Sample Nota Geografi SPM

Page 57

7.1

Kepentingan Pelbagai Sumber

Kepentingan Sumber Mineral -Menghasilkan pelbagai peralatan logam seperti cangkul, sabit. -Sebagai sumber tenaga seperti petroleum dan arang batu. -Menghasilkan barangan yang kukuh dan tahan lama, seperti kenderaan besi. -Menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perlombongan, seperti perlombongan petroleum. -Menambahkan pendapatan negara dengan eksport sumber mineral. -Menyediakan bahan mentah kepada industri. Memajukan industri tempatan. -Kegiatan perlombongan sumber mineral membangunkan petempatan luar bandar. -Mempercepatkan proses pembandaran, seperti Kerteh dan Miri.

Kepentingan Sumber Air -Membolehkan kegiatan pertanian dijalankan. -Air di sungai dan laut menjadi jalan pengangkutan air. -Air di sungai digunakan untuk menghanyut kayu balak, seperti Sungai Kinabatangan. -Sumber air di kawasan tanah tinggi dapat menjana hidroelektrik dengan membina empangan. -Menggalakkan pembinaan tempat rekreasi seperti Sunway Lagoon. -Kawasan berair yang indah seperti pantai dan air terjun dijadikan sebagai kawasan pelancongan.

Kepentingan Kepelbagaian Biologi -Kepelbagaian biologi merujuk kepada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan. -Hutan hujan tropika mempunyai pelbagai flora dan fauna yang unik. -Keunikan flora dan fauna menjadi tarikan pelancongan. -Tumbuh-tumbuhan semula jadi membekalkan sumber perubatan dan herba. -Tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan kepada manusia. -Haiwan seperti gajah, kuda dan lembu boleh dijadikan untuk tujuan pengangkutan. -Haiwan seperti lembu menghasilkan pelbagai bahan mentah seperti kulit dan susu.

Kepentingan Sumber Tanih -Tanih membekalkan nutrien kepada tumbuhan. -Tanih membekalkan tanah liat untuk membuat bata, tembikar. -Tanih boleh menyerap dan menyimpan air. -Tanih merupakan media penting dalam kegiatan pertanian. Tanih mudah diperolehi. -Tanih laterit sesuai menanam kelapa sawit dan getah. -Tanih gambut sesuai menanam nanas. -Tanih aluvium sesuai menanam padi.

Kepentingan Tenaga Suria (Cahaya Matahari) -Mengeringkan kain dan pakaian. -Mengeringkan barangan industri seperti ikan masin dan udang kering. -Menjanakan elektrik. Merupakan sumber tenaga yang bersih, tidak mencemari alam. -Sebagai tenaga dalam peralatan seperti jam tangan, mesin kira-kira dan rumah api. -Merupakan sumber tenaga yang bersih, tidak mencemari alam, menjimatkan kos.

Kepentingan Sumber Biojisim -Penghasilan tenaga melalui proses pereputan sisa pertanian dan bahan buangan haiwan. -Menghasilkan tenaga haba dalam bentuk gas metana, biogas dan etanol. -Sumber biojisim dapat mengurakan pencemaran alam. Kos yang murah. -Jepun dan Amerika Syarikat menjalankan penyelidikan menghasilkan tenaga daripada pembakaran sampah. -Brazil menjalankan penyelidikan menghasilkan bahan api cecair dengan air tebu. 57


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.