Sample Nota Geografi SPM

Page 49

5.1

Jenis Petempatan 2 Jenis Petempatan

5.2

Petempatan Kekal Petempatan Sementara

Petempatan Luar Bandar

Fungsi Petempatan Luar Bandar -Pusat pengeluaran hasil pertanian, pusat pengumpulan hasil pertanian. -Pusat pemprosesan hasil pertanian. -Pusat membekalkan sumber makanan seperti padi. -Membekalkan bahan mentah kepada industri di bandar. -Pusat industri desa seperti industri tembikar dan batik. -Pusat pelancongan, mempunyai pemandangan yang indah seperti di pinggir laut.

Faktor Mempengaruhi Perletakan / Taburan Petempatan Luar Bandar -Bentuk muka bumi yang pamah, sesuai kegiatan pertanian. -Kawasan tanah beralun sesuai penanaman kelapa sawit. -Di kawasan tepi sungai mudah memperoleh air. -Kawasan tanih aluvium wujud petempatan tanam padi. -Dasar kerajaan, seperti kewujudan kampung baru. Pembukaan tanah rancangan oleh kerajaan. -Faktor darjah ketersampaian, petempatan luar bandar yang berhampiran dengan jalan raya. -Faktor keselamatan, contohnya petempatan di kawasan tinggi mengelakkan banjir.

5.3

Petempatan Bandar

Fungsi Petempatan Bandar -Sebagai pusat pentadbiran, terdapat banyak jabatan kerajaan. -Sebagai pusat perkhidmatan seperti kewangan, jabatan kerajaan. -Sebagai pusat pendidikan, terdapat universiti seperti Bandar Baru Bangi. -Sebagai pusat perniagaan dan perdagangan, terdapat bank dan tempat membeli-belah. -Sebagai bandar pelabuhan seperti di Pulau Pinang dan Klang. -Sebagai bandar diraja seperti Kuala Kangsar, Pekan, Seri Menanti, Arau. -Sebagai bandar pertahanan seperti Port Dickson, Lumut dan Butterworth. -Sebagai bandar satelit untuk mengurangkan kesesakan bandar. -Sebagai bandar ICT seperti Cyber Jaya.

Faktor Mempengaruhi Perletakan / Taburan Petempatan Bandar -Bentuk muka bumi yang rata dan luas. Ini memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan. -Di lokasi berhampiran dengan sungai seperti Bandar Melaka. -Di lokasi berhampiran dengan pinggir laut, contohnya Kota Kinabalu sebagai bandar pelabuhan. -Faktor dasar kerajaan. Contohnya, Putrajaya dijadikan sebagai bandar pentadbiran. -Faktor sumber mineral. Contohnya, Miri menjadi bandar kerana perlombongan petroleum. -Faktor sejarah. Contohnya, Pulau Pinang dan Melaka dijajah oleh British. -Dasar ketersampaian tinggi. Contohnya Gemas merupakan pusat pengangkutan keretapi. 49


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sample Nota Geografi SPM by Buku Geografi - Issuu