Sample Nota Geografi SPM

Page 29

2.6

40° U

Pengaruh Cuaca & Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

Sekitar Laut Mediterranean

California

Lembangan Amazon

40° S

Malaysia Di Asia Tenggara

Lembangan Congo

Garisan Khatulistiwa

Afrika Selatan

Chile

Petunjuk:

Iklim Khatulistiwa

Australia Selatan

Iklim Mediterranean

Peta: Kawasan Iklim Khatulistiwa & Mediterranean Di Dunia

Ciri-Ciri Iklim Khatulistiwa: -Panas dan lembap sepanjang tahun. -Min suhu tahunan tinggi, kira-kira 27° C. -Julat suhu tahunan kecil, kurang daripada 2° C -Hujan tahunan lebat lebih kurang 2600 mm. -Tiada musim kemarau yang nyata. -Contoh negara : Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei -Terdapat hutan hujan tropika yang malar hijau.

Ciri-Ciri Iklim Mediterrance: -Suhu pada musim panas sederhana panas. (20° C —24° C) -Pada musim sejuk adalah sederhana sejuk. (6° C — 10° C) -Hujan tahunan antara 275 mm hingga 900 mm. -Hujan maksimum pada musim sejuk. -Hujan minimum pada musim panas keadaan amat kering. -Angin lembap bertiup pada musim sejuk dari arah laut ke daratan. -Angin kering bertiup pada musim panas dari arah daratan ke laut. -Contoh: Sepanyol, Turki, Afrika Selatan, California.

Pengaruh Iklim Khatulistiwa Terhadap Kegiatan Manusia Di Negara Malaysia: -Pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun, seperti kelapa sawit dan getah. -Perikanan dapat dijalankan sepanjang tahun di pantai barat Semenanjung Malaysia. -Perikanan tidak dapat dijalankan pada musim tengkujuh di pantai timur Semananjung Malaysia kerana tiupan Angin Monsun Timur Laut. -Banyak pelancong dapat menikmati cuaca yang panas dan cerah di Malaysia. -Pembalakan dapat dijalankan kerana mempunyai hutan hujan tropika yang luas. -Kegiatan seperti menuai padi dan menoreh getah tidak dapat dijalankan semasa musim hujan.

Pengaruh Iklim Mediterrance Terhadap Kegiatan Manusia : -Musim panas yang panjang dan musim sejuk yang pendek mewujudkan musim penanaman yang panjang. -Hujan turun pada musim sejuk membolehkan penanaman dimulakan pada musim sejuk. -Kegiatan menuai dijalankan pada musim panas. -Tanaman utama seperti anggur, tomato, zaitun dan sebagainya. -Kegiatan perikanan dapat dijalankan tanpa gangguan cuaca, kerana tiada hujan lebat dan angin kencang. -Pelancongan dapat berkembang kerana keadaan cuaca yang sederhana panas dan sejuk. -Pokok-pokok malar hijau seperti pokok pain mengalakkan kegiatan pembalakan.

29


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.