindakah hidraul 4) Huraikan punca kemerosotan kualiti air di kawasan tersebut. Pembuangan sisa kilang ke longkang dan sungai / Kegiatan pembalakan menyebabkan hakisan tanih Pembuangan sampah sarap oleh penduduk ke sungai / Penggunaan baja kimia Pembuangan najis haiwan ternakan seperti ayam ke sungai / Penggunaan racun serangga 5) Cadangkan langkah yang berkesan untuk menjamin kualiti air sungai tidak terjejas. Penguatkuasaan undang-undang dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar melalui ceramah. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah. Mengadakan kempen kitar semula untuk mengurangkan sampah sarap. 6) Bandingkan kualiti air antara sungai M dengan sungai N. Air di sungai M bersih/ jernih/kualiti baik Air di sungai M kotor/tercemar/kualiti buruk/tidak baik/tidak bersih 7) Bagaimanakah dapat menentukan kualiti air antara sungai M dengan sungai N? Menerusi Indikator Pencemaran Air contohnya melalui warna, bau dan kandungan bakteria air sungai. Sungai M tiada sampah sarap tetapi sungai N penuh oleh sampah sarap 8) Jelaskan kesan kemerosotan kualiti air terhadap alam sekitar dan manusia. Menjejaskan habitat hidupan akuatik, hidupan akuatik seperti ikan akan pupus. Pencemaran air akan menjejaskan keseimbangan ekosistem sungai dan lautan. Menjejaskan kesihatan manusia, kerana air yang tercemar boleh membawa penyakit. Menyebabkan krisis air, air yang bersih akan berkurangan. 9) Huraikan potensi sungai M. Sebagai pusat ekopelancongan kerana pemandangan yang indah dan boleh menjalankan aktiviti seperti memancing dan berkelah. Sebagai pusat perikanan, sungai mempunyai hidupan akuatik yang banyak seperti ikan.

20


Latihan Esei Bab 9 1 (a) Jelaskan secara ringkas proses kitaran air berdasarkan rajah. Wap air nak ke udara dari permukaan air melalui proses penyejatan. Wap air menjadi awan apabila udara tinggi sejuk melalui proses pemeluwapan. Awan yang berat turun menjadi hujan atau salji dikenali proses kerpasan.

1 (b) Bagaimanakah sungai terbentuk di bumi? Sungai ialah aliran air yang mengalir secara berterusan dari peringkat hulu ke peringkat hilir. Sungai terbentuk daripada tiga punca sumber air. Air hujan sebagai air larian permukaan turun dari tanah tinggi membentuk alur-alur kecil. Alur-alur ini bercantum membentuk sungai. Glasier ialah timbunan ais besar yang bergerak menuruni cerun ke permukaan bumi. Glasier yang mencair pada musim panas akan membentuk sungai. Air bawah tanah yang keluar ke permukaan bumi sebagai air mata air akibat tekanan akan membentuk alur-alur dan mengalir sebagai sungai.

1 (c) Huraikan kepentingan sungai dalam ekosistem dan kehidupan manusia. Membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik seperti untuk mencuci dan memasak. Membekalkan sumber air untuk tujuan pertanian seperti penanaman padi. Contoh di Dataran Kedah-Perlis. Membekalkan sumber makanan seperti ikan dan udang, merupakan sumber protein yang penting. Membekalkan sumber tanih yang subur di lembangan sungai, memajukan sektor pertanian. Contoh pertanian padi. Sebagai jalan pengangkutan untuk mengangkut barangan dan penumpang seperti Sungai Rajang. Menyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan dapat menambah pendapatan penduduk dan negara.

1 (d) Wajarkah pembangunan di kawasan saliran dihadkah oleh kerajaan?

Wajar, kerana untuk mengurangkan pencemaran air, ini penting untuk mengekalkan habitat hidupan akuatik seperti ikan. Untuk mengelakkan kepupusan hidupan akuatik seperti ikan, jika sesetengah ikan terpupus akan menjejaskan keseimbangan ekosistem sungai. Untuk menjamin kesihatan penduduk dengan mendapat sumber air yang selamat dimimum, ini dapat mengelakkan wabak penyakit.

2 (a) Huraikan punca kejadian pencemaran alam di atas berdasarkan pengetahuan anda.

Kepesatan perindustrian menyebabkan kilang membuang sisa kilang yang bertoksik ke sungai. Pihak kilang tidak menyediakan tempat khas untuk menguruskan sisa kilang yang bertoksik. Pihak kilang tidak ada kesedaran untuk menjaga alam sekitar, mereka tidak peduli kesan negatif terhadap bahan toksik terhadap manusia dan ekosistem. Pihak kilang tidak menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pengurusan sisa kilang yang berkesan. Pembuangan sisa domestik oleh penduduk ke sungai seperti sisa makanan. Pembuangan sampah sarap oleh penduduk ke sungai. Kegiatan pertanian menggunakan racun serangga dan baja kimia akan menjejaskan kualiti air sungai.

2 (b) Jelaskan kesan-kesan pencemaran sungai terhadap alam sekitar dan manusia.

Mengancam habitat hidupan akuatik seperti ikan, pembiakan hidupan akuatik akan terjejas, ini boleh mengakibatkan kepupusan hidupan akuatik. Kepupusan ini akan menjejaskan keseimbangan ekosistem sungai. Menjejaskan kesihatan penduduk, air yang tercemar akan membawa penyakit dan membawa maut. Menjejaskan pendapatan nelayan kerana kematian ikan.

2 (c) Cadangkan usaha yang dapat melestarikan sungai di Malaysia.

Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar melalui ceramah. Mengadakan kempen “Cintailah Sungai Kita�. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah. Mengadakan kempen kitar semula bagi mengurangkan pencemaran sampah. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti air sungai. Memasang perangkap sampah di parit dan longkang untuk menapis sampah mengalir ke sungai. Menggalakkan penggunaan baja organik dan racun serangga organik. Pihak kerajaan mewajibkan pihak kilang mengadakan loji merawat semula air sisa.

21


BAB 10

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 10.1 1) Namakan dua jenis ombak berikut. a) M : Ombak pembina b) Q : __________b) N : Ombak pembinasa 2) Bandingkan daya damparan ombak antara ombak M dan N. Ombak M mempunyai daya damparan ombak yang kuat. Ombak N mempunyai daya damparan ombay yang perlahan. 3) Bandingkan daya basuhan balik antara ombak M dan N. Ombak M mempunyai daya basuhan balik yang lemah. Ombak N mempunyai daya basuhan balik yang kuat. 4) Nyatakan maksud hakisan ombak. Proses melarut atau mengorek dan mengeluarkan batuan dari tempat asalnya.. 5) Tuliskan definisi tentang pengangkutan ombak. Proses mengangkut bahan yang terhakis di pinggir pantai. Bahan yang berbeza diangkut oleh cara yang berbeza oleh ombak 6) Apakah itu proses pemendapan ombak? Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung, kerana halaju ombak berkurangan menyebabkan beban dimendapkan. 7) Jelaskan secara ringkas cara hakisan ombak berikut. a) Tindakan hidraul

Kuasa air laut tanpa melibatkan bahan muatan yang dibawa oleh ombak.

b) Kikisan Tindakan melibatkan bahan muatan yang dibawa oleh ombak di kaki cenuram yang menghadap dan lelasan ombak. c) Lagaan

Tindakan melibatkan perubahan saiz dan bentuk bahan muatan ombak yang berlaga sesama sendiri dan berlaga dengan batuan di pantai sehingga pecah

d) Larutan

Tindakan menyebabkan mineral batuan larut dan mengubah kandungan mineral batuan.

8) Jelaskan secara ringkas cara pengangkutan ombak berikut. a) Golekan

Proses menyeret beban ombak secara sedikit demi sedikit oleh arus ombak.

b) Lompatan Batuan yang sederhana besar diangkut secara lompatan. c) Apungan

Bahan apungan terdiri daripada beban yang ringan seperti lumpur, kelodak, daun dan batang kayu.

9) Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan. Jenis Ombak.Ombak pembina memainkan peranan penting dalam proses memendapkan beban ombak ke pinggir pantai. Beban Sedimen. Bahan mendapan ombak dari sungai, bahan hakisan ombak dan bahan terluluh hawa di pinggir pantai. Keadaan Garis Pesisir. Di pinggir pantai yang landai dan terlindung menyebabkan halaju ombak perlahan menggalakkan proses pemendapan. Tenaga Ombak. Bahan yang lebih kasar dimendapkan di bahagian pantai yang lebih dalam, bahan halus dimendapakan di pesisir pantai.

Penilaian Tahap Penguasaan 10.2 1) Jelaskan proses tindakan ombak yang membentuk bentuk muka bumi di Rajah 1. Hakisan ombak melalui tindak hidraul, kuasa air laut tanpa melibatkan bahan muatan yang dibawa oleh ombak. Ombak yang menghempas pantai lalu air laut masuk rekahan batuan menyebabkan udara dalam rekahan memberi tekanan terhadap rekahan batuan. Proses berulang-ulang ini menyebabkan rekahan batuan di cenuram semakin luas dan runtuh. 2) Namakan bentuk muka bumi pinggir pantai Rajah 1 mengikut label berikut. A

Tebing tinggi/Cenuram

D

Teluk

G

Gerbang laut

B

Geo

E

Lohong ombak/Gloup

H

Batu tunggul

C

Tanjung

F

Gua

I

Tunggul sisa

22


3) Jelaskan proses tindakan ombak yang membentuk bentuk muka bumi di Rajah 2. Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung, kerana halaju ombak berkurangan menyebabkan beban dimendapkan. 4) Namakan bentuk muka bumi pinggir pantai Rajah 2 mengikut label berikut. S

Lagun

T

U

Anak tanjung

Tombolo

V

Beting pasir

5) Tuliskan perbezaan secara ringkas antara pandang darat fizikal Rajah 1 dan Rajah 2. Pandang darat fizikal dalam rajah 1 terbentuk akibat hakisan ombak, manakala rajah 2 akibat pemendapan ombak. Pandang darat fizikal rajah 1 melalui proses melarut atau mengorek dan mengeluarkan batuan dari tempat asalnya. Manakala rajah 2 melalui pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung, kerana halaju ombak berkurangan menyebabkan beban dimendapkan. 6) Apakah perbezaan di antara bentuk muka bumi C dan D akibat tindakan ombak? Pinggir laut yang terdiri daripada batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli. Bahagian batuan lembut yang cepat terhakis membentuk teluk. Batuan keras yang tahan hakisan membentuk tanjung. 7) Jelaskan perbezaan bentuk muka bumi F dan G akibat tindakan ombak? Gua terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul terhadap cenuram. Gerbang laut terbentuk apabila dua buah gua yang bertentangan di sebuah tanjung bergabung. 8) Berikan perbezaan bentuk muka bumi U dan V akibat tindakan ombak? Beting pasir terbentuk akibat pemendapan pasir dan kelikir yang membentuk permatang yang selari dengan pantai. Beting pasir yang menghubungkan daratan dengan pulau dikenali sebagai tombolo.

