2.4
Unsur-Unsur Cuaca Dan Iklim
-Cuaca merujuk kepada keadaan atmosfera di sesuatu kawasan bagi tempoh satu hari. -Unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, angin, kelembapan, awan, tekanan udara dan pancaran matahari. -Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca di sesuatu kawasan bagi tempoh yang panjang sekurangkurangnya 30 tahun, -Iklim merangkumi kawasan yang luas pada latitud yang sama.
Suhu
-Merujuk kepada darjah kepanasan udara. -Suhu disukat dalam darjah Celsius (° C). -Alat untuk mengukur suhu ialah termometer. -Termometer minimum digunakan untuk mengukur suhu terendah. -Termometer maksimum untuk mengukur suhu tertinggi dalam satu hari. -Termometer disimpan di dalam Pelindung Stevenson yang diletakkan di kawasan lapang. -Isoterma merujuk kepada garisan-garisan yang menyambung nilai min suhu yang sama. -Julat suhu merujuk kepada perbezaan suhu tertinggi dengan suhu terendah. -Min suhu merujuk kepada purata suhu. Contoh Soalan Dalam SPM : Bulan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sept
Okt
Nov
Dis
Kuala Lumpur
27
28
28
29
28
28
28
27
27
27
27
27
Tanah Tinggi Cameron
16
17
18
19
19
19
19
19
18
17
17
16
Jadual: Min Suhu Bulanan di Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron 2012
a) Julat suhu Kuala Lumpur 2012 = 29° C (suhu paling tinggi) — 27° C (suhu paling rendah) = 2° C b) Julat suhu Tanah Tinggi Cameron = 19° C (suhu paling tinggi) — 16° C (suhu paling rendah) = 3° C c) Min suhu tahunan Kuala Lumpur = 27+28+28+29+28+28+28+27+27+27+27+27 12 bulan = 27.6° C d) Min suhu tahunan Tanah Tinggi Cameron = 16+17+18+19+19+19+19+19+18+17+17+16 12 bulan = 17.8° C e) Faktor perbezaan min suhu tahunan di Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Cameron ialah : Faktor ketinggian
* Suhu akan menurun 1° C dengan kenaikan setiap 165 meter. f) Punca / Faktor peningkatan suhu : Pembalakan, asap kenderaan, asap perkilangan , banyak jalan raya berturap g) Langkah menyederhanakan suhu : Mewujudkan kawasan hijau, menggalakkan pengangkutan awam, mengadakan kempen kongsi kenderaan, mengamalkan kitar semula kilang memasang alat penapis asap, penguatkusaan undang-undang
25