Sample modul geografi t1

Page 33

Pinggir Laut Di Malaysia

5

1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

6 7

2

12 11

3 8 4

10 Peta : Pinggir Laut Di Malaysia

9

Pinggir Laut Utama Pulau Langkawi Pantai Batu Ferringhi Pulau Pangkor Pantai Port Dickson Pantai Cahaya Bulan Pulau Perhentian Pulau Redang Pulau Tioman Tanjung Piai Pantai Damai Pulau Sipadan Teluk Darvel

-Malaysia mempunyai pantai yang panjang dan kedalaman laut di persisiran Malaysia agak cetek, iaitu kurang daripada 180 meter di atas pentas benua. -Semua negeri mempunyai pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. -Kawasan pinggir laut di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi akibat tindakan hakisan dan pemendapan ombak. -Tanjung merupakan batuan keras yang menganjur seperti Tanjung Datu (Sarawak), Tanjung Bungah (Pulau Pinang) dan Tanjung Piai (Johor). -Teluk terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut seperti di Teluk Batik (Perak), Teluk Kemang (Negeri Sembilan), Teluk Darvel (Sabah) dan Teluk Chempedak (Pahang). -Gua merupakan kesan lekukan akibat hakisan ombak terhadap tebing tinggi seperti Gua di Pulau Siamil di Sabah. -Gerbang laut terbentuk disebabkan hakisan ombak berterusan menembusi dinding gua laut seperti Gerbang laut di Batu Sapi, Sabah. -Batu tunggul hasil daripada gerbang laut yang runtuh akibat hakisan ombak berterusan seperti yang terdapat di Taman Negara Bako, Sarawak. -Pulau ialah daratan yang dikelilingi oleh laut, contohnya Pulau Langkawi (Kedah), Pulau Redang (Terengganu) dan Pulau Sipadan (Sabah). -Pentas benua merujuk kepada bahagian dasar laut yang cetek dan kedalamannya kurang daripada 180 meter. Rajah : Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut Tindakan Hakisan Ombak

Tebing Tinggi

Tanjung

Tunggul Sisa

Teluk

Batu Tunggul

Gua

Gerbang Laut

Meter Pentas Benua

Lagun

Anak Tanjung Tombolo

0 180

Beting Pasir Rajah : Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut Tindakan Pemendapan Ombak

Rajah : Bahagian Dasar Laut Yang Cetek Di Pentas Benua

33


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sample modul geografi t1 by Buku Geografi - Issuu