Penilaian Tahap Penguasaan 10.3 1) Namakan pandang darat fizikal mengikut label dalam rajah. a) X : Batu tunggul b) Y : Gerbang laut c) Z : Pantai berpasir 2) Apakah tindakan ombak yang menghasilkan bentuk muka bumi X dan Y? Hakisan ombak 3) Nyatakan proses tindakan ombak yang menghasilkan bentuk muka bumi Z. Pemendapan ombak 4) Berikan dua contoh lokasi di negara Malaysia yang mempunyai pandang darat Z yang indah. a) Pulau Langkawi / Pulau Pangkor b) Pulau Tioman/Pulau Perhentian 5) Jelaskan potensi yang boleh dibangunkan tanpa menjejaskan alam sekitar di lokasi seperti ini. Sebagai pusat ekopelancongan, lokasi pinggir laut dijadikan tempat pelancongan dengan mengekalkan keaslian alam sekitar. Pandang darat fizikal asal dikekalkan menjadi tarikan pelancong seperti pasir yang halus dan air laut yang jernih. Hidupan akuatik juga terlindung menjadi tarikan pelancong dan menggalakkan aktiviti seperti menyelam. 6) Huraikan kegiatan manusia yang boleh menjejaskan keaslian kawasan seperti dalam rajah. Pembuangan sisa kilang ke sungai, air sungai tercemar akan mengalir ke lautan. Pembuangan sampah ke longkang dan sungai seperti botol plastik akan mengalir ke laut dan pantai. Pembinaan pelabuhan menyebabkan hutan bakau ditebang, akan menyebabkan pantai terhakis. Kegiatan perlombongan seperti perlombongan petroleum akan mencemari air laut. Kegiatan penternakan menyebabkan najis haiwan mengalir ke sungai dan ke lautan, 7) Jelaskan kesan penerokaan kawasan tersebut terhadap alam sekitar. Menjejaskan habitat hidupan akuatik, rantaian makanan akan terjejas, ini boleh menyebabkan kepupusan hidupan akuatik seperti penyu. Pencemaran air akan menjejaskan keseimbangan ekosistem lautan. Menjejaskan kesihatan manusia, kerana air yang tercemar boleh membawa penyakit. Suhu meningkat jika sumber hutan bakau di pantai ditebang. Pantai terhakis jika hutan bakau di pantai ditebang. 8) Huraikan usaha yang dapat mengekalkan keaslian kawasan ini. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar melalui ceramah. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah. Mengadakan kempen kitar semula bagi mengurangkan pencemaran sampah. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem pantai dan lautan. Memasang perangkap sampah di parit dan longkang untuk menapis sampah mengalir ke sungai. Mewartakan taman laut sebagai langkah pemeliharaan. Menanam semula pokok bakau yang ditebang. Pihak kerajaan mewajibkan pihak kilang mengadakan loji merawat semula air sisa.

23


Latihan Esei Bab 10 1 (a) Jelaskan fungsi sumber pantai dalam foto terhadap ekosistem. Sebagai habitat hidupan akuatik, iaitu tempat perlindungan dan pembiakan hidupan seperti ikan dan ketam. Sebagai zon penampan untuk mengurangkan halaju ombak dapat mengurangkan pantai terhakis. Menyederhanakan suhu, kerana pokok bakau menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Mengekalkan keseimbangan ekosistem pantai dan lautan.

1 (b) Jelaskan punca penerokaan sumber pantai di kawasan seperti dalam foto. Pembalakan pokok bakau untuk membina pelabuhan di pantai yang terlindung. Pokok bakau ditebang untuk dijadikan bahan mentah seperti membuat arang kayu. Pokok bakau ditebang untuk menjadi tempat pelancongan seperti membina tempat penginapan. Pokok bakau ditebang untuk projek penambakan pantai. Pokok bakau ditebang untuk dijadikan petempatan nelayan.

1 (c) Huraikan kesan penerokaan kawasan sumber pantai tersebut terhadap alam sekitar. Menjejaskan habitat hidupan akuatik, pembiakan hidupan akan terjejas, ini boleh menyebabkan kepupusan hidupan akuatik seperti ikan. Pencemaran air akan menjejaskan keseimbangan ekosistem lautan. Menjejaskan kesihatan manusia, kerana air yang tercemar boleh membawa penyakit. Suhu meningkat jika sumber hutan bakau di pantai ditebang. Pantai terhakis jika hutan bakau di pantai ditebang. Merosakkan terumbu karang.

1 (d) Bagaimanakah langkah pemeliharaan terhadap kawasan ini setelah dimusnahkan?

Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar melalui ceramah. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah. Mewartakan taman negara dan taman laut. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan seperti menghasilkan baka pokok bakau yang cepat membesar.

2 (a) Wajarkah projek penambakan laut seperti dalam maklumat di atas dilaksanakan?

Tidak wajar, kerana akan memusnahkan habitat hidupan akuatik, tempat perlindungan dan pembiakan seperti ikan akan terjejas. Ini boleh menyebabkan kepupusan hidupan akuatik seperti penyu semakin pupus. Ekosistem pantai dan lautan akan terjejas kerana habitat hidupan akuatik terancam dan kepupusan berlaku. ATAU Wajar, kerana dapat menambah ruangan untuk pembangunan seperti untuk membina petempatan di pinggir pantai. Contohnya di Pulau Pinang kerana kekurangan ruangan tanah. Penambakan laut dapat memajukan jaringan pengangkutan seperti untuk membina lebuh raya di Pulau Pinang. Ini dapat meningkatkan darjah ketersampaian.

2 (b) Selain projek di atas, huraikan kegiatan manusia lain yang akan menjejaskan pinggir laut. Pembalakan pokok bakau untuk membina pelabuhan di pantai yang terlindung. Pokok bakau ditebang untuk dijadikan bahan mentah seperti membuat arang kayu. Pokok bakau ditebang untuk menjadi tempat pelancongan seperti membina tempat penginapan. Pokok bakau ditebang untuk dijadikan petempatan nelayan. Kegiatan perikanan yang menyebabkan tumpahan minyak kapal. Kegiatan perlombongan seperti petroleum menyebabkan bocohan minyak menyebabkan air laut tercemar.

2 (c) Bagaimanakah langkah yang berkesan untuk melestarikan kawasan pinggir pantai? Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar melalui ceramah. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah. Mewartakan taman laut seperti Taman Laut Pulau Tioman dan Taman Laut Pulau Redang. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti air lautan. Memasang perangkap sampah di parit dan longkang untuk menapis sampah mengalir ke sungai.

24


JAWAPAN Latihan Pengukuhan Soalan Objektif Geografi Fizikal

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31.

B D C D D C A D A B A D B D D A D B C D B A C A B A C A B A C

25


SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

BAB 11

Penilaian Tahap Penguasaan 11.1 1) Nyatakan tiga jenis taburan penduduk di dunia. a) Penduduk jarang b) Penduduk sederhana

c) Penduduk padat

2) Jelaskan maksud taburan penduduk. Taburan penduduk ialah sebaran penduduk di dalam suatu kawasan di permukaan bumi. 3) Terangkan pola taburan penduduk di dunia secara ringkas. Taburan penduduk dunia adalah tidak sekata, hampir separuh daripada jumlah penduduk dunia tertumpu di kawasan seluas 5% sahaja daripada keseluruhan tanah di dunia. 4) Tuliskan huraian secara ringkas dan contoh mengikut pola taburan penduduk berikut. Huraian

a) Penduduk Jarang

-Di kawasan perindustrian seperti Shah Alam (Malaysia), Manchester (England) dan New York (Amerika Syarikat). -Kawasan pertanian seperti di Lembangan Chang Jiang (China), Lembangan Indus-Ganges (India) dan Lembangan Nil (Mesir). -Di Bandar utama seperti Tokyo, Paris dan Jakarta.

b) Penduduk -Di kawasan kutub seperti Artik, Antartika dan kawasan tundra (Greenland). Sederhana -Kawasan pergunungan tinggi seperti Himalaya dan Rocky. -Kawasan gurun panas seperti Gurun Sahara dan Gurun Mojave. -Kawasan hutan hujan seperti di Amazon(Amerika Selatan).

c) Penduduk Padat

-Di kawasan perindustrian seperti Shah Alam (Malaysia), Manchester (England) dan New York (Amerika Syarikat). -Kawasan pertanian seperti di Lembangan Chang Jiang (China), Lembangan Indus-Ganges (India) dan Lembangan Nil (Mesir). -Di Bandar utama seperti Tokyo, Paris dan Jakarta.

5) Kirakan kepadatan penduduk bagi wilayah X, Y dan Z dan nyatakan pola taburan penduduknya. Wilayah

Keluasan (km2) Jumlah Penduduk (orang)

Kepadatan Penduduk 2

a) Wilayah X

1569

590377

376 orang per 1km

b) Wilayah Y

4475

714976

160 orang per 1km2

c) Wilayah Z

11472

42 orang per 1km

482314

26

2

Taburan Penduduk Padat Sederhana Jarang


Latihan Esei Bab 11.1 1 (a) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi kepadatan penduduk di kawasan berlorek wwwdengan memberi contoh. Kawasan bentuk muka bumi pamah dan rata berpenduduk padat kerana mudah menjalankan kegiatan ekonomi seperti di St. Lawrence (Amerika Utara). Kawasan iklim panas dan lembap di Asia mempunyai penduduk padat kerana kegiatan pertanian dapat dijalankan dengan giat. Kawasan bertanih subur seperti laterit dan aluvium mempunyai penduduk padat seperti di Pulau Jawa mempunyai lava bes yang subur untuk pertanian. Kawasan bersaliran baik mempunyai penduduk padat seperti Lembangan Chao Phraya (Thailand) dan Lembangan St. Lawrence.

1 (b) Bagaimanakah faktor sosioekonomi dan governan mempengaruhi kepadatan penduduk wwwldi kawasan berlorek? Huraikan faktor dengan contoh kawasan yang sesuai. -Kawasan perindustrian dan kawasan pertanian mempunyai penduduk padat kerana terdapat peluang pekerjaan yang banyak. Contoh pusat perindustrian di Ruhr (Jerman) dan pusat pertanian di Lembangan Sungai Mekong (Indochina). -Kawasan yang mempunyai kemdahan pengangkutan yang baik mempunyai penduduk padat kerana memudahkan mobiliti penduduk. -Kawasan yang mempunyai kemudahan sosial lengkap seperti sekolah dan hospital mempunyai penduduk padat. Contoh di New York (Amerika Syarikat). -Dasar kerajaan membuka bandar baharu seperti Tampines (Singapura), Hangzhou (China) dan New Delhi (India) berpenduduk padat. -Pembinaan kawasan perindustrian baharu oleh kerajaan berpenduduk padat seperti Shah Alam (Selangor).

