PENDUDUK DAN PETEMPATAN DI ASIA TENGGARA
BAB 11 11.1
Taburan Penduduk Asia Tenggara Petunjuk
U
Padat Sederhana Padat Jarang
-Jumlah penduduk Asia Tenggara dianggar melebihi 640 juta sehingga Jun 2016 bersamaan dengan 8.62% daripada jumlah penduduk dunia. -Taburan penduduk Asia Tenggara terbahagi kepada tiga, iaitu padat, sederhana padat dan jarang. Populasi Asia Tenggara Sehingga Jun 2016
Peta : Taburan Penduduk Di Asia Tenggara
Malaysia
30 791 098
Brunei Darussalam
428 408
Timor Leste
1 213 743
Singapura
5 705 230
Laos
6 929 312
Kemboja
15 850 684
Myanmar
54 407 086
Thailand
68 164 086
Vietnam
94 528 565
Filipina
102 395 857
Indonesia
260 834 826
Taburan Penduduk Asia Tenggara
Padat
Sederhana
Jarang
-Kawasan ibu negara, bandar utama, lembah sungai yang subur, dataran pantai. -Contoh : Pantai barat Semenanjung Malaysia. Pulau Jawa (Indonesia) dan Bangkok (Thailand).
-Kawasan di pinggir bandar, bandar baharu, kawasan pertanian. -Contoh : pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sumatera (Indonesia), pantai Arakan Yoma (Myanmar) dan pinggir Sungai Mekong (Vietnam)
-Kawasan pedalaman, pergunungan, banjaran tinggi, berpaya, berhutan tebal. -Contoh : Pedalaman Sarawak dan Sabah, kawasan paya Sumatera Timur (Indonesia) dan Banjaran Annam (Vietnam).
11.2
Fungsi-Fungsi Petempatan Bandar Utama Di Asia Tenggara Lima Bandar Utama Di Asia Tenggara
Fungsi Petempatan Bandar Di Asia Tenggara Ibu Negara Dan Pusat Pentadbiran
Bangkok (Thailand) = 9.44 Juta Penduduk (2016)
-Kebanyakan petempatan bandar utama merupakan ibu negara dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran. -Contoh: Jakarta (Indonesia), Bangkok (Thailand), Manila (Filipina).
-Terletak di sebelah timur tebing Menam Chao Phraya, merupakan ibu negara, pusat ekonomi, pusat pelabuhan dan terkenal sebagai “Vinice Timur�.
Kuala Lumpur (Malaysia) = 1.76 Juta Penduduk (2016)
Pusat Perdagangan
-Terletak di pertemuan Sungai Klang dengan Sungai Gombak, merupakan ibu negara, pusat perindustrian, perdagangan, pendidikan dan bandar metropolitan terbesar di Malaysia.
-Terdapat pusat perniagaan,gedung beli-belah dan aktiviti import dan eksport. -Contoh: Bandung dan Surabaya (Indonesia), Johor Bahru (Johor) dan Orchard Road (Singapura).
Jakarta (Indonesia) = 10.4 Juta Penduduk (2016)
Pusat Pelancongan
-Terletak di muara Sungai Tjiliwung di Pulau Jawa, merupakan pusat kegiatan ekonomi, perdagangan, pendidikan dan bandar metropolitan terbesar di Indonesia.
-Pelancong melawat ke bandar utama untuk menikmati panorama bandar setiap negara di Asia Tenggara. -Contoh: KLCC di Kuala Lumpur (Malaysia) dan pasar terapung di Bangkok (Thailand).
Singapura = 5.7 Juta Penduduk (2016) -Terletak di selatan Semenanjung Malaysia dipisahkan oleh Selat Tebrau, merupakan pusat kewangan, perdagangan antarabangsa, bandar metropolitan dan salah sebuah pelabuhan terpenting di dunia.
Pusat Perindustrian -Perindustrian merupakan sektor skunder yang penting untuk memajukan ekonomi negara di Asia Tenggara. -Contoh: Manila (Filipina) terkenal dengan industri pemasangan kenderaan bermotor dan besi keluli, Bangkok (Thailand) terkenal dengan industri elektronik.
Manila (Filipina) = 13.1 Juta Penduduk (2016) -Terletak di timur Teluk Manila di Pulau Luzon, merupakan pusat kegiatan ekonomi dan bandar raya kosmopolitan.
Pusat Perhubungan Dan Pengangkutan -Bandar utama dilengkapi dengan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. -Contoh: Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta (Indonesia) dan KLIA di Malaysia.
Metropolitan = Bandar raya dan kawasan-kawasan pinggir bandar. Kosmopolitan = Bersifat sejagat dan terdiri daripada orang atau unsur berasal dari seluruh dunia.
59