Sample Nota Geografi SPM

Page 51

Bandar Terancang = Pembangunan bandar dirancang dari segi lokasi, fungsi dan fizikalnya oleh kerajaan.

= Terbahagi kepada:

Bandar Satelit & Bandar Baru

Bandar Satelit

Bandar Baru

-Dibina berhampiran dengan bandar induk atau pinggir bandar. -Bertujuan untuk mengatasi kesesakan penduduk dan kesesakan tempat tinggal di bandar induk. -Menyediakan kawasan perumahan yang terancang. -Menyediakan kemudahan sosial yang baik, seperti jalan raya dan bekalan elektrik. -Mempunyai fungsi tertentu seperti perindustrian, perniagaan, pentadbiran dan perkhidmatan. -Menyediakan banyak peluang pekerjaan. -Contoh bandar satelit : Petaling Jaya, Bandar Sunway, Senawang, Tampoi.

-Dibina di lokasi yang baru dengan perancangan yang khusus. -Membangunkan kawasan luar bandar, seperti Bandar Penawar di Johor. -Membangunkan industri, seperti Bintulu dan Nilai. -Pusat pendidikan tinggi, seperti Bandar Baru Bangi, Sintok. -Pusat perniagaan, seperti Bandar Baru Perda. -Sebagai pusat pentadbiran, seperti Putrajaya. -Membangunkan telekomunikasi, seperti Cyberjaya.

Faktor Mempengaruhi Pembandaran / Urbanisasi -Faktor sumber mineral, seperti Kuala Lumpur berkembang pesat kerana perlombongan bijih timah. -Perkembangan sektor perindustrian, menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. -Peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan pertambahan migrasi penduduk ke bandar. -Dasar kerajaan menyediakan infrastruktur yang baik. -Dasar kerajaan mengadakan bandar baru. -Faktor sejarah, seperti penjajahan British di Pulau Pinang. -Faktor bentuk muka bumi yang rata, memudahkan kerja pembinaan.

Kesan / Akibat / Masalah Pembandaran -Pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi. -Peningkatan suhu, pulau haba, kesan rumah hijau. -Hujan asid merosakkan cat dan kenderaan, mengancam akuatik. -Jerebu akibat asap daripada kenderaan dan kilang. -Banjir kilat akibat pembinaan jalan raya dan pembungan sampah-sarap di parit. -Tanah runtuh akibat pembinaan jalan raya. -Masalah sosial seperti jenayah, kemiskinan dan pengangguran. -Masalah setinggan. -Kesesakan lalu lintas.

Langkah Mengurangkan Kesan / Masalah Pembandaran -Menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal kegiatan manusia. -Mengadakan kempen kesedaran cintai alam. -Mengadakan kempen berkongsi kereta. -Mewujudkan kawasan hijau untuk menyerap gas pencemaran. -Memajukan pengangkutan awam, seperti LRT. -Memperbaiki sistem perparitan untuk mengelakkan banjir kilat. -Mengadakan kempen kitar semula. -Membina rumah kos rendah dan rumah pangsa untuk mengatasi masalah setinggan.

51


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.