1 (c) Huraikan kesan negatif taburan penduduk di kawasan berlorek. Penduduk yang padat menyebabkan persaingan guna tanah untuk tujuan petempatan, perindustrian dan sebagainya meningkat. Ini mengakibatkan saiz guna tanah semakin berkurangan dan kos tanah semakin meningkat. Contoh di Sichuan (China). Penduduk yang padat menyebabkan masalah pengangguran kerana peluang pekerjaan menjadi terhad. Ini mengakibatkan taraf hidup yang rendah. Contoh Manila (Filipina). Penduduk yang padat menyebabkan pencemaran alam seperti pencemaran udara, air dan bau. Contoh Sungai Ganges (India) mengalami pencemaran yang menjejaskan kesihatan penduduk. Penduduk yang padat menyebabkan masalah setinggan, keadaan tempat tinggal yang sesak mengakibatkan pelbagai penyakit seperti malaria dan taun. Contoh di Dhaka (Bangladesh).

1 (d) Bagaimanakah langkah untuk mengatasi kesan negatif di kawasan berlorek?

Dasar kerajaan mengehadkan kadar kelahiran seperti berlaku di China untuk mengawal pertumbuhan penduduk. Kerajaan juga boleh menggalakkan penduduk mengamalkan amalan perancangan keluarga untuk membentuk saiz keluarga yang kecil. Meningkatkan taraf pendidikan penduduk supaya penduduk berpendidikan tinggi lebih menerima perancangan keluarga. Menggalakkan pelaburan asing untuk menambah peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Mengadakan kempen kitar semula untuk mengurangkan pencemaran alam.

2 (a) Nyatakan pola taburan penduduk di lokasi yang ditunjukkan dilsebelah dan huraikan wwwrfaktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan-kawasan tersebut. Lokasi-lokasi ini berpenduduk sederhana. Di kawasan pertanian dan penternakan di padang rumput hawa sederhana seperti Steppe (Rusia) dan Praire (Kanada). Kawasan ini mempunyai peluang pekerjaan yang sederhana dan bentuk muka bumi pamah memudahkan kegiatan dijalankan.

2 (b) Sejauhmanakah kawasan berpenduduk padat memberi kesan positif terhadap ekonomi di wwwsesebuah negara? Penduduk yang padat membantu meluaskan saiz pasaran domestik, ini dapat menarik pelaburan asing. Contoh China mempunyai pasaran barangan tempatan yang luas. -Penduduk yang padat membekalkan tenaga buruh yang ramai yang diperlukan dalam semua kegiatan ekonomi. -Penduduk yang padat mempunyai kos upah buruh yang rendah, ini dapat menjimatkan kos pengeluaran.

2 (c) Tuliskan alasan anda untuk menyokong pernyataan di bawah.

Saya sokong, kerana taburan penduduk dunia adalah tidak sekata, hampir separuh daripada jumlah penduduk dunia tertumpu di kawasan seluas 5% sahaja daripada keseluruhan tanah di dunia. Ini disebabkan bentuk muka bumi di dunia adalah berbeza, contohnya tanah pamah berpenduduk padat dan tanah tinggi berpenduduk jarang. Iklim yang tidak sama juga menyebabkan taburan penduduk dunia tidak sekata, contohnya, kawasan iklim tropikal lembap berpendudukan padat manakala kawasan beriklim melampau sejuk dan panas berpenduduk jarang. 27


Latihan Esei Bab 11.2 1 (a) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi kepadatan penduduk di kawasan berlorek www dengan memberi contoh. -Kawasan tanah tinggi, kawasan hutan dan kawasan paya berpenduduk jarang kerana kegiatan ekonomi sukar dijalankan seperti di Banjaran Himalaya. -Kawasan beriklim sejuk dan panas yang melampau mempunyai penduduk jarang kerana tidak sesuai menjalankan kegiatan manusia. -Kawasan sejuk yang bertanih podzol tidak subur mempunyai penduduk jarang seperti di Siberia (Rusia). -Kawasan gersang mempunyai penduduk jarang seperti di Gurun Thar (India) dan Gurun Sahara (Afrika Utara).

1 (b) Selain faktor fizikal, jelaskan faktor manusia yang mempengaruhi taburan penduduk di wwwlkawasan berlorek di atas dengan memberi contoh kawasan. -Kawasan yang menjalankan kegiatan ekonomi primitif berpenduduk jarang seperti pertanian pindah dan memburu seperti di Gurun Thar. -Kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan yang terhad berpenduduk jarang, kerana menyukarkan mobiliti penduduk. Contoh di kawasan Banjaran Himalaya. -Kawasan yang mempunyai kemudahan sosial terhad seperti sekolah dan hospital berpenduduk jarang kerana taraf hidup yang rendah.

1 (c) Huraikan kesan negatif taburan penduduk di kawasan berlorek. Penduduk yang jarang menyebabkan tenaga buruh tidak mencukupi yang diperlukan oleh pelbagai industri seperti sektor pembuatan. Penduduk yang jarang menyebabkan pasaran tempatan terhad, ini akan menjejaskan perkembangan ekonomi tempatan. Penduduk yang jarang mempunyai pendapatan per kapita yang rendah kerana hasil pendapatan penduduk berasaskan sektor ekonomi tradisional seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Contoh negara Mauritania. -Penduduk yang jarang menyebabkan pembangunan infrastruktur terhad kerana kekurangan tenaga buruh mahir. Contoh Republik Palau di Asia Pasifik yang hanya terdapat lebih kurang 25 orang penduduk dalam satu pulau.

1 (d) Cadangkan langkah mengatasi kesan negatif di kawasan berpenduduk jarang.

Dasar kerajaan menggalakkan kelahiran dengan memberi insentif seperti pengecualian cukai pendapatan. Dasar kerajaan menggalakkan kemasukan migran untuk menambah jumlah penduduk. Membawa masuk buruh asing untuk membekalkan tenaga kerja yang diperlukan. Meningkatkan tahap teknologi seperti mengguna jentera untuk ganti tenaga kerja manusia. Menggalakkan golongan wanita untuk bekerja untuk mengatasi masalah kekurangan buruh.

2 (a) Huraikan punca kewujudan petempatan setinggan.

Kemasukan migran yang miskin ke bandar. Harga rumah dan kos sewa rumah yang tinggi menyebabkan penduduk miskin terpaksa mendirikan kawasan setinggan. Harga hartana yang tinggi di bandar menyebabkan harga rumah dan kos sewa yang tinggi. Taraf pendidikan rendah menyebabkan penduduk migran miskin dan menganggur.

2 (b) Jelaskan kesan petempatan setinggan terhadap alam sekitar dan negara.

Menjejaskan imej bandar dan negara boleh menjejaskan pelancongan negara. Membawa wabak penyakit, kerana tahap kebersihan yang rendah di petempatan setinggan. Menyebabkan pencemaran alam kerana amalan penduduk yang tidak menjaga kebersihan alam. Menyebabkan masalah sosial, penduduk setinggan miskin terlibat dalam kes jenayah.

2 (c) Mengapakah kepadatan penduduk negara yang ditunjukkan di sebelah memberi kesan wwwpositif terhadap penduduknya? Penduduk yang jarang melibatkan penerokaan sumber alam yang terhad, ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Contoh negara Bhutan tidak dibangunkan dengan sepenuhnya. Penduduk yang jarang membolehkan penduduk memiliki tanah yang lebih luas, membolehkan penduduk menikmati petempatan yang lebih selesa. Penduduk yang jarang membolehkan penduduk menikmati kemudahan sosial lebih optimum berbanding dengan kawasan berpenduduk padat.

28


BAB 12

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 12.1 1) Apakah maksud pertumbuhan penduduk? Pertumbuhan penduduk merujuk kepada perubahan jumlah penduduk yang sedang berlaku di kawasan tertentu, sama ada di kawasan setempat, dalam negeri atau secara global. 2) Jelaskan perbezaan antara pertumbuhan penduduk semula jadi dengan pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan penduduk semula jadi hanya mengambil kira kadar kelahiran dan kadar kematian, manakala pertumbuhan penduduk dikira berdasarkan kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi bersih. 3) Lengkapkan data demografi bagi Negara X dan Y. Negara X

Negara Z

a) Kadar Kematian

6.96 setiap 1000 orang

3.23 setiap 1000 orang

b) Kadar Kelahiran

19.10 setiap 1000 orang

7.28 setiap 1000 orang

5000 orang

11500 orang

12.14 %

4.05 %

12.31 setiap 1000 orang

7.70 setiap 1000 orang

c) Migrasi Bersih d) Kadar Pertumbuhan Semula Jadi Penduduk e) Kadar Pertumbuhan Penduduk

4) Jelaskan faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan di Negara X. Amalan kahwin usia muda seperti di Afrika meningkatkan kadar kelahiran kerana kadar kesuburan wanita tinggi. Penduduk bertaraf pendidikan rendah sukar menerima program perancangan keluarga. Amalan adat negara seperti India perlu anak yang ramai untuk keperluan tenaga buruh dalam keluarga. Kemudahan perubatan yang tidak maju menyebabkan kadar kematian tinggi. 5) Jelaskan faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan di Negara Z. Wanita berkahwin pada usia lewat seperti di Jepun menyebabkan kadar kelahiran yang rendah. Wanita bekerjaya lebih mengutamakan kerjaya menyebabkan kelahiran yang rendah. Penduduk bertaraf pendidikan mengadakan program perancangan keluarga. Taraf kesihatan yang baik,mempunyai kemudahan perubatan yang baik serta mengamalkan amalan pemakanan seimbang. Negara maju beranggapan anak yang ramai akan menyekat kebabasan dan kerjaya mereka. 6) Mengapakah kadar kelahiran Negara X lebih tinggi berbanding dengan Negara Z? Amalan perkahwinan usia muda seperti di Afrika kerana kadar kesuburan wanita tinggi. Penduduk bertaraf pendidikan rendah sukar menerima program perancangan keluarga. Amalan adat negara seperti India perlu anak yang ramai untuk keperluan tenaga buruh dalam keluarga. 7) Bandingkan kadar kematian Negara X dengan Negara Z dengan memberi faktor yang berkaitan. Kadar kematian Negara X lebih tinggi kerana taraf kesihatan yang rendah seperti tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap, contohnya hospital, tetapi Negara Z mempunyai kemudahan perubatan seperti hospital yang lengkap. Penduduk Negara X berpendidikan rendah tidak mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi penduduk Negara Z mengamalkan pemakanan seimbang.

29


Penilaian Tahap Penguasaan 12.2

Piramid Penduduk P

Piramid Penduduk Q

Piramid Penduduk R

Piramid Penduduk S

a) Jenis Piramid

Piramid Terganggu

Piramid Stabil

Piramid Progresif

Piramid Peralihan

b) Bentuk & Ciri-Ciri Graf

Bentuk yang tidak tetap

berbentuk silinder atau tegak

Berbentuk kon, tapak lebar, puncak tajam

Berbentuk botol atau hampir menegak, tapak yang kecil, bahagian tengah melebar

c) Contoh Negara

Zimbabwe, Botswana

Jepun, Sweden

Thailand, Filipina

Singapura, Kanada

d) Bilangan Muda

Sedikit

Sedikit

Ramai

Sedikit

Paling ramai

Paling ramai

Sederhana

Paling ramai

Sedikit

Ramai

Paling sedikit

Ramai

g) Nisbah Jantina

Bilangan perempuan dewasa lebih ramai

Bilangan lelaki dan perempuan hampir sama

Bilangan lelaki dan perempuan hampir sama

Bilangan perempuan dewasa lebih ramai

h) Jangka Hayat

Rendah

Tinggi

Rendah

Tinggi

i) Kadar Kelahiran

Rendah

Rendah

Tinggi

Rendah

j) Kadar Kematian

Tinggi

Rendah

Tinggi

Rendah

k) Kesan Terhadap Pembangunan Negara

-Penduduk dewasa berkurangan sumber ekonomi tidak dapat diusahakan sepenuhnya. -Pembangunan negara yang perlahan kerana penduduk dewasa yang produktif amat kurang. -Negara menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.

-Golongan dewasa berproduktif ramai dapat meningkatkan pendapatan negara. -Taraf hidup penduduk tinggi kerana kemudahan sosial yang lengkap -Ekonomi meningkat kerana mempunyai pasaran yang luas. -Bidang industri dan perkhidmatan bertaraf global. -Negara maju dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan.

-Pengangguran tinggi. -Golongan dewasa yang ramai menyediakan tenaga kerja yang banyak. -Pertumbuhan penduduk yang tinggi dapat meluaskan pasaran. -Pasaran yang luas dapat meningkatkan ekonomi negara.

-Kadar kelahiran menurun akan menyebabkan kekurangan tenaga kerja. -Golongan dewasa berproduktif yang ramai dapat meningkatkan pendapatan negara. -Lebih banyak sumber dapat digunakan untuk memajukan negara.

l) Perancangan Pembangunan Negara Untuk Mengatasi Kesan

-Kerajaan perlu mengimport -Kerajaan menggalakkan tenaga kerja dari luar negara. bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) untuk -Kerajaan menggalakkan meningkatkan lagi industri. bidang Penyelidikan dan -Kerajaan memberi insentif Pembangunan (R & D) untuk menggalakkan kelahiran untuk meningkatkan tahap teknologi. menambah tenaga kerja masa hadapan.

-Kadar pengangguran tinggi, kerajaan terpaksa menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk muda. -Kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan asas seperti hospital kepada penduduk yang ramai.

-Kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan kepada golongan tua yang ramai seperti hospital.

e) Bilangan Dewasa f) Bilangan Tua

30

-Kemudahan asas untuk golongan muda dapat dirancang dengan baik seperti kemudahan pendidikan.


Latihan Esei Bab 12.1 1 (a) Terangkan ciri-ciri dan bentuk piramid penduduk yang ditunjukkan di sebelah. Graf berbentuk kon mengambarkan bilangan golongan muda yang ramai dan bilangan golongan tua yang sedikit. Tapak yang lebar menunjukkan golongan umur muda paling ramai, kadar kelahiran tinggi. Puncak yang tajam menunjukkan golongan tua paling sedikit, kadar kematian tinggi.

1 (b) Huraikan struktur dan komposisi penduduk di Negara M. Golongan muda paling ramai, kadar kelahiran tinggi, golongan tua paling sedikit. Jangka hayat penduduk rendah, kadar kematian tinggi. Jumlah golongan perempuan umur tua lebih ramai berbanding golongan lelaki umur tua.

1 (c) Huraikan kesan pembangunan Negara M berdasarkan piramid tersebut. Golongan dewasa yang ramai menyediakan tenaga kerja yang banyak, kos upah yang rendah mengurangkan kos pengeluaran. Pertumbuhan penduduk yang tinggi dapat meluaskan pasaran. Pasaran yang luas dapat meningkatkan ekonomi negara terutamanya produk tempatan. Pengangguran tinggi kerana peluang pekerjaan terhad.

1 (d) Huraikan usaha kerajaan untuk mengatasi kesan di Negara M. Dasar kerajaan mengehadkan kadar kelahiran seperti berlaku di China untuk mengawal pertumbuhan penduduk. Kerajaan juga boleh menggalakkan penduduk mengamalkan amalan perancangan keluarga untuk membentuk saiz keluarga yang kecil. Meningkatkan taraf pendidikan penduduk supaya penduduk berpendidikan tinggi untuk melahirkan buruh mahir. Menggalakkan pelaburan asing untuk menambah peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Memajukan sistem pendidikan dengan menambah kemudahan pendidikan yang mencukupi kerana golongan muda yang ramai.

Jelaskan bentuk piramid penduduk dan ciri-ciri kependudukan di Negara X. Graf berbentuk botol atau hampir menegak. Tapak yang kecil menunjukkan kadar kelahiran rendah. Bahagian tengah melebar menunjukkan golongan dewasa yang produktif paling ramai. Puncak yang semakin melebar menunjukkan golongan tua semakin bertambah kerana kadar kematian rendah.

2 (b) Huraikan kesan kependudukan di Negara X berdasarkan bentuk piramid.

Golongan dewasa berproduktif yang ramai dapat meningkatkan pendapatan negara. Kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan kepada golongan tua yang ramai seperti hospital. Kadar kelahiran menurun menyebabkan kekurangan tenaga kerja. Golongan tua yang ramai kerajaan terpaksa menyediakan kemudahan sosial seperti hospital kepada orang tua. Tahap teknologi tinggi dapat meningkakan pengeluaran. Taraf hidup penduduk tinggi, kemudahan sosial yang lengkap disediakan oleh kerajaan. Tahap pendidikan yang tinggi dapat melahirkan buruh mahir.

2 (c) Bagaimanakah peranan kerajaan membuat perancangan pembangunan yang berkesan wwwuntuk membangunkan Negara X. Dasar kerajaan menggalakkan kelahiran dengan memberi insentif seperti pengecualian cukai pendapatan. Dasar kerajaan membawa masuk buruh asing untuk membekalkan tenaga kerja yang diperlukan. Meningkatkan tahap teknologi seperti mengguna jentera untuk ganti tenaga kerja manusia. Menggalakkan golongan wanita untuk bekerja untuk mengatasi masalah kekurangan buruh. Kerajaan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pengeluaran. Memajukan sistem pendidikan untuk melahirkan buruh mahir yang ramai.

31


Latihan Esei Bab 12.2 1 (a) Terangkan ciri-ciri dan bentuk piramid penduduk yang ditunjukkan di sebelah. -Graf berbentuk silinder atau tegak. -Bentuk tegak menunjukkan perbezaan jumlah penduduk mengikut kumpulan yang tidak ketara. -Mengalami pertumbuhan penduduk sifar, kerana kejayaan amalan perancangan keluarga, tahap pendidikan yang tinggi dan penduduk yang bekerjaya.

1 (b) Huraikan ciri-ciri demografi berdasarkan bentuk piramid Negara P. Kadar kelahiran rendah, bilangan golongan umur muda sedikit Kadar kematian rendah, bilangan golongan umur tua ramai. Bilangan golongan dewasa paling ramai. Kadar pertumbuhan penduduk rendah. Jangka hayat penduduk tinggi, melebihi 85 tahun. Jumlah penduduk seimbang antara golongan muda, dewasa dan tua. Jumlah penduduk lelaki dan perempuan adalah hampir sama.

1 (c) Apakah kelebihan yang dicapai oleh Negara P dari segi pembangunan negara? Bilangan golongan dewasa yang ramai berproduktif membolehkan pendapatan negara dipertingkatkan. Taraf hidup penduduk tinggi kerana pelbagai kemudahan sosial dapat disediakan seperti hospital. Kerajaan mampu meningkatkan ekonomi kerana negara mempunyai pasaran yang luas. Ekonomi bertaraf global dalam bidang industri dan perkhidmatan. Tahap teknologi tinggi membolehkan negara menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D), ini dapat meningkatkan pengeluaran negara.

1 (d) Bagaimanakah kerajaan Malaysia dapat mencapai bentuk piramid seperti Negara P?

Meningkatkan taraf pendidikan untuk melahirkan buruh mahir yang berproduktif tinggi. Meningkatkan tahap teknologi supaya dapat meningkatkan tahap pengeluaran. Dasar kerajaan meningkatkan kemudahan perubatan seperti hospital yang lengkap untuk menurun kadar kematian. Mengadakan pemindahan teknologi dari negara maju. Dasar kerajaan menggalakkan kelahiran untuk meluaskan pasaran dan tenaga kerja yang ramai.

2 (a) Apakah jenis piramid Negara Q? Terangkan ciri-ciri struktur dan komposisi penduduk wwwlNegara Q. Piramid terganggu. Bentuk graf yang tidak tetap. Bentuk yang tidak tetap disebabkan faktor seperti penyakit, peperangan dan polisi kerajaan. Contoh penduduk muda di negara Zimbabwe ramai yang dijangkiti penyakit AIDS dan penyakit lain menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

2 (b) Huraikan faktor yang menyebabkan terbentuknya jenis pyramid penduduk ini.

Faktor wabak penyakit menyebabkan kematian yang tinggi terhadap golongan penduduk tertentu, contohnya penyakit AIDS di Zimbabwe. Faktor peperangan, contoh perang dunia menyebabkan sesetengah negara mempunyai bilangan lelaki dewasa yang jauh lebih sedikit berbanding penduduk perempuan. Faktor polisi kerajaan seperti dasar penduduk negara yang mengehadkan kelahiran.

2 (c) Jelaskan kesan negatif yang timbul di Negara Q.

Penduduk dewasa berkurangan menyebabkan sumber ekonomi tidak dapat diusahakan sepenuhnya. Pembangunan negara yang perlahan kerana penduduk dewasa yang produktif amat kurang. Negara akan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Kadar kematian tinggi akibat wabak penyakit atau peperangan.

2 (d) Kemukakan langkah untuk mengatasi kesan negatif di Negara Q.

Meningkatkan taraf pendidikan untuk melahirkan buruh mahir yang berproduktif tinggi. Meningkatkan tahap teknologi supaya dapat meningkatkan tahap pengeluaran. Dasar kerajaan meningkatkan kemudahan perubatan seperti hospital yang lengkap untuk menurun kadar kematian. Mengadakan kempen kesedaran kesihatan untuk mencegah wabak penyakit. Dasar kerajaan menggalakkan kelahiran untuk meluaskan pasaran dan tenaga kerja yang ramai. Membawa masuk buruh asing untuk mengatasi masalah kekurangan buruh. 32


Latihan Esei Bab 12.3 1 (a) Terangkan perbezaan ciri kependudukan Negara G antara tahun 2000 dan tahun 2010. Bilangan golongan muda tahun 2010 lebih ramai berbanding tahun 2000, ini menunjukkan ada peningkatan kadar kelahiran pada 2010. Golongan dewasa pada tahun 2010 bertambah lebih ramai berbanding tahun 2000. Golongan tua juga bertambah ramai pada tahun 2010 berbandin tahun 2000, ini bermaksud kadar kematian tahun 2010 lebih rendah. Jangka hayat penduduk tahun 2010 lebih tinggi daripada 2000. Pertumbuhan penduduk yang lebih tinggi pada 2010 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2000.

1 (b) Huraikan faktor yang mempengaruhi perubahan pertumbuhan penduduk di Negara G. Taraf kesihatan meningkat seperti mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap. Contoh hospital. Penduduk mengamalkan pemakanan seimbang. Contoh memakan buah dan sayur mencukupi. Penduduk mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam. Tahap kebersihan yang tinggi membantu mengurangkan jangkitan penyakit. Taraf pendidikan tinggi membolehkan penduduk menjaga kesihatan.

1 (c) Cadangkan langkah untuk meningkatkan kadar kelahiran di negara penduduk jarang. Dasar kerajaan memberi insentif menggalakkan kelahiran seperti memberi pengecualian cukai anak yang ramai. Kerajaan memberi pendidikan percuma untuk mengurangkan beban keluarga. Kerajaan memberi cuti bersalin bergaji. Kerajaan memberi kemudahan perubatan percuma seperti suntikan percuma untuk bayi. Kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan meningkatkan kelahiran.

1 (d) Bagaimanakah usaha dapat mengatasi kadar kematian yang tinggi di sesebuah negara? Dasar kerajaan menggalakkan amalan pemakanan seimbang, seperti banyak makan sayur dan buah. Dasar kerajaan menggalakkan gaya hidup sihat seperti anti merokok dan bersenam. Dasar kerajaan memberi pendidikan kesihatan di sekolah seperti Pendidikan Kesihatan dan Jasmani. Dasar kerajaan menyediakan kemudahan perubatan yang lengkap seperti klinik dan hospital. Dasar kerajaan menyediakan perkhidmatan perubatan percuma membantu keluarga miskin.

2 (a) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan pertumbuhan penduduk di Negara W. Taraf pendidikan tinggi lebih menerima amalan perancangan keluarga menyebabkan kadar kelahiran menurun. Wanita bekerjaan lebih mengutamakan kerjaya daripada kuantiti anak. Umur kahwin lewat mengakibatkan kesuburan wanita melahir anak menurun. Kos hidup tinggi menyebabkan bilangan anak yang ramai menjadi beban tinggi. Penduduk lebih mengutamakan kualiti hidup tinggi dan kebebasan dalam kehidupan.

2 (b) Wajarkah Malaysia melaksanakan Dasar Kependudukan Negara 70 Juta Penduduk? Wajar, kerana pertambahan penduduk dapat meluaskan pasaran barangan negara kita, contohnya produk tempatan dapat meningkatkan hasil jualan. Pertambahan penduduk dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi, ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh. Pertambahan penduduk juga mengurangkan pergantungan buruh asing, ini adalah penting untuk mengurangkan aliran mata wang ke luar negara. ATAU Tidak wajar, kerana pertambahan penduduk akan menyebabkan kesesakan petempatan, contohnya wujud masalah setinggan. Pertambahan penduduk juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas, ini akan menjejaskan taraf hidup penduduk. Pertambahan penduduk juga boleh mengakibatkan kemudahan sosial tidak mencukupi, contohnya sekolah tidak dapat menampung pertambahan bilangan murid yang ramai.

2 (c) Cadangkan langkah berkesan untuk mencapai matlamat Dasar Kependudukan Negara. Dasar kerajaan memberi insentif menggalakkan kelahiran seperti memberi pengecualian cukai anak yang ramai. Kerajaan memberi pendidikan percuma untuk mengurangkan beban keluarga. Kerajaan memberi cuti bersalin bergaji. Kerajaan memberi kemudahan perubatan percuma seperti suntikan percuma untuk bayi. Kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan meningkatkan kelahiran.

33


SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

BAB 13

Penilaian Tahap Penguasaan 13.1 1) Nyatakan maksud migrasi penduduk. Perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat yang lain merentasi sempadan kampung, daerah, bandar, negeri dan antarabangsa. 2) Berikan dua jenis migrasi penduduk. a) Migrasi dalaman b) Q : __________

b) Migrasi antarabangsa

3) Terangkan maksud migrasi dalaman. Perpindahan penduduk dalam sesebuah negara 4) Terangkan definisi migrasi antarabangsa. Perpindahan penduduk yang merentasi sempadan antarabangsa dari sebuah negara ke negara yang lain. 5) Lengkapkan maklumat jenis migrasi dan contoh migrasi dalam jadual di bawah . Jenis Migrasi Antarabangsa

Contoh

a) Imigrasi

Rakyat Indonesia berhijrah masuk ke Malaysia

b) Emigrasi

Rakyat Malaysia berhijrah keluar ke Jepun

c) Luar bandar ke luar bandar Migrasi Dalaman

Kampung Raja (Terengganu) ke FELDA Jengka

d) Luar Bandar ke Bandar

Kapit ke Kuching

e) Bandar ke Bandar

Ipoh Ke Kuala Lumpur

f) Bandar ke Luar Bandar

Alor Setar ke FELDA Jengka

34


Latihan Esei Bab 13.1 1 (a) Bandingkan faktor tarikan dan faktor tolakan yang mempengaruhi pola migrasi yang ditunjukkan dalam peta di sebelah. Peluang pekerjaan terhad di lokasi asal kerana merupakan luar bandar, lokasi ditujukan merupakan pusat bandar yang mempunyai banyak peluang pekerjaan. Kadar upah di lokasi asal adalah rendah dan pekerjaan tidak tetap, tetapi kadar upah lebih tinggi dengan pekerjaan tetap di kawasan ditujukan. Peluang pendidikan adalah terhad di lokasi asal seperti tiada universiti, tetapi lokasi ditujukan banyak peluang pendidikan tinggi. Kemudahan perkhidmatan seperti perbankan dan perdagangan adalah kurang di lokasi asal, tetapi lokasi ditujukan mempunyai kemudahan perkhidmatan yang lengkap.

1 (b) Huraikan kesan pola migrasi di atas terhadap sosioekonomi negara. Dari segi kesan negatif, pola migrasi ini menyebabkan lokasi asal kekurangan tenaga kerja kerana ramai golongan muda berpindah ke bandar, ini boleh menyebabkan pembangunan di lokasi asal menjadi perlahan. Kekurangan golongan muda juga menyebabkan banyak tanah kosong terbiar tanpa pembangunan. Perpindahan penduduk luar bandar ke bandar juga mendatangkan kesan negatif sosial di bandar, iaitu wujud petempatan setinggan kerana migran miskin tidak mampu sewa dan beli rumah, pertambahan penduduk di bandar juga akan menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas dan kesesakan petempatan. Dari segi kesan positif, kemasukan migran ke bandar menyediakan tenaga kerja mencukupi, contohnya dalam sektor perkhidmatan. Pertambahan penduduk boleh meluaskan pasaran barangan. Penduduk yang berpindah ke bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan upah tinggi dan kemudahan sosial yang lengkap.

1 (c) Cadangkan langkah mengawal kesan negatif pola migrasi seperti di atas. Meningkatkan kemudahan asas di luar bandar, bertujuan mengurangkan perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Contoh menambah kemudahan kesihatan dan pusat membeli-belah di luar bandar. Mengadakan pemodenan sektor pertanian, bertujuan menambahkan hasil pertanian dan pendapatan petani di luar bandar. Contoh guna jentera moden dan bijih benih bermutu. Memajukan industri desa, mengadakan projek Pembangunan Industri dan Kecil Sederhana (IKS). Contoh Valdor di Pulau Pinang bagi menambah peluang pekerjaan di luar bandar. Membuka bandar baharu, bertujuan mengurangkan kesesakan di bandar besar. Contoh bandar satelit.

2 (a) Jelaskan faktor yang mempengaruhi migrasi seperti rajah di sebelah.

Dasar kerajaan membuka petempatan perancangan di luar bandar oleh agensi FELDA. Dari segi faktor tarikan, lokasi ditujukan mempunyai kegiatan pertanian yang menyediakan peluang pekerjaan. Perumahan yang terancang disediakan kemudahan sosial yang lengkap seperti sekolah. Dari segi faktor tolakan, lokasi asal di luar bandar peluang pekerjaan terhad, terdapat petani yang tidak memiliki tanah untuk diusahakan. Kemudahan sosial di lokasi asal juga adalah terhad.

2 (b) Huraikan kesan migrasi di atas yang timbul di tempat asal dan tempat yang ditujukan. Migrasi ini menyebabkan lokasi asal kekurangan tenaga kerja kerana ramai golongan muda berpindah ke bandar. Golongan muda berkurangan boleh menyebabkan pembangunan di lokasi asal menjadi perlahan. Kekurangan golongan muda juga menyebabkan banyak tanah kosong terbiar tanpa pembangunan. Jumlah penduduk akan berkurangan di tempat asal, nisbah penduduk golongan tua akan meningkat.

2 (c) Bagaimanakah usaha dapat mengatasi masalah taburan penduduk yang tidak sekata? Meningkatkan kemudahan asas di luar bandar, bertujuan mengurangkan perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Contoh menambah kemudahan kesihatan dan pusat membeli-belah di luar bandar. Mengadakan pemodenan sektor pertanian, bertujuan menambahkan hasil pertanian dan pendapatan petani di luar bandar. Contoh guna jentera moden dan bijih benih bermutu. Memajukan industri desa, mengadakan projek Pembangunan Industri dan Kecil Sederhana (IKS). Contoh Valdor di Pulau Pinang bagi menambah peluang pekerjaan di luar bandar. Membuka bandar baharu, bertujuan mengurangkan kesesakan di bandar besar. Contoh bandar satelit. Dasar kerajaan melaksanakan transmigrasi untuk mengurangkan atau meningkatkan jumlah penduduk di sesuatu kawasan. Contohn Kerajaan Indonesia memindahkan penduduk di Pulau Jawa yang padat ke Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan yang berpenduduk jarang.

35


Latihan Esei Bab 13.2 1 (a) Huraikan faktor tarikan dan faktor tolakan yang mempengaruhi pola migrasi yang wwwllditunjukkan dalam peta di sebelah. Faktor tarikan di lokasi ditujukan ialah mempunyai banyak peluang pekerjaan dalam sektor seperti pembinaan, kadar upah yang tinggi, keadaan politik yang stabil, peluang pendidikan tinggi banyak seperti universtiti tempatan, taraf hidup tinggi kerana kemudahan sosial lengkap dan dasar kerajaan menawarkan pemastauntin tetap kepada warga asing. Faktor tarikan di lokasi tempat asal ialah peluang pekerjaan terhad kerana ekonomi kurang pesat, kadar upah yang rendah, keadaan politik yang tidak stabil, peluang pendidikan terhad, taraf hidup rendah kerana kemudahan sosial tidak lengkap.

1 (b) Huraikan kesan migrasi di atas terhadap penduduk tempatan dan ekonomi. Dari segi kesan negatif, pengaliran keluar mata wang, kerana pekerja asing akan kirim wang ke negara asal. Contoh dari Malaysia ke Indonesia. Perbelanjaan kerajaan meningkat untuk mengurus pendatang tanpa izin. Persaingan industri tempatan, industri tempatan terpaksa bersaing dengan pelabur asing. Masalah setinggan akibat imigran tidak mampu sewa rumah. Kesesakan petempatan akibat pertambahan penduduk asing. Masalah sosial meningkat, contoh kes jenayah meningkat. Membawa wabak penyakit, contoh Covid-19 dan HIV. Persaingan peluang pekerjaan dengan buruh asing kerana upah rendah. Dari segi kesan positif, menyediakan tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor seperti pembinaan. Menggalakkan pemindahan teknologi dari negara maju seperti dari Jepun. Meluaskan pasaran barangan kerana pertambahan penduduk. Taraf hidup akan meningkat contoh terdapat pembantu rumah warga asing kos upah rendah.

1 (c) Bagaimanakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kesan migrasi di atas? Penguatkuasaan undang-undang pengambilan pekerja asing, pemberian permit yang terhad dan menjalankan ujian tahap kesihatan pekerja asing. Meningkatkan kemahiran pekerja tempatan supaya tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing. Contoh melalui Kolej Vokasional dan Institut Kemahiran MARA. Polisi mengutamakan pekerja tempatan, kerajaan menggalakkan majikan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan. Contoh kerajaan mengurangkan cukai keuntungan kepada majikan yang mengambil pekerja tempatan. Menyediakan kemudahan insentif, bertujuan menggalakkan penduduk tempatan untuk bekerja dengan kemudahan seperti asrama pekerja dan pemberian bonus.

2 (a) Mengapakah penduduk berhijrah ke negara seperti rajah di sebelah?

Faktor tarikan di lokasi ditujukan,mempunyai banyak peluang pekerjaan dalam sektor seperti perkhidmatan, kadar upah yang tinggi, keadaan politik yang stabil, peluang pendidikan tinggi banyak seperti universtiti tempatan, taraf hidup tinggi kerana kemudahan sosial lengkap dan dasar kerajaan menawarkan pemastauntin tetap kepada warga asing.

2 (b) Wajarkah kerajaan Malaysia mengawal kemasukan buruh asing? Wajar, kerana buruh asing menyebabkan aliran keluar wang Malaysia, kerana pekerja asing akan kirim wang ke negara asal. Contoh dari Malaysia ke Indonesia. Perbelanjaan kerajaan meningkat untuk mengurus pendatang tanpa izin. Persaingan industri tempatan, industri tempatan terpaksa bersaing dengan pelabur asing. Masalah setinggan akibat imigran tidak mampu sewa rumah. Kesesakan petempatan akibat pertambahan penduduk asing. Masalah sosial meningkat, contoh kes jenayah meningkat. Membawa wabak penyakit, contoh Covid-19 dan HIV. Persaingan peluang pekerjaan dengan buruh asing kerana upah rendah. ATAU Tidak wajar, kerana buruh asing menyediakan tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor seperti pembinaan. Ini dapat mengatasi masalah kekurangan buruh. Menggalakkan pemindahan teknologi dari negara maju seperti dari Jepun, contohnya teknologi kenderaan. Meluaskan pasaran barangan kerana pertambahan penduduk. Taraf hidup akan meningkat contoh terdapat pembantu rumah warga asing kos upah rendah.

2 (c) Bagaimanakah kerajaan dapat mengurangkan pergantungan kepada buruh asing? Penguatkuasaan undang-undang pengambilan pekerja asing, pemberian permit yang terhad dan menjalankan ujian tahap kesihatan pekerja asing. Meningkatkan kemahiran pekerja tempatan supaya tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing. Contoh melalui Kolej Vokasional dan Institut Kemahiran MARA. Polisi mengutamakan pekerja tempatan, kerajaan menggalakkan majikan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan. Contoh kerajaan mengurangkan cukai keuntungan kepada majikan yang mengambil pekerja tempatan. Menyediakan kemudahan insentif, bertujuan menggalakkan penduduk tempatan untuk bekerja dengan kemudahan seperti asrama pekerja dan pemberian bonus. Meningkatkan tahap teknologi, guna mesin dan komputer untuk ganti tenaga kerja. 36


SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

BAB 14

Penilaian Tahap Penguasaan 14.1

1) Berikan dua jenis petempatan yang terdapat di negara Malaysia. a) Petempatan luar bandar b) Q : _______ b) Petempatan bandar 2) Tuliskan ciri-ciri petempatan bandar dan luar bandar berdasarkan aspek dalam jadual. 3) Nyatakan maksud hierarki petempatan dengan memberi contoh. Luar Bandar

Bandar

Kurang daripada 20 000 orang

Melebihi 20 000 orang

b) Kepadatan

Kepadatan rendah

Kepadatan tinggi

c) Ciri Perumahan

Berciri tradisional

Berciri moden

Pertanian, penternakan, perikanan

Perindustrian, perniagaan, perkhidmatan

a) Jumlah Populasi

d) Kegiatan Ekonomi

Hierarki petempatan ialah susun atur petempatan daripada kampung ke bandar yang lebih besar. 4) Bagaimanakah hierarki petempatan dapat dibezakan dan disusun? Dapat dibezakan berdasarkan jumlah populasi di suatu petempatan 5) Jelaskan definisi Konurbasi? Proses percantuman dan gabungan bandar-bandar berhampiran.

Penilaian Tahap Penguasaan 14.2

1) Namakan pola petempatan berdasarkan foto di atas. a) S : Petempatan berkelompok b) Q : _______ b) T : Petempatan berpusat b) Q : ______ _

c) U : Petempatan berselerak d) V : Petempatan berjajar

2) Jelaskan faktor yang mempengaruhi pola petempatan dalam jadual. Petempatan

Faktor Mempengaruhi

Contoh

a) S

1) Faktor governan membuka FELDA 2) Petempatan lebih tersusun Tanah Rancangan Felda 3) Keselamatan penduduk terjamin 4) Mudah ke tempat kerja Trolak, Felda Sahabat

b) T

1) Di kawasan tanah pamah dan rata memudahkan kerja pembinaan. Di persimpangan jalan raya 2) Di kawasan berpendudukan padat 3) Bangunan padat dan pusat bandar

c) U

1) Di tanah milik persendirian. 2) Di kawasan tanah subur untuk Kebun kecil getah, padi dan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan sepeti kebun sayur kelapa sawit

d) V

1) Di tepi sungai untuk kegiatan pertanian atau perikanan. 2) Tahap ketersampaian yang tinggi berhampiran dengan jalan raya

Sepanjang Sungai Rajang, sepanjang jalan kereta api

3) Bandingkan fungsi petempatan antara petempatan T dengan U. Fungsi utama dari segi kegiatan ekonomi T ialah sebagai pusat perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan, tetapi fungsi U ialah sebagai pusat pertanian, perikanan dan penternakan. T sebagai pusat pelancongan kerana mempunyai pandang darat budaya seperti pusat membeli-belah dan zoo, tetapi tarikan pelancongan di petempatan U ialah pandang darat fizikal seperti pantai dan hutan. Petempatan T menyediakan pelbagai kemudahan sosial yang lebih lengkap seperti universiti, manakala petempatan U hanya menyediakan kemudahan sosial yang sederhana dan terhad. 4) Huraikan hubungan saling bergantung di antara petempatan T dengan U. T menyediakan pasaran hasil pertanian dan penternakan dari U. T menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan dan kewangan kepada U. T menyediakan pusat pentadbiran seperti pejabat tanah kepada U. U menyediakan sumber makanan seperti telur dan ayam kepada penduduk T. U menyediakan tenaga kerja kepada industri di T seperti sektor pembuatan. U menyediakan bahan mentah seperti kelapa sawit kepada industri di T. 5) Pada pendapat anda, apakah sumbangan hubungan saling bergantung di antara petempatan T dengan U kepada pembangunan negara? U membekalkan bahan mentah kepada industri di T untuk memproseskan bahan mentah menjadi produk yang mempunyai nilai komersial untuk dieksport dapat menambah pendapatan negara. Contohnya sarung tangan getah. T dan U membentuk pasaran yang lebih luas untuk produk tempatan dapat memajukan industri tempatan, contoh industri memproses makanan. Gabungan pusat pelancongan di T dan U akan menambah tarikan pelancong asing yang lebih berkesan untuk memajukan sektor pelancongan negara. 37


Latihan Esei Bab 14.1 1 (a) Huraikan ciri-ciri petempatan lokasi berlorek yang ditunjukkan pada peta di sebelah. Penduduk kurang daripada 20 000 orang, Kepadatan penduduk yang rendah. Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan, perikanan dan pembalakan. Kemudahan sosial yang minimum. Bangunan sederhana berciri tradisional. Contoh kampung nelayan, kampung orang asli dan kampung Felda.

1 (b) Jelaskan fungsi petempatan lokasi berlorek dalam peta Malaysia. Sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian dan hasil penternakan seperti padi di Alor Janggus (Kedah), kelapa sawit di Felda Gunung Besout (Perak) dan ayam di Kampung Minyak Beku (Johor). Sebagai pusat perikanan seperti Kuala Muda (Kedah). Sebagai pusat industri hiliran seperti membuat kraftangan dan memproses makanan seperti Sayong (Perak). Sebagai pusat pelancongan kerana pemandangan indah seperti mempunyai air terjun dan hutan. Menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pejabat pos dan pondok polis. Sebagai pusat pengurusan dan pentabiran ketua kampung sebagai perantaraan antara agensi kerajaan dengan penduduk luar bandar. Terdapat agensi kerajaan seperti FELDA, MADA, LPP dan FAMA. Sebagai pusat kegiatan masyarakat dengan adanya balai raya di luar bandar.

1 (c) Huraikan faktor yang mempengaruhi pola petempatan di lokasi berlorek dalam peta. Terdapat pola petempatan berselerak di lokasi berlorek dipengaruhi oleh faktor di tanah milik persendirian, di kawasan tanah subur untuk kegiatan pertanian secara kecil-kecilan sepeti kebun sayur. Selain itu, disebabkan faktor kepadatan penduduk yang rendah, peluang pekerjaan yang terhad. Terdapat pola petempatan berjajar di lokasi berlorek dipengaruhi oleh terletak di tepi sungai untuk menjalankan kegiatan pertanian atau perikanan, tahap ketersampaian yang tinggi berhampiran dengan jalan raya dan jalan kereta api.

1 (d) Huraikan sumbangan petempatan luar bandar kepada pembangunan negara. Luar bandar menyediakan sumber makanan seperti telur dan ayam, ini dapat mengurangkan import makanan dari luar negara. Luar bandar menyediakan tenaga kerja kepada industri seperti sektor pembuatan. Luar bandar menyediakan bahan mentah seperti kelapa sawit kepada industri di bandar. Luar bandar menyediakan kawasan ekopelancongan seperti kawasan air terjun dan hutan. Luar bandar membekalkan bahan mentah yang boleh dieksport ke luar negara seperti kayu balak dapat menambah pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan.

2 (a) Huraikan faktor yang mempengaruhi taburan dan pembangunan petempatan luar bandar. Pola petempatan berselerak terdapat di luar bandar dan di tanah persendirian, menjalankan pertanian seperti kebun kecil getah, padi dan kelapa sawit. Pola petempatan berjajar bangunan selari dengan jalan raya, jalan kereta api, tali air, sungai dan pantai. Contohnya Sepanjang Sungai Rajang. Pola petempatan berpusat di persimpangan jalan raya dan pusat bandar. Contohnya Seremban. Pola petempatan berkelompok susun atur bangunan secara rapat dalam kelompok yang terancang. Contoh Di Tanah Rancangan Felda Trolak (Perak), Felda Air Tawar (Johor) dan Felda Sahabat (Sabah).

2 (b) Mengapakah negara Malaysia mempunyai pola petempatan yang berlainan di kawasan wwwlyang berbeza? Mempunyai bentuk muka bumi yang berlainan, contohnya pola petempatan berjajar di sepanjang sungai dan pantai. Jumlah penduduk yang berbeza di lokasi yang berlainan, contohnya penduduk yang jarang di petmepatan luar bandar membentuk pola petempatan berselerak, manakala jumlah penduduk padat di bandar membentuk pola petempatan berpusat. Faktor governan, contohnya pola petempatan berkelompok wujud di Tanah Rancangan FELDA kerana kerajaan mengadakan petempatan yang terancang. Kegiatan ekonomi dijalankan yang berbeza, contohnya kegiatan pertanian kecil-kecilan membentuk pola petempatan berselerak, tetapi kawasan perindustrian wujud pola petempatan berjajar di kawasan perumahan di sepanjang jalan raya.

2 (c) Huraikan faktor yang mempengaruhi taburan dan pembangunan petempatan luar bandar. Bentuk muka bumi yang pamah memudahkan kegiatan ekonomi seperti pertanian dijalankan. Contoh kampung di kawasan sawah padi. Berhampiran dengan sungai untuk mendapatkan sumber air dan sumber makanan seperti ikan, menyediakan pekerjaan iaitu nelayan dan sebagai jalan pengangkutan air. Faktor darjah ketersampaian tinggi, biasanya petempatan terletak di tepi jalan raya memudahkan pergerakan. Dasar kerajaan, seperti pembukaan petempatan FELDA di luar bandar. Faktor tanih yang subur, contohnya tanih aluvium untuk menanam padi seperti di Dataran Kedah-Perlis. 38


Latihan Esei Bab 14.2 1 (a) Huraikan ciri-ciri petempatan lokasi berlorek yang ditunjukkan pada peta di sebelah. Penduduk melebihi 20 000 orang, Kepadatan penduduk yang tinggi. Kegiatan ekonomi berasaskan perniagaan, perkhidmatan dan perindustrian. Kemudahan sosial yang lebih lengkap. Bangunan berciri moden. Contoh ibu negeri seperti Kuching, Kuantan dan Kota Kinabalu.

1 (b) Jelaskan fungsi petempatan lokasi berlorek dalam peta Malaysia. Sebagai bandar perindustrian seperti Shah Alam. Sebagai bandar pelabuhan menjalankan aktiviti eksport dan import seperti Pelabuhan Klang. Sebagai bandar perlombongan untuk penerokaan sumber mineral seperti Kerteh, Miri dan Bintulu Sebagai bandar pelancongan mempunyai keistimewaan fizikal seperti Port Dickson mempunyai pantai. Sebagai bandar pendidikan mempunyai pusat pengajian tinggi seperti Bangi, Skudai dan Sintok. Sebagai bandar satelit merupakan bandar sokongan kepada bandar utama seperti Petaling Jaya dan Senawang. Sebagai bandar diraja mempunyai istana seperti Pekan, Anak Bukit, Klang, Muar, Seri Menanti dan Kuala Kangsar. Sebagai bandar pentadbiran sebagai ibu negeri dan ibu negara seperti Putrajaya.

1 (c) Bagaimanakah petempatan bandar memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Bandar sebagai pusat pelabuhan untuk menjalankan kegiatan eksport dapat menambah pendapatan negara. Contohnya Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang. Bandar sebagai pusat pelancongan memajukan sektor pelancongan contohnya Kuala Lumpur. Bandar sebagai pusat perindustrian memajukan industri tempatan. Bandar menyediakan pasaran hasil pertanian dan penternakan dari luar bandar. Bandar menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan dan kewangan. Bandar menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk.

2 (a) Jelaskan konsep hierarki petempatan dan konurbasi. Hierarki petempatan ialah susun atur petempatan daripada kampung ke bandar yang lebih besar. Konurbasi ialah proses percantuman dan gabungan bandar-bandar berhampiran. Contoh Kuala Lumpur-KlangPetaling Jaya-Subang Jaya-Shah Alam.

2 (b) Bagaimanakah petempatan P boleh ke peringkat hierarki Q? Ada peningkatan kegiatan ekonomi, contohnya dari kegiatan pertanian wujud industri memproses hasil pertanian. Pertambahan sektor ekonomi yang baharu, contohnya wujud industri lain seperti perkhidmatan dan perniagaan. Peningkatan sektor ekonomi seperti perindustrian dan perkhidmatan dapat menambah peluang pekerjaan, dengan ini dapat menggalakkan pindah masuk penduduk dari kawasan lain. Pertambahan penduduk di P dapat meningkatkan proses pembandaran, kerana akan menggalakkan peningkatan infrastruktur seperti jalan raya.

2 (c) Huraikan hubungan saling bergantung di antara P dengan Q, R, S. P menyediakan sumber makanan seperti telur dan ayam kepada penduduk QRS. P menyediakan tenaga kerja kepada industri pembuatan di QRS. P menyediakan bahan mentah seperti kelapa sawit kepada industri di QRS. P menyediakan pusat ekopelancongan kepada penduduk di QRS seperti kawasan pantai. QRS menyediakan pelbagai perkhidmatan yang lengkap seperti perbankan kepada penduduk P. QRS menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk di P. QRS menyediakan peluang pendidikan seperti universiti kepada penduduk di P. QRS menyediakan pusat pentabiran kepada penduduk di P seperti Pejabat Daerah. QRS bergabung membentuk pasaran yang lebih luas.

39


BAB 15

SKEMA JAWAPAN Modul 360° Geografi Tingkatan 4

Penilaian Tahap Penguasaan 15.1 1) Namakan proses yang berlaku menyebabkan perubahan hierarki petempatan di atas. Proses urbanisasi / Proses pembandaran 2) Terangkan secara ringkas tentang proses berlakunya perkembangan seperti di atas. Proses perubahan sesuatu kawasan menjadi bandar, contohnya dari sebuah kampung menjadi pekan dan seterusnya berkembang menjadi bandar lebih pesat. Urbanisasi berlaku akibat pertambahan penduduk di sesuatu kawasan akibat migrasi masuk penduduk dan pertambahan semula jadi. Urbanisasi melibatkan perluasan kawasan bandar, perkembangan kegiatan ekonomi dan perubahan cara hidup penduduk yang lebih maju 3) Huraikan faktor yang menggalakkan perubahan petempatan di atas dengan contoh. Faktor fizikal, bentuk muka bumi yang pamah dan rata memudahkan kegiatan pembinaan seperti jalan raya dengan kos pembinaan yang rendah. Kedudukan strategik kerana berhampiran pinggir laut sesuai menjalankan kegiatan perdagangan dengan ada perlabuhan. Faktor ekonomi, kegiatan perindustrian dan perkhidmatan yang pesat menyediakan banyak peluang pekerjaan dapat menggalakkan kemasukan imgran. Faktor governan, contohnya kerajaan mengadakan Zon Perdagangan Bebas. Faktor sosial, contohnya pembinaan jaringan pengangkutan seperti jalan raya yang lengkap memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan seperti penghantaran produk ke pasaran. 4) Huraikan kesan perkembangan yang berlaku terhadap petempatan tersebut. Dari segi kesan positif, menambah peluang pekerjaan seperti dalam sektor perindustrian dapat menambah pendaptan penduduk. Peningkatan infrastruktur seperti jalan raya dan hospital juga meningkatkan taraf hidup penduduk bandar. Dari segi kesan negatif, berlaku fenomena alam negatif seperti berlaku pulau haba, hujan asid dan jerebu akibat pembebasan asap kenderaan bermotor dan bermotor di bandar. Berlaku banjir kilat kerana pembinaan jalan yang banyak. Peningkatan masalah sosial seperti kes jenayah dan masalah setinggan akibat kos hidup yang tinggi di bandar. 5) Adakah anda menyokong pembangunan seperti di atas? Tuliskan alasan anda. Ya, kerana menambah peluang pekerjaan seperti dalam sektor perindustrian dapat menambah pendaptan penduduk. Peningkatan infrastruktur seperti jalan raya dan hospital juga meningkatkan taraf hidup penduduk bandar. ATAU Tidak, kerana , berlaku fenomena alam negatif seperti berlaku pulau haba, hujan asid dan jerebu akibat pembebasan asap kenderaan bermotor dan bermotor di bandar. Berlaku banjir kilat kerana pembinaan jalan yang banyak. Peningkatan masalah sosial seperti kes jenayah dan masalah setinggan akibat kos hidup yang tinggi di bandar. 6) Cadangkan usaha yang dapat mengurangkan kesan negatif berlaku terhadap pembanguan sesuatu kawasan. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar supaya penduduk ada kesedaran menjaga alam. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah dengan memberi ceramah. Menggalakkan pengangkutan awam dapat mengurangkan asap kenderaan bermotor. Memajukan pengangkutan lestari seperti kereta hibrid dan berkuasa elektrik untuk mengurangkan pencemaran. Mewujudkan kawasan hijau dengan menanam pokok yang banyak dapat menyederhanakan suhu bandar. Mendalamkan parit dan sungai untuk mengurangkan banjir kilat. Mengadakan kempen kitar semula untuk mengurangkan sampah sarap. Membina jalan bertingkat dan lebuh raya baru untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

40


Latihan Esei Bab 15.1 1 (a) Huraikan faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di lokasi seperti dalam peta.

Dari segi faktor ekonomi, kegiatan perlombongan seperti perlombongan bijih timah membangunkan Kuala Lumpur dan Ipoh. Perlombongan petroleum dan gas asli membangunkan Bintulu, Miri dan Kerteh. Banyak peluang pekerjaan kerana kepesatan perindustrian dan perkhidmatan menggalakkan migrasi masuk ke sesuatu bandar. Contoh ke Kuala Lumpur. Dari segi faktor fizikal, kedudukan yang strategik, kedudukan di laluan antarabangsa Timur dan Barat menggalakkan perkembangan bandar pelabuhan. Contoh Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Bintulu. Bentuk muka bumi yang pamah dan rata juga memudahkan pembinaan petempatan dengan kos pembinaan yang rendah. Dari segi faktor governan, peranan kerajaan membuka bandar baharu seperti bandar satelit Contohnya Petaling Jaya. Kerajaan juga mewujudkan Zon Perdagangan Bebas seperti Bayan Lepas menggalakkan proses urbanisasi. Dari segi faktor sosial, kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti jalan raya menggalakkan pembangunan petempatan, kerana penting untuk menggalakkan pertambahan penduduk dan memudahkan kegiatan ekonomi.

1 (b) Jelaskan kesan positif proses urbanisasi dari segi sosioekonomi. Perubahan landskap yang menarik, terbinanya bangunan tinggi dan jaringan pengangkutan yang moden dan menarik. Contohnya Kuala Lumpur mempunyai Menara Kembar Petronas yang cantik. Menyediakan banyak peluang pekerjaan, bandar mempunyai sektor sekunder dan tertier yang pesat menyediakan peluang pekerjaan seperti industri elektronik dan perniagaan. Perkembangan kemudahan infrastruktur, pertambahan penduduk dan kemajuan industri menggalakkan kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pendidikan, kesihatan dan telekominikasi. Taraf hidup penduduk meningkat, pendapatan yang tinggi dan kemudahan sosial yang lengkap di bandar membolehkan penduduk menikmati taraf hidup yang tinggi dan selesa.

1 (c) Apakah implikasi pembangunan petempatan yang berlaku terhadap alam sekitar. Berlaku pulau haba, bangunan tinggi yang rapat, berkaca, kekurangan tumbuhan, jalan berturap menyerap haba, asap kenderaan dan asap kilang menjadi punca peningkatan suhu di bandar. Pencemaran udara, air dan bunyi, pembebasan asap kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara, pembuangan sampah dan sisa kilang menyebabkan pencemaran air, kenderaan yang banyak menyebabkan pencemaran bunyi. Hujan asid akibat pembebasan asap kilang dan kenderaan bermotor. Banjir kilat akibat jalan berturap menyebabkan kadar resapan air hujan ke bumi rendah mengakibatkan banjir kilat.

1 (d) Huraikan langkah untuk mengurangkan kesan negatif proses pembandaran. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar supaya penduduk ada kesedaran menjaga alam. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah dengan memberi ceramah. Menggalakkan pengangkutan awam dapat mengurangkan asap kenderaan bermotor. Memajukan pengangkutan lestari seperti kereta hibrid dan berkuasa elektrik untuk mengurangkan pencemaran. Mewujudkan kawasan hijau dengan menanam pokok yang banyak dapat menyederhanakan suhu bandar. Mendalamkan parit dan sungai untuk mengurangkan banjir kilat. Mengadakan kempen kitar semula untuk mengurangkan sampah sarap.

2 (a) Apakah punca berlakunya perbezaan suhu yang ketara?

Berlaku pulau haba, banyak bangunan tinggi yang rapat akan menyebabkan peredaran udara yang kurang baik. Bangunan berkaca memamtulkan cahaya matahari. Kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan proses pepeluhan yang kurang berlaku dan terima bahang matahari yang lebih banyak. Banyak jalan berturap akan menyerap haba. Pembebasan asap kenderaan dan asap kilang menyebabkan lebih banyak haba terperangkap di atmosfera.

2 (b) Jelaskan kesan peningkatan suhu di bandar. Menjejaskan keselesaan penduduk bandar, kesihatan terjejas kerana suhu yang panas. Menjejaskan kegiatan aktiviti seharian, contohnya penduduk kurang keluar untuk mengelakkan kepanasan. Menjejaskan kegiatan ekonomi seperti sektor pelancongan. Meningkatkan kos hidup dalam perbelanjalan dalam bil elektrik untuk menggunakan penyaman udara.

2 (c) Huraikan langkah untuk menyederhanakan suhu di bandar. Menambah kawasan hijau dengan menanam pokok yang banyak untuk menyerap karbon dioksida. Mengadakan kempen kongsi kereta untuk mengurangkan pembebasan asap. Memajukan pengangkutan awam berkuasa elektrik. Menggalakkan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik dan hibrid. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar untuk mengawa aktiviti pembakaran terbuka. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam untuk menyedarkan penduduk tentang kepentingan menjaga alam. Memberi pendidikan alam sekitar supaya penduduk mengetahui cara berkesan mengurangkan peningkatan suhu.

41


Latihan Esei Bab 15.2 1 (a) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses urbanisasi lokasi yang ditunjukkan di wwwsebelah. Dari segi faktor ekonomi, banyak peluang pekerjaan kerana kepesatan perindustrian dan perkhidmatan menggalakkan migrasi masuk ke bandar-bandar ini. Contoh Petaling jaya. Dari segi faktor fizikal, bentuk muka bumi yang pamah dan rata juga memudahkan pembinaan petempatan dengan kos pembinaan yang rendah. Contohnya kilang dan jalan raya mudah dibina. Dari segi faktor governan, peranan kerajaan membuka bandar baharu seperti bandar satelit Contohnya Petaling Jaya. Kerajaan juga mewujudkan Zon Perdagangan Bebas seperti Bayan Lepas menggalakkan proses urbanisasi. Dasar kerajaan mewujudkan pusat pentabiran yang baharu iaitu Putrajaya. Dari segi faktor sosial, kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti jalan raya menggalakkan pembangunan petempatan, kerana penting untuk menggalakkan pertambahan penduduk dan memudahkan kegiatan ekonomi.

1 (b) Wajarkah bandar-bandar di atas terus dibangunkan oleh kerajaan supaya mencapai wwlllllhierarki petempatan lebih tinggi? Wajar, kerana menambah peluang pekerjaan seperti dalam sektor perindustrian dapat menambah pendaptan penduduk. Peningkatan infrastruktur seperti jalan raya dan hospital juga meningkatkan taraf hidup penduduk bandar. ATAU Tidak wajar, kerana , berlaku fenomena alam negatif seperti berlaku pulau haba, hujan asid dan jerebu akibat pembebasan asap kenderaan bermotor dan bermotor di bandar. Berlaku banjir kilat kerana pembinaan jalan yang banyak. Peningkatan masalah sosial seperti kes jenayah dan masalah setinggan akibat kos hidup yang tinggi di bandar.

1 (c) Cadangkan usaha untuk mewujudkan sebuah bandar lestari. Menambah kawasan hijau dengan menanam pokok yang banyak untuk menyerap karbon dioksida. Mengadakan kempen kongsi kereta untuk mengurangkan pembebasan asap. Memajukan pengangkutan awam berkuasa elektrik. Menggalakkan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik dan hibrid. Mengadakan kempen kitar semula dapat mengurangkan masalah pencemaran seperti kitar semula plastik. Mengadakan kempen berbasikal ke destinasi dekat dengan menyediakan laluan basikal. Menggalakkan penguna membeli belah dengan beg kitar semula untuk mengurangkan beg plastik.

2 (a) Mengapa fenomena ini kerap berlaku di bandar besar?

Pembinaan jalan berturap menyebabkan permukaan menyerap air hujan ke bumi berkurangan. Pertambahan penduduk menyebabkan pertambahan sisa buangan seperti botol plastik dan beg plastik yang mudah tersumbat. Pembuangan sampah ke longkang menyebabkan longkang tersumbat. Pengurusan sampah yang tidak sistematik, tidak mengamalkan amalan kitar semula. Pembangunan pesat tidak terancang, sistem peparitan tidak sempurna dan tidak mencukupi.

2 (b) Jelaskan punca perubahan nilai PH hujan di bandar X.

Pertambahan kenderaan bermotor membebaskan gas pencemaran seperti sulfur dioksida ke atmosfera. Kegiatan perindustrian yang pesat menyebabkan banyak kilang membebaskan asap berasid ke udara. Kegiatan pembakaran terbuka membebaskan asap pencemaran ke udara. Pembakaran api fosil seperti arang batu di loji tenaga membebaskan gas pencemaran berasid.

2 (c) Huraikan langkah yang dapat mengurangkan masalah 2 (a) dan 2 (b). Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan memberi hukuman berat. Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar supaya penduduk ada kesedaran menjaga alam. Memberi pendidikan alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar di sekolah dengan memberi ceramah. Menggalakkan pengangkutan awam dapat mengurangkan asap kenderaan bermotor. Memajukan pengangkutan lestari seperti kereta hibrid dan berkuasa elektrik untuk mengurangkan pencemaran. Mewujudkan kawasan hijau dengan menanam pokok yang banyak dapat menyerap gas pencemaran. Mendalamkan parit dan sungai untuk mengurangkan banjir kilat. Membina terowong seperti SMART untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan air banjir. Mengadakan kempen kitar semula untuk mengurangkan sampah sarap.

2 (d) Cadangkan langkah untuk mengatasi masalah setinggan dan kesesakan lalu lintas di wwwlbandar. Menambah kawasan perumahan kos rendah seperti rumah pangsa kepada golongan miskin. Penguatkuasaan undang-undang untuk melarang pembinaan petempatan tanpa kelulusan. Menambah jalan bertingkat dan lebuh raya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Mewujud bandar satelit untuk mengurangkan kepadatan penduduk dan kesesakan lalu lintas. Mengadakan kempen kongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. 42


JAWAPAN Latihan Pengukuhan Soalan Objektif Geografi Manusia

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

A C C C B A B D B D D D A B D C B C A D C D C A C C C D D B

43


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.